Sekuel Kerana RM20....
UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR, MALAYSIA
Zaira berlari mendapatkan Syahril. Syahril tersenyum sambil mendepakan tangan.Zaira terus berlari sehinggalah Syahril berada didakapanya. Tubuh Syahril didakap erat seakan tak mahu dilepaskan. Syahril turut memeluk tubuh kecil Zaira sambil mengusap-usap kepalanya.
UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR, MALAYSIA
Zaira berlari mendapatkan Syahril. Syahril tersenyum sambil mendepakan tangan.Zaira terus berlari sehinggalah Syahril berada didakapanya. Tubuh Syahril didakap erat seakan tak mahu dilepaskan. Syahril turut memeluk tubuh kecil Zaira sambil mengusap-usap kepalanya.
“Zai!!!” kedengaran satu suara memanggil. Zaira tidak mengendahkannya.
“Zai!!!!” suara yang amat dikenalinya itu memanggil lagi. Kini tubuhnya pula digoncang. Zaira tersedar dari tidurnya. Terkebil-kebil matanya memandang Syima.
“Kau ni apahal tidur pun boleh senyum?” soal Syima. Zaira menggaru-garu kepalanya. ‘ Masyaallah, apa yang aku mimpikan tadi.’ Zaira teringat semula mimpinya tadi.
“Sudah, pergi mandi, dah nak maghrib dah ni. Tidur lagi senja-senja. Marah Syima. Zaira akur sambil bangun dan menuju ke bilik air.
Zaira dan Syima berjalan berdua menuju ke dewan makan. Perut sudah berbunyi minta diisi. Selesai mengambil makanan dan membayar, mereka berdua duduk di meja makan.
“Zai, apa yang akau mimpikan petang tadi? Boleh tersenyum pulak.” Soal Syima tiba-tiba. Hampir tersedak Zaira. Lantas merona merah wajahnya pabila teringatkan mimpinya petang tadi.
“ ai...merah muka. Mimpikan Syahril la tu.” Sakat Syima. Zaira tersenyum malu.
“dah berapa lama dia pergi ek?”soal Syima.
“adala....dalam...setahun macam tu.” Jawab Zaira.
“patutla sampai termimpi-mimpi, rindula tu.” Sakat Syima lagi.
“eei... kau ni..!!” bentak Zaira selepas tak sudah-sudah disakat oleh rakan karibnya itu.
“So, macam mana korang berdua?” soal Syima lagi.
“macam mana apa?” soal Zaira keliru.
“yelah, korang dah serius ke sekarang, kau dah terima lamaran dia?” soal Syima. Zaira terdiam sambil menggelengkan kepala.
“Dah banyak kali dia tanya kat dalam e-mail, tapi aku yang asyik mengelak. Aku suruh dia tunggu, dan dia kata, dia sanggup untuk tunggu.”
“tapi kenapa Zai? Kau kan memang suka kat dia ?”
“tak tahulah, aku macam....macam fobia.....tak tahulah...aku takut...kau pun tahu kan kenapa.” Cerita Zaira.
“aku tahu, tapi kau pun kena sedar, berapa lama sangat Syahril tu boleh tunggu. Jangan ingat dia kata dia boleh tunggu, dia akan tunggu kau sampai bila-bila. Sabar manusia ni ada hadnya.” Ujar Syima. Zaira tertunduk. Benar kata Syima. Tapi dia tak berani nak beri kata putus pada Syahril walaupun sudah acap kali Syahril bertanyakan soal itu. Sudah setahun Syahril melanjutkan pelajaran ke jepun. Zaira kini di tahun kedua pengajiannya di fakulti undang-undang Universiti Malaya. Sejak setahun itu juga Zaira dan Syahril selalu berhubung melalui e-mail.
Zaira berlari-lari anak meninggalkan bangunan fakulti undang-undang. Sambil itu matanya acap kali memandang kebelakang. Langkah masih diatur laju meninggalkan tempat itu. Dia takut...takut akan terserempak dengan...
“Zaira, awak nak lari ke mana?” muncul seorang lelaki entah dari mana dihadapan Zaira. Zaira terkejut.
“Anas!, kenapa awak ikut saya?!” bentak Zaira. Ya, Anas lah orang yang dia cuba nak elak tadi.
“ kenapa awak nak lari dari saya? Saya ni ada nampak macam penjenayah ke?” soal Anas sambil membontoti Zaira.
“memang ada, yang awak dok ikut saya 24 jam ni apa? Bukan jenayah ke tu? Saya boleh buat laporan polis tau.” Ugut Zaira.
“ Zaira...” anas memintas Zaira.
“kenapa susah sangat awak nak terima saya? Apa kurangnya saya ni? Saya suka pada awak Zaira.” Ujar Anas seikhlas hati. Zaira terkedu. Memang tiada yang kurang pada anas. Dia kacak, berpelajaran, dari keluarga berada. Sudah enam bulan Anas cuba mencuri hati Zaira, namun hampa tak pernah berjaya. Zaira benar-benar keliru sekarang. Anas atau Syahril? Tapi dia juga tidak dapat lupa rasa sakit dikecewakan lelaki.
“Saya tak boleh anas, tak boleh. Awak faham tak?”
“Tapi kenapa?” soal Anas lagi.
“sebab...” Zaira termati kata. Tidak tahu apa jawapan paling sesuai untuk soalan itu.
“Sebab, Zaira dah ada tunang.” Pintas Syima yang muncul entah dari mana.
“Syima?!” Zaira terkesima. Terkejut dengan kehadiran Syima yang tiba-tiba dan juga terkejut dengan jawapan dari Syima tadi.
“Tunang? Siapa?” Soal Anas.
“awak mungkin tak kenal dia. Dulu dia student kat sini tapi sekarang dia dah melanjutkan pelajaran ke Jepun. Syahril nama dia. Syahril Anuar.” Terang Syima yang jelas sedang mereka cerita.
“Syima!!” Zaira memaut tangan Syima.Jelas dia tidak senang dengan tindakan Syima itu. Syima memberikan isyarat senyap pada Zaira supaya dia tidak membuka mulut.
“So lepas ni awak tak payah nak kacau Zaira lagi. Jangan sampai tunang dia balik dari Jepun semata-mata nak belasah orang yang cuba nak kacau tunang dia.”ujar Syima tegas sambil terus menarik tangan Zaira meninggalkan Anas yang kebingungan disitu.
“Syima!! Apa kau buat ni?” bentak Zaira selepas mereka berdua jauh meninggalkan anas.
“Aku buat apa? Aku selamatkan kau la, kau tak rimas ke dengan Anas tu? Aku yang tengok ni pun naik rimas tau. 24 jam asyik nak dekat denga kau.”
“Memangla aku rimas tapi tak payah la kau reka cerita macam tu.”
“itu je satu-satunya cara nak buat dia untuk tak kacau kau lagi. Lagipun Syahril bukan ada kat sini. Tak ada masalah lah.” Syima menenangkan Zaira.
“betul ke tak apa ni? Aku risau ni, takut lain pulak yang jadi.”
“ Zaira, rileks, tak ada apa punya. Anas bukannya kenal Syahril.Lagipun Syahril kat Jepun. Tak akan ada apa yang berlaku. Rileks .” Sekali lagi Syima menenangkan Zaira.
UNIVERSITI MEIJI, TOKYO, JEPUN
“Tuk..Tuk..Tuk...” kedengaran pintu bilik Syahril diketuk.
“ Hai... (Ya).” jawab Syahril. Terpacul wajah rakan sekelasnya Yamazaki Akito di muka pintu. Syahril tersenyum memandang pemuda jepun itu. Akito masuk dan duduk disebelah Syahril yang sedang asyik menyiapkan tugasannya.
“banyak lagi ke tugasan?” soal Akito.
“tinggal sikit je lagi...”balas Syahril.
“eh....Yuki, kenapa awak tak bersiap lagi? Jadi ke tidak ni?” soal Akito selepas melihat Syahril masih belum bersiap lagi untuk balik bercuti ke Malaysia. Syahril tergelak kecil mendengar kata-kata Akito.
“sabarlah.....nanti saya bersiaplah....bukan banyak sangat barang pun. Awak ni beriya sangat ni kenapa?” soal Syahril pula.
“hei...mestilah, tau tak dah dekat tiga tahun saya tak ke Malaysia selepas arwah nenek meninggal. Rindu sangat.” Luah Akito. Syahril hanya tersenyum.
Yamazaki Akito, atau nama Islamnya Muhammad Asyraf Yamazaki adalah rakan sekelas dan satu-satunya rakan berbangsa Jepun yang Syahril miliki. Semasa mula-mula bertemu dengan Akito dulu Syahril amat terkejut dengan kefasihan Akito berbahasa Melayu dan dia juga terkejut apabila pertama kali melihat Akito bersolat. Syahril amat tak menjangka yang dia boleh bertemu dengan seorang muslim dari Jepun. Akito memeluk agama Islam lapan tahun dulu bersama-sama dengan ayahdan adiknya ketika mereka menetap di Kuala Lumpur. Ibu tiri Akito juga merupakan seorang wanita Melayu dari Perak. Kerana itulah Akito amat fasih berbahasa Melayu. Kini keluarganya sudah kembali menetap di Tokyo. Kerap juga Syahril kerumah keluarga Akito selepas diundang untuk sama-sama makan tengahari. Bukan mudah nak dapatkan makanan halal di bandaraya Tokyo ni. Inikan pula nak dapatkan masakan Melayu. Peluang yang terhidang ini memang tak dapat dilepaskan oleh Syahril. Syahril sendiri sudah dianggap sebagai keluarga oleh keluaga Akito. Nama Yuki itupun diberikan oleh keluarga Akito. Yuki bermaksud salji. Semuanya kerana ketika Syahril pertama kali melihat salji turun.Yalah, manalah nak jumpa salji di Malaysia. Jadi Syahril betul-betul teruja apabila pertama kali melihat salji. Dan mulai detik itulah Akito memanggilnya Yuki. Dan akhirnya semua rakan-rakannya memanggilnya Yuki. Termasuklah rakan-rakan dari Malaysia. Lagipun, nama Syahril itu agak sukar untuk disebut oleh orang Jepun.
“sudahlah, pergi tidur nanti esok terlewat pulak.”ujar Syahril.
“oklah....mataashita! (jumpa esok)”ujar Akito sambil bangun.
“Mataashita.”balas Syahril pula sambil melihat Syahril meninggalkan bilik itu. Penat dia bekerja sambilan untuk menampung perbelanjaannya untuk pulang ke Malaysia. Bukan dia tidak ada duit, duit tajaannya masih banyak lagi.Cuma kalau boleh dia hanya mahu menggunakan wang itu untuk pelajarannya saja. Dia mengambil keputusan untuk pulang ini pun kerana ada sesuatu yang ingin dilakukan di Malaysia. Akito yang tahu Syahril akan pulang ke Malaysia beriya-iya ingin mengikut. Merayu-rayu dia. Teringin sangat dia nak ke Malaysia selepas hampir tiga tahun dia tidak lagi ke Malaysia.
UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR, MALAYSIA
Zaira dan Syima berjalan berdua menuju ke kafetaria. Kelas mereka baru sahaja habis. Terdengar gelak tawa mereka berdua sekali-kala. Bermacam-macam yang diceritakan.
“Zaira!!” kedengaran suara memanggil Zaira dari belakang. Serentak Zaira dan Syima menoleh kebelakang.
“Anas!” Zaira terkedu. Sejak peristiwa tempoh hari sudah seminggu Anas tidak menganggunya. Tapi kenapa dia muncul hari ni? Anas datang menghampiri Zaira. Zaira dan Syima mula cemas.
“ke..kenapa?” soal Zaira.
“Syahril bukan tunang awak kan?” soal Anas tiba-tiba, tegas. Zaira terkesima. Dia memandang Syima. Syima juga memandangnya. Mereka berdua sudah termati kata.
“ma..ma..mana aw..awak tau?” Syima bertanya dengan suara terketar-ketar.
“Saya dah tanya semua kawan-kawan awak. Semua kata awak tak pernah bertunang dengan Syahril atau dengan siapa-siapa.” Terang Anas. Terkebil-kebil mata Zaira. Sungguh dia tak tahu apa lagi nak cakap.
“Kawan-kawan dia semua tak tahu. Tak ada siapa yang tahu, saya saja yang tahu dia dah bertunang. Dan saya Tunang dia, Syahril.” Ujar Syahril yang datang dari belakang. Terbeliak mata Zaira dan Syima, begitu juga dengan Anas.
“Syahril!!” ujar Zaira dan Syima serentak.
“Surprise!!” balas Syahril sambil tersenyum ke arah Zaira. Akito yang membontotinya dari belakang turut terkejut dengan apa yang didengarnya. Syahril memang tidak pernah menceritakan yang dia sudah bertunang.
“ bila awak balik? Kenapa awak tak bagi tahu yang awak nak baliik?” soal Zaira pada Syahril sebaik menyedut sedikit jus orennya.
“Minggu lepas. Kalau saya bagi tahu bukanlah ‘surprise’ namanya. Lagipun kalau saya bagitahu, mesti saya pun tak tahu yang kita dah ‘bertunang’ kan?” usik Syahril. Merona merah wajah Zaira. Tergelak kecil Syahril.
“awak ni, tak baiklah. Bukan salah Zaira. Saya yang buat semua cerita tu. Zaira tak tahu apa pun.” Celah Syima.
“Saya tahu...Zaira tak akan buat macam tu.” Balas Syahril. Zaira memandang Syahril , ada maksud disebalik kata-kata Syahril itu.
“Syahril, awak tak nak kenalkan ke kawan Jepun awak ni?” Ujar Syima sekali-sekala melirik ke arah Akito yang berada di depannya. “ Comel betul kawan awak ni kan? Kalau dapat buat anak ikan ni...huh..tak tau nak kata.” kata Syima lagi.
“Syima!!”
“alah kau ni Zai, rileksla, bukan dia faham pun.” Balas Syima sambil memandang Akito. Wajah Akito merona merah apabila dipanggil ‘comel’ oleh Syima. Syahril sudah tergelak kecil.
“Kenal kan ini Akito, Akito, ini Zaira dan ini Syima.” Syahril memperkenalkan Akito pada Zaira dan Syima.”
“Hai..” Zaira dan Syima mengucap hai pada Akito.Akito hanya tersenyum dan menunduk sedikit.
“eh!!! Kejap, awak cakap bahasa melayukan tadi?” soal Syima pada Syahril. Syahril mengangguk. Syima terkedu. Dia menunjukan jarinya pada Akito Sambil memandang tepat pada Syahril. Seakan faham dengan apa yang ingin ditanyakan oleh Syima, Syahril mengangguk sambil tersenyum.
“Masyaallah!!” ujar Syima sambil menutup mulutnya.
“Aw...awak faham bahasa Melayu?” Syima cuba bertanya pada Akito.
“Akito tersenyum sambil mengangguk.” Berkerut dahi Syima. Syahril dan Zaira menguntum senyum.
Zaira menghampiri Syima yang terbaring dikatilnya.
“Syima, sudah la tu. Sampai bila kau nak macam ni?
“Zai, mana aku nak letak muka aku ni..malu tau tak...” ujar Syima yang masih terbaring sambil menutup wajahnya dengan bantal. Zaira tergelak kecil.
“tengok tu!! Tak habis-habis lagi gelakan aku. Aku tengah malu ni tau tak!!” protes Syima.
“tulah kau, cakap pakai lepas jer.” Balas Zaira pula. Syima bangun dari pembaringannya dan duduk di sebelah Zaira.
“ manalah aku tau dia boleh faham dan bercakap bahasa Melayu. Syahril pun bukan nak bagi tau aku. Habis rosak imej perempuan Melayu terakhir aku.” Syima meluahkan perasaannya. Zaira masih tergelak.
“Yuki...!!” Akito memanggil Syahril sambil cuba menyaingi langkah Syahril yang nyata lebih laju.
“Yuki...kenapa awak tak pernah cerita pada saya yang awak dah ada tunang?” soal Akito selepas dapat menyaingi Syahril. Syahril hanya ketawa kecil dengan soalan Akito itu.
“ Sampai hati awak tak bagitahu saya kan. Kita ni dah macam adik beradik tau. Ibu bapa saya sendiri dah menganggap awak tu macam anak mereka sendiri. Beberapa minggu lepas masa kita terserempak dengan Honda-san di Shibuya, awak memperkenalkan diri awak sebagai Yamazaki Yuki. ‘Yamazaki!’ nama keluarga saya tu!!” ada nada rajuk dalam kata-kata Akito itu. Makin bertambah ketawa Syahril.
“Awak ni macam budak-budak pulak nak merajuk.” Balas Syahril. Akito mencebik.
“ dia bukan tunang saya.” Syahril mula bercerita. Akito mula berminat semula.
“habis tu, tadi tu?”
“awak sendiri nampak ada lelaki yang kacau mereka tadikan? Awak sendiri dengar apa yang dia cakap. Sebenarnya saya sendiri tak tahu apa yang berlaku. Saya masih belum sempat untuk mendapatkan penjelasan.” Balas Syahril.
“jadi, kalau dia bukan tunang awak? Dia tu teman wanita awaklah?” soal Akito lagi. Syahril memandang wajah Akito seketika cuba mencari jawapan yang dia sendiri tak pasti jawapannya.
“ mungkin ya, dan mungkin tidak.” Jawab Syahril.
“ha?!”
“kami kenal sebelum saya ke Tokyo. Masa tu saya sedang ambil kursus persediaan di sini.” Syahril bercerita lagi. Akito khusyuk mendengar. “ dah banyak kali saya cakap yang saya suka kan dia, sayangkan dia dan cintakan dia. Tapi sampai sekarang dia tak pernah bagi sebarang jawapan. Saya rasa macam bertepuk sebelah tangan. Dah lebih setahun dah macam ni.”
“jadi, awak nak buat apa sekarang?” soal Akito.
“ saya balik ke Malaysia ni pun untuk selesaikan masalah ni. Saya akan minta dia bagi jawapan. Saya dah tak sanggup nak tunggu. Kalau jawapan yang dia bagi adalah jawapan yang negatif, saya akan mengundur diri. Tapi kalau dia masih tak beri jawapan sampai kita pulang semula ke Tokyo minggu depan, saya anggap memang tak ada jodoh antara kami.” Ujar Syahril lagi. Akito hanya mendengar. Ada benarnya kata-kata Syahril itu. Setahun adalah tempoh yang cukup matang untuk seseorang itu berfikir. Kalau sudah sebegini lama masih tiada jawapan, memang bermakna tida apa-apa perasaan dalam hatinya.
“Syima.” Panggil Zaira lembut. Syima menoleh memandang Zaira disebelahnya.
“ kau rasa, kenapa Syahril balik?” soal Zaira.
“kau rasa kenapa?” soal Syima kembali.
“kau ni, aku tanya kau, kau tanya aku balik!!!” protes Zaira. Syima hanya tersenyum.
“aku rasa kau pun dah boleh agak kan kenapa dia balik.” Balas Syima pula. Zaira memandang Syima sebelum meletakan kepalanya di atas meja.
“ kalau tak nak, cakap tak nak. Jangan biar dia tunggu macam tu. Kasihan dia.” Ujar Syima. Zaira memandang Syima. ‘kalau tak nak? Aku nak ke tidak?’ Zaira menyoal dirinya sendiri.
“tapi Syima...”
“ kau tak boleh suruh semua orang faham kau. Kau tu pun sekali-sekala kena faham orang lain. Aku faham apa yang terjadi pada kau. Tapi Syahril faham? Tak. Dia tak faham. Zai, kau pun patut dah lupakan perkara tu. Syahril tu baik orangnya. Aku yakin dia tak akan buat macam mana bekas tunang kau buat dulu. Dan kalau kau tak boleh lupakan benda tu, tolong suruh Syahril lupakan kau. Kasihan dia.” nasihat Syima panjang lebar.
Zaira dan Syima berjalan menghampiri Syahril dan Akito. Mereka telah berjanji untuk berjumpa. Syahril bangun dari duduknya dan tersenyum kearah Zaira dan Syima.
“lama dah ke tunggu? Sorry lambat. Syima ni , banyak pulak hal dia.” Ujar Zaira sebaik tiba. Syima mencubit lembut lengan Zaira tanda protes. Memang benar, penat Zaira memujuk Syima untuk ikut. Sebaik dia tahu Akito ada bersama terus dia membatalkan niat mahu ikut serta.
“Tak adalah lama sangat. Jomlah kita pergi.” Ajak Syahril. Namun baru beberapa langkah, Syahril berpaling semula kebelakang. Akito yang baru mahu bangun duduk semula. Syima juga memberhentikan langkahnya. Hairan dengan perlakuan Syahril.
“Syima, awak bawa Akito berjalan-jalan sekitar kampus ni. Ok?” ujar Syahril.
“HA!!?” ujar Syima dan Akito serentak. Akito turut terus bangun dari duduknya. Zaira hanya melihat. Syahril lantas menghampiri Akito.
“tak kan awak nak kacau daun pulak.” Bisik Syahrul di telinga Akito dalam bahasa Jepun. Akito mengangguk faham.
“Ok... jumpa lagi.” Ujar Syahril selamba sambil terus menarik tangan Zaira mengikutinya.
“hei...Zai!!, Syahril!!..”panggil Syima. Namun Syahril dan Zaira terus hilang dibalik orang ramai. Syima mengeluh panjang. Perlahan dia berpaling pada Akito yang tegak berdiri di belakangnya. Akito lantas menghadiahkan sebuah senyuman pada Syima. Berderau darah Syima. Lantas pandangannya dihala kebawah. Dia langsung tak berani bertentang pada dengan Akito.
“ jom..” ajak Syima. Akito lantas mengekorinya. Akito tersenyum sendiri melihat tingkah laku Syima. Mereka berdua diam sahaja tanpa sebarang kata-kata. Masing-masing termati kata.
“hemm...nama awak Syima kan?” soal Akito cuba berbual. Syima hanya mengangguk sambil memandang wajah Akito sekilas.
“Saya nak tanya awak sikit boleh?” soal Akito. Syima memandang Akito lagi.
“boleh.” Balas Syima.
“...’anak ikan’ tu apa?” soal Akito.
“sekali lagi darah Syima berderau. Lantas peristiwa kelmarin muncul diingatan. Syima terdiam disitu.Mati kutu dibuatnya. ‘ Ya Allah, selamatkan aku!’ doa Syima didalam hati.
Zaira dan Syahril duduk di sebuah kerusi di taman didalam kawasan kampus. Puas mereka bersiar-siar berdua. Macam mana telah diceritakan. Sempat juga Syahril mengajar Zaira sepatah dua bahasa jepun.
“Zai, saya rasa awak tahukan kenapa saya balik?” soal Syahril selepas mereka diam seketika. Zaira terdiam dan tertunduk. Sehingga kini sebenarnya dia masih tiada jawapan untuk itu.
“Saya dah bagitahu awak banyak kali. Saya tak pernah paksa. Dan saya tak akan paksa. Cuma untuk kali ni saya nak awak tolong bagitahu saya jawapan.” Ujar Syahril separuh merayu. Zaira masih membisu tanpa sebarang jawapan. Syahril masih setia menanti jawapan.
“Syahril, saya....”
“dah setahun Zaira. Bukan seminggu atau sebulan. Awak masih tiada jawapan?” soal Syahril lagi.
“ awak tak faham.”
“saya tak nak benda ni berlarutan macam ni. Saya mungkin tak faham awak, tapi bagi saya, yang dah lepas tu biarlah lepas. Kita mesti fokus apa yang ada dihadapan kita sekarang. Saya bagi tempoh sehingga minggu depan. Kali ni saya terpaksa desak awak. Kalau awak masih belum bagi saya jawapan, saya anggap tak ada jodoh antara kita.”
“Syahril, kenapa awak cakap macam tu? Awak dah tak ada perasaan pada saya ke? Awak kata wak cintakan saya dan sanggup tunggu.Tapi sekarang? Kenapa?” soal Zaira bertalu-talu meminta kepastian. Syahril terdiam.
Syima membawa Akito melawat hampir ke setiap sudut di dalam kampus itu. Semuanya telah diperjelaskan tadi. Akito juga sudah faham. Syima betul-betul lega apabila Akito tidak mengambil hati dengan kata-katanya tempoh hari.
“Akito, boleh saya tanya sikit?” soal Syima.
“apa dia?” soal Akito kembali.
“macam mana awak boleh fasih berbahsa Melayu?” soal Syima ingin tahu.
“oh, pasal tu. Ibu tiri saya orang Melayu. Saya belajar berbahasa Melayu dari dialah. Lagipun dulu kami sekeluarga pernah menetap di Kuala Lumpur.” Cerita Akito.
“oh...jadi...awak ni...”
“ya, saya muslim. Saya bersama-sama ayah dan adik saya dah peluk agama Islam lapan tahun dulu masa kami masih menetap di Kuala Lumpur.” Sambung Akito lagi sambil menguntum senyum.
“Alhamdulillah. Jadi keluarga awak sekarang menetap dimana sekarang?”
“Tokyo.” Balas Akito ringkas. Syima hanya tersenyum mendengar jawapan Akito.
“awak dengan Syahril tu rapat kan?” soal Syima lagi.
“saya dan Yuki memang rapat. Dia selalu datang ke rumah keluarga saya. Ibu bapa saya sendiri sudah menganggap dia sebagai anak mereka sendiri.” Cerita Akito.
“Yuki?” Syima keliru.
“oh, hahah, maksud saya Syahril.” Ujar Akito kembali sambil ketawa kecil.
“kenapa awak panggil dia Yuki?” soal Syima yang turut tersenyum.
“Nama tu, adik lelaki saya yang beri pada dia. Masa musim sejuk tahun lepas, dia excited sangat bila pertama kali melihat salji turun. Masa tu dia dirumah keluarga saya. Sebab tulah adik saya panggil dia Yuki. Yuki tu maksudnya Salji. Lagipun, adik lelaki saya kurang fasih berbahasa Melayu, jadi dia susah nak sebut nama Syahril tu.” Cerita Akito. Syima tergelak kecil. Menarik.
“kelakarlah, tapi macam sesuaikan nama tu dengan dia. Dia pun kulit cerah. Oh ya, adik awak tu umur berapa? Nama dia? Awak ada berapa adik beradik?” soal Syima.
“13, nama dia Naoto. kami dua beradik je.”
“jadi ibu tiri awak tu tak ada nak sendiri?” soal Syima. Akito memandang Syima. Syima lantas berpaling ke arah lain.
“maaf, saya tanya banyak sangat pasal kelurga awak.” Akito tersenyum mendengar kata-kata Syma.
“tak apa, saya tak kisah. Ibu tiri saya memang tiada anak sendiri. Dia kata dia tak mahu, tapi saya tau, sebenarnya dia tak nak bebankan kelurga kami. Ayah saya dah dah ada dua anak, kalau dia pun ada anak, tanggungan keluarga kami akan meningkat. Awak sendiri tahukan macam mana kos sara hidup di Jepun. Sangat tinggi.” Cerita Akito. Syima hanya mendengar.
“awak mesti rapat dengan ibu tiri awak kan?” soal Syima.
“kenapa awak cakap macam tu?” soal Akito.
“yelah, awak boleh fasih berbahasa Melayu macam ni dan boleh baca isihati dia lagi.” Akito tersenyum.
“Ibu tiri saya tu memang baik orangnya. Dia layan saya dan adik saya macam anak dia sendiri. Sebab tu kami amat sayangkan dia. Terutama adik saya yang memang tak pernah rasai kasih sayang ibu kami sebelum ni sebab ibu saya mati ketika lahirkan dia.” Cerita Akito lagi. Syima setia mendengar. Semakin lama, dia semakin selesa dengan Akito. Dia belum pernah rasa macam ni dengan mana-mana lelaki sebelum ni. Hanya dengan Akito.
“Syima.” Panggil Akito lembut.
“ya.”
“boleh tak, kalu lepas ni, awak....jangan panggil saya Akito.” Soal Akito.
“habis tu?”
“panggil saya dengan nama saya yang lagi satu, Asyraf.” Pinta Akito.
“Asyraf? Boleh, tapi, kenapa?” soal Syima. Soalan Syima itu hanya disambut dengan senyuman dari Akito.
“Yuki!, kenapa awak tinggalkan saya tadi?!” soal Akito sambil menutup pintu bilik hotel itu. Tadi Syahril balik dulu ke hotel dan meninggalkan Akito sendiri di UM.”
“Yuki!!” panggil Akito lagi. Tapi masih seperti tadi tiada jawapan. Akito menghampiri Syahril yang sedang berbaring.
“Yuki...dah tidur ke?” soal Akito sambil mengoyangkan sedikit badan Syahril. Tiada tindak balas.
“awalnya tidur, baru pukul enam petang. Ini mesti Sesuatu dah jadi ni.” Ngomel Akito sendiri dalam bahasa Jepun.Akito lantas bangun dan mencapai tuala menuju ke bilik air untuk mandi. Belum sempat langkah diatur, Akito terpandang tiket kapal terbang di atas meja. Akito lantas menghampiri meja itu dan membelek tiket tersebut.
“lusa?!” Akito terkejut melihat tarikh yang tertera pada tiket Japan Airlines itu. Seingatnya, Syahril memberitahu yang mereka akan pulang ke jepun minggu depan. Tapi kenapa dicepatkan
Syima menghampiri Zaira yang sedang berdiri di balkoni bilik mereka. Sejak dia pulang dari bertemu Syahril semalam, dia asyik termenung saja. Puas Syima bertanya, tapi langsung tak diendahkan oleh Syima.
“Zai, kenapa dengan kau ni?” soal Syima perlahan. Seperti dijangka, tiada repon dari Zaira.
“Zai, dari semlam kau macam ni, risau aku. Apa masalahnya ni? Cerita kata aku.” Pujuk Syima. Zaira lantas masuk semula ke bilik dan duduk dikatilnya. Syima membontoti Zaira.
“Zai..”Syima memujuk lagi.
“aku tak tahula Syima, tengah kusut ni.” Bersuara juga Zaira akhirnya.
“kenapa?”
“Syahril..”
“kenapa dengan syahril?” soal Syima keliru.
“Syima..!!! aku nak buat apa ni?!” ujar Zaira sambil menggenggam kedua tangan Syima. Syima kaget.
Syahril tersenyum melihat Akito yang sedang menyikat rambut.
“wah, dah bersiap kacak-kacak ni, nak ke mana?” soal Syahril sambil duduk di birai katil bilik hotel itu.
“nak keluar jumpa ......”
“Syima?” duga Syahril. Tekaan tepat dari syahril itu membuatkan Akito tersenyum malu.
“dalam hati ada cinta nampak.” Usik Syahril.
“tak adalah, awak ni. Syima nak ajak saya pusing-pusing KL. Tu je.” Balas Akito.
“ai, kan saya dah bawa awak dulu.”
“dengan awak lain...” ujar Akito sambil tersenyum. Syahril hanya ketawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepala.
“oklah, saya pergi dulu. Bye, Assalamualaikum.” Ucap Akito ceria sambil keluar dari bilik itu.
“ walaikumussalam.” Sempat Syahril menjawab salam Akito. Syahril merebahkan badannya dikatil dan melepaskan keluhan berat.
“nampaknya, beginilah kesudahannya.” Keluh Syahril sendiri. Lantas pertemuannya dengan Zaira semalam kembali dalam ingatan. Dia sendiri tak sedar yang kata-kata itu boleh keluar dari mulutnya.
“saya tak nak benda ni berlarutan macam ni. Saya mungkin tak faham awak, tapi bagi saya, yang dah lepas tu biarlah lepas. Kita mesti fokus apa yang ada dihadapan kita sekarang. Saya bagi tempoh sehingga minggu depan. Kali ni saya terpaksa desak awak. Kalau awak masih belum bagi saya jawapan, saya anggap tak ada jodoh antara kita.”
“Syahril, kenapa awak cakap macam tu? Awak dah tak ada perasaan pada saya ke? Awak kata wak cintakan saya dan sanggup tunggu.Tapi sekarang? Kenapa?” soal Zaira bertalu-talu meminta kepastian. Syahril terdiam.
“setahun Zaira, setahun saya tunggu. Awak ingat saya ni apa? Patung tak ada perasaan? Saya penat tau tak, penat!” Syahril sedikit meninggikan suara.
“Syahril..”
“dan kalau awak nak tahu, cinta dan sayang saya untuk awak dulu, dah tak sehebat dulu. Cinta dan sayang saya tu dah lama pudar, dan mungkin akan hilang tak lama lagi.” Tambah Syahril. Zaira terkedu. Sungguh dia tak mneyangka.
Akito dan Syima duduk dibangku yang diletakan di taman tasik itu. Hubungan mereka semakin rapat. Terus terang Akito sebenarnya sudah tertarik dengan Syima. Syima taklah secantik Zaira, namun sifat periang Syima yang membuat hati pemuda jepun itu tertambat.
“awak.” Panggil Akito perlahan.
“ya.” Jawab Syima perlahan juga.
“esok, saya dan Yuki akan balik ke Tokyo.”
“esok?” Akito mengangguk.
“Saya kasihan pada Yuki.” Sambung Akito lagi.
“kenapa?” soal Syima pula.
“yelah, apa yang dia cari, dia tak dapat lagi.”
“maksud awak?” soal Syima tidak mengerti.
“Yuki balik ke Malaysia ni semata-mata untuk mendapatkan jawapan pasti dari Zaira. Dia sanggup bersusah payah bekerja sambilan untuk menampung kos penerbangan pergi balik daripada Tokyo ke KL. Tapi sampai la sekarang, Zaira masih belum memberikan jawapan. Esok kami dah nak balik. Nampaknya Yuki pulang dengan tangan kosong.” Cerita Akito. Syima hanya mendengar dengan teliti. Dia sendiri sedar dengan perkara tu. Sudah puas dia menasihati Zaira. Tapi Zaira masih bertangguh untuk memberikan jawapan. “ Yuki ada cakap dengan saya kalau Zaira masih belum memberikan sebarang jawapan, dia akn cuba untuk melupakan Zaira. Dia akan anggap Zaira memang tiada sebrang perasaan pada dia. Sudah setahun kan?” sambung Akito lagi.
“hmm…dah setahun.” Syima mengiyakan. “tapi kenapa? Syahril dah tak ada perasaan pada Zaira lagi ke?” Soal Syima lagi. Akito menangkat bahunya.
“ Saya dan Yuki memang rapat macam adik beradik. Tapi dia memang jarang bercerita pasal hal peribadinya pada saya. Kewujudan Zaira sendiri, baru saja saya tahu ketika disini. Dia memang pernah beritahu kenapa. Dia kata, dia dah tak sanggup nak tunggu. Tapi saya tahu, itu bukan alasan sebenar dia.”
“jadi apa alasan dia?” Syima ingin tahu.
“Yuki tu orang yang lebih mengutamakan orang lain dari diri dia sendiri. Saya yakin dia memang amat sayangkan Zaira. Dan dia memang sanggup tunggu sampai bila-bila pun. Tapi kerana itulah dia buat keputusan ni. Dia sedar, selagi dia terus menunggu Zaira, selagi itulah Zaira akan sentiasa dalam dilemma. Selagi itulah Zaira tak tenteram. Dia tak mahu semua tu. Dia tak mahu Zaira terlalu memikirkan semua tu sehingga pelajarannya terjejas. Sebab tu Yuki terpaksa lupakan perasaannya.” Cerita Akito panjang lebar. Syima mengangguk. Memang benar. Dia sendiri melihat bagaimana Zaira asyik terganggu dengan persoalan tu.
“Awak.” Panggil Akito lembut.
“lepas ni, kita masih boleh berkawan kan?” soal Akito. Syima turut tersenyum.
“mestilah boleh.” Balas Syima. Akito tersenyum mendengar jawapan dari Syima
“Zai, kau yakin ke dengan keputusan kau ni?” soal Syima smabil duduk disebelah Zaira.
“dia sendiri kata dia dah tak ada perasaan kat aku. Buat apa aku susah-susah nak fikir lagi.” Ujar Zaira.
“Zai, kau tahu tak kenapa dia cakap macama tu?” soal Syima.
“sebab dia memang dah tak ada perasaan kat aku.” Jawab Zaira. Sambil merebahkan dirinya dikatil.
“Zai, dia cakap macam tu sebab dia tak nak kau terus terbeban dengan persoalan tu. Kau sendiri tahukan macam mana kau terganggu dengan persoalan tu? Termenung sana-termenung sini. Dah setahun kau asyik macam tu je.” Ujar Syima. Zaira memandang Syima sekilas. Syima bangun dan mengemas sedikit buku-bukunya yang bersepah di atas meja tulisnya. “aku rasa kau sendiri tahu perangan Syahril tu macam mana kan, dia tak nak kau terus macam ni. Sebab tulah dia cakap macam tu supaya kau boleh lupakan dia dan tak perlu lagi fikir jawapan pada lamaran dia dulu.” Sambung Syima lagi. Syima memandang Zaira.
“la...dah tidur.” Ujar Syima. Lantas Syima keluar dari bilik dan menuju ke bilik air. Zaira yang sebenarnya berpura-pura tidur bangun semula. Ligat fikiranya memikirkan apa yang dikatakan oleh Syima tadi. Zaira mencapai bingkai gambar yang berisi dua keping not RM 10 di atas meja tulisnya. Bingkai berwarna perak itu ditatap lama.
“Selamat pagi Zai.” Ucap Syima mesra yang baru lepas mandi. Zaira hanya duduk diam di meja tulisnya.
“kau ni apehal senyap je.” Soal Syima.
“Syima, aku rasa, aku dah buat keputusan.”
“keputusan apa?” soal Syima sambil menarik kerusinya dan duduk di sebelah Zaira.
“aku akan terima lamaran Syahril.” Ucap Zaira. Bulat biji mata Syima mendengar kata-kata Zaira.
“esok akan jumpa dia dan cakap benda ni.” Ujar Zaira sambil tersenyum.
“tapi....”
“aku dah buat solat sunat Istikharah dan aku dah fikir masak-masak apa yang kau cakap kat aku malam tadi. Aku yakin dengan keputusan aku.”tambah Zaira.
“tapi...tapi...Syahril dan Akito balik ke Jepun hari ni, pagi ni !!”
“HA!! Syahril kata minggu depan.!” Zaira panik.
“memanglah sepatutnya minggu depan, tapi mereka dah tukar plan, mereka balik hari ni. Akito bagitahu aku semalam.” Cerita Syima lagi.
“apa pasal kau tak bagitahu aku awal-awal?!” marah Zaira.
“manalah aku tahu, aku ingat kau dah tak nak kat dia. Dah cepat siap, kita pergi lapangan terbang sekarang. Mungkin masih sempat.” Arah Syima. Zaira lantas mula menyiapkan dirinya untuk ke lapangan terbang.
Zaira dan Syima berlari-lari meredah kesesakan orang ramai di dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Hati Zaira tak tenteram. Harap semuanya masih belum terlambat. Doa dipanjatkan kehadrat ilahi memohon dipanjangkan jodohnya supaya sempat dia bertemu dengan Syahril.
“Zaira, nantilah…” panggil Syima yang membontoti dari belakang. Langkahnya tak cukup laju untuk menyaingi Zaira. Zaira akhirnya berhenti dihadapan pintu perlepasan penerbangan antarabangsa.
“Syima!! Mana Syahril?” soal Zaira dalam tangisan. Syima juga buntu. Dia sendiri tak tahu pesawat Syahril sudah berlepas atau belum. Akito hanya kata pesawat mereka disebelah pagi. Tapi pukul berapa dia tak tahu. Zaira lantas menarik tangan Syima menuju ke kaunter pertanyaan.
“ya Cik, boleh saya bantu kata gadis penjaga kaunter itu.
“Cik, pesawat ke Tokyo dah berlepas belum?” soal Zaira tak sabar.
“Sebentar ya Cik.” Balas gadis tadi sambil menyemak sesuatu di dalam komputernya.
“Pesawat Japan Airlines ke Tokyo baru sahaja berlepas pukul 11.30 pagi tadi.” Gadis tadi memberi jawapan kepada soalan Zaira tadi. Luluh hati Zaira mendengar jawapan itu. Syima menggosok-gosok belakang Zaira cuba menenangkannya.
“Sabar Zai.” Pujuk Syima.
“Syahril dah pergi….Syahril dah tinggalkan aku Syima.”ujar Zaira dalam tangisnya.
“Sabar Zai, yakin pada qada’ dan qadar Allah. Kalau Syahril memang ditakdirkan untuk kau, mati hidup semula pun, dia tetap milik kau.” Pujuk Syima sambil terus cuba menenangkan Zaira. Zaira menangis sepuasnya dipangkuan Syima.
Zaira berdiri sendiri di balkoni biliknya merenung langit malam.Sudah seminggu Syahril dan Akito pulang ke Tokyo. Sejak itu juga Zaira diselubungi sesalan. Namun kini dia telah meredhakan segalanya. Mungkin memang bukan jodohnya dengan Syahril.
“ya Allah, jika benar dia adalah jodohku, pertemukanlah aku dengannya sekali lagi. Tapi jika memang tidak ditakdirkan dia untukku, temukanlah dia dengan seorang yang baik dan mampu untuk membahagiakannya.” Doa Zaira didalam hati.
~ TAMAT~
…..sabar, kisah cinta Zaira dan Syahril ini belum habis lagi. Apakah yang terjadi akhirnya ? adakah Syahril memang ditakdirkan untuk bersama dengan Zaira atau adakah sebaliknya? Dan bagaimana pula Syima dan Akito? Adakah ada cinta dalam hati mereka?.....
….ketahui sambungan dan kesudahan kisah mereka dalam sekuel terakhir,
Cinta Sakura dan Bunga Raya…..
February 20, 2011 at 9:50 PM
pada muka u zara... tulah! jual mahal sgt!!!!... terima jelah anas tu... dah jodoh agaknya...