Mendung awan pagi itu sepatutnya mempercepatkan langkah. Tapi gerak Tina masih terangkak-rangkak seperti siput babi lagaknya. Setapak. Setapak. Qabil yang tadinya sabar menunggu sudah hilang jauh ke depan. Mulanya Tina risau juga bila bayang Qabil terus menghilang, tapi bunyi deruman air yang makin lama makin kuat mendamaikan rasa.
Kurang lima minit kemudian, gadis berambut panjang bermata buntal itu keluar dari celahan pokok dan tersenyum lebar. Cahaya matahari yang singgah di kulitnya disambut mesra. Qabil yang sudah pun di dalam air melambai-lambai. Tanpa membuang masa, Tina menukar persalinannya dan terinjit-injit menginjak batu untuk ke tempat yang paling deras airnya.
Sejuk air terjun yang membasahi kulit pagi itu tidak dirancang sebenarnya. Apatah lagi mereka berdua pun semalam bermati-matian bertegang urat. Tapi entah mengapa tiba-tiba Qabil memutuskan untuk mengalah dan memujuk. Ke sinilah mereka akhirnya. Qabil pun tahu, Tina memang wanita air. Pantang sahaja ada peluang bermain air.
*******
“I kata I tak nak. I tak nak la,” jerit Tina sekali lagi. Geram kerana tidak dipedulikan.
“Ala you ni. For me, please. Lagi pun macam la tak pernah, kan?!” Qabil mencuba nasib sekali lagi.
“Hey! Almost but tak pernah, okay. Both pun you tried to force on me. You’re so lucky I tak report je.”
Qabil menghembuskan nafas, berat, “Apsal la susah sangat you ni. We are going to get marry pun. You tak sayang I ke?”
“Aih,” Tina menggeleng-gelengkan kepalanya, “Macam mana la I nak buat you faham. I sayang you. Kalau tak dah lama I tinggalkan you but not until we get marry boleh tak? Kita nak kahwin next year je pun. Takkan tak bole sabar?”
Qabil menjeling tunangnya itu dan terus menghidupkan enjin kereta, “Up to you la! Puas hati?”
*******
“Yang. Jom naik atas lagi!” ajak Qabil setelah puas berendam di sini, di situ dan sana.
“Ada atas lagi ke?”
“Ada!” yakin Qabil sungguh-sungguh.
“Hurm,” Tina mengerutkan dahinya. Sifat malasnya menjerut. Meredah-redah hutan ini memang bukan sifatnya. Lagi pun, apa saja boleh dilakukan Qabil dalam hutan sepi itu. Percayanya terhadap Qabil sudahlah makin lama makin luntur. Tambah lagi dengan kejadian kelmarin. Qabil menarik tangannya, beria-ia menjemput. Tina menghirup nafas dalam-dalam, cuba membina percaya, “Ok! Ok! Jom! But it better be good.”
*******
“Gila jauh, baby. Bila nak sampai ni. Betul ke jalan you ikut ni?” bertalu-talu soalan keluar dari mulut Tina berselang dengan nafasnya yang makin pendek.
Qabil berhenti dan mengusap lembut bahu Tina, cuba menenteramkan, “Sikit je lagi. I tau la, I dah banyak kali datang sini.”
“Tapi I dah tak larat nak jalan dah.”
Tanpa sepatah kata, Qabil terus memangku Tina dan meneruskan langkahnya. Tina meronta-ronta. Protes, “Baby, I berat kot. Takyah la angkat.”
“Laa. Dah tu you kata you tak larat.”
“Tapi…” belum sempat Tina menyambung, satu bunyi asing melarikan perhatiannya. Mereka berdua terdiam. Tanpa sedar, tangan Tina makin erat memeluk leher Qabil. Qabil yang seperti faham hanya melajukan langkah. Dan bunyi yang asing itu terus hilang. Walau sepasang mata yang sudah lama memerhatikan mereka masih lagi di situ.
*******
“I’ve had it up to here with you. No more.”
“What did I do now?” Qabil terpinga-pinga dengan perubahan tiba-tiba itu. Apa lagi salahnya sekarang?
“Can you please go on for one second without thinking of sex?” jerit Tina kuat-kuat, tak mampu menahan marah.
“Laa. It’s just a kiss. What’s wrong with you ni?”
“No. It’s not just a kiss. I nak balik la camni,” tanpa menunggu jawapan, Tina terus berlalu dari dataran lapang di sebelah punca air terjun itu, menuju arah datangnya mereka tadi. Qabil menendang batu di hujung kakinya dan menjerit kesakitan, “Shit!”
*******
Qabil bergerak selaju mungkin dengan kaki yang terhencut-hencut menahan sakit. Separuh dari keinginannya tidak mahu mengejar buah hati yang satu itu. Penat melayan tuduhan-tuduhan songsang. Tapi keinginan yang separuh lagi faham benar keupayaan survival Tina yang serba kurang. Dia mengeluh, menahan protes dari kaki yang bersungguh-sungguh menendang batu tadi. Kelibat Tina yang berbaju putih itu nampak samar-samar di depannya. ‘Cepat pulak minah ni jalan kalau marah. Tadi lembap sangat,’ ngomelnya sendirian. Dia mempercepatkan langkah, cuba untuk menyaingi.
Dalam laju langkahnya itu, mata Qabil tertancap pada kuku ibu jari kaki kirinya yang sudah terbelah dua dan darah yang meninggalkan kesan lurus geraknya. Dia berkira-kira sendiri, berapa dalam luka itu. Serentak kepalanya diangkat, kelibat putih kepunyaan Tina itu tiba-tiba sahaja terus hilang. Qabil mengangkat sebelah keningnya, hairan. Dia bergegas ke tempat Tina berdiri sebentar tadi. Tiada kesan.
Qabil menggaru-garu kepalanya serba kebingungan. Baru dua saat tadi dia nampak Tina berdiri betul-betul di situ. Sekarang entah ke mana. Dia memanjangkan leher, melihat ke semua arah. Memang tiada langsung kelibat putih yang berlegar-legar di situ. Hanya hijau kelam yang bersepah-sepah di kiri kanan. Dia menarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya semula. Degup jantungnya mula laju.
“Tina!!” jeritnya kuat.
Satu saat…
Lima saat…
Sebelas saat… tiada sambutan, “Tina!!” jeritnya lagi. Tapi masih sama, hanya hening pagi di hutan itu saja yang menyelubungi. Qabil mula cemas. Dia terus membuka langkah ke arah datangnya mereka mula-mula tadi. Semua darah dan sakit di kakinya tidak dirasa lagi.
Sepuluh minit kemudian, Qabil masih lagi tetap berlari. Destinasi yang tadinya hanya sekangkang kera, tidak muncul tiba. Nafasnya makin lama makin berat. Hijau pokok di sekelilingnya nampak sama saja. Mungkinkah dia hanya berlari setempat? Syaknya meninggi. Qabil terus memberhentikan langkah dan melihat sekelilingnya sekali lagi. Memang sah tempat yang sama.
“Damn!!” jeritnya kuat, hampa. Sumpah seranah yang berlegar di dalam kepalanya baru sahaja hendak dihamburkan bila dia merasakan kehadiran lain di belakangnya. Sepasang tangan yang lembut menyentuh bahunya dari belakang. Qabil menghembuskan nafas lega dan berpusing.
*******
“Lain kali jangan buat macam tu lagi tau,” Qabil menyeka helai-helai rambut yang jatuh di dahi gadis nombor satunya itu, “Kita dalam hutan ni, kalau marah pun, janganlah terus lari. Okey?”
Tina di depannya itu terus diam membatu. Tidak senyum. Tidak masam. Qabil membiarkan saja sepi itu dan memeluk erat-erat tubuh kecil itu untuk membuang semua cemas yang ada. Tina menolaknya perlahan.
“Jangan la merajuk lagi. I risau tau tadi you hilang tiba-tiba.”
Dan Tina masih lagi menyepi. Tak sepatah kata pun keluar dari mulutnya. Cemas yang tadi sudah surut muncul semula diam-diam membayangi Qabil. ‘Apa kena pulak minah sorang ni?’ Dia cuba untuk memegang bahu Tina tapi sekali lagi ditepis. Dan kini akalnya mati.
Mata buntal gadis itu meratah-ratah segenap tubuh Qabil dan tidak semena-mena dia memaut leher Qabil dan menekan bibirnya rapat-rapat ke bibir Qabil.
Qabil, walau pun sedikit terkejut dengan aksi spontan itu menerimanya dengan senang hati. ‘Kejap nak, kejap tak nak,’ bisiknya sendiri di dalam hati. Tapi mengingatkan yang mereka masih lagi berpijak di atas tanah asing, dia cuba melepaskan. Namun tangan yang memaut lehernya tidak mahu lerai dan bibirnya masih terusan diratah.
Mahu saja dia mengalah terus kalau bukan kerana nafasnya yang hampir putus. Dia cuba lagi untuk melepaskan tapi kali ini tangan yang memaut lehernya makin kuat menghalang. Qabil panik. Dia meronta-ronta, protes. Tapi hadiah rontaan itu bukan udara, tapi titis-titis cecair masin yang membasahi bibirnya. Dia sendiri dapat merasakan kulit di sekeliling bibirnya mongering, mengeras. Seperti kerasnya batang-batang kayu hutan yang cukup tua di situ. Perlahan-lahan, hijau hutan itu jadi hitam.
*******
“Stupid bastard!!” Tina melepaskan geram sambil menyumbat semua pakaian basahnya ke dalam plastik sebelum memasukkan semuanya ke dalam beg. Dia mengira-ngira, takut ada yang tertinggal.
“Damn, camera kat atas la pulak,” Tina menggetap bibir, menahan marah atas kecuaian diri sendiri. Terus sahaja dia berbelah bahagi. Memang amarahnya terlalu tinggi untuk bersemuka dengan Qabil sekali lagi. Tapi kalau dibiarkan saja, mungkin Qabil sendiri tak sedar kamera itu tertinggal. Mahu tak mahu, Tina berpusing semula, mengikut jejak lariannya tadi.
*******
“Qabil?!” Tina terlopong melihat aksi di depannya. Seribu satu persoalan menjengah minda sedarnya tapi dia terus-terusan terpaku di situ, terpasak ke bumi. Matanya melilau ke atas ke bawah, cuba memahami kewujudan gadis separa lutsinar di depannya.
Dalam kebuntuan dan termangu-mangunya si Tina, gadis separa lutsinar itu tiba-tiba meleraikan ciuman itu dan menoleh ke arahnya. Tina tersentak apabila mata separuh manusia itu menikam ke arahnya. Makhluk itu menyeringai menampakkan gigi dan bibirnya yang bertompok-tompok disaluti darah dan terus meluru ke arah Tina.
Tina yang separa sedar dirasuk ketakutan itu cuba mengangkat kaki, membawa dirinya. Tapi tidak satu pun anggota badannya mengikut kata. Seinci pun badannya tidak berubah walhal lembaga putih itu terus mendekat. Nafasnya yang berat haruman hanyir darah menusuk ke dalam hidung. Tina terus memejam mata ketat-ketat biar sedikit pun cahaya tak dapat menembusinya. Dia menunggu masa makhluk itu bersentuh dengan kulit, tidak pasti apa rasa yang dibawa bersama. Seminit… Dua minit… Tiga minit berlalu. Hanya hening bening hutan itu saja yg terdengar di telinga dan hanya bekas sejuk embun air sungai sahaja yang terasa di kulit si Tina.
Tina membuka mata perlahan-lahan. Selain dari daun gugur-gugur di depannya, tiada lain yang luar biasa. Kecualilah Qabil yang terus terlantar di lapangan itu. Walau sifat takut masih lagi memakan setiap inci kulitnya, Tina mengumpul kekuatan untuk melangkah mendekati Qabil. Bila ternampak sahaja dia akan merah bibir Qabil yang berlumur darah, langkahnya terus dipercepatkan, hingga akhirnya jadi larian.
*******
“Apa yang Tina buat kat Qabil? Qabil minta maaf. Qabil sayang Tina. Apa yang Tina buat ni?”
Hati Tina sedikit tersentuh mendengar racauan Qabil itu. Hampir sahaja air matanya mengalir, tapi ditahan juga. Dia cuba mengelap sisa-sisa darah di bibir Qabil dengan ekor bajunya sambil terus memapah Qabil perlahan-lahan. Entah dari mana pula datang kuatnya. Bunyi air terjun yang dari tadi makin kuat jadi pendorong. Qabil pula terus-terusan meracau. Matanya yang separuh tutup itu tidak menjadi penghalang langsung pada bahasa yang entah apa erti yang lancar berterabur keluar dari mulutnya.
“Sabar ye sayang. Dah dekat dah,” Tina cuba memujuk. Jalur-jalur air yang ternampak dari ekor matanya tiba-tiba menjadikan kudratnya berganda. Bila akhirnya jejak kaki kecil itu merasa licin lumut dan sejuk batu, dia menghembuskan nafas lega.
Tina segera mencari kawasan yang sedikit lapang dan mendudukkan Qabil perlahan-lahan. Air yang deras melewati kakinya itu direnjis-renjiskan ke muka Qabil. Sisa-sisa darah yang dari tadi cuba dilap pun disapu-sapu dengan air hingga tiada yang tertinggal. Qabil masih lagi terkumat-kamit dengan racaunya, “Apa yang you buat ni Tina?”
“Qabil… Qabil…” Tina menggerak-gerakkan bahu Qabil, cuba mengejutkan dia dari racaunya. Mulanya, mulut Qabil terus terkumat-kamit sambil tangannya menepis-nepis Tina. Tetapi selepas beberapa ketika, dia mula mengangkat kelopak matanya perlahan-lahan sambil cuba memfokuskan pandangan. Sebaik sahaja dia mengenalpasti sesusuk tubuh Tina yang berada tetap di depan matanya, dia terus menjerit sekuat hati.
“Don’t touch me! You dah gila!”
Qabil terus bangun berdiri dan berundur dari Tina, menghala ke tengah-tengah air deras itu. Kesedarannya yang tadi menipis terus jadi bangkit. Tina berdiri juga, cuba memberi penjelasan, “Tak, Qabil. You salah faham. Tadi tu bukan I.”
“Crap! I saw it with my own eyes. You jangan nak tipu.”
Tina membuka mulut, baru sahaja mahu menidakkan bila perempuan separuh lutsinar tadi muncul lagi. Berdiri betul-betul di belakang Qabil. Dia tersenyum, menyeringai. Tapi kini mulutnya tidak lagi berlumuran darah. Kalau hidupnya perempuan itu, tentu sekali dia seorang yang jelita. Tina terus terkaku seperti sekejap tadi, kejang dengan ketakutannya.
“Apesal you diam? I don’t know what you did, but this time you are so overreacting lady.” Qabil terus menjerit-jerit. Tidak sedar akan kehadiran perempuan itu di belakangnya. Tina masih lagi terkaku, hanya matanya sahaja yang tertancap tepat pada perempuan itu. Melihatkan perlakuan Tina yang seperti tidak kena lagaknya, Qabil terdiam. Dia mengikut jejak pandangan Tina dan terus menoleh ke belakang.
Belum sempat Qabil bereaksi pada kehadiran yang maha asing di belakangnya itu, perempuan separuh lutsinar itu terus mengambil satu langkah ke hadapan dan menolak seluruh tubuh Qabil ke arah tebing air terjun yang curam itu. Perasaan terkejut yang menyelubungi dengan bantuan air yang deras itu membawa Qabil hanyut ke bawah. Serentak dengan itu, perempuan separuh lutsinar tersebut terus hilang.
Tina yang bagaikan baru sahaja terbangun dari mimpi yang ngeri menjerit sekuat hati bila tubuh Qabil hanyut dibawa arus. Dia terus berlari ke arah tebing yang curam itu dan menjenguk ke bawah. Yang terhias di pandangannya hanya tubuh kaku Qabil yang tersepit di antara dua batu besar, jauh di bawah. Tina menggeleng-geleng menidakkan keadaan itu. Air matanya jatuh satu-persatu, mengikut deras air terjun itu. Serentak dengan itu, dia terasa satu tangan sejuk menyentuh bahunya, bagaikan memberi pujukan.