Kelu aku dibuatnya. Wow...ini dah menarik. Yang pasti, pagi ku hari ini pasti indah. Aku tersenyum sendiri sambil lagu Berdua Lebih Baik berkumandang ke telinga. Ya, berdua lebih baik.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Disebalik kekalutan yang berlaku dalam perebutan ruang di dalam LRT, terlihat sebujur wajah yang sungguh mendamaikan. Sebujur wajah yang buatku khayal bak berada syurga. Sumpah ku lihat wajah nan satu itu bersinar-sinar, aku tak pasti adakah sekadar mataku saja ataupun sememangnya remang-remang cahaya matahari pagi membuatkan wajah nan satu itu bersinar-sinar. Wajah yang seperti tak boleh tersenyum itu ku tatap lagi dan lagi dan lagi.
Seorang gadis berbaju kurung coklat cair bunga coklat terang, bertudung hitam itu sungguh mengasyikkan. Kulit hitam manisnya padan dengan gebu pipinya macam pau kacang yang aku gemari, tulang pipi tinggi membuatkan pipi gebu itu semakin ketara. Bibir ulas limau kecil dicaliti sedikit gincu merah pucat tidak juga mahu tersenyum disempurnakan dengan bulu mata lentik, kening tersusun rapi dan mata membulat yang memandang entah kemana. Sungguh ku lihat bagai seorang bidadari turun dari langit dan bibir yang tidak mahu tersenyum itu terus-terusan membuatkan wajah nan satu itu semakin manis ku lihat. Wajahnya tidak tersalut tebal bedak muka atau foundation setebal geisha jepun, cukup tebal sekadar menutup wajah itu dari debu-debu kotaraya dan cukup nipis untuk menampakkan kompleksi kulit wajah itu.
Sungguh kalau tidak aku berpaut pada pemegang boleh terbabas aku kehadapan sewaktu LRT berhenti di stesen Setiawangsa. Eh...dah sampai Setiawangsa dah, rungutku sendiri. Dek terpana wajah comel itu, aku berada disyurga, hanya aku dan dia. Imaginasi tanpa batasan ku menyelusuri ruang pemikiran dan tanpa ku sedar aku terus memandang wajah nan satu. Tiba-tiba, mata bulat itu seakan mengerling kearah aku. Aduh....kantoi. Cepat-cepat aku alihkan pandangan aku ke lain. Syurga telah hilang dan realiti kembali berkunjung. LRT yang sesak bak tin sardin itu seolah-olah mahu meletup kerana kesesakkan muatannya. Lagu Simon & Garfunkel - Mrs Robinson berkumandang di rongga telinga ku. Strumming gitar lagu berkenaan seperti mengulit aku. Perlahan aku pejamkan mata, cuba mencari kekuatan. Argh....aku mahu lihat lagi wajah comel tu, jerit minda ku.
Pantas dengan kekuatan yang dikumpul, aku pandang kembali wajah comel itu. Mata kami bertemu. Aku kelu keras macam kena kejutan elektrik. Cepat-cepat aku palingkan. Brengset, kantoi lagi. Curi-curi aku mengerling, dia sudah berpaling kearah lain. Seolah-olah merelakan wajahnya diperhatikan, dia sedikit memalingkan mukanya kearah kiri dan kini lebih jelas rupa wajahnya dari pandangan aku. Tanpa membazirkan peluang terbuka yang diberikan, aku memandang wajah itu tanpa selindung lagi. Sungguh setiap kali terpana wajah comelnya, aku terasa diawangan. Tanpa sedar, aku tersenyum sendiri. Dia juga seolah-olah merelakan, tidak lagi jelingan cuba membuatkan aku kantoi. Barangkali dia sedar aku perhatikan dia. Aku nikmati setiap inci wajah itu. Dari keningnya, mata bulatnya, bibir kecilnya yang tidak tersenyum sehingga ke pipi gebunya.
Tiba-tiba wajah itu tersenyum. Eh...senyum kat aku ke? Mata bulat itu memandang ke dalam mata ku dan bibir kecil itu mengukir senyuman pertama yang kulihat. Tanpa ku sedar, aku senyum kembali kearahnya. Jantung ku bergolek jatuh ke atas lantai LRT. Tindakan refleks tangan aku terus menyentuh dada. Eh...ada lagi. Dia tersenyum lagi, barangkali lucu melihat aksi aku yang tiba-tiba memegang dada ku sendiri. Aku terkulat-kulat sendiri. Ish..nakal sungguh bibir kecil tu senyum dan hampir saja buat jantung aku ni serasa bergolek atas lantai LRT.
Dalam keasyikan bertukar-tukar senyuman itu, tiba-tiba kedengaran "Stesen berikutnya, KLCC. Next station, KLCC". Ahhh...cepatnya sampai KLCC. Aku masih lagi memandang wajah comel itu. Berikan aku sekuntum lagi senyummu, buat azimat menceriakan hari ini, doa hati kecilku sendiri. Malang, bibir yang tadi begitu murah menguntumkan senyuman tidak kembali. Dengan langkah longlai seperti pelarian perang yang kebuluran, aku melangkah keluar apabila pintu LRT terbuka. Sengaja aku berjalan keluar melepasi dia dengan harapan dapatlah aku berkata sesuatu padanya. Ingin sungguh aku katakan "Terima kasih kerana beri saya pandang wajah awak yang comel. Your cute face make my day." tapi bila sampai dihadapannya, lidah ini kelu tak terkeluar sepatah kata. Melepasi pintu, timbul kesal bersarang didada.
- patutnya ko cakap je. mana tahu dapat mengorat ke?
+ jangan beb, silap-silap haribulan mau ko dapat penampar.
- apsal pulak dapat penampar? Bukan aku ngorat pun. aku cuma cakap dia comel je. siap cakap terima kasih tu.
+ silap tu, katakan dia tu bini orang, silap-silap gaya tercop kat dahi ko status "gatal". kalau nasib malang, dia menjerit dan semua orang dalam LRT tu tolong pukul ko. ko nak macam tu?
Monolog aku sendiri dalam hati. Ah..bongoklah kau. Dah-dah, kerja kat office tu banyak lagi, takyah nak menggatal dengan dia. Budget ko hensem sangat ke boleh dapat dia. Lagi monolog-monolog jiwa yang membuatkan aku berputus asa. Langkah diteruskan ke eskelator, sengaja aku mengambil sebelah kiri supaya dapat aku tatap wajah comel itu buat kali terakhir. Aku terus mengharapkan senyum terakhir darinya tapi sampai pintu LRT tertutup, senyum tu tidak juga kunjung tiba.
Down juga rasa dalam hati. Only if i could do better, only if i could say something to her, lagi monolog-monolog jiwa yang menekan.
Tiba-tiba.........
Divine intervention. Begitulah boleh aku simpulkan idea bernas yang tiba-tiba muncul dikepala aku. Tak perlu down macam ni, there always something for you, right?, fikirku sendiri.
Aku cuba mengingati wajah comel itu dan seperti diberikan tonik tenaga, serasa endorfin dipam ke seluruh tubuhku. Nah, ini ubatnya. Mengkagumi tidak semestinya memiliki. Cukup sekadar melihat wajah comel itu cukup bermakna. Aku mesti bersyukur kerana DIA masih mengurniakan aku sedikit rasa gembira ini. Syukur kerana di pagi-pagi hari begini, aku memulakan hari dengan senyuman dan rasa gembira bersarang di kepala. Syukur kerana DIA tunjukkan pada aku betapa sempurna dan indahnya ciptaanNya. Life ain't that bad, huh? monolog jiwa terus berkumandang. Aku angguk dan senyumku sendiri, dan tanpa sedar aku mengomel sendiri, "Thank you cutey for "lending" me your cute face and gorgeous smile. You make my day". Aku teruskan langkah menuju ke office dengan senyum melebar, semangat membara untuk menyiapkan kerja. Lagu Move Along dari The All American Rejects mengisi rongga telinga sesuai benar dengan mood. Move along, GO GO!
Alahai....
Comelnya. Aku kepingin untuk melihat wajah comel itu lagi. Thanks cutey. (^_^).
- THE END -