rss

Melepasi pagar besi yang terbuka secara automatik itu, mataku cepat menangkap susuk tubuh Pak Hamid, driver Datin Zahirah. Setelah bertegur-sapa, bertanya khabar, aku terus masuk ke dalam banglo mewah itu. Tahap kedinginan penghawa dingin rumah benar-benar melegakan kulit tubuhku yang dah beberapa jam di'panas'kan oleh terik sang mentari di luar. Muse masih berlagu di telinga dengan Time Is Running Out. Anak tangga ke tingkat atas segera kuburu.
Aku berpampasan dengan seseorang di tangga. Dia menuruni tangga. Aku pula mendaki anak-anak tangga untuk ke bilik Mira. Dan tatkala aku mengabaikan kehadirannya…

Bukk!!

Baru dua anak tangga kudaki, bahuku dilanggar kuat dari arah hadapan. Punyalah luas tangga kat rumah ni, kenapa la si mangkuk ni nak turun ikut side aku?? Aku, dengan MP3 aku sekali jatuh tergelimpang kat lantai jubin tu. Buku-buku yang aku pegang tadi pun dah bertaburan sana-sini. 'Melaun' tu tegak berdiri di sisiku. Tiada ucapan maaf darinya. Aku tunduk. Mengutip semula 'harta'ku yang bertaburan.

"Ala…! Rabun tahap kronik ke buta? Orang besar bagak macam ni pun nak langgar ke… Pergi optical centre la, check!" Rungutku dengan nada kuat. Sedikit pun tiada rasa bersalah berkata demikian. Kerana dari cara pemakaiannya, aku seakan boleh mengagak gerangan manusia yang ada di hadapanku ini. Tak Pa'e, si Zach kawan si Iskandar yang tua beberapa tahun dariku itu. tak mungkin Iskandar sebab dia lebih senang memakai seluar pendek ketika berada di rumah.

Dah lebih dua bulan aku bekerja di rumah ni. Orang-orang dalam rumah ni pun dah naik 'kamceng' dengan aku. Malah jadual harian mereka pun sudah kuhafal benar. Pagi-pagi Sabtu yang berbahagia ni, sapa sangat la yang ada di rumah. Dato' Latif dah tentu dok mengukur luas padang golf dengan business associatesnya. Datin Zahirah dengan kerja amalnya yang tak pernah habis atau paling tidak 'melepak' dengan kawan-kawan. Yang ada kat rumah, yang pastinya orang gaji rumah, Mira, anak bongsu Datin Zahirah, serta Iskandar yang dah bertekad nak 'menggempa-bumi'kan banglo ni dengan member-member jammingnya di bilik 'khas' di hujung tingkat dua.

So, dengan muka yang dibuat-buat comel, aku mendongak memandang si pesalah a.k.a orang yang langgar aku sampai berdebuk jatuh atas lantai cantik Datin Zahirah ni. Bersedia untuk memerli orang itu dan memulakan perbualan ceria kami pada pagi itu.

Anak mataku menangkap imej seorang lelaki. Dengan ketinggian 5 kaki 8 inci, rambut lurus yang agak panjang dan tak terurus, mata kuyu, muka 'malas dan mengantuk' ala-ala Doug Robb Hoobastank versi Melayu, t-shirt hitam yang penuh corak dan tulisan entah apa-apa, dan jeans fesyen koyak-rabak sana-sini, lelaki itu tunduk memandangku dengan wajah pelik. Ape? Dia ingat aku ni endangered species ke hape?

Tapi… Yang dia ni sapa? Tak pernah tengok pun! Member baru Iskandar ke?

"Instead of giving 'that' silly advice, you yourself should go to nearest optical centre! Also, don't forget to train your tongue to say 'I'm sorry'… It's the magic words you know, especially in this kind of situation!" Dengan muka angkuh dia berkata begitu.

Aku juih bibir ke depan. Weih! Mamat baru bangun tidur ni sedar ke tak sedar nih? Dia yang langgar aku, sedap-sedap aje dia maki aku dengan bahasa penjajah tu! Sengal ubi keledek betul! Dah la badan bau lori sampah majlis perbandaran, sekali-sekali dengan perkataan dari mulut dia pun bau macam longkang…

"Kalau betul mata awak terang lagi jelas, kalau betul awak jenis orang beretika penuh adab, kenapa awak tak mengelak dari bertembung dengan saya tadi?" Tempelakku. Muka lelaki itu mula merah.

"Suka hati saya la nak jalan kat mana sekali pun! Awak tu, lain kali bila berjalan pandang depan. Bukannya menunduk. Faham?!" Ooo… boleh cakap bahasa Melayu rupanya. Ingatkan omputeh berkulit sawo matang tadi.

First impression; aku meluat tengok lelaki berlagak tak tentu arah ni! Is, kat mana kau kutip kawan kau yang sorang ni? Entah dari lubang cacing mana dia datang, tup-tup nak tunjuk lagak kat rumah orang!

"Peduli apa awak kalau saya nak jalan tunduk ke, merangkak ke… jalan dengan tangan ke… Awak… Saya… Kita ni sama-sama datang rumah orang. So, tak payah berlagak bagus la… Sedar-sedar la diri tu sikit!" Aku menujah-nujah dadanya. Cuba menyedarkan dirinya dan diriku sendiri berkenaan 'kedudukan' kami di rumah itu.

"Woi, Johan! Kata nak tengok kita orang jamming!" Suara jeritan Isakndar 'berperang' dengan bunyi gitar dan drum yang tengah di'sound-check' yang membingitkan deria pendengaran, sekaligus mematikan perbalahan kami.

"Kejap! Aku jumpa spesis pelik la kat bawah ni!" Giliran lelaki tak siap ni pulak menjerit.

Aku dikatakannya spesis pelik? Dia yang macam spesis ungka cabuk, dia tak sedar…
"Spesis pelik?" Ada nada hairan dalam suara Iskandar.
Kepala Iskandar dah tercengul dari tingkat atas. Bila dilihatnya aku la yang dimaksudkan 'spesis pelik' tu, Is terus ketawa.

"Ooo… Itu Ann la! Tutor si Mira… Hai Ann!" Iskandar mengangat tangan sambil tersengih. Dengan muka pahit-pahit payau tengah dalam anger management, aku senyum dan membalas sapaan Iskandar.

"Budak kelam-kabut tak ada budi-bahasa ni jadi tutor? Biar betul?" Perli lelaki yang dipanggil Johan oleh Iskandar tadi. Muka aku dah tak tahu dah tukar kaler apa. Yang pasti, kaler yang boleh menunjukkan rasa marah dan geram la! Berani dia mempersoalkan kelayakan aku untuk mengajar sedangkan Datin Zahirah sendiri dah approve aku dalam siri ujian kelayakan yang dia buat.

"Ala… Kira okey la tu! Mira tu nak ambil UPSR aje tahun depan. Rilek la!"

Iskandar menuruni anak tangga. Berdiri di antara aku dan Johan. Silih berganti dia memandang kami. Mata Johan masih menjilat wajahku. Macam ada benda aje dia tak puas hati dengan aku.

Satu saat. Dua saat. Tiga saat. Entah sampai saat ke berapa, kami bertiga masih diam tanpa suara. Aku pandang anak mata Johan yang dah macam nak keluar api. Johan membalas pandanganku. Tajam. Sorry, aku tak nak kalah dalam 'perang mata' ni! Iskandar pulak pandang aku dan Johan silih berganti. Tak tahu macam mana nak damaikan kami berdua.

"Bang Jo! Aik, napa semua tegak je ni?! Kak Ann! Napa ni? Main robot-robot, ek?" Mira turun menyoal dengan muka polos. Baju Johan ditarik-tariknya minta perhatian. In case kalo korang tak tau la kan, dalam permainan 'robot-robot' ni pemain boleh 'dibekukan' dari melakukan sebarang aktiviti oleh pemain dari pasukan lawan sehinggalah ahli pasukannya yang lain datang menyelamatkannya.

Aku mula tak senang hati bila mendengar Mira menyoal dan beraksi mesra mamat berperangai ungka tak mandi ni. Mamat ni ada kena-mengena dengan famili ni ke? Tak kan la kot? Snobbish semacam aje. Langsung tak sama macam famili Datin Zahirah yang mesra satu alam semesta tu. Muka pun lain giler! Rupa mamat ni macam ada kacuk Cina aje aku tengok.

"Mira, bagitau 'cikgu' Mira ni… Lain kali berjalan guna mata. Mata lawa-lawa jangan letak kat kepala lutut!" Perli mulut 'busuk' mengalahkan makan sepapan petai hidup tu.

Arghh…! Mamat mata kecik yang serabai dan sengal!

"Is, Ann rasa kawan-kawan Is semua tip-top. Apsal yang ni peragai macam hampeh? Langgar bahu sket pun dah berkudis hati. Mira, sapa mamat busuk tahap ungka ni?" Balasku sinis.

"Awak gelar saya ape?" Terjengil mata Johan. Tangannya yang dah bersedia nak mengoyakkan mulutku segera ditahan oleh Iskandar.

"Ungka! Ungka serabai yang busuk!" Ulangku lantang. Iskandar tahan gelak dari pecah.

"Ungka? Haha!" Mira tergelak besar. Perutnya ditekan-tekan.

Iskandar menepuk-nepuk bahu Johan dan segera menariknya ke dapur.

"Aaa… Dah! Dah! Dah…! Ko kata ko haus tadi kan? Jom aku amikkan air sejuk!" Kata Is. Langsung tak bagi peluang pada Johan untuk berkata atau berbuat apa-apa.

"Ko… Sesuka hati ati nak gelar orang…!" Amarannya aku pandang sepi sebaik sahaja dia hilang dari pandangan.

"Sapa tu, Mira? Kerek semacam!"

"Tu la abang Mira. Baru sampai dari Australia malam tadi."

HA?! M.U.S.T.A.H.I.L… Muka dia tak iras sesiapa pun dalam rumah ni? Sedangkan muka Iskandar dan Mira macam salinan fotostat aje dari muka Datin Zahirah dan suaminya.

"Lainkan muka Abang Jo? Mama kata dia tu 'kenan' dengan muka orang Cina." Rasanya setakat tu aje la penerangan Mira yang sempat aku tangkap. Yang lain keluar masuk kat telinga macma angin lalu aje.
Abang? Ala…mak…! Rasa nak pitam kat sini juga!

@~~@~~@~~@~~

"Saya minta maaf! Saya tak ada niat pun nak kutuk awak macam tu. Sebenarnya, saya tak tahu sapa awak masa tu…" Rayuku dengan nada mendayu-dayu. Kaki yang dah naik lenguh melutut, aku perkemaskan.

Johan yang dah smart dan wangi lepas mandi entah berapa gelen air, masih tetap begitu. Selesa duduk di sofa buatan luar negara. Lebih senang menatap dan menyebak majalah hiburan berbanding memberi tumpuan kepadaku. Entah-entah dia tak sedar pun aku wujud kat sini tak? Dasar ungka tak sekolah! Tapi… ada ke ungka hensem macam ni? Muka ala-ala Doug Robb lagi… Aku ketuk kepala yang dah jauh berangan ke langit. Mengembalikannya ke dunia realiti.

"Saya sanggup buat apa aje asalkan awak tak bagitau datin fasal kejadian pagi tadi. Saya memang betul-betul perlukan keje ni..." Sambungku. Kalau aku tak keje, tentu susah aku nak cari duit pendahuluan untuk masuk ke universiti atau mana-mana kolej lepas result STPM keluar nanti. Aku tak nak bebankan mak. Along lagi la banyak tanggungan.

"How bad do you need this job?" Soalnya mendatar. Seketika, matanya melirik pandang ke arahku.

"So badly! Apapun 'hukuman'nya saya terima asalkan awak sanggup rahsiakan kejadian pagi tadi dan saya tetap dibenarkan bekerja di sini." Aku buat macam ni pun, sebab aku tak nak dikatakan tak tau hormatkan keluarga majikan. Lagipun, mengikut firasat aku, aku akan sentiasa bertemu dengan mamat ni selagi aku bekerja di sini. Kalo dua-dua muka masam sentiasa, tentu tak syok!

Dua perempuan berpakaian ala-ala minah rock melangkah masuk tanpa salam. Cuma memakai baby-t dan jeans fesyen warna luntur bercorak. Mata sengaja dicelak tebal untuk nampak garang. Rambut…err… Aku tak tahu la fesyen apa diorang buat. Yang pasti warna rambut diorang dah tak warna hitam. Meluru sahaja ke arah Johan dan duduk di sisinya. Lynn dan Jessie, kawan kepada Iskandar dan geng-geng jammingnya yang lain. Tak tahu pulak diorang ni kenal Johan juga.

"What's up, Jo?" Lynn bertanya dengan mulut yang masih mengunyah chewing gums, sebaik sahaja ternampak aku melutut di situ.

"She's asking for my forgiveness."

"Ha? Apa dia dah buat?" Dengan muka tak percaya Lynn bertanya.

"Harrass…"

"Harrassing?" Melengking suara Lynn menuturkan perkataan itu. Terjengil matanya memandangku. Aku kecut perut.

"I mean she harassed me with her words! She called me 'ungka', you know!"

Lynn tergelak kuat versi pompuan mengada-ngada. Jessie sekadar menjeling dan senyum segaris.

"Auww… hehe… Then, apa lagi? Buli la dia balik!"

"Well, mula-mula I fikir nak forgive and forget. Tapi bila dia dah datang menyerah macam ni, rasa rugi pulak kalo tak amik peluang, kan! Lynn, kita memang sehati sejiwa!"

Mereka ber'duet' mengeluarkan tawa. High-5 Johan dan Lynn bertemu dan menghasilkan bunyi yang menyakitkan jiwa ragaku.
Johan memandangku.

"You'll be my and my friends' slave for one week. Lepas tu semuanya akan 0-0 antara kita. Okey?"
Aku nak kata apa lagi. Dia bertanya macam la aku boleh membantah. Dia bos kat sini.

"Okey…" Kataku lemah.

@~~@~~@~~@~~

Dah tiga hari berlalu sejak Johan, selaku hakim tak bertauliah, menjatuhkan hukuman buli ke atasku. Dah tiga hari juga la aku dikerah buat benda yang langsung tak masuk dalam job description aku sebagai tutor si Amira anak Datin Zahirah tu. Dek kerana sayangkan kerja bergaji lumayan ni, dek kerana aku yang memerlukan wang untuk keperluan hidup, dek kerana aku sudah mula serasi dan sayangkan Amira yang nakal tu, aku langsaikan juga la segala arahan yang diberikan oleh Johan dan kawan-kawannya. Sebenarnya Johan dan Lynn aje yang lebih-lebih 'buli' aku. Yang lain tak berapa nak amik port. Iskandar memang secara terang-terangan tak setuju dengan perbuatan Johan tapi dia tak buat apa-apa pun untuk bergelar 'penyelamat' aku. Johan pulak awal-awal lagi dah berpakat dengan Mira untuk merahsiakan pembulian aku ini dari pengetahuan Datin Zahirah. Budak 11 tahun tu tak banyak bunyi lagi bila dia diberi 'cuti' dari belajar denganku selama seminggu.

Hari pertama, aku dikerah membasuh semua pakaian Johan yang dibawa balik dari Australia. Kalo sket tak pe la juga. Ni sampai dua beg besar gedabak. Tak masuk beg besar tahap 'anak-anak'nya lagi. Naik lenguh kaki tangan dan pinggang menunggu tepi mesin basuh, menyidai satu persatu pakaiannya. Nasib baik tak disuruhnya aku basuh sekali seluar 'kecik'nya. Kalo tak, aku memang dah set dalam kepala dah; aku akan sidai seluar 'kecik' dia tu kat luar tembok pagar rumah. Siap banner tulis nama dia kat situ. Biar dia malu nak keluar rumah. Padan muka! Tapi plan tinggal plan aje la…

Hari kedua, dia suruh aku kemas satu banglo mewah tu. Dari tangga ke lantai, ke siling rumah, ke segala perhiasan yang ada dalam almari. Pendek kata, dia tak nak secalit habuk pun melekat kat mana-mana. Goyang kaki bibik Indon tu satu hari bila semua kerja-kerjanya dah diambilalih olehku. Taubat! Lepas ni tak nak cakap lepas lagi… huhu…

Hari ketiga, Johan bawa aku keluar pulak. Kali ni diangkutnya sekali Lynn. Dari pemahaman aku dan gaya Lynn melayani Johan, aku membuat kesimpulan sendiri bahawa Lynn ni dah lama syok dan dok tackle Johan. Tapi Johan ni suka 'playing hard to catch' la pulak. Kadang-kadang aku rasa Johan pun ada hati dekat Lynn, kadang-kadang aku rasa Johan anggap Lynn macam kawan biasa aje. Entah, aku pun tak tahu nak komen...

Menurutkan nafsu shopping Lynn sampai naik haus tapak sandal aku, sampai melecet kaki aku, sampai lenguh satu badan mengandar beg-beg plastik yang diberikan oleh cashier dari setiap satu kedai yang dimasuki. Johan pulak tak kata apa. Hulur aje kad kredit kat cashier, sekaligus menambah bilangan kredit mak bapaknya. Anak teladan sungguh!

Entah apa yang merasuknya, tiba-tiba Johan menahan aku di muka pintu sebelum aku sempat untuk melangkah balik.

"Nah!" Dua keping not biru hijau itu disuakan padaku sebelum aku pulang.

"Untuk ape?" Soalku kasar.

"Untuk ko beli sandal baru. Beli plaster kaki. Upah angkut barang Lynn!" Jawabnya bersahaja. Sekelumit pun tak ada perasaan belas. Hati batu betul! Duitnya aku ambil dengan kasar sebelum aku menapak balik ke rumah. Aku ambil duit dia bukan aku materialistik atau aku mengharapkan balasan atas keringat yang aku habiskan pada hari tu, tapi sebab aku geram sangat tengok muka Johan yang berlagak tak ingat dunia tu! Ingat semua benda boleh beli dengan duit ke?

Dan Johan aku perhatikan memang dingin walau dengan sesiapa sekalipun. Lebih banyak mendengar dari bercakap. Menyimpan segala rahsia hatinya dalam diri. Dengan aku lagi la dia berat mulut. Memang kira bertuah la kalo tiba-tiba dia bercakap lebih dari lima patah perkataan dalam satu-satu masa. Kadang-kadang dia mengabaikan terus kehadiran aku di situ. Dan aku tak pernah berpeluang untuk membuat konklusi sendiri tentang perwatakan Johan kerana Johan tak pernah setia dengan watak yang dimainkannya. Dia boleh jadi kawan yang mesra, anak yang patuh, tuan rumah yang bengis, lelaki yang pendiam, kekasih yang 'dekat tapi jauh' dalam masa yang sama… Sungguh aku tak faham dengan dia. Ketidakfahaman aku terhadap dirinya menimbulkan satu keinginan untuk mengenali dirinya dengan lebih dekat dan mendalam.

Cukup seminggu, dendaku tamat sepenuhnya. Johan tak lagi mengarahkan membuat itu-ini. Aku kembali kepada rutin asalku; menjadi tutor Mira. Dia dengan mudahnya menjadikan aku halimunan ketika aku berada di rumahnya. Cuma sesekali, aku dapat 'menangkap' renungan matanya padaku tatkala aku melintasinya.

@~~@~~@~~@~~

Belum sempat aku pulas tombol pintu, pintu kayu bervarnis cantik tu dah terbuka. Wajah Johan tersembul di muka pintu. Lengkap berbaju Melayu berwarna kuning air. Siap songkok dan samping lagi. Macam nak pergi nikah aje gayanya. Terpegun aku seketika. Antara cute, hensem, kacak, macho, aku buntu memikirkan perkataan apa yang boleh menerangkan tentang dirinya pada saat itu… Tak sangka mamat rock dan kaki jamming macam dia pakai baju Melayu. Rock alim nih! Sebiji macam lelaki Melayu terakhir. Ngeh ngeh ngeh…

Entah macam mana, kami boleh ter'menari' pulak kat depan pintu tu.

"Okey, stop!" Arahnya dengan nada yang tak lepas dari nada serius. Aku berhenti dari ber'tango'.

"Step back!" Perintah Johan dengan nada pemerintah berkuku besi.

"Hah?" Aku yang blur membuka luas mulut. Pelik dengan permintaannya. Arahan tahap poyo apa pulak dia buat ni?

"You heard me… Step back! Undur ke belakang dan berdiri kat situ!" Tanpa rasa bersalah dia mengeluarkan perintah. Telunjuknya pula lurus menunjukkan tempat di mana aku harus berdiri; di tepi tanaman hiasan mamanya.

Dengan rasa sebal menggunung di dada, aku berundur beberapa tapak ke belakang. Berdiri di sebelah pokok hijau yang entah apa namanya itu dengan bibir muncung ke depan. Badan sekeping macam papan lapis, tapi berlagak besar macam badak sumbu. Padahal pintu masuk rumah tu punya la besar gajah.
Tanpa mempedulikan aku lagi, Johan mengenakan seliparnya dan berlalu pergi. Aku mencemik ke arah belakang badannya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

"Mamat poyo, sombong, berlagak macho! Entah pompuan tak bertuah mana la yang dapat laki macam tu! Sengal aje…" Kutukku dalam nada terendah yang ada pada kotak suara.

Sekali lagi aku hampir terlanggar seseorang di muka pintu. Kali ni dengan adiknya, Iskandar pula.

"Ops…!" Iskandar angkat tangan macam orang bersalah diacukan pistol oleh 'pak polisi'. Aku berhenti dari terus melangkah. Iskandar angkat kening. Mengisyaratkan sesuatu. Aku kurang mengerti. Lalu aku gerakkan muka, bertanyanya dalam bahasa isyarat tubuh.

"Undur ke belakang sikit!"

Ni arahan sejagat keluarga Dato' Latif ke? Seperti abangnya, Iskandar juga menuturkan perintah yang sama. Bezanya, Iskandar menuturkannya dalam senyuman dan nada yang boleh diterima pakai oleh manusia pada hari Jumaat pukul 1 petang yang panas terik ni!

"Is dah ada wudhu'…" Sambung Iskandar bila dilihatnya aku masih tidak berganjak dari situ.
Oo… Dah siap-siap berwudhu' rupanya. Patutlah… Tanpa banyak soal, aku menuruti perintahnya.

"TQ…!" Ucapnya sebelum berlalu mendapatkan Johan yang dah siap bertenggek atas motor.

Seketika kemudian, motorsikal mereka menderum keluar dari perkarangan banglo. Namun pandangan mata Johan yang tajam tertinggal dalam kotak memoriku. Dan perlahan-lahan memasuki hatiku lalu meninggalkan rasa hangat di situ.
Johan… Lelaki itu boleh meng'hangat'kan dan men'dingin'kan sekeping hatiku dalam masa yang singkat.

@~~@~~@~~@~~

Aku letak kembali majalah hiburan remaja ke tempatnya. Langsung tak ada mood nak membaca. Aku perhatikan Mira dengan buku-bukunya. Rasa mengantuk cepat aje menyerang kelopak mata bila tiada sebarang aktiviti yang dilakukan. Aku bangun dari kerusi.

"Mira haus tak? Nak air?" Soalku sambil meregangkan tubuh yang lenguh akibat terlalu lama duduk.

"Boleh gak!" Jawab Mira pantas. Seketika kemudian, dia kembali meneruskan kerja kira-kiranya yang tergendala.

Melintasi bilik jamming Iskandar dan kawan-kawannya, tanpa sedar, aku melangkah ke bilik yang dah diubahsuai oleh Datin Zahirah gara-gara nak 'menambat' kaki anaknya di rumah. Sunyi tanpa ada bunyi yang menyakitkan gegendang telinga. Aku menjengah ke dalam. Cuma ada Johan di situ bersama gitarnya. Jemarinya memetik gitar akustik itu. Mulutnya mengeluarkan bunyi namun tiada sebarang perkataan tertentu yang dapat ditangkap oleh telingaku.

Petikan gitar Johan terhenti. Dia segera angkat muka bila terasa dirinya diperhatikan. Dan aku sudah terlambat untuk menyorok. Johan sudah dapat menangkap kelibatku.

"Sekodeng ke?" Tegurnya dengan wajah masam.

"Sorry! Saya tak ada maksud nak ganggu awak… Aaa…" Kepala aku blur nak fikir alasan untuk menjustifikasi tindakanku ini. Aku menundukkan kepala dan berpaling untuk turun ke tingkat bawah.

"Ann!"

Aku tersentak. Dia panggil nama aku? For the first time… Tanpa nada dan gaya nak ajak aku ber'amuk'.

"Come… Sit here!" Dia menepuk lantai pentas di sisinya. Terlopong mulut aku mendengar permintaannya. Akalku melarang dari mengikut permintaan Johan. Mungkin kerana akalku bimbang akan 'kesihatan' jantungku yang pastinya akan berdegup dua kali ganda lebih pantas dari biasa ketika berada dekat dengan Johan. Hatiku pula mendesak aku untuk duduk di sebelahnya demi mengenali sekeping hatinya yang dingin. Lalu keinginan hati mengarahkan kakiku menghampirinya. Aku duduk di sebelahnya akhirnya.

Kami diam. Dia masih leka bermain dengan nada muzik yang terlahir dari gitar. Seperti sedang mencari ilham mencipta lagu.

"Mana yang lain?" Aku yang dah tak berapa selesa membisu, mula melontarkan soalan.

"Entah!" Ringkas jawapannya.

Jemari Johan terus memetik string gitarnya secara rawak.

"Pelik… Kalau nak main gitar kena guna benda tu ke?"

Menyedari aku merujuk pada benda sebesar duit syiling 20 sen di tangannya, Johan berhenti dari memetik gitar. Benda tu diunjukkan kepadaku supaya jelas di pandangan mata.

"Maksud awak pick gitar ni?"

Aku mengangguk. Oo…Pick ke nama dia… Baru tau…

"Tak juga! Actually, gitar boleh dimainkan dengan atau tanpa pick."
Aku garu kepala. Aku memang tak ada langsung ilmu tentang gitar dalam kepala.

"Macam mana tu?" Laju aku menyoalnya kembali.

"Finger picking atau picking. Masing-masing ada pros and cons. Fingers picking allow you to create much more varied textures in sound from the strings. Plucking the string with the side of your finger, the pad of your finger, your thumb, or your nail will all give you rich variations, as will each and every part of your finger. Tapi kalo guna gitar elektrik, susah sket la nak guna jari sebab strings dia dekat-dekat."
Aku diam mendengar dan mengangguk beberapa kali walaupun aku tak berapa faham dengan penerangannya.

"Picking allows you to pluck selected strings that may be separated from each other. For example, you can pick only the 2nd and 5th strings at one time. A pick means that if you want to hit only the 2nd and 5th string, you will have to mute the rest and you will get a percussive sound from the other strings. By using pick, you can blend picking with strumming. You can use your pick to pick out individual notes, and mix that with chords strummed intermittently."

Aku angguk lagi. Padahal entah berapa peratus aje yang aku faham.

"So, terpulang la nak pilih picking atau fingers picking." Sambung Johan.

"Awak selesa dengan yang mana?" Tanyaku.

"Hmm… I can do both; hybrid picking. Tapi saya lagi suka guna pick. Sebab bunyinya harmoni. Tak complicated. Sesuai untuk saya yang malas berlatih ni." Johan tergelak di hujung katanya. Kami berpandangan seketika sebelum berbalas senyuman.

Dan kami terus berbual. Dari satu perkara ke satu perkara yang lain. Dari pick ke gitar, dari perkara di Malaysia ke pengalamannya di Australia dan terus bercerita dan bercerita. Dari benda sekecil-kecil hama ke perkara sebesar-besar dunia. Ternyata dia bukanlah sombong cuma lambat untuk mesra dengan orang yang baru dikenali. Hari itu juga aku mengetahui sesuatu yang tidak diketahui oleh Mira. Johan bukanlah anak sulung Dato' Latif dan Datin Zahirah. Johan sebenarnya adalah sepupu kepada Mira dan Iskandar. Dia dibela oleh Datin Zahirah semenjak ibu bapa Johan, iaitu kakak dan abang ipar Datin Zahirah meninggal dunia dalam kebakaran di rumah mereka. Johan yang ketika itu berusia lima tahun, terselamat dari menjadi korban api namun mengalami trauma untuk beberapa ketika memandangkan dia melihat sendiri bagaimana ibu bapanya mati terbakar. Petang itu juga, entah mengapa Johan jadi ringan mulut bercerita tentang kisahnya dikhianati oleh orang yang dicintai suatu ketika dahulu.

Dan kami terus berbual dan berbual sehingga melepasi waktu bekerjaku. Untuk pertama kalinya aku pulang lewat malam dari rumah Datin Zahirah. Ditemani oleh Johan yang sudah mulai mesra denganku. Hari itu menjadi pembuka kepada perhubungan kami. Pintu hatinya terbuka luas untukku. Dia seolah-olah memberi kebenaran kepadaku untuk memasuki dan menyelami isi hatinya. Apa… Bermimpikah aku?

@~~@~~@~~@~~

Mira dah tidur terlangkup dengan buku Sainsnya. Tak sampai hati pulak aku nak kejut. Lagipun pun aku dah ajar apa yang sepatutnya aku ajar untuk hari itu. Pandang kiri, pandang kanan. Oleh sebab tak ada benda yang boleh aku buat dalam bilik Mira ni, aku ambik keputusan untuk turun ke bawah. Borak-borak dengan Mak Jah, orang gaji rumah Datin Zahirah, best juga ni. Paling tidak, dapat mendengar cerita dan pengalamannya sewaktu muda.

Melangkah keluar dari bilik Mira, telinga aku terus dapat menangkap bunyi bising dari bilik jamming. Mula-mula aku kaku berdiri kerana tertarik untuk mendengar intro lagu Bencinta Faizal Tahir yang dimainkan.

Benarkan ku 'tuk berbicara…
Bicara terus ke hatimu…
Hatimu…

Tapi bila sang penyanyi mula menyanyikan bait-bait lirik lagu, satu pertanyaan timbul dalam benak.
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengarku
Suara siapa sebenarnya ni? Kalau suara Iskandar, aku kenal benar. Bukan begini suaranya. Suara Iskandar garau dan lantang. Adakalanya aku merasakan yang Iskandar menjerit dalam menyampaikan lagunya. Bukan menyanyi.

Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku…
Untuk kamu…

Tapi suara yang ni, agak mellow, lantang dan lebih sedap didengar. Tak mungkin Iskandar punya dua suara? Dan suaranya berubah-ubah dalam masa yang singkat? Mustahil benar!

Keinginan untuk tahu mendorong kaki melangkah ke bilik itu. Tanda 'No Entry' di pintu sedikit pun tidak kuhiraukan. Dari daun pintu yang sedia terbuka, aku intai ke dalam. Pa'e masih setia mengetuk drumnya. Zach tengah syok layan kepala dengan gitar elektrik warna putih merahnya. Kepala aku condongkan ke kiri, mencari Iskandar. Iskandar berada di sudut paling kiri bilik. Khusyuk memetik gitarnya. Dia langsung tak membuka mulut untuk menyanyi. Malah tiada microphone di hadapannya. Jadi siapa yang menyanyi?

Aku scan sekali lagi bilik itu. Pa'e, Zach, Is… Opp! Jap-jap… Terlepas pandang pulak mamat muka macam Doug Robb tu. Johan yang berdiri di sebalik speaker gedabak itu, aku pandang lama. Kedua-dua tangan Johan 'sibuk' dengan gitarnya. Jemari tangan kiri di fret, iaitu di batang leher gitar manakala tangan kanannya pula memetik tali-tali gitar dengan pick atau plektrum. Dan satu persatu bait lirik Bencinta bergema lagi.

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku

Gosh!

Mulut yang melopong segera aku tekup dengan tapak tangan. Rupanya itu suara Johan! Sapa sangka Johan second vocalist kumpulan mereka. Kiranya, suara yang kudengar tempoh hari, bukan suara Iskandar. Sebaliknya suara Johan. Sangkaku, Johan cuma sekadar bermain gitar. Tak sangka dia boleh menyanyi. Patut la suara nyanyian yang aku dengar tak konsisten. Kejap sedap, kejap sumbang. Rupanya mereka ada dua penyanyi…

Dan hari itu aku menyedari sesuatu; sebenanya suara Johan tak la seteruk seperti yang aku katakan tempoh hari. Dah banyak improvement dari ketika dia mula-mula menyanyi dulu. Jika aku tak pernah ambil tahu tentang penyanyi asal lagu ini, sudah pasti aku akan mengatakan bahawa Johan la penyanyi sebenarnya. Kerana dia punya gaya penyampaiannya yang tersendiri. Langsung tak dibayangi oleh Faizal Tahir. Dalam diam, aku mula mengagumi bakat dan suaranya.

Dan ketika itu, aku mula sedar mengapa Johan marah benar saat aku mengutuk suara orang yang menyanyikan lagu Stop and Stare, The Reason, If I Were You, Here Without You tempoh hari.

"Ei! Suara macam katak ada hati nak nyanyi! Nanti hujan, aku juga yang susah nak balik rumah! Buat rosak lagu aje!" Rungutku ketika nak membasahkan tekak di dapur. Dengan tak disangka-sangka, Johan 'keluar' dari sebalik peti sejuk yang terbuka. Aku buat muka selamba. Walhal perut dah kecut dek ketakutan.

Pintu peti sejuk dihempaskannya sekuat hati. Botol mineral di tangan dihempaskan ke meja.

"Suara katak awak kata?"

"Ha'ah! Suara katak. Awak ada masalah dengan komen saya ke?"

"Ada! Kalau awak rasa suara awak bagus, sedap giler, jom la sumbang suara! Jamming dengan kita orang! Tengok suara sapa yang lagi sumbang! Ada berani?" Cabar Johan dengan wajah bengis. Huduh!

"Sorry la! Bukan saya tak minat menyanyi cuma takut awak terus tergamam tak bergerak aje nanti!"

"Kalau takut, cakap aje takut. Senang! Habis cerita!"

Saat aku menyedari bahawasanya aku tak sepatutnya berada di situ, mata Johan sudah pun melekat di wajahku. Gerakan kakiku seolah-olah dirantai oleh pandangannya yang tajam. Berkilo-kilo rasanya berat kakiku.

Mahu kau tahu
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

"Tak pernah tengok orang jamming ke?" Teguran di belakangku membuatkan aku hampir terlompat dek kerana terkejut. Aku kalih ke belakang. Lynn lempar senyuman dengan bibirnya yang berlipstick tebal. Jessie di belakang Lynn malas nak ambil port. Terus aje dia melangkah masuk ke bilik jamming.

"Teringin nak tengok?"

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu

"Aaa…" Aku garu kepala. Masih ragu-ragu untuk memberi jawapan kerana separuh dari jasadku sudah pun berada di dalam sana. Separuh lagi ingin melarikan diri sejauh mungkin dari tempat itu.

"I'll take that as 'no' for the first question and 'yes' for the second question. Come! Masuk! Tengok Johan menyanyi. Dua tiga minggu ni dia agak bersungguh-sunguh berlatih. Katanya, ada orang kutuk suara dia macam katak!"

Terasa Lynn menyindir diriku ketika ini. Pipi mula terasa tebal bila merasakan berpuluh-puluh jari telunjuk menunding ke arahku saat itu kerana memang aku lah orangnya yang berkata demikian.

Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?

Tanpa mengendahkan bahasa tubuhku yang menolak pelawaan Lynn tadi, Lynn menarik kuat dan mendorong aku masuk ke bilik tersebut. Lalu didudukkan aku di kerusi betul-betul berhadapan dengan Johan yang masih menjiwai nyanyiannya.

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Lynn dan Jessie aku lihat begitu seronok dengan lagu yang berkumandang. Mereka turut menyanyikan lagu tersebut bersama-sama Johan. Johan pula tak lepas-lepas dari memandang ke arahku. Tajam. Tajam dan dingin. Atau dia sebenarnya memandang Lynn yang duduk di sebelahku ini?
Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci... Kamu
Ku cinta... Kamu

Jelingan maut tahap awek-cemburu-buta dari mata Lynn yang dah extra triple besarnya hasil bantuan eyeliner entah jenama apa, sangat-sangat la menakutkan aku. Lagi takut dari tengok filem hantu Korea kat panggung wayang. Silap-silap boleh buat aku mengigau tidur malam nanti… Huhu… Aku nak keluar dari sini. Tapi… Kaki aku ni macam dah kematu semacam nak berdiri apatah lagi nak berjalan.

Benci pada mu

Okey… Itu memang aku sedia maklum kesahihannya. Johan memang benci aku tahap gila baban. Asal jumpa aku, ada aje la idea dia nak mengenakan aku. Orang buta mata hati boleh baca mesej 'ketidaksukaan' dari tingkah-laku Johan terhadapku. Walhal baru dua minggu lepas aku berbual mesra dengannya. Johan memang susah untuk dijangka. Sekejap mesra. Sekejap dingin.

Cinta pada mu

Aaa… Yang ni memang tak betul 1 000% la! Memang obviously tak betul! Sudah terang, tak payah disuluh-suluh lagi… wat mengabiskan bateri AA aje nanti!

Tamat Bencinta, mereka berempat bersorak kegembiraan. Bertepuk tangan dan berpelukan sesama sendiri. Lynn dan Jessie mendapatkan mereka berempat. Mengucapkan tahniah serta berbual-bual tentang sesuatu yang aku tak berapa nak faham buah butirnya. Menyedari kehadiran aku tak diperlukan di situ, maka aku dengan sukarelanya bangkit dari tempatku.

Niatku untuk beredar lumpuh seketika tatkala kedua-dua belah tangan Lynn mendakap kemas Johan. Memang tadi Lynn turut mendakap Iskandar, Pa'e dan Zach tapi dakapannya pada Johan ni lain macam aje aku tengok. Macam penuh dengan rasa cinta yang membuak-buak yang sengaja dizahirkan di hadapanku. Ada mesej yang cuba disampaikan dari perlakuannya.

Johan milik aku!

Ya, itu yang cuba disampaikan oleh Lynn. Kini aku mengerti mengapa tiba-tiba Lynn berubah menjadi 'baik' denganku tadi. Rupa-rupanya… Dan Johan langsung tidak membantah perbuatan Lynn itu. Sekadar membiarkan dia diperlakukan sebegitu dengan mata yang tak lepas-lepas dari merenungku. Sukakah dia diperlakukan begitu? Yang nyata, aku tidak tahu riak wajah apa yang harus aku pamerkan saat ini. Riak bersahaja? Mana mungkin aku sebegitu tenang sedangkan jantung di dadaku serasa mahu pecah. Riak cemburu? Apa hakku?

Aku bergegas keluar dari situ dengan tangan kanan melekap kemas di dada kiri. Di situ, ada rasa sakit yang menyucuk-nyucuk tangkai hati.

@~~@~~@~~@~~

"Kamu dah nekad ke, Ann?"
Aku tunduk lalu mengangguk. Keputusanku sudah bulat. Nasib menyebelahiku. Surat tawaran dan hasrat ibu untuk berpindah datang serentak. Pucuk dicita, ulam mendatang. Pepatah itu sahaja yang terlintas di fikiranku kini.

Datin Zahirah mengeluh berat. Wajahnya redup seredup-redupnya sebaik sahaja aku menyatakan hasrat hatiku sebentar tadi. Aku seakan terlihat air mata bertakung di birai matanya tatkala dia melempar pandang ke luar tingkap ruang tamu.

"Kalau itu keputusan kamu, makcik tak boleh buat apa-apa apatah lagi melarang kamu. Senang-senang, datang la ke rumah ni... Pintu rumah ni sentiasa terbuka untuk Ann…"

"Keluarga saya akan berpindah ke Johor!" Jujur aku menerangkan keadaan sebenar.

"Ohh…!" Ada nada kesal di situ.

"Pasti kami akan rindukan Ann nanti…" Aku tunduk kembali. Menyembunyikan air mata.
Datin Zahirah memelukku erat. Ditepuk-tepuknya bahuku beberapa kali.

"Terima kasih sebab sudi mengajar dan meluangkan masa untuk Mira. Bukan senang nak cari tutor yang sanggup bersabar dengan kerenah Mira…" Ujar Datin Zahirah seraya meleraikan pelukan di tubuhku. Dan dia terus berlalu dengan air mata yang masih basah di pipi.

Aku melempar pandang ke sekeliling rumah. Menyimpan kemas setiap momen indah di sini dalam peti memori. Ada rasa sedih bertamu di hati. Petang itu, hanya Your Call nyanyian Secondhand Serenade di telinga yang mengiringi pemergianku.

@~~@~~@~~@~~

Abang dan ibu masih bertelagah dalam menentukan kedudukan perabot di ruang rumah di luar bilikku. Surat tawaran ke IPTA di tepi meja aku pandang sepi.

"Kak Ann jangan lupakan Mira tau! Ingat, mesti emel atau tepon Mira hari-hari!"

Aku tersenyum sendirian bila pesanan Mira masih terngiang-ngiang di telingaku. Aku langsung tak berani untuk mengatakan secara pasti yang aku akan mengotakan segala permintaannya. Aku rebahkan tubuh di atas tilam tanpa cadar itu. Bilik yang masih bersepah minta dikemaskan, tidak kuhiraukan. Mata kutala ke siling putih. Tergambar setiap satu kenangan yang kubawa dari sana.

Pengalaman mendewasakan seseorang… Setiap satu peristiwa yang terjadi dalam hidup akan mematangkanku…

Ya! Itu sesuatu yang aku sedari dan akui sejak dari dulu. Namun apa yang terjadi beberapa bulan kebelakangan ini… adalah sesuatu yang paling indah dan pahit yang perlu aku lupakan… walaupun aku tak pasti sama ada boleh atau tidak aku melupakannya…
Kotak baldu sebesar kotak cincin aku keluarkan dari dalam beg.

"Apa ni?"

Kotak yang dihulurkan oleh Mira, tetap kusambut. Namun dengan kerutan di dahi. Tak kan Mira nak bagi aku cincin kot?

"Hadiah untuk Kak Ann!"

"Huh? Buat susah-susah aje!"

"Tak susah la!"

Mira segera menahan aku dari membuka kotak baldu tersebut.

"Buka nanti-nanti aje, okey!" Pintanya. Aku akur lalu memberi pelukan terakhir buatnya.
Kotak baldu itu aku buka perlahan-lahan. Ha?? Aku sedikit terkejut dengan isi kotak tersebut. Mungkin sedikit kecewa kerana sangkaku cincin yang berada di situ. Tapi… Kenapa bagi benda ni pada aku?
Dan aku mula sedar sesuatu. Itu bukan pemberian Mira. Aku pasti benar akan kenyataan yang satu ini!

@~~@~~@~~@~~

Jiha menarik kedua-dua belah tanganku yang menutupi wajah.

"Ann, tak payah la sampai macam tu sekali! Rileks la…" Jerit Jiha kuat. Melawan bunyi bising di situ.

Aku naikkan semula kedua-dua belah tapak tangan. Menutupi bahagian muka kecuali mata. Kali ini, rambut yang melepasi bahu aku bawa di sisi wajah untuk menyembunyikan muka dari pandangan sesiapapun yang memandang. Mata menala semula empat orang anak muda di atas pentas. Semuanya nampak samar-samar sahaja dengan lampu yang sengaja dimalapkan.

"Entah ko ni, Ann! Wat selamba aje sudah la." Atie pulak menambah. Kepalanya meliang-liuk mengikut rentak muzik yang bergema dari atas pentas. Sebentar tadi, dia turut terjerit-jerit bersama para peminat yang lain tatkala kumpulan BIDADARA melangkah masuk buat pertama kalinya.

"Kalo diorang tau aku tak ada pas masuk, mati la aku…!" Kataku lantang.

"Hussh…!" Serentak Jiha dan Atie berpaling ke arahku dengan telunjuk di bibir mulut masing-masing.

"Tak payah la cakap kuat-kuat! Ko nak wat announcement ke hape?" Terjengil mata Atie menuturkannya.

"Sori la, Ann! Aku dah janji dengan mak ko yang aku akan jaga ko baik-baik. Kalo aku tak heret ko ke sini, tentu aku tak dapat tengok live show ni dengan aman gara-gara risaukan ko tinggal sorang-sorang kat rumah!" Terang Atie. Matanya redup seperti menagih simpatiku.

Aku mengeluh tanpa sedar. Yang nyata, aku tak boleh menyalahkan Atie seratus peratus. Atie hanya mahu melaksanakan perkara yang telah diamanahkan oleh ibuku. Dalam masa yang sama, dia enggan melepaskan peluang untuk melihat live show kumpulan BIDADARA yang tengah hot macam pisang panas ni. Nak-nak lagi lepas dia separuh nyawa berusaha untuk mendapatkan dua pas masuk ke live show mereka ni.

Disebabkan Jiha bergabung tenaga bersama-samanya, maka agak mustahil bagi Atie untuk 'menafikan' hak Jiha terhadap salah satu pas masuk yang diperolehinya itu. Lantaran itu, dia nekad 'menyeludup' aku yang langsung tak amik port tentang BIDADARA, masuk ke tempat ni.

"This song goes to you, Bidadari Hati!" Kata sang penyanyi sebelum mengalih microphone kepada rakannya di sebelah kanan.

"Group ni ada dua vocalist!" Terang Jiha tanpa kutanya.

Irama muzik bergema lagi. Namun tiada sebarang lirik dinyanyikan. Ni instrumental ke hape?

"Weih, apasal lagu ni tak ada lirik?" Selamba aje aku bertanya.

"Lagu ni cuma berlirik kat bahagian chorus aje!" Jawab Jiha.

"Kenapa pulak jadi macam tu?" Soalku lagi.

"Adoi! Leceh betul la bawa die-hard fan 'celup' ni! Balik nanti ko 'hadap' la kaset BIDADARA. Nanti ko tau la sebabnya!" Rungut Jiha. Dan dia enggan melayani soalan-soalan dariku lagi.

Di tengah lagu, vokalis kedua BIDADARA mula munyumbangkan suara.

Sesungguhnya aku
Mencintai dirimu
Harus bagaimana usahaku
'Tuk kau yakini cintaku
Hadirkanlah dirimu
Hangatkanlah jiwaku
Bidadari hatiku…

Suara itu!

Seorang perempuan seusia dengan kami, menghampiriku. Mula-mula aku buat tak tahu aje. Maklumlah tengah syok melayan lagu BIDADARA yang 'masyuk' kat cuping telinga aku ni. Tapi bila dia dah cuit bahuku, nak tak nak, aku kalih juga badan mengadapnya.

"Boleh saya tengok pas masuk awak?" Tanyanya serius. Mukanya cerah dan cantik tapi masam mencuka.

Aku pandang gadis tu atas bawah. Tak macam badan security guard pun. Maybe somebody yang in-charge live show ni? Tapi dalam ramai-ramai orang, apasal dia nak check pas masuk aku je? Ni, si Jiha dengan Atie, dia tak check pun! Kuat betul instinct perempuan ni. Macam tau-tau aje aku 'menyeludup' masuk ke tempat ni.

"Aaa…" Aku buat-buat meraba kocek seluar jeans. Cuba mencari sesuatu yang sememangnya tiada di situ. Jiha dan Atie mula panik sebaik sahaja dapat mengetahui situasi aku itu. Keajaiban, hadirlah…!

"Tadi ada. Dah tercicir kat mana-mana kot, cik!" Jawabku dengan suara terketar-ketar.
Mata perempuan tu memandang tajam ke wajahku. Langsung tak senyum.

"Ikut saya!"

Aku hanya mampu memandang sayu ke arah Jiha, Atie dan kemudiannya ke arah perempuan itu, minta belas supaya dilepaskan dari dibawa ke pihak pengurusan.
Sungguh! Inilah kali pertama dan terakhir aku akan tengok live show sebegini!

@~~@~~@~~@~~

Aku dipaksa untuk duduk di salah sebuah kerusi dalam bilik persalinan itu. Perempuan kerek tadi entah ke mana. Pintu bilik dibiarkan terbuka. Aku keseorangan di situ. Tapi entah apa yang merantai kakiku ke lantai sehingga membuatkan aku hanya mampu duduk di situ.

Di luar, para peminat bagai diserang histeria sebaik sahaja vokalis BIDADARA mengumumkan untuk menamatkan persembahan mereka. Derap-derap kaki beserta suara-suara lelaki yang semakin hampir membuatkan dadaku berdebar-debar. Bukan kerana takut. Bukan kerana panik. Tetapi kerana sesuatu yang lain… Sesuatu yang tak dapat dijelaskan secara lisan…

"Terbaik la, guys! Ni la kepuasan sebenar-benarnya!" Kata salah seorang dari mereka sebaik sahaja berada di bilik persalinan itu. Mereka leka berbual sesama sendiri. Berkongsi kegembiraan dan keterujaan dengan persembahan mereka tadi serta reaksi peminat-peminat. Langsung tak sedar kehadiran aku di situ sehinggalah perempuan kerek tadi masuk semula.

"Congrats, guys! Aku memang tak nak spoil korang punya moments tapi there's something of someone that we need to settle up!" Masing-masing menuruti ekor mata perempuan kerek itu.
Berpasang-pasang mata memandangku. Secara automatik aku berdiri. Kaku. Beku. Suasana hening seketika. Cuma berpandangan mata.

"Mula-mula aku tangkap dia sebab dia tak ada pas masuk show ni. Tapi bila aku amati betul-betul, I think she's got something from one of us! Betul tak Ann?" Sambung perempuan itu lagi. Ceh, siap sebut nama aku kuat-kuat lagi! Kerek betul perempuan kerek ni!

Dalam takut dan berani, aku teliti satu-persatu raut wajah mereka yang berada di hadapanku. Serasanya, wajah-wajah ini biasa kulihat dahulu. Pa'e… Iskandar… Zach… Ya, tak salah lagi!

"Isn't that your pick, Jo?" Zach dah maju setapak ke depan untuk melihat dengan jelas.
Jo? Johan?

"Ha'ah la! Macam mana boleh jadi pick necklace si Ann pulak ni?" Pa'e pulak melangkah menghampiriku. Iskandar dan minah kerek tadi tu sekadar berpandangan sesama sendiri.

Dan lelaki yang dari tadi tersorok wajahnya dari pandanganku, berjalan melepasi rakan-rakannya yang lain sekaligus membuka ruang untuk aku melihat wajahnya. Dia melangkah perlahan-lahan ke arahku tanpa sedikitpun mengalih pandangannya dari seraut wajahku. Setiap langkah yang diambil menggetarkan dinding hatiku.

"Ann…" Panggilnya sebaik sahaja tiba di hadapanku.

"Johan…" Masih tidak percaya dengan apa yang kulihat.

"Akhirnya…" Ujar Johan sambil mengukir senyuman. Riak wajahnya yang tadinya tegang perlahan-lahan berubah menjadi tenang.

Kami berpandangan beberapa ketika. Mereka yang lain mula mengabaikan kehadiran aku dan Johan di bilik itu. Seakan memberi sedikit privasi kepada kami.

"A few months ago… Saya keliru. Saya khilaf. Then, I make a big mistake. Lynn and I… Saya… Kami…"

Dia kehilangan kata-katanya di situ. Aku tetap menatap wajahnya. Menunggu penjelasan daripadanya. Selama mana pun masa yang harus diambil oleh Johan, aku akan tetap menunggu. Kerana aku mahukan kepastian. Sebuah kepastian. Kerana aku bosan dengan tanda soal-tanda soal yang berlegar di kepalaku.

Aku mahu tahu mengapa dia bersikap dingin denganku sebaik sahaja melihat aku berbual mesra dengan Iskandar pada suatu petang, ketika aku masih bekerja di rumah Datin Zahirah.

"Saya salah faham dengan hubungan awak dan Is. Saya cuba lukakan hati awak dengan berpura-pura mencintai Lynn. Hakikatnya, saya tak pernah sukakan Lynn. Tak pernah dan tak akan…" Johan tunduk seraya memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam kocek seluar.

Aku mengangguk. Mula faham dengan tentang apa yang terjadi beberapa bulan lepas.

"Saya dengan Is pun… Kami tak ada apa-apa…"

"Saya tau! Saya yang salah faham! Saya minta maaf…" Pintas Johan. Matanya kembali memandang anak mataku hingga jauh ke dasarnya. Menghangatkan kembali sekeping hati yang selama ini dingin tanpa dirinya.

"Saya dah maafkan!"

"Bila?"

"Dua saat yang lepas!"

Kami berbalas senyuman. Mula menikmati keindahan sebuah pertemuan yang tak dirancang ini.

"That pick…" Kata Johan sambil menunjukkan pick necklace yang tergantung di leherku.

"Saya pakai sejak saya buka kotak tu…" Jelasku.

Johan tersenyum senang hati. Mungkin dengan memakai pick necklace pemberiannya, aku sudah menunjukkan secara simbolik bahawa aku juga mempunyai perasaan sepertinya. Perasaan mencintai dan ingin dicintai.

"Tapi kenapa pick?" Giliran aku pula bertanya.

"Simple. Sebab awak suka giler kat love-shaped tortoise shell pick saya tu. Dan untuk mengingatkan awak masa-masa yang kita bersama. Lagipun, pick dengan gitar saya ni satu set!" Ringkas tapi dalam maksud penerangannya. Mana mungkin aku melupakan masa-masa kami bersama. Dan kebanyakan masa itu, dia bersama gitarnya. Berlatih dan terus berlatih sehingga dia mampu ke tahap ini.

"Awak pegang pick, saya pegang gitarnya. Kan sepasang?" Johan menunjukkan gitarnya yang turut mempunyai corak seakan-akan pick kulit kura-kura yang aku pakai. Gitar yang dikatakannya ditempah khas bersama picknya sekali. Pelik-pelik betul gaya orang kaya ni menghabiskan duit. Hehe…

"Lagu Bidadari Hati tu..."

"Saya cipta!" Akui Johan.

"Tapi lagu tu tak lengkap… Maksud saya tak abis!" Kataku. Johan mengangguk.

"… sebab awak pergi dari hidup saya hari tu. A writer cannot write without inspiration…" Lunak pandangan mata Johan saat menuturkan ayat-ayatnya itu.

Aku sumber inspirasi Johan? Badan dah rasa melayang di udara. Mamat ni memang pandai main dengan kata-kata.

"Sori sebab 'curi-curi' masuk kat live show awak ni!" Ujarku lagi. Johan tersenyum dengan sepasang matanya.

"Sedangkan hati saya pun saya benarkan awak curi, apa la sangat setakat curi masuk tengok live show kami ni!" Seloroh Johan.

Aku tertunduk. Dah tak mampu nak tampung rasa bahagia yang dah melimpah-ruah dalam hati dan terzahir di pandangan mata.

"BIDADARA! BIDADARA! We want our BIDADARA!"

Di luar sana, para peminat masih melaungkan sebaris nama band kesayangan mereka. Masih mengharap akan kedatangan BIDADARA untuk mewarnai kehidupan mereka. Di sini, di bilik persalinan ini, aku sudah hampir pasti memiliki bidadaraku sendiri. Bidadara yang akan menemaniku pada hari-hari mendatang sehinggalah nafas kami terhenti.

"Sudi tak awak jadi bidadari hati saya?" Lembut Johan menyoal. Jemariku digenggamnya.

Anak mata Johan terus-menerus menikam ke dalam anak mataku. Darah menyerbu ke muka. Aku tunduk memandang lantai. Malu! Apatah lagi tindak-tanduk kami yang masih berada dalam ruang lingkup pandangan anggota BIDADARA yang lain. Johan melepaskan genggaman jemarinya. Menaikkan daguku dengan hujung jarinya, memaksa aku untuk memandang ke arahnya semula.

Perlahan-lahan aku menganggukkan kepala. "Sejak dulu lagi…"

Johan tersenyum. Senang hati mendengar jawapan yang keluar dari mulutku. Serentak dengan itu, dia menggenggam kedua-dua belah tangannya.

"Yes! Yes!!" Jeritnya.

Penonton wayang tak bertiket, bertepuk tangan dari sudut bilik sebelah sana. Dan aku sudah gagal menyembunyikan kegembiraanku kini yang sudah terpancar di wajah.

"Guys! Aku rasa aku dah dapat idea untuk baki lirik lagu Bidadari Hati!" Jerit Johan riang.
Mendengar jeritan Johan, Pa'e menarik nafas lega.

"Thank God! Kau tau tak, lagu kau tu la satu-satunya lagu yang cuma ada lirik kat bahagian chorus aje!"

Aku dan Johan berbalas senyuman dan akhirnya tertawa bahagia.
Ini kisah aku dan Johan. Ini kisah pick dan gitar. Johan dengan gitarnya. Aku dengan pick gitar Johan. Gitar dan pick. Bukankah pick dicipta untuk melengkapi gitar?

~End of Bidadari Hati:The Unfinished Love Song~

Suasana hospital riuh rendah, para wartawan berkumpul ingin mendapatkan cerita panas yang selama ini menjadi tanda tanya yang tak jelas. Jutawan muda kemalangan dan cedera parah. Mungkin akan lumpuh.
"Cik Qistina macamana dengan Hakeem? Apa sebenarnya keadaannya?"
"emmm maaf saya tak boleh jawab soalan tu, kita kena tunggu jawapan doktor pakar"
"tapi kami dapat tahu dia akan lumpuh seumur hidup?..adakah Cik Qistina akan teruskan perkahwinan yang dah dirancang?"
Qistina terhenti memandang ke arah wartawan yang mengajukan soalan itu kepadanya. Otaknya ligat berfikir? Mahukan di pada orang yang akan cacat? Mahukah dia nanti menolak kerusi roda hakeem seumur hidup?. Matanya dipejamkan. Cuba menolak apa yang bermain di mindanya. Padan ke model terkenal sepertinya bersanding dengan orang yang berkerusi roda?
Hakeem menjeling tajam. Wajah wanita pujaannya dipandang lama, kenapa Qistina dari semalam mendesaknya untuk membuat apa yang tak sepatutnya dilakukan? Kenapa?!!
"sudah aku tak nak jumpa sesiapapun korang semua ni pekak ke?"
"tapi Hakeem you must to...semua wartawan nak jumpa you sayang.. mereka nak tahu apa yang berlaku pada you"
"You nak I bagi tahu apa dekat diorang? You nak I cakap yang I tak akan boleh berjalan lagi? I akan lumpuh seumur hidup macam tu?"
Qistina merengus kasar, bosan mendengar rungutan Hakeem. Baru lumpuh belum mati lagi!! Ingin saja dia menjerit melontarkan apa yang terbuku di hatinya. Hakeem menatap wajah Qistina yang langsung tak ingin menyentuhnya. Jijikkah dia ketika ini dengan tubuh yang penuh luka di sana sini.
Doktor Firdaus mencatat sesuatu dalam dalam rekod catatannya, sambil matanya menjeling ke arah Irahazla. Wanita itu nampak sungguh teliti membersihkan luka Pak mat menghuni Wad 43 sejak seminggu lalu.
"pak Mat jangan banyak bergerak, nanti luka ni lagi teruk"
"baiklah sayang" gurau Pak Mat lantas mereka sama-sama tersenyum. Dahi Dr. Firdaus berkerut. Ehh orang tua ni main sayang-sayang pulak.
"omboiii Pak Mat nak ada niat nak tambah cawangan lagi ke?"
"ehhh tak adalah doktor tapi kalau yang tuan badan nak, dataran merdeka saya sediakan" sekali lagi dia ketawa. Irahazla hanya tersenyum.
Mereka berjalan seiringan meninggalkan wad itu. Irah berjalan perlahan mengikut langkah Dr.firdaus. dia mengantikan tempat Aina yang memang merupakan pembantu Dr. Firdaus. Tapi hari ni Aina MC jadi dialah sebagai ganti.
"awak tak teringin nak tengok jutawan muda yang popular tu ke?"
"hishhh nak buat apa?"
"haiii saya dengar bergilir-gilir kumpulan awak nak masuk bilik VVIP tu, sampai rasanya satu hospital ni penuh dengan wartawan"
"ya...saya tak tahu pulak..Dr dah pergi ke?"
"mungkin sikit masa lagi dia akan menjadi pesakit saya, mungkin bila dia disahkan akan lumpuh?
"lumpuh??!!!!" ada riak terkejut pada wajah wanita itu.
"haiii tadi macam tak berminat awak ni, sekarang dah terkejut pulak" Irahazla tunduk. Nampak sangatkah reaksinya?.."betul ke dia akan lumpuh Doktor?" sekali lag dia bertanya perlahan, mungkin inginkan juga jawapan.
"mungkin tapi kita kena tunggu jawapan dari pakar, kalau awak nak tengokpun apa salahnya, mesti dia akan sembuh kena tangan ajaib awak tu, macam Pak Mat"
"hishhh tak apalah Doktor, nanti marah pulak kekasih hati dia yang cantik tu"
"cantik ke?? Bagi saya awak lagi cantik" Dr.Firdaus berkata ikhlas. Sejak dia ditugaskan di hospital ini, wajah inilah yang membatkan dia tak lena tidur.
"itu bagi doktor..." ada sayu dari jawapan itu. " oklah doktor saya nak balik.." pinta Irah. Nanti apa pulak kata orang kalau dia asyik berkepit dengan Doktor muda tu je.
"macamana dengan date kita?" tanya Dr. Firdaus laju.
"lain kali" sempat dia membalas tanpa menoleh ke belakang. Dr.firdaus tersenyum.
****
"Ira...janganlah makan buah tu, hakeem nak juga"
"ada Ira kisah?" kulit rambutan itu dicampak ke arah Hakeem yang masih menyangkan muka tak puas hati.
"mentang-mentanglah Ira yang panjat, belagak pulak ek" rambut wanita itu ditarik perlahan.
"aduhhh sakitlah...ala tengok kakilah"
Hakeem pantas menarik kaki wanita di tepinya. Dia menelek lama kaki putih bersih milik wanita itu,
"weiii...gila ke jatuh kang, siapa nak jawab tak ada orang plak nak pinang Ira nanti"
"laaa tadi suruh tengok kaki, biasa je kaki kurap busuk..." bulat mata Irahizla mendengar ucapan lelaki itu. Sejak kecik sampai besar menyusahkan orang.
"kurang asam jawa punya budak" biji rambutan dibalik. Betul-betul kena kepala Hakeem
"ooiiiiittt sakitlah, nak bunuh orang ke? Kalau Hakeem mati siapa nak pinang Irah nanti?" jeritnya sambil membalik biji rambutan yang dikeluarkan sari mulutnya.
"dari kecik kata nak pinang orang tapi sampai sekarang tak juga hantar rombongan" rungut Irah sambil mulutnya penuh dengan buah rambutan.
"tunggulah Hakeem kaya dulu, lepas tu jangan katakan meminang satu JB ni Hakeem beli untuk Siti Irahazla"
"betul??"
"betul....tuan puteri.." mereka tertawa lagi.
Irah tersentak apabila mendengar bunyi ketukan pintu. Biliknya dibuka perlahan. Lenyap kenangan lalu kini terakam wajah Aina yang merenung ke arahnya. Dia tahu apa yang nak disampaikan oleh Aina. Dia sendiri adalah orang yang mendapat berita itu terlebih dulu.
"kau tahu tak?"
"tahu apa?"
"hakeem...."
"kenapa?" sengaja bertanya sesuatu yang dah ada dalam mindannya.
"dia sekarang ada dekat hospital kita tahu tak... kemalangan teruk, tapi tak apa-apalah Cuma aku dengar dia akan lumpuh" Irah tersenyum.
"habis apa masalahnya? Diakan ada ramai orang yang dia sayang lagipun dia banyak duit Aina" ucap Irahazla lembut.
Aina terdiam. Itukah jawapan yang akan didengarnya? Matanya meneliti sepenuhnya wajah Irah nampak ikhlas tapi hati tak siapa yang tahu. Bukan dia tak tahu kisah percintaan teman baiknya itu. Malah sejak mengenali Irahazla nama Hakeem sentiasa meniti di bibirnya dulu.
"kau ok?"
"kenapa pulak aku tak ok?"
Irah terus melangkah meninggalkan temannya dala tanda tanya. Biarlah dia terus dengan menjawab sendiri persoalan yang bermain dalam hati. Bukan tugas dia untuk menjawab segalanya.

****

"sampai bila You nak macam ni hakeem? Mama and papa I dah tanya tahu tak?"
"habis you nak macamana?"
"kenapa you tak nak jumpa pakar? you nak terus macam ni sampai bila?"
"sampai I betul-betul bersedia"
"habis weeding kita macamana?" tanya Qistina kasar. Dia berdiri jauh dari Hakeem
"kita kawinlah, lagipun you sendiri cakap semuanya you sanggup dengan I, so apa masalahnya?"
Qistina terdiam. Memang dia pernah berkata itu. Tapi tu dulu masa hakeem masih seorang lelaki yang disergani masih seorang lelaki pujaan semua gadis. Dan dia juga gilakan hakeem ketika itu.
"kenapa you diam? Ke you sendiri dah jijik dengan I? Jijik ada suami yang akan duduk atas kerusi roda bodoh ni seumur hidup?"
"but wartawan semua dah tahu pasal perkahwinan kita"
"I tak tanya pasal wartawan but hati you, perasaan you sekarang pada I" Hakeem sudah meninggikan suara.
"sudahlah I ada temujanji dengan kawan I, kita bincang lain kali" Qistina mencapai beg tangannya dan berlalu pergi.
"shit!!!!" Hakeem menolak gelas di atas meja. Bertabur pecah ke lantai.
Juwita mengesat air matanya. Sakit hatinya ditengking dan diherdik macam kucing kurap. Ingat dia duduk dalam bilik VVIP boleh buat orang sesuka hati dia je. Nak marah orang macam aku tak ada perasaan.
"hahhh kau ni apa hal pulak?" Tanya Aina yang baru saja masuk ke bilik rehat bersama Irah.
"si jutawan tulah suka hati dia je nak marah aku, ingat aku ni kuli dia ke?"
"amboiii marah nampak...yang kau gatal sangat nak pergi ganti si rosnah tu buat apa?" Juwita tersentap. Tahu sangat dia dengan mulut berbisa Aina. Bukan boleh berunding.
"aku Cuma nak tengok aja macamana hensemnya, semua orang cakap pasal dia tu yang aku nak pergi tengok"
"hahhh baguslah kira kau dapat pakej lengkaplah dapat tengok muka dengan perangai sekali, dan jangan nak bazir airmata. Baik mari makan dengan kitorang ni"
Aina sempat menjeling ke arah Irah yang sudah khusyuk mengadap nasi bungkusnya. Dia buat tak dengar atau memang dah tak berminat nak dengar?. Aina meneka dalam hati. Dia tak ingin hati temannya disakiti lagi.
"Irah Dr.firdaus nak jumpa kau" Kak Rita masuk sambil menatang pinggan nasi gorengnya.
"hah?? Nak buat apa?"
"nak ajak kau kawin kot" tersembur tawa mereka yang ada disitu. Memang suka kenakan orang. Irah mencebik. Matanya sempat menjeling Aina yang tidak pun senyum. Dia tahu apa yang bermain di fikiran temannya tu.
Nampaknya dia tak ada pilihan lain, kerana tugas dia terpaksa. Kalau bukan nama dia yang dicadangkan Dr.firdaus tak mungkin dia akan masuk ke bilik ini. bergetar tangannya untuk memegang tombol pintu. Tapi dia perlu berlagak tenang. Dia sudah tiada dia sejarah kau Irah, tinggal sejarah...
"ehhh korang ni tak faham bahasa ke?? Aku tak suka makan......" kata-kata itu mati di situ. Wajah wanita itu terlayar di matanya. Irah??!!!
"maaf Encik Hakeem buat masa ni encik hakeem kena makan ubat ni.. " tangan lelaki itu ditarik. Ubat kini berada di tapak tangannya.
"macamana Irah boleh ada dekat sini?"
"saya bertugas dekat sini?" uniform putih bersih dipandang.
"lepas makan ubat, Encik Hakeem boleh rehat sebab esok Doktor akan buat X-ray penuh" beritahunya tapi mata itu langsung tidak memandang ke arah hakeem. Bukan tak sanggup tapi untuk apa mata itu ditatap.
Pintu sudah ditutup. Namun Hakeem masih lagi membisu. Lama terdiam. Suara lembut Irah menerjah masuk ke ruang hatinya. Dia memejamkan matanya perlahan. Maafkan hakeem Irah...
"kenapa hakeem nak jumpa Irah dekat sini?" suasana restoran mewah itu membuatkan dia kelihatan ganjil dari yang lain. Dia tersenyum melihat Hakeem dalam kot yang serba mahal. Hensem.
"irah... hakeem ada sesuatu nak cakap?"
"Irah tahu hakeem nak belikan JB untuk Irah kan, emmm ingatkan Hakeem tak ingat dah janji Hakeem bila dah kaya raya macam ni"
"Irah.....dengar kata hakeem dulu" Irahizla tersenyum. dia memandang tepat ke arah lelaki yang segak itu. Bukan lagi hakeem yang duduk di bawah pokok rambutan dengannya.
" haii...sayang sorry im late" seorang gadis cantik dalam dress hitam duduk di sebelah Hakeem. Senyuman manisnnya mati tiba-tiba.
"Irah ini....ini..."
"haiii Im Qistina bakal Isteri hakeem" Irah bangun. Tajam memandang ke arah hakeem yang tertunduk. Matanya beralih ke wanita yang memegang erat lengan Hakeem.
"hakeem nak kenakan Irah ek...hakeem jangan buat kelakar macam ni, nanti Irah nangis" mutiara jernih sudah menitis dipipinya. Masih cuba disembunyikan dengan senyuman yang entah macamana rupanya.
"Irah hakeem rasa kita...." kata-kata itu putus. Dia tak sangup melihat airmata wanita itu. Tapi cintanya sudah beralih. Tiada cinta lagi untuk siti Irahazla... "kita tetap kawan macam dulu..Hakeem sayangkan Irah tapi cinta...."
Irah tersenyum dalam tangisan. "dulu lagi Irah dah ingatkan hakeem jangan letak cinta Irah jauh dari hakeem kenapa hakeem biarkan dia hilang??kenapa?"
"Irah!!!!!" jerit hakeem dalam mimpinya. Dia mengosok perlahan wajah dengan tangan. Kenapa wanita itu datang kembali? . kenapa selepas 4 tahun. Kenapa selama ini dia seakan lupa akan nama itu.
Dr.firdaus duduk di tepi kolam memang itulah portnya setiap kali sebelum habis kerja. Nyaman dan kesegaran taman membuatkan dia lupa pada semua kesibukan dan kesesakan mindanya. Dia tersenyum menarik nafas perlahan. Dia diam ada sesuatu yang menarik pendengarannya. Suara tangisan.
"Irah apa awak buat dekat sini?"
"emmm tak ada apa.." jelas wanita itu mengesat sisa airmata dipipi. Cuba menyembunyikannya.
"Irah menangis?"
"ehh tak adalah..mana ada habuk masuk dalam mata tadi"
"kalau nak tipupun carilah alasan yang logik sikit" Dr.muda itu tersenyum. dia tak ingin lagi bertanya kerana dia pasti wanita itu tak akan bercerita.
"susahkah cintakan seseorang ni" hanya itu yang mampu terlahir, dia tersenyum. Dr.Firdaus seakan berfikir.
"emmm susah jika kita yang susahkan keadaan"
"maksudnya?"
"cinta ni luas Irah...kalau betul rasa cinta itu milik awak bebaskan je kalau dia dah ditakdir untuk awak apapun terjadi dia tetap aan datang balik kepada awak"
"mudahnya falsafah cinta Doktorkan"
"mudah...tapi saya akan pastikan cinta tak buat saya lupakan siapa diri saya" sekali lagi Dr muda itu tersenyum, turut mengundang senyuman manis Irahazla.
"nampaknya awak dah ada cinta"
"kenapa?" tanya Irah kembali.
"melepaslah saya" mereka sama-sama tertawa. Gurauan itu berjaya mengundang kembali senyuman di wajah Irah.

***

"kau sukakan aku macam ni?" sinis suara Hakeem . kalau selama ni setiap kali dia masuk ke bilik ini tiada satu suara pun yang lahir dari mulut lelaki itu. Tapi kali ni dia bersuara. Tapi suara yang meyakitkan.
"apa maksud Encik Hakeem?"
"kau mesti suka tengok aku sekarang padan muka aku kan, kau mesti bersyukur sebab tak bersama aku dulu kan" Irah memejamkan matanya. Cawan yang dipegang digenggam kuat. Ikutkan hatinya mahu saja dia menampar mulut itu. Tapi untuk apa?.
"emmm encik hakeem rehatlah.." tetap nada yang sama. Hakeem mengigit bibir geram.
"apa yang kau nak sebenar Siti Irahazla? Kalau kau nak ketawakan aku ketawalah sekarang....jangan buat macam ni pada aku..aku tak simpati kau!!" jerit Hakeem kali ini lebih kuat. Irah diam. Dia tetap mengemas majalah yang memang dah tersusun di atas meja dekat dekan katil. Dia sedar mata lelaki itu menikam tepat wajahnya.
"kenapa kau diam?" sekali lagi Hakeem bersuara tapi kali ini nadanya sudah berubah.
"ini tugas saya Encik Hakeem..dan saya ingatkan Encik hakeem kalau encik hakeem lupa, saya adalah budak comot yang bermain dengan Encik hakeem dari kecil, saya kawan yang menjadi tempat encik hakeem mengadu nasib, saya wanita yang encik hakeem beri harapan cinta, saya juga wanita yang melihat encik hakeem berdiri selama megah selama 25 tahun" Irah memandang tepat ke mata hazel milik lelaki itu. "saya orangnya dan untuk sekian kalinya saya nak encik hakeem hormat perasaan saya kalau bukanpun sebagai siapa saya sebelum ni tapi tolong hormat saya sebagai insan yang ikhlas nak membantu encik hakeem" mereka terdiam. Irah cuba menahan sesak nafasnya. Dia mencapai bekas ubat niatnya satu ingin keluar dari bilik ini.
"Irahazla.." panggil Hakeem..perlahan tapi cukup untuk membuatkan langkah itu berhenti.
"kalau Encik Hakeem tak suka, saya akan suruh Dr. Firdaus gantikan tempat saya dengan orang lain"
"Irah...maafkan hakeem.....hakeem takut..hakeem pengecut..hakeem lemah sekarang"
"kalau dulu hakeem boleh berdiri megah sampai berjaya sampai dimana hakeem sekarang kenapa sekarang hakeem selemah ini"
"tapi hakeem tak ada sesiapa sekarang"
"dulupun hakeem tak ada sesiapa, seorang diri" tegas Irah
"tapi dulu hakeem ada Irah.." terdengar satu tawa kecil. Pantas wajah wanita itu ditatap.
"sekarangpun Irah tetap ada...dan Irah nak hakeem yang dulu, hakeem yang boleh panjat pokok rambutan semata-mata untuk Irah, hakeem yang sanggup dikejar Pak Mail sebab Irah" Hakeem tertawa. Tiba-tiba kenangan itu bermain di fikirannya. Mereka tersenyum.
Hari ni ada satu semangat yang meresap masuk ke dalam tubuhnya, pagi-pagi lagi dia menolak kerusi rodanya sendiri, membersihkan diri. Dia yakin kali ini tiada yang dapat menahan usahanya untuk pulih kembali. Qistina!! 3 minggu wanita itu tidak melihatnya kemana dia sendiri tak tahu apa yang pasti setiap kali panggilannya tak dijawab.
"wah!! Bersemangat Encik Hakeem hari ni" puji Dr.Firdaus
"bolehlah doktor saya dah dapat apa yang saya cari"
"emmm nampaknya hebat apa yang Encik Hakeem dapat tu ek" sempat dr firdaus menjeling Irah yang kelihatan sibuk dengan tugasnya. Dia juga sedar mata Hakeem yang bersinar sebaik melihat jururawat kesayangannya itu.
"saya dah bersedia dengan apa pun rawatan, saya harap doktor tolong saya, saya nak pulih macam biasa"
"segalanya atas Encik Hakeem yang lain dengan IzinNya..saya hanya menjalakan tugas" hakeem tersenyum. Irah juga membalas senyuman itu.
6 bulan menjalani terapi Hakeem menunjukkan satu perkembangan yang baik. Dari berkerusi roda dia mampu berdiri, dari berdiri dia mampu bertongkat, dari bertongkat dia mula berjalan perlahan dan kini dia mampu tersenyum apabila dia mampu berjalan laju. Walaupun belum pulih sepenuhnya.
"tak sangka Irah betul-betul jadi jururawat yang merawat Hakeem" wanita itu tersenyum. teringat kata janjinya dulu. Masa tu mereka gembira dengan kejayaan Hakeem dalam SPM.
"sebab ini adalah cita-cita Irah dari kecik lagi"
"emmm mesti pak Mail tak percayakan anak dara yang panjat pokok dia dulu dah jadi nurse" ketawa mereka bersatu. Memang dia dah bertemu dengan Pak mail malah dia akan lebih tak percaya juga dia tahu hakeem meninggalkan Irah sebab perempuan lain. Irah tersenyum pahit.
"kenapa Irah?"
"hah?? Tak ada apalah"
"cantikkan taman ni.. tak sangka hospital secanggih ni ada taman cantik macam ni" puji hakeem.
"tak ramai yang tahu pasal taman ni.. hanya orang-orang tertentu" Irah tersenyum namun senyuman itu mati apabila melihat seseorang yang berjalan menuju kearah mereka.
"sayang kan sini rupanya you.. penat I cari saya jomcepat semua wartawan tunggu you tu" pantas tangan Hakeem ditarik.
"Irah hakeem pergi sekejap ek.." pinta Hakeem serba salah. Irah tersenyum lagi.
Hakeemnya bukan lagi seperti dulu. Hakeemnya dah lama hilang. Hilang semasa lafaz selamat tinggal di restoran mewah yang seolah memijak harga dirinya. Sekali lagi dia tersenyum. Irah memandang gelang tangan emas putih hadiah hakeem 10 tahun lalu. Lama dia bersamaku.
"jadi Encik hakeem dah betul-betul sembuh?"
"Ya..macam yang you all tengok sekarang"
"jadi macamana pulak dengan perkahwinan yang dirancang? Lagipun saya rasa Cik Qistina dah lama menunggu" Qistina tersenyum mendengar soalan itu. Dia mengeratkan pegangan di lengan hakeem.
"emmm...perkahwinan? perkahwinan siapa?"
"siapa lagi cik Qistina dengan Encik Hakeemlah" hakeem ketawa kecil. Qistina pelik.
"saya dan Cik Qistina kawan je..kawan rapat tak lebih dari itu" Qistina diam. Bulat matanya menikam wajah Hakeem yang bersahaja.
"jadi macamana cerita yang menyatakan yang Encik hakeem akan melamar seseorang?"
"itu betul...dan dalam sikit masa lagi you all akan tahu siapa dia" hakeem meninggalkan ruang legar hospital. Semua wartawan berbisik di antara satu sama lain. Ada mata yang memandang ke arah Qistina. Qistina geram.
"apa maksud you?
"apa?"
"habis selama ni apa maknanya I tunggu you? Siapa perempuan yang you katakan tu?" marah Qistina.
"you tunggu I atau duit I?" Qistina tersentak. Jelingannya mati.
"Qis..you tak ubah macam mawar yang selama ini I sangka cantik sampai I sanggup tinggalkan penawar demi untuk you. Tapi sekarang I dah sedar siapa sebenarnya lebih suci"
"tapi I sayangkan you Hakeem" ada airmata menitis di pipi wanita itu.
"I juga sayangkan you, ikhlas tapi dulu kini kasih I tiada lagi" Qistina ditinggalkan. Hakeem nekad.
Suasana restoran sunyi. Tiada seorangpun yang ada disitu. Irah pelik. Dia cuba mencari hakeem. Memang selama dua minggu ini dia cuba menghubungi lelaki itu tapi gagal. Kali ini dia sendiri mendaat undangan dari Hakeem. Dia lega.
"Cik Siti Irahazla" dia berpaling. Wajah kacak Hakeem menghiasi ruang mata. Dia tersenyum.
"Formalnya.." usiknya. "kenapa tak ada orang?"
"sebab hari ni hari kita berdua.." Irah tersenyum lagi.
"emmm..baguslah Irah ada sesuatu nak bagi dekat hakeem"
"emm...boleh tapi bagi hakeem cakap dulu.."
"ok.." Irah sudah dibawa ke satu sudut yang dihias dengan ratusan mawar merah. Cantik. Di tengah-tengahnya meja yang berhias cantik ada dua buah kerusi.
"hakeem apa ni??.."
"syhhhss...duduk kita minum dulu..." Irah mula rasa ada yang tak kena. Berita perpisahan hakeem dan Qistna juga sudah sampai ke telinganya.
"miss this is special for you" Irah terdiam. Perkataan di cawan dipandang lama. Matanya beralih ke arah Hakeem yang sudah duduk melutut di sebelahnya.
"sudikah Irah mengisi ruang di hati Hakeem semula" Irah tersenyum..airmatanya menitis laju.
Inilah impiannya yang diceritakan kepada hekeem dulu. Dilamar di taman bunga. Bahgia dikelilingi bunga segar persis puteri yang menunggu putera. Dan lelaki didepannya itu juga berjanji akan menunaikan impiannya. Kali ini hakeem menunaikan apa yang dikatakan. Terbayang hakeem yang berbaju lusuh dan berseluar pendek berada di depannya. Air mata bertambah laju.
"irah kenapa menangis?"
"hakeem Irah nak bagi ini"
Dahinya berkerut. Mengeluarkan kad berwarna ungu yang berhias cantik. Harum baunya.

Selamat pengatin baru;

‘FIRDAUS & IRAHAZLA’

Hakeem terduduk di situ. Tahu apa makna airmata irah sebentar tadi. Perlahan dia menatap kembali wajah wanita kesayangannya itu. Irah mengangguk perlahan.
Mengertilah kini siapa lebih suci
Sungguhku terkilan diatas kecurangan
Padamu kasih yang tak ada bandingan nilai
Tak akanku menyanyangi
Sesiapapun yang bertandang bagi aku itu semua bayang
Memadai seorang teman yang menerangi kegelapan
Kau bagiku wanita penyayang,
"sudahlah Encik Hakeem...biarkan dia bahagia" hakeem tersenyum. wajah wanita disebelahnya dikilas.
"awak kenal saya?" tanya Hakeem.
"Cinta Irah buat saya kenal Encik hakeem.. kalau betul itu namanya cinta bebaskan dia" Aina tersenyum. dia melangkah ke pelamin indah yang menempatkan sahabatnya. Tersenyum.
Hakeem tersenyum. kerana itu cinta aku bebaskan kau Siti Irahazla. Dia tersenyum apabila matanya bertentangan mata lelaki yang berjaya menawan hati wanita kesayangannya.
"saya yakin Dr.firdaus akan bahagiakan dia" Dr.firdaus mengangguk perlahan. Tangan mereka bertaut lama. Mereka tersenyum.
-TamaT-

"Baby. Dah siap?" tanya Iqmal Zyad sambil memandang fail yang berlambak di hadapan matanya. Sebelah tangannya sibuk memusing ligat pen yang dipegangnya tanda dia berfikir. Sesekali kening yang tebal hampir sahaja bercantum.
"Not yet bie. Colud you please come here and wait for me?" tanya Syaeqa Umaira manja sahaja bunyinya di hujung talian.
"I can't baby. Baby siap dulu, dah siap nanti, give me a call. Ok sayang? Bie banyak kerja sangat ni." Beberapa ayat diturunkan di atas kertas yang menjadi perhatian matanya kala itu. Pen berdakwat basah itu mula menjalankan kerjanya.
"Fine. Setengah jam lagi baby call. Bye bie. Assalamualikum." Masih lagi manja dan lembut bunyi suaranya.
"Waalaikummussalam." Telifon bimbit lipatnya sekadar diletak tepi. Helaian di hadapan mata diselak lagi mencari apa yang dimahukan.
Dalam asyik dia mentelaah kertas kerjanya, pintu bilik pejabatnya diketuk.
"Come in."
"Encik Iqmal Zyad. Tak nak balik lagi?"
"Oh Lisa. Tak. Saya banyak kerja lagi ni. Kalau awak nak balik, baliklah dulu." Wajah tidak diangkatnya lansung.
"Encik Iqmal Zyad."
"Nak apa Lisa?"
"Hai. Sibuk sangat sampai suara akak dengan secretary Zyad pun, Zyad tak boleh nak beza ke?"
Iqmal Zyad mengangkat wajahnya. Terpampang wajah berkerut kakaknya di hadapan meja.
"Akak. Bila masa sampai?" tanya Zyad kembali sambil menghulurkan salamnya setelah pen diletakkan.
"Macam mana Umaira nanti bila kamu dah kahwin dengan dia. Tak ada masa lansung. Jangan sampai suara isteri dengan suara orang gaji, kamu tak dapat bezakan. Sudah. Akak tak jamin." Sekadar berseloroh dia duduk mengambil tempat di kerusi hadapan meja besar yang bertanda 'Iqmal Zyad bin Dato' Ghanni – Pengarah Lembayung Corp.' itu.
"Ke situ pula akak ni. Bila balik? Projek dekat Ipoh dah ok ke?" Wajah Khaisara Mayisya yang kelihatan tenang itu ditatapnya.
"Tengok tu. Akak datang sini je, tak ada benda lain yang dicakapnya. Projek, meeting, client. Tak boleh ke akak nak lawat adik akak sesekali dekat pejabat ni? As your sister. Not as your bussines partner." Sesekali mata di balik kaca mata berbingkai penuh itu dibulat-bulatkan.
Senyuman lebar dipamerkan di bibir nipisnya.
"Hari ni pergi kedai pengantin untuk comfirmkan pasal baju yang ditempah tu. Mama dah beritahu belum?"
Iqmal Zyad mengangguk. Pandangannya ditalakan pada bingkai kaca berbentuk hati di tepi mejanya. 'My sweet baby – Syaeqa Umaira'. Cantik gadis berwajah bujur sirih dan bertudung litup itu dengan senyuman menguntum ceria di bibir munggilnya. Sering kali wajah di dalam bingkai itu ditatapnya jika ada kelapangan dan perlukan ketenangan seketika.
"Umaira tak cakap apa ke?"
"Cakap?"
"Yelah. Lagi 5 hari nak kahwin, awak tu boleh duduk melekat lagi dengan document and your proposal tu. Tak pergi teman dia shopping or pergi spa or something?"
"Dia boleh pergi dengan ibu dia kak. Mama pun selalu temankan dia. Tu adik dia dua orang tu. Sibuk juga nak cantik-cantik. And also, tak nak kalah adik akak yang dua orang dekat rumah tu."
"Yelah. Ada je jawabnya pengarah besar ni. Tak kesian lansung ke dengan buah hati awak tu? Sabar memanjang. Kalau akak, mau kena abang Taufiz tu akak kerjakan." Hujung tudungnya dibetulkan kedudukannya.
"Kesian. But, mama pesan, tak elok jumpa selalu kalau dah nak kahwin ni. Better Zyad buat kerja. Kan? Bukan Zyad tak nak kak. Zyad tahu Umaira tu tahu nak sabar dengan Zyad ni, that's why I choose her to be my wife. Not perempuan perangai macam akak. Tak sabar."
"Menjawab lagi dia. Zyad. Kutuk akak pula. Ni. Pukul berapa nak pergi kedai pegantin tu? Mama kata dia tunggu Zyad dengan Umaira dekat sana. Tahu kan?"
"Akak dah beritahu dua kali masuk ni. Zyad tahu."
"Malas akak nak layan kamu. Akak pun nak gerak ni. Jumpa dekat sanalah."
Iqmal Zyad mengangguk sambil punggungnya diangkat.
Khaisara Mayisya menggeleng dengan senyuman sebelum berlalu meninggalkan Zyad yang mengambil langkah ke bilik air di bahagian hujung biliknya itu untuk mengerjakan solat Asar sebelum melakukan perkara lain.
Selesai bersolat, telifon bimbit di atas mejanya menjerit pinta diangkat.
"Assalamualaikum."
"Waalaikummussalam bie. Ayah suruh baby ikut dia. So, kita jumpa dekat kedai tu jelah. Baby dah nak bertolak ni. Bie pun bolehlah keluar juga."
"Ayah dah balik outstation?"
"Bie ni. Semalam lagi baby dah beritahu, ayah dari hari Khamis dah balik. Lupa ke?" Ketawa kecil Syaeqa Umaira yang memang mampu menambat hati lelakinya itu semenjak pertama kali mendengarnya, mengusik gegandang telinganya.
"Sorry lupa. Oklah bie gerak ni. See you there. Assalamualaikum."
Salamnya bersahut sebelum talian dimatikan. Telifon bimbit diletak dalam poket seluarnya sebelum berkemas.
Kot coklat kehitaman yang dikenakan dengan kemejanya digapainya. Sekadar disangkutkan ditangan, dia berlalu meninggalkan bilik pejabatnya.

++++++++++++++++++++++++++++++

'Mana satu nak pilih ni? Kak Mayi ni memang tak faham dengan aku yang tak pandai nak pilih barang perempuan ni,' getus hati Iqmal Zyad sambil membelek beberapa tudung yang bergantungan dengan corak yang bermacam warna.
Dia mengeluh kecil. Sesekali tangannya bermain di helaian itu. Memilih kalau-kalau ada yang berkenan pada matanya.
Masih buntu. Tiada sehelai pun yang menarik perhatiannya. Dia berpaling pada gantungan yang lain.
'Warna tu sesuai ke dengan mama?' getus hatinya dengan senyuman di bibir melihatkan tudung yang cantik warnanya bergantung tidak jauh dari tempat dia berdiri.
Kakinya menapak. Matanya terus-terus melekat pada helaian tudung berwarna kuning cair dan dihiasi batu-batuan di tepi-tepinya.
Mendarat sahaja tangan kasarnya di tudung itu, satu tangan kecil terlebih dahulu menyentuhnya membuatkan tangannya berada di atas tangan itu.
Zyad menoleh. Terpaku seketika anak matanya pada wajah mulus yang berada di sisinya itu. Tinggi sekadar separas bahunya sahaja.
"Encik. Tangan saya," getus gadis itu dengan muka yang kian merah. Bibirnya yang munggil berkilat itu diketap seakan menahan kesakitan.
"Sorry. I don't mean it." Tangan ditarik dan terus dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Jantungnya berdegup pantas memalu perasaan.
Gadis itu tersenyum nipis sambil memicit tangannya. Sakit barang kali kerana genggaman tangan besar Zyad.
"Sakit ke?"
"Sikit."
'Merah. Kuat sangat ke aku genggam? Tak pasal-pasal tangan anak dara orang aku pegang.' Hatinya diasak rasa bersalah melihat tangan berjari runcing itu.
"Cik nak tudung ni ke?"
Gadis itu mengangguk kecil.
"But, kalau Encik nak, ambillah. Saya boleh cari yang lain." Dia menundukkan sedikit wajahnya dan mula hendak berlalu. Lemah-lembut tutur gadis bertudung merah jambu itu membawa lari hatinya yang tidak pernah terbuka lagi untuk mengenali apa itu cinta.
"Cik."
Gadis itu berhenti dan berpaling seakan tahu dirinya yang dipanggil.
"Tudung ni."
"It's ok. I can buy it next time." Tuturnya lembut, selembut raut wajah bujur sirih yang kemerah-merahan itu.
Zyad mengganguk.
"Encik. Nak beli ke?" tanya juru jual yang baru menghampirinya secara lansung menarik perhatiannya dari terus-terus memerhati gadis kecil molek berbaju kurung dan bertudung itu.
Zyad mengangguk lagi. Sekilas matanya terpandang beg tangan berwarna merah jambu di atas timbunan kain tudung yang berada betul-betul di bawah gantungan tudung yang dipilih Zyad tadi.
'Miss tudung pink tu... Dia teringgal handbag ke?' Teringat dia pada kakaknya yang suka mengenakan beg tangan dengan baju yang dipakainya.
"Encik. Ada lagi ke yang Encik nak?"
Zyad menggeleng.
"Bayar dekat sana ye." Kaunter ditunjuk.
Tangannya menggapai beg tangan itu kerana dilihatnya tiada pelanggan lain lagi di situ. Sepanjang di kaunter, juru wang asyik memerhatikannya yang membawa beg tangan itu. Mungkin kelihatan pelik tambahan lagi kena pula dengan baju kemeja yang dipakainya waktu itu.
Berpusing-pusing dia di dalam pusat membeli belah itu mencari kelibat gadis tadi. Dari satu kedai ke satu kedai. Dari kedai baju, ke kedai kasut. Masuk pula ke kedai pakaian wanita. Namun hampa. Tidak pernah hatinya keluh kesah seperti waktu itu.
Jam tangan dipandang sekilas. Waktu mula menginjak jam 10 malam. Sejam lebih dihabiskan hanya untuk mencari gadis itu. Benak hatinya dipenuhi tanda tanya. Bagaimana gadis itu pulang? Bagaimana gadis itu dengan ketiadaan telifon bimbitnya? Bagaimana dan bagaimana.
Kepenatan mencari membawa dia terus ke tempat letak kereta bawah tanah. Dari jauh. Dilihatnya ada sekumpulan lelaki berbaju serba hitam berdiri di sisi keretanya.
Semakin dekat dia melangkah, baru dia perasan ada satu kereta Myvi putih di sebelah kereta mewahnya itu. Di balik beberapa lelaki yang berdiri itu, kelihatan seorang gadis bertudung merah jambu yang mukanya merah dan pipi dibasahi titisan jernih.
"Oi!" jerkah Zyad sekadar menarik perhatian 5 lelaki itu.
Seperti apa yang difikirannya, lima lelaki itu berpaling. Masing-masing mengangkat kening dan gadis itu terkebil-kebil.
"Korang buat apa dengan dia?" tanya Zyad kasar sambil mendekati kumpulan itu.
"Nak..." Belum sempat lelaki berbaju tanpa lengan itu menjawab, penumbuk besar Zyad mendarat di tulang pipi lelaki itu.
"Bro. Wait. Sabar," getus seorang kawannya dan memabantu rakannya yang sudah terjelepuk kerana penumbuk Zyad itu.
"Apa sabar? Korang kalau nak buat kerja tak senonoh, bukan pada dia. Kau tahu tak dia isteri aku?" Selamba dia berkata dengan muka yang sudah merah kerana marahnya. Sekadar membuat alasan untuk menakutkan dan membela gadis yang mula hinggap dan bergayut di tangkai hatinya itu.
"Bro. Kitorang tak buat apa dengan isteri lu ni. Dia hilang handbag. So, all the stuff are in her handbag. Termasuk kunci kereta dia ni. So..."
"Diorang nak tolong saya," sambung gadis itu dengan wajah kasihannya. Air mata yang menapak di wajah mulusnya dikeringkan.
Zyad mengangkat keningnya. Silap tindakkan.
"Dekat tangan awak tu..."
"Oh. Ni. Beg awak, sayang. Awak tinggal dekat kedai tudung tadi," lakon Zyad menutup malunya yang mula menyerbu mukanya.
"Lah. Handbag awak dekat suami awak tu ke?"
"Tak pasal-pasal makan penumbuk suami orang."
"Kau tinggalkan isteri kau yang cantik ni sorang-sorang dekat underground parking ni kenapa bro? Masalah lah lu ni."
Satu-satu ayat keluar dari mulut mereka yang beransur-ansur meninggalkan tempat itu.
Zyad menyentuh belakang lehernya. Malu semakin membahang. Tidak pernah dia bertindak sebegitu rupa. Entah kenapa air mata di wajah putih gebu itu menyentap rasa dalam jiwa lelakinya.
"Thanks." Lunaknya suara gadis itu mengetuk gegendangnya.
Zyad mengangguk dengan senyuman nipis yang terpaksa dia ukir untuk menutup malunya.
"Boleh saya nak beg saya? Dah malam sangat ni. Nanti ayah dengan ibu saya risau."
"Oh. Ni. Lain kali jangan tinggal merata-rata ok." Sempat dia berpesan.
"Thanks." Beg dibuka dan kunci kereta dikeluarkan.
"Cik." Tangan gadis itu terhenti dari membuka pintu kereta.
"Can I know your name and your phone number?"
Gadis itu terdiam. Mata bundar berbulu mata lentiknya terkebil-kebil memandang wajah bersih Zyad.
"Or maybe kita boleh jumpa lagi?"
Gadis itu mengetap bibirnya seakan berfikir ayat yang terbaik untuk diberikan pada Zyad.
"Saya milik ayah dan ibu saya. I think, better Encik minta pada diorang dari minta dari saya. Saya dah lambat ni. Saya balik dulu. Thanks and Assalamualaikum."

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ketukkan di pintu kereta mengejutkan Zyad dari lamuannya mengenai pertama kali dia berjumpa gadis bernama Syaeqa Umaira, tiga bulan lepas. Seorang guru tadika yang lemah-lembut kelakuannya.
Paras tingkapnya diturunkan kerana seorang gadis berbaju kurung sutera sedang berdiri di luar seakan menantinya. Menjongol wajah bujur sirih kemerahan Umaira dengan senyuman mekarnya.
"Mama tanya. Bie tak nak keluar ke?"
"Hmm."
"Dije tanya. Nak try baju pengantin dan ambil gambar tak? What you think?" bual Umaira sementara mereka menapak ke kedai pengantin yang bertentangan dengan tempat dia letakkan kereta itu.
"Tak perlulah. Sebab lagi 5 hari je lagi bie dapat tengok baby pakai baju pengantin kan?"
"But, I want to. Yelah. Manalah tahu, baby tak sempat nak pakai baju pengantin yang kita tempah tu." Perlahan dia berkata seakan berbisik tapi mampu lagi telinga Zyad menangkapnya.
"Why are you talking like that? Tak baik tau." Seakan lain macam sahaja bunyi suara itu.
Syaeqa Umaira berpaling dan secalit senyuman diberikan pada tunangnya itu.
"Fine. Kita try and take some picture untuk kenangan beli baju pengantin. Ok?" Seperti apa yang dikata Kak Mayinya. Sesekali, apa salahnya dia ikutkan sahaja permintaan Umaira kerana selalu sahaja gadis itu bersabar dengan dirinya itu.
Itulah sifat Umaira. Dia akan meminta sekali sahaja. Jika tidak diberi, dia tak akan meminta lagi. Sabarnya sifat Umaira memang dia kagumi. Sekali pun tidak terbakar marahnya jika Zyad lupa janjinya. Cuma sifat manjanya itu kadang-kadang terlahir walaupun dia anak pertama dalam keluarga. Sifat yang baru ditonjolkan pada Zyad semenjak hari bahagia mereka semakin hampir.
Melebar senyumannya dan mengangguk.

"Ibu, mama. Macam mana?" tanya Umaira sambil tersenyum.
Zyad yang asyik membelek gaun pengantin juga berpaling memberi perhatian pada suara itu. Terkesima sebentar dia melihat wajah itu yang sudah cantik dirias dengan pakaian pegantin bertudung yang berwarna krim keemasan. Naik seri wajahnya ketika itu.
"Bie?" Panggilan itu menarik Zyad kembali ke alam nyata. Umaira yang berdiri di hadapannya ditatapnya terus. Senyuman manis di bibir munggil itu tidak pernah lekang.
"Macam mana?"
"Hmm?"
"How do I look?"
"Cantik."
"Sementara je tau cantik ni."
"Saya tahu." Suka betul diri itu mengingatkannya. Kata Umaira, 'Kalau cantik Umaira yang Zyad sayang? Zyad kena ingat. Cantik ni hanya sementara je.'
Memang kecantikkan wajah itu menarik perasannya. Tapi hati bersih milik gadis itulah yang membuat dia mampu nafikan yang kecantikkan itu adalah yang kedua selepas hatinya.

"Macam ni boleh ke?" tanya Umaira seronok hendak mengambil gambar dengan pakaian pengantin sedondon yang disarungnya bersama Zyad di sisi.
"Cantiklah Kak Umai. Adik pun nak lepas ni boleh?" seloroh Faiqa. Adik kedua Umaira yang berdiri di belakang kamera.
"Tunggu Iqa cukup umur dululah. Kak Mira pun tak kahwin lagi. Gatal," getus Miralya, adik bawah Umaira, anak kedua Dato' Farid.
"Bergaduh pula," getus Umaira dengan senyuman. Kedudukan selendang yang dikenakan dengan tudung kosong itu dibetulkan sedikit.
"Ok Zyad. Dekat-dekat sikit. Bukan macam tu..." Membebal mulut Dije menyuruh Zyad membetulkan kedudukan dia berdiri.
"Zyad. Diri belakang Umaira. Baru nampak mesra," cadang Kak Mayi pula. Tersenyum setiap wajah itu.
"Macam ni?"
Dije dan Kak Mayi mengangguk serentak.
___________________________________________

"Umaira. Dah suruh Zyad ambil baju untuk khatam malam nanti?" tanya Datin Marisa, mama Iqmal Zyad sementara lalu di bilik tamu, tempat dimana saudara berkumpul dan turut memeriahkan majlis berinai itu.
"Belum ma." Tersenyum bibirnya melihat keletah anak-anak saudara dan adik-beradik dia dan Zyad yang sibuk menghulur tangan hendak mengenakan inai di jari masing-masing.
"Mana pergi budak ni. Dipesan. Entah dia ingat ke tidak malam ni dah start majlis. Orang sibuk dekat rumah ni, dia tak sudah-sudah dengan kerja dia."
"Biar Umaira yang call dia ma." Tidak mahu dilihatnya Datin Marisa terus-terus risau mengenai anak lelakinya yang satu itu.
"Yelah." Datin Marisa berlalu.
"Kitorang nak pekat macam Kak Umai tu..." Kedengaran suara kecil Maya, anak saudara Zyad yang tangannya dirias Salwa, pendandan yang dipanggil untuk majlis yang akan diadakan.
"Ish budak ni. Itu pegantin. Awak tu duduk tepi je tau," bidas Salwa sambil dicubitnya pipi Maya yang banyak cakapnya itu.
Keletah mereka semakin membuatkan bibir Umaira tersenyum. Tangannya yang cantik berinai itu dipandang dan dibeleknya beberapa ketika. Dari tengah hari tadi lagi majlis berinai itu berlansung dan Umaira lah orang pertama yang dipakaikan. Jadi, petang, mereka mula menyerbu Salwa meminta dipakaikan kerana dilihatnya cantik hasil di tangan putih gebu Umaira yang dihiasi inai itu.
"Tepi kejap. Kak Umai nak keluar ni," pinta Umaira sambil membetulkan selepang tudungnya yang terjatuh.
Mereka ke tepi memberi laluan. Kebingitan di dalam bilik itu memaksa Umaira keluar supaya senang dia hendak bercakap dengan Zyad.
_________________________________________

"Encik Iqmal Zyad, tak nak balik ke?" tanya Lisa yang baru sahaja menjengul setelah dibenarkan masuk sebentar tadi.
"Kejap lagi Lisa. Kalau awak nak balik, baliklah," jawab Zyad tanpa mengangkat wajah.
Lisa mengangguk.
"Saya balik dulu."
Zyad mengangguk. "Assalamualaikum."
Kerana terbiasa dengan cara Umaira, dia pasti akan mengucapkan perkataan itu sama ada baru bertemu atau hendak berpisah.
Lisa mengangguk lagi sebelum menjawab salam.
Seketika Lisa keluar, telifon bimbitnya bergetar. Tanpa melihat siapa pemanggil dia menjawabnya.
"Asslamualaikum."
"Waalaikummussalam bie. Mama tanya. Bie dah ambil baju untuk majlis khatam malam ni?" tanya Umaira di hujung talian.
"Baju khatam?" Pen dipusing-pusingkan di jarinya seperti selalu.
"Hmm. Bie dah ambil?" Lembut suara itu bertanya
"Ya Allah. Belum lagi sayang." Dalam dia memusingkan pennya, pen itu tersasar dan jatuh terpeanting jatuh dari mejanya membuatkan berkerut dahinya. Tidak pernah tangannya terlepas memusingkan pennya.
"Bie dekat mana tu?"
Zyad bangun untuk mengambil pennya. "Office sayang. Sikit je lagi benda ni. Nanti bie balik, bie ambil baju tu ye."
"Dah pukul 5.45 ni. Takut tutup kedai tu. Biar baby pergi ambil jelah ye," pinta Umaira.
"Boleh juga. Ouch," getus Zyad ketika sikunya terhantuk pemegang kerusi sewaktu dia hendak bangun dari mengambil pennya.
"Bie. Are you ok?" Kedengaran risau suara lunak itu.
"Ok. Bie terlanggar kerusi je."
"Ok bie. Take care ok. Jangan balik lewat sangat."
"Hmm. Assalamualaikum sayang."
"Bie," panggil Umaira tidak manjawab salamnya.
"Jangan lambat balik ye. Baby takut tak sempat nak jumpa bie."
"Sempat baby. Jangan risau ye. Kejap lagi bie balik. Bie nak siapkan kerja ni. Bie letak ye."
"Bie wait."
"Apa lagi baby?"
"I think it's too early to say this. But, I want you to know, I love you. Kalau tak ada jodoh antara kita..."
"Kenapa baby cakap macam ni?"
Umaira di hujung talian diam.
"Baby?"
"Hmm."
"I love you too. Jangan nak buat saya fikir bukan-bukan ok. Saya letak ni. Assalamualaikum."
"Waalaikummussalam."
Zyad mengerutkan dahinya. Kenapa lain macam sahaja kelakuan Umaira sejak kebelakangan itu. Tidak pernah dia mengucapkan perkataan itu. Katanya hendak dihadiahkan ucapan itu selepas akad nikah nanti. Ucapan salamnya juga kedengaran lain sahaja. Seakan berat hati Zyad waktu itu.
Dia duduk menyambung kerjanya. Berkira-kira hendak pulang sebelum pukul 7 kerana majlis khatam berlansung pukul 9 malam nanti.
Satu-satu fail dibuka dan disemak seperti selalu. Selesai di atas meja, dia bangun mencari fail di rak belakang mejanya. Tarik sahaja fail yang dikehendakinya, bersepah kertas-kertas dari dalam fail terbang berterabur di lantai. Seakan ada benda yang tak kena dengannya sepanjang hari itu.
Kertasnya dikutip. Tidak sampai separuh, telifonnya menjerit pinta diangkat. Diletakkannya sahaja kertas di lantai dan berlalu mendapatkan telifonnya yang seakan menggamitnya untuk pantas menyambutnya.
'RUMAH'. Berkerut seketika dahinya sebelum melekat telifon berwarna putih itu di telinganya.
"Assalamualaikum Zyad. Balik sekarang. Umaira, Zyad. Umai..." Kedengaran tangisan mamanya di hujug talian belum sempat pengucapannya diteruskan.
"Ma. Kenapa ni? Kenapa Umaira?"
"Umaira accident depan kedai baju pengantin."
Bagai ditarik kasar degupan jantungnya waktu itu. Kakinya lemah untuk berdiri.
"So, sekarang. Umaira dekat mana ma?" Tubuhnya disandarkan di dinding. Menampung kakinya yang kian lemah menerima berita itu.
"Kecemasan. Tapi..." Sekali lagi suara tua itu terhenti.
Air matanya mengalir lambat bersama sorotan tubuhnya yang hampir terduduk.
"Umairah dah tak ada Zyad. Dia dah tak ada." Akhirnya berita itu sampai ke corong telinganya setelah lama mendengar mamanya menangis di hujung talian.
'Baby...' Hatinya meronta kuat. Tak mampu dia melawan takdir yang hebat itu.
____________________________________________

'Pandai Dije ambil. Nampak cantik.' Manja suara Syaeqa Umaira sambil membelek gambar yang diambil Dije terdendang di telinganya waktu itu. Satu-satu gambar dia bersama Umaira yang memakai baju pengantin itu dibeleknya.
'Bie. Rasanya, sama macam ni ke kalau hari nikah nanti?'
'Nope. Akan cantik lagi dari ni.'
'Kalau baby pakai baju putih waktu malam sebelum nikah nanti, bie rasa macam mana?'
'Baby pakai apa pun. Cantik sayang.'
'Kalau solekkannya berbeza, tak ceria macam ni?'
'You still the most beautiful one baby.'
'Hope so.'
Terngiang-ngiang perbualannya bersama Umaira ketika di meja makan waktu makan malam dua keluarga yang agak meriah selepas mereka singgah di kedai pengantin itu.
Malam yang sepatutnya meriah dengan majlis khatam digantikan dengan majlis kenduri pengkebumian Syaeqa Umaira yang cantik memakai baju yang menjadi pilihan hatinya. Baju putih yang dikatanya dia hendak sarung pada malam itu.
Dan hari yang sepatutnya menjadi hari bersejarah penyatuan dua hati, menjadi titik pemisah antara Iqmal Zyad dan Syaeqa Umaira.
__________________________________________

"Uncle Iyad. Uncle nak beli ke tu?" tanya saorang kanak-kanak perempuan sambil menarik-narik seluarnya manja sambil tangannya menuding pada apa yang dipegang Iqmal Zyad.
"Taklah. Mana mama Eqa?" tanya Zyad sambil meletakkan tudung kuning cair itu kembali ke tempatnya. Tubuh anak kecil berumur 5 tahun itu diangkat.
"Mama dekat sana. Beli tu," tunjuknya dan jari kecilnya menunjuk pada Adria Madiya, adik bongsu Zyad yang sedang berdiri di kaunter.
"Itu kan cantik. Uncle Iyad tak nak beli ke?" Kembali dirujuknya pada tudung yang tadi dipegang Zyad.
"Tak. Tak ada siapa nak pakai nanti kalau Uncle Iyad beli. Jom," ajak Zyad sambil menyentuh kepala anak buahnya itu.
Kakinya melangkah keluar dari kedai tudung itu. Kedai yang menjadi saksi pertemuan dia dan Syaeqa Umaira, 10 tahun lepas. Dan warna tudung yang sama membuatkan itulah kali pertama dan kali terakhir tangan Syaeqa Umaira disentuhnya.
'Sayang. Saya tak sempat nak belikan tudung yang awak nak tu untuk awak. Kalau bukan takdirnya untuk awak pergi dulu tinggalkan saya. Mesti sekarang awak masih ada berjalan dengan saya. Singgah kedai tudung kegemaran awak tu.' Bual hati Zyad sendiri. Panas terasa menyerbu kelopak matanya.
'Zyad. Umaira tak suka Zyad salahkan diri sendiri. Tak baik tau.' Suara manja Syaeqa Umaira terus-terus mengikut setiap rentak nadinya selepas pemergian gadis itu. Gadis yang banyak mengajarnya erti sebuah hubungan dan kehidupan.
'Love you baby. Forever.' Hatinya merintih lagi.
"Uncle Iyad. Kenapa Uncle Iyad nangis?" Suara Eqa Laili mengejutkannya.
"Taklah." Diukir senyuman nipisnya dan matanya mula mengikut langkah adik bongsunya yang kini beranak dua itu yang datang mendekatinya.

-TamaT-

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini