rss




Dedaun kering dipijak perlahan. Langkah dibawa cukup teliti.Perlahan dia menyusup melepasi dataran perhimpunan yang telah pun dipenuhi para pelajar dan guru untuk majlis bacaan yaasin dan solat hajat yang akan bermula sekejap lagi.Hanya seketika, langkahnya terhenti.Pandangannya tertala pada pokok rambutan yang ditanam dikawasan itu bersama pokok-pokok lain. Entah kenapa, dia terdetik untuk meneliti sesuatu. Aleya melepaskan keluhan halus. Sah! Mamat puaka ni lagi! Tak ada muka jahat lain ke aku perlu hadap?!
Rafiq, selamba melajurkan badannya pada dahan-dahan kukuh untuk menampung badannya. Wajahnya pula ditutup dengan songkok. Songkok? Erk .. kali pertama. Faham sangat, pastinya sekadar nak mengaburi mata cikgu-cikgu memandangkan majlis hari ni untuk pelajar tingkatan 5 bagi SPM yang bakal menjemput 3 bulan lagi. Huh! Skip lagi? Aku sorang cukup lah .. kau tu bawak-bawak bertaubat jela.. Dah form 5 kot, mana nak datangnya keberkatan kalau asyik fly sana sini .. Aleya mengomel sendirian.
Mendengar dengkuran halus lelaki itu, senyuman sinis terukir. Pantas biji berangan yang jatuh berdekatan dikutip.Balingan cuba disasarkan. First shoot. Aiseh! Gagal .. Second shoot. Pap! Tepat pada kepala lelaki itu. Nice!Melihat lelaki itu masih lena,pantas kali ini 5 biji buah berangan yang sempat dicapainya dibaling sekali gus. No response! Aleya menggigit bibir geram. Sekali lagi dia mencuba.
Pap!!
“What the hell ?!”
Aleya terkedu. Tak perasan, entah bila tangannya sempat mencapai buah jambu yang jatuh dari pokok sebelah. Serious.. Tak sengaja!
“Woit, sakitlah!! Dah gila ke apa?!”
“Eleh, minah ni lagi.Tak kacau aku dalam satu hari tak boleh ke?!” Rafiq mencerun tajam.Kepala diusap berkali-kali, sakitnya masih terasa. Ikutkan hati, dah lama kepala gadis itu diluku.
Aleya mencebik. Sempat pula dahan kecil dikutip sebelum dibaling mengenai kaki lelaki itu. Membuatkan mata Rafiq makin terbelalak. Dah sah-sah aku tengah angin..
“Siapa kat sana?!”
Aleya terkedu! Rafiq yang masih lagi di atas pokok mula mendengus kasar. Pantas dia melompat turun.
“Aku tak tahu apa motif kau yang sebenarnya. Tapi memandangkan aku ni jejaka Malaya gilaan minah-minah ciput kat sini, so mungkin aku boleh assume yang kau ni salah sorang stalker atau secret admirer aku mungkin. Tapi tolonglah, aku tak ada masa nak layan minah kerek macam kau ni, so stop from stalk me please. “ Rafiq tersenyum sinis. Selamba hujung tudung gadis itu ditarik sebelum sekelip mata dia hilang dibalik semak. Meninggalkan Aleya terkesima sendirian.
Stalker? Secret admire? Siapa? Aku? Dush!! Pokok rambutan yang tidak bersalah disepak tiba-tiba.
“ Nurin Aleya Sharul Haqimi!!”Suara sarjan Karim keras kedengaran.Aleya mencebik malas.
************************************************
“Kau nak pergi mana?!” Yasmin bersuara geram, melihat Aleya yang sudah siap berkemas.Ada sahaja ulah gadis itu. Sebelum ini, mana pernah budak ni hadirkan diri bila ada kelas tambahan. Kali ni, first time nampak muka dia, itupun setelah bergelen amaran keras yang dihambur Cikgu Badri.Dan sekarang, attend tak sampai setengah jam dah bersiap nak balik? Apa kes??
“Aku ada hal. Nanti kalau pak belalang tu masuk, kelentong jelah apapun. Ok, bye. Sayang kau sesangat Min!” Aleya pantas beredar keluar menggunakan pintu belakang. Yasmin mengeluh berat. Menyembamkan muka ke meja bersama keluhan halus. Kawan punya pasal..
Pagar batu belakang sekolah dipandang sekilas. Terukir senyuman nipis. Seluarnya disinsingkan sedikit, sebelum kaki mula menjejak pagar.Dalam beberapa saat dia sudah berjaya bertenggek di atas,bersedia untuk melompat turun sebelah sana. Hanya seketika,derap langkah seseorang mematikan niatnya. Pantas pandangan ditala kebawah, bertemu pandang dengan mata tajam lelaki itu. Ala .. Not for this time okay..
“Hurm ..Okay, let see..Performance atlet lari berpagar kita minggu ni. Ada improvement ke tak. Don’t worry dear, record kau yang lepas still aku simpan. Yelah, rugi.. Berbakat tapi tak siapa lihat semua tu.” Zamril bersuara sinis. Aleya mencebik perlahan. Boleh tahan ju
gak mulut ketua pengawas kita ni.
“Kau memang jenis yang tak makan saman kan. Tak serik-serik! Now,masa aku masih bermurah hati ni, kau turun sekarang. Kalau tak ..”
“Kalau tak apa?” Aleya pantas memintas.Selamba, pantas sahaja dia melompat turun ke sebelah sana.
“Macam ni la encik pengawas, memandangkan saya tak pernah kacau hidup awak, boleh tak jangan nak buang masa interfere saya punya life? Okay .. See you!” Aleya melambai tanpa wajah bersalah, cepat sahaja lesap disebalik kawasan perumahan berdekatan.
“Nurin Aleya!!!”
************************************************
“Zara, biar betul. Serious nak buat semua ni? Mati kita kalau tertangkap.”
“Kau diam sikit boleh tak?!”
“Tapi benda macam ni bukannya ..”
“Just shut your mouth! Kau tak perlu risaulah, aku cuma nak ajar dia sikit. Biar dia tahu setinggi mana langit tu. Mentang-mentang dapat supporter tak bergaji senior form 5, dia ingat boleh lepas macam tu je dari aku? Ini Izara Dato’ Rahim okay, tahulah nasib kau!” Izara tersenyum sinis.
************************************************
“Kau?!Buat apa pulak kat sini?” Soalan bodoh, lancar sahaja meniti dibibirnya. Dah sah-sah mamat tenuk tu siap landing santai lagi kat bilik sukan itu, apa lagi kalau bukan skip assembly pagi tu.Rafiq tidak membalas. Aleya mendengus keras. Mula berkira-kira untuk berlalu pergi. Hanya seketika, dia berpatah kembali sebelum melabuhkan duduk disuatu sudut. Lelaki itu yang selamba tidur beralaskan lengan dilirik sekilas. Ada sesuatu dalam fikiran sebenarnya. Sesuatu yang dia tak sepatutnya ambil tahu. Peristiwa beberapa hari lalu, dibilik disiplin. Yakin,matanya tidak silap..
“Fikirkan apa?”
“Opocott mak kau tergolek!!” Aleya terlatah tanpa sedar. Melihat kening lelaki itu yang terangkat seakan menyindir,dia mengumam geram. Seketika, dia kaku. Eh kejap..kejap..Bila masa mamat ni dah terpacak sini? Depan aku? Sehampir ni? Pantas racket badminton yang sempat dicapai, menolak tubuh lelaki itu sedikit menjauh.
“Duk jauh-jauh sikit boleh tak? Ponteng ni pun dah kira dosa tau, aku tak nak tambahkan dosa lain pulak!”
Rafiq tergelak kecil. Pandangannya masih tepat ke anak mata gadis itu. Aleya menahan gugup.
“ Let me guess, kejadian tempoh hari, yang tu ada dalam kepala kau sekarang kan?” Macam mana dia tahu?
“Give and take?Aku akan bagitahu kau since concern kau tu dah sampai tahap penyibuk, then do something for me sebagai balasan. Boleh?”
Aleya terlongo? Wait a minute. Give and take apa kejadahnya. “Kejap,apasal aku yang ..”
“Lelaki yang datang hari tu, papa aku. Lelaki yang sama tampar aku. And guess what? Hujung minggu ni dia bakal menikah, untuk kali ke-3!”Aleya terkedu. Ketawa plastik lelaki itu menyakitkan pendengaran, ketawa dibuat-buat!
“Aku tak tahu apa yang dia nakkan sangat dalam hidup ni. Mungkin disebabkan tu jugak mama tinggalkan dia. Cari lelaki yang jauh lebih baik.”
“Perkahwinan? Look, just simple as that! Sesuka hati je putuskan macam tu. Dan mangsanya … “
Aleya terdiam. Jelas, wajah redup lelaki itu yang cuba dikaburi dengan senyuman plastik tak berapa handsome tu.
“So, sekarang kau boleh buat sesuatu untuk aku?”
“Hah? Err .. apa pulak ni? Bila masa aku ..”
“Bosan. Aku bosan. Majlis tu nanti serius tak best!Hujung minggu ni, kau temankan aku?”
Aleya terlongo. Sejak bila dia ada watak dalam hidup lelaki itu untuk masuk campur dalam masalahnya sekali?
************************************************
“Saya tak buat semua ni, sumpah tak!”
“Habis tu macam mana duit tu boleh ada dalam locker awak?!” Suara cikgu Karim kian lantang,
“Memang saya mengaku. Sebelum ni dah banyak saya timbulkan masalah, tapi bukannya benda macam ni. Saya jahat,nakal, minah tiga suku atau apa je, tapi bukan pencuri!” Aleya tetap pertahankan dirinya.
“Then, buktikan!”
Aleya kelu sendiri. Dia yakin, selambak mana pun hujah dia berikan, kesalahan itu tetap atas pundaknya. Ini, bukan kali pertama.
“Cikgu, saya rasa ada baiknya kita teliti benda ni sebelum jatuhkan apa-apa kesimpulan. Mungkin ada pihak ketiga yang terlibat. Tak mustahil kan.” Sekian lama berdiam diri, Zamril bersuara. Sejak bila dia
memihak pada gadis itu? Entah, yang pasti semua tu bukan angkara Aleya.
“Nak teliti apa lagi?! Bukti dah ada. Lagipun, ini bukannya kes pertama yang awak buat. Sebelum ni, dah banyak sangat aduan saya terima tapi saya diamkan saja selagi tak ada bukti kukuh. “
Aleya kehilangan kata-kata. Entah kenapa,terkesan dengan kata-kata itu. Wajahnya mula menunduk. Aleya, sejak bila kau selemah ni?!
Tiba-tiba, tangannya ditarik seseorang. Tanpa sedar sekelip mata, dia sudah tegak berdiri dipagar belakang sekolah, dengan separuh nafas, semput!
“Kau dah gila ke apa?!” Aleya mula menjerkah bila nafasnya kembali stabil. Lelaki itu ditenungnya tajam. Err .. kenapa macam familiar je scene ni. Macam ..
“Jangan buat aku cuak sangat boleh tak?”
Aleya bingung. Aku buat apa? Dia yang tarik aku macam kambing datang sini..
“Sengal! Bendul! Kalau kau buat lagi muka sayu tak boleh blah tu, siap!”
Gadis itu makin bingung. Sepatah haram pun kata-kata lelaki itu tidak mampu diterjemah. Rafiq tiba-tiba menghampir, selangkah dia terundur kebelakang. Sesaat, senyuman sinis lelaki itu terukir. Aleya naik cuak. Tak boleh senyum ikhlas sikit ke?
“Ikut aku!” lelaki itu mengarah. Pagar itu pantas dipanjatnya.
“Pergi mana?!”
“Ikut ajelah!Takkan kau nak hadap muka sarjan Karim tu lagi.”
“Tapi..”
“Sebagai senior tak bertauliah sangat, let me remind you something.Memang, takut itu perlu tapi pada tempatnya. Kalau kau yakin tak buat semua tu, kenapa nak peningkan kepala fikirkan semua tu. That’s not your fault! Kau tak boleh paksa sesiapa pun untuk percayakan kau. So, just let the times prove it!”
Aleya terdiam seketika.Kali pertama, bernas jugak ayat mamat ni. Seketika .. dia merenung kembali wajah lelaki itu yang selesa bertenggek di atas pagar batu.
“Kenapa kau buat semua ni? “ Aleya bertanya perlahan. Rafiq mengeluh halus.
“Tak payah nak masuk bab sentimental atau apa. Anggap je apa yang aku buat sekarang sebagai balasan untuk minggu lepas. Fullstop!”
Aleya mula mencebik. Peristiwa minggu lepas mula terbayang. Dia atau lelaki itu yang hilang akal, entah. Yang pasti dia seperti orang dungu mengikut sahaja rentak lelaki itu, langsung tidak mampu membantah bila lelaki itu terjun tingkap belakang banglonya semata-mata mahu lari dari tetamu yang kepoh dihadapan. Kedunguan makin berganda bila dia dengan rela hati menemani lelaki itu sepetang bermain entah apa-apa di funfair berdekatan. Motif? Entah ..
“Nak ikut tak?”
Aleya mengangguk pantas. Apa yang aku buat sebenarnya ni? Sejak bila campak dunia aku kedalam dunia mamat sewel ni??
************************************************
Aleya terlongo. Tidak mampu menyembunyikan rasa terkejutnya. Aneh.. sejak bila??
Tanpa perasaan pantas sahaja mulut gadis itu yang sedia ternganga disumbat lolypop yang masih berbalut kemas. Aleya tersedak. Pantas jelingan maut diberikan. Lelaki itu, kian galak tertawa, membuatkan Aleya kian naik hairan.
“Jangan buat aku seram boleh tak? Apa kau buat kat sini?”
“Kat tangki air ni? Entah ..aku pun tak sure. Yang pasti, nak tengok apa bestnya kat atas ni. Dah kerap sangat aku tengok kau lepak sini. Just nak ingatkan je, tak bagus sangat lepak kat tempat macam ni. Err .. something yang ghaib mungkin, suka lepak kat tempat sunyi macam ni.”
Aleya mendengus halus. Mengarut! Hanya seketika, wajah lelaki itu disebelah ditenung kembali.
“Err..Terima kasih..” Aleya bersuara perlahan. Dia tahu, kalau bukan kerana lelaki itu, pastinya kes kecurian yang melibatkan hampir beberapa ribu duit kelab itu bernoktah hitam atas namanya. Dan kerana kesungguhan lelaki itu jugalah pesalah yang sebenar berjaya dijejak. Izara Dato’Rahim. Sekilas,wajah pan asia gadis gedik itu terlayar. Bukan setahun,malah sudah hampir 3 tahun perang antara mereka belum bertemu noktahnya.
Zamril sekadar tersenyum nipis.
“Tapi sejak bila?” Aleya bertanya kembali,mengundang kerutan didahi lelaki itu.
“Sejak bila kau percayakan aku? Sebelum ni,bukannya tak biasa kau kenakan aku kaw-kaw depan sarjan Karim tu. Macam-macam tuduhan kesalahan aku kau bentangkan depan dia, tapi kali ni..”
“Bukan tuduhan dear, yang tu memang terang lag
i nyata salah kau. “
“Dan pasal kes minggu lepas, entah. Aku tak pasti. Sejak bila aku boleh percayakan kau, menidakkan semua tu bila diorang semua menjatuhkan kesalahan tu diatas pundak kau. Mungkin …”
Zamril menatap lama sepasang mata bulat itu. Melihat Aleya melarikan pandangan, senyuman nipis spontan ditarik. Aleya menahan gugup. Nak masuk bab sentimental ke? Budak-budak lagi Leya, monyet semua ni!!
“Aku tak tahu macam mana dunia sengal Nurin Aleya, mungkin terlalu jauh bezanya dari dunia aku. Aku cuma minta permission Leya, terserah pada kau. Benarkan aku fahami dunia kau, mengerti kau lebih dari yang aku kenal.” Aleya terkedu. Apa maksud mamat ni?? Serious tak faham!!
************************************************
“Leya!! Bigboss dah datang tu. Bangunlah!”
Aleya masih menyembamkan mukanya pada meja. Kenapa? Kenapa dia pula yang rasa serba tak kena?! Kau sepatutnya rasa sakit hati Leya, marah. Ya ,marah!
“Kau buat apa cara sekalipun, asalkan aku tak perlu tengok muka kau lagi!” suara lelaki itu pagi tadi mula menyinggah. Aleya mengetap bibir geram. Apa yang kau nak sebenarnya? Kalau dari awal-awal lagi kau bencikan aku,selama ini.. untuk apa semua tu??
************************************************
12 tahun kemudian …
“Mia tak balik lagi?”
Gadis kecil itu mengeleng perlahan sambil memuncungkan mulutnya. Nurin tergelak kecil. Pantas Mia dirapati. “Mungkin mama Mia ada hal kot. Kejap lagi sampai la tu ..” Nurin cuba memujuk. Kepala Mia diusap perlahan.
“Papa!!” Mia tiba-tiba menjerit. Nurin mengangkat wajah, mula terkedu. Lelaki itu turut terkesima. Aleya?!
************************************************
“Cikgu ..”
“ Ye sayang ..ada apa?”
“Err ..papa Mia tanya, cikgu Nurin single lagi tak?”
Terus tersedak gadis itu. Botol mineral pantas diambil,meneguk rakus. Tengkuknya diurut-urut. Terasa perit. Soalan apa dia mintak budak ni sampaikan??
“Papa tu..sibuk je. Hari-hari tanyakan pasal cikgu. Setiap malam datang lepak bilik Mia tanya benda ni.”
“Mia sayang. Macam ni jelah, tak payah nak layan sangat angin orang tua tu. Biasalah, bila dah berumor ni,miang dia problem sikit.”
Mia tergelak halus. Nurin Aleya menahan sebal dalam hati. Kerek!Perlu ke pakai budak yang tak bersalah ni?
************************************************
“Assalamualaikum Cikgu Nurin.. Aleya!”
“Opocott mak kau tergolek !!” Aleya melatah. Spontan dapat gelak jahat free dari lelaki itu.
“Woit,dah 12 tahun kot. Takkanlah tak buang lagi melatah karen kau tu.”
Aleya sekadar menjeling keras. Perangai hantu kau pun masih melekap, so tak payah nak perli sangat.
“Dah dapat belum?” Lelaki itu bertanya, sebelum turut melabuhkan duduk disebelah gadis itu.
“ Dapat apa?”
“ Ala ..aku ada kirimkan mintak Mia kasi semalam kan. Takkan tak dapat.Mia cakap..”
“Mia..Mia..Semuanya Mia. Awak jangan susahkan budak yang baru berumur 10 tahun tu boleh tak?” Aleya membalas geram. Kini, mula bersaya-awak dengan lelaki itu. Lelaki itu tersenyum nipis. Mia Darina, anak kepada arwah papa bersama aunty Sara, teringat celoteh gadis comel itu yang saban malam sudi berkongsi cerita perihal gadis itu padanya.
“Saya nak tanya sesuatu.”Aleya bertanya perlahan,tiba-tiba.
“ 12 tahun lepas, bila awak mintak saya jauhkan diri, saya cuma tak faham atas sebab apa. Seingat saya, tak ada pulak saya buat silap ke apa. Memang, in fact we are like a strangers, tak ada sebab saya nak persoalkan semua tu. Tapi apa yang awak dah lakukan untuk saya sebelum tu, saya cuma terfikir, untuk apa? Keep thinking the same question.. apa yang awak nak sebenarnya? Buat saya terfikir mungkin awak benci saya, tapi pada masa yang sama still menyibuk masalah peribadi saya. Untuk apa? Saya tak faham,sampai sekarang..”
Lelaki itu masih terdiam. Senyuman nipis ditarik perlahan. Ingatan kembali pada 12 tahun yang lalu. Kerana terlalu ikutkan ego lelakinya, dia belajar membenci gadis itu, tapi ternyata tak mudah. Nurin Aleya, tanpa sedar, meninggalkan bekas dihatinya sehingga kini.
“Sebab..time budak-budak dulu,kau tu menjengkelkan! Setiap kali nak buat benda jahat, muka kau je yang aku kena hadap.Bo
san!”
Sepantas kilat kepalanya diluku gadis itu. Rafiq tergelak jahat sebelum mula berdiri melarikan diri.Layan angin amarah perempuan ni, bahana!
“Percaya atau tak, apa yang aku buat dulu, sebab..”
“Aku sayang kau sengal!”
Aleya kaku tiba-tiba. Hujung kemeja lelaki itu yang sempat ditarik sewaktu bertumbuk ringan tadi dilepaskan perlahan. Matanya bertemu pandang dengan mata nakal lelaki itu. Rafiq mendekat tiba-tiba,dan dia seperti biasa terundur selangkah. “Raf ..”
“Aku yang bodoh. Bila dengar mamat kepala kotak tu luah perasaan kat tangki air yang langsung tak romantic tu, aku nanar. Takut tiba-tiba, either kehilangan kau, or become loser?Actually both! Sebab ego, aku yakinkan diri aku, aku bencikan Nurin Aleya, budak form 4 keras kepala! Simpan perasaan untuk kau masa tu, means cuma jadikan aku loser. Kalah pada mamat kotak tu sekalipun aku sendiri tak pasti jawapan kau,memandangkan tahap bendul kau tu kritikal! ”
Aleya masih terkedu. Seketika, ringan kakinya menuku kaki lelaki itu.Rafiq tidak sempat mengelak seperti biasa,mula menyeringai kesakitan. What the hell??
“Bodoh! Sekarang baru nak cakap?! Nasib baik saya tolak lamaran Zamril tahun lepas! Kalau bukan kerana Mia, kita takkan jumpa,dan saya ..” Aleya menahan sebak tiba-tiba. Pantas wajahnya dikatup dengan kedua belah tangannya. Memalukan! Air jernih tiba-tiba bertakung.Kenapa?! Rafiq tersenyum nipis. Perlahan gadis itu didekati. Dia menunduk sedikit.
“Percaya pada ketentuan-Nya. Dia dah tuliskan cerita cinta yang terindah buat setiap hamba-hambaNya. Aku yakin itu. Kerana itu, sekalipun aku menyesal dengan keputusan aku dulu, aku tetap yakin, masih menanti, seandainya Nurin Aleya Sharul Haqimi adalah ketentuan untuk aku. Dan sekarang .. Allah temukan kita kembali.”
Aleya mula mengangkat wajah kembali.Merenung lama wajah lelaki itu. Seyakin itukah dia? Rafiq mengangguk perlahan, seakan mengerti apa yang ada dalam fikirannya saat itu.
“Nurin Aleya Sharul Haqimi.. Izinkan aku jadikan kau hak aku yang halal. Sebab .. aku cinta kau sesangat sengal!!” Rafiq menunduk, berbisik pada sisi gadis itu. Aleya menekup mulutnya, ada sebak bertandang. Air jernih yang mengalir sekadar dibiarkan. Kali ini, hatinya yakin.
Terima kasih..Allah


0 comments:

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini