“SEMUANYA RM 35 cik.”kata gadis penjaga kaunter yang mempunyai wajah yang manis itu.Zaira mengeluarkan beg duitnya. ‘Kenapa duit aku boleh jadi banyak ni je ?’rungut Zaira di dalam hati.Zaira mula menggelabah.Duitnya tah cukup !! Zaira menyelongkar begnya mencari mungkin ada duit yang terselit dimana-mana. ‘Mati aku , mana aku nak cari duit ni ?’gomel zaira lagi.
“Cik , boleh cepat sikit tak ?” soal seorang lelaki yang beratur di belakangnya.
“ maaf , sekejap ye…”kata Zaira yang masih menyelongkar begnya.
“..nah…”lelaki tadi menghulurkan RM 20 .Zaira kebingungan dengan tindakan lelaki itu.
“tak cukup lagi dua puluh ringgitkan ? , nah ambil duit ni , bayar”
“tak payahlah..”Zaira cuba menolak duit itu.
“tak payahlah awak selongkar beg tu.Dah tentunya tak ada duit kat dalam tu!Orang kat belakang tu dah berderet beratur.Ambil duit ni , bayar cepat .”gomel lelaki itu.Zaira sedikit terkesan dengan kata-kata lelaki itu. ‘mulut tak ada insurans ke ? cakap ikut sedap aje ! mana dia tahu dalam beg ni tak ada duit ?’Zaira merungut didalam hati.Zaira melihat ke belakang , memang benar orang sudah ramai beratur.Dalam keadaan terpaksa , Zaira terpaksa mengambil wang yang dihulurkan oleh lelaki itu.Selesai membayar , Zaira menunggu lelaki itu di tepi berhampiran kaunter.
“Terima kasih!!” ucap Zaira yang sedikit kasar.
“sama-sama , ucap macam tak ikhlas je?”
“habis tu awak nak saya cakap macam mana ? macam ni ? terima kasih ye saudara…”?
“ha..macam tulah , baru macam perempuan”kata lelaki itu selamba.
“Saya Shahril”Shahril memperkenalkan diri.Zaira hanya mendiamkan diri.Tak terasa dihatinya untuk berkenalan dengan Shahril.
“bagi saya nombor awak”selamba Shahril meminta nombor telefon Zaira.
“nak buat apa??!!”berkerut dahi zaira apabila Shahril meminta nombor telefonnya.
“habistu awak nak bayar balik RM 20 tu macam mana?”
“tak boleh , saya tak boleh bagi nombor phone saya kat orang yang saya tak kenal.”Zaira enggan memberikan nombor telefonnya.Dia sudah serik.Akibat suka memberi nombor telefon kepada orang yang dia tak kenal , dia sering diganggu.Sudah dua kali dia menukar nombor telefon.
“ok…kalau tak nak bagi , pandai-pandailah awak cari saya kat Campus tu nanti ek . ok..saya ada hal lain , bye..”Shahril terus meninggalkan Zaira di situ. ‘kat kampus? Macam mana pulak aku nak cari dia kat situ??”Zaira merungut lagi.
SEJAK dari pagi tadi sehingga sekarang Zaira rasa tak sedap hati.Dia berasa seakan dia telah terlupa sesuatu yang sepatutnya dia ingat.Runsing dia cuba untuk mengingat perkara itu sejak pagi lagi.Tiba-tiba dia terdengar seseorang memanggilnya.
“Nur Zaira Asyikin Binti Abdul Wahab !!!”Zaira tersentak dengan panggilan itu.
‘huih,,,siapa pulak panggil aku macam tu , siap dengan nama penuh sekali , belum pernah lagi orang panggil aku macam tu’ getus hati Zaira.Zaira menoleh kebelakang.Shahril!!! Serta merta perkara ‘penting’ yang dia dah lupa itu muncul dalam ingatan.Shahril menghulurkan tangannya sambil mengangkat kening.Serta merta Zaira buat muka kasihan , muka sekupang , muka tak bersalah dan macam-macam muka lagilah.
“Shahril….sorry , saya terlupa langsung pasal duit tu…”kata Zaira lembut.
“lupa ?”
“a’ah , lupa sorry ek ? esok saya bayar.”Zaira merayu.
“lupa atau sengaja tak nak bayar?”sindir Shahril.Pantas Zaira dapat menangkap kata-kata Shahril itu.Panas telinganya. ‘sah mulut dia ni tak pernah masuk lembaga penapisan filem’getus hati Zaira.
“ hei…muluuut…!! saya tak mintak pun awak bagi duit tu!!”bentak zaira.Shahril hanya tersenyum dan meninggalkan Zaira kebingingan di situ sekali lagi.
“hei…Zai , siapa tu?”soal Syima , rakan sebilik Zaira yang kebetulan berada disitu.
“Panas aku dengan mamat ni!!!!”ujar Zaira yang terus beredar ke asrama.Syima mengekorinya.
“Siapa dia tu ? apasal kau marah sangat kat dia?”Soal Syima bertalu-talu.
“panjang ceritanya…”
“pendekanlah..”Zaira terus duduk di bangku yang disedikan pihak universiti sepanjang perjalanan ke asrama.
“Sabtu lepas , aku beli barang kat Tesco”
“dah tu..?”
“ tiba-tiba entah macam mana duit aku tak cukup , aku pun menggelabahlah , mana aku nak cari duit masa tu”
“ lepas tu?”soal Syima lagi.
“lepas tu muncullah mamat tu yang bermurah hati nak pinjamkan duit.Akupun ambil ajelah , dah terdesak”
“habis tu apa yang kau marahkan dia , patutnya kau berterima kasih tau”ujar Syima.
“mulut dia tu tak ada insurans tau , laser mengalahkan perempuan”Zaira melepaskan geramnya.Serta merta Syima ketawa.
“yang kau ketawa apasal? Aku tengah bengang ni!!”
“ tak ada apa , lucu cerita kau ni.Nasiblah Zai , kau berhutang dengan orang macam tu…” ujar Syima dalam tawa yang masih tersisa.
ZAIRA duduk termenung sendirian di bangku berhampiran bangunan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya sambil menunggu Syima. ‘Shahril…..Shahril…..boleh tahan jugak mamat tu.Muka boleh kata ‘cute’ jugak.Perangai pun tak lah teruk sangat.Cuma mulut dia aje yang tak pernah pergi sekolah.’
“hoi…!!!”sergah Syima.
“huih engkau , bagi salam dulu lain kali , terkejut aku!!”bentak Zaira.
“kau tengah berangan apa tu?”
“tak ada apa.”dalih Zaira.
“Zaira..!!!!”kedengaran satu suara dari belakang.Zaira dan Syima menoleh kebelakang.
“astaghfirullah al-azim….”Zaira beristighfar sebaik melihat Shahril yang datang menghampirinya. ‘tadi aku boleh berangankan dia , macam mana aku boleh langsung tak teringat hutang aku kat dia’keluh Zaira di dalam hati.
“Zaira ! kau tak bayar hutang dia lagi ?!”soal Syima.Zaira mengangguk.
“Zaira , dah dekat sebulan tau!!”tegas Syima.
“aku lupa….”ujar Zaira sambil membuat muka tak bersalah.
“…macam mana..??”soal Shahril sebaik sampai ketempat Zaira.
“..Sorry Shahril , saya terlupa lagi…”ujar Zaira.Shahril tersenyum mendengar kata-kata itu.Terserlah dua lesung pipit di pipinya.
“ok….”kata Shahril ringkas dan terus meninggalkan Zaira.
“hei…Shahril , kejap”laung Zaira.Shahril meberhentikan langkah dan menoleh kebelakang.Zaira bangun dan menghampiri Shahril.Zaira menghulurkan wang sepuluh ringgit.Shahril mengerutkan dahi tanda tidak mengerti.
“saya bayar separuh dulu….”ujar Zaira.Air muka Shahril terus berubah .Dia memandang sepi wang itu.
“tak apalah , awak simpan aje duit tu.Saya tak suka kalau orang bayar hutang saya ansur-ansur”ujar Shahril riak dan terus pergi. ‘kurang ajar betul , bersyukurlah aku nak bayar walau separuhpun , kalau aku tak nak bayar baru tahu!!!’bentak Zaira di dalam hati.Zaira kembali ke kerusi tadi dan duduk.
“dia tak nak??!”soal Syima.Zaira menangguk.
“kau tak rasa pelik ke?”duga Syima.
“pelik ?”
“ha…pelik.Kenapa dia tak marah langsung sedangkan kau tak bayar RM20 dia tu dah dekat sebulan.kalau aku , dah lama dah aku belasah orang yang pinjam duit tu.tiap kali tuntut hutang alasan tak ada lain ,lupa , lupa .lupa”
“kau ni perli aku ke ?!”
“tak…tak..tak…aku cakap kalau aku..”
“aku pun ada jugak rasa pelik….tapi biarlah dia.”
“kau tak rasake yang Shahril memang sengaja dan suka kalau kau bayar hutang itu lambat-lambat”ujar Syima.
“maksud kau?”Zaira keliru.
“maksud aku mungkin dia lebih suka kau bayar hutang tu lambat-lambat supaya dia boleh jumpa kau hari-hari”
“maksud kau ??”Zaira masih tidak mengerti.
“maksud aku…..,entah-entah dia suka pada kau tak ?”duga Syima.
“hesh…kau ni , merepek….dahlah…”bentak Zaira dan terus meninggalkan Syima.
“SHAHRIL…!!!”laung Zaira sebaik ternampak Shahrl di kafetaria.Shahril menoleh dan menghampiri Zaira dengan senyuman yang sentiasa menghiasi bibirnya.
“ada apa?”
“nah…”Zaira menghulurkan wang berjumlah RM 20.Serta merta air muka Shahril berubah.Senyuman yang sentiasa menghiasi wajahnya hilang serta merta.Zaira menyedari perubahan itu dan turut kehairanan.
“ambillah….”ujar Zaira.Shahril mengambil wang tersebut yang seakan dalam keadaan terpaksa.
“mulai sekarang , hutang saya pada awak dah selesai , jadi tak perlulah awak susah-susah nak munculkan diri kat depan saya lagi ek….assalamualikum”sempat Zaira memberi salam sebelum berlalu pergi. Sebaik Zaira melangkah meninggalkan Shahril , dia merasa seakan ada sesuatu yang diberikan sekali bersama duit itu.Zaira tidak menghiraukannya , dia terus berlalu meninggalkan Shahril yang masih tegak berdiri di situ.
ZAIRA memanjangkan lehernya melihat kekiri dan ke kanan seakan mencari seseorang.
“kau cari siapa?”soal Syima yang rimas melihat Zaira begitu dari tadi.
“tak…tak ada sesiapa”jawab Zaira ringkas namun dia masih berkelaluan seperti itu.
“apa yang kau cari sebenarnya? Cuba bagi tahu aku!!!”bentak Syima.
“aku….aku….cari Shahril…”
“Shahril..?! hai,kenapa rindu ke pulak?”duga Syima.
“hish , kau ni , merepeklah , buat apa pulak aku nak rindu kat dia?”
“dah tu yang kau sibuk cari dia kenapa?”soal Syima kembali.
“tak ada lah , selalunya time macam ni dia selalu muncul depan aku”dalih Zaira.
“kau yang kata kau menyampah tengok muka dia , bila dia tak tunjuk kan muka depan kau kau ‘pening’ pulak”
“entahlah….sejak akhir-akhir ni aku rasa hilang sesuatu”luah Zaira.
“aku rasa betul apa apa kata orang…”
“apa dia..?”Zaira ingin tahu.
“kita baru sedar kita cintakan seseorang masa kita dah kehilangannya”Zaira terkedu mendengar kata-kata Syima itu . ‘Cinta ?’
SEPANJANG perjalanan pulang dari kampus , Zaira masih memikirkan kata-kata Syima tempoh hari. ‘Cinta? , aku jatuh cinta ? , dengan Shahril? ’Zaira menyoal dirinya sendiri.Tiba-tiba Zaira ternampak seseorang melintas dihadapannya.Shahril!!.
“Shahril!!”Zaira memanggil lelaki itu , tetapi lelaki itu tidak mendengar.Zaira mengejar lelaki itu dan menepuk bahunya.
“ya…boleh saya bantu?”kata lelaki itu sebaik menoleh.
“ma..maaf … salah orang”dalih Zaira.Dia mula termangu. ‘apa dah jadi dengan aku ni? ,
kenapa aku boleh nampak lelak itu macam Shahril?’Zaira menyoal dirinya lagi.Zaira yang masih keliru dengan apa yang dialaminya , melajukan langkah pulang ke asrama.Tak elok rasanya dia terus di situ.Nanti tak pasal-pasal , pak cik tukang kebun itu pun dia boleh nampak macam Shahril.
“ZAIRA !!! , Assalamualaikum…..”kedengaran seseorang memanggil Zaira di luar.Zaira yang masih mamai kerana baru bangun dari tidur bergerak ke pintu biliknya , lalu membuka pintu.
“ZAIRA !!! , Assalamualaikum…..”kedengaran seseorang memanggil Zaira di luar.Zaira yang masih mamai kerana baru bangun dari tidur bergerak ke pintu biliknya , lalu membuka pintu.
“Shahril!!”Zaira terkejut.
“hoi…mengigau ye!!!muka bukan main ayu macam aku ni kau kata Shahril.Ada macam muka lelaki ke aku ni?”ujar Ain yang sebenarnya memanggil Zaira tadi.Ain adalah rakannya yang menginap di bilik sebelah.
“sorry….”
“siapa pulak Shahril tu?”soal Ain.
“tak ada sesiapa….”dalih Zaira.
“apa-apalah , nah…ada bungkusan untuk kau”Ain menghulurkan sebuah bungkusan.
“siapa bagi?”Soal Zaira sambil menyambut bungkusan yang dihulurkan oleh Ain itu.
“tak tahu , Puan Halimah yang bagi aku tadi.Dari ‘Shahril’ kot”usik Ain
“terima kasih”
“sama-sama , oklah , aku pergi dulu ek.”Ain meminta diri.Zaira kembali menutup pintu dan duduk di birai katil.Zaira membelek Kotak itu.tiada apa-apa petunjuk yang menunjukan kotak itu dari siapa.Yang ada hanya namanya yang ditulis dengan tulisan tangan .Zaira membuka kotak itu perlahan-lahan.Terdapat sebuah bingkai gambar didalamnya.Di dalam bingkai bercorak hati berwarna merah dan perak itu diletakan dua helai wang sepuluh ringgit.Zaira megerutkan dahi melihat bingkai gambar itu.Zaira membelek lagi kotak tersebut dan dia mendapati terdapat sepucuk surat di dalamnya.Zaira mengambil surat itu dan membacanya.
Kehadapan saudari , Nur Zaira Asyikin binti Abdul Wahab,
Assalamualikum,
Apa Khabar sihat ke?
Untuk pengetahuan saudari,disaat saudari membaca surat ini , saya sudah tidak lagi menuntut di UM.Hari terakhir saya berada disana adalah semasa saudari menjelaskan hutang RM20 tempoh hari.
Minggu hadapan saya akan berangkat ke Jepun untuk melanjutkan pelajaran saya di sana..
Mungkin saudari merasa saya ini sedikit keterlaluan kerana mengirim surat ini kepada saudari . Tetapi , saya merasakan saya patut meluahkan isi hati saya ini sebelum saya berangkat ke Jepun.Sebenarnya saya telah lama memerhatikan cik Zaira dari jauh.Terus terang saya mengatakan bahawa saya telah jatuh cinta pada saudari sejak pertama kali saya melihat saudari pada hari pendaftaran dulu.
Saya sebenarnya lebih suka kalau saudari tidak menjelaskan hutang tersebut supaya saya boleh bertemu dengan saudari setiap hari.Oleh itu saya memulangkan semula duit yang telah saudari pulangkan kepada saya tempoh hari.Itu bermakna saudari masih berhutang dengan saya dan saya boleh berjumpa dengan saudari lagi untuk menuntut hutang itu selepas saya pulang dari Jepun nanti.Tujuan sebenar saya menulis warkah ini adalah semata-mata untuk meluahkan perasaan saya.Tidak sekali-kali terniat dihati saya untuk memaksa saudari menerima cinta saya.Saya sedar bahawa mencintai tidak semestinya harus memiliki.Cukuplah sekadar saudari mengetahui perasaan saya pada saudari.
Terus terang saya mengatakan bahawa saya bersyukur saudari tidak cukup duit tempoh hari.
Disebabkan hutang RM 20 saudari pada sayalah saya dapat bertemu dengan saudari setiap hari.
Sampai sini sajalah warkah saya ini.Semoga kita dikurniakan jodoh dan kita dapat bertemu lagi.
Assalamualaikum.
Yang ikhlas mencintaimu,
Shahril.
(Muhd Shahril Anuar bin Yaakob)
Zaira tersenyum membaca surat itu , kini dia tahu apa benda yang dia telah beri sekali pada Shahril disaat dia memulangkan wang Shahril itu.Benda tersebut adalah ‘Hatinya.’
- TAMAT -