rss

Chapter 1

"Boleh saya duduk disini" Tersentak aku dari lamunan sejak tadi. "mamat manalah pulak ni"bisikku dalam hati.Lalu aku memandang keadaan sekeliling McDonald ni.Tempat ni memang selalu sesak.lebih-lebih lagi time lunch macam ni.Tiada lagi tempat lain yang kosong.

"Err duduklah.Takde orang kat situ" Lelaki tadi meletakkan tray nya yang berisi Fries dan aiskrim sundae je.Peliknya mamat ni makan.Kenapalah benda macam ni boleh terjadi kat aku hari ni.Ni semua Ann punya pasalla.Elok-elok ajak aku lunch,tetiba cancel plak." gumamku dalam hati.

"Saya Izwan.Saudari?" tiba-tiba lelaki di hadapanku ini berbicara. Terkejut jugak aku,tapi kenala kontrol ayu. "Saya Azhani.Kawan-kawan panggil Hani je." Lancar je aku membalas.Pelik jugak aku.Selalunya aku ni sombong sikit dengan budak-budak lelaki ni.Lebih-lebih lagi dengan lelaki tak dikenali.Tapi hari ni lain pulak.Mungkin sebab lelaki ni nampak sopan dan handsome.Handsome?Alamak aku berangan lagi!

"Sedap nama tu.Mesti 3 hari parents awak fikir nama tu kan".Sambungnya lagi.Aku tiba-tiba tergelak.Namun tiba-tiba aku termalu sendiri apabila aku menyedari dia merenungku sambil tersenyum. Aku tunduk malu.Alamak malunya aku.Terpaksa aku berlagak serius balik. "takdelah.Mak saya dah fikir nama tu semasa tengah mengandungkan saya lagi." Fuh nasib baik sempat buat ayat nak cover.

Dia masih lagi senyum.Ntah apa kena dengan mamat ni.Dari tadi asyik tersenyum je.Macam tak pernah berbual dengan perempuan. "Emm awak ni selalu datang makan sorang-sorang kat sini ke?"Tanyanya lagi. "Sebenarnya saya ni jarang makan fastfood.Tadi ada kawan ajak datang,tapi tiba-tiba dia cancel pulak.Sebab tu la makan sorng-sorang ni.Encik Izwan selalu ke datang sini?"Tanyaku semula.

"Tak payahla nak berencik-encik dengan saya.Panggil je Wan.Emm Actually ni first time saya datang sini.Sebenarnya saya baru tukar kerja dekat sini." Macam tu rupanya.Patutlah macam tak biasa je....

*****

Chapter 2

"Sampai hati kau Ann.Time nak ajak punyalah bersungguh-sungguh,alih-alih kau pergi makan dengan Lan jugak.Mentang-mentang lah ada boyfriend." Aku memprotes. "Ala Hani, sorry lah ek.Aku lupa nak bagitau kau tadi.Sebenarnya Lan kene outstation esok,so aku kenalah jumpa dia hari ni.Janganlah macam ni Hani,tak baik tau marah-marah ni.Nanti cepat tua.hehehe." sempat lagi dia buat lawak.tak jadi aku nak marah. "Ok aku maafkan kau kali ni.Tapi kau kena belanja aku makan esok tau " "Baiklah tuan puteri.Haa macam ni lah bagus.Senyum tu awet muda tau."Kami tergelak bersama.Macam ni lah perangai Ann,kawan baik aku sejak sekolah menengah lagi.Ada-ada saja lawaknya.

"So tadi kau makan soranglah?" Tanya Ann lagi bila tawa kami mula mereda.Tiba-tiba Aku teringat pertemuan aku dengan Izwan tadi. "Emm aku makan dengan sorang lelaki.Dia tumpang duduk sebab meja dah penuh."Jawabku bersahaja."Lelaki? Biar betul kau ni?" Tiba-tiba Ann jadi excited."Ala kitorang duduk borak-borak kosong je.Lepas makan baliklah." " Takkan macam tu je kot?" Ann masih berpuas hati dengan jawapan aku. "Yelah, takkan aku nak bawak balik rumah pulak." Aku masih lagi malas nak jawab pertanyaan Ann. "Bukan tu lah.Maksud aku kau ada tukar-tukar nombor phone tak?" " Tak pun.Kitorang duduk kejap je."Aku berbohong kat Ann. "Apala kau ni.Tak pandai memanfaatkan peluang langsung.Mamat tu handsome tak?"Ann masih tak mahu mengalah.Menyesal pualak aku bercerita kat minah sorang ni.Mulalah nak soal aku macam polis.

"Ala dia tu biasa jela.Lelaki Malaysia lebih kurang jela.Boleh tahan lah" aku menjawab acuh tak acuh." Ok lah Ann, aku nak mandi ni,jangan lupa masak tau"Sememangnya giliran Ann untuk masak malam ni." Ala kita makan luar jela malam ni ek.Aku penatlah" Ann menjawab sambil tersengih-sengih.Aku dah faham sangat dah dengan perangai kawan aku sorang ni."Suka hati kau lah Ann.Kalau Lan cari lain aku tak tahu." Aku ketawa lalu berlari ke bilikku.

*****

Chapter 3

Bunyi lagu Everytime nyanyian Britney Spears mematikan lamunanku sebentar tadi.Itu adalah nada dering telefon bimbitku.Siapa pulak nak call aku tengah-tengah malam ni.Aku sempat menyanyi-nyanyi sebelum menjawab panggilan.Nombor yang aku tak kenali tertera ni skrin handphone ku.Sape ni?Jawab jela.

"Hello siapa ni?"aku bertanya pada si pemanggil. "Cik Azhani ke ni?" tanyanya semula.Suara seorang lelaki."Ya saya Azhani.Encik ni siapa?"Aku bertanya dengan nada agak ragu-ragu."Saya Izwan.Ingat saya lagi tak?"Izwan?izwan mana pulak ni?Lama jugak aku terdiam."Maafkan saya Encik Izwan.Saya tak ingatlah." "Ala lelaki yang lunch dengan wak dekat McD tadi".Laa mamat tu rupanya.camne aku boleh lupa nama dia Izwan.Aduh malunya.Mesti dia ingat aku ni dah nyanuk.Tapi,mana dia dapat nombor telefon aku ni?"Oh baru saya ingat. Sorry la lupa tadi.Emm tapi dari mana Encik Izwan dapat nombor telefon saya ni?"

"Tak payahlah nak berencik-encik lagi.kan tadi saya suruh panggil Wan je. Sebelum awak balik tadi kan awak bagi business card awak kat saya." Sekali lagi aku menjadi malu sendiri. Peristiwa tengahari tadi pun aku boleh lupa.Mesti dia ingat aku ni dah nyanyuk.

"Oh baru saya ingat.Emm ada apa err... Wan call saya ni?" Aku agak segan untuk menyebut namanya. "Saje je.bosan dok sorang-sorang kat rumah ni.Saya ni mengganggu cik Azhani ke?" tanyanya semula." Takdela..lagipun saya tengah free sekarang.Emm one more thing, just call me Hani ok." "Ok. balasnya.. Agak lama jugak sku berbual dengan dia. Macam-macam cerita keluar.Dia memang pandai bukak topik.Lepas satu, satu topik kuar sampai aku tak sedar dah pukul 1.30 pagi....

Chapter 4

Bam!!! "Aduh " aku menjerit kerana ada seseorang telah melanggarku.Habis bersepah fail-fail yang aku bawa tadi.Hadui dinosour manala langgar aku pagi-pagi buta ni,protesku dalam hati sambil tunduk mengutip fail-fail yang berterabur di lantai. Kelihatan seorang lelaki juga menunduk untuk mengutip failnya.

Eh awak..? Aku betul-betul terkejut selepas melihat lelaki yang melanggarku tadi. Rupanya Izwan, lelaki yang aku jumpa dekat McD hari tu.Hani kan..? Dia menyapa.Awak kerja kat sini ke? tanyanya kemudian.Aku yang masih lagi terkejut hanya mengangguk-angguk. Sorry la saya langgar awk tadi nak cepat tadi, sambungnya lagi.Eh saya yang patut mintak maaf sebab jalan tak tengok depan.

Tiba-tiba dia ketawa kecil menampakkan sebaris gigi ayng tersusun rapi.Macam drama samarinda plak kita ni terlanggar pastu sama-sama nak mintak maaf.So, awak kerja kat sini ke? Tanyanya lagi.Aku tersenyum dengar dia sebut drama samarinda.Orang lelaki un layan gak drama jiwang tu.Emm saya kerja kat sini.kerja biasa je.Wan pulak buat apa kat sini? Tanyaku kembali lepas kembali normal.

Saya datang ni ada urusan dengan Encik Kamal.Awak kenal dia tak? Oh nak jumpa Encik Kamal rupanya.Dia tu bos saya.Itu bilik dia.Aku menunjukkan arah bilik Bosku yang pelik sebab perangainya yang cepat berubah-ubah macam cuaca kat Malaysia. Oh terima kasih.Emm saya rasa saya kena pergi jumpa dia dulu.Lagipun dah lewat ni. See you later. Izwan berlalu ke bilik sambil tersenyum padaku.Kacaknya dia...aku bermonolog sendiri.. Alamak aku perasan lagi.Dah la kerja banyak lagi tak siap...

******

Chapter 5

" No special reason for this message, I just want to steal a single moment out of tour busy day and hope to make you smile when i say 'Take Care always"...
Aku tersenyum lagi.Dah banyak kali aku baca SMS yang aku terima dari Izwan ni. Pandai betul dia susun ayat. Terhibur la pulak rasanya setelah sekian lama tiada seorang lelaki pun yang mampu buat aku tersenyum.

Ada orang cakap aku ni memilih sangat.Memilihkah aku ni? Tapi rasanya tak salah aku bersikap begitu kerana aku mahukan pasangan yang mahu sehidup semati denganku dan bukannya lelaki yang hanya manis berbicara di kala bercinta sahaja.Aku dah banyak membaca berita perceraian.Bercinta bagai nak rak,Kahwin tak sampai setahun dah nak bercerai.Aku tak nak semua tu.Aku mahukan hubungan yang kekal sehingga salah seorang dari kami nanti menghembuskan nafas yang terakhir.

Namun kini,Izwan hadir dalam hidupku.bagaikan membawa cahaya kepada impianku itu.Adakah pertemuan secara tidak sengaja itu merupakan jodoh yang telah ditetapkan oleh-NYA ? Izwan, rindukah aku padanya...?

Hoi !!! kuatnya melamun.Dah sampai ke bulan ke? Tiba-tiba aku terperanjat besar apabila disergah Ann.Bila masa pulak minah ni masuk dalam bilik aku Apalah kau ni Ann,lain kali bagilah salam dulu.Ni main sergah-sergah je.Kataku.. Dah 18 kali salam aku bagi, kau yang tak dengar.Asyik dok berangan je,aku masuk pun kau tak perasan lagi..Balas Ann. Eh yeke? malunya aku.camne boleh kantoi dengan minah ni.

Kau berangan dengan sape tadi?ceritalah kat aku...dia dah mula dah.Mulalah nak soal aku macam polis.Aku bukan berangan la.Aku tengah fikir nak buat kertas kerja ni.Bos aku nak esok,tengah cari idea la ni..Aku cuba berbohong.Kalau aku cakap betul-betul kang banyak pulak cerita minah ni.

Tak percayalah aku..Ann membalas..Tak caya sudah..Eh kau datng ni ajak aku pergi makan kan? Jom lah..Aku cuba mengubah topik dan Ann yang sememangnya kuat makan terus aje mengikut kataku..

*****

Chapter 6

Tok! Tok! Tok! Tiba-tiba pintu bilikku diketuk oleh seseorang.Pastinya Ann Yang berada di luar kerana hanya aku dan dia je yang menyewa rumah ni.Apa jugakla yang Ann nak malam2 buta ni.Dengan kemalasan aku nk melayan kerenah Ann, aku buka juga pintu bilikkku.

'Haa nak apa malam-malam buta ni?Aku penatla Ann,'kataku pada Ann sebaik sahaja dia memasuki bilikku.'Ala kau ni Hani,dengan aku pun nak berkira,' Ann membalas dengan nada sedikit merajuk.'okey-okey, jangan buat muka macam tu lagi.Buruk tau tak.Apa dia kau nak bagitau aku sebenarnya ni? Aku cuba menukar topik.Ann ni bukan boleh dilayan sangat, nanti dia makin mengada-ngada pulak.

'Ni aku nak bagitau kau satu berita gembira,' kata Ann dengan penuh ceria.Entah apa jugakla berita yang dia gembira sangat tu.'Apa dia?'Aku masih lagi tak berminat nak melayan kerenah Ann.' Minggu depan ada majlis Reunion untuk bekas pelajar 5 Amanah.Dah 7 tahun kita semua berpisah.Kali ni bolehlah kita jumpa classmate lama kita dulu,' terang Ann bersungguh-sungguh.

'Reunion?' tak pernah pulak aku terfikir akan ada lagi majlis Reunion selepas 7 tahun kami semua meninggalkan zaman persekolahan untuk mengejar cita-cita masing.Entah apa dah jadi pada diorang semua sekarang. Ann dan Lan aje yang aku masih berhubung sekarang.

'Hani kau nak pergi tak?' tiba-tiba Ann mematikan lamunanku sebentar tadi.' Tengoklah dulu,kalau aku tak busy aku pergilah.'aku menjawab acuh tak acuh. 'Apalah kau ni.Pentingkan sangat kerja tu.Sesekali datanglah jumpa kawan-kawan lama.Bukan selalu dapat buat majlis macam ni tau.Aku dengar Mukhriz dah kahwin,Nak jugak tengok ife dia.'sambung Ann sambil ketawa.Aku trut tersenyum mengingatkan lelaki bernama Mukhriz.Dialah lelaki paling bising dalam kelas kami dulu.Suka sangat menyampuk cakap guru-guru.

'Hani kau nak pergi ke tak nak ni? Ann masih mahukan kepastian dariku. 'Yelah-yelah aku pergi,' jawabku sambil tersenyum. 'Macam ni lah bestfriend aku,' kata Ann lalu kami sama-sama ketawa...

Chapter 7

Suasana di Dewan Kota Putra ini agak sesak dengan tetamu-tetamu yang hadir pada malam ini.Semuanya kelihatan amat gembira apabila berpeluang bertemu kembali setelah 7 tahun berpisah.Bermacam-macam cerita yang keluar,berbagai-bagai ragam dapat dilihat.Kebanyakannya nampak sedikit berubah dari dulu, tetapi ada juga yang masih mengekalkan imej lama.

Tiba-tiba Ann menarik tanganku.'Nak pergi mana ni?' tanyaku separuh terkejut.'Tu kat hujung sana tu.Kau nampak tak Mukhriz dengan wife dia.Jom la pergi berkenalan dengan wife dia,'balas Ann dengan nada yang agak excited.Aku melihat pasangan yang imaksudkan oleh Ann.Mukhriz nampak sedikit berubah.Kematangannya terserlah.Mungkin kerana dah kahwin kot.Tapi senyum nakalnya masih ada.

'Hai,'sapa Ann sebaik sahaja berada di depan pasangan itu.'Emm kalau tak salah ni Ann dengan Hani kan? Mukhriz memulakan bicara.'Yelah.Kau ni sejak dah kahwin,terus lupakan kawan-kawan lama.dah la kahwin tak jemput kitorang,'Ann buat-buat merajuk.'Hai wife kat sebelah tu tak nak kenalkan kat kitorang ke?' aku tiba-tiba menyampuk.'Srrrylah,aku bukan lupakan korang semua,tapi yela dah jadi suami orang ni,kerja pun makin banyak,'balasnya sambil tergelak.'Anyway, perkenalkan ini wife aku,Amalini.Lini,ni kawan-kawan lama abang'.Kami bersalaman. 'Pandai kau cari isteri ye,cantik,'pujiku.Amalini tersipu-sipu malu mendengar pujianku.'Tengok orang la,'Mukhriz mula menunjukkan perangai lamanya.Inagatkan dah berubah.

'Haa dah sampai pun,' Ann tiba-tiba bersuara. 'Siapa yang kau tunngu Ann? tanyaku kembali.'Tuu,' Ann menunjukkan kearah pintu dewan.Dan aku sangat-sangat terkejut.Orang yang dimaksudkan oleh Ann ialah Razlan dan seorang lelaki yang cukup aku kenali.Tapi kenapa dia datang ke majlis ni? Aku berteka-teki sendiri.'Kau kenal ke diorang tu? tanyaku pada Ann.'Laa kau ni demam ke?Razlan tu kan pakwe aku,mestilah aku kenal,'Ann menjawab.'Bukan Lan,yang sebelah dia tu.Kau kenal ke?tanyaku lagi.'Mestilah aku kenal.kan tu classmate kita dulu,Azwan.Kau dah tak ingat? soal Ann kembali.

Azwan...Rasanya nama tu pernah ada dalam sejarah zaman persekolahanku.Tapi bukannkah lelaki itu Izwan yang kukenali 2 bulan lalu?kenapa sekarang dia boleh jadi Azwan.Kembar ke? Ann yang melihat aku kehairanan segera memberitahuku,'Hani, itulah Azwan,budak jiwang karat yang pernah gilakan kau separuh mati dulu...'

What..?

*****

Chapter 8

7 Tahun lalu

'Emm apahal awak nak jumpa saya ni?' soalku sedikit kasar kerana malas nak layan mamat jiwang karat yang tak pernah putus-putus memberiku puisi-puisi jiwangnya.'Hani sebenarnya ada sesuatu saya nak bagitau awak' tuturnya perlahan dengan kepala tertunduk.

'Apa dia? Penting sangat ke?
'Ya ,penting sangat-sangat,' cepat-cepat dia memintas cakapku.Aku diam menunggu dia menyambung cakapnya semula. 'Hani sebenarnya saya dah jatuh cinta kat awak sejak pertama kali bersua dengan awak lagi' Aku terkejut mendengar pengakuannya,namun aku tak mampu mengeluarkan sepatah perkataan pun.Rupanya dia memang ada hati denganku.Selama ini
aku menyangka ia hanyalah usikan rakan-rakan sekelasku sahaja.

'Saya masih ingat saat itu,ketika kita hari pertama minggu orientasi kita dahulu.Masa tu,kita semua diarahkan masuk ke dewan'sambungnya lagi.Fakiranku kembali mengingati semula peristiwa semasa aku mula menjejakkan kaki ke sekolah itu.Masa itu kami semua baru memasuki tingkatan 4.Tapi aku tak perasan pula ada orang memerhatikanku pada waktu itu.

'Waktu tu,awak memakai tudung merah.Awak kelihatan begitu anggun sekali.Saya jatuh cinta pandang pertama dengan awak hani. sekali lagi aku terkedu mendengar penjelasannnya.Agak lama kami terdiam.Malah dia juga tidak lagi memandangku seperti tadi,tetapi terus menundukkan kepala.Barangkali memberi ruang untukku berfikir.Agak sukar untuk aku membuat keputusan.Aku belum bersedia untuk semua ni.Malah dia bukanlah jejaka yang menepati citarasaku.Aku perlukan lelaki yang mempunyai sifat kepimpinan, bukannya seorang yang jiwang karat sepertinya.

'Maafkan saya Azwan,sya tak dapat terima awak.Saya belum bersedia untuk bercinta.Saya nak tmpukan perhatian pada pelajaran dulu,' akhirnya aku bersuara setelah merasakan itulah alasan yang paling sesuai mampu kuberikan pada saat ini.

Aku dapat melihat raut kecewa pada wajahnya.Namun itu bukan salahku.Cinta sememangnya tidak boleh dipaksa. 'Saya harap awak akan bertemu dengan orang yang betul-betul mencintai awak sepenuh hatinya,'Aku cuba menjernihkan suasana yang kian tegang.

'Tak apalah Hani,saya faham,' lalu dia berlalu setelah mengucapkan kata-kata yang membuatku serba salah jadinya...

Chapter 9

What? Aku amat terperanjat sekali.Apakah benar lelaki yang aku nampak sekarang ni ialah Azwan,mamat jiwang karat yang aku kenal 8 tahun lalu? Kenapa ketara benar perubahan pada dirinya? Mana perginya cermin mata tebalnya dulu? Apa dah jadi pada gaya rambutnya yang membuatkan dia kelihatan amat skema itu? Dan yang paling ketara dari sudut penampilannya.Dia sekarang kelihatan amat segak, malah boleh kukatakan mampu mencairkan mana-mana hati perempuan di dalam dewan ni.

Bertalu-talu persoalan menyerbu kotak fikiranku. Aku semakin keliru dengan kenangan lalu dan realiti yang kuhadapi sekarang. Mengapa dia memperkenalkan dirinya sebagai Izwan? Adakah dia mahu memasang perangkap untuk membalas dendam padaku kerana telah menolak cintanya 7 tahun lalu?

Aku semakin gelisah.Dia semakin menghampiriku.'Hai, dah lama tunggu?' Razlan memulakan bicara.Azwan memandang tepat ke arahku.Renungannya membuatku semakin tak tentu arah.Aku harus melarikan diri dari semua ini.Ya, aku harus beredar dari sini secepat mungkin kerana aku teramat malu untuk menghadapi semua ni.Lalu aku mengambil keputusan untuk terus beredar dari dewan ni.Aku terus berlari keluar dari dewan tanpa mempedulikan mata-mata yang memerhati dengan penuh kehairanan.

'Hani kau nak ke mana tu?' Aku terdengar laungan Ann.Namun ini bukannya masa untuk aku menjelaskan semuanya. Aku harus pergi dari sini. Jauh dari lelaki bernama Azwan. Tiba-tiba kakiku terlanggar sesuatu dan menyebabkan aku jatuh terjelepok. Aduh, malangnya nasibku hari ini. Menyesal aku ikut Ann datang sini.

'Boleh saya bantu,' tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki di belakangku. Itu suara Izwan. Bukan! Itu suara Azwan sebenarnya. Aku menolah ke belakang. Dia tersenyum sambil menghulurkan tangannya. Aku masih ragu-ragu untuk menyambut tangannya, tetapi akhirnya aku terpaksa juga kerana agar sukar untuk aku bangun memandangkan kaki aku yang terseliuh.

'Awak tak apa-apa,' soalnya.'Emm saya tak apa-apa.Terima kasih,' balasku lalu bergegas pergi dengan segera. Tapi langkahku terhenti kerana dia telah memegang tangan kananku.'Awak nak apa lagi? Dah puas awak mengenakan saya?' Aku bersuara tanpa menoleh kearahnya. Tanganku masih lagi kemas di genggamannya.'Hani saya tak bermaksud untuk tipu awak. Saya lakukan semua ni untuk terus berada di samping awak.Kalau awak tahu saya Azwan dari awal-awal lagi,tentu awak tak akan melayan saya sebagaimana awak layan 'Izwan' kan? gilirannya pula untuk untuk menyoalku.

'Tapi...' Aku sudah kehilangan kata-kata.'Hani dah 7 tahun saya nantikan awak.7 tahun jugak saya simpan cinta dan kesetiaan ini hanya untuk awak.Saya dah penuhi syarat awak dulu.Dulu awak cakap nak tumpukan perhatian pada pelajaran,barulah memikirkan soal cinta.7 tahun saya mengikuti perkembangan awak.dah 7 tahun saya menantikan hari ini.' terangnya bersungguh-sungguh. 'Azhani Fazwin, saya cintakan awak,sudikah awak menjadi permaisuri hidup saya?

Terpana aku mendengar pengakuannya.Benarkah dia menungguku selama 7 tahun? Adakah aku mampu menolaknya lagi untuk kali ini? Tidak, mana mungkin aku menolakknya lagi. Azwan yang berdiri di belakangku kini bukan lagi Azwan yang aku kenal 7 tahun lalu. Malah dia juga memenuhi ciri-ciri yang aku idamkan selama ini. Perlahan-lahan aku berpaling memandangnya. Tangan kami masih bertaut, seolah ada getaran yang kurasakan mengalir dari hatinya ke hatiku. Dan senyuman terukir di bibirku.

'Senyum-senyum tu tandanya setujulah,'tiba-tiba kedengaran suara Mukhriz. Tanpa aku sedari, semua rakan-rakanku telah berada di luar dewan menyaksikan segalanya. Aku lihat dia turut tersenyum. Kini tiada apa lagi yang harus kuragukan untuk menyambut huluran cintanya. Genggaman tangan kami semakin erat disertai sorakan gembira warga 5 Amanah. Lalu terciptalah sebuah kisah cinta- Cinta Kota Putra...

-Tamat-

0 comments:

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini