rss

"Aku benci kau!"
"Kau fikir aku suka kau sangat ke?"
"Kalau tak suka, janganlah datang jumpa aku!" Aku membentak, sambil mengetuk meja. Bengang.
"Kau fikir aku jumpa kau untuk tatap wajah kau yang buruk tu ke?" Afham mendengus.
"Eh hello! Ciptaan Allah kau jangan sesekali kutuk okay! Nilah payahnya cakap dengan orang yang tak reti nak bersyukur." Aku tayang muka menyampah.
Memang, dari kecil lagi aku benci dia! Bagaimanalah boleh ditakdirkan untuk berjumpa lagi ni? Kata orang, ini adalah jodoh. Ah, tidak!
Muka dia tiba-tiba tersentak. Kemudian mukanya kembali tegang. Aku lihat muka dia yang merah. Menahan bengang lah tu. Apa dia fikir aku tak bengang ke tengok muka dia? Ingat dia seorang sahaja yang boleh ada rasa 'marah'?
"Apasal senyap? Dah kalah?" Aku ketawa sinis.
"Ah sudah! Aku benci kau forever and ever! Perbincangan kita tamat. Ni semua kau punya pasal, daripada mula kita jumpa tak bincang-bincang pun sampai sekarang!"
Aku mengajuk kata-kata dia.
Siapa suruh ungkit benda lama? Memang aku marah lah. Huh! Dah tak bincang, nak salahkan oranglah pula. Dia yang mulakan dulu.
"Whatever, aku pun tak suka tengok muka kau. Kau kata dah tamat kan? So, lebih baik aku pergi." Aku mengangkat punggung. Tidak betah duduk lama-lama di situ. Boleh terkeluar mata, akibat meluat yang teramat sangat.
"Oh ya, alang-alang kau yang orang terakhir duduk sini, kau bayarkan air aku tu ya. Thanks, bye. I hate you."
Aku terus berlalu. Sempat lagi aku pusing ke belakang, mahu lihat muka dia menahan kerenah aku. Dia masih lagi memandang aku dan, mengetap bibirnya. Ha ha ha! Padan muka!
******
Peristiwa semasa aku berumur 6 tahun kini bermain di fikiran...
"Buat apa tu?" Lembut sahaja aku menegur Afham.
Dia memandang aku dari atas hingga bawah. Aku pula tersenyum. Tiba-tiba sahaja dia menjeling. Aku berkata-kata dalam hati, 'sombong betul budak ni, mentang-mentang anak bandar.'
"Hai, saya Fadhlina." Aku menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. Sikit pun tidak diendahkan oleh dia.
"Afham," Balasnya pendek, tanpa memandang aku.
Aku masih lagi belum berputus asa untuk memikat dia. He he he, kecik kecik pun ada perasaan cinta okay!
"Seronok tak duduk bandar?" Aku bertanya kepada budak yang baru aku kenal itu. Sebenarnya budak itu adalah rakan baik ayah aku. Ibu bapanya menatap sementara di rumah ayah aku, katanya ada kerja sedikit di kampung aku.
Dia masih senyap, masih khusyuk dengan permainannya, 'batman' nya itu. Aku sekadar memerhati. Sedih juga apabila aku buat baik tetapi tidak diendahkan oleh dia.
Ibu selalu berpesan, buat baik dengan semua orang walaupun orang itu buat jahat dengan kita.
"Nak main sekali boleh?" Soal aku lagi. Teringin juga main dia punya permainan, walaupun mainan lelaki.
Aku terdengar yang dia mendengus. Tetapi masih lagi boleh ditangkap apa yang dikatakan oleh dia. Sedih, orang buat baik, dikatanya aku ni sibuk nak ambil tahu hal dia.
"Mesti best kan duduk dekat darjah satu?" Aku bertanya lagi. Tak mahu putus asa.
"Sibuk betullah," Sekali lagi dia kata aku 'sibuk'. Ish, bengang pula rasanya!
Aku terus mengambil telefon mainan dia dan membawanya lari. Saja mahu ambil perhatian dia. Biar dia tahu, aku ini punya hati dan perasaan. Aku bukannya patung yang boleh bercakap tanpa perasaan tu!
"Bagi baliklah telefon aku!" Aku ketawa terbahak-bahak.
Eleh, mainan aje pun!
"Bagi baliklah!"
Kepalaku terasa berat, peningnya lain macam. Sudahlah sejuk lain macam.
******
Sedar sedar sahaja aku sudah berada di dalam hospital. Erk! Hospital? Ah, tidak! Aku benci bau ubat!
"Kenapa Fad boleh ada kat sini?" Aku bertanya ibu aku. Kelihatan ibu, ayah, along, makcik Zuna berada di sisi aku. Cuma Afham sahaja duduk di kerusi sambil membaca buku. Eh, rajin pulak?
"Fad okay sayang?" Ibu menyoal.
"Sayang tak apa-apa kan?" Kini, ibu Afham, Makcik Zuna pula bertanya.
Yang lain hanya mengangguk, mengiakan pertanyaan ibu dan makcik Zuna.
Aku hanya memerhati semua orang, kemudian mata aku terarah pada Afham yang sedang mencebik benci apabila ramai yang mengambil perhatian terhadap aku, bukannya dia.
Aku sekadar mengangguk, bagi menjawab soala
n-soalan mereka. Kepala aku masih lagi terasa berat lain macam. Aku cuba untuk bangun, tiba-tiba sahaja kepala aku sakit.
"Aduhhh!" Aduh aku.
"Dah tak payah bangun, baring aje. Fad kena tinggal dekat sini dalam dua atau tiga hari." Ibu menyuruh aku supaya untuk baring.
"Macam mana Fad boleh ada dekat sini?" Soal aku, hairan.
Aku cuba mengingati kejadian sebentar. Baru aku ingat, Afham menolak aku jatuh ke dalam sungai. Dan serta-merta mata aku terasa berat dan kepalaku pening.
"Fad jatuh dalam sungai tadi, sampai berdarah kepala." Makcik Zuna memberitahu aku sambil matanya menjeling ke arah Afham yang khusyuk membaca buku.
Eh, sini tempat untuk melawat bukannya tempat untuk baca buku! Gumam aku dalam hati.
"Siapa yang tolak Fad?" Sengaja aku tanya soalan itu. Biar semua orang sebut nama dia, dia buat kesalahan kan. Bukannya mahu minta maaf.
"Afham lah, sampai berdarah kepala Fad. Nasib baik tak jadi apa-apa tau! Makcik geram betul dengan dia ni tau!" Makcik Zuna memarahi anaknya, Afham. Kesian pula tengok Afham kena cubit telinga oleh ibunya.
"Sudahlah kak... Janganlah marah budak tu, mungkin dia tak sengaja ke.." Ibu memujuk makcik Zuna.
Ibunya memaksa Afham meminta maaf. Aku hanya memerhati dia datang ke arah aku. Muka masam aje, ikhlas ke tak dia ni?
"Sorry," Amboi senangnya?
Dia tolak akusampai jatuh ke dalam sungai, sampai berdarah segala. 'Sorry' aje dia cakap? Senangnya?! Sudahlah minta maaf muka langsung tak pandang, muka pula macam ikhlas.
"Ya saya maafkan." Ah, hati kata lain bibir tutur benda lain. Sudahlah, baik aku maafkan sahaja. Lagi pula, aku memang berminat mahu berkawan dengan Afham. Hm..
"Ikhlas ke tak Am? Salamlah!" Ibunya memarahinya sekali lagi.
Aku pula makin kesian tengok dia.
"Semua orang sayang dia lebih!" Afham berlari tanpa menyalami aku dahulu. Merajuk ke apa?
"Afham! Afham!" Makcik Zuna menjerit nama anaknya. Tetapi tidak pula mengejar Afham yang hilang entah ke mana. Mungkin mahu mengajar anak tunggalnya itu.
******
"Ni semua kau punya pasal!" Tiba-tiba sahaja Afham mengamuk, dah kenapa?
"Eh, kenapa pulak salah saya?" Soal aku, sudahlah aku ini baru berumur enam tahun, memang makin bingunglah jawabnya.
"Sebab kau, aku kena tinggal dekat sini tiga minggu!" Marahnya lagi. Aku ketawa sinis.
"Siapa suruh tolak saya jatuh dalam sungai!" Nah, kau cari pasal dengan aku. Terimalah akibat dia.
"Ah! Aku benci kau!" Dia mengangkat tangannya untuk menampar aku.
Aku sudah tidak tahan lagi, air mata aku merembes keluar. Orang buat baik, dia balas jahat. Dalam hati, sumpah seranah, aku akan benci dia juga!
Belum sempat dia menampar aku, papanya datang menyergah. "Afham ni nak jadi kaki pukul ke?!"
Mukanya bengis, menahan marah.
Aku terus menangis dan menangis. Entah kenapa hati ini pilu. Aku ikhlas mahu berkawan dengan dia, tapi dia layan aku macam sampah. Seolah-olah aku tidak pernah wujud di mata dia. Sudahlah aku baru sahaja keluar dari hospital, tadi.
Aku nekad, untuk benci dia juga. Sudahlah dia tolak aku jatuh ke dalam sungai, sampai berdarah kepala. Tapi aku sikit pun memarahi dia. Kali kedua, dia mahu menampar aku pula. Ini sudah melampau. Ya, hati aku sudah tutup untuk dia!
Aku benci Afham selama-lamanya!
*************
"Kenapa Fad dah tak berkawan dengan Afham?" Soal ibu, ayah pula sekadar memerhati.
"Dah Am yang tak mahu kawan dengan Fad! Fad benci Afham!" Aku membentak.
Serentak itu, makcik Zuna dan Afham terdengar aku menjerit.
"Kau fikir aku suka sangat ke dekat kau?!" Marah Afham pula.
"Ah, kau benci aku sekalipun, bukan urusan aku dah!" Bentak aku lagi. Kini, tidak ada lagi tutur kata yang sopan, semuanya kasar sahaja.
"Dah, dah jangan gaduh!" Ibu cuba menenangkan keadaan.
Aku menahan marah. Apalah yang aku buat sampai dia marah sangat dekat aku? Aku cuma mahu berkawan sahaja, kalau beginilah perangai dia, sampai ke tua tak ada isteri!
"Aku benci kau! Sampai besar kau takkan dapat isteri!" Marah aku lagi.
"Eh, kau pun takkan dapat suami, dahlah tomboy!"
Ini lebih, dikatanya aku ini tomboy. Aku cuma kasar, bukan tomboy okay!
"Diamlah! Ahh! Sampai bila-bila aku akan benci kau!"
Aku me
nghentak kaki aku dan terus naik ke atas masuk ke dalam bilik. Benci Afham sampai bila-bila!
*****
Sepanjang Afham berada di rumah orang tua aku, sedikit pun aku tidak maniskan muka. Kecuali ibu dan bapanya sahaja. Buat apa manis muka pada orang yang aku benci?
Simpang malaikat empat puluh empat lah!
Dan, dalam mimpi sahaja! Itu pun kalau aku nak muncul dalam mimpi dia. Uh!
*******
"Wah, wah! Doktor Fadhlina kita ni dah nak kahwin lah!" Terkejut aku. Tiba-tiba sahaja rakan-rakan kerja aku menjerit namaku. Kejap!!! Mana mereka tahu aku bakal berkahwin ni?
Ah, sudah!
Aku mahu rahsiakan pernikahan ini, tapi siapa pula yang bagi tahu?
"Err, mana kamu semua tahu yang saya bakal berkahwin nanti?" Soal aku, berani.
Haduhh, soalan 'berani-mati' betullah aku ini. Buat apa tanya? Nanti tak pasal-pasal mereka syak aku ini mahu sorokkan perkahwinan pula.
Muka mereka semuanya berkerut. Haa, sudah! Tolonglah jangan cop aku title 'rahsiakan pernikahan' pulak. Memang aku nak sorokkan, tapi janganlah sampai terbongkar.
"Kami dapat kad jemputan, tapi tak tahulah siapa yang bagi. Handsome orangnya," Fuhhh! Aku menghembuskan nafas. Nasib baik!
"Handsome?" Berkerut dahi aku. Siapa pula yang 'rajin' sangat hantar kad kahwin aku ni?
Dan, dan kad kahwin aku dah siap ke? Ibu dengan ayah ada upah orang hantar kad kahwin ke? Ish, misterinya!
"Ha'ah, handsome! Nasib baik saya dah ada tunang. Kalau tak..... Aish! Macam manalah dia boleh jadi penghantar kad kahwin handsome-handsome macam tu? Tak sesuai langsung!" Bebel Syakirah, seorang nurse. Tidak bertudung, dan sangat cantik.
"Ish awak ni Irah! Rezeki kan di mana-mana? Mana tahu dia suka dengan pekerjaan dia tu. Sudah, sudah. Asyik bergossip aje, pergi buat kerja." Aku memberikan ceramah free aku kepada mereka.
Majoriti semuanya perempuan di situ.
"Hehe, baiklah doktor. Apa-apa pun tahniah! Mesti handsome bakal suami doktor kan, tahniah. Kami pergi dulu. Assalamualaikum."
Aku hanya tersenyum. Habis semua orang keluar, aku mencebik benci. Handsomelah, tapi hati tak handsome! Ah, aku benci dia! Apa-apa pun, aku kena juga terima dia. Pasrah sahajalah...
**********
"Kau ingat eh, kita ni kahwin sebab orang tua kita aje. Kalau tak, tak ingin aku."
Aku hanya tersenyum mendengar kata-katanya itu. Walaupun 'pedas' juga ayat dia, tapi aku bersabar. Dia kini sudah menjadi suami aku.
Oh ya! Pasal orang handsome yang kononnya menghantar kad kahwin aku tu, sebenarnya itu adalah suami aku sendiri. Ha ha ha! Entah sejak bila dia jadi 'postman' tak berbayar pun tak tahulah. Mahu terlopong mulut semua orang bila orang yang kononnya handsome, hantar kad kahwin tu sebenarnya adalah suami aku. Huhu!
Majlis bersanding kami buat selepas tiga bulan bernikah. Kalau boleh aku mahu lagi lama. Tapi, ibu pula yang tidak mengizinkan.
"Tak payah senyum sangat, bukannya manis pun," Sindir.
"Tak apa, senyum kan sedekah. Kenapa? Kau takut tergoda ke apa?"
"Oh please! Ramai lagi awek cun dekat luar sana nak dibandingkan dengan heng-ko." Dia ni dah kenapa? Ber hengko-hengko pulak. Cakap macam biasa tak boleh ke?
"Tapi hakikatnya, sampai sekarang kau masih tak ada girlfriend," Aku pula bersinis dengan dia. Padan dengan muka tu! Harap je handsome, huh! Eh, bagi awek-awek di luar sana memang handsome, tapi aku TIDAK!
Dia agak terkejut dengan kata-kata aku. Hah, kantoi lah tak ada makwe!
"Eleh, kau pun bukannya ada pakwe pun." Dia pula bersinis dengan aku. Siap senyum, ketawa sinis lagi. Amboi, se-pakej nampak?
"Ada, kau lah pakwe aku. Malah, suami aku lagi." Selamba.
"Sudahlah, malas aku nak layan kau ni! Harap je lawa tapi hampeh!"
"Eh, kau puji aku lawa? Eh? Eh?" Aku sudah tersenyum nakal. Dulu, bukan main lagi kata aku ni buruk lah, comot lah, tak pandai bergaya lah.
Ek eleh, aku tak buruk! Cuma malas nak ber-makeup aje. Buat apa pakai make-up? Buat semak muka sahaja. Cukuplah lip gloss dengan bedak johnson pun sudah memadai okay!
"Mana ada, aku kata kau buruk dan hampeh!" Balas dia, kelam kabut nampak? Ni makin galak aku nak kacau kau ni!
"Eleh, cakap jelah aku ni cantik. Apalah baby ni." Sengaja aku tekankan perkataan
'baby' tu. Ha ha ha! Merah padam muka dia, marah ke malu? Hiks!
"Eii, dahlah! Malam ni kau tidur sini, aku ada kat bilik sebelah. Kalau ada masalah settle kan sendiri. Dan kalau ada orang cuba buat apa-apa dekat kau, roger-roger aku di bilik sebelah." Dia ketawa sinis.
Hek eleh! Roger-roger konon, silap-silap aku kena penampar dekat muka sebab kacau dia tidur. Huh!
"Kalau ada orang kacau aku pun, kaulah orangnya." Selamba, sinis. He he! Kesian pula suami aku ni, terkena oleh isterinya pada 'malam pertama'.
"Menjawab!"
"Eh, kejap! Aku tidur dengan kau malam ni," Aku terus berlalu ke biliknya, tanpa banyak bicara. Aku terus menyusun baju-bajuku di dalam almari biliknya.
"Eh, kau ni tak faham bahasa ke apa? Kan aku kata kau tidur di bilik sebelah, bukan sebelah aku!" Bentak Afham a.k.a Suami Aku Yang Kureng Siuman. Ho ho ho!
"Dan, awak tak faham bahasa ke? Kan saya kata saya nak tidur di sebelah awak, bukan di sebelah bilik awak," Selamba. Dan serta merta panggilan aku terhadap dia telah berubah.
Mulut ni ha! Nak cakap 'kau' dengan 'aku' tak boleh, sebab hati melarang. Aduhai!
"Fine!!! Kau nak hempap atas aku pun aku tak kisah!" Marah dia.
"Oh really? Jangan marah kalau saya peluk awak malam ni. Awakkan bantal peluk saya? Nikmat tu," Gurau aku. Lantak kau lah Labu, nak pot-pet-pot-pet dua puluh empat jam sekalipun, aku tak kisah. Janji, tugas aku sebagai isteri aku laksanakan walaupun masih ada 'biadap'nya. Hehehe.
"Whatever! Dan sejak bila kau bertukar panggilan ni?" Dia bertanya.
"Sejak darling jadi suami ayang lah," Ha ha ha! Makin kuat pula aku menyakat dia. Jangan marah suamiku! Memang aku gurau, tapi aku memang maksud kannya. Biarlah nak ber'ayang-ayang' sekalipun, janji dah halal!
"Ewww" Dia tayang muka menyampah dan terus berlalu. Aku pula sekadar tersenyum mengejek. He he he! Terkena sudah ya cik abang sayang? Bahagia pula rasanya bila musuh aku, jadi suami aku! Huhuhu!
******
"Diam boleh tak?"
"My head's under water, but I'm breathing fine, you're crazy and I'm out of my mind....." Aku terus menyanyi dan menyanyi tanpa menghiraukan si suami.
"Ish, kau ni! Pagi-pagi dah melalak! Diamlah!" Dia terus menguatkan volume televisyen. Eleh, fikir aku kisah ke? Hi hi hi!
"Well, open up your mind and see like me,
Open up your plans and damn you're free.
Look into your heart and you'll find love, love, love, love.
Listen to the music of the moment, people dance and sing, we're just one big family
And it's our God-forsaken right to be loved, loved, loved, loved, loved"
Lagu daripada Jason Mraz pula aku nyanyi. Maksud 'love-love-love-love' aku tu sebenarnya untuk suami aku lah! Ha ha ha!
"Fadhlina!!!" Dia merengus dengan kasar. Aku pula tergelak, tengok muka dia yang cemberut tu. Sumpah kelakar!
"Daripada kau melalak, baik kau masak. Perut aku dah berdangdut dah." Mata dia masih lagi menatap di skrin televisyen.
"Eh? Kenapa tak tak gelek sama?" Aku ketawa, kelakar pula 'lawak' suami aku ini!
"Ish! Aku laparlah, tolonglah masak..." Rengeknya manja. Aku hanya sekadar tersenyum manis.
Apalah kau ni Fadhlina, tak habis-habis layan lagu. Tapi makanan untuk suami sendiri pun tak masak-masak lagi! Buatnya dia cari yang lain? Naya kau! Tak sampai dua hari kahwin. Ish ish..
"Abang nak makan apa? Cakap je, Lina masakkan."
Dia menarik muka pelik dan masam apabila aku duduk di sebelah dia sambil mengurut kakinya. Ish, orang nak bagi layanan first class pun buat muka pelik!
"Abang? Lina? Urut kaki? Kau kena sampuk ke?" Soalnya pelik. Tangannya diletakkan di atas dahiku.
Aku segera menepis tangan dia.
"Tak adalah, Lina nak bagi layanan terbaik untuk abang ni. Cepatlah, abang nak makan apa?" Mulutnya terlopong bila aku cakap pasal 'layanan terbaik'.
"Err, abang.. Eh, aku nak nasi goreng kampung ajelah." Mulutnya sedikit tergagap.
"Okay! Siap boss!" Kakinya segera aku letakkan kembali di bawah. Dan sempat lagi aku meng 'hadiah' sebuah kucupan di kiri dan kanan pipinya.
Dan sempat lagi memandang wajahnya yang terkedu, terkejut dengan perangai aku. Aku segera berlari masuk ke dapur. Takut juga kalau dia marah, hehehe jangan marah ya abang!

Selang beberapa minit, makanan telah pun terhidang. Dan kelihatan cik abang sayang aku sudah pun terlelap. Penat sangat lah tu. Kesian pula aku tengok dia. Sudahlah tak ada sarapan pagi, manalah tak penat kan...
"Sayangku! Makanan dah siap!" Jerit aku mesra, sambil membelai pipi dia.
Entah kenapa, terus lesap perasaan benci aku kepada dia.
"Err, kau buat apa ni?!" Tanya si dia. Aku pula tersenyum,
"Lina cium dahi abang tadi, kenapa? Kitakan dah halal?" Sengaja aku kenyitkan mata aku. Ingin menggoda si suami. He he he!
"Erk?! Patutnya lelaki buat macam tu, tapi ni terbalik pulak. Ada-ada ajelah kau ni." Dia tergelak kecil.
"Hahaha, sudahlah. Jom makan, makanan dah siap tu. Ke nak Lina suapkan?" Aku angkat kening aku.
"Boleh jugak," Balas dia, dengan senyuman nipis. Manis pula tu! Melting pulak aku tengok!
"Okay,"
"Aaaaaaaa..." Suapan itu aku masukkan ke dalam mulut dia. Hm, berselera sungguh aku tengok dia makan. Bila pula turn aku nak makan? Asal nak suap untuk aku aje, dia nganga mulut, asal turn aku aje, dia nganga mulut. Hailah suami aku ni!
"Sedap bang?" Dia mengangguk, masih lagi mengunyah makanan.
"Manjanya abang ni kan?" Dia mengangguk lagi. Khusyuk sangat ni. Masalah ni lah nak kenakan dia, hehehe!
"Do you love me?" Dia mengangguk lagi.
"Betul ni?" Soal aku lagi, dia ni daripada angguk-angguk, entah sedar ke tak apa yang aku cakap. Aku cuma kenakan aje, kot kot lah dia serius...
"Ya, aku sayang kau sebab kau masak sedap!" Balas dia, sambil tergelak.
"Ish! Awak makanlah sendiri!" Marah aku, ingatkan betul-betul. Kalau betul kan heaven...
"Hahaha merajuk ya Puan Fadhlina?" Aku mencebik.
"Mana ada,"
"Ada."
"Tak adalah!"
"Ada!
"Ish mana a....."
"Lain kali lawan cakap suami lagi, nak kena lagi? Aku boleh je bagi, nak lebih pun tak apa. Aku sentiasa on," Balasnya, sambil tersenyum mengejek.
Aku pantas menggeleng. Terus jari aku menyentuh bibir aku, masih lagi terasa hangat bibirnya. Ah, gila!
*******
Genap dua bulan lebih aku menjadi isteri kepada Muhammad Afham bin Azham. Dan selama dua bulan lebih lah, hubungan kami bertambah baik. Walaupun panggilan dia dengan aku masih lagi kasar. Tapi, manjanya bukan main lagi!
"Nena, esok majlis kita. Kau dah bersedia?" Ya, Nena. Entah apa maksud 'Nena' tu pun aku tak tahu. Main sesedap mulut dia aje panggil aku nama sebegitu. Tapi aku biarkan sahaja, asalkan dia bahagia.
"InsyaAllah, abang dah bersedia?" Soal aku, lembut. Kalau dia masih lagi belum boleh terima aku sebagai suri hidupnya, tak apa aku pasrah. Aku yakin, jodoh yang Allah tetapkan untuk aku ini adalah yang terbaik.
"Dah..."
"Ohh.."
"Malah.."
"Malah?" Soal aku, pelik. Siap ber 'malah-malah' lagi.
"Malah, aku dah bersedia lakukan tanggungjawab aku..."
"Tanggungjawab?" Soal aku lagi, hairan.
"Tanggungjawab abang sebagai suami kepada isteri."
Tangannya terus melingkar di pinggang aku. Aku membalas pelukannya itu.
"Tak sangka, orang abang benci dulu, buat hati abang berdebar-debar." Dia tersenyum manis.
Aku membalas senyuman itu, "Haha, tulah jual mahal lagi." Pantas jarinya menarik hidung aku.
"Tulah, menyesal abang jual mahal. Hm, sayang..."
"Ya?"
"Terima kasih terima abang, walaupun abang benci sayang dulu.."
"Not a big deal my husband. Lagipun, memang sudah takdir Lina dengan abang." Aku membelai lembut rambut dan pipinya. Dia pula tersenyum manis, dan menghadiahkan aku kucupan di dahi aku.
"I love you, my Fadhlina."
"Love you too."


TAMAT


0 comments:

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini