rss


“Euwwww! Seriously, kau nak suruh aku mandi kat toilet macam ni?” jerit Zara, seorang gadis bandar. “At least, you should have bath up. Tak mungkin aku boleh mandi dengan keadaan toilet yang macam ni. It’s suck!”
Kalaulah diikutkan hati, mahu sahaja aku lempang minah saleh celup ni karang! Cukup baik aku suruh dia mandi kat bilik air daripada aku suruh dia pergi mandi kat sungai sana. Hishhhh mengada betullah dia ni!
“Erin, please do something. Badan aku dah melekit ni. Aku tak tahulah macam mana kau boleh hidup dalam rumah yang panas bahang macam ni. Berpeluh-peluh badan aku tau. Euwww….”
Sabar Rin, sabar. Kalau tak kerana bapak dia, Dato Zarif tu yang suruh dia tinggal kat sini sementara waktu, tak adanya aku nak jaga dia. Menyusahkan aku hari-hari adalah. Dan kalau tak kerana urusan syarikat bapak dia yang dah nak muflis tu, dah lama aku halau minah saleh celup ni dari rumah aku. Inilah akibatnya manjakan sangat anak dia ni, sampaikan anak dia pakai kad kredit beribu riban pun dia tak sedar. Akibatnya, tanggunglah hutang piutang dari bank.
“Erin, apakata kau bawa aku jalan-jalan pusing keliling kampung ni?” Apalagilah karenah minah sorang ni. Jenuh aku nak melayan.
“Cepatlah Erin. Lembab betullah kau ni.” Amboi, sedap mulut dia panggil aku lembab. Karang aku taknak bawa baru kau tau.
“Apa tunggu lagi? Jomlah.”
“Jalan kaki?”
“Habis tu, kau nak aku dukung kau?”
“You don’t have a bike? Or motorcycle? At least, a car. Oh sorry, kau tak mampu beli kereta.”
Tak guna punya minah saleh celup! Apa dia ingat aku tak mampu nak pakai kereta? Arwah bapak aku dulu pun ada keretalah. Itupun kereta saga petak tapi dah dijual. At least, family aku mampu jugak pakai kereta.
“Kau nak jalan-jalan ke tak nak ni? Kalau tak nak, aku banyak lagi kerja lain nak kena buat kat rumah tu daripada 24 jam kena melayan karenah kau. Kau tu ingat sikit, kau hanya duduk menumpang je kat rumah aku. Sini kampung aku, bukan tempat kau.” Zara akhirnya terdiam selepas kena bebel oleh aku. Padan muka kau!
“Pewitttttt! Awek cun siot…!” jerit Mahadi, salah seorang budak paling nakal yang terkenal di kampung.
“Rin, kau taknak ke kenalkan kawan kau tu kat aku? Cun tu.”
“Mimpi jelah kau Mahadi. Dia ni perempuan bertaraf high class. Kau mampu ke nak tanggung dia nanti? Aku takut bapak kau punya harta habis dalam satu hari je sebab nak menangkan hati minah ni.” Zara langsung tidak mahu memandang ke arah Mahadi.
“Kalau dah macam tu, apsal dia nak duduk kat kampung ni?” Zara menyenggol lengan Erin kerana tidak mahu Erin membocorkan rahsia keluarganya.
“Kalau kau nak tahu, kau tanyalah dia sendiri. Eh dah lah, aku blah dulu.”
Makin lama aku layan si Mahadi ni, makin banyak pulak yang dia nak tahu nanti. Si Zara ni pulak tak habis-habis main senggol tangan aku. Ingat aku ni bodoh sangat ke nak cerita hal dia satu kampung. Hello, dia artis ke?
Kedengaran deruman enjin kereta Aliff dari jauh. PIN! PIN!
“Hai Erin. Nak pergi mana ni?” tegur Aliff.
“Tak ada pergi mana pun. Saja jalan-jalan.”
“Tak penat ke jalan kaki ni?”
“Penat sangat… Awak nak tumpangkan saya ke?” celah Zara.
“Eh Zara, bukan ke tadi kau cakap nak jalan-jalan?”
“Yes, I told you like that but now, aku dah penat. Badan aku dah berpeluh-peluh. I need an aircond.”
Ishhh dia ni. Aliff tak ada pun tawar suruh naik kereta dia. Tak malu betul!
“Erin, jomlah saya hantar awak balik. Kesian kawan awak dah penat.” tawar Aliff.
Hah nasib baiklah si Aliff ni baik hati nak bagi kau duduk dalam kereta dia. Taubat aku bawa minah ni jalan keliling kampung. Bilalah urusan Dato Zarif ni nak selesai? Aku dah penat layan karenah anak manja dia ni.
Zara tiba-tiba sahaja mengambil tempat di sebelah Erin. “Erin…”
Ni tak lain tak bukan, adalah ni yang dia nak mengendeng. Apa pulak bala yang aku dapat lepas ni?
“Siapa mamat yang tumpangkan kita petang tadi tu?”
Aku dah agak dah, mesti dia nak tau pasal Aliff. Kenapa mesti Aliff? Si Mahadi yang berkenan dekat dia tu, tak nak pulak dia tanya.
“Erin, kau dengar tak aku cakap apa tadi?”
Malas betul aku nak melayan minah
nilah! “Tak. Dah lah, jangan kacau aku nak tengok drama ni.”
Tiba-tiba Zara merampas remote control tv yang dipegang Erin.
“Hoi apa main rampas-rampas ni. Aku kata jangan kacau, janganlah kacau.”
“Aku nak tahu pasal mamat petang tadi tu.” tempik Zara.
“Mamat mana kau maksudkan ni? Si Mahadi tu ke? Tadi bukan main kau jual mahal dengan dia. Sekarang kau sibuk mengendeng kat aku sebab nak tanya pasal dia.”
“Bila masa aku jual mahal? Kan dia sendiri yang baik hati nak hantarkan kita balik.”
“Kalau kau nak tau pasal dia, kau pergi cari dan tanya kat dia sendiri. Aku tak berminat nak bercakap dengan kau.” Lepas kau dah buat hidup aku huru hara kat kampung ni, sekarang kau nak kacau lelaki idaman aku pulak? Jangan haraplah!
Pagi-pagi lagi aku tak nampak kelibat si Zara kat rumah. Mana dia pergi ni? Atau dia dah pulang ke tempat asal dia? Bila masa pulak Dato Zarif datang sini jemput dia? Kenapa aku tak tau apa-apa pasal ni? Ishhh mana pulak dia hilang ni… tak kanlah dia merajuk pasal aku sebab aku tak nak cakap dengan dia semalam kot?
“Aduhhh…sakitnya…!” jerit seorang kanak-kanak.
“Adik tak apa-apa ke?” Zara segera mendapatkan seorang kanak-kanak yang baru sahaja jatuh dari basikal yang dinaikinya.
“Sakit kak…” rengek kanak-kanak tersebut.
“Macam mana adik boleh jatuh ni. Mari sini kakak tengokkan.” Zara meniup-niup luka di lutut kanak-kanak tersebut.
“Luka ni perlu dibersihkan kalau tak kuman boleh masuk. Rumah adik jauh tak kalau dari sini?” tanya Zara.
“Tak kak. Depan tu je.” ujar kanak-kanak tersebut sambil menunjukkan arah tempat tinggalnya.
“Mari sini kakak dukung adik sampai depan rumah.” ujar Zara sambil mendukung kanak-kanak itu di bahunya.
“Nama adik siapa? Nama kakak, Zara Amanda Imani.
“Sedapnya nama kakak. Nama saya Amira Aisyah.
Sebaik sahaja sampai di rumah Amira, Amira langsung mendapatkan seorang wanita yang kelihatan sedikit berusia itu. Ibunya kah?
“Terima kasih nak sebab sudi hantarkan cucu makcik pulang ke rumah.”
“Oh, ini cucu makcik rupanya. Maafkan saya, saya ingat makcik ni ibu Amira.”
Wanita berusia 40-an itu sekadar tersenyum.
“Amira ni cucu angkat makcik. Anak lelaki makcik yang ambik Amira ni sebagai anak angkat dia. Katanya buat peneman makcik kat kampung ni kalau-kalau dia tak dapat pulang ke kampung sebab banyak kerja.” Zara mendengar dengan penuh perhatian.
“Mari sini saya bersihkan lukanya.” ujar Zara sambil mencapai kain basah yang dipegang oleh ibu Amira dan membersihkan luka di lutut Amira. Amira menjerit kesakitan.
“Sabar ye dik. Sikit je ni. Tak lama lagi baiklah ni. Lepas ni main basikal hati-hati ye.” ujar Zara sambil menampal luka tersebut dengan pembalut luka.
“Terima kasih ye nak, susah-susahkan kamu sahaja. Jemput minum. Ini je yang makcik ada untuk dihidangkan.” ujar ibu Amira sambil membawa jug berisi air serta sedikit kuih muih.
“Ishh tak apalah makcik. Susah-susah makcik je hidangkan semua ni. Lagipun saya ikhlas tolong adik Amira ni makcik.”
Manalah aku nak cari si Zara ni. Tak habis-habis menyusahkan aku! Kalau aku jumpa dia, memang siap dia kena bebel dengan aku. Eh…itu macam Zara. Apa pulak dia buat kat rumah ibu Aliff tu? Takkanlah dia terus pergi jumpa ibu Aliff untuk tahu pasal Aliff? Macam mana dia boleh tau tu rumah Aliff? Ishhh dah melampau si Zara ni. Berani dia nak curi Aliff dari aku!
“Zara, apa kau buat kat sini? Kau tau tak hampir satu kampung ni aku keliling sebab nak cari kau sorang je tau. Kau ni boleh tak kalau satu hari tak menyusahkan hidup aku?”
“Siapa suruh kau cari aku? Aku keluar pergi kedai kejap je. Lagipun aku dah hafal jalan-jalan kat kampung ni. I’ll make sure, aku takkan sesat punya.”
Amboi, berlagak pulak dia ye. Takkan sesat konon! Kata pergi kedai, habis tu yang dia menyinggah kat rumah ibu Aliff tu buat apa pulak? Ingat aku tak tau kau dari mana?
“Heh Zara. Kau tu anak Dato. Kalau jadi apa-apa pada kau, apa aku nak jawab dengan Dato Zarif, bapak kau tu nanti? Paling tidak, aku yang dipersalahkan sebab tak jaga anak manja dia ni dengan baik.”
“I’m not kids anymore, Erin. Aku tau aku dah banyak susahkan kau. Sebab tu aku tak nak terlalu bergantu
ng pada kau. Aku dah sedar, aku banyak buat kesilapan. Aku tak pernah menghargai kebaikan orang-orang disekeliling hidup aku selama ni. Aku minta maaf sebab buat kau risau. Aku janji, lepas ni aku takkan susahkan kau, mahupun orang-orang disekeliling aku.”
Bagai mimpi aku dengar kata-kata si Zara ni. Betul ke dia ni? Ke dia saja nak main-main? Tak pernah pulak dia serius macam ni sekali. Apa yang buat dia tiba-tiba sedar diri ni? Pelik la si Zara ni kadang-kadang. Tapi bagus jugak kalau dia dah cakap macam tu. Aman sikit hidup aku lepas ni. “Dah, jom balik tolong aku masak kat rumah.”
“Papa apa khabar? Zara rindu kat papa.”
Aikk…tak pernah-pernah dia call cakap rindu kat bapak dia, baru hari ni aku dengar dia cakap macam tu kat Dato. Takkanlah dia nak ngadu kat bapak dia yang aku selalu membebel dengan dia? Tapi selalunya, kalau dia call Dato mesti sebab nak minta duit lagilah tu. Untunglah jadi anak Dato. Kerja menghabiskan duit je. Susah payah bapak dia cari duit untuk dia.
“Tak apa Pa. Dapat tinggal lama kat sini pun tak apa. Zara boleh temankan Erin. Zara suka tinggal kat sini. Rasa tenang je. Tapi kalau kat KL, penuh dengan bunyi kenderaan, jalan selalu sesak, Zara rimas. Papa, kalau masalah Papa dah selesai, Zara ingat nanti Zara nak kerja kat tempat Papa. Zara nak bantu Papa cari duit untuk kukuhkan kembali masalah kewangan keluarga kita dan syarikat Papa. Zara minta maaf sebab selama ni Zara selalu taknak dengar cakap Papa. Zara dah banyak menyusahkan hidup Papa. Zara janji, Zara akan tolong Papa cari duit untuk tanggung hidup kita anak beranak.”
“Erin, tolong ajarkan aku cara-cara nak buat kuih yang kau buat hari tu boleh tak?”
Aku mimpi ke ni? Tak pernah-pernah dia masuk dapur sebab nak belajar masak. Ishh biar betul dia ni dah berubah? Kenapa tiba-tiba je dia boleh berubah? Aku ingat budak degil macam dia ni takkan berubah. Tapi baguslah kalau dia dah sedar diri. Sekurang-kurangnya tak adalah asyik nak menyusahkan aku.
“Ni resepi kuih hari tu. Kau buatlah macam yang aku dah tulis kat dalam kertas ni. Kalau kau tak tahu, tanya aku. Tapi, boleh aku tau kenapa tiba-tiba kau nak buat kuih bagai ni?”
“Aku nak beri pada ibu Amira sikit. Makcik tu baik dengan aku tau. Walaupun kitorang baru kenal. Tapi, tak salahkan kalau aku nak buat baik dengan semua orang?”
“Salah memanglah tak salah, tapi macam mana kau boleh kenal dengan makcik tu?
“Hari tu cucu dia, Amira jatuh basikal, lutut dia luka. Jadi aku bawalah Amira tu balik rumah dan bersihkan luka dia. Sambil-sambil tu, sempatlah aku borak dengan makcik tu. Dia cerita serba sedikit pasal keluarga dia dan orang-orang kat kampung ni. Makcik tu cakap hidup kat kampung ni bukan senang. Nak makan mewah-mewah pun belum tentu selalu dapat. Itupun harapkan anak lelaki dia yang kerja kat bandar tu balik kadang tak tentu masa. Suami makcik tu dah meninggal. Dia bergantung hidup pada anak lelaki dia tu jelah. Nasib baik Amira, cucu makcik tu ada buat peneman dia kat kampung ni.”
Oh, budak kecil yang ada kat rumah ibu Aliff tu rupa-rupanya cucu dia. Eh, takkanlah Aliff dah kahwin? Tak pernah pulak aku nampak isteri Aliff.
“Eh Zara, bukan ke selama ni kau tak pernah nak tegur orang-orang kat kampung ni? Maklumlah, kau kan orang bandar. Mana setaraf hidup kau dengan orang kat kampung ni.”
“Sebab tu aku nak tebus balik kesalahan aku selama ni. Aku nak buat baik dengan semua orang. Kalau kau tak keberatan, nanti kau tolong la ajar aku cara-cara nak buat nasi lemak, mee goreng dan kuih-muih yang lain. Aku ingat aku nak meniaga kecil-kecilan kat kampung ni. Ada rezeki lebih, aku nak sedekah kat keluarga yang tak berkemampuan.”
Pelik. Betul-betul pelik dia ni. Selama ni dia pandang hina orang-orang kat kampung, sekarang tiba-tiba siap nak meniaga bagai kat kampung ni? Dia berlakon baik ke apa sebenarnya ni? Aku syak dia mesti ada niat lain.
“Terima kasih nak sudi bawakan kuih untuk makcik. Susah-susahkan kamu je.”
“Tak susahkan saya pun makcik. Lagipun ini percubaan pertama saya tau. Nasib baik kawan saya, Erin tu ada untuk tengok-tengokkan masakan saya ni. Maaflah kalau tak berapa sed
ap kuih yang saya buat tu makcik. Maklumlah, first time buat.” ujar Zara sambil tersengih.
“Alhamdulillah, sedap nak. Pandai Zara buat. Terima kasih ye nak.”
“Sama-sama makcik. Oh ye, mana Amira, makcik?” tanya Zara sambil mencari-cari kelibat kanak-kanak yang pernah dia tolong hari itu.
“Amira ikut ayah dia ke pekan tadi. Nak beli barang dapur sikit katanya.”
“Ayah Amira dah balik sini?”
“Iye, dia ambil cuti beberapa hari ni. Rindu kat anak dia katanya. Zara makan tengahhari kat sini ye.”
“Eh, tak bolehlah makcik. Nanti apa kata Erin pulak sebab dia dah masak untuk makan tengahhari kami. Mungkin lain kali kot saya makan tengahhari kat rumah makcik. Maaf makcik.”
“Tak apalah nak. Belum rezeki kamu untuk jumpa dengan anak lelaki makcik.”
“Kalau macam tu, saya balik dululah ye makcik. Kesian Erin tinggal sorang kat rumah tu.”
“Iyelah nak. Terima kasih ye nak.”
“Aku tengok makin hari makin rajin kau pergi rumah nenek Amira tu.”
“Aku suka borak dengan makcik tu. Dia baik, penyayang. Aku dah anggap dia macam mak aku sendiri. Kau pun tau kan, mama aku dah meninggal. Hanya pada makcik tu jelah aku dapat menumpang kasih sayang dia.”
“Iyelah tu. Jangan sampai kau ada hati dengan anak lelaki dia sudahlah.”
“Maksud kau? Takkanlah aku boleh jatuh hati dengan orang yang kau maksudkan tu. Kenal dia pun tidak, jumpa pun tak pernah. Kenapa? Kau suka anak lelaki makcik tu ke?”
Takkanlah Zara tak tau anak lelaki makcik tu sebenarnya Aliff? Ke dia sengaja buat-buat tak tau.
Padahal petang tadi aku nampak kereta Aliff ada, takkanlah Zara tak terserempak dengan Aliff
tadi? Hmm…
Sewaktu Zara ingin ke kedai membeli bahan masakan yang kurang, tiba-tiba dia terserempak dengan Mahadi yang pernah menyimpan perasaan pada Zara.
“Hai Zara. Nak pergi mana tu? Sorang je?” tegur Mahadi.
“Nak ke kedai kejap.” balas Zara.
“Nak abang temankan tak?” ujar Mahadi, sengaja membahasakan dirinya sebagai ‘abang’.
“Tak apalah. Terima kasih je.”
Mahadi tidak puas hati apabila pelawaannya ditolak. Dia mulai menyimpan niat untuk memiliki Zara sepenuh hatinya.
“Makcik, saya bawakan nasi lemak untuk makcik dan Amira.”
“Zara, buat susah-susah je kamu ni.”
“Untuk ibu dengan Amira je? Untuk saya tak ada ke?”
Kedengaran suara lelaki dari belakang. Sebaik sahaja Zara menoleh, ternyata lelaki tersebut adalah Aliff, lelaki yang dulunya pernah menghantar dia dan Erin pulang sehabis dari berjalan keliling kampung dengan menaiki keretanya.
“Awak ni…”
“Dialah anak lelaki makcik, Aliff Aiman namanya.”
“Oh, jadi nama awak Aliff.”
“Ye saya Aliff. Nasi lemak untuk saya tak ada ke?”
“Hah? Err…tak apalah, awak ambillah saya punya.”
“Hahaha, saya bergurau jelah. Lagipun saya dah makan kat pekan tadi. Itu awak punya kan? Awak makanlah. Saya saja je nak usik awak. Oh ye, awak ni…kawan Erin kan?”
“Ha’ah saya kawan serumah Erin.”
“Saya tak pernah nampak awak pun sebelum ni. Setahu saya Erin tu tinggal sorang-sorang je kat rumah tu kan?”
“Memang betul. Sebab ibu Erin bekerja di rumah Papa saya. Sebab tulah ibu Erin jarang pulang kesini. Dan saya pun baru je duduk situ. Itupun untuk sementara waktu je. Nanti kalau Papa saya dah datang jemput saya kat sini, tinggallah Erin sorang-sorang lagi.
“Setahu saya, result Erin tu bagus. Dia salah seorang budak pandai kat sekolah dulu. Tapi sayang, dia tak nak sambung belajar." Zara mendengar penjelasan Aliff dengan khusyuk.
“Lama betul kau lepak kat rumah makcik tu? Ke kau mengorat anak lelaki makcik tu?”
“Kenapa kau tak beritahu aku yang kau sebenarnya tahu makcik tu ibu Aliff?”
Kalau aku beritahu kau, mesti kau akan ambil kesempatan dulu. Takkan semudah tu kau nak merampas hati Aliff dari aku.
“Erin, aku cakap dengan kau ni.”
“Aku banyak kerja lain nak buat. Aku tak ada masa nak jawab soalan kau.”
“Hai Zara. Kita belum berkenalan lagi kan.” tegur Mahadi sewaktu melihat Zara jalan sendirian menuju ke pekan.
“Kenapa kita harus berkenalan?” tanya Zara, dingin.
“Sebab saya nak kenal dengan awak dengan lebih rapatlah.”
“Maaf, saya tak berminatlah.” Zara menolak dengan baik.
“Apsal awak ni sombong sangat?” ujar Mahadi sambil merentap tangan Zara.
“What’s t
he problem with you, huh?” Zara mulai meninggi suara.
“Zara, kenapa ni?” kedengaran suara Aliff yang tidak jauh dari tempat Zara dan Mahadi berada.
“I don’t know what problem with this boy. He’s hurting me.” ujar Zara sambil menunjukkan pergelangan
tangannya yang sakit kerana direntap oleh Mahadi tadi.
“You don’t touch her!” Aliff memberi amaran pada Mahadi sebelum membawa Zara ke keretanya.
“Thanks Aliff sebab hantarkan saya sampai ke rumah.” ujar Zara selepas di hantar pulang oleh Aliff.
Kelihatan Erin sedang memerhatikan mereka berdua dari dalam rumah. Dia mulai mensyaki bahawa Zara ingin merampas haknya.
“Oh, sekarang dah pandai keluar dating senyap-senyap tanpa pengetahuan aku?”
Kau mengkhianati aku, Zara! Aku takkan maafkan kau sebab kau dah merampas hati Aliff dari aku. Kau tak guna, Zara!
“Mana ada aku dating dengan Aliff. Kebetulan tadi aku pergi pekan, terjumpa dengan Aliff. Aliff yang tawarkan diri untuk hantar aku balik. Takkanlah aku nak menolak tawaran baik dia tu.”
Kalau dah namanya pengkhianat tetap pengkhianat! Tak payah berperangai hipokrit sangat dengan aku. Ingat aku tak tau ke yang kau memang ada hati dengan Aliff dari dulu!
“Apa-apalah. Aku malas nak dengar dah.”
Kalau tak kerana ibu aku bekerja dengan bapak kau, tak adanya aku nak benarkan kau tinggal serumah dengan aku. Aku bersabar dengan kau selama ni pun sebab fikirkan budi baik Dato pada ibu aku. Bilalah Dato nak datang jemput anak dia kat sini. Makin lama dia ada kat sini, makin banyak benda lain yang dia akan rampas dari aku termasuk hati Aliff!
“Mahadi, aku tau kau suka pada Zara. Aku nak kau buat sesuatu untuk aku supaya Zara takkan merampas hak milik aku.”
“Kau nak aku buat apa?”
“Aku nak kau culik Zara. Aku tak pedulilah kau nak culik dia dengan cara macam mana pun. Aku tak nak selama dia ada kat sini, dia rampas hati orang yang aku suka.”
“Orang yang kau suka? Kau suka siapa? Kau suka Aliff ye?”
“Kau jangan sibuklah. Kau buat je kerja kau.”
“Kau ingat Aliff tu nak pandang perempuan macam kau ke? Terang-terang dia suka kat si Zara tu. Zara tu tak ada yang kurang. Cantik, pandai, dan semestinya dia tu anak orang kaya, dia kan anak Dato.”
“Mulut kau tu jaga sikit. Aku akan pastikan Aliff jadi milik aku satu hari nanti.”
Mahadi ketawa tanpa henti apabila mendengar angan-angan Erin.
“Assalamualaikum. Zara…?”
“Waalaikumussalam Dato. Kenapa Dato datang tak beritahu dulu?”
“Saya ada beritahu Zara yang saya nak datang, dia tak ada beritahu kamu ke?”
“Err…tak ada pulak Dato. Lagipun Zara…”
“Hai sayang. Tak rindu kat ibu ke?”
Masak! Kenapa ibu pun ikut Dato ke sini? Macam mana kalau diorang tahu kalau Zara tak ada kat rumah. Aduhhh…kenapalah diorang datang waktu macam ni. Rosaklah plan aku nanti.
“Erin, kamu okay ke tak ni?”
“Err…Erin okay bu.”
“Erin, mana Zara?” tanya Dato Zarif.
“Err…itu…anu…Zara… Sebenarnya Dato, Zara dah berapa hari ni tak pulang ke rumah. Saya tak tahulah dia kemana. Kelmarin dia kata nak ke pekan kejap tapi sampai ke hari dia tak pulang-pulang.”
Boleh diterima ke alasan yang aku bagi ni? Harap-harap tak kantoi…
“Kenapa kamu tak buat report polis?”
“Err…sebab saya ingat dia menginap kat mana-mana tempat ke. Kalau Dato nak tahu, perangai Zara sekarang makin teruk, Dato. Dia selalu keluar malam, kadang tu balik sampai 2 hingga 3 pagi. Saya dah penat nasihatkan dia tapi dia tetap degil.” Dato Zarif kelihatan terkejut.
"Tak boleh jadi ni. Saya nak ke balai polis dulu untuk buat laporan tentang kehilangan Zara.”
Polis? Habislah kalau polis dapat tahu semua ni rancangan aku. Aku kena pergi cari Mahadi untuk batalkan semua rancangan aku. Aku taknak tanggung risiko kalau semua ni dah jadi kes polis!
“Ibu, maafkan Erin. Erin nak keluar kejap. Erin nak pergi tanya kawan-kawan Erin sama ada diorang ada nampak kelibat Zara kat kampung ni atau tak.”
Selepas Dato Zarif pulang dengan membawa Zara, Erin menjadi ketakutan. Dia takut sekiranya dia akan didakwa di balai polis kerana merancang penculikan tersebut. Erin tidak banyak bercakap semenjak Zara kembali ke rumahnya. Dato Zarif sempat menceritakan beberapa berita baik pada
Zara iaitu harta yang pernah disita dulu kini telah dikembalikan pada Dato Zarif semula. Manakala syarikat milik Dato Zarif yang dulunya bernama Zarif Enterprise kini telah bertukar nama menjadi Zara Enterprise sempena nama anak kesayangannya, Zara Amanda Imani.
“Zara, Papa ada satu lagi pengumuman nak beritahu pada Zara. Papa harap Zara takkan kecewa dengan pilihan Papa.”
“Apa dia Papa? Tell me now. I’m excited!”
“I know you miss your mommy so much. But now, you need a mother. So, that’s why I decided to get married with Erin’s mom. Papa harap Zara dapat terima keputusan Papa.”
“Seriously Pa?”
Erin hanya terdiam.
“So, that’s mean Zara dan Erin…akan jadi adik beradik?” Dato menggangguk.
“I’m so happy for both of you. Pa, Zara dah anggap Erin macam adik Zara sendiri tau.”
“Erin, bila kita dah tinggal kat KL nanti, Zara nak Erin sambung study kat sana. Aliff pernah cakap yang result Erin kat sekolah dulu bagus. Sayang kalau Erin tak sambung belajar. Pa, nanti kita carikan universiti terbaik untuk Erin sambung belajar ye Papa.”
Kenapa Zara masih baik dengan aku? Sedangkan aku dah terlalu jahat dengan dia. Perlukah aku terima semua kebaikan dia pada aku? Aku tak layak terima layanan baik dari Zara. Aku tak layak…
“Erin, kenapa menangis ni? Zara ada salah cakap ke?”
“Erin, Papa nak berterima kasih pada kamu sebab kamu dah buat Zara yang dulunya nakal dan degil kini dah berubah menjadi seorang perempuan matang. Terima kasih kerana menjaga Zara selama dia ada disini.”
“Ibu, Zara, Dato… Erin tak layak dapatkan semua ni. Erin selalu jahat dengan Zara. Erin selalu menyakiti Zara. Erin selalu cemburu dengan kesempurnaan hidup Zara. Erin tak layak terima semua kebaikan dari Zara dan Dato.”
“Erin, tak mahulah cakap macam tu. Zara sikitpun tak pernah ambil hati dengan apa yang Erin buat. Walau apapun yang Erin rancang dengan Mahadi, Zara dah lupakan semua tu. Benda dah terjadi. Benda dah lepas pun.”
Zara tahu pasal rancangan aku dengan Mahadi? Tapi kenapa dia masih boleh maafkan aku? Adakah dia sedang merancang untuk balas dendam pada aku? Tapi…macam mana dia boleh tahu pasal rancangan aku tu?
“Sampai hati Erin suruh Mahadi culik Zara. Nasib baik masa Mahadi tarik Zara tu, kebetulan Aliff berada tak jauh dari tempat Zara berada. Aliff yang selamatkan Zara dari Mahadi. Mahadi dah ceritakan semuanya. Dia menyesal sebab dengar cakap Erin. Sebolehnya, dia tak nak terlibat dengan apa-apa kes jenayah walaupun dia nakal macam mana pun. Dia tak nak masuk penjara. Dia pun dah janji takkan buat macam tu lagi.
“Habis tu, kenapa Zara tak balik rumah selama beberapa hari? Zara pergi mana?”
“Zara tak pergi mana-mana. Aliff yang tumpangkan Zara di rumah ibunya selama ni. Zara saja nak uji Erin sejauh mana Erin stick to the plan.”
“Kalau Zara dah lepas dari Mahadi, kenapa Mahadi tak ada beritahu apa-apa pada Erin?”
“Sebab Zara yang minta Mahadi untuk merahsiakan semua tu dari Erin. Zara yang suruh Mahadi pura-pura masih menculik Zara.”
“Zara…”
“Erin, kenapa Erin sanggup buat macam ni pada Zara? Apa salah Zara pada Erin? Apa yang Erin tak puas hati pada Zara selama ni?”
“Erin minta maaf. Erin tahu Erin terlalu jahat. Erin buat semua ni sebab Erin cemburu dengan Zara. Zara miliki segalanya yang Erin tak ada. Maafkan Erin…”
“Tak. Sebenarnya Erinlah paling bertuah. Erin ada bakat, Erin pandai masak, Erin bijak, cantik, baik, penyayang. Walaupun Zara banyak menyusahkan Erin, Erin tetap sabar dengan karenah Zara. Dan yang paling Erin bertuah, Erin dicintai oleh lelaki yang Erin tunggu selama ni.”
“Maksud Zara?”
“Aliff mencintai Erin sejak dari zaman sekolah lagi. He knows everything about you. He is your secret admirer. Selama ni dia mendekati Zara sebab dia nak kenal Erin dengan lebih rapat. You’re so lucky, Erin.”
Erin tergamam.
“Welcome to my family adik iparku, Aliff Aiman. Tolong jaga Erina Adriana kesayangan saya dengan baik. Kalau saya dapat tahu kamu lukakan hati Erin, saya takkan teragak-agak untuk botakkan kepala kamu.” ugut Zara dengan nada bergurau. Erin tertawa lepas. Begitu juga dengan Aliff Aiman.
“Zara Amanda Imani…” kedengaran suara yang
sangat dia rindui.
“Tengku Farish Rayyan…?” sosok tubuh yang sangat dia rindui kini telah kembali.
“I miss you a lot.” ujar Zara sambil berlari mendapatkan lelaki yang pernah bertakhta di hatinya. Zara terpaksa meninggalkan Tengku Farish Rayyan kerana menyedari lelaki itu terlalu sempurna untuknya sedangkan pada waktu itu keluarganya dihimpit dengan masalah kewangan dan hampir diisytihar muflis. Belum sempat Zara ingin memeluk lelaki itu, tiba-tiba kedatangan Erin dan Aliff merosakkan suasana romantik antara mereka berdua.
“Ehem-ehem, dilarang berpelukan di tempat awam.” usik Erin.
“Sila dapatkan keizinan yang sah dari orang tua kami untuk bermesraan.” sambung Aliff.
Zara mencebik. Geram dengan usikan dari Erin dan Aliff yang telah mendapat kebebasan penuh sebaik sahaja bergelar suami isteri.
“I don’t want lose you for a second time. So, please…would you be my wife for forever?” ujar Tengku Farish Rayyan sambil melutut menghulurkan sebentuk cincin kepada Zara. Zara tergamam.
“Yes, I do.” Semua tetamu yang berada di situ bersorak keriangan sebaik sahaja Zara menerima lamaran dari Tengku Farish Rayyan.
“Congratulations!”
-TAMAT-



0 comments:

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini