rss

Apa yang dah berlaku ni??.........Abang Aril suka kat Aku?...EH!!! biar benar, maknanya......aku suka pada abang Azam, Abang Azam suka pada Kak Huda, Kak Huda suka pada Abang Aril...dan....dan...Abang Aril suka pada aku??...EH!!!! maknanya......kami semua terperangkap dalam cinta empat segi?.lain yang aku harap lain yang jadi.
“hei Rena, kau tak nak pergi kelas ke? Dah pukul berapa dah ni.Pergi la mandi.” Sibuk jelah Zila ni, aku tengah masalah ni dia sibuk je nak suruh aku pergi kelas.
“aku tak sihatlah hari ni.”jawab aku ringkas.Zila datang menghampiri aku dan memerhatikan aku lama.
“apa?”soal aku.Zila tersenyum sinis dan kembali ke meja belajarnya.
“tak ada macam orang sakit pun.”
“aku sakitlah, apa kau tahu.”rengus aku.
“sudahlah Rena, aku tahu apa yang jadi kat kau semalam.”Aku tersentak.Biar benar.
“ma...mana..kau tahu?”Zila mengambil begnya dan duduk disebelah aku.
“Rena, aku rasa kau akan ada masalah besar lepas ni.”aku mengerutkan dahi sambil merenung wajah Zila.
“ke...kenapa pulak?”aku cemas.
“kau tahu tak yang kau dah melibatkan diri dalam konflik paling popular kat kampus ni?”
“ha?”
“masalah cinta tiga segi antara Abang Azam, Kak Huda dan Abang Aril tu dah lama diketahui orang kat kampus ni, sekarang kau dah buat masalah diorang tu bertambah rumit.”cerita Zila.Aku mengerutkan dahi.Biar betul?kenapa aku tak tahu?
“Zila, kau janganlah takutkan aku.”aku separuh merayu.Zila tersenyum.
“benda dah berlaku Rena.Sekarang ni semua student kat sini dah tahu kau dah jadi orang keempat dalam kisah cinta gila diorang tu.dahlah, aku pergi kelas dulu.bye...”Zila lantas keluar dari bilik menuju ke kelas.Aku menelan liur.Mampus aku!!

Aku berjalan berseorangan menuju ke kelas.Aku dah agak dah ini akan berlaku.Semua orang perhatikan aku sambil berbisik sesame sendiri.Ni yang aku tak suka ni.Ni semua Abang Aril punya pasal.
“ADUH!!!”aku mendengus selepas terlanggar seseorang.
“maaf...maaf...eh!!”ya ini dia punca masalah aku.
“hai Rena.”Abang Aril tersenyum mesra. “nak pergi kelas ke?”soal Abang Aril.aku mengangguk perlahan.
“kalau ya pun janganlah dating kat sini.semua tengah tengok tu.”terkejut aku tiba-tiba Abang Azam menegur kami.
“biarlah diorang tengok.Kan Rena?”ujar Abang Aril pula.Aku terkedu.betul-betul termati kata.
“suka hati kaulah.”ujar Abang Azam ringkas dan terus berlalu pergi.Tiba-tiba aku rasa macam sedang diperhatikan.Aku memandang ke tingkat atas.Hah!!! Kak Huda!! Kak Huda memandang aku dengan pandangan tajam sebelum berlalu pergi.Aku tertunduk.Aduhai, habis la aku kat gelanggang nanti.
“kenapa Rena?”soal Abang Aril.
“ni semua Abang Aril punya pasal.”ujar aku tegas sambil menyambung langkah.Abang Aril mengiringi aku.
“kenapa pulak?”soal Abang Aril.
“yelah, sebab Abang Aril dah heret saya masuk dalam masalah ni.”
“tapi kan memang awak sendiri yang nak masuk dalam masalah ni.”
“ha?”aku keliru.
“awak suka Azam kan? So itu maknanya awak sendiri yang nak masuk dalam masalah ni.Lagipun, salah ke Abang suka pada awak?”
“tapi saya tak suka Abang!!!”tegas aku.
“Azam pun tak suka awak.”selamba Abang Aril berkata.
“tapi saya akan tetap berusaha untuk buat dia suka pada saya.”
“kalau macam tu, abang pun akan berusaha untuk buat awak suka pada abang.”Aku menoleh ke belakang memandang Abang Aril.Abang Aril tersenyum memandang aku.Dia lantas memintas aku dan terus menghilangkan diri dibalik orang ramai.Abang Aril ni dah betul-betul tekad ni!! Ahh!! Aku tak peduli.Aku tetap akan dapatkan Abang Azam.

“hai Abang, penat berlatih? Nah air.”aku memberikan sebotol air mineral pada Abang Azam.Abang Azam baru sahaja selesai membuat latihan.
“terima kasih.”ucap Abang Azam sambil menyambut air tersebut.Aku tersenyum bahagia.Dapat melihat wajah Abang Azam pun bagi aku dah buat aku cukup gembira.
“tak ada latihan ke?”soal Abang Azam.
“ada....tengah rest.”aku jawab sambil tersenyum.
“awak tak perlulah buat baik macam ni lagi dengan saya.”
“eh!!!...kenapa pulak?”ujar aku keliru sambil duduk disebelahnya.
“Aril kan suka kat awak.”
“ohh...pasal tu.Alah, biarlah, saya bukan suka pada dia pun.Saya suka kat Abang seorang je.”ujar aku dengan ceria.Macam perempuan gedik pulak bunyinya.HAHAHAH alah, tapi aku menggedik dengan Abang Azam je.Bukan dengan semua orang.
“awak ni langsung tak putus kan.Dah ada orang yang suka pun masih nak kejar saya jugak.”Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata Abang Azam itu.Seketika kemudian Abang Azam terdiam dan memandang ke satu arah.Aku melihat ke arah yang sama.ohh...Kak Huda.Aku melihat pula wajah Abang Azam.Aku tahu Abang Azam masih berharap pada Kak Huda.Patut ke Aku bagi tahu yang Kak Huda suka pada Abang Aril? Kasihan Abang Azam.Kalau Aku boleh berusaha untuk dapatakn Abang Azam, Abang Azam juga patut begitu.
“Abang Azam masih ada peluang lagi.Berusahalah.”ujar aku perlahan.Abang Azam memandang aku.
“apa maksud awak?”
“kalau Abang Azam masih berharap pada Kak Huda, Abang tak boleh diamkan diri macam ni je.Abang kena berusaha dapatkan dia.”Abang Azam memandang aku tepat.Apa yang aku cakap ni? “saya berusaha mendapatkan Abang, so abang kena berusaha mendapatkan Kak Huda, baru adil namanya.Betul tak?”aku tersenyum.Benar ini baru adil.Aku berusaha mendapatkan Abang Azam, Abang Aril berusaha mendapatkan aku dan Abang Azam perlu berusaha mendaptkan Kak Huda.
“oklah bang, saya pergi dulu.Berusaha tau.!!”aku bangun dan kembali ke gelanggang pasukan perempuan.

Dalam perjalanan menuju ke bilik aku di asrama.Aku terserempak dengan Kak Huda.Kak Huda hanya memandang aku tajam.Aku tahu dia marahakn aku.Di gelanggang tadi pun dia langsung tak tegur aku.Aku tahu sangat.Dia mesti salahkan aku sebab abang Aril suka pada aku.Tapi itu bukan salah aku.Dah Abang Aril tu yang terpikat kat aku, aku nak buat macam mana lagi.
“Kak Huda..”aku memanggil.Kak Huda berhenti tapi langsung tak memandang aku. “boleh kita bercakap sekejap?” ajak aku.Kak Huda bersetuju dan lantas membontoti aku.Aku membawa Kak Huda ke wakaf di perkarangan asrama.
“akak marah kat saya ke?”soal aku selepas masing-masing membisu seketika.
“tak lah, buat apa akak nak marah kat awak.Awak ada buat akak marah ke?”soal Kak Huda dalam nada menyindir.
“saya tahu akak marah kat saya sebab abang Aril.Sumpah kak, saya tak pernah goda dia pun.Tiba-tiba je dia kata dia suka kat saya.Saya nak buat macam mana lagi.Bukan salah saya.Saya dah tolak dia pun.Tapi dia masih nak kejar saya.”aku menerangkan panjang lebar.Kak Huda masih berdiam diri.
“akak tak sangka....akak ingat dia tolak akak sebab nak tumpu pada pelajaran.Tapi sebenarnya dia suka pada awak.Dah la awak tahu saya suka pada Aril, last-last dia boleh suka kat awak pulak.Kelakar betul kan?”Kak Huda mula bersuara.Aku hanya mendengar. “akak tahu awak tak salah.Sejak awal lagi akak tahu.Tapi tak tahu kenapa akak akan rasa sakit hati bila nampak awak.Akak rasa terancam.Akak rasa macam awak cuba rampas Aril dari akak.”
“akak jangan risau, saya tak akan rampas Abang Aril dari akak.Saya tak ada perasaan pun pada dia.Akak tahu kan, saya suka pada Abang Azam? Walaupun dia tak suka pada saya, tapi saya akan tetap berusaha untuk dapatkan dia.Akak pun kena berusaha macam saya.”
“ha?”Kak Huda berpaling memandang aku.Aku tersenyum padanya.
“Kalau akak betul-betul suka dan sayangkan abang Aril, Akak kena Berusaha untuk dapatkan dia.OK?”Ujar aku lembut sambil tersenyum padanya.Kak Huda membalas senyuman aku itu dengan senyuman yang sangat manis.

Aku tersenyum tenang. Aku rasakan aku sedang menyenangkan kerja aku dengan menyuruh Kak Huda untuk berusaha mendapatkan Abang Aril .Yalah kalau dia Berjaya dapatkan Abang Aril, Abang Aril tak akan kejar aku lagi.Dan Aku akan lebih mudah untuk mendapatkan Abang Azam.Tapi bukan itu yang berlaku.Aku dah terlupa yang aku juga menyuruh benda yang sama pada Abang Azam dan Abang Aril juga berjanji untuk buat benda yang sama.Ya benar, disitulah segala kerumitan dalam masalah ni bermula.Disitulah bermulanya episod kejar mengejar antara kami.Tiada seorang pun yang berputus asa.Semester juga hampir tamat tapi kisah cinta gila kami ni masih belum menunjukan tanda-tanda akan berakhir, malah makin sensasi.Hampir keseluruhan kampus tahu tentang cinta empat segi kami.Bukan sekadar pelajar, pensyarah, dan staf, malah tukang masak di kafetaria juga turut tahu.Lebih dahsyat, pengarah Kampus pun tahu.Sejak kisah kami ni disiarkan dalam ruangan gossip Buletin Kampus, edaran mingguan terbitan Majlis Perwakilan Pelajar itu laris macam pisang goreng panas.Kisah ini bukan sekdar hangat di kampus ni sahaja, pelajar dari IPT lain yang berhampiran pun tahu.Kadang-kadanga aku terfikir, apa yang menyebabkan kisah ini begitu popular.Dan sering kali juga Zila mengingatkan aku tentang siap mereka tu.
Pertama, Syed Azril Izny Syed Mustaza aka Aril, Presiden Kelab Tenis merangkap Exco pembangunan Sukan dan Sahsiah Majlis Perwakilan Pelajar.Dan dengar ura-ura, Aril akan bertanding untuk merebut jawatan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar untuk sesi depan.
Kedua, Khairul Muazzam Alias aka Azam, Timbalan Presiden Kelab Tenis, juara lima kali pertandingan Tenis peringkat IPT wilayah Utara. Dan merupakan juara bertahan kejohanan tenis Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) . Azam juga ada gelaran dikalangan atlet tenis, gelaranya Raja Tenis Utara.
Ketiga, Nurul Huda Mazlan, Setiausaha Kelab Tenis merangkap Ketua Pasukan Tenis Perempuan. Pernah menjawat jawatan Exco Kebajikan Majlis perwakilan pelajar sebelum membuat keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam pilihan raya kampus yang lepas. Huda juga bukan calang-calang.Pemerhati sukan menggelarkan sebagai Maria Sharapova Malaysia.Kalau Azam Raja Tenis, Huda pula adalah Ratu Tenis.
Sekali lagi aku terfikir, macam mana aku boleh terlupa kehebatan diorang ni?


Bersambung........

0 comments:

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini