“Makcik Zu mintak tolong kau jagakan anak-anak dia,” kata emak tiba-tiba. Ini arahan ke perintah?
“Makcik Zu mana?” tanyaku pelik. Mana aku kenal?
“Rumah hujung tu la. Kau ni, jiran pun tak kenal!” oh, Makcik Zu ala-ala datin tu. Aku dah kenal dah!
“Dia kan kerja dengan mak,” sambung emak lagi. So?
“Jaga anak-anak dia buat apa?” tanyaku bodoh.
“Itu pun nak tanya emak ke? Kau anak siapa ni?” kata emak. Laser emak ni!
“Tak adalah. Kenapa tiba-tiba nak jaga anak dia pulak? Selama ni, Qoma tak jaga diorang pun, walafiat je lagi,” aku menjawab.
“Orang yang jaga tu sakit. Dia mintak cuti 2 bulan,” terang emak.
“Sakit apa sampai cuti 2 bulan?!” marahku.
“Celupar ye mulut kau! Kena buat dek orang katanya. Tak taulah mak. Kau kerja je la, jangan banyak soal,” marah emak. Aku terdiam. Memang aku celupar tadi. Mintak maaf ye?
“Kerja?” aku tanya emak. Kalau kerja, mesti diberi gaji. Kalau tak, bukan kerja namanya.
“Dia bagi gaji!” emak sambung penerangannya. Yes!
“Berapa emak?” tanyaku, excited. Jaga budak je, dapat duit. Marilah budak-budak. Marilah aku jaga kamu semua.
“Kau jangan nak berangan. Kau duduk sana..”
“Duduk sana?!”
“Kau masak…”
“Masak?!”
“Kau jaga budak-budak tu…”
“Budak-budak? Bukan ‘budak’ je ke?!”
“Dah habis, kau balik. Faham?” kata emak.
“Tak paham Puan! Duduk sana? Masak? Budak-budak? Apakah yang berlaku di muka bumi ini?!” kena bayar 8 ribu untuk kerja ni!
“Anak dia ada 3 orang. 2 orang sekolah rendah. Seorang lagi 5 tahun. Kau duduk sana, jaga budak 5 tahun tu. Budak sekolah tu nanti nak makan lepas balik sekolah. Lepas tu kena pergi sekolah petang pulak. Kau kenalah masak,” terang emak. Sanggup emak serahkan Qoma kepada Makcik Datin bukan original tu?!
“Suruh je la budak-budak tu pergi sini,” kataku lagi. Ini tidak adil untuk aku!
“Diorang naik bas sekolah. Basnya hantar ke rumah dorang,” amboi! Demand budak-budak sekarang ni! Macam Pengarah syarikat besar je. Aku pulak yang pergi sana?
“Dah turun depan rumah, jalanlah pergi sini. Bukannya jauh!” balasku geram. Dahlah mintak tolong aku. Kan dah tak ikhlas kerja aku!
“Sebab dekat la mak suruh kau ke sana. Bukannya ada orang kat rumah kita. Ayah dengan mak kerja. Kau duduk sorang-sorang. Kau pergilah sana. Sementara nak tunggu tawaran U ni, apa salahnya kau kerja.” kata mak. Sampai hati mak halau Qoma? Hanya kerana budak demand tu?
“Eh, tunggu sebentar Puan Malina. Saya ada kemusykilan di sini. Bagaimanakah Puan Zu itu tahu bahawa saya sekarang free untuk menjaga anak-anaknya?” aku bertanya dengan kerutan seribu di dahi. Emak diam, tidak menjawab. Terus menonton tv.
“Sah! Emak yang bagitau! Emak yang cadangkan Qoma jaga anak-anak dia kan? Tidak lain dan tidak bukan, ini semua cadangan emak!” marahku. Emak menjeling. Kan betul aku cakap!
“Mak, bukan dia ada anak bujang ke? Yang gap umur dia dengan adik-adik dia jauh gile tu?” kalau tak silap aku, aku selalu nampak dia dulu.
“Yang bujang kau kenal. Anak-anak dia yang lain kau tak kenal?” emak menyinga tiba-tiba.
“Qoma TERkenal dia. Pernah nampak. Bukan sengaja nak kenal. Itu pun tengok muka je, bukan bercinta,” ngomelku. Emak ni memang pantang kalau aku bercinta-cinta ni. Tunggu aku masuk U katanya. Suka hatilah emak. Aku belum berminat nak couple pun.
“Budak tu tak boleh harap. Bangun dah tengah hari. Petang keluar, malam baru balik. Tak makan adik-adik dia nanti,” jelas emak lagi. Aku baru nak cari alasan nak mengelat. Apa punya abang la!
“Syahmi! Duduk sinilah. Kau nak pergi mana tu? Berlari-lari. Jatuh nanti, aku yang kena. Meh sini, duduk dengan akak,” aku memanggil anak kecil Makcik Zu. Ligat betul budak ni. Aku rasa, kalau aku training jadi baby sitter dengan Angelina Jolie pun, aku tak mampu nak kawal budak ni.
“Apa bising-bising ni?!” opocot mak kau! Aku menoleh. Seorang lelaki dengan seluar pendek, tak berbaju sedang berdiri di belakangku sambil menguap. Ish, sensored!
“Kau siapa?” tanya mamat tidak berbaju tu. Badan lawa takpe jugak!
“Pakailah baju dulu. Dah tau ada perempuan tak dikenali kat sini,”ngomelku tanpa sedikit pun menoleh ke arahnya. Malu! Dia menghilang, tukar baju agaknya.
“Kau buat apa kat sini? Kau bukan anak Makcik Ina ke?” dia kenal aku?! Famers juga emak aku tu? Tahniah mak!
“Mak kau mintak tolong aku jagakan adik-adik kau yang tak reti hidup walaupun ada abang sebeso gajah,” balasku. Laser ke aku? Emak borek, anak rintik. Emak laser, anak laser!
“Buatkan aku air,” ulang sekali lagi?! Banyaklah kau!
“Aku jaga adik kau je yea. Bukan pembuat air,” balasku sambil bermain-main dengan kereta mainan Syahmi.
“Siapa yang masak kat belakang?” baru bangun tidur pun dah tau ada makanan kat dapur yea? Peka dengan makanan. Aku datang, tak sedar pulak!
“Aku la yang masak. Mak Munah sakit,” aku seganlah. Pergilah duduk bilik.
“Tolonglah buatkan air. Neslo,” katanya lagi.
“Aku punya kontrak cuma jaga adik-adik kau yang kau tak reti jaga tu, dengan masak untuk adik-adik kau. Itu sahaja,” jawabku.
“Aku bukan mintak tolong kau buatkan air sebab kau kerja sini. tapi sebab kau perempuan. Tapi, tak apalah kalau kau tak tau buat air,” katanya. Apa kes?!
“Tolong sikit ok? Setakat Neslo tu, 18 jug pun aku leh settle la,” berlagak tak aku?
“Buatlah,”.
“Aku tak nak buat untuk kau. Kau dah mandi ke belum? Busuklah!” lain pula topic yang aku utarakan.
“Perempuan apa la kau ni. Air pun tak tau buat,” katanya sambil berlalu pergi. Jantan keparat! Aku tau buat air la!
“Apa benda ni? Tawarlah asam pedas kau,” komen jantan keparat yang tidak diketahui namanya ni.
“Tawar, masaklah sendiri,” balasku yang sedang menghidangkan makanan untuk Syahli dan Syafiza, budak sekolah yang akan balik nanti.
“Kau guna bahan dapur rumah ni ke?” tanya Unknown ni lagi.
“Kau ni bisinglah. Makan je la. Tawar pun tawar la. Telan je! Bising,” malas aku nak layan dia ni.
“Nama kau apa?”
“Siti Nurhaliza,”. Dia diam. Janganlah kata kau percaya cakap aku?! Lurus bendul rupanya laki ni.
“Aqma. Orang panggil kau Qoma,” tiba-tiba Unknown berkata. Mana dia tau? Kenapa aku tak tau nama kau?! Tak adil betul. Nampak macam dia hebat je. Oh tidak!
“Bila adik kau nak balik ni? Bosanlah duduk rumah kau,” kataku sambil duduk di hadapannya. Nak makan, tapi tak lapar lagi. Syahmi sedang menyuap makanan satu-satu ke dalam mulut kecilnya. Comellah kau, Syahmi.
“Mi, kakak ni suka Emi. Dia nak kahwin dengan Emi.” kata Unknown kepada adiknya.
“Kelakarnya,” aku berpura-pura gelak. Aku tendang baru tau.
“Emak, apa nama anak sulung Makcik Zu tu?” tanyaku pada emak di malam hari selepas berakhir hari pertama kerja.
“Kau jangan nak menggatal, Qoma,” lain pula jawapan emak.
“Qoma memang gatal tapi bukan dengan dia. Apa nama dia emak?” tanyaku lagi. Mana boleh dia tahu nama aku, tapi aku tak tau nama dia? Aku pun nak berlagak juga.
“Tapi Ma, Kalau kau nak dia pun tak apa.. Pandai budak tu,” kata emak. Bila nak jawab soalan aku ni?
“Dia ambik Medic tau! Bakal doktor tu. Senang hidup kau nanti. Mak support kau daripada belakang,” kata emak. Apa cerita pulak emak ni?
“Qoma tanya nama dia emak,” aku cuba ingatkan emak aku tu. Emak? Oh emak?
“Syahrizal kalau tak silap mak. Panggilnya Ijal,” jawab emak. Akhirnya, emak jawab soalan aku
Duduk rumah Datin Tak Original ni memang membosankan. Kadang-kadang Ijal ada kat rumah. Selalunya, memang dia akan keluar. Dia je la kawan aku bila aku duduk sini. Baru-baru ni, aku memang tak jumpa dia. Dia dah habis cuti semester dah pun. Duduk nak dekat 2 bulan dengan dia buatkan aku macam suka dengan dia. Oh tidak! Biar betul aku ni? Tapi, masa untuk kerja kat sini dah berakhir. Lepas tamat pengajian di matrikulasi dulu, aku menunggu tawaran daripada universiti. Alhamdulillah, aku diterima masuk ke UKM.
“Kau buat apa kat sini?” sedang asyik aku makan di kolej, aku di sergah. Macam kenal suara tu? Aku menoleh. Betullah dia!
“Kau memang selalu guna dialog macam tu jadi mukadimah perbualan dengan aku ke?” jawabku malas. Walaupun aku sedikit gembira nampak dia, tapi sergahan dia buat aku terkejut. Tak mesra langsung! Emak pernah bagitau, Ijal memang pelajar UKM. Jodoh ke? Bermulalah pemikiran perasan aku!
“Assalamua’laikum Qoma. Awak apa khabar. Lama tak jumpa. Apa awak buat kat sini?” tanya Ijal dengan tak ada perasaan langsung!
“Aku kerja kat kampus ni la. Jadi tukang masak asam pedas tawar kat café,” jawabku. Dia tersenyum kecil Ah, rindunya senyuman itu!
“Aku blah dulu. Kalau ada apa-apa hal nak mintak tolong, bagitaulah. Emak aku suruh aku jaga kau,” eh? Maksudnya, dia memang dah tahu aku belajar kat sini? Bapak cipan punya budak!
Hubungan aku dan Ijal makin lama makin rapat. Walaupun pada asalnya, dia cuma jantan keparat yang tidak di ketahui namanya, tapi akhirnya dialah yang aku suka. Betullah kata orang, cinta tak kenal siapa, kan? Mungkin kita tak nampak siapa jodoh kita. Walaupun berjiran dengan Ijal daripada aku lahir lagi, tapi aku tak pernah tau yang dia tu jodoh aku. kadang-kadang, jodoh tak payah dicari. Nanti tiba-tiba je dia ada depan mata kita.
February 17, 2011 at 10:32 AM
ada sambungan?