rss

Ting Tong.....

"Selamat Datang", seorang gadis berkaca mata dan beruniform merah menyambut mesra kehadiran pelanggan sambil berdiri di kaunter.
Kelihatan seorang pelanggan berusia dalam lingkungan 40-an tersengih. Tanpa membuang masa pelanggan itu menuju ke rak barangan yang telah di susun. Diambilnya sebungkus roti, setin air minuman kelapa jenama YEO's dan senaskah akhbar. Pelanggan itu menuju ke kaunter dengan penuh senyuman. Setibanya di kaunter, dia disapa mesra oleh juruwang tadi.

"Ini saja pakcik?" tanya juruwang itu.

"Oh ya, berikan topup Celcom RM10 satu" balas pakcik tersebut.

"Sebentar ya pakcik" juruwang itu segera menekan-nekan butang bernombor di sebuah alat elektronik.

Krett..kreet..

Tet..tet..tet...

"Ini barang pakcik, semuanya RM16.80, pakcik nak plastik?" tanya juruwang itu.

"Eh, mesti la nak. Kalau tak barang ni pakcik nak letak mana?" pakcik itu membalas dengan penuh persoalan di minda.

"Satu plastik dikenakan caj tambahan 20 sen" jelas juruwang itu.

"Kenapa pula?" pakcik itu mahukan lebih penjelasan.

"Setiap hari sabtu kami tidak menyediakan plastik kerana kami mengikut saranan hari sabtu tanpa plastik" jelas juruwang itu bersungguh-sungguh dengan harapan pakcik itu akan membayar caj untuk plastik.

"Kalau begitu tak gunalah kamu berkempen sedangkan kamu masih menjual plastik, bukan lebih baik kamu menjual beg kertas" bidas pakcik itu kepada juruwang.

Juruwang itu terdiam seketika.

"Jadi pakcik mahu plastik atau tidak?" juruwang itu bertanya semula.

"Tak mengapalah, pakcik tidak cukup wang" balas pakcik itu sambil menghulurkan wang kertas not RM50.

....................

ketanggg....

"Jangan hairan, pakcik sedang mengikut saranan hari tanpa plastik" kata pakcik itu kepada juruwang dan beberapa pelanggan lain yang sedang tersengih memandangnya sambil mengutip tin minuman yang jatuh di lantai.

1 comments:

  1. aku selalu menjadi pakcik itu setiap sabtu

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini