"Alamak hujanlah pulak," Amri merungut. Namun dia mengagahkan diri mengharungi hujan yang turun semakin lebat dengan basikal tuanya.
"Tak boleh jadi ni, hujan makin lebatlah pula," Amri mengayuh basikalnya dengan lebih laju. Dia memarahi dirinya sendiri yang berdegil mahu keluar juga malam ini ke rumah kawannya yang terletak dikampung sebelah.
"Macam ada pondok kat sana tu, baik aku kesana tumpang berteduh kejap," Amri berkata sendirian sebaik sahaja matanya terlihat sebuah pondok kecil ditepi jalan. Amri mempercepatkan lagi kayuhan basikalnya meredah hujan berserta angin yang menggila.
"Sampai pun, habis basah baju aku. Ada orang ke tak ni? Tadi aku tengok macam ada cahaya kat dalam," Amri memanjangkan lehernya menjenguk ke dalam pondok.
'Bukan ke pondok ni orang cakap keras? Ah…pedulilah dengan cakap orang, orang lain tu penakut sangat, selalu sangat memomokkan diri dengan cerita karut marut,' Amri bermonolog sendirian didalam hatinya.
Hujan yang semakin lebat tidak menampakkan tanda-tanda hujan akan reda. Angin hujan menampar tubuhnya yang kurus itu, Amri memeluk tubuhnya dengan lebih kejap lagi, tiba-tiba terdengar bunyi pintu pondok itu terbuka. Amri tersentak, dan dengan spontannya dia memalingkan mukanya menghadap ke pintu.
"Apa yang anak buat dekat depan tu, marilah naik. Hujan lebat tu," pelawa suara lelaki tua pemilik pondok ini barangkalinya.
"Assalammualaikum pak cik, maaf mengganggu, saya tumpang berteduh kejap," ujar Amri dengan sopan.
"Marilah naik dulu, lambat lagi hujan nak berhenti tu, basah badan anak tu nanti, mari naik dulu," ajak orang tua itu sekali lagi. Amri serba salah untuk naik ke dalam, khuatir mengganggu pemilik pondok itu.
"Takpelah pak cik, saya berteduh diluar ni pun dah cukup," Amri menolak lembut.
"Janganlah begitu, pak cik seorang je tinggal dalampondok ni pun, mari naik, jangan malu-malu dengan pak cik nak," sekali lagi lelaki tua itu mempelawa Amri untuk naik kepondoknya.
"Baiklah pak cik," akhirnya Amri mengalah dan masuk ke dalam.
"Duduklah nak, maaflah, rumah pak cik ni kecil je, lagipun pak cik tinggal seorang diri je dekat sini," tutur lelaki tua itu.
"Oh,begitu, dah lama ke pak cik tinggal dekat sini?" soal Amri.
"Dah hampir 70 tahun pak cik tinggal dekat sini. Siapa nama anak ni?"
"Nama saya Amri pak cik. Pak cik ni siapa nama?" soal Amri pula.
"Panggil saja pak cik ni Pak Tua, maklumlah pak cik dah tua," seloroh orang tua itu.
"Anak-anak pak cik duduk dimana?"
"Pak cik ni manalah ada anak, kahwin pun tak pernah. Pak cik duduk seorang diri je dekat sini sebatang kara," ujar Pak Tua sambil menghembuskan asap rokok daunnya.
"Pak cik, maaf kalau pertanyaan saya ni menyinggung pak cik, kenapa orang kampung semua kata pondok pak cik ni 'keras' tempatnya?" soal Amri bertapis.
"Keras ke? Rasanya rumah pak cik ni diperbuat dari kayu," kata Pak Tua separuh bergurau.
'Main-main pula pak cik ni, aku cepuk juga nanti.' Amri mengomel dalam hati.
"Entahlah nak, pak cik pun tak tahu kenapa orang kat sini cakap macam tu, sedangkan pondok pak cik ni berpenghuni. Anak tak usah dengar omongan mereka semua tu, diaorang semua tu dah dimomokkan dengan cerita tahyul. Jadilah macam tu," Pak Tua menarik muka.
"Hujan hampir reda ni, saya pun nak beransur dululah pak cik, nanti tercari-cari pula mak saya," Amri meminta diri dengan sopannya.
"Nak balik dah ke? Tak puas rasanya berborak dengan anak. Kalau sudi datanglah lagi ke mari teman pak cik berbual," balas Pak Tua.
"InsyaAllah pak cik. Kalau ada kesempatan saya ke mari lagi," Amri bersalaman dengan Pak Tua. Dia menaiki basikal tuanya dan memulakan kayuhan perlahan. Amri mengayuh basikalnya menempuh angin malam.
"Assalammualaikum, mak...oooo...mak..bukapintu ni mak. Am dah balik ni," Amri memberi salam.
"Waalaikumsalam, kenapa balik lambat ni Am? Risau mak," Mak Timah menutup daun pintu rumahnya.
"Maaflah mak, Am buat mak risau, hujan lebat sangat tadi sampaikan Am terpaksa berteduh dekat pondok tepi jalan tu," ujar Amri sambil menguap menahan kantuk.
"Hujan? Pondok?" Mak Timah seakan terkejut mendengar kata-kata anaknya. Baru hendak membuka mulut bertanya lebih lanjut, dilihat anaknya sudah tertidur diatas kerusi. Perlahan-lahan dibangunkan anaknya untuk masuk ke dalam bilik. Amri bangun dan menuju ke dalam biliknya
"Amri, berani kau ye?" sapa Riduan, anak Pak Said.
"Apa yang beraninya ni?" Amri menyambut salam yang dihulurkan oleh Riduan.
"Semalam aku nampak kau berhenti depan pondok tepi jalan tu, apa kau buat kat situ? Bukan ke orang kata pondok tu 'keras' sikit," ujar Riduan lagi.
"Apa kau merepek ni? Semalamkan hujan lebat, kalau tak disebabkan hujan lebat, takde maknanya aku nak tumpang berteduh kat pondok tu," balas Amri.
"Hujan? Bila masa hujan pula ni? Elok je semalam aku lalu," sangkal Riduan.
"Hujanlah, habis basah baju aku, nasib baik Pak Tua pelawa aku masuk dalam pondok dia," giliran Amri pula menyangkal dakwaan Riduan.
"Kau ni mimpi ke apa? Semalam cuaca elok je, ada pun hujan renyai-renyai je, itupun kejap sahaja," tegas Riduan dan membuatkan Amri berang kerana merasakan Riduan tidak mempercayai kata-katanya.
"Aku pergi dululah, susah betul bercakap dengan orang yang tak percayakan kata-kata orang lain ni," Amri bangun dan meletakkan beberapa keping duit seringgit di atas meja dan terus berlalu ke basikal tuanya yang dipakir tepi warung Wak Seman.
Riduan terkebil-kebil melihat gelagat temannya itu, fikirannya melayang mengingati peristiwa yang berlaku pada malam semalam. Ketika itu, dia dalam perjalanan untuk pulang ke rumah menaiki motornya, dalam perjalanan itu, dia terpandang sesusuk tubuh manusia yang berdiri didepan pondok buruk yang terletak tepi jalan.
Setelah hampir dengan pondok itu, barulah dia perasan susuk tubuh yang dilihatnya dari jauh ialah Amri, anak Mak Timah. Dia memperlahankan motornya, hajat dihati ingin bertanyakan anak Mak Timah itu, apa yang sedang dibuatnya depan pondok buruk itu. Mungkinkah basikalnya rosak?
Dia semakin hampir dengan pondok itu, lalu diberhentikan motornya sebentar, dia melangkah setapak menuju kearah Amri. Amri seolah-olah tidak perasan akan kehadirannya, malah dia melihat Amri seperti sedang bercakap dengan seseorang dimuka pintu pondok itu.
Langkahnya terhenti sebentar, namun disangkal apa yang dilihatnya. Niatnya baik, untuk membantu temannya jika dalam kesusahan. Dia melangkah setapak lagi, tiba-tiba angion menderu menampar mukanya dengan kuat. Sekonyong-konyong angin berlalu, dia terlihat suatu kelibat berwarna hitam sedang menyeringai ke arahnya.
Dia yang terkejut terus membuka langkah seribu, segera dihidupkan enjin motornya dan memecut dengan lajunya membelah angin malam. Hatinya tidak putus berdoa agar dirinya serta temannya, Amri selamat dari berlaku apa-apa yang tidak elok.
"Am, dah balik ya...mari makan sekali dengan mak," pelawa Mak Timah yang sedang menghidangkan lauk pauk yang dimasaknya diatas meja.
"Em...boleh juga tu mak. Sedapnya bau masakan mak ni, tiba-tiba perut Am rasa lapar pula," Amri tersengih menayangkan giginya.
"Marilah, mak sendukkan nasi," Mak Timah menyendukkan nasi ke dalam pinggan dan diberikan pada Amri.
"Am...mak nak tanya sikit kamu ni, boleh?" soal Mak Timah hati-hati.
"Mak nak tanya apa? Tanyalah," balas Amri yang sedang sibuk mencapai lauk.
"Semalam lepas balik dari rumah Kojan, kamu ke mana?"
"Kemana mak, lepas ke rumah Kojan semalam. Am terus balik rumahlah mak, tapi tak sangka pula Am, hujan turun tiba-tiba, lebat pula tu mak," Am menceritakan serba sedikit hal semalamnya.
"Betul ke ni nak?" soal Mak Timah sekali lagi.
"Betul mak, kenapa? Mak tak percaya ke dengan cakap Am ni?" Amri merengus perlahan, rasa marah bertandang tiba-tiba. Namun segera ditepis perasaan marah itu agar tidak menguasai akal fikiran jahatnya.
"Baiklah macam tu, mak percaya dengan apa yang Am cakapkan," balas Mak Timah.
"Mak, boleh tak mak masak lebih sikit malam nanti?" soal Amri tiba-tiba.
"Am nak buat apa?"
"Am ingat, malam ni Am nak pergi melawat Pak Tualah," balas Amri sambil menyuap kembali nasi ke dalam mulutnya.
"Pak Tua yang mana ni Am?"
"Pak Tua, nama orang yang tinggal kat pondok tepi jalan tu," tutur Amri.
"Setahu mak, pondok tepi jalan tu tak berpenghunilah Am," tukas Mak Timah.
"Kalau tak berpenghuni, macam mana Am boleh bercakap dengan Pak Tua semalam?"
"Entah-entah kamu ni bercakap dengan hantunya tak?" dengan lancang sekali Mak Timah berkata membuatkan Amri tersentak lalu terhenti selera makannya.
"Am dah kenyanglah mak, Am masuk bilik dulu," Amri menolak kerusi kebelakang dan membasuh tangannya disinki lalu naik ke atas dan masuk ke dalam biliknya. Mak Timah terdiam, salah dia juga, siapa suruh mulutnya gatal-gatal mengatakan yang bukan-bukan.
"Aku tak fahamlah, kenapa semua orang cakap pondok Pak Tua tu 'keras'?" fikiran Amri bercelaru mengingati semua itu.
Hatinya kuat menyangkal kata-kata orang kampungnya yang mengatakan pondok ditepi jalan itu 'keras'. Fikiran orang sekarang senang saja disaluti oleh cerita tahyul, apa-apa pun hatinya berkeras untuk melawat Pak Tua yang kesepian duduk seorang diri dipondoh usang itu.
"Mak, Am nak keluar ni. Mak buat tak apa yang Am pesan siang tadi?" soal Amri pada Mak Timah yang sedang melipat pakaian.
"Dah, mak dah siapkan makanan yang Am nak tu, ada atas meja tu. Ambillah," ujar Mak Timah, hati tuanya merasakan tidak sedap hati untuk melepaskan anak bujangnya yang seorang, satu-satu waris yang dia ada.
Namun disedapkan sendiri hatinya, mendoakan mudah-mudahan anaknya itu selamat selalu.Bukan dia tidak mahu menahan keinginan anaknya untuk ke pondok buruk itu, cuma dia tidak mahu anak terunanya itu bermasam muka dengannya nanti, maklumlah orang berdarah muda ni bukan senang nak menahan keinginannya.
"Mak, Am pergi dulu ya mak," pinta Amri sekaligus mematikan lamunan Mak Timah sebentar tadi.
"Hati-hati ya Amri, jangan balik lambat sangat, risau mak nanti," sempat Mak Timah memesan pada anak terunya. Dia menghantar kelibat anaknya sehingga kelibat Amri hilang ditelan angin malam.
"Assalammualaikum, Pak Tua..." Amri memberi salam. Sepi tiada jawapan.
"Assalammualaikum, Pak Tua..." sekali lagi Amri memberi salam.
"Pak Tua...oooo...Pak Tua.." Amri memanggil Pak Tua. Kedengaran derap kaki berjalan ke arah pintu.
"Oooo...Amri, masuklah. Maaf, tadi Pak Tua ada dekat belakang kejap," ujar Pak Tua.
"Ambillah ni pak cik, saya minta mak saya masakkan lebih untuk pak cik," Amri menghulurkan sebungkus bekas makanan kepada Pak Tua.
"Terima kasihlah nak, buat susah-susah anak je bawa untuk pak cik," dia menyambut huluran dari tangan Amri.
"Duduklah, kebetulan hari ni rezeki anak, siang tadi pak cik ke kebun, adalah sikit ni, bolehlah dihidangkan untuk anak," Pak Tua melangkah ke dapur yang hanya terletak beberapa tapak saja dari ruang tamunya yang sebesar kangkang kera.
"Buat susah-susah je Pak Tua ni, saya datang ni hajat nak melawat Pak Tua, tak sangka saya langkah kanan hari ni," Amri tersenyum melihat Pak Tua yang membawa sepiring ubi kayu yang direbus berserta sedikit gula dan garam.
"Tak susah pun, ni saja pun yang boleh pak cik hidangkan untuk anak, jemputlah makan nak," pelawa Pak Tua.
"Terima kasih pak cik, jemputlah makan sekali pak cik," giliran Amri mempelawa tuan rumah.
"Makanlah nak, pak cik masih kenyang lagi ni," balas Pak Tua.
"Anak dari mana ni?"
"Saya dari rumah, terus datang sini," balas Amri.
"Ooo..begitu," Pak Tua mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Manis sungguh ubi pak cik ni, lembut dan padat isinya," Amri memakan dengan lahapnya.
"Kalau suka, makanlah banyak-banyak," kata Pak Tua sambil tersenyum.
"Dah kenyang ke?" soal Pak Tua setelah Amri selesai makan.
"Kenyang dah pak cik, sedap sungguh ubi pak cik," puji Amri.
"Dah kenyang macam ni, mengantuk pula mata ni, tapi saya kena balik. Nanti risau pula mak saya," ujar Amri yang terbayang wajah tua maknya.
"Tidur jelah disini,apa salahnya. Pak cik tak kisah pun, lagipun pak cik seorang je kat rumah ni," pujuk Pak Tua.
"Baiklah, tapi saya kena balik lepas subuh nanti," Amri mengalah akhirnya. Matanya terasa berat seolah-olah ada beberapa biji besi menindih matanya.
"Ambillah ni, harap anak selesa tidur disini," kata Pak Tua.
"Saya tak kisah pun Pak Tua, saya tidur dulu ya Pak Tua. Mata saya ni dah berat sangat ni," ujar Amri sambil mengatup mulutnya.
"Amri......! Amri.....! Amri......!" terdengar laungan suara orang kampung memanggil nama Amri bertalu-talu.
"Tok! Dekat sini tok," Riduan memanggil Tok Penghulu.
"Mana dia?" soal Tok Penghulu.
"Tu...," Riduan menunjukkan jari telunjuknya ke arah Amri yang sedang lena didalam pondok.
"Amri....bangun nak..." tok Penghulu cuba membangunkan Amri yang masih tidur dengan culas sekali. Amri membuka matanya dengan perlahan-lahan, dia tersentak lalu tersedar apabila melihat beberapa orang mengelilingi dirinya. Mak Timah terus menerpa tubuh Amri dan memeluk anaknya itu.
"Am...kan mak dah cakap," Mak Timah mengusap-ngusap kepala anaknya berkali-kali.
"Apa yang dah jadi ni mak? Tok? Saya kat mana ni?" terpacul soalan dari Amri yang masih terpinga-pinga dengan keadaan sekarang.
"Kau tak ingat ke apa jadi semalam?" soal mak Timah pada Amri, anaknya. Amri menggelengkan kepalanya.
"Kau kata semalam kau nak ke rumah Pak Tua yang duduk dipondok tepi jalan," Amri mengingati semula peristiwa semalam sebaik saja mendengar kata-kata maknya.
"Nilah rumah yang kau nak pergi nak," ujar Tok Penghulu pada Amri. Mak Timah menganggukkan kepalanya.
"Apa yang dah jadi ni nak?" soal Mak Timah sekali lagi.
"Semalam kami berborak sampai ke pagi, kemudian Am rasa ngantuk sangat, Am tidurlah dulu." Ujar Amri. Amri memandang sekelilingnya, pondok semalam yang dilihatnya kini berubah wajah, pondok yang dulu masih teguh berdiri, tapi yang ini, pondoknya hampir roboh dengan daun pintu yang sudah terkopak, dan papan pondok yang sudah berlubang sana sini.
Amri melihat dihadapannya kini, terdapat sebiji cawan dan sebiji piring yang sudah berhabuk dan sebelahnya terdapat bekas makanan yang dibawanya semalam. Masih elok lagi tidak berusik seperti semalam. Dia menjadi keliru. Tiba-tiba perutnya terasa mual dan serentak itu, dia memuntahkan isi perutnya. Sekali lagi semua yang berada disitu terkejut melihat beberapa ekor ulat mayat yang besar-besar keluar dari mulut Amri.
"Ada dia bagi kamu makan apa-apa semalam? Cuba kamu ingat balik?" soal Tok Penghulu. Amri yang sudah berubah pucat bibirnya mengingati semula benda yang dimakannya semalam.
"Pak Tua ada bagi saya makan ubi kayu," tutur Amri dalam payah. Tok Penghulu menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Sudah, mari semua. Angkat Amri pulang kerumahnya," ujar Tok Penghulu. Riduan dan Jamen memapah Amri bersama. Amri kelihatan pucat dan lemah sekali badannya.
"Tok, macam mana sekarang dengan anak saya?" soal Mak Timah yang kelihatan risau dengan keadaan anaknya.
"Macam nilah, kita bagi dia rehat dulu, bila dia dah pulih sikit nanti, kita ubatkan dia," cadang Tok Penghulu.
"Baiklah Tok, terima kasih tolong kami anak beranak," ucap Mak Timah.
"Sama-sama Timah, marilah kita beransur dulu," Tok Penghulu berjalan seiringan dengan Mak Timah serta bebrapa orang pemuda lagi pulang ke rumah Mak Timah.