Sekuel Antara Tokyo & Kuala Lumpur.
(p/s: semua dialog yang bertanda ‘*’ adalah dialog yang dituturkan dalam bahasa Jepun. Untuk memudahkan pembacaan anda, dialog-dialog itu hanya ditulis dalam bahasa Melayu.Harap maklum)
(p/s : Para pembaca dinasihatkan supaya membaca dulu prequel cerita ini supaya anda lebih memahami kesudahan cerita ini, terima kasih.)
UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR, MALAYSIA.
Syima berlari selaju mungkin mencari Zaira. Hampir seluruh kampus dipusingnya. Ada sesuatu yang perlu disampaikan pada Zaira. Penting!
“Tepi!!” kata Syima selamba kepada sesiapa sahaja yang menghalang laluannya.
“Woi…Syima!!” panggil seseorang. Syima memberhentikan langkah dan menoleh ke belakang.
“Kau apahal ni?” soal Syikin, rakan sekuliah Syima yang memanggilnya tadi. Syima lantas menghampiri Syikin.
“kau…kau ada nampak…Zaira?” soal Syima tercungap-cungap.
“Zaira? .. tadi aku ada nampak dia kat library. Tapi sekarang tak tahu la pulak.”
“ok..ok…terima kasih.”ujar Syima.
“hei..nanti!” Syikin menahan Syima yang ingin terus ke library.
“kau ni kenapa?” soal Syikin.
“aku ada hal penting nak bagitahu Zaira ni.”ujar Syima.
“kenapa tak call je? Perlu ke kau berlari-lari macam ni?” soal Syikin lagi.
“telefon aku habis bateri. Oklah, aku pergi dulu la.” Ujar Syima lantas terus berlari menuju ke perpustakaan. Syikin menggelangkan kepala melihat perilaku Syima.
UNIVERSITI MEIJI, TOKYO, JEPUN.
“Yuki..” panggil Akito ceria sambil memaut leher Syahril. Syahril hanya tersenyum. Mereka baru sahaja habis kuliah dan sedang menuju ke asrama.
“ jom ikut saya balik?” ajak Akito.
“balik?” soal Syahril kurang faham.
“balik ke rumah keluarga saya.” Terang Akito .
“oh, erm…boleh jugak, dah lama saya tak kesana.” Syahril bersetuju. Akito tersenyum gembira.
“jomlah.” Ujar Akito sambil tersenyum.
“tapi sebelum tu, boleh awak temankan saya jumpa Profesor Sakimura?” pinta Syahril.
“Sakimura Sensei? Buat apa?” soal Akito pula.
“Ada benda yang saya nak tanyakan berkenaan program pertukaran budaya yang university kita anjurkan nanti.” Terang Syahril.
“oh…ok, jom.” Akito memberi kata putus. Mereka berdua lantas bergerak ke bangunan yang menempatkan pejabat Profesor Sakimura.
UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR, MALAYSIA.
“Jepun!!” tanpa disedari Zaira sudah meninggikan suara. Semua pelajar yang lain yang sedang belajr di perpustakaan itu memndangnya.
“Zaira!!” Syima menegur. Zaira lantas membentulkan duduknya dan berpura-pura tiada apa yang berlaku.
“Universiti mana?” soal Zaira teruja sebaik keadaan kembali tenang.
“Universiti Meiji, Tokyo.”
“Universiti Meiji? Itukan…”
“ya….tulah sebab aku bagitahu kau ni, aku rasa inilah saja peluang kau nak jumpa Syahril. Kau kena ikut program ni.” Jelas Syima.
“tapi…”
“tapi apa lagi Zai..?”
“tapi aku bukan ahli kelab, boleh ke aku ikut?” soal Zaira. Syima berfikir seketika. Ada benarnya kata Zaira itu. Program pertukaran budaya ni untuk ahli kelab kebudayaan macamnya saja.
“ehm… kita cuba cakap dengan Cik Suria dulu. Dia yang kelolakan program ni. Alah..Cik Suria tu, tak ada masalah la.” Terang Syima yakin.
“boleh ke?” Zaira kurang yakin.
“Jomlah ikut aku.” Syima lantas menarik tanagn Zaira. Sekali lagi gelagat mereka menarik perhatian semua yang ada diperpustakaan itu.
“hei…kau nak bawa aku kemana ni?” soal Zaira.
“ikut sajalah!” tegas Syima.
DAERAH CHIBA, TOKYO, JEPUN.
“*Assalamualaikum..Tadaima!” ucap Akito sebaik mereka masuk ke rumah keluarga Yamazaki.
“*Waalaikumussalam. Okairi.” balas Puan Nora, ibu tiri Akito.
“eh…Yuki pun ada.” Puan Nora teruja.
“Apa khabar Mak cik?” ujar Syahril ringkas.
“ *Yuki Ni-san (abang).” Naoto, adik lelaki Akito menegur sambil menuruni tangga.
“*Nao-kun, Konichiwa.” Sapa Yuki mesra.
“*Konichiwa. Kenapa abang dah lama tak datang?”soal Naoto dalam bahasa jepun kerana dia kurang fasih berbahsa melayu.
“*Abang sibuk sikit.” Balas Syahril mesra juga dalam bahasa Jepun.
“*Nao, kamu tak sekolah ke harini?” soal Akito. Nao hanya tersenyum mendengar soalan abangnya itu.
“Dia demam.” Sampuk Puan Nora didapur.
“*yeke demam?” soal Akito tidak percaya sambil duduk di sofa di ruang tamu. Naoto mengekori dari belakang. Begitu juga dengan Syahril.
“*betul la.” Ujar Naoto. Syahril yang berjalan dibelakangnya lantas menyentuh dahi Naoto.
“*tak panas pun.” Kata Syahril selamba.
“*Panas lah!” protes Naoto sambil memegang dahinya. Serentak itu Syahril dan Akito ketawa.
“ *Mari sini.” Panggil Akito supaya Naoto menghampirinya. Naoto akur. Akito lantas merasa dahi Naoto.Panas. Namun taklah seserius mana.
“*Panas sikit je.” Ujar Akito. Naoto mencebik sambil duduk disebelah Akito.
“*Nao, pergilah tidur kat atas. Nanti bila semua dah siap masak Ibu panggil.” Kata Puan Nora didapur.
“*dah, pergi naik atas.” Arah Akito pula.
“*Hai…(ya)” Naoto akur dan berjalan longlai naik ke tingkas atas.
“ayah awak mana?” soal Syahril.
“entah tak balik lagi kot.” Jawab Akito selamba. “Ibu, ayah tak balik ke?” soal Akito pada Puan Nora.
“belum, dia kata dia balik malam.” Balas Puan Nora yang sedang sibuk menyiapakan hidangan makan tengah hari.
UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR, MALAYSIA.
Cik Suria merenung dua orang pelajar dihadapannya itu silih berganti.
“ awak bukan ahli kelab, macam mana saya nak benarkan awak ikut? Ahli kelab kebudayaan sendiri pun bukan semua boleh ikut serta.” Ujar Cik Suria.
“alah Cik, boleh la. Saya betul-betul kena pergi.” Pujuk Zaira.
“kenapa awak beriya nak pergi ni?” soal Cik Suria. Zaira terkedu. Alasan apa yang paling sesuai nak diberikan pada Cik Suria.
“sebab….sebab saya yang nak dia pergi. Saya tak boleh pergi jauh-jauh tanpa Zaira Cik.” Syima menyampuk.
“hesy, awak ni. Jangan bagi alasan mengarut boleh tak? Awak dengan Zaira ni bukannya kembar.” Marah Cik Suria. Syima mencebik.
“Zaira, cuba bagitahu saya kenapa awak beriya sangat nak pergi?” soal Cik Suria lagi.
“ada urusan yang penting yang perlu saya selesaikan. Ada seseorang yang perlu saya jumpa di Universiti Meiji tu. Penting.” Ujar Zaira.
“Saya tak faham. Urusan apa yang penting sangat tu? Siapa yang awak nak jumpa tu?” soal Cik Suria meminta Zaira menceritakan semuanya. Zaira dan Syima berpandangan seketika. Sebelum kedua-duanya kembali memandang Cik Suria.
“kena cerita ke?” soal Zaira tak yakin.
“awak nak pergi ke tidak??” soal Cik Suria seakan mengugut.
DAERAH CHIBA, TOKYO, JEPUN.
Syahril berdiri di balkoni bilik Akito sambil merenung langit.
“* Yuki-Nisan.” Tegur Naoto sambil menghampiri Syahril. Syahril menoleh memandang Naoto sambil tersenyum. Syahril telah menganggap Naoto macam adiknya sendiri. Begitu juga dengan Naoto yang telah menganggap Syahril macam abangnya.
“*Abang Yuki tengah buat apa?” soal Naoto.
“* tak buat apa-apa, saja je duduk kat sini.” Balas Syahril.
“*kenapa hari tu abang balik Malaysia tak belikan saya buah tangan?” soal Naoto mesra.
“*abang lupa, maaf sangat.” Ujar Syahril memohon maaf sambil mengusap kepala Naoto.
“*Nao..”panggil Akito. Syahril dan Naoto menoleh kebelakang.
“*Kamu dah solat belum?” soal Akito.
“*belum.” Jawab Naoto.
“*dah, pergi solat dulu.” Arah Akito.
“*alah, nantilah.” Ujar Naoto.
“*Naoto!!” Akito bersuara tegas.
“*Nao, pergi solat dulu, nanti datang sini balik.” Pujuk Syahril.
“* hai.!..hai.!...”Naoto akur. Perlahan langkahnya diatur keluar dari bilik Akito itu. Akito lantas duduk di hadapan komputer ribanya dan mula menyiapkan tugasannya. Syahril pula kembali melihat ke luar. Sesekali Akito memandang Syahril. Begitulah keadaan Syahril sejak pulang dari Malaysia. Selalu muram. Termenung sana, termenung sini. Sudah hampir dua bulan.
“Yuki.” Panggil Akito.
“ya..” jawab Syahril acuh tak acuh.
“sudah la tu.” Ujar Akito. Syahril berpaling memandang Akito yang asyik mneyiapkan tugsannya. Syahril masuk semula ke bilik.
“apa yang sudah?” soal Syahril sambil merebahkan dirinya di katil Akito. Akito memandang Syahril sekilas sebelum kembali memandang komputer ribanya.
“ awak masih teringatkan Zaira kan?” duga Akito. Syahril hanya terdiam.
“ sudah dekat dua bulan Yuki, redhakan saja segalanya. Mungkin Allah dah rancang sesuatu yang lebih baik untuk awak.” Uajr Akito lagi. Syahril masih terdiam memikirkan kata-kata Akito. Ada benarnya apa yang dikatakan oleh Akito itu.
“Saya rasa awak patut cari teman wanita lain.” Ujar Akito lagi. Syahril ketawa kecil mendengar kata-kata Akito itu. “ gelak pulak, betul lah apa saya cakap.” Protes Akito. Belum sempat Akito membalas kata-kata Akito itu, telefon bimbitnya berbunyi. Ada mesej masuk. Akito memandang Syahril sekilas dan kembali menatap komputer ribanya. Syahril membuka telefon bimbitnya tertera nama Yoshinaga Miyuki pada telefon bimbitnya itu. Mesej itu dibuka dan dibaca.
“siapa?” soal Akito ingin tahu.
“Yoshinaga-San.” Jawab Syahril. Akito tersenyum mengusik.
“apa?” soal Syahril.
“diam-diam ubi berisi.” Ujar Akito.
“hish awak ni. Dia bagi mesej ingatkan saya untuk datang meeting urusetia program pertukaran budaya tu. Bukan hal lain.” Jelas Syahril.
“yelah, mula-mula ingatkan pergi meeting, lepas tu ingatkan pergi dating.” Usik Akito. Serta merta Syahril membaling bantal ke arah Akito. Akito ketawa berdekah-dekah begitu juga dengan Syahril.
UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR, MALAYSIA.
Syima tergesa-gesa keluar dari dewan kuliah untuk menjawab panggilan pada telefon bimbitnya yang berbunyi dari tadi. Nasib baik sahaja kuliahnya baru habis. Syima melihat ke skrin telefon bimbitnya, tertera nama Cik Suria.
“Helo, Assalamualaikum.” Syima menjawab panggilan itu.
“Waalaikumussalam.” Cik Suria menjawab salam dihujung talian.
“ya Cik Suria, ada apa?” soal Syima.
“tak ada apa, Cuma saya nak ingatkan awak supaya jangan lupa datang ke taklimat program pertukaran budaya tu petang ni.” Ujar Cik Suria.
“oh, pasal tu. Saya ingat. Cik jangan risau.” Ujar Syima ceria.
“oh ya, lagi satu…”
“apa dia Cik?”
“jangan lupa ajak kawan awak tu sekali.” Ujar Cik Suria lagi.
“kawan saya? Zaira?!” Syima teruja.
“ya…”
“dia…dia boleh pergi ke Cik?” soal Syima.
“ya, dia boleh pergi. Tapi bukan pergi saja, ada kerja yang dia kena buat. Dia akan jadi pembantu saya. Menggantikan Cik Laila yang tak dapat pergi sebab dia tak sihat.” Ujar Cik Suria lagi.
“terima kasih Cik..nanti saya bagitahu dia.” Ujar Syima teruja.
UNIVERSITI MEIJI, TOKYO, JEPUN.
Syahril hanya duduk mendiamkan diri. Dia paling tak suka untuk menyertai maesyuarat macam ni. Bosan. Sudah beberapa kali dia menguap.
“*Syahril.” Panggil Profesor Sakimura yang mengendalikan mesyuarat itu.
“*Hai” Syahril lantas membentukan duduknya.
“* Lusa, kamu pergi sambut peserta dari Malaysia di lapangan terbang bersama Yoshinaga.”
“*Hai..”ujar Syahril sambil memandang Miyuki sekilas.
“*baiklah, sampai sini sahaja dulu perjumpaan kita, perjumpaan seterusnya bila semua peserta sudah sampai ke sini. Semua boleh bersurai.” Ujar Profesor Sakimura sebelum meninggalkan bilik itu. Syahril turut bangun dan meninggalkan bilik itu.
“*Syahril-san, chotto matte kudasai. ( Syahril, tunggu sekejap.)” panggil Miyuki. Syahril menoleh ke belakang.
“*awak sibuk ke?” soal Miyuki.
“*tak..kenapa?” soal Syahril pula.
“*saya ingat saya nak bincang sesuatu dengan awak.”
“*boleh..nak bincang apa?”
“*erm…kita bincang sambil jalan.” Ajak Miyuki. Syahril akur dan berjalan berdua bersama Miyuki keluar dari bilik itu.
“*Syahril-san.” Panggil Miyuki lagi.
“ *panggil saya Yuki. Lebih mudah.” Ujar Syahril mesra. Miyuki memandang Syahril sambil tersenyum.
“*Yuki?” Syahril mengangguk.
“*erm, bila peserta dari Malaysia tu sampai?” soal Syahril.
“*tadi Sakimura Sensei cakap, awak tak dengar ke?” soal Miyuki kehairanan. Syahril tersengeh sambil menggaru kepalanya.
“*kalau saya bagitahu awak satu rahsia, awak boleh janji jangan bagitahu orang lain?” soal Syahril.
“*apa dia?” soal Miyuki sambil tersenyum.
“*saya sebenarnya tak boleh pergi mesyuarat. Kalau saya pergi mesyuarat mesti saya tertidur.” Ujar Syahril. Miyuki tergelak kecil.
“*betul, saya tak tipu.” Ujar Syahril lagi.
“*jadi, awak tertidur la tadi?” soal Miyuki.
“*erm…macam tulah nampaknya.” Uajr Syahril sambil tersenyum. Miyuki tergelak lagi.
“*macam-macam awak ni, lusa mereka sampai pukul satu petang.”ujar Miyuki menjawab soalan Syahril tadi.
“*owh…er… Yoshinaga-san..”panggil Syahril.
“*panggil saya Miyuki.” Ujar Miyuki. Syahril tersenyum.
“*Miyuki..”
“*ya saya.”
“*awak tahu peserta dari Malaysia tu dari Universiti mana?” soal Syahril.
“*owh sekejap. Ini senarai nama mereka.” Miyuki memberikan selembar kertas pada Syahril. Terbeliak bijik mata Syahril melihat senarai nama itu. Mereka dari Universiti Malaya. Syahril membaca semua nama yang tersenarai disitu. Seperti dijangka, tiada nama Zaira. Hanya nama Syima yang ada disitu. Syahril tersenyum lega.
UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR, MALAYSIA.
Zaira berjalan perlahan sambil membawa beberapa buah kotak menuju ke bilik Cik Suria. Baru semalam dia dibenar untuk mengikuti program pertukaran budaya tu, hari ini sudah ada kerja menanti. Malang tak berbau, satu daripada kotak yang dibawanya jatuh. Habis berterabur semua fail yang terisi didalam kotak itu. Zaira lantas meletakan kotak-kotang yang lain ke lantai dan mengutip fail-fail dan lembaran-lembaran kertas yang bertaburan. Seorang lelaki yang melalui koridor itu membantu Zaira mengutip kertas-kertas itu.
“tak apa, saya…” belum sempat ayat itu habis keluar dari mulur Zaira, Zaira terkedu melihat lelaki yang menolongnya itu.
“Hai Zaira.” Lelaki tadi menegur.
“Anas..”
“tak apa saya tolong awak angkat kotak-kotak ni.” Ujar Anas sambil memasukkan semula lembaran-lembaran kertas itu ke dalam kotak.
“nak dibawa kemana ni?” soal Anas.
“oh…erm…bilik…bilik Cik Suria.” Ujar Zaira yang masih kaget.
“oh…kebetulan, saya pun nak ke sana. Jomlah.” Ajak Anas sambil membawa kesemua tiga kotak yang dibawa oleh Zaira tadi. Zaira akur dan membontoti Anas menuju ke bilik Cik Suria.
“tuk..tuk..tuk..” Zaira mengetuk pintu bilik Cik Suria.
“masuk.” Kedengaran suara Cik Suria dari dalam. Zaira lantas membuka pintu dan masuk kedalam begitu juga dengan Anas.
“Ha!, Anas, kemana kamu semalam?” soal Cik Suria tiba-tiba sebaik terlihat Anas.
“Maaf Cik, lupa nak bagi tahu, saya ada ujian masa perjumpaan tu, so, tak dapat datang.” Cerita Anas sambil meletakan kotak-kotak yang dibawanya ke lantai.
‘perjumpaan? Semalam?’ Zaira bermonolog sendiri dalam hati.
“cuba bagitahu saya awal-awal.”
“ha, Zaira, awak dah kenal Anas kan. Dia pengerusi kelab ni. Nanti di Jepun awak akan membantu dia menguruskan ahli kelab yang lain sepanjang berada disana. Awak berdua juga akan menguruskan tapak pameran kita disana.” Ujar Cik Suria. Zaira terkesima. ‘Ya Allah, ujian apakah ini?!’ bisik hati Zaira.
LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA NARITA, TOKYO, JEPUN
Syahril dan Miyuki menunggu delegasi dari Malaysia seperti yang telah diarahkan oleh Profesor Sukimura tempoh hari. Hampir setengah jam mereka menunggu di pintu ketibaan antarabangsa lapangan terbang tersebut. Penantian mereka berakhir apabila kelibat Cik Suria muncil bersama-sama delegasi lain dibelakangnya. Syahril tersenyum dan memanggil Cik Suria. Cik Suria tersenyum kembali ke arahnya dan menghampirinya.
“ Cik apa khabar?” soal Syahril ceria.
“khabar baik…Makin kacak kamu ya.” Puji Cik Suria. Syahril tersenyum malu.
“oh ya, Cik, kenalkan ini Yoshinaga Miyuki, urusetia yang akan uruskan delegasi Malaysia bersama saya.” Syahril memperkenalkan Miyuki.
“*Konichiwa Yoshinaga-San.”ujar Cik Suria.
“*Hai, Konichiwa. Selamat berkenalan, Saya Yoshinaga Miyuki.” Miyuki memperkenalkan diri. Cik Suria hanya tersenyum.
“*Dia boleh bercakap Bahasa Jepun ke?” soal Miyuki pada Syahril.
“*dialah guru Bahasa Jepun saya dulu.” Ujar Syahril.
“*macam tu ke?” Miyuki sedikit teruja.
“*Selamat datang ke Jepun, Sensei.” Miyuki mengucap selamat sambil memberikan tunduk hormat. Cik Suria membalas dengan tundukan hormat juga.
“*Terima kasih kerana menjemput kami.” Sedang Miyuki dan Cik Suria asyik berbual pandangan Syahril tertancap pada satu wajah yang amat dirindunya. Zaira!. Syima yang perasan pandangan Syahril itu lantas menarik tangan Zaira menghampiri Syahril.
“Hai awak.!!” Sapa Syima ceria. Zaira hanya tertunduk.
“hai..”balas Syahril dengan pandangannya yang tepat pada Zaira.
“Syahril..”panggil Zaira perlahan.
“Yuki-san!!” belum sempat Syahril menjawab panggilan Zaira itu, Miyuki pula memanggilnya. Syahril, Zaira dan Syima memandang ke arah suara itu.
“*Hai..” jawab Syahril.
“*kita boleh bergerak sekarang kan?” soal Miyuki.
“*hai..” jawab Syahril lagi.
“Perhatian semua, bas dah ada di luar dan akan membawa kita terus ke Universiti Meiji, tapi sebelum tu, saya nak perkenalkan diri dulu, saya Syahril Anuar, penuntut jurusan Kejuruteraan Kimia di Universiti Meiji dan ini rakan saya Yoshinaga Miyuki. Kami berdua adalah urusetia yang telah ditugaskan untuk mengawal selia kalian semua sepanjang program ni. Sebarang masalah bolehlah berjumpa dengan kami.” Terang Syahril panjang lebar kepada semua peserta program ni.
“ Jadi kalau tak ada apa-apa lagi, saya rasa kita boleh bertolak sekarang.” ujar Syahril lagi. Mereka semua mula bertolak ke tempat bas yang dimaksudkan. Syahril berjalan berdua bersama Miyuki di hadapan. Zaira hanya melihat Syahril dan Miyuki. Ada rasa cemburu dihatinya.
Akito meninjau-ninjau ke dalam bilik yang dikhaskan untuk delegasi dari Malaysia membuat latihan dan berkumpul. Seketika kemudia Akito tersenyum memandang Syima yang sedang berjalan ke arahnya.
“Hai awak..” sapa Syima mesra.
“Hai…” Akito menghadiahkan senyuman pada Syima.
“awak lambat lagi ke?” soal Akito.
“kenapa?” soal Syima pula.
“tak adalah, kalau awak dah free, saya nak bawa awak pusing-pusing sekitar kampus.” ujar Akito.
“oh, ok boleh, sebenarnya saya dah free dah pun. Awak tunggu sekejap ya.” ujar Syima sambil terus berlari masuk semula ke dalam bilik itu untuk bersiap sebentar. Sambil menunggu Syima, Akito berdiri berhampiran cermin di koridor itu sambil memandang ke luar. Pandangan Akito tertancap pada Syahril dan Miyuki yang berjlan berdua di luar tidak jauh dari situ.
“Awak tengok apa tu?” soal Syima yang sudah pun bersiap untuk megikut Akito. Syima memandang ke arah yang dipandang oleh Akito.
“sweet kan?” soal Akito.
“maksud awak?” soal Syima pula.
“tu, Yuki dan Yoshinaga. Padan sangat saya tengok.” ujar Akito. Syima yang telah melihat dengan matanya sendiri keakraban Syahril dan Miyuki tidak berani menafikan kata-kata Akito itu. Kalau tidak dilihat dari sudut agama dan bangsa, Syahril dan Miyuki memang pasangan yang ideal.
“jomlah.” ajak Akito. Syima mengekori Akito.
“Yoshinaga tu siapa sebenarnya?” soal Syima.
“rakan sekelas kami.” jawab Akito.
“tak, maksud saya Yoshinaga pada Syahril.”
“oh, rakan sekelas, dan rakan sekerja.” jawab Akito.
“awak yakin?” soal Syima.
“erm…tak berani nak cakap. Yuki tak pernah cerita apa-apa pada saya mengenai hubungan dia dengan Yoshinaga.
“hmm…kalaulah mereka ada hubungan, sia-sia Zaira datang ke sini.” ujar Syima sambil melepaskan keluhan.
“Zaira ada kat sini?” soal Akito sedikit terkejut.
Syahril masuk le dalam bilik latihan delegasi Malaysia. Kelihatan para penari sedang membuat latihan tarian mereka. Syahril kes itu sebenarnya untuk memberikan jadual sepanjang program pertukaran budaya itu kepada delegasi dari Malaysia ini. Pandangan Syahril tertangkang pada satu pasangan yang tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Mereka kelihatan sangat mesra. Dan dia amat kenal dengan pasangan itu. Zaira dan Anas.
“eh, abang Syahril. Buat apa kat sini?” soal seorang pelajar yang juga bekas Juniornya dulu semasa menuntut di UM.
“eh, Kamu, Rina kan?” soal Syahril mesra.
“ya, tak sangka abang ingat lagi kat saya. Abang buat apa kat sini?” soal Rina lagi.
“oh ya, Cik Suria ada?” soal Syahril sambil pandangannya masih terarah pada Anas dan Zaira yang asyik menyaksikan latihan tarian Zapin itu.
“Cik Suria tak ada, dia keluar, tak tahulah dia pergi mana. Kenapa bang?”
“oh, ha..habis tu, siapa ketua korang? at..atau erm..siapa yang incharge kat sini?” soal Syahril lagi sambil matanya masih memerhatikan Zaira dan Anas.
“abang tengok siapa tu?” tegur Rina.
“eh..tak..tak ada sesiapa.”
“kejap, saya panggil Abang Anas, dia ketua kitorang.” ujar Rina.
“ha, iyelah.” balas Syahril. Rina lantas menuju ke arah Anas dan Zaira. Zaira menoleh ke belakang ke arah Syahril. Syahril lantas memandang ke arah lain. Tiba-tiba dia rasa marah dengan Zaira. ‘patutlah dia tak nak kat aku, dah sangkut kat anas rupanya.!’ rungut hati kecil Syahril. Seketika kemudian Anas bangun dan menghampiri Syahril. Dari jauh sebuah senyuman telah terukir.
“Assalamualaikum.” ucap Anas.
“Waalaikumussalam.” balas Syahril acuh-tak acuh. Tak tahu kenapa rasa meluat dalam hatinya membuak-buak. Rasa macam nak je dia menumbuk muka Anas disitu. ‘Perampas!’ sumpah hati Syahril.
“ada apa?” soal Anas.
“ni, jadual untuk sepanjang program ni.” ujar Syahril sambil menyeerahkan jadual itu. Anas menyambut dan membeleknya.
“Terima Kasih.”ucap Anas.
“lagi satu, korang terpilih untuk buat persembahan pada upacara pembukaan nanti. So, esok korang kena datang untuk raptai di dewan.” ujar Syahril lagi.
“batul ke ni?” Anas sedikit teruja. Syahril hanya mengangguk malas.
“aku..peergi dulu.” ujar Syahril sambil terus berlalu meninggalkan bilik itu.
“Terima Kasih!” laung Anas. Syahril hanya mengangkat tangan kanannya sebagai balasan pada ucapan itu. Dia mals untuk berlma-lama disitu. Panas hatinya. Sungguh dia tak sangka begitu cepat Zaira melupakannya. Atau mungkin dia memang tak pernah ada dalam ingatan Zaira pun.
Syima menghampiri Zaira yang sedang duduk termenung. Dia baru sahaja habis membuat latihan rutin yang semua penari sepertinya perlu lakukan.
“Zai, kenapa ni?” soal Syima.
“entahlah, aku rasa macam…macam sia-sia aku datang kesini.” uajr Zaira dalam nada kecewa.
“kenapa pulak kau cakap macam tu? oh, pasal Syahril?” duga Syima. Zaira menganangguk.
“Zai, kita kat sini baru dua hari, kau bercakap dengan Syahril pun tak lagi. Kenapa kau boleh buat kesimpulan sampai macam tu, kita tak tahu lagi apa sebenarnya hubungan Syahril dengan Yoshinaga. Lagipun, mereka tu berlainan bangsa dan agama.”
“sesiapa yang saja yang lihat mereka tu tahulah, mana ada rakan sekelas rapat macam diorang tu. Kalau pasal agama dan bangsa, kau tengok si Akito tu, bangsa dia apa dan dulu agama dia pa? sekarang agama dia apa?” soal Zaira. Syima terdiam. Benar apa yang dikatakan oleh Zaira. Akito berbangsa Jepun, dulu dia penganut kristian sebelum memeluk agama Islam bersama keluarganya. Tak mustahil Miyuki juga akan berbuat begitu.
“Zaira..”panggl satu suara. Syima dan Zaira lantas menoleh ke arah datangnya suara itu.
“Awak sibuk ke?” soal Anas yang memanggilnya tadi. Zaira menggeleng sambil tersenyum.
“Boleh ikut saya ke booth kita sekejap? ada sesuatu yang nak saya bincangkan dengan awak.” ajak Anas. Zaira memandang Syima sekilas.
“boleh.” Zaira memberi jawapan sambil bangun dari duduknya. Anas tersenyum.
“jomlah..”ajak Anas. Zaira mengekori Anas menuju ke booth yang telah disediakan oleh pihak uniersiti untuk mereka membuat pameran sepanjang program pertukaran budaya ini. Syima hanya menghantar Zaira dengan ekor matanya.
“Yuki..” ucap Akito mesra sambil meletakan tangannya pada bahu Syahril.
“eh…awak.” Syahril sedikit terkejut dengan kehadiran Akito yang secara tiba-tiba.
“tak ada kelas ke?” soal Syahril. Akito menggelang. Dia sbenarnya baru sahaja habis kelas dan terus menuju ke kafetaria itu sebelum ternampak Syahril yang sedang khusyuk menyemak fail tugasannya sepanjang program ini berlangsung. Syahril lantas bangun dari duduknya dan bergerak menuju ke dewan tempat raptai upacara perasmian diadakan. Akito mengekorinya dari belakang dan cuba menyainginya.
“Yuki, kenapa awak tak cerita yang Zaira ada disini?” soal Akito. Syahril memandang Akito sekilas sebelum melepaskan keluhan berat.
“perlu ke nak cerita?” soal Syahril kembali.
“kenapa awak cakap macam tu?” Akito sedikit keliru. Syahril bersandar pada pintu dewan itu sambil memandang ke arah pentas. Peserta dari Malaysia sedang membuat latihan persembahan mereka.
“awak tengok tu.” ujar Syahril sambil menunjuk pada Zaira dan Anas yang sedang duduk di tempat penonton. Akito memandang ke arah yang ditunjuk oleh Syahril.
“dia memang tak ada perasaan pada saya, tengok tu, dia dah ada orang lain dah pun.” ujar Sayhril lagi.
“Siapa lelaki tu? macam pernah nampak.” soal Akito.
“Anas.” jawab Syahril sambil kembali keluar dari dewan itu.
“Anas?” soal Akito yang masih mengekori Syahril.
“lelaki yang kacau Zaira dan Syima, masa kita di KL dulu. Ingat tak?” Syahril mengimbas kembali kali pertama mereka berjumpa dengan anas dulu.
“oh…ingat, ingat, ingat..”
“awak yakin ke mereka tu ada hubungan?” soal Akito lagi.
“tengok kemesraan mereka tu pun saya dah tahu.” ujar Syahril. Tiba-tiba Akito terfikir sesuatu. Langkahnya terhenti. Syahril memandang Akito sedikit hairan. Akito teringat semula kata-kata Syima tempoh hari. Tentang bagaimana Zaira fikir tentang hubungan Syahril dan Miyuki. Seketika kemudian Akito tersenyum. Lama kelamaan senyumannya makin besar sebelum bertukar pada ketawa. Syahril bertambah hairan dengan perilaku Akito. Akito menghampiri Syahril. Akito menepuk bahu Syahril tiga kali sambil tersenyum.
“Yuki, Yuki..”ujar Akito dengan senyuman yang melebar.
“kenapa dengan awak ni?” soal Syahril. Sedar tak sedar, sebenarnya Akito telah tahu duduk semua perkara yang sebenar dan kebenaran disebalik semua salah faham yang berlaku. Zaira bersusah payah datang ke Jepun ni semata-mata untuk memberikan jawapan kepada lamaran Syahril yang tak sempat untuk dia jawab dulu tetapi teraksa pendam segalanya selepas melihat keakraban Syahril dan Miyuki, Syahril pula yang memang masih sayangkan Zaira dan berharap kedatangan Zaira ini adalah satu petanda baik, patah hati apabila melihat kemesraan Zaira dan Anas. Sedangkan Syahril dan Miyuki tiada sebarang hubungan dan begitu juga dengan Anas dan Zaira.
“Yuki, awak tahu tak sebenarnya….” Akito berniat mahu menjelaskan segalanya pada Syahril. Namun tiba-tiba timbul idea nakal dalam fikirannya. Dia ingin melihat babak seterusnya dalam ‘drama’ antara Zaira dan Syahril ni. Pasti menarik.
“sebenarnya apa?” soal Syahril keliru. Soalan itu hanya disambut oleh tawa oleh Akito.
“tak ada apalah.” ujar Akito sambil berlalu pergi. Masih jelas kedengaran Akito ketawa sepanjang jalannya. Syahril mengerutkan dahi. Sungguh dia keliru.
Syahril bersandar pada pintu dewan sambil menyaksikan persembahan pembukaan dari sebuah universiti dari Jordan. Beberapa buah Universiti telah terpilih untuk membuat persembahan di Majlis pembukaan rasmi ini.
“tengah tengok persembahan ke, tengah mengelamun.” Sapa Cik Suria.
“eh, Cik Suria. Dari mana? tak perasan pulak.” soal Syahril tersipu malu apabila ditegur begitu.
“dari luar, nak masuk. Termenung jauh, fikirkan Zaira ke? sabar, tak lama lagi selesailah masalah tu.” ujar Cik Suria lembut. Syahril mengerutkan dahi.
“ma…man..mana Ci….Cik tahu?” Cik Suria memandang wajah Syahril dan tersenyum.
“Zaira dah cerita semuanya pada saya. Kalau tak, tak kan saya benarkan dia ikut program ni. Dia bukan ahli kelab.” balas Cik Suria.
“Zaira cerita?” Syahril sedikit keliru.
“Bersungguh-sungguh dia nak ikut program ni. Sampai dia merayu pada saya. Dia perlu sangat jumpa awak katanya. Jadi saya benarkan lah. Kasihan kat dia. Katanya, dia nak menjawab soalan awak dulu. Soalan apa yang awak tanya pada dia sampai dia beriya-iya macam ni?” soal Cik Suria yang ingin tahu.
“ha?!” Syahril jadi serba salah nak menjawab. Cik Suria ketawa melihat riaksi Syahril.
“Saya suka tengok awak bila buat muka serba salah macam tu comel sangat.” Sakat Cik Suria sambil ketawa kecil. Merah wajah Syahril bila Cik Suria kata begitu.
“oklah, saya duduk dulu ya.” ujar Cik Suria sambil bergerak ke tempat duduknya. Syahril terus memikirkan kata-kata Cik Suria tadi. ‘dia bersungguh-sungguh ke sini sebab nak jumpa aku? kalau dia dah ada Anas, kenapa perlu dia nak jumpa aku dan jawab lamaran aku dulu? kalau semata-mata nak cakap dia tak terima, perlu ke jauh-jauh sampai ke Jepun ni?’ Syahril bermonolog sendiri.
Akito menahan perutnya yang sakit kerana menahan tawa. Ketawa besar dia ketika menceritakan perihal Zaira dan Syahril pada Syima.
“Asyraf, sudah lah tu.!!” ujar Syima. Dia juga turut ketawa mendengar cerita Akito itu.
“Kelakar sungguh mereka itu. Saya ingat benda macam ni semua berlaku dalam drama atau filem je. Tak sangka pulak boleh jadi pada mereka.” ujar Akito dalam tawanya yang masih tersisa.
“tak baik tau awak ni, ketawakan kawan sendiri. Kenapa awak tak cerita saja perkara sebenar pada Syahril? Kasihan dia.” ujar Syima lagi yang sudah mampu menahan tawanya.
“saja saya nak tengok sejauh mana benda ni boleh berlarutan.” ujar Akito.
“Asyraf, lusa program ni habis. Kami dah nak balik ke KL. Kalau sampai masa tu Zaira dan Syahril masih dalam salah faham ni, kasihan mereka. Susah payah Zaira datang ke Jepun ni tau.” Syima menyuarakan kebimbangannya.
“Saya tahu, saya akan beritahu nanti, tapi sebelum tu biarlah kita lihat dulu drama ni. Menarik tau.”ujar Akito lagi sambil menyambung tawanya. Syima hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum.
“oh ya….erm….kita ni asyik fikir pasal Zaira dan Syahril saja, erm…. ki..kita macam mana?” soal Akito yang kembali serius. Syima tersentak dengan soalan dari Akito itu.
“ki…kit…kita?, ma…maksud awak?” Syima mangalih pandangannya ke tempat lain. Akito tersenyum melihat riaksi Syima.
“awak tahu maksud saya….kan?” soal Akito lagi berkias. Merah muka Syima. Syima hanya tertunduk. Malu bila disoal begitu oleh Akito.
Syahril berjalan laju ke booth pameran yang disediakan oleh pihak universiti untuk para peserta membuat pameran berkaitan kebudayaan negara masing-masing. Syahril ingin bertemu dengan Anas. Ada benda yang dia perlu dari Anas. Semalaman dia memikirkan kata-kata Cik Suria masa majlis pembukaan kelmarin. Dia perlu mendapatkan kepastian. Perlu!!
Sampai di booth Universiti Malaya, Syahril nampak Anas sedang sibuk melayan pertanyaan dari pengunjung yang datang ke booth itu.
“Anas.” panggil Syahril.
“Ya.” jawab Anas yang sedikit terkejut dengan kedatangan Syahril itu.
“Ikut aku sekejap.” ujar Syahril. Anas mengerutkan dahi. Namun dia akur dan terus mengekori Syahril keluar dari tapak pameran itu. Syahril membawa Anas ke satu kawasan yang agak jauh dari tapak pameran itu. Tempat yang sedikit tenang dari sesak orang ramai.
“Kenapa ni? ada apa hal?” soal Anas. Syahril berdiam seketika. Otaknya ligat menyusun soalan yang nak ditanyakan pada Anas.
“Anas, apa sebenarnya hubungan kau dengan Zaira?” soal Syahril. Anas nyata terkejut dengan soalan dari Syahril itu.
“hubungan ? aku tak ada apa-apa hubungan dengan Zaira. Sejak aku tahu dia tunang kau memang aku tak kacau dia lagi.” terang Anas yang sedikit risau. Syahril terdiam mendengar jawapan dari Anas.
“kenapa kau tanya aku macam tu?” soal Anas pula. Syahril hanya berdiam.
“kalau kau cemburu dengan cara aku layan dia, aku minta maaf. Aku bukan nak rampas dia. Itu memang cara aku. Aku layan semua perempuan macam tu. Aku tahu dia kau punya. Aku tak akan usik dia. Kau jangan risau.” Anas cuba meyakinkan Sayhril.
“Tapi kenapa dia tolak lamaran aku?” soal Sayhril.
“tolak lamaran? korang kan dah bertunang? oh, maksud kau tolak lamaran untuk berkahwin?” soal Anas keliru. Syahril menggelangkan kepala dan terus duduk dibangku yang memang disediakan disitu. Anas mengekorinya dan duduk disebelah Syahril.
“dia bukan tunang akau.” Syahril berterus terang.
“maksud kau?” Anas makin keliru.
“dulu tu, kami tipu kau je. Kami tak bertunang pun.”
“tapi korang memang bercinta kan?” soal Anas lagi. Syahril menggelang.
“aku dah cakap yang aku cintakan dia, tapi dia tak pernah bagi aku jawapan.” ucap Syahril. Anas dia seketika.
“jadi, mungkin betul apa yang aku dengar.”ujar Anas. Syahril memandang Anas.
“Zaira bukan ahli kelab. Sepatutnya dia tak boleh ikut program ni. Aku terdengar dari budak-budak kelab yang lain, diorang cakap Zaira merayu pada Cik Suria untuk ikut program ni sebab nak jumpa kau.” ujar Anas. Syahril diam. Itulah yang dikatakan oleh Cik Suria malam tu. ‘Jadi memang benar dia ke sini sebab nak jumpa aku? tapi kenapa sampai sekarang dia tak jumpa aku lagi?’ Syahril bermonolog sendiri.
“tapi, kenapa sampai sekarang dia belum jumpa aku algi?” soal Syahril.
“yang itu aku tak tahu. Kau kena tanya dia sendiri. Yang aku tahu, sepanjang dia disini nampak sangat dia tak seronok. Macam ada sesuatu yang mengganggu fikiran dia.” ujar Anas lagi. Syahril diam lagi memikirkan semua ni. Memang benar Zaira ke Jepun untuk menemuinya. Tapi macam sesuatu sudah berlaku. Dia perlu selesaikan semua ni. Ini mungkin peluang terakhirnya untuk mendapatkan Cinta Zaira. ‘oh ya, Akito dan Syima. Mereka mesti tahu sesuatu!’ bisik hati Syahril.
“Akito dan Syima duduk di bangku di sebuah taman di tengah-tengah kota metropolitan Tokyo itu. Puas sudah Akito membawa Syima bersiar-siar di bandaraya ini. Merka baru sahaja pulang dari Disneyland Tokyo. Dan kini mereka sudah buat perancangan untuk ke Menara Tokyo pula.
“Terima kasih Asyraf, sebab bawa saya jalan-jalan. seronok sangat.” ucap Syima sambil tersenyum.
“Sama-sama.” balas Akito sambil tersenyum kembali pada Syima. Syima lantas mengalih wajahnya ke arah lain. Tak tahu kenapa dia berasa tak senang bila melihat Akito tersenyum begitu. Jantungnya jadi berdegup laju. Akito tersenyum lagi melihat riaksi Syima. ‘Sweet.’
“Syima, kenapa awak pandang ke arah lain?” soal Akito sengaja mengusik.
“Tak..tak ada apa-apa.” ujar Syima dengan suara sedikit terketar-ketar.
“awak malu ya?” soal Akito lagi.
“Awak ni !!!!, dah tahu nak tanya lagi!!” bentak Syima. Akito ketawa dengan jawapan Syima itu.
“Awak tahu tak kenapa awak rasa macam tu?” soal Akito. Syima memandang Akito sambil menggelang.
“Itu tandanya awak sayang kat saya.” ujar Akito selamba. Merah wajah Syima bila dikata begitu. Akito ketawa besar melihat riaksi Syima.
“Awak ni jahat lah!!” ujar Syima seakan merajuk.
“Syima, awak ni sweet sangat tau. Tu yang buat saya suka sangat kat awak.” ujar Akito lagi. Syima tersenyum mendengar kata-kata Akito itu. Jantungnya masih berdegup kencang.
“Awak, lepas ni, saya bawa awak pergi Menara Tokyo. Nak?” soal Akito.
“Menara Tokyo ya…” belum sempat Syima menjawab kedengaran satu suara dari belakang mereka. Serentak itu mereka berdua merasa ada aura pembunh dari belakang. Perlahan mereka berdua menolah ke belakang.
“Kat sini korang ya…satu Tokyo saya pusing, kat sini rupanya korang…”
“Yu…Yuki….”ujar Akito sambil menelan liur. Syahril hanya tersenyum pada Syima dan Akito. Syima yang tadi jantungnya berdegup kencang disebabkan kata-kata dari Akito, kini jantungnya seakan berhenti berdegup disebabkan Syahril pula. Kantoi!!!
Anas, Zaira dan beberapa orang pelajar lain sibuk mengemas semula booth mereka selepas lima hari booth pameran itu dibuka. Pelbagai jenis pameran dan demonstrasi yang mereka buat untuk memperkenalkan kebudayaan Malaysia. Malam ini upacara penutup dan esok mereka akan pulang ke Kuala Lumpur. Sekali-sekala Anas memandang Zaira. Ada seuatu yang ingin dia tanyakan berkenaan hubungan Zaira dan Syahril. Tapi dia takut Zaira akan marah.
“Awak kenapa Anas?” soal Zaira yang perasan dirinya diperhatikan oleh Anas sedari tadi.
“tak..tak ada apa-apa.” ujar Anas yang kembali ligat mengemas.
“awak tak payah berdalih la Anas. Saya tahu. Awak nak cakap sesuatu dengan saya kan. Apa dia? cakap lah..” Anas berdiam seketika. Berfikir samada dia patut tanya atau tak.
“ Aw…awak dah jumpa Syahril?” soal Anas.
“jum…jumpa Syahril? buat apa?” soal Zaira kembali.
“bukan awak patut jumpa dia ke?” soal Anas lagi.
“ke…kenapa pulak?” Zaira sedikit terkejut dengan soalan dari Anas itu.
“tak adalah, sya dengar cerita, awak kesini nak jumpa dengan Syahril. Tapi, esok kita dah nak balik, awak masih belum jumpa dia.” ujar Anas.
“Cik Suria cerita pada awak?”
“Cik Suria? taklah, saya Cuma dengar cerita dari budak-budak kelab yang lain.” balas Anas.
“oh…”
“jadi kenapa awak masih tak jumpa dengan dia?” soal Anas lagi.
“saya Cuma rasa, saya dah perlu jumpa dia lagi.” ujar Zaira.
“Kenapa pula?” soal Anas lagi. Zaira memandang Anas sekilas sebelum ergi meninggalkan booth itu. Anas hanya melihat Zaira pergi. Jelas ada sesuatu yang mengganggu fikiran Zaira.
Akito tertunduk seakan seorang pesalah. Begitu juga Syima disebelahnya. Sayhril yang duduk di hadapannya mengetuk-ngetuk meja dengan jarinya.
“kenapa awak tak beritahu saya awal-awal?!” ujar Syahril yang sedikit geram dengan tindak tanduk Akito yang menyembunyikan segalanya dari pengetahuan Sayhril.
“Maaf, janji tak buat lagi.” ujar Akito. Akito telah menceritakan semua kesalahfahaman yang berlaku selepas didesak oleh Syahril tadi.
“dah la tu Syahril..”
“Awak pun sama!!” belum sempat Syima menghabiskan ayatnya dia telah disergah begitu oleh Sayhril. Dia turut tertunduk sekan seorang pesalah. Dia memang bersubahat dengan Akito merahsiakan segalanya. Dengan Syahril saja sudah begini. Dia tak dapat membayangkan bila Zaira dapat tahu nanti. Habislah dia.
“dah la saya nak balik!!” bentak Sayhril sambil bangun dan terus meninggalakn Akito dan Syima disitu.
“Yuki!!!” panggil Akito. Syahril tidak mengendahkannya dan terus pergi.
“Awak la ni. Kesian Syahril tu.!!” marah Syima pula.
“awak pun nak marah kat saya jugak?!” soal Akito sambil mencebik.
“dah memang salah awak pun !!” ujar Syima selamba. Akito mencebik dan letakan kepalanya di atas meja.
“*Yuki, Komene. ( Yuki, Maaf.)” ujar Akito perlahan.
“ha, awak!!” ujar Akito tiba-tiba sambil duduk tegak memandang Syima. Syima memandang Akito tepat se akan ada sesuatu yang penting ingin dikatakan oleh Akito.
“jadi tak pergi Menara Tokyo?” soal Akito. Syima mengerutkan dahi.
“Awak!!” Syima memukul lengan Akito. Geram. Baru lepas kena marah tadi, boleh fikir lagi nak pergi bersiar-siar.
“Aduh, sakit lah.”Akito mengaduh.
Sekejap-sekejap Syahril melihat jam tangannya. Dia sedang bertugas di belakang pentas dalam upacara penutup ni. Dia sedang gelisah. Tadi selepas dia berjumpa dengan Akito dan Syima di Bandar, dia balik ke kampus dan mencari Zaira, tapi tidak ketemu. Malam ini dia terpaksa bertugas untuk majlis penutup ini. Ini bahagian terakhir dalam majlis malam ini. Dia berharap dia sempat berjumpa dengan Zaira malam ini kerana esok Zaira bersma-sama delegasi UM yang lain akan pulang ke Kuala Lumpur. Perilaku Syahril itu disedari rakan setugasnya yang turut ditugaskan di belakang pentas itu.
“* Yuki-san, kenapa dengan awak ni? gelisah semacam.”
“*eh, Usami-san, tak ada apa-apa.” dalih Syahril.
“*jangan tipulah, nampak sangat. Program dah nak habis. Jadi, kalu awak nak pergi, pergilah, saya ambil alih kerja awak.” ujar Usami.
“*betul ke ni? tapi nanti kalau Sakimura-Sensei datang macam mana?”
“* tak apa, pandai-pandaila saya kelentong apa-apa.” ujar Usami sambil tersenyum.
“*Usami, terima kasih.” ujar Syahril sambil menggenggam tangan Usami. Syahril lantas berlari keluar dari ruangan belakang pentas itu unruk mencari Zaira. Syahril masuk semula ke dewan itu dari pintu utama. Ligat matanya mencari Zaira. Syahril tersenyum apabila ternampak Zaira. Langkah kakinya di atur menuju ke tempat duduk Zaira.
“*Yuki-san.” belum pun beberapa langkah Syahril melangkah, Miyuki memanggilnya. Syahril menoleh memandang Miyuki.
“*Yuki, Sakimura- sensei panggil awak.” ujar Miyuki. Sayhril mengerutkan dahi. Dia memandang jam tangannya sebelum kembali memandang Zaira dan memandang Miyuki lagi. Dengan berat hati, langkahnya diatur mengikut Miyuki bertemu dengan Profesor Sakimura.
“Yu..Yu…Yuki…” panggil Akito perlahan dalam keadaan sedikit takut-takut. Syahril menoleh dan memberikan renungan tajam pada Akito.
“Aw…awak be..belum sempat jumpa….Zaira lagi ke?” soal Akito.
“ini semua salah awak lah!!!!”ujar Syahril garang.
“tak baik tau marah-marah, nanti cepat tua. Awak janganlah risau, esok pagi-pagi sebelum mereka pergi airport, awak pergilah jumpa Zaira. Jangan risau, semua akan baik-baik je.” ujar Akito. Serentak itu sekali lagi Syahril menjeling Akito tajam. Akito menelan liur.
“dah..dah malam dah, sa…saya tidur dulu.” ujar Akito lantas naik ke atas katilnya dan menyelimutkan diri. Syahril bergerak ke koridor biliknya dan merenung langit.
‘Ya Allah, permudahkan la urusan ku ya Allah.’ Syahril berdoa dalam hatinya.
“SYIMA!!!!!” jerit Zaira kuat. Syima menutup telinganya dengan bantal.
“Zai, orang marah nanti, dah malam ni.” ujar Syima.
“Syima!!,Syima!!, Syima!!, Syima!!,Syima!!!” Zaira memukul Syima dengan bantal berkali-kali.
“Sakit la Zai!” Syima menepis pukulan dari Zaira itu. Tadi Syima telah menceritakan semuanya pada Zaira. Seperti diduga, inilah yang bakal berlaku.
“Padan muka kau, apasal baru sekarang kau nak cerita, esok kita dah nak balik tau tak!!” marah Zaira. Syima mencebik.
“janganla marah aku, dah la tadi Syahril pun dah marah aku, ini kau pulak, kau tak kesian kat aku ke?”
“habis tu kau buat aku macam ni kau tak kesian pulak!!” bidas Zaira.
“Asyraf yang suruh aku diamkan, aku diamkan sajalah.”
“Habis tu, kalau dia suruh kau terjun lombong, kau nak terjun ke?” bidas Zaira lagi. Syima terdiam dan tertunduk. Kali kedua dia berada dalam keadaan begini dalam hari yang sama.
‘ini semua Asyraf punya pasal!’ marah Syima dalam hatinya.
“Zai, please jangan marah kat aku.” pujuk Syima.
“dah tu macam mana ni? esok kita dah nak balik!!” Syima terdiam tanpa jawapan.
“dahlah, aku nak tidur!!” Zaira lantas menarik selimut dan menyelimut dirinya. Syima mencebik.
“AKITO!!!” jerit Syahril. Akito lantas bangun dari tidurnya dan terpinga-pinga. Terkejut dengan terikan Syahril itu.
“ke..kenapa?” soal Akito yang keliru.
“Kenapa tak kejutkan saya? dah pukul berapa dah ni?!” marah Syahril. Akito melihat ke jam pada telefon bimbitnya. Pukul 9.00 pagi. Terbeliak mata Akito. Dia menoleh ke arah Syahril namun Syahril telah pun bangun dari katilnya dan terus keluar dari bilik itu.
“eh nanti !!!” panggil Akito namun tidak diendahkan oleh Syahril. Syahril perlu berjumpa dengan Zaira pagi ini. Tapi dia sudah terlewat. Akito menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“*marah lagilah dia kat aku!!” rungut Akito sendirian.
“Zai, marah kan aku lagi ke?” soal Syima. Zaira hanya mendiamkan diri dan berpaling ke tempat lain. Mereka sedang berkumpul menunggu bas untuk membawa mereka ke lapangan terbang.
“Zai, janganla macam ni, kan aku dah minta maaf kat kau..” Syima cuba memujuk. NAmun Zaira masih dingin. Marah benar dia dengan Syima. Hatinya kini juga tak tenteram. Rasanya nak sahaja dia mencari Syahril sekarang. Tapi dengan kesalahfahaman yang berlaku ni, dia berasa malu untuk bertemu dengan Syahril.
“Zai…”
“Syima, sudah la tu, jangan pujuk aku lagi.” ujar Zaira marah. Syima mencebik. Seketika kemudian bas yang mereka tunggu pun sampai.
“Baik semua, bas dah sampai. Boleh naik ke bas sekarang.” ujar Cik Suria mengarahkan semua pelajar bersedia untuk bertolak. Zaira makin gelisah. Jauh di sudut hatinya dia berharap sangat Syahril akan ke situ untuk bertemunya. Zaira lantas mengangkat begnya dan dimasukan kedalam ruang bagasi bas tersebut.
“Zai..Zai..” panggil Syima. Zaira tak mengendahkan panggilan itu. Syima lantas datang ke arah Zaira dan menarik Zaira menjauhi bas itu.
“Apa dia kau ni Syima?” bentak Zaira.
“Tu..” Syima menunjuk ke arah sesuatu.
“Apa dia?” soal Zaira.
“Tu sana tu, tengok lah..” Zaira akur dan melihat ke arah yang ditunjukan oleh Syima. Kelihatan Syahril dan Akito sedang berlari menuju ke arah mereka. serentak itu juga hati Zaira berbunga kembali. Syahril berhenti tidak jauh dari Zaira. Dia tercungap-cungap kepenatan. Akito yang mengejar Syahril dari belakang turut berhenti berhampiran dengan Syahril. Dia langsung terduduk di atas lantas. Syima menghampiri Akito sambil tersenyum. Akito membalas senyumannya. Anas yang sudah pun berada di pintu bas tersenyum melihat situasi itu.
“Ok semua yang dah siap boleh naik dulu.” arah Cik Suria apabila perasan keadan menjadi sedikit gamat dengan situasi itu.
“nasib baik sempat.”ujar Syahril sambil tercungap-cungap. Zaira Cuma mendiamkan diri.
“Zaira, awak tak ada apa-apa nak cakap dengan saya ke?” soal Syahril. Zaira tertunduk malu. Akito , Syima dan Cik Suria hanya memerhati.
“Zaira, saya dan Miyuki tak ada apa-apa hubungan. Kami hanya rakan sekelas je. Tak lebih dari tu.”
“Saya tahu..” pintas Zaira. Syahril tersenyum dengan jawapan Zaira itu.
“Saya pun tak ada apa-apa ….”
“Saya tahu.” giliran Syahril pula memintas. Zaira tersenyum malu.
“Jadi, macam mana?” soal Syahril.
“Jadi apa?” soal Zaira pula sambil memandang ke arah lain. Syahril tersenyum mendengar jawapan Zaira itu.
“Zai…”panggil Syahril lembut. Zaira berpaling memandang Sayhril.
“ Saya masih berhutang dengan awak. Duit RM 20 tu, saya belum bayar lagi. Dan saya berniat untuk tak nak bayar. Boleh kan?” soal Zaira sambil tersenyum. Syahril membalas senyuman itu. Dia tersenyum bahagia. Jelas sudah jawapan Zaira. Walaupun berkias, tapi maksudnya jelas. Mungkin ramai yang tak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Zaira, namun untuk Syahril dan semua yang tahu kisah mereka dari awal, jawapan itu sudah cukup jelas maksudnya.
“Kalau awak bayar pun, saya tak akan terima.” balas Syahril pula. Zaira tersenyum dengan jawapan Syahril.
“Saya naik dulu, jumpa lagi. Assalamualaikum.” ujar Zaira lembut sambil terus berllau naik ke dalam bas.
“Waalaikumussalam.” balas Syahril dengan senyuman melebar. Bahagia dirasai.
“Zai..” panggil Syahril. Zaira yang sudah pun berada di pintu bas menoleh semula ke arah Syahril.
“Love you.” ujar Syahril perlahan. Zaira tersipu malu. Kedengaran pelajar-pelajar lain bersorak di dalam bas. Itu membuatkan Zaira bertambah malu. Cik Suria turut tersenyum.
“awak, bila kita boleh jumpa lagi.” soal Akito pada Syima.
“kalau awak nak jumpa saya, awak kena la ikut Syahril balik.” ujar Syima perlahan. Akito tersenyum.
“Saya pasti akan rindukan awak.”ucap Akito perlahan.
“Saya pun.” balas Syima.
“Syima, awak tak nak balik ke?” panggil Cik Suria yang sudah bersedia untuk masuk ke dalam bas itu.
“Awak, saya kena pergi dulu.” ujar Syima.
“Syima, saya cintakan awak.” ujar Akito lagi. Syima tersenyum.
“Jangan lupa email tau.” ujar Akito lagi. Syima yang sudah pun berada di pintu bas hanya mengangguk. Seketika kemudian, bas itu mula bergerak menuju ke lapangan terbang. Akito menghampiri Syahril. Kelihatan Syahril tersenyum bahagia.
“apa?” soal Syahril apabila perasan Akito memerhatinya.
“Awak tak marah saya lagi kan?” soal Akito. Syahril tersenyum sambil berlalu pergi meninggalkan Akito.
“Awak senyum tu maknanya dah tak marah la kan?” soal Akito sambil cuba menyaingi Syahril.
“Siapa cakap?” soal Syahril pula.
“Yuki!!”
“Awak kena belanja saya dulu, baru saya tak marah.” uajr Syahril.
“oh, mudah, malam nanti ikut saya balik.” Akito mengajak Syahril untuk makan malam dirumah keluarganya.
“tak nak, nak awak belanja, Sushi.”ujar Sayhril selamba.
“Sushi?! erm, ok, tapi saya pinjam duit awak dulu.”
“itu bukan awak yang belanja namanya! tak kira nak awak belanja juga.”
“Yuki!!!!!!!!”
Sepanjang perjalanan ke lapangan terbang, Zaira asyik tersenyum. Dia rasa sangat bahagia. Syima yang memerhati Zaira dari tadi turut tersenyum melihat Zaira.
“Zai, kau dah senyum meleret macam ni, kau dah tak marah kat aku kan?” soal Syima. Zaira memandang Syima seketika sebelum memandang semula ke luar. Syima mencebik.
“Zai, janganla marah kat aku lagi!!” ujar Syima separuh merayu. Zaira memandang Syima lagi sebelum tersenyum. Syima juga turut tersenyum. Zaira lantas memeluk tubuh rakan karibnya itu. Syima membalas pelukan itu.
‘Ya allah, terima kasih.’ Zaira berdoa dalam hatinya.
TAMAT
February 24, 2011 at 5:18 PM
best2.
ni smbgn dri cite RM 20 tu kn??