rss

Aku melangkah masuk ke dalam kelas. Hari ini hari pertama aku mengajar di sekolah ni.

“Bangun!” ketua kelas tingkatan 3B ini memberikan arahan pada semua pelajar lain di dalam kelas itu.

“Assalamualaikum cikgu!” ujar ketua tingkatan itu sebelum diikuti pelajar-pelajar lain.

“Waalaikumussalam. Kamu semua boleh duduk.” ujarku lembut.

“Assalamualaikum cikgu, maaf saya lambat.” tiba-tiba ada seorang pelajar lelaki masuk. Dia termengah-mengah. Mungkin dia berlari tadi.

“tak apa, kamu boleh duduk.” ujarku sambil tersenyum. Aku sebenarnya bukan tak kisah kalau ada pelajar lambat, cuma aku tak mahu hari pertama aku mengajar di kelas ni menjadi satu mimpi ngeri untuk pelajar-pelajar ni. Pelajar tadi bergerak ke tempatnya.

“Perkenalkan, nama saya Kamal, mulai hari ni, saya akan menggantikan Cikgu Talib yang bertukar ke sekolah lain. Sayapun sebenarnya baru hari ni mula mengajar disini, harap kamu semua boleh bekerjasama dengan saya.” ujarku lagi. Mataku tertancap pada pelajar lelaki yang lewat tadi. Dia masih belum duduk.

“kamu, yang lambat tadi.”panggil ku.

“Ya, Cikgu.”

“Siapa nama kamu?” soalku lagi.

“Ammar, Khairul Ammar.” ujar pelajar itu.

“Ammar, kenapa kamu tak duduk lagi? ada masalah ke?” soalku.

“tak ada apa-apa Cikgu.” ujarnya sambil tersenyum. Aku ternampak, meja dan kerusinya kotor sangat dengan sampah. Aku datang menghampirinya. Ya, memang benar, meja dan kerusinya penuh dengan sampah.

“kenapa tempat kamu ni kotor macam ni?” soalku kehairanan. Kedengaran pelajar-pelajar lain ketawa.

“Sa…saya yang buat cikgu, semalam saya tak sempat kemas.”ujarnya lagi. Aku memerhati tempat duduknya itu. Tak mungkin dia sendiri yang buat macam tu. Jelas sangat ada orang yang sengaja kotorkan tempat tu, dan yang pasti bukan dia yang buat.

“Sudah, bersihkan tempat kamu ni.” arahku.

“Baik Cikgu.” ujarnya lagi sambil tersenyum. Aku kembali semula ke depan.

“Seperti yang kamu semua tahu, saya akan ajar kamu subjek matematik dan saya juga akan jadi guru kelas kamu.” ujarku sambil bergerak semula ke depan.

“Jadi, sebelum saya mulakan kelas harini, saya nak berkenalan dulu dengan kamu. Boleh?”

“Boleh…” jawab pelajar-pelajar di dalam kelas tu. Aku tersenyum. Mataku sekali lagi terpandang Ammar yang sedang sibuk mngemas semula tempatnya. Apa yang terjadi pada dia sebenarnya?


Aku meletakan buku-buku yang ku bawa ke atas meja sebelum duduk di tempatku di bilik guru ini. Sesi pembelajaran dan pengajaran (P&P) hari ini sudah tamat.

“Cikgu Kamal, macam mana mengajar hari ni? OK?” soal Cikgu Hanis yang datang dan duduk ditempatnya yang bertentangan dengan tempat ku. Aku tersenyum padanya.

“Bolehla Cikgu.” jawabku sambil tersenyum. Cikgu Hanis kembali tersenyum padaku.

“Pelajar 3B tu baik-baik Cikgu, Cikgu tak payah la risau sangat.” ujar Cikgu Hanis lagi. Aku hanya tersenyum.

“Cikgu tinggal dimana ya?” soal Cikgu Hanis ramah.

“Buat sementara ni, saya menumpang di rumah saudara, tapi saya dah jumpa rumah dah, insyaallah hujung minggu ni saya pindah.” balasku mesra.

“ohh..”

“Oh ya, Cikgu Hanis ada mengajar kelas 3B tu?” soalku pula.

“ada, sejak mereka di tingkatan satu lagi saya dah mengajar mereka. Kenapa Cikgu?”

“kalau macam tu, Cikgu mesti dah kenal rapat dengan mereka kan?”

“boleh kata macam tulah, kenapa?” soal Cikgu Hanis.

“saya nak tanya tentang seorang pelajar, Ammar.” soalku.

“Ammar?”

Aku mengangkat kotak-kotak yang baru sampai masuk ke rumah baru aku ni. Hanya rumah pangsa kos rendah, jadilah dari tak ada. Lagipun hanya aku seorang. Tak perlulah nak bermewah-mewah. Lagipun inilah rumah paling hampir dengan sekolah tempat aku mengajar. Rakan karibku pun ada menolong. Aku keluar semula untuk menganggkat kotak-kotak yang lain.

“Cikgu!” seseorang menegurku. Aku menoleh memandang ke arah datangnya suara itu.

“Ammar?!” aku sedikit terkejut.

“Cikgu baru pindah sini ke?” soalnya sambil tersenyum. Aku juga turut tersenyum sambil mengangguk.

“Kamu pun duduk di flat ni ke?” soalku pula.
“Saya duduk kat sini.” ujarnya sambil menunjuk rumah disebelah rumahku.

“La, ya ke? berjiranlah kita ni?” ujarku sambil ketawa kecil.Ammar turut ketawa.

“Cikgu, nak saya tolong ke?” soal Ammar. Belum sempat aku menjawab, dia lantas mengangkat kotak terakhir diluar ni dan terus dibawa masuk ke dalam. Aku membontotinya.

“Cikgu, nak letak kat mana ni?” soal Ammar sambil memandangku.

“Letak sajalah kat situ.” ujarku sambil meletakan kotak yang ku bawa.

“Kamal, siapa ni?” soal rakan karibku yang turut menolongku hari ni, Zaid.

“ha, ini Ammar, pelajar aku, dia duduk kat sebelah ni.” ujarku. Ammar lantas bersalaman dengan Zaid.

“Ohh, berjiran la korang ya.” ujar Zaid pula. Kami bertiga ketawa kecil.

“Ada apa-apa lagi tak?” soal Zaid.

“tak ada dah kot, ini semua aku boleh buat sendiri. Kau baliklah.” ujarku pada Zaid.

“Oklah, aku balik dulu.” ujar Zaid sebelum meninggalkan rumah kecil ku ini.

“Terima kasih tau Zaid.” ucapku sebelum Zaid menghilang di balik tangga. Zaid hanya mengangkat tangan kanannya. Aku tersenyum. Kalau tak ada Zaid tu, boleh mati kering aku nak angkat semua barang-barang ni.

“Cikgu, Saya pun nak pergi dululah.” ujar Ammar.

“eh, nak balik dah?”

“tak, saya nak pergi kerja ni.”

“kerja?” soal ku kehairanan.

“saya kerja sambilan kat kedai runcit kat Blok A tu.” ujar Ammar lagi dengan senyuman yang memang tak pernah lekang dari bibirnya.

“ohh, ha yelah. Terima kasih ya sebab tolong saya angkat barang tu tadi.”

“Alah sikit je tu, oklah, saya pergi dulu Cikgu.” Ammar bersalam dengan ku sebelum meninggalkan rumah aku ni. Aku memerhati Ammar pergi sebelum dia hilang dibalik tangga. Baik sungguh budak ni. Lantas aku teringat semula kata-kata Cikgu Hanis tempoh hari.


“kenapa dengan Ammar Cikgu?” soal Cikgu Hanis.

“tak ada apa, cuma pagi tadi di kelas, saya nampak meja dia kotor sangat dengan sampah, macam ada orang yang sengaja letak. Saya tanya dia, dia cakap dia sendiri yang kotorkan. Tapi macam tak logik pulak, saya syak, dia kena buli. Betul ke Cikgu?” soalku ingin tahu sambil menceritakan peristiwa pagi tadi. Cikgu Hanis terdiam sebentar.

“Saya tak tahu nak cakap. Dia tak pernah mengadu yang dia kena buli. Dan tak ada cikgu pun yang pernah nampak dia kena buli. Tapi kami semua cikgu-cikgu pun syak benda yang sama. Kami pernah tanya dia, tapi seperti yang dia jawab pada Cikgu pagi tadi. dia asyik bagi alasan yang itu semua salah dia. Dia boleh jawab sambil tersenyum, macam memang tak ada apa yang berlaku pada dia.” cerita Cikgu Hanis.

“habis tu, tak akan kawan-kawan dia tak kata apa-apa atau ternamapak dia dibuli?” soalku lagi. Cikgu Hanis tersenyum.

“Cikgu baru sehari disini, mungkin Cikgu tak perasan. Sebenarnya, dia tu tak ada kawan langsung. Saya tak tahu apa puncanya. Tapi semua pelajar macam cuba mengelak untuk berkawan dengan dia. Ataupun mungkin dia yang tak mahu berkawan dengan sesiapa. Entahlah, susah nak cakap. Senang cerita, dia tu misteri sikit.” cerita Cikgu Hanis lagi.



“Cikgu!” Ammar menegur ku. Aku memandangnya dan tersenyum.

“Dari mana?” soalnya.

“Dari kedai.” ujarku. Kami berdua berjalan beriringan. Ammar memandang beg plastik yang ku bawa.

“mi segera je?” soalnya. Aku ketawa kecil.

“mi segera jelah, orang bujang, biasalah.” ujarku selamba.

“alah kesiannya. Erm…Cikgu dah makan ke belum?” soalnya pula. Aku menggeleng.

“ni balik nak masak la ni.” ujar ku sambil menunjukan mi segera yang ku bar beli tadi.

“Kalau macam tu, jomlah, ikut saya.” ujar Ammar. Aku mengangkat kening.

“pergi mana?” soalku kehairanan.

“Jom jelah.” ujarnya berkeras. Aku akur dan mengekorinya ke rumahnya.

“Jemput masuk Cikgu.” ujar Ammar mempersilakan aku masuk kerumahnya.

“Wah, kemas rumah kamu ni.” pujiku ikhlas.

“alah, Cikgu, biasa-biasa je, Cikgu duduk kat sini dulu ya.” ujarnya sambil sambil mempelawa aku duduk dimeja makan. Aku akur dan duduk di meja makan yang diletakan disatu sudut di ruang hadapan itu. Seketika kemudian Ammar muncul semula sambil membawa dua mangkuk berisi lauk. Aku terkejut.

“Eh!! apa ni Ammar?” soalku.

“la, tak tau ke. Ini sambal ikan, yang ini sawi tumis air.” ujarnya selamba sambil meletakan mangkuk-mangkuk itu di atas meja. Aku tergelak kecil dengan jawapan selambanya itu.

“Cikgu tahulah, tapi…”

“tak apa Cikgu, hari ni saya belanja cikgu makan.”ujarnya sambil ketawa kecil sebelum kembali ke dapur. Aku menggelengkan kepala. Ammar kembali ke meja makan dengan membawa semangkuk nasi putih dan dua pinggan kosong.

“Ha Cikgu, jemputlah makan. Lauk ni jelah pun. Tak adalah special sangat.” ujar Ammar sambil dia kembali semula ke dapur. Sibuk benar dia.

“Susah-susah je kamu ni Ammar, siapa yang masak semua ni?” ujar ku pula.

“Sayalah Cikgu, siapa lagi.”ujarnya sambil membawa sejag air kosong dan dua biji gelas.

“kamu masak?!”

“kenapa? tak percaya pulak?” soal Ammar sambil menyenduk nasi ke dalam pinggan. Sukar nak percaya, seorang remaja lelaki yang baru berusia 15 tahun sudah boleh memasak semua ni.

“Kamu tinggal dengan siapa kat sini?” soalku. Ya benar. Sudah hampir dua minggu aku menetap disini. Tapi aku tak pernah lihat ada orang lain dirumah Ammar ni.

“Saya tinggal dengan nenek.” ujarnya sambil menghulurkan pinggan berisi nasi padaku. Aku menyambutnya dan mengucap terima kasih.

“mana nenek kamu?” soalku lagi.

“nenek…nenek kat Hospital.”

“hospital? nenek kamu sakit ke?” soalku sedikit kaget.

“dia jatuh tangga hari tu.” ujarnya lagi sambil menyenduk lauk ke pinggannya.

“masyaallah. Teruk ke?” soalku lagi.

“koma.” ujarnya lagi selamba. Aku kaget. Masyaallah, sampai macam tu sekali. Aku langsung tak tahu apa-apa.

“dah lama dah?”soalku.

“dah dekat dua bulan dah Cikgu. Tadipun saya baru balik dari hospital.”

“jadi selama ni, kamu tinggal seorang-seorang?!” soalku tak percaya.

“yelah Cikgu, tinggal dengan siapa pulak lagi.”ujarnya sambil tersenyum. Aku menggelengkan kepala.

“Dah la Cikgu, makan. Nanti dah sejuk nasi tak sedap.” ujarnya lagi. Aku merenung Ammar. Dia sangat tenang. Macam tak ada apa yang berlaku pada dia.


Aku mendaki tangga untuk ke tingkat tiga dimana kelas 3B ditempatkan. Di tangga, aku ternapak sesuatu. Ammar bersama dengan dua orang pelajar tingkatan lima. Mereka buat apa tu? Kedudukan mereka yang jauh menyebabkan aku tak dengar apa yang mereka bicarakan. Tapi dari gaya mereka aku yakin, ada yang tak kena. Mereka kah yang selama ini membuli Ammar. Aku cuba menghampiri mereka, tapi dua orang pelajar itu sudah meninggalkan Ammar sebelum aku sampai.

“Ammar.” tegurku. Ammar lantas mengemaskan sedikit bajunya yang sedikit kusut.

“Ya Cikgu.”

“Apa mereka buat pada kamu?” soalku.

“Tak ada apa-apa cikgu.” ujarnya sambil tersenyum.

“Cikgu, nak masuk kelas saya kan, biar saya tolong bawakan buku-buku tu.”ujarnya lagi sambil terus mengambil buku-buku latihan yang ku bawa. Aku menggelangkan kepala melihat Ammar.


“Bangun!! Assalamualaikum Cikgu.”

“Waalaikumussalam, duduk semua.” ujar ku sambil berdiri disebelah meja guru didalam kelas itu.

“Baiklah, hari ni, saya akan pulangkan balik kertas ujian kamu minggu lepas.” ujarku. Kedengaran pelajar-pelajar dikelas tu mengeluh. Aku tersenyum sendiri. Aku mula memanggil nama seorang demi seorang dan mengembalikan kertas-kertas itu kepada mereka semula.

“Ammar!” panggilku sambil memegang kertas ujian Ammar. Ammar datang kepada ku dan menyambut kertas ujian itu. Aku merenungnya tajam. Ammar tersengih.

“18 je ?!” ujar ku perlahan. Ammar hanya tersengeh.

“malam ni, datang rumah saya!!” arah ku. Ammar mencebik dan terus duduk ditempatnya.


“18 markah!!!” aku menghempas meja. Ammar duduk sambil tertunduk.

“Ammar, kamu tahu tak, kamu akan ambil PMR tahun ni. Kalau macam ni la pretasi kamu, macam mana kamu nak ambil periksa tahun ni?!” marah ku. Ammar mencebik.

“Cikgu ni, membebel je. Nenek pun tak suka membebel macam Cikgu.” ujar Ammar selamba. haih, dah pandai bercakap budak ni.

“kamu dengar sini ya, selagi nenek kamu masih koma kat hospital tu, saya ni akan jadi penjaga kamu yang rasmi. Jadi, sebagai penjaga kamu, kamu kena dengar semua kata-kata saya, Faham!!” ujar ku tegas. Ammar mencebik sebelum mengangguk. Aku tergelak kecil dengan riaksinya. Tapi lekas-lekas aku sembunyikannya.

“Saya tak kira, saya mahu pada ujian bulan depan, kamu mesti dapatkan sekurang-kurangnya 50 markah.”

“50?!” Ammar sedikit terkejut.

“55!” sengaja aku naikan lagi markah itu.

“Cikgu!!”

“60!!”

“ok…ok…50, janji, 50!!” Ammar akur. Aku menahan tawa melihat riaksinya apabila sengaja aku menaikan lagi markah itu setiap kali dia bersuara untuk memprotes.

“dah, mulai hari ni, saya akan jadi tutor kamu. Sekarang buat semua latihan yang saya bagi kat sekolah tadi!” arahku. Ammar lantas mengeluarkan buku latihannya dan membuat latihan-latihan yang kuberikan di sekolah tadi. Aku tersenyum sendiri melihat Ammar mengerjakan kerja rumahnya. Dia benar-benar mengingatkan aku pada seseorang. seseorang yang amat ku sayang. Arwah adik kandungku, Aeril. Sudah dua tahun dia meninggalkan aku. Sekurang-kurangnya, kehadiran Ammar mengubat sedikit kerinduanku pada Arwah Aeril.

“Cikgu ni apahal tersengeh-sengeh kat saya ni?” soal Ammar. Aku tergelak kecil dengan soalannya itu.

“tak ada apa, kamu cuma mengingatkan saya pada seseorang.” ujarku jujur.

“siapa cikgu?!” Ammar teruja.

“Adik saya.”

“Adik? ohh, umur dia berapa cikgu? kat mana dia sekarang?” soal Ammar lagi.

“Dia dah meninggal, dua tahun lepas. Kalau dia hidup lagi sekarang ni, umur dia 19 tahun.” cerita ku.

“oh, ya ke. Laki ke perempuan? nama dia apa?” soal Ammar lagi.

“Lelaki, Aeril.”

“oh, Cikgu, kalau macam tu, bolehlah saya jadi adik cikgu kan ?” soalnya sambil tersenyum. Aku membalas senyumannya.

“Dapatkan dulu 50 markah dalam ujian bulan depan, baru boleh jadi adik saya.” cabarku.

“baik, tengoklah nanti.” Ammar bertekad. Aku tersenyum lagi. Ammar tak perlu bertanya macam tu, kalau dia tak minta pun, aku memang sudah lama menganggapnya macam adik kandung aku sendiri. Sudah hampir dua bulan aku duduk disini. Hubungn kami makin rapat. Oleh kerana Ammar tiada saudara-mara lain, aku sukarela menjadi penjaganya sementara neneknya masih terlantar koma di hospital. Sudah beberapa kali juga aku melawat nenek Ammar di hospital. Setiap kali aku membawa Ammar ke hospital, Ammar sangat gembira. Walaupun dia tahu neneknya masih koma, tapi setiap kali dia datang, bermacam-macam perkara dia ceritakan pada neneknya itu. Kadang-kadang aku tersentuh dengan perilakunya itu. Disekolah, walaupun dia tiada kawan, namun dia masih boleh tersenyum. Bagai tiada apa yang berlaku. Sungguh tenang. Aku cuba meletakan diriku ditempatnya, namun nyata aku tak mampu. Aku tak dapat bayangkan bagaimana rasanya dipulaukan oleh semua orang. Pernah aku bertanya pada pelajar lain di kelas 3B itu kenapa mereka tidak mahu berkawan dengan Ammar, namun kebanyakan mereka mengelak untuk menjawab. Kerap kali juga aku ternampak dia bersama dengan dua orang pelajar tingkatan lima yang pernah aku lihat tempoh hari. Azmir dan Haris, semua orang tahu siapa mereka berdua tu. Aku yakin merekalah yang membuli Ammar. Tapi sehingga kini Ammar tak pernah mengaku. Pernah Ammar balik dari sekolah dengan baju koyak rabak, luka dan lebam seluruh badan. Aku tahu dia dipukul. Tapi sambil tersenyum dia kata dia terjatuh. Acap kali aku paksa dia untuk berterus terang, namun dia masih menutup mulut. Harfiahnya dia kelihatan sangat terbuka dan ramah, namun sebenarnya dia sangat tertutup. Selain dari perihal nenek dia, dia langsung tak mahu bercerita tentang kisah diri dan kelurganya. Sehingga kini aku tak tahu dimana orang tuanya. Apa yang aku dengar dari jiran-jiran terdekat pun katanya, ayah Ammar sudah meninggal sejak dia kecil. Ibunya? itu satu misteri. Tak siapa yang tahu kecuali nenek Ammar. Ammar sendiri mungkin tak tahu siapa ibunya.


Aku kembali menoleh ke arah kelas selepas usai menulis beberapa soalan di papan putih. Aku terpandang Ammar yang sedang terlena. Aku menggelangkan kepala. Penat sangat lah tu, aku tahu dia tidur lewat malam tadi. Perlahan aku menuju ke mejanya. Belum sempat aku mengejutkan dia, aku ternampak sebuah lukisan yang dia lukis disebuah buku. Perlahan aku mengambil buku latihan itu. Lakaran potret neneknya. Aku tersenyum melihat lukisan itu. Tanpa sebarang panduan gambar, Ammar mampu melukis wajah neneknya dengan tepat hanya berpandukan ingatan dan memorinya. Aku menyelak helaian demi helaian pada buku itu. Hampir kesemunya lakaran potret neneknya. Jelas neneknya itu amat bernilai buat dirinya.

“Cikgu!” panggil seorang pelajar. Aku menoleh memandang pelajar yang memanggilku tadi.

“Cikgu, sini kejap, saya tak faham soalan ni.” ujarnya lagi.

“kejap.” balas ku. Aku meletakan semula buku latihan milik Ammar itu.

“Ammar, bangun!, jangan tidur dalam kelas.” sempat aku mengejutkan Ammar sebelum aku bergerak ke meja pelajar yang memanggilku tadi. Selesai memberikan penjelasan pada pelajar itu, aku kembali memandang Ammar. Terkulat-kulat dia menyalin soalan-soalan di papan putih. Aku tahu dia mengantuk. Dia bersungguh-sungguh belajar malam tadi sehingga lewat tidur.

“Kalau ada apa-apa yang tak faham boleh tanya saya.” ujarku pada kelas.

“Cikgu!” panggil seorang lagi pelajar. Aku bergerak kemejanya dan menerangkan apa yang dia tak faham.


Aku berjalan ke kereta aku untuk pulang ke rumah selepas sesi persekolahan pada hari ini tamat. Aku mematikan alarm keretaku sebelum membuka pintunya. Aku meletakan barang-barangku di tempat duduk belakang sebelum masuk semula di temat pemandu. Enjin keretaku ku hidupkan. Pintu kereta aku tutup semula dan mula bergerak meninggalkan perkarangan sekolah. Belum pun beberapa meter aku meninggalkan kawasan sekolah mataku tertancap pada seorang remaja yang terduduk di bahu jalan di luar pagar sekolah. Ammar!! tanpa berlengah, aku memberhentikan keretaku di bahu jalan dan lantas meluru keluar mendapatkan Ammar. Aku kaget melihat keadaan Ammar. Mukanya luka-luka, badannya lebam-lebam, bajunya koyak.

“Masyaallah, Ammar!!” ujarku lagi. Ammar menoleh kearahku sambil cuba berdiri.

“Ammar, apa dah jadi kat kamu ni?!” soalku sambil memapah Ammar.

“Saya terjatuh cikgu.” ujarnya sambil cuba tersenyum.

“sudahlah Ammar, kamu jangan nak tipu lagi. Saya tahu kamu kena pukul kan?” dugaku.

“tak adalah Cikgu, betul, saya terjatuh tadi.”ujarnya lagi.

“ini mesti kerja Azmir dengan Haris tu kan?” dugaku lagi.

“cikgu, kan saya dah cakap tadi, saya terjatuh.” dalih Ammar lagi.

“Saya tak percaya, takkanlah sebab kamu terjatuh, keadaan kamu boleh jadi macam ni.”

“Betul cikgu, kaki saya tersadung tadi.” Ammar berdalih lagi.

“baik, saya akan cari Azmir dan Haris sekarang dan saya tanya mereka sendiri!!” ujarku tegas sambil terus bergerak kembali ke arah sekolah. Belum sempat aku membuka langkah. Ammar menarik tanganku.

“jangan cikgu!!” ujar Ammar. Aku terkesima seketika.Pertama kali aku nampak riak wajahnya yang sebegitu risau.

“tolong cikgu, jangan!” ujarnya lagi separuh merayu. Aku menoleh ke arahnya. Aku memandangnya seketika sebelum aku menarik nafas panjang.

“Baiklah, saya tak akan cari mereka, tapi saya nak minta tolong pada kamu, tolong cerita apa dah jadi pada kamu.”ujarku lagi. Ammar tertunduk sebelum mengangguk akur.


Perlahan aku menyapu ubat luka pada luka di lengan Ammar. Ammar, hanya diam dari tadi. Tak seperti selalu, dia ceria.

“sejak dulu lagi, semua orang cakap pada saya, ‘kesian budak ni.’” Ammar mula bersuara, aku hanya mendengar.

“ tapi saya tak pernah pun rasa saya ni patut dikasihani. Saya memang dah tak ada ayah, ibu pulak, entahlah, saya pun tak tahu saya ada ibu atau tidak. Tapi sekurang-kurangnya, saya masih ada nenek yang sayangkan saya. Saya masih boleh tinggal dengan nenek kat rumah ni. Saya rasa saya dah cukup bertuah. Sejak saya kecil, nenek bersusah payah berbanting tulang nak menyara saya. Kalau nak dibandingkan apa yang nenek dah buat untuk saya selama ni, apa yang jadi kat saya ni, kecil je.” ujar Ammar lagi.

“Jadi memang betul, Azmir dan Haris yang pukul kamu?” soalku pula.

“nenek dah pesan kat saya jangan bergaduh, jangan buat musuh. Biar orang buat benda jahat kat kita pun, jangan kita buat benda jahat kat orang. Nenek pesan lagi, biar hidup kita susah, tapi jangan hidup susahkan orang. Nenek kata orang sabar, Allah sayang. Biarkan orang nak kata apa pun, tuhan tahu apa yang sebenarnya berlaku.”

“Ammar.” ujarku perlahan. Aku meletakan semula ubat luka ke dalam peti pertolongan cemas. semua luka-lukanya sudah selesai diubati. Ammar masih tertunduk lesu.

“Kenapa kamu tak nak berterus-terang je apa yang berlaku? kenapa kamu nak lindungi orang yang pukul kamu sampai jadi macam ni?” soalku lagi.

“Saya bukan lindungi. Saya cuma tak nak mereka dapat masalah sebab saya. Seperti yang saya cakap tadi, nenek dah pesan, hidup biar susah, tapi jangan susuahkan orang.” ujar Ammar lagi.

“Ammar.”

“Cikgu, terima kasih sebab tolong saya, saya nak balik dulu.” ujar Ammar langsung terus meninggalkan rumahku ini dan pulang kerumahnya. Aku menggelangkan kepala. Baik sungguh budak ni. Ya, Allah, lindungilah dia ya Allah. Buat sekian kalinya Ammar mengingatkan aku pada arwah Aeril. Merka memang ada banyak persamaan.


“Cikgu, maam mana nak buat soalan yang ini?” soal Ammar. Aku duduk disebelahnya dan meneliti soalan yang dimaksudkan. Hari ini hari Ahad, seperti biasa memang Ammar akan datang ke rumah ku diwaktu pagi untuk belajar denganku.

“untuk soalan yang ni, kamu kena dapatkan dulu sudut ABC, daripada sudut ABC tu, kamu boleh dapatkan sudut DEC, dan kamu perlu gunakan ‘cosine’ untuk dapatkan panjang DE.” terangku. Ammar mengangguk faham.

“Assalamualaikum!” kedengaran orang memberi salam. Aku dan AMmar memnadang ke arah pintu serentak.

“Waalaikumussalam.” jawab ku.

“dah, saya nak tengok siapa tu, kamu buat tu.” ujarku pada Amamr. Aku lantas bergerak ke pintu dan membukanya. Terlihat kelibat Zaid diluar.

“eh, kau Zaid, masuklah.” ujarku sambil bersalam dengannya.

“eh, Ammar pun ada.” ujar Zaid. Ammar hanya tersenyum padanya. AKu menutup kembali pintu dan mempelawa Zaid duduk.

“apehal kau datang ni?” soalku sambil duduk disebelah Zaid di sofa.

“ai, nak datang rumah kawan sendiri pun tak boleh ke?” soalnya pula.

“eh, tak lah macam tu, pelik sikit, tak pernah-pernah kau datang rumah aku sebelum ni.” balasku pula sebelum kami berdua ketawa kecil.

“Aku ingat nak ajak kau keluar, tengok wayang ke, bowling ke, jomlah, bosan ni.” ajak Zaid. Aku terdiam seketika memikir. Macam mana ya, aku tengah mengajar Ammar ni.

“tapi tu.” ujarku sambil menunjuk ke arah Ammar. Ammar kemudia lantas mengemas barang-barangnya dan terus mengahala keluar.

“eh…eh…kamu nak kemana ni?” soalku.

“la, cikgu nak keluar dengan abang Zaidkan, saya nak baliklah.” ujar Ammar. Aku memandang Zaid.

“tak apalah, kalau Ammar nak ikut sekali pun boleh.” Zaid mempelawa Ammar.

“Tak apalah bang, malslah, lagipun saya kena kerja petang ni. Saya balik dulu ya. Assalamualaikum.” ujar Ammar sebelum meminta diri. Tak sampai beberapa minit, dia telahpun hilang dari pandangan.

“So macam mana?” soal Zaid lagi. Aku tersenyum.

“Tunggu sekejap, aku tukar baju.” ujarku sebelum masuk ke bilik menukar baju. Beberapa minit kemudian aku keluar semula.

“Dah jom.” ujarku. Zaid bangun dan terus menuju ke pintu.

“Zaid, naik kereta kau jelah ek.” ujarku sambil tersengeh.

“Ha, yalah..” jawab Zaid. Aku tersenyum. Aku keluar dari rumah dan mengunci pintu. Sempat aku memandang ke arah rumah Ammar sebelum segera mendapatkan Zaid semula.


Aku berjalan perlahan kembali ke bilik guru. Sepanjang perjalanan aku berasa sedikit aneh. Aku terasa seakan semua orang memerhatikan aku, aku pakai baju terbalik ke? aku melihat diriku sendiri. Betul je baju aku. Mungkin cuma perasaan aku.Tapi bukan sekadar hari ni, sepanjang minggu ni aku rasa benda yang sama. Pelik!. Sebaik aku sampai ke aras tiga, aku memandang ke arah kelas 3B yang terletak di blok bersebelahan. Kelihatan Ammar yang duduk di sebelah tingkap sedang terlena. Aku menggelengkan kepala. Sudah seminggu Ammar seakan mengelakkan diri dari aku. Aku sendiri tak tahu kenapa. Mungkin dia tak mahu aku menyoalnya lagi mengenai kes pukul tempoh hari. Tapi bila dia terserempak dengan aku, dia masih mesra seperti dulu. Cuma dia tidak lagi datang kerumahku seperti selalu, dia tidak lagi menumpang aku untuk pulang ke rumah dan dia dah tak banyak bercakap denganku macam dulu. Kenapa? aku ada buat dia marah ke? Aku melangkah masuk ke bilik guru dan menuju ke tempatku. Sekali lagi perasaan pelik ni muncul. Kenapa semua orang buat pandangan aneh macam tu kat aku? aku cuba tidak mengendahkan semua tu dan terus ke tempatku. Aku meletakan buku-bukuku dan duduk.

“Hai Cikgu..” sapa cikgu Hanis lembut. Aku tersenyum.

“hai..” balas ku.

“Cikgu ok ke?, saya tengok lain macam je ni.” tegur Cikgu Hanis.

“Saya ok je.” balasku.

“ye ke ni? tu muka macam ada masalah je.”

“Cikgu, saya tak tahu ini hanya perasaan saya ke apa kan, tapi saya asyik terasa semua orang dok pandang saya semacam je sepanjang minggu ni.” ujarku. Cikgu Hanis tersenyum dengan soalanku itu. Aku jadi semakin hairan dan pelik.

“Cikgu, sebenarnya, itu bukan perasaan cikgu je, memang semua orang tengah tengok cikgu semacam je. Saya yang tengah bercakap dengan cikgu ni pun mungkin akan kena tempias juga nanti.” ujar Cikgu Hanis selamba. Aku kaget. Biar betul! Cikgu Hanis kemudiannya tergelak kecil dengan riaksiku.

“Cikgu, saya bergurau je. Tapi Betul ke cikgu tak tahu apa yang dah jadi sebenarnya? apa yang tengah heboh sekarang ni?” soal Cikgu Hanis. Aku mengerutkan dahi. Seketika kemudian aku menggelang. Memang aku tak tahu apa yang berlaku.

“Cikgu tahu tak, dah heboh satu sekolah ni khabar angin mengatakan cikgu ada hubungan dengan Ammar.”

“hubungan?”aku keliru. Cikgu Hanis kemudian menunjukan symbol hati dengan tangannya. Terbeliak mata aku.

“Apa?!!”ujarku sedikit kuat. Tindakan riflekku yang terus bangun membuatkan kerusiku tumbang. Suara ku ditambahkan dengan bunyi kerusi yang jatuh membuatkan semua orang yang berada didalam bilik guru itu memandang kearahku dan Cikgu Hanis. Cikgu Hanis lantas duduk dan buat seakan tak ada apa yang berlaku. Akupun duduk semula selepas kerusiku kutegakkan. Keadaan di dalam bilik guru itu kembali tenang selepas seketika.

“Cikgu Hanis, betul ke ni?” soalku sedikit cemas.

“Patutnya saya yang tanya pada cikgu, betul ke khabar angin tu?” soal Cikgu Hanis kembali.

“Masyaallah, takkan la saya nak buat benda terkutuk macam tu. Ammar tu pelajar saya, jiran saya dah kebetulan nenek dia terlantar kat hospital, salah ke saya ambil berat pasal dia?!” aku membela diri.

“Baguslah kalau macam tu cikgu, sebenarnya dulu dah ada kes macam ni kat sekolah ni. Tulah khabar angin ni boleh timbul.” balas Cikgu Hanis. Aku meraup wajahku. Ya Allah, apa dah jadi ni, ya, mungkin ini juga sebab kenapa Ammar menajuhkan diri dari aku.

“Cikgu Kamal.” panggil seorang guru.

“Ya, saya.” balasku sambil memandnagnya.

“Tuan pengetua nak jumpa.” ujarnya.

“Hah?! sekarang?” soalku pula.

“Ya, sekarang.” balas guru wanita itu.

“terima kasih ya.” ujarku. Guru wanita itu mengangguk sebelum pergi. Aku memandang Cikgu Hanis. Cikgu Hanis tersenyum padaku.

“Tuan Rahman tu ok. Awak terangkan sahaja apa yang sebenarnya. Dia boleh faham nanti. Itupu kalau dia tanya soal nilah.”ujar Cikgu Hanis cuba menenangkan aku. Aku membalas senyumannya.

“Baiklah, saya pergi dulu.” ujarku sebelum bangun bergerak menuju ke pejabat pengetua.


Aku bergegas masuk ke wad. Tadi sebaik aku sampai ke rumah, jiranku, Mak Som memberitahu yanag nenek Ammar sudah sedarkan diri. Mataku melilau mencari kelibat Ammar dan neneknya. Seketika kemudian aku tersenyum. Mereka telahku temui. Perlahan aku mengampiri mereka.

“Assalamuaikum.” ucapku. Ammar dan neneknya menoleh serentak ke arahku. Aku melemparkan senyuman.

“Cikgu!” Ammar lantas menyalamiku sebelum menarikku menghampiri katil neneknya.

“Nenek, inilah Cikgu Kamal.” ujar Ammar ceria. Aku sedikit terkesima. Inilah kali pertama aku melihat Ammar seceria itu. Nenek Ammar tersenyum padaku.

“Mak Cik apa khabar?” soalku mesra.

“Baik, Alhamdulillah. Jadi inlah dia jiran baru mak cik tu ya.” ujarnya. Aku tersenyum.

“Ammar, kamu belum solat lagi kan? pergi solat dulu ya.” ujar Nenek Ammar perlahan.

“alah, kejap lagi la nek, banyak benda Ammar nak cerita kat nenek ni!!”

“Ammar, pergi solat dulu, nanti cerita lagi ya, nenek tak kemana pun, nenek kat sini je.” pujuk nenek Ammar. Aku tersenyum. Jelas terpancar kasih sayang antara mereka.

“Yalah, yalah.”Ammar akur.

“Cikgu duduk sini dulu ya, jangan balik dulu tau!” ujar Ammar lagi sebelum pergi. Aku melihat Ammar pergi hinggalah dia hilang dibalik pintu wad.

“Cikgu, duduk dulu cikgu.” jemput nenek Ammar. Aku tersenyum dan duduk di bangku di tepi katil.

“Seronok betul Ammar tu.” ujarku. Nenek Ammar tersenyum.

“Ammar tulah satu-satunya cucu yang mak cik ada. Nenek masih boleh duduk bersembang macam ni pun sebab si Ammar tulah. Doktor cakap, daripada keadaan mak cik masa mak cik mula-mula masuk dulu, mak cik dah macam tak ada harapan. Tapi tulah, semangat mak cik kuat. Ammar tulah semangat mak cik. Mak cik tak sampai hati nak tinggal dia seorang-seorang. Dia kecil lagi.” cerita Nenek Ammar.

“Maaf mak cik saya tanya, ibu bapa Ammar tu dimana?” soalku. Nenek Ammar tersenyum.

“ayah dia dah meninggal, masa dia kecil lagi.”

“ibu dia?” soalku lagi. Raut wajah nenek Ammar berubah.

“maaf mak cik kalau saya tersinggung perasaan mak cik.” nenek Ammar tersenyum.

“Keluarga ibu si Ammar tu dulu kaya, tapi dah jodoh, dia suka pada anak Mak cik, ayah Ammar. Seperti yang cikgu nampak, kami ni orang susah, keluarga ibu Ammar ni tak restu hubungan itu. Macam-macam halangan diterima oleh mereka. Tapi bila dah jodoh, akhirnya mereka berkahwin juga, keluarga ibu Ammar tu membuang dia. Tak lama selepas tu, dia mengandungkan si Ammar tu. Tapi dia memang lebih sayangkan suami dia dari anak dia tu. Sampai hari dia nak bersalin, ayah si Ammar tu bergegas ke hospital dari Johor sebab dia dah janji nak temankan ibu Ammar di dewan bersalin. Tapi, fitrah kita manusia tak dapat menentang qada’ dan qadar Allah, ayah Ammar tu terlibat dalam kemalangan. Dia meninggal di tempat kejadian.” air mata nenek Ammar mula melinang.

“Cikgu sendiri tahukan, emosi orang baru bersalin ni tak stabil. Dia meroyan bila dia dapat tahu pasal kematian ayah Ammar tu. Dia jadi tertekan. Dia salahkan Ammar sebabkan kematian suami dia. Mak Cik dah cuba serahkan Ammar pada dia, tapi dia tak boleh terima. Dia akan mula meracau-racau setiap kali melihat Ammar. Keluarga ibu Ammar datang pada Mak cik, dia cakap, dia mahu bawa ibu Ammar tu kembali ke Pahang. Mak Cik bersetuju, tapi kerana ibunya masih tak boleh terima Ammar, mak cik buat keputusan untuk menjaga Ammar. Sehingga sekarang, mak cik langsung tak terima sebarang khabar dari mereka.” cerita Nenek Ammar lagi.

“habis tu, Ammar tak pernah tanya ke pasal ibunya?” soalku lagi.

“dulu masa dia kecik pernah dia tanya. Tapi Mak cik marah dia. Mak cik tak tahu macam mana nak terangkan pada dia. Sejak dari tu sampai sekarang dia tak pernah tanya lagi. Mak Cik tak sampai hati nak cerita perkara sebenar. Cikgu boleh bayangkan kan, bagaimana rasa kalau ibu kandung kita sendiri tak boleh terima kita. Mak cik tak sampai hati nak biar dia rasa perasaan tu.” cerita Nenek Ammar lagi. Benar kata nenek Ammar tu.

“tapi, Ammar tu masih betuah sebab dia masih ada mak cik yang sayangkan dia.”ujarku pula. Nenek Ammar tersenyum.

“Tapi sampai bila cikgu?, mak cik ni dah tua. Bila-bila masa sahaja Allah tu boleh tarik balik nyawa mak cik ni. Tengokla ni ha, mak cik terlantar kat hospital macam ni. Mak cik sebenarnya risau dengan Ammar tu, bila mak cik dah tak ada nanti, macam mana la nasib dia.”

“Mak cik jangan risau, Ammar tu tahu bawa diri.” ujarku cuba menenangkannya.

“Cikgu, Ammar tu dah tak ada sesiapa. Kalau mak cik dah tak ada nanti, memang dia tinggal seorang-seorang.” ujar nenek Ammar sebelum dia terhenti seketika.

“Sejak dia datang tadi, macam-macam dia cerita mengenai cikgu. Nampaknya dia betul-betul senang dengan cikgu. Sejak dari sekolah rendah lagi, Ammar tu dibuli, diejek dengan kawan-kawan dia. Sebab tu dia memang susah nak rapat dengan orang walaupun dia nampak peramah. Dia tu banyak memendam rasa cikgu. Mak cik tahu apa yang jadi kat dia di sekolah, dia dibuli, dipukul, diejek, tapi dia tak pernah mengadu pada mak cik. Semua dia pendam sendiri. Dia selalu tersenyum, nampak macam gembira, tapi dalam hati dia, dia menangis cikgu! mak cik tahu semua tu. Bila mak cik tanya, mesti dia berdalih. Tapi mak cik tahu, sebenarnya dia tak mahu buat mak cik susah hati. Dia tak nak buat mak cik sedih.” cerita nenek Ammar lagi dengan linangan air mata.

“Sabar Mak cik.”

“Ammar tu budak baik cikgu, mak cik sayang sangat pada dia.”

“Saya tahu Mak cik.”

“Cikgu, mak cik tahu permintaan mak cik ni menyusahkan cikgu, tapi mak cik rasa cikgulah orang terbaik untuk jaga Ammar tu nanti, cikgu, mak cik minta tolong, kalau terjadi sesuatu pada mak cik, tolong jaga Ammar ya. Dia dah tak ada sesiapa lagi. Tolong ya cikgu..” Nenek Ammar separuh merayu.

“Mak cik, mak cik kan dah sihat ni, bila-bila masa je mak cik dah boleh keluar dari hospital ni.” ujar ku. Jelas terpancar riak wajah kecewa pada wajah nenek Ammar.

“Mak cik, bukan saya tak nak jaga dia, Saya sendiri dah anggap Ammar tu macam adik kandung saya sendiri, tapi Mak cik dah sihat. Saya yakin tak akan ada apa-apa yang berlaku pada mak cik, mak cik akan keluar tak lama lagi.” aku cuba meyakinkan nenek Ammar yang bukan aku tak mahu menunaikan permintaannya itu. Nenek Ammar tersenyum hambar padaku.



“Ammar, nanti sekejap.” panggilku sebelum sempat Ammar masuk ke dalam rumahnya. Ammar memandangku.

“Ammar, kenapa sejak belakangan ni kamu asyik nak mengelak dari saya?!” soalku berterus terang.

“mengelak? mana ada cikgu. Saya biasa-biasa je.” ujarnya selamba.

“ni mesti sebab khabar angin yang tengah tersebar di sekolah tu kan?” dugaku.

“khabar angin apa cikgu?” Ammar cuba berdalih.

“Ammar, sudahlah tu. Jangan berdalih lagi. Saya tahu, kamu tak nak dekat dengan cikgu lagi sebab khabar angin tukan? kamu takut dengan saya kan? Ammar, saya bukan macam tu, saya tak akan buat…”

“Cikgu!, apa cikgu ni? saya tahu cikgu, cikgu memang tak akan buat macam tu, saya tahu.” pintas Ammar dengan suara sedikit keras. Aku terkesima. Ammar tidak pernah begitu sebelum ni.

“Saya masuk dulu.” ujar Ammar dengan suara sedikit bergetar. Namun belum sempat Ammar meloloskan diri dibalik pintu, aku lantas menarik lengannya menghalangnya daripada masuk.

“Tolong Ammar, tolong jangan buat macam ni. Dulu kamu yang cakap telinga kamu dah lali dengan ejekan, hinaan yang macam ni. Tapi sekarang..”

“Saya buat macam ni demi cikgu. Saya memang dah lali dengan semua ni, tapi cikgu? boleh ke cikgu tahan dengan semua ni?” Ammar memintas kata-kataku lagi. Sekali lagi aku tersentak.

“Ammar..”

“Cikgu, saya tak nak kerana saya, cikgu dapat susah. Jadi saya rasa lebih baik cikgu jangan dekat sangat dengan saya. Cukuplah hubungan kita sebagai guru dan anak murid.” ujar Ammar lagi. Aku terkesima. Ammar kelihatan betul-betul serius. Senyumannya yang selalu menghiasi wajahnya kini tiada.

“Sa…saya masuk dulu.” Ammar meminta diri dan terus hilang disebalik pintu rumahnya. Aku terkedu. Jujur aku katakan, memang aku sedikit terganggu dengan khabar angin yang datang entah dari mana itu. Tapi aku tidak pernah menyalahkan Ammar, dia juga mangsa. Sungguh aku tak sangka ianya akan pergi sejauh ni. Lantas aku teringat pertemuanku dengan Tuan Rahman semalam.


“Saya rasa, cikgu lebih baik menjarakkan sikit diri cikgu dari Ammar.” kata Tuan Rahman.

“Tapi Tuan, saya memang tak ada sebarang hubungan yang macam tu dengan Ammar. Dia tu pelajar saya Tuan, dan dia tu lelaki, saya masih ada iman Tuan, saya tak akan buat benda-benda yang macam tu.” aku cuba menerangkan duduk perkara yang sebenar sekali lagi walau sudah aku perjelaskan segalanya tadi.

“Saya tahu cikgu, cuma benda ni perlu diredakan, saya tak mahu khabar angin ni terus tersebar dengan keakraban cikgu dan Ammar, saya tak mahu sekolah saya ni jadi huru hara sepertimana yang pernah berlaku dulu. Saya harap cikgu faham. Hanya ini sahaja jalan yang saya nampak.” ujar Tuan Rahman pula. Aku terdiam seribu bahasa.


Aku tersenyum sendiri melihat kertas ujian milik Ammar, 67 markah. Peningkatan yang amat drastik dari hanya 18 markah untuk ujian bulan lepas. Nampaknya dia benar-benar belajar bersungguh-sungguh sepanjang bulan ni. Aku meletakan semula kertas ujian milik Ammar itu. Aku melepaskan keluhan berat. Sudah seminggu berlalu dan tindakan Ammar menjauhkan diri dari aku memang sedikit sebanyak telah meredakan sedikit khabar angin yang bertiup kencang dulu. Tapi, aku sebenarnya terganggu. Kehadiran Ammar dulu sememangnya menyenangkanku. Aku berasa gembira bila bersama dia. Aku sebenarnya sudah jatuh sayang padanya. Sayang sebagai seorang adik. Ammar sebenarnya telah mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan oleh arwah Aeril. Tapi kini, semuanya seakan kembali kepada sedia kala, tempat kosong itu akan kosong semula.

“Cikgu Kamal.” panggil seorang guru. Aku menoleh ke arah guru itu.

“Ya.”

“Tuan Pengetua minta cikgu datang ke pejabatnya sekarang.” ujar guru itu.

“Ha, yalah.” ujarku ringkas. Apa lagi yang Tuan Rahman nak ni. Aku lantas mengatur langkah ke pejabat pengetua. Perlahan aku mengetuk pintu pejabat Tuan Rahman tiga kali.

“Masuk!” arah Tuan Rahman dari dalam. Sempat aku menarik nafas panjang sebelum memulas tombol pintu bilik Tuan Rahman itu.

“Assalamualaikum.” aku memberi salam.

“Waalaikumussalam.” Jawab semua orang yang ada di dalam bilik pengetua itu. Aku sedikit kaget. Ramai rupanya orang yang didalam bilik itu. Aku memandang wajah mereka seorang demi seorang, Cikgu Hanis, dua orang budak nakal yang selalu menimbulkan masalah di sekolah ni, Azmir dan Haris dan, Ammar? Aku sedikit pelik, kenapa mereka semua ada disini, dan yang paling aneh, kenapa Ammar ada disini, apa yang dah berlaku?

“Cikgu Kamal, mari sini.” Panggil Tuan Rahman.

“ke…kenapa ni Tuan?” soalku.

“Cikgu, tadi saya nampak yang Azmir dan Haris sedang memukul Ammar, di belakang dewan besar.” ujar Cikgu Hanis. Aku lantas memandang Ammar. Terdapat kesan lebam pada wajahnya. Aku cemas lantas aku menghampiri Ammar.

“Kamu tak apa-apa Ammar?” soalku sambil meneliti kesan lebam diwajahnya. Tapi aku sedikit hairan, kalau in hanya kes pukul biasa, kenapa aku turut dipanggil?

“Bukan hanya itu sebab saya panggil cikgu kesini.” ujar Tuan Rahman pula. Aku mengerutkan dahi.

“Maksud tuan?” soalku pula.

“Azmir!, Haris! cepat cerita segalanya pada Cikgu Kamal dan minta maaf!”arah Tuan Rahman. Pandanganku teralih pula pada Azmir dan Haris.

“Cepatlah, tunggu apa lagi?!” arah Cikgu Hanis pula tegas.


“Cikgu, kami minta maaf cikgu, kami yang sebarkan cerita tentang…tentang cikgu dan Ammar.” ujar Haris dengan suara tersekat-sekat. Aku tersentak. Biar benar, mereka ni punca segala masalah ni!

“Be..betul cikgu, kami minta maaf, kami janji tak buat lagi.” tambah Azmir pula.

“Kenapa kamu buat semua ni?” soalku pula. Mereka berdua bungkam.

“Saya tak kisah kalau kamu benci pada saya, walaupaun saya rasa, saya tak pernah ada masalah dengan kamu, tapi jangan libatkan orang lain, jangan libatkan Ammar.” ujarku lagi. Mereka berdua masih bungkam.

“jadi macam mana cikgu? apa cikgu nak saya buat pada mereka berdua ni?” soal Tuan Rahman. Aku mengalih pandanganku pada Tuan Rahman pula.

“Macam mana Tuan tahu mengenai benda ni?” soalku pula.

“Saya yang adukan pada Tuan Rahman.” ujar Cikgu Hanis. Pandanganku teralih pula pada cikgu Hanis.

“Tadi saya ternampak mereka berdua ni membawa Ammar ke belakang dewan, jadi saya ikut mereka secara senyap. Mereka memukul Ammar, dan pada masa tu juga mereka telah mengaku perbuatan mereka memfitnah cikgu dan Ammar.” terang Cikgu Hanis. Aku mengarah pandanganku sekali lagi ke arah Azmir dan Haris yang tertunduk sejak tadi.

“Terpulanglah Tuan nak hukum mereka macam mana, saya serahkan segalanya pada Tuan.” ujarku pula. Tuan Rahman mengangguk.

“Baiklah, kamu berdua akan saya gantung selama seminggu mulai esok!!” ujar Tuan Rahman tegas.

Aku berjalan berdua balik ke bilik guru bersama Cikgu Hanis.

“Terima kasih ya Cikgu.” ujarku.

“eh, kenapa nak berterima kasih pulak ?”

“yelah, cikgu dah tolong bersihkan nama saya dan Ammar.” ujarku.

“Tak perlu berterima kasihlah Cikgu, ini juga sebahagian dari tugas dan tanggungjawab saya sebagai salah seorang ahli jawatankuasa Lembaga Disiplin sekolah ni. Lagipun, budak Azmir dan Haris tu memang dah melampau. Memang dah tiba masanya mereka tu menerima hukuman. Itupun nasib baik saya ternampak. Kalau tak, kes ni memang tak selesai lagi.” terang Cikgu Hanis. Aku tersenyum pada Cikgu Hanis.

“Cikgu, kalau saya tanya sikit, cikgu jangan marah tau.” ujar Cikgu Hanis perlahan.

“Apa dia cikgu?”

“Cikgu nampak ambil berat betul pasal Ammar tu kan. Sebenarnya, apa hubungan cikgu dengan dia?” soal Cikgu Hanis sedikit takut-takut. Aku tergelak kecil dengan soalan Cikgu Hani situ.

“Cikgu pun fikir saya macam tu ke?” soalku kembali.

“eh, taklah, bukan macam tu, saya…”

“dulu saya ada seorang adik lelaki, perangai dia lebih kurang sama dengan Ammar tu. Tapi, dua tahun lepas dia terlibat dalam satu kemalangan, dan meninggal dunia. Ammar tu dah banyak buat saya teringat pada arwah adik saya tu. Senang cerita sebenarnya, saya dah anggap Ammar tu macam adik saya sendiri, dan saya sayangkan dia, macam adik kandung saya sendiri.” terangku panjang lebar. Aku kemudian melepaskan satu keluhan berat.

“Kenapa cikgu? saya tersinggung perasaan cikgu ke?” soal Cikgu Hanis sedikit risau.

“Tak lah, sebenarnya, sejak kes ni mula timbul minggu lepas, Amamr dah jauhkan diri dari saya, dulu boleh kata hampir setiap malam dia akan datang rumah saya untuk betanya itu ini tentang pelajaran, tapi sekarang, nak tegok batang hidung dia pun susah.” luahku.

“Jadi cikgu rindu pada dia?” soal Cikgu Hanis pula.

“memang saya rindu, tapi sebenarnya, saya rasa bersalah pada dia. Dia sebenarnya buat macam tu demi saya. Dia tak nak saya terganggu dengan fitnah tu. Tulah sebab dia jauhkan diri dari saya.” cerita ku.

“Ammar tu memang baikkan cikgu, hati dia sungguh mulia.” ujar Cikgu Hanis lembut. Aku memandang Cikgu Hanis sambil tersenyum. Benar katanya, Ammar memang mempunyai hati yang sungguh mulia.


Tuk..tuk..tuk…pintu kelas 3B diketuk, aku yang sedang menulis nota di papan putih melihat ke arah pintu. Cikgu Hanis ! aku tersenyum ke arahnya.

“Cikgu, boleh saya berjumpa dengan Ammar sekejap?” soal Cikgu Hanis. Aku mengerutkan dahi. Kenapa?

“Ammar!” panggilku. Ammar lantas berdiri dan bergerak ke arah pintu mendapatkan Cikgu Hanis. Cikgu Hanis membawa Ammar sedikit jauh dari pintu.

“Baiklah yang lain, sambung salin nota ni.” arahku pada pelajar-pelajar lain dalam kelas. Dalam pada itu, mataku tak lari dari melihat Ammar dan Cikgu Hanis. Jelas, riak wajah Ammar berubah sebelum mutiara-mutiara jernih mula jatuh dari matanya. Aku Hairan. Aku lantas berhenti menulis nota dan menghampiri Cikgu Hanis dan Ammar. Ammar lantas masuk semula ke dalam kelas dan mengemas barang-barangnya.

“Kenapa Cikgu?” soalku pada Cikgu Hanis.

“Tadi, pihak hospital telefon, nenek Ammar, dah meninggal pagi tadi.” ujar Cikgu Hanis tenang. Aku terkesima.

“Innalillahi Wainnalillahi rojiun.”ucapku.

“Cikgu nak ikut ke hospital ke?” soal Cikgu Hanis.

“ha, boleh juga.” balas ku. Aku lantas masuk semula ke dalam kelas.

“Kelas, Cikgu ada kecemasan sikit, jadi kelas kita sampai disini saja.” ujarku. Keadaan kelas mula sedikit hingar bingar. Masing-masing dalam keadaan ingin tahu. Aku lantas mengemas barang-barangku.

“Ammar.” panggilku. Ammar memandangku. Matanya sudah penuh dengan air mata.

“Saya Hantar.”ujarku. Ammar mengangguk perlahan.

Orang ramai sudahpun mula meninggalkan tanah perkuburan ini, bacaan talkin baru sahaja selesai. Hanya tinggal Ammar, aku, Mak Som dan suaminya Pak Hasan di tanah perkuburan ini. Aku menghampiri Pak Hasan dan Mak Som yang berdiri tidak jauh dari pusara nenek Ammar. Ammar duduk berteleku di sebelah pusara neneknya itu.

“Kasihan budak tu, tinggal sebatang kara.” ujar Pak Hasan lembut. Aku mengangguk bersetuju. Mak Som mengesat air matanya.

“Dengan siapa dia nak tinggal lepas ni?” soal Mak Som pula. Pak Hasan melepaskan keluhan berat.

“Tak apalah, Pak Hasan dan Mak Som baliklah dulu, biar saya temankan Ammar kat sini. Nanti saya bawa dia balik.” ujarku lembut.

“betul ke ni? tak susahkan cikgu ke?” soal Pak Hasan pula.

“tak susah pun, Pak Hasan dan Mak Som baliklah dulu ya.”

“kalau dah Cikgu cakap macam tu, yelah, kami balik dulu, banyak benda nak siapkan untuk tahlil malam ni.” ujar Pak Hasan lagi. Aku mengangguk.

“Kami balik dulu ya cikgu.” ujar Mak Som pula, aku tersenyum sambil melihat mereka mula meninggalkan tanah perkuburan ini. Pandanganku kualih pula pada Ammar. Perlahan aku menghampirinya. Aku berdiri dibelakangnya.

“Cikgu..”panggil Ammar. Aku lantas duduk disebelahnya. Aku mengusap belakangnya perlahan.

“Cikgu….nenek…..nenek…dah pergi…” ujar Ammar dalam esak tangis. Aku jadi sebak melihatnya. Aku tahu betapa sayangnya dia pada neneknya ini.

“Nenek dah pergi….nenek dah tinggalkan saya…nenek tinggalkan saya seorang-seorang…”ujar Ammar lagi. Airmatanya makin galak mengalir.

“saya dah tak ada sesiapa cikgu…..nenek dah tinggalkan saya.”ujar Ammar lagi. Air mataku mula mengalir. Aku lantas menarik bahu Ammar menghampiriku. Tubuh kecil Ammarku peluk erat.

“Saya ada disini, kamu bukan seorang-seorang, saya ada…” aku cuba memujuknya. Ammar diam. Namun air matanya masih terus mengalir. Riak wajah cerianya hilang entah kemana, senyuman manis dibibirnya juga tak kelihatan lagi. Ammar menangis semahunya dalam dakapanku. Seakan dia melepaskan segala kesedihan yang dipendam dalam hatinya. Aku mengusap lembut belakang Ammar. Masyaallah, ya Allah, tabahkanlah hati anak ini ya Allah. Lantas aku teringat permintaan arwah nenek Ammar ketika ku melawatnya di hospital tempoh hari.

“Cikgu, mak cik tahu permintaan mak cik ni menyusahkan cikgu, tapi mak cik rasa cikgulah orang terbaik untuk jaga Ammar tu nanti, cikgu, mak cik minta tolong, kalau terjadi sesuatu pada mak cik, tolong jaga Ammar ya. Dia dah tak ada sesiapa lagi. Tolong ya cikgu..”

Kata-kata itu terngiang-ngiang dalam fikiranku, aku tersenyum sendiri.

‘ Mak Cik, saya berjanji saya akan jaga Ammar macam darah daging saya sendiri.’ ucapku didalam hati.


Aku mengemas sedikit mejaku yang sedikit berselerak. Sudah seminggu berlalu semenjak kematian nenek Ammar. Ammar menolak untuk tinggal dengan sesiapa. Dia memilih untuk tinggal dirumah neneknya itu. Tapi aku dengan rela hati ingin menjadi penjaga Ammar yang rasmi. Hubunganku dengan Ammar kini semakin akrab semula. Kes khabar angin mengenai kami dulupun dah reda. Sedang aku mengemas, aku terjumpa kertas ujian milik Ammar. Aku tersenyum melihat kertas ujiannya itu. Kertas ujian pelajar lain telahpun ku pulangkan semula, Ammar diberi cuti oleh pihak sekolah selama tiga hari, jadi aku tak sempat memulangkan kertas ujian ini kembali padanya. Selesai mengemas, aku mengambil beberapa buah buku rujukanku dan bergerak menuju ke kelas. Kertas Ujian Ammar itu ku simpan semula untuk ku serahkan kembali pada Ammar waktu dikelasnya tengahhari nanti. Aku mengorak langkah terus ke kelas 3A yang terletak di blok sebelah, bersebelahan dengan kelas Ammar, 3B. Sampai di aras tiga, mataku tertancap pada kelibat Azmir dan Haris. Aku kaget, dengan jelas aku nampak mereka berdua menolak Ammar dari atas tembok koridor. Tubuh kecil Ammar melayang jatuh terus ke tanah. Buku-bukuku terlepas. Aku melihat ke bawah.

“AMMAR!!!” jeritku. Ammar terbaring kaku di atas permukaan tar dengan darah yang mula mengalir keluar dari kepalanya. Aku memandang Azmir dan Haris. Mereka berdua terjelepok ke atas lantai. Kelihatan mereka sendiri terkejut dengan apa yang berlaku. Tanpa dapat dikawal, air mataku jatuh sendiri. Aku lantas berlari turun semula ke bawah untuk mendapatkan Ammar. Sesampai di bawah, para pelajar lain sudah mula mengerumuni Ammar, begitu juga beberapa orang guru. Aku lantas mendapatkan Ammar. Perlahan aku memangku kepala Ammar.

“ya Allah, Ammar!!” Ammar kaku. Matanya masih celik dan tegak memandang ke langit biru.

“Masyaallah, Ammar, apa dah jadi ni?! apa mereka dah buat pada kamu?!” soalku dengan mata yang sejak tadi tak segan mengeluarkan mutiaranya.

“Cikgu…mereka tak….tak..bu..buat….apa-apa cik..cikgu..”ujar Ammar dengan suara tersekat-sekat. Darah yang mengalir keluar dari tubuh Ammar makin banyak. Keadaan menjadi semakin kecoh. Guru-guru yang ada disitu cuba menyuraikan para pelajar yang makin banyak berkerumun. Salah seorang dari guru itu menelefon ambulans. Aku menangis teresak-esak. Aku terasa seakan Amamr akan pergi juga meninggalkanku. Ya Allah, selamatkanlah anak ini Ya, Allah.

“Cikgu…”ujar Ammar lagi. Aku memandang wajahnya yang kian pucat.

“boleh tak, saya panggil cikgu, Abang?” soalnya. Air mataku makin laju dengan soalan dari Amar itu. Aku mengangguk. Ammar tersenyum.

“Abang..”panggilnya lagi.

“ya, Ammar.” jawabku sambil mengusap-usap kepalanya.

“Abang, saya….saya nampak nenek…” ujar Ammar lembut. Aku tersentak dengan kata-kata Ammar itu. Masyaallah!! aku benar-benar tak mampu mengaharungi detik ini.

“Ammar..” hanya namanya sahaja yang mampu ku sebut disaat ini. Aku benar-benar takut. Seketika kemudian, Ammar tidak lagi bersuara. Matanya masih celik. Darahku mula berderau.

“Ammar!!!” panggilku.

“Ammar!!!” aku menggoncangkan badannya. Namun tiada sebarang tindak balas. Tubuhnya kaku. Aku terpempan.

“Ammar!!!!!!” laungku sekuat hati.


“Bangun!! Assalamualaikum Cikgu!” ujar ketua tingkatan 3B sebelum diikuti pelajar lain.

“Waalaikummussalam, duduk.” ujarku. Mataku tertancap di tempat Ammar. Meja paling hujung itu bersih hari ni. Tidak seperti selalu, kotor dengan sampah. Seakan terbayang Ammar duduk disitu sambil tersenyum padaku. Aku menjadi sebak. Baru dua hari lepas Ammar pergi buat selamanya. Aku sebenarnya masih bersedih. Buat kali keduanya adik yang ku sayangi pergi meninggalkan ku. Aku lantas cuba melupakan Ammar buat seketika. Aku masih ada tanggungjawab yang kugalas. Masih ramai lagi pelajar yang menanti ilmu dariku. Aku memandang wajah-wajah di dalam kelas itu sekilas. Jelas sekali mereka muram. Kenapa? Mereka terkesankah dengan pemergian Ammar? tapi kenapa? Aku lantas berpaling menghadap papan putih untuk memulakan pembelajaran pada hari itu. Baru beberapa perkataan ku tulis aku terdengar esak tangis dari pelajar-pelajarku. Aku kembali mengalih pandanag kepada mereka.Ya benar, ada antara mereka yang menangis. Kenapa baru sekarang?! Kenapa selepas pemergian Ammar baru mereka mahu menagis untuknya?! sepanjang hayatnya mereka tak pernah pun menganggap Ammar sebahagian dari mereka. Kenapa sekarang?. Aku tak dapat mengawal perasaanku lagi. Aku tak mampu nak teruskan sesi pembelajaran kali ni. Aku lantas mengemas semula barang-barangku. Sedang aku mengemas, aku ternampak sekeping kertas ujian. Jelas tertulis dengan pen merah, 67 markah. Perlahan aku menarik kertas itu. Tertera jelas nama Khairul Ammar bin Rosli. Air mataku lantas menitis. Aku meletakan semula kertas itu bersama-sama dengan buku-bukuku. Lastas aku mengangkat barang-barangku dan keluar dari kelas itu. Aku membiarkan kakiku melangkah. Aku berhenti di sebuah tangga yang sedikit tersorok. Aku duduk di anak-anak tangga itu. Air mataku mengalir laju tanpa dapat ku bendung. Aku benar-bear rindukan Ammar.

“Jangan menangis cikgu, saya tak nak kerana saya, cikgu dapat susah.” Aku tersentak dengan kata-kata itu. Aku lantas menoleh melihat siapa yang mengungkapkan kata-kata itu. Cikgu Hanis tersenyum padaku. Aku lantas bangun dan mengesat mataku.

“Saya yakin, itulah yang akan Ammar cakap kalau dia nampak Cikgu macam ni.” ujar Cikgu Hanis lembut. Aku bungkam. Cikgu Hanis lantas menuruni tangga dan duduk di wakaf yang disediakan oleh pihak sekolah. Aku mengekorinya dan turut duduk di wakaf itu.

“Sudahlah cikgu, dia dah tak ada. Jangan menangis macam ni. Dia mesti sedih nanti.” Cikgu Hanis menenangkanku.

“Saya…saya sayangkan dia cikgu. Saya masih belum boleh terima.” ujarku meluahkan perasaan.

“Saya faham. Cikgu sayangkan dia, saya tahu. Tapi tak baik meratap macam ni.” Aku diam. Ada benarnya kata Cikgu Hanis itu. Aku perlu kuat. Aku tak boleh macam ni.

“Cikgu sendiri tahukan, Ammar tu baik orangnya. Allah nak pelihara dia dari dia buat sebarang dosa. Tulah sebab, Allah ambil dia lebih awal dari kita.” ujar cikgu Hanis lagi. Aku diam. Benar kata Cikgu Hanis itu. Aku kemudian mengeluarkan kertas ujian Ammar dan ku serahkan pada Cikgu Hanis.

“Apa ni?” soal Cikgu Hanis. Cikgu Hanis mengambil kertas itu dan membeleknya.

“Itu kertas ujian Ammar untuk ujian bulanan yang baru lepas ni. Masa ujian bulan lepas, dia hanya dapat 18 markah, tapi untuk yang ni, dia dapat 67 markah.” ujar ku. Cikgu Hanis tersenyum.

“Dulu saya ada cerita pada dia tentang arwah adik lelaki saya tu. dia cakap dia nak jadi pengganti adik saya tu. Saya bagitahu dia, kalau dia boleh dapatkan sekurang-kurangnya 50 markah untuk ujian yang ini, saya akan setuju jadikan dia adik saya.” ceritaku lagi.

“nampaknya dia dah Berjaya.” ujar Cikgu Hanis sambil tersenyum. Aku turut tersenyum.

“Malangnya, dia tak sempat nak tengok kertas tu. Saya belum sempat lagi nak serahkan kertas tu pada dia. Tapi Alhamdulillah, dia sempat panggil saya ‘abang’ satu panggilan yang dah lama dia nak guna, walaupun cuma sekali.”

“Saya yakin, itu dah lebih dari cukup buat dia cikgu. Ammar tu seorang yang sangat sederhana, sabar dan tenang, macam tu.” ujar Cikgu Hanis sambil menunjuk ke arah langit. Aku melihat ke arah yang ditunjukan oleh Cikgu Hanis.

“Sebiru warna langit tu. Tenang, itulah Ammar. Sangat tenang dan sabar walau apapun yang berlaku pada dia. Dia nampak lemah, tapi sebenarnya dia kuat di dalam. Macam langit. Nampak rapuh, tapi langitlah yang sebenarnya melindugi kita.” ujar Cikgu Hanis lagi. Aku memandang Cikgu Hanis sebelum pandanganku ku alih semula ke arah langit. Aku tersenyum. Entah kenapa, perbualanku dengan cikgu Hanis sudah meringankan sedikit kesedihanku. Ya Allah, tempatkanlah Ammar ditempat orang-orang yang beriman ya Allah. Aku yakin, syurga adalah balasannya.

“oh ya, apa dah jadi dengan Azmir dan Haris?” soal Cikgu Hanis. Aku tersenyum.

“mereka dilepaskan dengan ikat jamin. Mereka dah jumpa dengan saya dan mereka dah cerita segalanya. Mereka cakap, mereka tak sengaja tertolak Ammar. Mereka ingat hanya nak acah-acah je.” ujar ku.

“oh, macam tu, tapi kenapa…”

“saya yakin, kalau Ammar masih ada disini, dia juga tak akan dakwa budak-budak tu.” ujarku lagi. Cikgu Hanis tersenyum. Aku kembali memandang langit. Seakan terbayang wajah ceria Ammar tersenyum padaku. Ya, Allah, cucurilah rahmat pada rohnya, Amin.

TAMAT

1 comments:

  1. sedih sgt ni wei....

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini