rss

“Tu hadiah apa pulak?”soal Zila.Aku menoleh ke arahnya dan tersenyum.
“hadiah untuk Abang Azam aku tulah.”ujar aku dengan ceria.Zila menggelengkan kepala sambil menyusun buku-buku di atas mejanya.
“tak sudah-sudah lagi.Tak penat ke? Aku yang tengok kau ni pun dah penat.”ujar Zila sambil merebahkan dirinya di atas katil.Aku terdiam seketika.Dah penat dah sebenarnya.Tapi aku dah bertekad untuk tidak berputus asa.
“cuba kau tengok kipas tu.”ujar Zila sambil menunjuk ke arah kipas siling.Aku melihat kipas tersebut.Ada apa dengan kipas tu?
“korang berempat ni, samalah macam bilah-bilah kipas.Saling mengejar tapi tak akan dapat.Kalau salah seorang dari korang tak beralah, sampai junior kita tamat belajar pun, kisah korang ni tak habis lagi.”ujar Zila membuat perbandingan.Aku memandang Zila.Benar katanya.Sampai bila pun tak akan selesai kalau macam ni.Ini semua salah aku.Aku yang beri galakan pada diorang.Kalau aku tak buat macam tu dulu, semua ni tak akan terjadi.Aku kembali membungkus hadiah yang baru siap separuh dibalut.
“aku ni bukan nak menyebuk hal kau, dan aku tahu kau tak pernah pun nak ambil kisah semua nasihat aku.Tapi sebagai kawan aku nak nasihatkan kau satu benda je.Lagi tiga minggu peperiksaan akhir.Kau patut lupakan sekejap Abang Azam kau tu.Tumpukan pada pelajaran kau tu.Jangan sampai kau sibuk dengan Abang Azam kau tu, kau lupakan pasal pelajaran kau.”panjang lebar Zila memberi nasihat.Aku hanya terdiam.Zila benar.Aku patut lupakan pasal hal ni sekejap,atau mungkin lupakan terus.Mungkin antara kami berempat aku yang patut mengalah dan mengundurkan diri.Aku bukan sesiapa.Aku tak sehebat mereka.Semoga semua masalah ni akan selesai dan semua orang boleh teruskan dengan kehidupan masing-masing.Aku meletakan bungkusan hadiah yang telah siap dibalut itu ketepi dan aku membuka buku tutorial yang telah lama tak berusik.Kini waktu untuk belajar.BELAJAR...BELAJAR....dan BELAJAR.

Aku melihat kekiri dan kekanan.Aku hairan kenapa semua orang menuju ke gelanggang tenis.Hari ini hari terakhir peperiksaan akhir bagi aku.Baru saja tadi aku selesai mendudukinya.Dalam perjalanan pulang ke asrama aku terlihat ramai pelajar berpusu-pusu menuju ke gelanggang tenis.Apa yang berlaku.Ada tournament ke? Tapi kenapa aku tak tahu?
“hei....kenapa semua orang pergi gelanggang tenis?”aku bertanya pada seorang pelajar yang melintasi aku.
“Presiden dan timbalan Presiden kelab tenis tengah bertanding.”ujarnya ringkas dan terus meluru ke gelanggang tenis.Presiden dan timbalan presiden? EH!!! Abang Azam dan Abang Aril!! Diorang bertanding sebab apa? Jarang diorang bertanding sesame sendiri.Aku lantas mengatur langkah menuju ke gelanggang tenis.Aku kena tahu kenapa.
Memang benar, Abang Aril dan Abang Azam bertanding.Tapi untuk apa?Aku ternampak kak Huda tidak jauh dari situ.Aku menghampirinya.
“Kak Huda, kenapa diorang bertanding?”aku bertanya pada Kak Huda.Kak Huda hanya tersenyum sinis.
“Semua ni akan berakhir seketika nanti.Akak dah kalah, awak akan jadi pemenangnya.”ujar Kak Huda dan terus berlalu pergi.Aku kehairanan.Kenapa ni.Kemudian aku terperasaan sesuatu.Semua orang memandang aku.Kenapa ni.
“Kau dah lupa ke kau berlawan dengan siapa?”kedengaran suara Abang Azam.
“ada aku peduli aku lawan dengan siapa.”Abang Aril melawan balik sambil membalas pukulan dari Abang Azam.
“kau tak pernah menang dengan aku.”balas Abang Azam pula.
“Tak kisahlah, yang pasti aku akan dapatkan Rena.”balas Abang Aril pula.Aku terkesima.Mereka bertarung untuk dapatkan aku.
“tapi dia suka aku.”balas Abang Azam pula.Aku terkesima sekali lagi.Abang Azam cakap macam tu? Tapi kenapa? Dia dah suka kat aku ke? Tak mungkin.Dia tak pernah cakap macam tu dengan aku.Tidak lama kemudian perlawanan tamat.Seperti diduga, Abang Azam menang.Abang Azam memandang pada aku sambil tersenyum.Dia menghampiri aku.
“Azam tu memang pantang dicabarkan?Sejak dulu lagi dia macam tu.”kedegaran satu suara di belakang aku.
Aku terdiam seketika.Abang Azam pantang dicabar? Jadi Abang Aril yang cabar dia dalam perlawanan ni? Maknanya dia berlawan hanya kerana dicabar? Bukan kerana aku? Ya benar, bukan kerana aku.Sejak awal lagi Abang Azam memang tidak ada perasaan pada aku.Dia hanya suka pada kak Huda, bukan Aku.Kenapa dia buat macam ni? Mungkin sepatutnya aku aku mendengar Nasihat Zila dulu.Jangan libatkan diri dengan mereka.Mungkin memang sejak awal lagi ini tidak patut berlaku.Mungkin Cinta tiga segi mereka tidak patut jadi empat.Ini semua salah aku.Aku yang mulakan semua ni.Mungkin ini saatnya untuk aku tamatkan semua ni.
“awak...”
“maaf!”aku memotong kata-kata abang Azam yang kini betul-betul ada di hadapan aku.Abang Azam agak terkejut dengan riaksi aku.
“Maafkan saya.Ini tak sepatutnya berlaku.Sejak awal lagi ini tak patut berlaku.”ujar aku perlahan.Abang Azam terkesima dengan kata-kata aku.
“Rena...”Abang Azam memanggil namaku lembut.Air mata aku menitis tanpa diduga.
“maafkan saya.”Aku lantas berpaling dan meninggalkan gelanggang tersebut.Dan itu kali terakhir aku bertemu dengannya.Aku pulang ke kampung malam itu juga untuk menghabiskan cuti semester aku.Mungkin ini yang terbaik.

DUA BULAN KEMUDIAN

Cuti semester berakhir dan kini semester baru bermula.Aku mengeluarkan buku-buku dari kotak dan menyusunnya di atas meja tulis.Alhamdulillah semester ini aku masih sebilik dengan Zila.Sedang menyusun barang tiba-tiba aku melihat sebuah bungkusan.Bungkusan hadiah yang sepatutnya ku berikan pada Abang Azam dua bulan dulu.Sepanjang cuti ini aku cuba mengelakan diri dari dia.Kelakar, dulu aku sangat tergila-gilakan dia.Tapi kali ini aku menjauhkan diri dari dia pula.Aku telah buat keputusan untuk tidak menyertai kelab tenis untuk semester kali ini.Aku juga telah menghubungi Kak Huda dan memberitahunya tentang hasrat aku untuk menarik diri dari pasukan tenis perempuan.Herm.....apa aku nak buat dengan hadiah ni?
“eh....itu hadiah yang dulu tu kan?”soal Zila yang baru pulang dari bilik air.Aku mengangguk dan meletakan hadiah itu ketepi.
“kau tak bagi lagi?”soal Zila lagi.
“belum.”jawab aku ringkas.
“so, bila nak bagi?”soal Zila.
“kena bagi ke?”soal aku balik.
“la....habis kau nak buat apa dengan hadiah tu?”soal Zila kembali.
“entah...kalau kau nak kau ambil lah.”Aku memberikan bungkusan hadiah itu pada Zila.
“betul ke ni? Apa kat dalam ni?”soal Zila teruja sambil menggoncang hadiah tersebut.
“minyak wangi.”jawab aku ringkas.
“minyak wangi? Eh kejap, hadiah ni kau nak beri pada Abang Azam kan?”soal Zila.Aku mengangguk.
“la..kalau macam tu ni minyak wangi lelaki lah?”soal Zila lagi.Aku mengangguk sambil tersenyum.
“eehh....tak nak lah aku.Nah ambil balik.Buat apa aku minyak wangi lelaki?”Zila memulangkan semula hadiah itu pada aku dan terus keluar dari bilik.Aku hanya ketawa kecil dengan riaksi Zila.Aku memerhati bungkusan hadiah itu lama.Apa aku nak buat dengan hadiah ni? Nampaknya aku terpaksalah bagi juga pada Abang Azam.

Sepanjang dua minggu pertama ini aku berjaya mengelakkan diri dari Abang Azam, Abang Aril mahupun Kak Huda.Bukan apa, kalau boleh aku tak mahu lagi melibatkan diri dengan mereka.Kini keadaan sedikit berubah.Gossip hangat mengenai kami dulu sudah berhenti.Mungkin masing-masing ingat kisah cinta gila kami tu telah berakhir.Ya, memang sudah berakhir pun.Keputusannya, tak ada sesiapa pun yang berjaya mendapatkan sesiapa.Penamat yang membosankan.
Hari ini aku terpaksa juga menebalkan muka ke gelanggang tenis.Walaupun aku sudah menarik diri , tapi ada seuatu yang perlu aku buat.Aku mahu memberikan hadiah ini pada Abang Azam.Sebenarnya tak perlu pun tak apa.Tapi sejak mula aku beli hadiah ni dulu aku sudah berniat nak berikan pada Abang Azam, jadi aku rasa aku perlu berikan juga pada Abang Azam.
Perlahan aku melangkah masuk ke gelanggang tenis.Abang Azam sedang berlatih.Aku berjalan masuk dan duduk di bangku di sebelah gelanggang.Kelihatan Kak Huda juga sedang berlatih.
“Hai Rena.”tiba-tiba seseorang menegur aku.Aku berpaling.Abang Aril!.Aku separuh terkejut.Sebenarnya aku sudah boleh menjangka kehadirannya.
“hai..”balas aku ringkas.
“lama tak jumpa Rena.Kenapa abang call tak jawab, abang hantar mesej pun tak balas.”soal Abang Aril.
“saya sibuk.”jawab aku ringkas.
“sibuk atau dah tak sudi?”soal Abang Aril.Aku dah agak aku akan terperangkap dalam keadaan macam ni.Belum sempat aku jawab, Abang Azam datang menghampiri kami.Aku bangun.Abang Aril juga bangun.Aku menghampiri Abang Azam.Abang Azam memandang aku tepat.
“Rena...”
“nah..”belum sempat abang azam bersuara aku menghulurkan bungkusan hadiah itu padanya.Abang Azam keliru dengan tindakan aku.
“ini sepatutnya saya bagi masa birthday abang dua bulan lepas.Tapi tak sempat.So saya bagilah sekarang.Happy Birthday.”Abang Azam terpinga-pinga. “saya pergi dulu.”ujar aku ringkas dan terus berlalu pergi.
“Rena...!!!”panggil abang Azam.Aku tidak mengendahkannya dan terus pergi.
“Rena!!! Kali ini panggilan Abang Azam lebih kuat.Cukup kuat untuk didengari oleh semua orang yang ada di gelanggang.Air mata aku berlinangan.Aku berlari sekuat hati.Tapi aku tahu ada orang yang mengejar aku dari belakang.Dan aku tahu itu adalah Abang Azam.
“Rena!!!”Abang Azam memanggil aku lagi.
“kenapa abang kejar saya?”soal aku pada abang Azam.
“kenapa awak lari?”soal Abang azam pula.Aku masih berlari untuk menjauhkan diri dari abang Azam.
“sebab abang kejar saya.”balas aku pula.
“sudahlah tu Rena, berhenti.”Dia lantas memintas aku.Aku terkesima tak tahu apa nak buat lagi.Abang Azam betul-betul berada dihadapan aku.
“kenapa dengan awak ni?”soal abang Azam.Aku tertunduk.
“kenapa apa?”soal aku pula.
“kenapa awak lari dari saya?”
“sebab abang kejar saya.”
“Rena!!”abang Azam sedikit meninggikan suara.Aku tahu dia kurang senang dengan jawapan aku.Aku tahu apa maksud sebenar soalan dia tadi.Sengaja aku mengelak.
“saya dah penat bang, saya dah penat nak main kejar-kejar lagi.Biarlah saya tarik diri.Kalau tak semua ni tak akan selesai.Saya dah penat.Penat sangat.”ujar aku perlahan dengan air mata yang menitis.
“awak tak boleh buat macam ni.Awak yang suruh saya berusaha dulu, dan sekarang awak pulak yang putus asa?”tegas Abang Azam.
“bukan macam tu.”
“Rena.Awak tak boleh tarik diri.Sebab Awak dah menang.Saya dah jadi milik awak sekarang ni”ucap Abang Azam.Jadi milik aku? Ohh pasal perlawanan yang dulu tu?
“kalau pasal perlawan abang dengan abang Aril tu, lupakan je.Abang hanya nak menang lawan dengan abang Aril kan, abang bukan nak kan saya.”ujar aku pula.
“siapa cakap? Saya berlawan sungguh-sungguh untuk dapatkan awak.Saya bukan main-main.”aku terkesiam seketika.Wajah abang Azam, aku tak pernah lihat riak wajahnya begitu.Dia betul-betul serius. “Rena, awak dah menang.Awak dah berjaya buat saya terpikat pada awak.Awak telah berjaya buat saya melupakan Huda.Hanya awak dalam hati saya sekarang.Hanya awak.”Abang Azam meluahkan perasaannya.Aku betul-betul tersentuh.Dia benar-benar ikhlas.Jelas terpancar keikhlasan dari wajahnya.
“akhirnya...”kedengaran suara dari satu arah.Kami berdua berpaling serentak ke arah datangnya suara itu.Abang Aril!! Kak Huda pula berdiri tidak jauh dibelakangnya.
“ha?!” bersuara aku dan abnag azam serentak.Apa maksud dia ‘akhirnya’ ? Abang Aril menghampiri Abang Azam dan merangkul lehernya.
“apahal la kau ni lembab sangat?”soal Abang Aril pada abang Azam.Kami bertiga betul-betul keliru dengan kata-kata Abang Aril.
“kenapa tak dari dulu kau buat macam ni.?”soal Abang Aril lagi.
“ma...maksud kau?”soal Abang Azam pula.
“yelah, kalau kau luahkan perasaan pada Rena tu sejak dulu lagi, tak lah aku susah-susah berlakon.”
“berlakon?!”bersuara aku dan abang azam serentak.Abang Aril hanya tersenyum.
“Rena, maafkan abang ya, selama ni abang dah pergunakan Awak.”Ujar Abang Aril sambil berundur kebelakang menghampiri Kak Huda.
“selama ni abang tak pernah adapun perasaan pada awak sebab dalam hati abang ni hanya ada Huda.”ujar Abang Aril selamba sambil memegang tangan kak Huda lalu menciumnya.Ternganga kami berdua.Kak Huda pengsan secara tiba-tiba kerana terkejut.
Dan disitulah berakhirnya kisah cinta empat segi yang paling mendapat perhatian ramai dulu.Tak sangka sebenarnya kami semua terperangkap dalam permainan ciptaan Abng Aril.Licik betul dia.Rupa-rupanya sejak dulu lagi dia sudah ada hati pada Kak Huda.Tapi apabila dia mengetahui yang kawan baiknya sejak sekolah rendah itu, iaitu Azam juga menaruh hati pada Kak Huda, dia tak berani untuk meluahkan perasaannya kerana takut akan melukakan hati Abang Azam.Tapi dalam masa yang sama dia tak mahu melepaskan Huda ke tangan Azam.Dia perlu cari akal lain.Sehinggalah dia tahu yang aku telah diriject oleh Abang Azam buat kali kedua dan dia membuat keputusan untuk mempergunakan aku dalam misinya mendapatkan Kak Huda dan dalam masa yang sama tidak melukakan hati Abang Azam.Abang Aril berpura-pura menyukai aku kerana ingin membuatkan Abang Azam berasa tercabar.Dia tahu Azam memang seorang yang pantang dicabar.Dalam masa yang sama dia juga tahu yang aku tetap akan berusaha untuk menawan hati Azam.Tak dinafikan, rancangannya berjalan lancar.Abang Azam benar-benar terasa tercabar dan dalam masa yang sama turut mula tertarik padi aku.
Tanpa pengetahuan aku rupanya perlawanan antara mereka itu tercetus kerana Abang Azam meminta Abang Aril untuk tidak mengganggu aku lagi.Sebenarnya disitu sudah cukup menunjukan yang Abang Aril berjaya menjauhkan Azam dari Huda tapi selagi Abang Azam tak luahkan perasaannya pada aku, selagi itulah Abang Aril tak puas hati dan masih beranggapan Azam masih menyimpan perasaan pada kak Huda.Dan perlawanan itu sengaja diadakan oleh Abang Aril untuk membangkitkan semangat Abang Azam.Ternyata sekali lagi dia berjaya.Abang Azam memang benar-benar bertarung untuk memastikan aku menjadi miliknya.Tak sangka Abang Aril yang mencorakkan semua ini.Dan rupanya, dia sendiri yang memberi bahan untuk ditulis di ruangan gossip Buletin Kampus.Bila difikir-fikir balik, Abang Aril ni merbahaya juga orangnya.Sanggup buat apa saja untuk kepentingan diri sendiri.ISH...ISH....ISh....
Dan semua kisah gila ini bermula di sini, di gelanggang ini, gelanggang tenis, atau mungkin juga boleh digelar Gelanggang Cinta Gila.

TAMAT

0 comments:

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini