rss

Aku baring dikatil sambil memikirkan apa yang aku baru tahu petang tadi.Satu Penemuan yang hebat.Aku juga turut memikirkan apa yang aku dan Kak Huda bualkan selepas aku memulangkan semula beg duitnya.
“Azam memang seorang yang baik.Akak suka pada dia.Tapi hati akak untuk orang lain.Untuk Aril.”ujar Kak Huda.
“akak dah lama suka pada Abang Aril?”
“sejak dari semester pertama kami disini.”
“jadi, abang Aril suka pada akak tak?”soalan bunuh diri namnaya ni.Adus!!
“tak tahulah, dulu ada dia tunjukan minat.Tapi tak tahu kenapa dia mula menjauhkan diri dari akak sejak semester lepas.”jawab Kak Huda perlahan.

Hemm...menarik ni, aku suka pada Abang Azam.Abang Azam suka pada Kak Huda, Kak Huda pulak suka pada Abang Aril.Langung tak ada yang suka sama suka.AHH....aku tak peduli, aku tetap akan berusaha untuk dapatkan Abang Azam.

Aku berdiri di tepi gelanggang tenis sambil melihat Abang Azam yang sedang berlatih bermain tenis.Kacaknya dia.Aku terpikat untuk kesekian kalinya.
“hai.”kedengaran suara seseorang menegur dari belakang.Aku menoleh.Abang Aril.
“hai...”jawab aku ringkas.Terkejut sebenarnya tiba-tiba je Abang Aril ni muncul.
“pasukan tenis perempuan tak ada latihan hari ni?”soal Abang Aril.
“ada, tengah tunggu coach tak sampai lagi.Abang tak berlatih ke?”soal aku pula.
“tak, Abang ada mesyuarat dengan unit sukan Majlis Perwakilan Pelajar sekejap lagi.”ujar Abang Aril ringkas.Oh ya, lupa pula Abang Aril ni Exco Pembangunan Sukan dan Sahsiah Majlis Perwakilan Pelajar.
“Abang dengar cerita awak dah kena reject dengan Azam ......lagi.”Aku tertunduk malu.Aduss!!! malunya...
“a’ah, tapi saya tak kisah, saya akan berusaha lagi.Usaha tangga kejayaan.”jawab aku selamba.Abang Aril tergelak kecil.Aku berpaling memandang Abang Aril.
“Kenapa abang ketawa?”soal aku yang kehairanan.
“Rena.”ujar abang Aril perlahan.Aku semakin pelik kenapa dengan dia ni?
“Rena tahu tak, Abang suka dengan perempuan macam Rena ni, bersemangat, tak senang putus asa, comel.”eh!! lain macam je bunyi nye mamat sorang ni.Nak ngorat aku ker?
“ha?...apa dia?”aku berpura-pura seakan tidak dengar.
“Rena, Abang suka pada awak.”ujar Abang Aril lembut sekali.Aku terkesima.Betul ke apa yang aku dengar ni? Ya Allah, apa yang berlaku ni?
“dush!!”kedengaran bunyi seakan botol air terjatuh dari arah belakang.Aku menoleh perlahan. HAH.....Abang Azam? Apa dia buat kat sini? bila dia sampai? Dia kan tengah buat latihan tadi? dia...dia dengar ke? dia nampak ke?
“Abang Azam!”aku memanggil Abang Azam.Abang Azam memandang aku dan Abang Aril tepat.
“heh.....baguslah.”ujar Abang Azam ringkas sambil tersengeh dan terus menyambung semula latihannya.Ya Allah, apa yang berlaku ni?!bukan ini yang aku nak....TIDAK...TIDAK!!!!!!

Bersambung...

0 comments:

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini