rss

Aku berlari-lari anak menuju ke arah belakang Blok Sukan yang menempatkan bilik operasi kelab Tenis.Jantung aku berdegup kencang.Tadi aku ternampak dua orang senior aku, Kak Huda dan Abang Azam berjalan berdua ke belakang ni.Apa mereka buat?Dah la belakang blok ni sunyi.Aku mengintai sedikit .Alahai, jauh sangatlah, tak dengar.Aku bergerak perlahan menghampiri mereka.Macam spy pulak rasanya.Aku lantas terus bersembunyi didalam semak.

“maaf Azam, saya tak boleh.”ujar Kak Huda perlahan.Nampak jelas raut wajah kecewa diwajah Abang Azam. Eh!!...tak boleh? apa yang tak boleh?!! Mencurigakan ni.
“biarlah kita jadi kawan jer.....maaf.”kata Kak Huda lagi dan terus pergi meninggalkan Abang Azam.Jadi kawan?? Ha...entah entah Abang Azam luahkan perasaan tadi.Aku melihat wajah Abang Azam lagi.Sah memang dia luahkan perasaan tadi...dan....dah kena reject.Aku tak tahu kenapa tapi aku suka.Hehehehehe.Mungkin ini peluang aku nak pikat dia.Dulu dia reject aku, Untuk Kak Huda rupanya, tapi sekarang Kak Huda dah reject dia, so peluang terbuka luas.Abang Azam, tunggu, Azzarena akan kembali...hahahahha.....

“Betul ke apa yang kau dengar tu? Pendengaran kau tu bukan betul sangat.”ujar Zila selamba.
“Amboi sedapnya mulut bercakap, aku belum pekak lagilah.Aku dengar dengan jelas tau, dia dah kena reject.”aku bersuara dengan yakin.Memang yakin pun.Benda-benda macam ni aku memang peka.Lagi-lagi kalau berkaitan dengan Abang Azam aku tu.
“tapi kalau ye pun, kau kan dah pernah kena reject dengan dia dulu, apa yang membuatkan kau yakin dia nak kat kau?”soal Zila.
“dulu dia reject aku sebab dia suka pada Kak Huda, tapi sekarang Kak Huda dah reject dia, so tak ada alasan untuk dia reject aku lagi.”
“sudah la tu Rena, ramai lagi perempuan yang tergila-gilaka dia kat kampus ni, janganlah berharap.”ujar Zila lagi.
“lantaklah satu Malaysia pun yang suka kat dia, pada aku dia tetap hanya sesuai dengan aku.”ujar aku dengan gembira.Ya benar, aku betul-betul sukakan Abang Azam.
“Suka hati kau lah, malas aku nak masuk campur.”ujar Zila malas.Cakap lah apa yang kau nak cakap Zila, aku tetap dengan keputusan aku.

“Hai Abang.”aku menegur Abang Azam yang ketika itu sedang sibuk menulis borang untuk meminjam kelengkapan sukan dari bilik peralatan sukan.
“hai.”ujar Abang Azam ringkas.
“Sorry lambat.”ujar aku lagi memohon maaf.Hari ini giliran aku dan Abang Azam yang bertugas membawa peralatan tenis ke gelanggang untuk sesi latihan hari ini.
“tak apa.”ujar Abang Azam lagi ringkas.Selesai mengisi borang, Abang Azam mengambil dua buah net dan memberikannya pada aku sementara dia sendiri membawa beberapa batang reket tenis dan sebuah karung yang berisi beberapa biji bola tenis.Nampak macam berat je.Tapi net yang aku bawa ni pun boleh tahan juga beratnya.
“boleh tak bawak net tu?”soal Abang Azam.
“boleh.”jawab aku ringkas.
“nah ambik ni.”Abang Azam mengambil satu dari net yang aku bawa itu dan menukarkannya dengan bola tenis yang dibawanya tadi.
“dah jom.”aku tersenyum.Gentlemannya dia!!! tulah sebab kenapa aku tergila-gilakan dia.
“abang, abang dah kena reject dengan kak Huda kan?”selamba kau bertanya.Terhenti langkah Abang Azam yang ketika itu sedang meninggalkan Blok sukan menuju ke gelanggang tenis.
“ma...mana awak tahu?”soal Abang Azam.
“saya saksi yang melihat abang kena reject dengan Kak Huda hari tu.”ujar aku sambil tersenyum.Abang Azam melangkah semula.Dia memang terkejut tadi.Boleh Nampak dari ekspresi wajah dia betapa dia terkejut tadi.
“jadi kenapa?”soal Abang Azam lagi.
“jadi boleh la abang kapel dengan saya ek?”gila punya selamba aku ‘lamar’ dia.hahaha....
“awak ni masih tak putus asa kan?”
“saya tak akan putus asa untuk dapatkan abang.Jadi boleh tak?”
“tak..”jawab Abang Azam ringkas sambil terus melangkah.
“tak apa, saya akan berusaha lagi sampai abang nak pada saya.”ujar aku selamba walaupun selepas kena reject buat kali kedua.

“eh, beg duit.”aku mengambil beg duit yang aku jumpa dalam perjalan untuk pulang ke kolej kediaman.Latihan tenis hari ini dibatalkan sebab hujan.Siapa punya beg duit ni? Macam beg perempuan.Aku membuka beg duit tersebut dan melihat kad pengenalan yang ada di dalamnya. ‘Nurul Huda binti Mazlan’.Kak Huda punya rupanya, senanglah aku nak pulang kan.Tapi eh!! Sekejap.Ada gambar, gambar lelaki.Siapa ni? Eh!! Ini...ini....Syed Azril Izny Syed Mustaza.Abang Aril!!...Presiden kelab Tenis.Kenapa ada gambar dia dalam beg duit Kak Huda?...satu kemusykilan.Entah entah.....
“maaf Azam, saya tak boleh.”Aku teringat kembali kata-kata Kak Huda masa dia reject Abang Azam tempoh hari.Jadi inilah maksud dia ‘tak boleh’.Kak Huda suka pada Abang Aril.Penemuan hebat.
“Rena!”kedengaran nama aku dipanggil.Aku memandang kedepan, arah suara yang memanggil aku itu datang.
“Kak Huda!!” aduh, mati aku!!

(Bersambung......)

0 comments:

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini