Kaki Izzanna
menguis-nguis pasir pantai. Terasa berat kaki untuk melangkah. Kemudian
selangkah demi selangkah kaki diangkat, tak tahu mana arah tuju. Matanya redup
memandang segala sudut keindahan Pantai Miami, Pulau Pinang ini. Angin
sepoi-sepoi bahasa menyapu wajah mulus milik Izzanna membuatkan rambut ikal
mayangnya berterbangan menutup muka. Kemudian dia menyisir rambut kembali ke
belakang telinga.
Hatinya masih
dalam keadaan remuk redam. Belum sembuh sepenuhnya akibat bahana putus cinta.
Kekasih yang dia amat cintai mendustai dirinya dalam diam. Tak usah lagi
dikenang perkara dahulu, kini masa untuk meneruskan hidup dan melupakan
segalanya. Kedatangan Izzanna ke pulau ini sedikit sebanyak dapat menenangkan
mindanya sebelum dia berangkat kembali ke Kuala Lumpur untuk meneruskan rutin
harian bekerja menguruskan syarikat ibu bapanya.
Awan hitam mula
berarak lambat-lambat memberi tanda hujan mahu turun selebat-lebatnya. Izzanna
seakan-akan tidak mahu berganjak dari pantai tersebut. Mahu menikmati hujan
yang bakal turun selebat-lebatnya. Dia mengumpamakan hujan yang lebat itu
interpretasi hatinya yang sedang juga lebat dengan air mata.
Hujan mulai turun,
perlahan dan kemudian lebat. Orang ramai yang bersantai di pantai tersebut naik
ke darat. Ada yang berlari-lari anak dek tak mahu terkena hujan. Namun Izzanna
sahaja yang masih disitu. Tak berganjak. Air matanya berhamburan. Izzanna tak
mampu menahan lagi. Segala duka, amarah dan rindu dendam dilampiaskan. Hampir
sepuluh minit Izzanna di situ. Hujan makin lebat dan ada sedikit guruh
berdentum dentam.
Tanpa Izzanna
sedari seorang lelaki berbadan agak tegap dalam lingkungan awal 30an menarik
batang tubuhnya. Lelaki berkemeja lengan pendek putih dan berseluar pendek
paras betis itu mendukung Izzanna dan membawanya ke sebuah pondok beratap
rumbia tidak jauh dari kawasan pantai. Izzanna yang dalam keadaan terkejut
meronta-ronta ingin dilepaskan dan menumbuk tubuh sasa lelaki yang dianggap
gila itu.
“Eh ! Lepaskan aku
orang gila! Apa kau tengah buat ni??” Jerit Izzanna sambil meronta-ronta mahu
diturunkan,
“Eh? Siapa yang
gila sebenarnya ni? Kau ingat aku suka dukung-dukung orang ni. Berat tau !”
Balas lelaki bertubuh tegap itu. Kemudian dia terus melepaskan dukungannya ke
bawah membuatkan Izzanna terjelepok ke atas tanah.
“Gila ! Gila! Kau
memang lelaki sewel! Dahlah kau cempung aku macam tu je lepas tu bawak ke
pondok ape tah ni. Kemudian kau lepaskan aku jatuh macam ni.” Ngomel Izzanna
sambil mengurut-ngurut pinggulnya yang sakit akibat terhepap di tanah.
“Amboi sedap-sedap
mulut awak cakap saya gila. Awak sedar tak sekarang ni hujan lebat? Yang awak
duduk kat tengah pantai sorang-sorang tu kenapa? Nak kena panah petir?” Balas
lelaki itu pula. Wajah lelaki tersebut makin memerah. Menahan marah agaknya.
“Ikut suka hati saya
lah!” Jawab Izzanna sambil memandang kearah bertentangan. Air mata mengalir
perlahan-lahan dari kelopak matanya.
Lelaki bertubuh
tegap itu mendekati Izzanna dan kemudian membuka pakaiannya untuk diberikan
kepada Izzanna sebagai pelindung dari kesejukan. Izzanna terdiam seketika
dengan tindakan lelaki tersebut. Dia kemudian beralih tubuh kearah lelaki itu.
Mata mereka saling bertaut. Dek kerana malu Izzanna menundukkan pandangannya.
Sedar dengan tindakan itu, lelaki itu cepat-cepat berdiri sedikit jauh dari
Izzanna.
“Hmm, awak ada
masalah ke? Anyway, nama saya Karlishah. Awak boleh panggil saya Karl,” tegur
Karl perlahan. Dia tidak mahu menaikkan lagi api kemarahan gadis ini.
“Saya okey. Tak
apa-apa. Nama saya Izzanna,”. Jawab Izzanna ringkas sambil mengulas senyuman.
Baju Karl ditarik-tarik menutupi bahagian dadanya.
“Tapi tadi saya
tengok awak menangis, macam orang ada masalah. Kalau awak tak keberatan boleh
ceritakan. Tapi kalau awak rasa saya bukan orang yang terbaik untuk mendengar,
then it’s okey,”. Karl tersenyum memandang Izzanna. Dia cuma prihatin terhadap
gadis dihadapannya ini. Izzanna dilihat seperti ada perkara yang terbuku di
hati.
“Tak apa, saya
okey saja. Anyway thanks sebab bagi pinjam baju ni dan thanks jugak sebab
selamatkan saya tadi,”, kata Izzanna yang termalu dengan tindakannya sebelum
ini.
Izzanna dan Karl
berbual-bual kosong sambil ditemani hujan yang makin lama makin mengendur
lebatnya. Namun perbualan mereka tiba-tiba tergendala apabila sebilangan
penduduk kampung di kawasan sekitar pantai tersebut menyerbu mereka berdua.
Mereka dituduh melakukan maksiat !
“Tok Imam,
percayalah cakap kami. Saya dan dia tak buat apa-apa pun. Saya baru je kenal
dia. Nama penuh pun tak tahu lagi !” Jelas Karl beria-ia. Dia sedaya upaya
meyakinkan Tok Imam supaya tidak mengahwinkan mereka berdua.
Namun Tok Imam
kelihatan seperti masih bertegas. Tambahan pula Karl dilihat tidak berbaju dan
hanya berdua-duaan sahaja dengan Izzanna di pondok tersebut. Izzanna pula diam
tak terkata apa-apa. Dia hanya mampu menangis dan berharap semua dugaan yang
menimpanya sekarang ini akan berakhir. Sudahlah baru putus cinta, sekarang
dipaksa kahwin pula!
“Tok tak boleh
berlembut lagi dengan kamu berdua. Mahu atau tidak, rela tak rela kamu berdua
mesti dikahwinkan! Tok tak mahu maksiat terus berleluasa!” Keputusan muktamad
Tok Imam sudah dikeluarkan. Maknanya tiada lagi kompromi.
Akhirnya, Karl
menikahi Izzanna dalam keterpaksaan. Izzanna menangis sepanjang sesi akad nikah
dijalankan. Masakan tidak, dia langsung tidak mencintai Karl mahupun mengenali
siapa Karl sebenarnya. Lagi pula, apa yang mahu dia beritahu kepada orang
tuanya setelah sekembalinya dia ke Kuala Lumpur. Semuanya sangat menghimpit jiwa
Izzanna. Rasa seperti nak mati saja!
“Izzanna, sampai
hati kamu menconteng arang di muka kami? Kami tak sangka kamu tergamak
memalukan mama dan papa!” Datuk Hisham naik angin. Kali ini Izzanna betul-betul
menaikkan api kemarahannya.
“Papa, Izzanna tak
sangka semua ini boleh terjadi. Percayalah pa, Izzanna….”
Izzanna mula
menangis. Bapanya tak pernah sebegini berang. Manakala Datin Zaiton, ibunya
cuma mendiamkan diri dan langsung tidak menyebelahi Izzanna. Mereka berdua
seakan-akan tidak percaya akannya. Walaupun Daniel, adik Izzanna cuba
mententeramkan Datuk Hisham namun, mereka tetap menyalahkan Izzanna. Kata
mereka, Izzanna tak habis-habis membuat masalah. Cukup-cukuplah dengan masalah
kekasih Izzanna yang lepas. Ini ditambah pula dengan perkahwinan mengejut
Izzanna. Semua masalah ini hanya akan memburukkan reputasi keluarganya sahaja.
“Datuk, saya minta
maaf mencelah tapi saya rasa Datuk tak boleh menyalahkan Izzanna tentang hal
ini. Saya yang bersalah. Ya, kerana sayalah Izzanna terpaksa berkahwin. Jadi
Datuk hukum dan marahlah saya, bukan Izzanna,”. Tiba-tiba Karl bersuara.
Kata-katanya meluruhkan sedikit kesedihan di hati Izzanna.
“Baiklah kalau kau
dah berkata macam tu, aku nak kau buat sesuatu untuk aku,” Datuk Hisham mula
mengeluarkan syarat-syaratnya.
“Kenapa awak cakap
macam tu dengan papa saya? Awak tak kenal papa saya. Awak tak tahu apa yang dia
boleh buat,”. Izzanna ternyata menyesal kerana tidak menghalang Karl dari
menyetujui syarat bapanya tadi. Seburuk-buruk Karl pun, Izzanna tidak sekejam
itu untuk menetapkan syarat yang bukan-bukan kepada Karl.
“Saya menuruti
syarat tersebut kerana saya tahu saya yang bersalah. Lagipun, saya memang tak
ada pekerjaan sekarang. Eloklah saya jadi driver awak. Pasal soal kita kena
merahsiakan perkahwinan ini, saya rasa inilah cara yang terbaik untuk menutup
malu keluarga awak. Saya pun tahu yang awak tak suka akan perkahwinan ni. Jadi,
janganlah paksa diri awak tu. Untuk 6 bulan ni saya berjanji takkan sentuh awak
dan akan turut semua arahan awak dan keluarga awak,”.
Karl bagi Izzanna
adalah lelaki paling bodoh kerana menerima syarat-syarat bapanya. Karl seorang
suami dan dia punya hak ke atas Izzanna dan punya pilihan untuk tolak semua
syarat Datuk Hisham. Tambahan pula, Izzanna bukan gadis calang-calang. Dia
jelita, berkerjaya dan ada segala-galanya yang boleh membuatkan wanita lain
cemburu. Sesiapa yang memiliki Izzanna bermakna mereka memiliki semua kepunyaan
wanita itu termasuk harta kekayaannya.
“Karl! Cepat! Awak
tahu tak saya dah lambat ni !” Izzanna menjerit dari bawah. Sikap dingin dan
arah mengarah Izzanna makin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Tambahan pula
syarikatnya sekarang mengalami masalah. Fashionista Sdn. Bhd. tidak mampu
membayar pembekal tekstil untuk membuat pakaian rekaan mereka oleh kerana
masalah kewangan yang semakin merunsingkan. Kalau masalah ini tidak dapat
dikawal dengan baik, ada kemungkinan Fashionista bakal bankrup!
“Yes ! Kejap saya
turun, saya dekat toilet ni !”
“Awak ingat saya
main-main ke? Ni lagi satu, tolong jangan panggil saya Izzanna. Panggil saya
Cik Izzanna. Saya tak mahu pekerja saya dengar awak panggil saya dengan nama
je,” Izzanna sedaya upaya cuba menutup soal perkahwinannya dari pengetahuan
umum.
“Iya, awak tak
perlu risau. Dah hampir 2 bulan saya buat kerja ni. Saya tak pernah terlepas
cakap,” jawab Karl. Dia begitu sabar dengan sikap Izzanna yang tak menentu
angin amarahnya itu.
“Eh kacaklah kan
pemandu baru Miss Izzanna tu. I like..!” Pekerja syarikat Izzanna mula
bergosip. Sejak Karl mula bekerja dengan Izzanna, ramai pekerja Fashionista
mula mengorat Karl. Ada yang memberi nombor telefon. Ada pula yang mahu belanja
makan. Tapi Karl hanya menolak permintaan mereka secara lembut. Dia tak mahu
menimbulkan masalah dan perkara yang dia dan Izzanna sorokkan selama ini
terbongkar. Selain itu, hatinya juga sudah terpaut…
“Eh, apa yang awak
semua pandang-pandang ni? Continue your work! Kalau tak mahu kerja boleh
berhenti. Kurang beban syarikat ni!”, marah Izzanna.
Kata-kata
pekerjanya itu bagai menusuk-nusuk hatinya. Makin lama makin menjadi-jadi. Lain
kali Karl tak boleh masuk office lagi. Cukup setakat menghantarnya di luar
saja.
“Karl, lepas ni
awak tak payahlah lagi hantar saya sampai masuk dalam,”
“Kenapa? Awak
cemburu?”
“Tak da masa saya
nak cemburu,”
“Kalau awak cemburu
cakap sajalah,”
“Tak!”
“Ye kan..”
“Tak! Tak!
Taakkkkkkk!”
PANG! Izzanna
menghempas fail di atas mejanya. Habis semua kertas-kertas lukisan hasil rekaan
fesyennya berterbangan dan bertaburan di atas lantai. Kemudian dia terus keluar
dari pejabat sambil menghempas pintu. Karl cuma menggelengkan kepala dan
mengutip semua kertas-kertas ynag bertaburan di atas lantai. Sikap Izzanna yang
panas baran itu tidak boleh dikawal lagi. Bila-bila dia rasa nak meletup, dia
akan meletup saja tanpa memikirkan orang kiri dan kanan.
“Awak pergi mana
ni? Dah dekat sejam saya tunggu tau!” Izzanna merungut. Sudah hampir sejam dia
menunggu di luar koridor syarikatnya. Karl selalu sahaja lambat bila mahu
menjemputnya pulang. Ada saja alasannya.
“Sorry sangat!
Tadi saya ada hal sekejap. Jalan jammed pulak,”
“Awak ni kerja
dengan saya ke awak ada buat kerja lain?!”
“Ermm.. tak saya
cuma lambat sikit je. Sudahlah, awak masuk cepat.”
“Kalau saya dapat
tahu..!”
“Awak nak saya
bawak pegi makan?” Karl cepat-cepat menukar topik. Dia tak mahu Izzanna terus
bertanya.
“Awak cuba tukar
topik ye? Awak dah kahwin? Awak pergi jumpa anak bini awak kan??” Izzanna cuba
menelah.
Banyak rahsia yang
tersimpan kemas mengenai Karl yang dia tidak tahu. Walaupun sudah bergelar
suami isteri selama dua bulan, Karl begitu perahsia dan tidak banyak perkara
yang dia tahu mengenai lelaki ini. Manakala Karl pula seperti sudah tahu luar
dalam masalah keluarga Izzanna dan begitu prihatin mengenainya. Cuma satu
perkara saja yang dirahsiakan Izzanna dari Karl, mengenai kekasih lamanya.
“Cepatlah, awak
nak makan tak? Saya belanja awak ye,” Karl cuba memujuk Izzanna.
“Are you sure nak
belanja I? Macamlah ada duit..”
“Hmm.. tak mahu
sudah,”
“Okey.. okey..
Cepat, saya dah lapar ni!” Izzanna akhirnya termakan juga pujukkan Karl.
“Waiter, tolong
kirakan semua,” arah Izzanna.
“Puan, semua ni
dah dibayar,” jawab waiter tersebut sambil tersenyum.
“Dah dibayar?
Siapa yang bayar?” Izzanna curiga. Siapa pula yang bayar ni? Tak mungkin Karl.
Tadi Izzanna mengarahkan dia mengambil kereta.
“Encik Karl puan.”
Izzanna tersentak.
Mana lelaki itu dapat duit sebanyak ini untuk membayar bil makan malam hari
ini. Lagi pula restoran ini berkelas lima bintang. Namun, Izzanna mengambil
jalan untuk mendiamkan diri dan cuba menyiasat sendiri siapakah Karl yang
sebenarnya.
“Cik Izzanna,
keadaan syarikat kita semakin teruk. Cik harus buat sesuatu. Mereka dah tak
mahu bekal tekstil pada kita selagi hutang tak dilangsaikan. Lagi pun mereka
dah kata yang mereka mahu menamatkan kontrak dengan syarikat kita tak lama
lagi,” Fakhrul menerangkan permasalahan syarikat mereka kepada Izzanna.
“Mereka tak boleh
buat macam tu! Kan kontrak kita dengan syarikat mereka tamat lagi 2 tahun,”
kata Izzanna. Keadaan semakin merunsingkan. Kalau dibiarkan boleh lingkup
syarikat ini.
Tiba-tiba pintu
bilik Izzanna dikuak. Aleysha, pembantu peribadi Izzanna masuk dengan wajah
penuh senyuman.
“Cik Izzanna
jangan risau. Nampaknya ada satu syarikat tekstil ni yang ingin membantu kita.
Mereka bersedia untuk melabur dengan Fashionista dan membekalkan tekstil dengan
harga yang berpatutan. Apa kata Cik?”
Izzanna tersenyum
lebar sambil memandang pekerjanya dengan pandangan penuh makna. It’s time to
change!
Izzanna mulai
keluar dari pintu pejabatnya dan menuju ke tempat letak kereta bangunan. Hari
ini Karl seperti biasa tiba lambat dari waktu yang sepatutnya. Izzanna
mengambil masa menanti Karl dengan mengelamun sendirian sambil berdiri di tepi
koridor.
‘Karl tu handsome
juga kalau selalu dipandang. Tapi sayang, dia tak cintakan aku. Kalaulah aku
jumpa dia sebelum aku jumpa Hairul. Mesti dah bahagia hidup aku sekarang ni.
Tapi tak mahulah lelaki yang mencurigakan macam dia tu. Entah-entah dah ada
anak isteri berderet-deret. Terpaksa je kahwin dengan aku sebab kena tangkap
basah.’ Izzanna mula berbicara sendirian dalam hati.
Tanpa dia sedari
ada sesusuk tubuh sedang memerhatinya dari jauh. Kemudian susuk tubuh milik
seorang lelaki itu memeluk tubuh Izzanna dari belakang dengan kuat. Ia
membuatkan Izzanna sukar untuk bernafas dan sekaligus dia menjerit.
“Arghhh!!! Apa kau
cuba buat ni?!! DAH GILA KE KAU HAIRUL?!”Izzanna menjerit dengan sepenuh hati
tanpa menghirau kiri dan kanan. Dia mengharap ada orang akan dengar dan
membantu dirinya yang dalam keadaan cemas kini.
“Izza, please!
Jangan menjerit kuat, nanti orang dengar.”
“Eh! Biarlah orang
dengar! Kau buat apa kat sini? Go away! Jangan cari pasal dekat sini”
Izzanna sedaya
upaya cuba melepaskan rangkulan Hairul ke atas dirinya. Dia membenci lelaki
itu. Jijik! Kemudian Hairul melepaskan Izzanna kerana tidak mahu wanita itu menjerit
lebih kuat.
“Izza, I miss you.
You tahukan yang I sayangkan you. I tahu you pun menderita tanpa I di sisi.
Maafkan I please! Perkara dulu-dulu tu tak payah lagi you kenang. I janji tak
buat lagi!” Hairul mula bersumpah. Dia sedaya upaya cuba meyakinkan Izzanna
untuk terus kemabali kepadanya.
“Hey! You tak
faham ke or buat-buat tak faham! I tak suka you. I juga dah move on okey! And I
tak boleh bersama dengan you lagi, faham tak?? You wanna me to speak in what
language? Tamil? Untuk you faham?”
“Benda ni benda
kecik. You tak payah nak kecoh-kecoh and jerit satu kampung. Please bukan I
sorang je yang macam ni.”
“You ingat I
bodoh? I tak mahu terlibat dengan apa yang you buat. Enough! I tak mau
memalukan family I. Kalau you rasa hidup you tu hebat macam ni, then go on.”
“Sebab I gay ke
you benci I? I don’t understand. You berfikiran kolot,” Hairul mula menuding
jari telujuknya kearah Izzanna.
“I tak nak you
ganggu I lagi.” Izzanna terus berjalan pergi dari tempat tersebut. Orang yang
tak faham bahasa buat apa dilayan.
Hairul naik
berang. Dia merentap tangan Izzanna dan mula mencengkam keras tangan kiri
wanita tersebut. Tiba-tiba satu tumbukan jurus mengenai wajah macho Hairul.
Bedebush! Hairul jatuh ke lantai. Darah merah keluar dari sisi bibirnya.
“Jangan ganggu
Izzanna lagi.” Karl dengan gagahnya bersuara. Manakala Izzanna menyorok di
belakang Karl sambil memegang tangan suaminya itu.
“Kau siapa nak
masuk campur?!” Hairul berang. Lelaki yang mencampuri urusan dia dan Izzanna
harus diberi pengajaran.
“Siapa aku itu tak
penting. Jom Izzanna.” Karl menarik tangan Izzanna dan memeluk wanita yang
dalam ketakutan itu.
“Hey! Kau
senang-senang je eh nak bawak girlfriend aku macam tu je. Kau siapa haa??”
“Sudahlah Hairul!
Jangan ganggu I lagi. This is my husband. Sekarang you puas?” Izzanna tiada
pilihan lain selain menceritakan hal yang sebenar. Dia tak mahu Hairul terus
mengganggu hidupnya lagi.
Hairul tercengang
dan tak mampu berkata apa-apa. Begitu juga Karl. Namun pelukan Karl terhadap
Izzanna semakin erat. Mereka berlalu pergi meninggal tempat tersebut.
“Terima kasih
sebab tolong saya tadi,” kata Izzanna ringkas. Masih malu-malu.
“Its okey perkara
kecil je tu. Lain kali you tunggu kat dalam office je lah. Tak payah keluar,”
Karl tersenyum sambil menfokuskan matanya ke arah jalanraya yang sesak.
“Karl, I mintak
maaf kalau..”
Karl memintas
kata-kata Izzanna.
“Izzanna, sudah. I
tak ambil peduli pun hal-hal ni. Lagipun its my job to help and protect you.”
“Karl, there are
some things that I tak mahu you terus buat..”
“Izzanna, kita ada
lagi 3 bulan untuk bersama. Cant we just stick to the plan?” Karl sekali lagi
memintas kata-kata Izzanna. Dia tak mahu semua ini menjadi sia-sia. Perasaan
dia dan Izzanna tak mungkin akan bertaut jikalau hanya dia yang merasa tapi Izzanna..
Entahlah !
“Karl, for just at
least once! Tolonglah bagi tahu I apa yang you sedang rahsiakan dari I! I’m
your wife and I need to know!” Izzanna tidak suka dirinya didustai. Tambahan
pula perasaannya mula bercambah terhadap sang suami.
“Apa yang I dustakan?
Izzanna, semua ini tak da gunanya lagi,” Karl mengeluh.
“I need to know
mana you pegi selama ni sampai you selalu lambat ambik I dari kerja. I need to
know mana you dapat duit banyak-banyak sampai you boleh bayar bil restoran
semalam!” Izzanna seperti separuh menjerit. Perasaan dia meronta-ronta ingin
tahu tentang Karl.
“Suatu masa nanti
you akan tahu juga Izzanna,” Karl menjawab ringkas.
Hari Izzanna hari
ini penuh dengan perjumpaan dengan klient. Tak dilupakan juga, Izzanna akan
berjumpa dengan proksi pembekal tekstil yang baru. Kali ini Izzanna boleh
menarik nafas lega setelah Fashionista terlepas dari beban hutang dan bankrupt.
Semua ini disebabkan pembekal tekstil mereka yang baru itu. Tekstil yang
ditawarkan mereka adalah dalam harga yang berpatutan disamping syarikat mereka
juga turut serta melabur di Fashionista. Tapi sayangnya, Izzanna hanya dapat
bertemu dengan proksi boss besar Syarikat KSHAH Holding sahaja. Pemiliknya
masih belum dapat bertemu lagi. Walaubagaimanapun, ini sudah cukup rahmat buat
Izzanna.
Masa juga berlalu
dengan pantas. Lagi beberapa minggu, genaplah 6 bulan Izzanna dan Karl melayari
bahtera perkahwinan yang hambar. Tiada cinta dan bahagia. Derita juga tidak
timbul dalam soal ini. Mereka cuma suami isteri atas nama. Dalam tempoh 6 bulan
ini jugalah Izzanna merindu dendam dengan Karl secara senyap-senyap.
Takut-takut ahli keluarganya tahu. Takut juga Karl tahu yang dia menyimpan
perasaan kepada sang suami.
Seboleh-bolehnya
Izzanna mahu tahu ke mana Karl pergi setiap hari, apa yang dilakukan lelaki itu
dan memeluk jejaka tersebut erat-erat sambil memanggilnya ‘baby’. Tapi semuanya
sudah terlambat. Bak kata Karl sendiri ‘sudah tiada gunanya’. Hanya keajaiban yang
mampu membawa Karl dan Izzanna bersama.
Karl
membelek-belek rantai berloket hati yang diperbuat daripada emas putih itu. Di
tengah-tengah hati itu, ada berlian sebesar ibu jarinya berkilau-kilau indah.
Loket itu dianggarkan bernilai ratusan ribu ringgit. Kalau Izzanna tahu soal
ini, pasti terkejut besar dia. Entah-entah Karl dituduh pencuri kerana memiliki
loket ini.
“Hanya dia yang
layak memakainya.” Karl memasukkan loket tersebut ke dalam kocek seluarnya.
Kemudian dia memandu kereta Honda Accord miliknya ke destinasi pertemuan dengan
sang kekasih yang dia cintai.
“Awak yakin yang
boss awak tu akan datang?” Izzanna membelek jam Swatch miliknya. Sudah hampir
pukul 9 malam.
“Sabar puan. Saya
yakin Encik Shah akan sampai tak lama lagi. Dia bukan jenis orang yang
memungkiri janji. Mungkin dia sibuk atau mungkin dia ada surprise untuk puan,”
kata Tajul merangkap proksi untuk pemilik KSHAH Holdings.
“Surprise? Tapi
saya dah tunggu lama ni. Hampir sejam tau,” Izzanna beria-ia mahu berjumpa
dengan empunya syarikat tekstil yang menjadi penyelamat kepada syarikatnya.
Tiba-tiba sepasang
mata milik Izzanna ditutup erat oleh tangan milik seorang yang tidak dikenali
dari arah belakang. Izzanna cuba meraba-raba dan hatinya mula berdetak kencang.
“Izzanna..”
“Awak siapa?
Tolong alihkan tangan awak dari mata saya,”
“Awak mesti kenal
siapa saya hanya dari suara ini,”
Izzanna meragut
tangan lelaki tersebut dari matanya. Kemudian cepat-cepat dia alihkan badan ke
belakang untuk melihat siapakah gerangan sang jejaka yang bersuara itu. Izzanna
terpaku seketika. Wajah jejaka itu adalah wajah yang tidak asing lagi dari
pandangan matanya. Pandangan mereka bertaut dan Izzanna serta merta mendakapi
jejaka tersebut. Oh Karlishah! Kini semua persoalan sudah terjawab. Karl bukan
seperti yang dia sangkakan. Oh Karl,you were made for me!
Karl tersenyum
melihat Izzanna. Dia juga membalas dakapan isterinya itu. ternyata perasaan
mereka saling berbalas. Di kala ini, merekalah pasangan yang paling bahagia di
dunia. Jodoh telah mempertemukan mereka dalam keadaan yang tidak sangka-sangka.
Akhirnya cinta menguasai segalanya.
Kaki Izzanna
menguis-nguis pasir pantai. Terasa berat kaki untuk melangkah. Kemudian
selangkah demi selangkah kaki diangkat, tak tahu mana arah tuju. Matanya redup
memandang segala sudut keindahan Pantai Miami, Pulau Pinang ini. Angin
sepoi-sepoi bahasa menyapu wajah mulus milik Izzanna membuatkan rambut ikal
mayangnya berterbangan menutup muka. Kemudian dia menyisir rambut kembali ke
belakang telinga.
Hatinya masih
dalam keadaan remuk redam. Belum sembuh sepenuhnya akibat bahana putus cinta.
Kekasih yang dia amat cintai mendustai dirinya dalam diam. Tak usah lagi
dikenang perkara dahulu, kini masa untuk meneruskan hidup dan melupakan
segalanya. Kedatangan Izzanna ke pulau ini sedikit sebanyak dapat menenangkan
mindanya sebelum dia berangkat kembali ke Kuala Lumpur untuk meneruskan rutin
harian bekerja menguruskan syarikat ibu bapanya.
Awan hitam mula
berarak lambat-lambat memberi tanda hujan mahu turun selebat-lebatnya. Izzanna
seakan-akan tidak mahu berganjak dari pantai tersebut. Mahu menikmati hujan
yang bakal turun selebat-lebatnya. Dia mengumpamakan hujan yang lebat itu
interpretasi hatinya yang sedang juga lebat dengan air mata.
Hujan mulai turun,
perlahan dan kemudian lebat. Orang ramai yang bersantai di pantai tersebut naik
ke darat. Ada yang berlari-lari anak dek tak mahu terkena hujan. Namun Izzanna
sahaja yang masih disitu. Tak berganjak. Air matanya berhamburan. Izzanna tak
mampu menahan lagi. Segala duka, amarah dan rindu dendam dilampiaskan. Hampir
sepuluh minit Izzanna di situ. Hujan makin lebat dan ada sedikit guruh
berdentum dentam.
Tanpa Izzanna
sedari seorang lelaki berbadan agak tegap dalam lingkungan awal 30an menarik
batang tubuhnya. Lelaki berkemeja lengan pendek putih dan berseluar pendek
paras betis itu mendukung Izzanna dan membawanya ke sebuah pondok beratap
rumbia tidak jauh dari kawasan pantai. Izzanna yang dalam keadaan terkejut
meronta-ronta ingin dilepaskan dan menumbuk tubuh sasa lelaki yang dianggap gila
itu.
“Eh ! Lepaskan aku
orang gila! Apa kau tengah buat ni??” Jerit Izzanna sambil meronta-ronta mahu
diturunkan,
“Eh? Siapa yang
gila sebenarnya ni? Kau ingat aku suka dukung-dukung orang ni. Berat tau !”
Balas lelaki bertubuh tegap itu. Kemudian dia terus melepaskan dukungannya ke
bawah membuatkan Izzanna terjelepok ke atas tanah.
“Gila ! Gila! Kau
memang lelaki sewel! Dahlah kau cempung aku macam tu je lepas tu bawak ke
pondok ape tah ni. Kemudian kau lepaskan aku jatuh macam ni.” Ngomel Izzanna
sambil mengurut-ngurut pinggulnya yang sakit akibat terhepap di tanah.
“Amboi sedap-sedap
mulut awak cakap saya gila. Awak sedar tak sekarang ni hujan lebat? Yang awak
duduk kat tengah pantai sorang-sorang tu kenapa? Nak kena panah petir?” Balas
lelaki itu pula. Wajah lelaki tersebut makin memerah. Menahan marah agaknya.
“Ikut suka hati
saya lah!” Jawab Izzanna sambil memandang kearah bertentangan. Air mata
mengalir perlahan-lahan dari kelopak matanya.
Lelaki bertubuh
tegap itu mendekati Izzanna dan kemudian membuka pakaiannya untuk diberikan
kepada Izzanna sebagai pelindung dari kesejukan. Izzanna terdiam seketika
dengan tindakan lelaki tersebut. Dia kemudian beralih tubuh kearah lelaki itu.
Mata mereka saling bertaut. Dek kerana malu Izzanna menundukkan pandangannya.
Sedar dengan tindakan itu, lelaki itu cepat-cepat berdiri sedikit jauh dari
Izzanna.
“Hmm, awak ada
masalah ke? Anyway, nama saya Karlishah. Awak boleh panggil saya Karl,” tegur
Karl perlahan. Dia tidak mahu menaikkan lagi api kemarahan gadis ini.
“Saya okey. Tak
apa-apa. Nama saya Izzanna,”. Jawab Izzanna ringkas sambil mengulas senyuman.
Baju Karl ditarik-tarik menutupi bahagian dadanya.
“Tapi tadi saya
tengok awak menangis, macam orang ada masalah. Kalau awak tak keberatan boleh
ceritakan. Tapi kalau awak rasa saya bukan orang yang terbaik untuk mendengar,
then it’s okey,”. Karl tersenyum memandang Izzanna. Dia cuma prihatin terhadap
gadis dihadapannya ini. Izzanna dilihat seperti ada perkara yang terbuku di
hati.
“Tak apa, saya
okey saja. Anyway thanks sebab bagi pinjam baju ni dan thanks jugak sebab
selamatkan saya tadi,”, kata Izzanna yang termalu dengan tindakannya sebelum
ini.
Izzanna dan Karl
berbual-bual kosong sambil ditemani hujan yang makin lama makin mengendur
lebatnya. Namun perbualan mereka tiba-tiba tergendala apabila sebilangan
penduduk kampung di kawasan sekitar pantai tersebut menyerbu mereka berdua.
Mereka dituduh melakukan maksiat !
“Tok Imam,
percayalah cakap kami. Saya dan dia tak buat apa-apa pun. Saya baru je kenal
dia. Nama penuh pun tak tahu lagi !” Jelas Karl beria-ia. Dia sedaya upaya
meyakinkan Tok Imam supaya tidak mengahwinkan mereka berdua.
Namun Tok Imam
kelihatan seperti masih bertegas. Tambahan pula Karl dilihat tidak berbaju dan
hanya berdua-duaan sahaja dengan Izzanna di pondok tersebut. Izzanna pula diam
tak terkata apa-apa. Dia hanya mampu menangis dan berharap semua dugaan yang
menimpanya sekarang ini akan berakhir. Sudahlah baru putus cinta, sekarang
dipaksa kahwin pula!
“Tok tak boleh
berlembut lagi dengan kamu berdua. Mahu atau tidak, rela tak rela kamu berdua
mesti dikahwinkan! Tok tak mahu maksiat terus berleluasa!” Keputusan muktamad
Tok Imam sudah dikeluarkan. Maknanya tiada lagi kompromi.
Akhirnya, Karl
menikahi Izzanna dalam keterpaksaan. Izzanna menangis sepanjang sesi akad nikah
dijalankan. Masakan tidak, dia langsung tidak mencintai Karl mahupun mengenali
siapa Karl sebenarnya. Lagi pula, apa yang mahu dia beritahu kepada orang
tuanya setelah sekembalinya dia ke Kuala Lumpur. Semuanya sangat menghimpit
jiwa Izzanna. Rasa seperti nak mati saja!
“Izzanna, sampai
hati kamu menconteng arang di muka kami? Kami tak sangka kamu tergamak
memalukan mama dan papa!” Datuk Hisham naik angin. Kali ini Izzanna betul-betul
menaikkan api kemarahannya.
“Papa, Izzanna tak
sangka semua ini boleh terjadi. Percayalah pa, Izzanna….”
Izzanna mula
menangis. Bapanya tak pernah sebegini berang. Manakala Datin Zaiton, ibunya
cuma mendiamkan diri dan langsung tidak menyebelahi Izzanna. Mereka berdua
seakan-akan tidak percaya akannya. Walaupun Daniel, adik Izzanna cuba
mententeramkan Datuk Hisham namun, mereka tetap menyalahkan Izzanna. Kata
mereka, Izzanna tak habis-habis membuat masalah. Cukup-cukuplah dengan masalah
kekasih Izzanna yang lepas. Ini ditambah pula dengan perkahwinan mengejut
Izzanna. Semua masalah ini hanya akan memburukkan reputasi keluarganya sahaja.
“Datuk, saya minta
maaf mencelah tapi saya rasa Datuk tak boleh menyalahkan Izzanna tentang hal
ini. Saya yang bersalah. Ya, kerana sayalah Izzanna terpaksa berkahwin. Jadi
Datuk hukum dan marahlah saya, bukan Izzanna,”. Tiba-tiba Karl bersuara.
Kata-katanya meluruhkan sedikit kesedihan di hati Izzanna.
“Baiklah kalau kau
dah berkata macam tu, aku nak kau buat sesuatu untuk aku,” Datuk Hisham mula
mengeluarkan syarat-syaratnya.
“Kenapa awak cakap
macam tu dengan papa saya? Awak tak kenal papa saya. Awak tak tahu apa yang dia
boleh buat,”. Izzanna ternyata menyesal kerana tidak menghalang Karl dari
menyetujui syarat bapanya tadi. Seburuk-buruk Karl pun, Izzanna tidak sekejam
itu untuk menetapkan syarat yang bukan-bukan kepada Karl.
“Saya menuruti
syarat tersebut kerana saya tahu saya yang bersalah. Lagipun, saya memang tak
ada pekerjaan sekarang. Eloklah saya jadi driver awak. Pasal soal kita kena
merahsiakan perkahwinan ini, saya rasa inilah cara yang terbaik untuk menutup
malu keluarga awak. Saya pun tahu yang awak tak suka akan perkahwinan ni. Jadi,
janganlah paksa diri awak tu. Untuk 6 bulan ni saya berjanji takkan sentuh awak
dan akan turut semua arahan awak dan keluarga awak,”.
Karl bagi Izzanna
adalah lelaki paling bodoh kerana menerima syarat-syarat bapanya. Karl seorang
suami dan dia punya hak ke atas Izzanna dan punya pilihan untuk tolak semua
syarat Datuk Hisham. Tambahan pula, Izzanna bukan gadis calang-calang. Dia
jelita, berkerjaya dan ada segala-galanya yang boleh membuatkan wanita lain
cemburu. Sesiapa yang memiliki Izzanna bermakna mereka memiliki semua kepunyaan
wanita itu termasuk harta kekayaannya.
“Karl! Cepat! Awak
tahu tak saya dah lambat ni !” Izzanna menjerit dari bawah. Sikap dingin dan
arah mengarah Izzanna makin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Tambahan pula
syarikatnya sekarang mengalami masalah. Fashionista Sdn. Bhd. tidak mampu
membayar pembekal tekstil untuk membuat pakaian rekaan mereka oleh kerana
masalah kewangan yang semakin merunsingkan. Kalau masalah ini tidak dapat
dikawal dengan baik, ada kemungkinan Fashionista bakal bankrup!
“Yes ! Kejap saya
turun, saya dekat toilet ni !”
“Awak ingat saya
main-main ke? Ni lagi satu, tolong jangan panggil saya Izzanna. Panggil saya
Cik Izzanna. Saya tak mahu pekerja saya dengar awak panggil saya dengan nama
je,” Izzanna sedaya upaya cuba menutup soal perkahwinannya dari pengetahuan
umum.
“Iya, awak tak
perlu risau. Dah hampir 2 bulan saya buat kerja ni. Saya tak pernah terlepas
cakap,” jawab Karl. Dia begitu sabar dengan sikap Izzanna yang tak menentu
angin amarahnya itu.
“Eh kacaklah kan
pemandu baru Miss Izzanna tu. I like..!” Pekerja syarikat Izzanna mula
bergosip. Sejak Karl mula bekerja dengan Izzanna, ramai pekerja Fashionista
mula mengorat Karl. Ada yang memberi nombor telefon. Ada pula yang mahu belanja
makan. Tapi Karl hanya menolak permintaan mereka secara lembut. Dia tak mahu
menimbulkan masalah dan perkara yang dia dan Izzanna sorokkan selama ini
terbongkar. Selain itu, hatinya juga sudah terpaut…
“Eh, apa yang awak
semua pandang-pandang ni? Continue your work! Kalau tak mahu kerja boleh
berhenti. Kurang beban syarikat ni!”, marah Izzanna.
Kata-kata
pekerjanya itu bagai menusuk-nusuk hatinya. Makin lama makin menjadi-jadi. Lain
kali Karl tak boleh masuk office lagi. Cukup setakat menghantarnya di luar
saja.
“Karl, lepas ni
awak tak payahlah lagi hantar saya sampai masuk dalam,”
“Kenapa? Awak
cemburu?”
“Tak da masa saya
nak cemburu,”
“Kalau awak
cemburu cakap sajalah,”
“Tak!”
“Ye kan..”
“Tak! Tak!
Taakkkkkkk!”
PANG! Izzanna
menghempas fail di atas mejanya. Habis semua kertas-kertas lukisan hasil rekaan
fesyennya berterbangan dan bertaburan di atas lantai. Kemudian dia terus keluar
dari pejabat sambil menghempas pintu. Karl cuma menggelengkan kepala dan
mengutip semua kertas-kertas ynag bertaburan di atas lantai. Sikap Izzanna yang
panas baran itu tidak boleh dikawal lagi. Bila-bila dia rasa nak meletup, dia
akan meletup saja tanpa memikirkan orang kiri dan kanan.
“Awak pergi mana
ni? Dah dekat sejam saya tunggu tau!” Izzanna merungut. Sudah hampir sejam dia
menunggu di luar koridor syarikatnya. Karl selalu sahaja lambat bila mahu
menjemputnya pulang. Ada saja alasannya.
“Sorry sangat!
Tadi saya ada hal sekejap. Jalan jammed pulak,”
“Awak ni kerja
dengan saya ke awak ada buat kerja lain?!”
“Ermm.. tak saya
cuma lambat sikit je. Sudahlah, awak masuk cepat.”
“Kalau saya dapat
tahu..!”
“Awak nak saya
bawak pegi makan?” Karl cepat-cepat menukar topik. Dia tak mahu Izzanna terus
bertanya.
“Awak cuba tukar
topik ye? Awak dah kahwin? Awak pergi jumpa anak bini awak kan??” Izzanna cuba
menelah.
Banyak rahsia yang
tersimpan kemas mengenai Karl yang dia tidak tahu. Walaupun sudah bergelar
suami isteri selama dua bulan, Karl begitu perahsia dan tidak banyak perkara
yang dia tahu mengenai lelaki ini. Manakala Karl pula seperti sudah tahu luar
dalam masalah keluarga Izzanna dan begitu prihatin mengenainya. Cuma satu
perkara saja yang dirahsiakan Izzanna dari Karl, mengenai kekasih lamanya.
“Cepatlah, awak
nak makan tak? Saya belanja awak ye,” Karl cuba memujuk Izzanna.
“Are you sure nak
belanja I? Macamlah ada duit..”
“Hmm.. tak mahu
sudah,”
“Okey.. okey..
Cepat, saya dah lapar ni!” Izzanna akhirnya termakan juga pujukkan Karl.
“Waiter, tolong
kirakan semua,” arah Izzanna.
“Puan, semua ni
dah dibayar,” jawab waiter tersebut sambil tersenyum.
“Dah dibayar?
Siapa yang bayar?” Izzanna curiga. Siapa pula yang bayar ni? Tak mungkin Karl.
Tadi Izzanna mengarahkan dia mengambil kereta.
“Encik Karl puan.”
Izzanna tersentak.
Mana lelaki itu dapat duit sebanyak ini untuk membayar bil makan malam hari
ini. Lagi pula restoran ini berkelas lima bintang. Namun, Izzanna mengambil
jalan untuk mendiamkan diri dan cuba menyiasat sendiri siapakah Karl yang
sebenarnya.
“Cik Izzanna,
keadaan syarikat kita semakin teruk. Cik harus buat sesuatu. Mereka dah tak
mahu bekal tekstil pada kita selagi hutang tak dilangsaikan. Lagi pun mereka
dah kata yang mereka mahu menamatkan kontrak dengan syarikat kita tak lama
lagi,” Fakhrul menerangkan permasalahan syarikat mereka kepada Izzanna.
“Mereka tak boleh
buat macam tu! Kan kontrak kita dengan syarikat mereka tamat lagi 2 tahun,”
kata Izzanna. Keadaan semakin merunsingkan. Kalau dibiarkan boleh lingkup
syarikat ini.
Tiba-tiba pintu
bilik Izzanna dikuak. Aleysha, pembantu peribadi Izzanna masuk dengan wajah
penuh senyuman.
“Cik Izzanna
jangan risau. Nampaknya ada satu syarikat tekstil ni yang ingin membantu kita.
Mereka bersedia untuk melabur dengan Fashionista dan membekalkan tekstil dengan
harga yang berpatutan. Apa kata Cik?”
Izzanna tersenyum
lebar sambil memandang pekerjanya dengan pandangan penuh makna. It’s time to
change!
Izzanna mulai
keluar dari pintu pejabatnya dan menuju ke tempat letak kereta bangunan. Hari
ini Karl seperti biasa tiba lambat dari waktu yang sepatutnya. Izzanna mengambil
masa menanti Karl dengan mengelamun sendirian sambil berdiri di tepi koridor.
‘Karl tu handsome
juga kalau selalu dipandang. Tapi sayang, dia tak cintakan aku. Kalaulah aku
jumpa dia sebelum aku jumpa Hairul. Mesti dah bahagia hidup aku sekarang ni. Tapi
tak mahulah lelaki yang mencurigakan macam dia tu. Entah-entah dah ada anak
isteri berderet-deret. Terpaksa je kahwin dengan aku sebab kena tangkap basah.’
Izzanna mula berbicara sendirian dalam hati.
Tanpa dia sedari
ada sesusuk tubuh sedang memerhatinya dari jauh. Kemudian susuk tubuh milik
seorang lelaki itu memeluk tubuh Izzanna dari belakang dengan kuat. Ia
membuatkan Izzanna sukar untuk bernafas dan sekaligus dia menjerit.
“Arghhh!!! Apa kau
cuba buat ni?!! DAH GILA KE KAU HAIRUL?!”Izzanna menjerit dengan sepenuh hati
tanpa menghirau kiri dan kanan. Dia mengharap ada orang akan dengar dan
membantu dirinya yang dalam keadaan cemas kini.
“Izza, please!
Jangan menjerit kuat, nanti orang dengar.”
“Eh! Biarlah orang
dengar! Kau buat apa kat sini? Go away! Jangan cari pasal dekat sini”
Izzanna sedaya
upaya cuba melepaskan rangkulan Hairul ke atas dirinya. Dia membenci lelaki
itu. Jijik! Kemudian Hairul melepaskan Izzanna kerana tidak mahu wanita itu
menjerit lebih kuat.
“Izza, I miss you.
You tahukan yang I sayangkan you. I tahu you pun menderita tanpa I di sisi.
Maafkan I please! Perkara dulu-dulu tu tak payah lagi you kenang. I janji tak
buat lagi!” Hairul mula bersumpah. Dia sedaya upaya cuba meyakinkan Izzanna
untuk terus kemabali kepadanya.
“Hey! You tak
faham ke or buat-buat tak faham! I tak suka you. I juga dah move on okey! And I
tak boleh bersama dengan you lagi, faham tak?? You wanna me to speak in what
language? Tamil? Untuk you faham?”
“Benda ni benda
kecik. You tak payah nak kecoh-kecoh and jerit satu kampung. Please bukan I
sorang je yang macam ni.”
“You ingat I
bodoh? I tak mahu terlibat dengan apa yang you buat. Enough! I tak mau
memalukan family I. Kalau you rasa hidup you tu hebat macam ni, then go on.”
“Sebab I gay ke
you benci I? I don’t understand. You berfikiran kolot,” Hairul mula menuding
jari telujuknya kearah Izzanna.
“I tak nak you
ganggu I lagi.” Izzanna terus berjalan pergi dari tempat tersebut. Orang yang
tak faham bahasa buat apa dilayan.
Hairul naik
berang. Dia merentap tangan Izzanna dan mula mencengkam keras tangan kiri
wanita tersebut. Tiba-tiba satu tumbukan jurus mengenai wajah macho Hairul.
Bedebush! Hairul jatuh ke lantai. Darah merah keluar dari sisi bibirnya.
“Jangan ganggu
Izzanna lagi.” Karl dengan gagahnya bersuara. Manakala Izzanna menyorok di
belakang Karl sambil memegang tangan suaminya itu.
“Kau siapa nak
masuk campur?!” Hairul berang. Lelaki yang mencampuri urusan dia dan Izzanna
harus diberi pengajaran.
“Siapa aku itu tak
penting. Jom Izzanna.” Karl menarik tangan Izzanna dan memeluk wanita yang
dalam ketakutan itu.
“Hey! Kau
senang-senang je eh nak bawak girlfriend aku macam tu je. Kau siapa haa??”
“Sudahlah Hairul!
Jangan ganggu I lagi. This is my husband. Sekarang you puas?” Izzanna tiada
pilihan lain selain menceritakan hal yang sebenar. Dia tak mahu Hairul terus
mengganggu hidupnya lagi.
Hairul tercengang
dan tak mampu berkata apa-apa. Begitu juga Karl. Namun pelukan Karl terhadap
Izzanna semakin erat. Mereka berlalu pergi meninggal tempat tersebut.
“Terima kasih
sebab tolong saya tadi,” kata Izzanna ringkas. Masih malu-malu.
“Its okey perkara
kecil je tu. Lain kali you tunggu kat dalam office je lah. Tak payah keluar,”
Karl tersenyum sambil menfokuskan matanya ke arah jalanraya yang sesak.
“Karl, I mintak
maaf kalau..”
Karl memintas
kata-kata Izzanna.
“Izzanna, sudah. I
tak ambil peduli pun hal-hal ni. Lagipun its my job to help and protect you.”
“Karl, there are
some things that I tak mahu you terus buat..”
“Izzanna, kita ada
lagi 3 bulan untuk bersama. Cant we just stick to the plan?” Karl sekali lagi
memintas kata-kata Izzanna. Dia tak mahu semua ini menjadi sia-sia. Perasaan
dia dan Izzanna tak mungkin akan bertaut jikalau hanya dia yang merasa tapi
Izzanna.. Entahlah !
“Karl, for just at
least once! Tolonglah bagi tahu I apa yang you sedang rahsiakan dari I! I’m
your wife and I need to know!” Izzanna tidak suka dirinya didustai. Tambahan
pula perasaannya mula bercambah terhadap sang suami.
“Apa yang I
dustakan? Izzanna, semua ini tak da gunanya lagi,” Karl mengeluh.
“I need to know
mana you pegi selama ni sampai you selalu lambat ambik I dari kerja. I need to
know mana you dapat duit banyak-banyak sampai you boleh bayar bil restoran
semalam!” Izzanna seperti separuh menjerit. Perasaan dia meronta-ronta ingin
tahu tentang Karl.
“Suatu masa nanti
you akan tahu juga Izzanna,” Karl menjawab ringkas.
Hari Izzanna hari
ini penuh dengan perjumpaan dengan klient. Tak dilupakan juga, Izzanna akan
berjumpa dengan proksi pembekal tekstil yang baru. Kali ini Izzanna boleh
menarik nafas lega setelah Fashionista terlepas dari beban hutang dan bankrupt.
Semua ini disebabkan pembekal tekstil mereka yang baru itu. Tekstil yang
ditawarkan mereka adalah dalam harga yang berpatutan disamping syarikat mereka
juga turut serta melabur di Fashionista. Tapi sayangnya, Izzanna hanya dapat
bertemu dengan proksi boss besar Syarikat KSHAH Holding sahaja. Pemiliknya
masih belum dapat bertemu lagi. Walaubagaimanapun, ini sudah cukup rahmat buat
Izzanna.
Masa juga berlalu
dengan pantas. Lagi beberapa minggu, genaplah 6 bulan Izzanna dan Karl melayari
bahtera perkahwinan yang hambar. Tiada cinta dan bahagia. Derita juga tidak
timbul dalam soal ini. Mereka cuma suami isteri atas nama. Dalam tempoh 6 bulan
ini jugalah Izzanna merindu dendam dengan Karl secara senyap-senyap.
Takut-takut ahli keluarganya tahu. Takut juga Karl tahu yang dia menyimpan
perasaan kepada sang suami.
Seboleh-bolehnya
Izzanna mahu tahu ke mana Karl pergi setiap hari, apa yang dilakukan lelaki itu
dan memeluk jejaka tersebut erat-erat sambil memanggilnya ‘baby’. Tapi semuanya
sudah terlambat. Bak kata Karl sendiri ‘sudah tiada gunanya’. Hanya keajaiban
yang mampu membawa Karl dan Izzanna bersama.
Karl
membelek-belek rantai berloket hati yang diperbuat daripada emas putih itu. Di
tengah-tengah hati itu, ada berlian sebesar ibu jarinya berkilau-kilau indah.
Loket itu dianggarkan bernilai ratusan ribu ringgit. Kalau Izzanna tahu soal
ini, pasti terkejut besar dia. Entah-entah Karl dituduh pencuri kerana memiliki
loket ini.
“Hanya dia yang
layak memakainya.” Karl memasukkan loket tersebut ke dalam kocek seluarnya.
Kemudian dia memandu kereta Honda Accord miliknya ke destinasi pertemuan dengan
sang kekasih yang dia cintai.
“Awak yakin yang
boss awak tu akan datang?” Izzanna membelek jam Swatch miliknya. Sudah hampir
pukul 9 malam.
“Sabar puan. Saya
yakin Encik Shah akan sampai tak lama lagi. Dia bukan jenis orang yang
memungkiri janji. Mungkin dia sibuk atau mungkin dia ada surprise untuk puan,”
kata Tajul merangkap proksi untuk pemilik KSHAH Holdings.
“Surprise? Tapi
saya dah tunggu lama ni. Hampir sejam tau,” Izzanna beria-ia mahu berjumpa
dengan empunya syarikat tekstil yang menjadi penyelamat kepada syarikatnya.
Tiba-tiba sepasang
mata milik Izzanna ditutup erat oleh tangan milik seorang yang tidak dikenali
dari arah belakang. Izzanna cuba meraba-raba dan hatinya mula berdetak kencang.
“Izzanna..”
“Awak siapa?
Tolong alihkan tangan awak dari mata saya,”
“Awak mesti kenal
siapa saya hanya dari suara ini,”
Izzanna meragut
tangan lelaki tersebut dari matanya. Kemudian cepat-cepat dia alihkan badan ke
belakang untuk melihat siapakah gerangan sang jejaka yang bersuara itu. Izzanna
terpaku seketika. Wajah jejaka itu adalah wajah yang tidak asing lagi dari
pandangan matanya. Pandangan mereka bertaut dan Izzanna serta merta mendakapi
jejaka tersebut. Oh Karlishah! Kini semua persoalan sudah terjawab. Karl bukan
seperti yang dia sangkakan. Oh Karl,you were made for me!
Karl tersenyum
melihat Izzanna. Dia juga membalas dakapan isterinya itu. ternyata perasaan
mereka saling berbalas. Di kala ini, merekalah pasangan yang paling bahagia di
dunia. Jodoh telah mempertemukan mereka dalam keadaan yang tidak sangka-sangka.
Akhirnya cinta menguasai segalanya.
December 5, 2015 at 4:47 PM
Knp ulang 2 kali