rss

"You, please, don’t leave me alone. Did I do something that you dislike? How can you do this to me!" ucap Kid dengan perasaan yang berkecamuk. Dia sudah tidak betah lagi menahan rasa sakit di hati melihat kemesraan orang yang disayanginya bersama orang lain. Kid teringat lagu I Don’t Wanna Know-Mario Winnans. Bait-bait lirik lagu itu mula berputar dalam mindanya.

Somebody said they saw you.
The person you were kissing wasn’t me,
and I would never ask you.
I just kept it to myself.

Kid terasa bodoh dan berasa seperti dia telah terkena ketulahan dengan rakan-rakannya bila dia mengabaikan segala yang diperkatakan oleh mereka tentang kelakuan kekasihnya yang curang di belakang.

I don’t wanna know,
if you’re playin’ me, keep it on the low.
Cause my heart can’t take it anymore
and if your creepin’,
please don’t let it show.
Oh baby, I don’t wanna know.

"WHY? What’s so good about him than me? I beg you please, don’t do this to me, baby." rayu Kid kepada kekasihnya. "Hey dude, mind your own business okay. Who’s your girlfriend? Me? Oh please, siapalah yang nak jadi kekasih kepada orang yang NERD macam kau. Sedarlah sikit dengan penampilan kau ni, buat malu sahaja. Urghh! Tolonglah, siapalah yang hadap sangat dengan kau. Dengan spectacles yang tebal, braces pun dipakainya. Euww, that is so disgusting of you, HAHA. I dated you just because you’re rich, baby." kata Si Perempuan.

Kid terpana. Mengapa penampilannya menjadi puncanya? Bodohnya dia kerana terperangkap dalam permainan Si Pisau Cukur.

Oh baby, I think about it when I hold you.
When lookin’ in your eyes, I can’t believe.
I don’t need to know the truth.
Baby, keep it to yourself.

Lima tahun berlalu . . .
Berpasang-pasang mata terpegun melihat seorang lelaki menyusuri jalan yang sama dilalui itu. Lelaki yang bertubuh tegap, mempunyai ketinggian ala-ala model serta rupa yang jelas seperti kacukan orang putih itu benar-benar menawan hati ramai gadis. Malah ada juga gadis-gadis berhenti menahan dia untuk bertanyakan phone number. Si jejaka hanya tersenyum sambil menggeleng lantas berlalu pergi sebelum dia diserbu lagi.

Pantas kakinya menapak masuk ke Starbucks. Ditanya si waiter di mana tempahan meja yang dilakukan oleh rakannya untuk sesi reunion mereka selepas masing-masing pergi mengikut haluan sendiri untuk mengejar cita-cita yang ingin digapai. Waiter yang bernama Adam itu membawa si jejaka ke meja yang telah direservedkan khas untuk agenda itu.

"Assalamualaikum, may I join you guys along?" si jejaka memberikan senyuman manis kepada mereka-mereka yang berkumpul di situ. "Wa’alaikumussalam, I’m sorry but who are you? Do we know each other?’" bertanya salah seorang daripada mereka. Kid tergelak di dalam hati, tidak menyangkakan rakan-rakannya tak kenal rupa dia yang sekarang. "Wehh, ini akulah! Kid, takkan korang tak kenal kot?" Kid mula memperkenalkan dirinya. Rakannya pula masih blur-blur macam baru bangun tidur.

 "Ini akulah, Keyrill Benjamin! Eee, korang ni, aku yang punya sikit handsome pun tak kenal. Aku nak tacinglah macam ni dengan korang." Kid buka kaca mata hitamnya yang menghalang rakan-rakannya daripada mengecam dia. Dia pura-pura menarik muncung itik panjang sedepa, sahaja ingin menyakat.

Semua rakannya menjerit terkejut, tak sangka Kid yang dulu nerd sudah berubah menjadi seorang jejaka yang kacak bergaya. Siapa tidak terkejut, melihat kawannya dulu yang tak ubah macam Ugly Betty tapi dalam versi lelakilah. Rakan-rakan perempuannya mula menggerumuni Kid, nak memastikan bahawa jejaka yang kacak bergaya itu adalah temannya yang disenangi semasa di Sekolah Menengah dulu.

Selepas mereka berpisah di majlis graduasi SPM, Kid melanjutkan pelajaran di United Kingdom. Pengalaman selama lima tahun di sana telah mematangkan dirinya. Sedikit sebanyak Kid mula belajar mengubah penampilannya, hasil daripada tunjuk ajar rakannya, Jason. Pengalaman cintanya menjadi pengajaran bagi dia, namun, luka di hati masih lagi berdarah. Terasa hina dirinya mengingati kejadian hitam itu. Kerana itu, dia tekad untuk berubah, demi kebaikan dirinya sendiri.

Perbualan Kid bersama rakan-rakannya membuatkan suasana di café itu menjadi riuh-rendah. Masing-masing bertukar cerita. Kid mula berasa letih kerana terlalu banyak celotehnya. Kid duduk diam sahaja di tempat duduknya sambil menikmati minumannya. Pandangannya dilemparkan ke luar café itu. Matanya terpandang seorang wanita menolong seorang nenek tua melintas jalan.

Kid terpegun melihat senyuman yang dilemparkan wanita itu kepada nenek tua itu. Wanita itu perlahan-lahan menghilang daripada pandangan Kid. Kid bangun, ingat nak kejar tapi nanti apa kata kawannya kalau dia tiba-tiba saja mahu beredar. Kid kembali bersandar ke kerusinya. Dia tidak dapat menangkis senyuman wanita itu. Kid tersenyum sendiri apabila teringatkan semula senyuman wanita itu.

Sebulan sudah berlalu sejak Kid mula berkerja dengan abahnya, Datuk Benjamin. Selama sebulan itu jugalah Kid sasau mengingati gerangan wanita itu. Kid kini punya satu sikap yang tidak pernah dia ada dulu, termenung. Sejak dia terserempak dengan perempuan itu, dia sudah pandai mengelamun. Pantang ada masa terluang, pasti dia asyik mengelamun. Tiba-tiba interkomnya berbunyi,

"Keyrill Benjamin, please come into my room. Your mom and your twins is also here. We have an urgent thing to tell you. Come here right away, son." abahnya berkata. Kid mengeluh, dia sudah tahu apa agenda yang telah diatur kalau ianya melibatkan bonda tercinta. Kid segera menuju ke bilik abahnya. Dia melihat semua ahli keluarganya berada di situ. Dia mengambil posisi di sebelah bondanya.

"Hmm, ada apa abah dengan bonda nak bincangkan dengan Kid?" Kid pura-pura bertanya. Kid melirik kearah bondanya, Datin Maisara. Datin Maisara mula membuka bicaranya, "Bonda dengan abah kamu, sudah buat kata sepakat. We want you to get married with our friend’s daughter. We’ve already discussed this thing with them and it seems they are agree too. So, now, we just need an answer from you, Kid." ucap bonda. Kid terkejut, Kid mula protes. "Tapi bonda, Kid belum sedia lagi. I am only 25 and still have a long journey to run. I am sorry bonda, I can’t. Please understand me." hujah Kid.

"Because you are 25 lah bonda carikan jodoh cepat-cepat. Kamu tu sudahlah anak sulung, tak kesian ke kamu kat bonda? Bonda teringin benar nak cucu. Cuba kamu tanya adik kembar kamu ni, dorang tak teringin ke kakak ipar?" Datin Maisara muncungkan bibirnya, tunjuk kearah anak kembarnya yang kini berusia 16, Keyrull Benjamin dan Arianna Benjamin. Kedua-duanya tersengih bila bondanya libatkan dorang. Bondanya pura-pura buat muka sedih sambil mengelip-ngelipkan mata macam budak kecil. 'Hishh, bonda ni senget apa? Dah berusia pun perangai macam budak-budak main kelip-kelip mata.' Kid rasa geli hati dengan telatah bondanya.

Kid mula rasa serba-salah. Dilihatnya harapan yang terpacar di wajah setiap ahli keluarganya. Diluah mati emak, ditelan mati bapak. Kid perlahan-lahan menyusun butir-butir bicaranya, bersertakan keluhan yang berat Kid berkata, "Alright, my lady. You’re the boss and I have no objection to stands anymore. Kid harap bonda tak tersilap pilih sudahlah." Kid terus keluar daripada bilik itu.

Dia keluar daripada bangunan itu, ingin mencari ketenangan. Hatinya terasa pedih. Entah kenapa bila dia teringat kembali senyuman wanita pujaannya, hati dia terasa sakit. 'Arghh, perlukah aku melupakan gadis itu? Ya Allah, berikanlah aku petunjuk. Apa maksud jalan yang telah Kau sediakan untuk aku ini.' rintih Kid.

Hana memandang cincin di jari manisnya. Satu keluhan berat dilepaskan. "Haihh, kenapalah papa dengan mama pergi setuju dengan cadangan Uncle Ben dan Aunt Maisara. Huwarghhh!!! Parah ni, dah macam dalam cerita Doraemon The Movie, aku jadi orang korbanan untuk santapan Dewa Hujan." rungut si gadis manis. Rambutnya dikusut-kusutkan. Perkahwinannya tinggal lagi  dua minggu sahaja.

Ahli keluarganya sudah mula buat preparation. Hana tidak pernah mengetahui bagaimana personality mahupun paras rupa tunangnya itu. Entah gemuk ke pendek ke apa ke, dia buat bodoh saja. Inilah Hana Ayumi, gadis yang berperwatakan lincah dan periang. Berperangai seperti tomboy namun masih mempunyai adab dalam batas-batas pergaulan. Di mana saja dia pergi, pasti dapat menyesuaikan diri dengan selesa.

Dua minggu kemudian . . .
Akhirnya, saat yang mendebarkan hati Hana dan Kid telah tiba. Kedua-duanya tidak pernah bertemu. "Aku terima nikahnya Hana Ayumi binti Harris dengan mas kahwinnya RM949.20 tunai." Dengan satu lafaz dan satu nafas, akhirnya mereka telah diijab-kabulkan sebagai suami isteri. Kid memasuki ke dalam bilik pengantin untuk menyarungkan cincin. Hana berdebar-debar kerana inilah kali pertama dia akan bertentang mata dengan lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya.

Mereka saling bertukar dan menyarung cincin. Saat Kid mendongakkan wajah isterinya untuk mengucup dahinya, Kid terpana, ‘Dia?  Am I dreaming or what?’ getus hati Kid dengan perasan yang tidak dapat dimengertikan. Kid tersedar dari lamunannya apabila cahaya yang terpancar dari lensa kamera mengejutkannya. Dikucup lembut dahi Hana, lama bibirnya mendarat situ. Direnungnya mata Hana dengan satu perasaan yang tidak dapat Hana tafsirkan. Selepas acara membatalkan air solat, mereka meneruskan ke acara seterusnya sehinggalah pengakhirannya.  

"Mak, macam mana aku nak hadapi keadaan macam ni. Aku tak rela, tak rela dinodai." omel Hana. Dirinya menjadi seram sejuk mengingatkan malam pertamanya itu. "Haihh, simpang malaikat 44 lah. Tak pernah dibuatnya aku tinggal sebilik dengan lelaki. Macam mana aku nak mandi, nak pakai baju, nak tidur terkangkang ikut suka hati pun dah tak boleh. Habislah saham aku kalau dia nampak aku tidur macam tu." Hana menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

Hana rasa seperti cacing kepanasan, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Dia yang tidak sedar bahawa Kid sudah lama berdiri bersandar di pintu bilik membuatkan Kid tergelak perlahan. Hana terkejut kerana tawa Kid itu. Muka Hana mula blushing kerana tidak menyedari kehadiran suaminya itu. Dia sekadar tersengih melihat Kid yang menggeleng-gelengkan kepalanya kerana telatah dia yang tidak ubah seperti budak kecil.

"Err, awak dah lama ke berdiri kat situ?" tanya Hana. Kid hanya mengangguk. Penat mula mengambil-alih. Kid menutup pintu lantas menuju ke bilik air. Ingin dia menyegarkan diri dengan mandi agar lelah yang masih bersisa pergi. Hana pergi ke arah beranda tanpa menghiraukan Kid. Hatinya berdebar memikirkan apa nasibnya nanti. Hana khusyuk memerhatikan langit yang ditaburi bintang. Kid yang hanya bertuala sahaja sudah selesai mandi. Dia terpandangkan Hana yang leka berdiri di luar beranda bilik.

"Hana tak nak mandi ke? Tukarlah baju pengantin tu ke baju yang lebih selasa." tegur Kid. Hana terkejut, lantas dia membalikkan badannya, matanya terbuntang dan dia mula "AAAAAAAAAAAAAAAA!!!!." menjerit. Dia menolak tubuh sasa Kid, terus masuk ke dalam bilik air. Kid terkejut dan termangu. Kenapa Hana menjerit? Dia melihat tubuhnya. "Ohh, hehe. Aku lupa nak pakai baju lagi rupanya. Patutlah dia jerit tadi." Kid tersengih-sengih sahaja.

Hana menepuk-nepuk pipinya. Bahang di mukanya masih terasa lagi. Dia terperanjat melihat Kid yang yang hanya berbalutkan tuala itu. Hatinya menunjukkan respon thump thump thump sahaja. "Hana, saya minta maaf. Keluarlah, saya dah pakai baju ni. Sudah-sudahlah malunya tu." terdengar suara Kid memanggilnya. Hana perlahan-lahan membuka pintu, mengintai betul ke Kid dah pakai baju. Kid berdiri tegak di hadapannya dengan berpakaian lengkap kain pelekat dan t-shirt.

"Okaylah, tapi saya nak bersihkan diri dulu. Badan dah bau macam apa ni." Hana menuju ke arah begnya yang dibawa. Maklumlah, dia masih belum berpindah lagi ke rumah suaminya. Usai saja dia daripada mandi, Hana mula mengambil tempat untuk tidur. Dia buat bodoh saja dengan Kid di sebelahnya walaupun jantung dia rasa nak meletup sebenarnya. Badan yang letih seolah-olah meminta nyawa harus direhatkan segera, dek keletihan. Perlahan-lahan Hana mula tertidur, dengkuran halus dia manarik perhatian Kid yang khusyuk membaca majalah.

Kid meletakkan majalah di meja sebelahnya. Dia mula memerhatikan raut wajah isterinya itu. Kid teringat kata-kata Jason, "If you want to see the ‘real’ face of someone, look when she is sleeping. Segarang manapun seseorang itu, ketika tidur, wajah ‘sebenar’ dia pasti muncul." Jason kata. Wajah Hana menghiasi mata. Tenang wajahnya. Rambut, kening, dahi, mata, hidung, pipi . . . . segenap inci wajah Hana diperhatikan. Tangan yang serasa nak menjamah pipi Hana, ditarik ke sisi kerana khuatir mengganggu tidur isterinya. Matanya singgah pada bibir mungil Hana, ada getaran dirasakan. Segera mata dialih.

Dipejamnya mata rapat-rapat supaya segera tertidur. Dia khuatir jika dia tidak dapat menahan perasaannya. Dia tidak ingin melukai Hana kerana dia tahu Hana tidak mencintainya.

Sepanjang dua minggu, mereka menumpang di rumah mertua masing-masing. Ingin mengenal budi pasangan pengantin dengan lebih dekat lagi. Sepanjang dua minggu itu jugalah Hana dilayan seperti princess. Hana rasa bahagia. Hatinya mula bermainkan satu rentak. Kerana malu, dia nafikan. Bibit-bibit cinta telah pun mula berbunga tanpa disedari kedua pasangan.

Dua minggu telah berlalu, Kid membawa Hana pulang ke rumah penthousenya. Kid membuka pintu rumahnya, menjemput Hana masuk. Hana terpegun melihat rumah yang didiami suaminya itu. Cat yang berwarna putih menjadi latar rumahnya. Perabot semua kelihatan tersusun dengan kemas. Haruman bunga ros menusuk hidungnya. ‘Sorry, I don’t have much time to clean this house. Please, comfort yourself Hana.’ Kid ucap. Hana tersenyum sahaja. BA-THUMP, jantung Kid berdetak. Dia segera membawa barang-barang Hana ke bilik. Dia tidak tahu berapa lama dia dapat menahan perasaannya itu.

Hana pula masih terpukau dengan rumahnya itu. Dia tidak sangka, ada juga lelaki yang menjaga kekemasan dengan teliti seperti suaminya. Dia rasa lucu bila suaminya meminta maaf kerana tidak mengemas rumah lagi. "Aku rasa bilik aku lagi sepah daripada dia agaknya time bujang-bujang dulu."Hana tergelak kecil. Hana memerhatikan gambar-gambar yang terletak indah di dinding sebagai hiasan. Cantik.

Hana terpandang satu gambar seisi keluarga di satu meja hiasan itu. Hana terperasan seorang lelaki nerd di dalam gambar itu. Hana pelik, ini gambar keluarga mertuanya tapi kenapa suaminya tiada di dalam gambar itu.

"Itu saya, lima tahun lepas." suara Kid kedengaran. Hana terperanjat. ‘Kus semangat aku. Nasib baik aku tak ‘gol’ lagi.’ Hana mengetap bibir. Hana masih menilik gambar itu. "Awak mesti tak sangkakan yang saya dulu ni nerd. I do look like an ugly person back then." Kid berkata lagi. Kid tahu, Hana mesti tak dapat terima dia bila Hana mengetahui itulah dirinya lima tahun lepas. "You are not ugly for the past five years. Everyone has their own weakness and secret." Hana tersenyum dan tanpa dia sedari dia mengucup pip Kid. Kid terpana. Hana juga.

Hana lari masuk ke dalam bilik. Dia hantuk kepala dia kat dinding untuk memastikan yang semua tu hanya mimpi. Hana mengadu sakit. Hanya lebam di dahi dia dapat. "Biar betul aku kiss dia. Aku ni demam ke? Mana aku nak letak muka ni. Adess . . ." Hana merungut.

Kid pula terduduk diam di sofa. Dia masih tak percaya dengan kejadian tadi. Dia tak sangka dengan tindakan spontan Hana. Hati Kid berbunga. Dia memegang pipinya yang dikucup Hana, masih terasa hangatnya bibir Hana. "Dear Allah, for this time, let me have this love. To You, I pray, open her heart to accept me." Kid berdoa.

Kid menuju ke dapur, dia ingin menyediakan makan malam yang teristimewa buat isterinya. Jangan ingat lelaki tak pandai masak. Kid tidak pernah mengharapkan sesiapa untuk membantu dia. Dia lebih senang berusaha untuk mencapai sesuatu. Di dalam minda Kid, dia sudah berkira-kira nak membuat hidangan ala-ala western.

Bau sedap dari dapur menusuk-nusuk hidung Hana. Perut yang berkeroncong mendendangkan lagu BigBang meminta untuk diisi. Hana menebalkan mukanya untuk turun ke dapur. Hana mengintai, dia melihat Kid sedang khusyuk memotong bahan-bahan masakan. "Urmmm . . . . sedapnya bau masakan awak." Hana memuji. Kid terus memalingkan wajahnya ke belakang. Dilihatnya Hana sedang membau steak yang sedang dipanggang itu. Kid tersenyum, matanya menjamah raut wajah Hana. Kid terpandang dahi Hana berwarna biru-biru kehitaman seperti lebam.

"Hana, kenapa dengan dahi ni?" Kid pantas mendapatkan Hana. Tangannya meraup rambut Hana yang terjurai untuk melihat kesan lebam itu. Ditekannya, Hana menjerit kepedihan. "Sorry-sorry, I didn’t mean to hurt you." Kid meminta maaf. "Awak pergi ke ruang tamu dulu. Nanti saya datang, steak ni pun dah nak masak. Duduk situ diam-diam." arah Kid.

Steak yang sudah siap itu, Kid letak ke dalam microwave biar ia tidak terhidang sejuk. Kid pantas ke biliknya, mangambil kotak first aid. Dia mendapatkan Hana di ruang tamu yang asyik menonton televisyen. "Hana, mari rapat dengan saya. Saya nak sapu ubat ni." Kid menggamit Hana untuk duduk di sebelahnya. Hana hanya patuh. Perlahan-lahan Kid menyapu minyak gamat di kawasan yang lebam itu. Bau tubuh Kid yang harum itu membuatkan jantung Hana bergetar. Entah mengapa, hatinya seperti serasa dengan Kid.
Kid memandang Hana yang terpejam mata. Kid terpukau dengan keindahan wajah Hana. Walaupun tanpa solekan, Hana masih kelihatan jelita. Bibir mungil Hana sekali lagi dipandang Kid lama tanpa kesedaran Hana. Peperangan antara akal dan hati, hati menjadi sang pemenang.

‘Untuk sekali ni. Untuk sekali ini saja. Aku ingin mengikut gerak hati aku. Mangabaikan logik akal fikiran. Sekali ini saja.’ hati Kid berbisik. Perlahan Kid merapatkan wajahnya ke Hana. Nafas Kid kedengaran resah. Hana terasa seperti ada angin menampar mukanya. Dia membuka mata dan . . . PANGG! Tangannya melekap di pipi Kid. Dia menampar Kid. Kid tergamam. Kid terus sedar bahawa perbuatan dia hanya mengundang kebencian Hana.

"Hana, I am so sorry. Forgive me. I . . . I shouldn’t take an advantage on you. Ss . . Saya . . saya tak dapat kawal perasaan saya. Forgive me, my dear." Kid memohon maaf, marayu. Hana masih lagi terkejut dengan tindakan Kid yang cuba mencium bibirnya tanpa pengetahuannya. Hana masuk ke dalam bilik, dikuncinya pintu. Dia menangis bukan kerana Kid cuba menciumnya, tetapi kerana tamparan yang dia berikan. Bukannya dia tak suka mahupun tak sudi tapi dia belum bersedia. Dia perlu pastikan, apa perasaan yang dia ada buat Kid. Hana menangis puas-puas, kesal kerana menampar Kid.

Kid meraup wajahnya. Jelas dan nyata, kini Hana membencinya. Dia menuju ke bilik. Dipulasnya tombol, berkunci. Dia duduk, bersandarkan pintu. "Hana, awak pernah bercinta?" Kid bertanya. Responnya diam. Kid sambung lagi, "Dulu, saya pernah sayang seorang ni. Saya sayang dia lebih dari segalanya. Bila kawan-kawan saya mengata dia curang, saya tak percaya, malah saya hanya mendiamkan diri sahaja."

"Saya ingat lagi hari yang saya dimaki, dicerca oleh dia. Bodohnya saya, Hana. Alangkah bagusnya kalau saya langsung tak terserempak dengan dia bersama lelaki lain. Oleh sebab itu, saya tekad untuk mengubah penampilan saya."

"Hana, lima tahun lepas, saya hidup dalam lautan cacian orang ramai kerana penampilan saya. Lima tahun itu jugalah saya memendam luka saya. Sehinggalah satu hari, ketika reunion budak-budak batch saya." Kid menarik nafas yang panjang sebelum menyambung. "Saya terpandang seorang wanita. Dia sangat cantik dan prihatin. Saya rasa seperti luka yang dahulu telah terpadam. Senyuman dia benar-benar memukau saya. Saya jatuh cinta dengan dia."

Hana mengetap bibir. Menahan sakit di hati mendengarkan pengakuan cinta suaminya kepada orang lain. Hana kurang mengerti mengapa dia berperasaan sebegini. Kenapa mudah sangat dia jatuh cinta pada suaminya. Terlalu awal untuk dia mengaku cinta kerana perkahwinannya masih awal.

Hana membuka pintu. Kid nyaris jatuh tersembam. "Saya tak nak dengar cerita awak tu. Kalau nak tidur, tidurlah." Hana membentak. Kid tersenyum kelat. Pedih hati melihat orang yang disayangi mengalirkan airmata dihadapannya. "Awak, saya minta maaf. Saya janji takkan buat awak menangis lagi. Tidurlah ye, biar saya tidur di ruang tamu." ucap Kid. "Sebelum tu, orang yang telah mencuri hati saya tu ialah Puan Hana Ayumi binti Harris." bisik Kid lalu mencium dahi Hana. Hana terpampan. Kid mulai hilang daripada pandangannya.

Subuh itu, Kid mengejut Hana untuk bersama-sama mangerjakan solat jemaah. Usai solat, Kid bersiap-siap mandi untuk pergi ke kerja. Hana hanya memerhatikan Kid melalui ekor matanya. Kid nampak segak bergaya memakai baju officenya. Hana perlahan-lahan menapak ke arah Kid. Hana merapatkan tubuhnya dengan tubuh Kid. Dibetul-betulkan tie Kid agar kelihatan lebih kemas. Dalam otaknya, Hana masih menyusun kata-kata maafnya.

Kid terkejut dengan kelakuan Hana. Jantungnya berdebar memikirkan keadaan mereka yang sebegini rapat. Haruman syampu rambut Hana benar-benar menggetarkan jiwanya.

"Hana, kenapa ni sayang? Awak ada apa-apa nak cakap ke?" ujar Kid. Hana terasa bahagia bila Kid memanggilnya sayang. Tersenyum sendirian dia.

"Hana nak minta maaf dekat awak sebab tampar awak. Hana tak sengaja. Hana bukan tak sudi tapi Hana masih tak bersedia. Awak maafkan saya tak?" Hana bertanya. Mukanya didongakkan supaya dapat bertentangan dengan Kid. Kid tersenyum, dia mengangguk. Tangannya dilingkarkan ke pinggang Hana. Hana terkejut dan mula tersipu-sipu malu.

"Hari ini, kalau kita ambil cuti lagi boleh?" Kid bertanya dengan satu senyuman nakal. Hana mengerutkan dahinya, tidak faham. Kid sambung lagi, "Abang nak luangkan masa dengan sayang untuk seharian ini." Kid mula membahasakan dirinya sebagai abang. Ingin dieratkan jurang yang dibina.

Hana bahagia. Hana berdoa semoga kebahagiaan ini berkekalan. Sungguh dia benar-benar menyintai lelaki yang bernama Keyrill Benjamin ini. Dua minggu yang diluangkan bersama benar-benar memutikkan cinta Hana terhadap Kid. Sikap Kid yang gentlemen, romantic dan berkarisma menggamitnya.

Setahun kemudian . . .
Sudah hampir setahun usia perkahwinan mereka. Kini . . . "ABANG!!!!" Hana menjerit. Kid yang sedang memasak, tergopoh-gapah pergi mendapatkan Hana. Dengan apron yang tersarung di tubuhnya, tangan kanannya memegang senduk benar-benar menggelikan hati Hana. Hana mengekek melihat suaminya. "Hana rasa dah sampai waktunya." Dalam tawanya, Hana sempat menunjukkan perutnya yang sudah mulai rasa sakit.

Kid mulai panik. "Hana tunggu sekejap, biar abang pergi matikan dapur dulu." Kid berlalu macam lipas kudung. Selepas dia matikan, dia pergi ke bilik semula, dia ambil beg yang khas sedia untuk keperluan Hana bila dah nak tiba waktu bersalinnya. Sudah beberapa kali dia praktikkan bersama Hana. Namun, Kid masih terasa gementar kerana ini adalah kali pertama dia akan menimang cahaya mata.

Kid memimpin Hana turun dari tangga. Dia pakaikan Hana kasut dan menyuruh Hana tunggu sebentar. Enjin kereta dihidupkan. Kid terlupa yang dia tertinggal Hana di rumah. Mujur dia perasan ketiadaan Hana di tempat duduk penumpang di sisinya.

Hana hanya ketawa mengekek sambil menahan sakitnya. 'Aduhhh! Tak sangka suami aku ni segabra macam ni. Adoii, aku yang dah nak bersalin pun, dia boleh lagi buat lawak bodoh.’ Hana mengomel dalam kelucuan. Kid menepuk dahinya. Cepat-cepat dia menjemput Hana. Hana hanya menggelengkan kepalanya.

Kid mundar-mandir di depan wad bersalin. Keluarganya telah dimaklumkan, begitu juga keluarga mertuanya. Tiba-tiba seorang doktor memanggilnya, ‘Isteri Encik minta Encik temankan.’ Kid hanya mengangguk.

‘Alamak. Macam mana ni? Kantoilah kalau aku masuk temankan. Aku ni dahlah mabuk darah.’ Kid risau. Namun, demi isteri dan anaknya, dia gagahkan diri. Dia masuk ke dalam wad, dipegangnya tangan Hana. "Sayang, abang ada kat sini. Jangan risau. Doa banyak-banyak sayang." Kid memberikan kata-kata semangat kepada isterinya.

Sejam berlalu. Kid mula berasa loya dan pening-pening. Tiba-tiba Kid pengsan. Bunyi terakhir yang dia dengar adalah suara tangisan seorang bayi. Mereka yang berada di situ semua terkejut. Hana yang masih lagi terasa sakitnya bersalin melepaskan tawanya. Rupa-rupanya Encik Keyrill Benjamin kita ni mabuk darah rupanya.

Kid mencelikkan matanya. Pandangannya berpinar-pinar. Dipandang sebelah, si isteri tersenyum melihat suaminya sudah sedar. "Syukur abang dah sedar." Hana tersenyum. Senyumannya kelihatan seperti senyuman nakal. "Anak kita macam mana Hana?" Kid bertanyakan anaknya. Hana mengambil anaknya yang sedang lena. Didukungnya. "Kita dapat anak lelaki. Tadi papa, mama, bonda, abah dan adik-adik yang lain dah tengok. Mereka dah balik pun. Bonda dan mama tanya, namanya, kita nak bagi apa?" Hana bertanya.

Kid tersenyum. "Kita bagi dia nama Keyrill Hazwan nak?" Hana tersenyum dengan pilihan nama suaminya. Hana setuju dengan pilihan itu.

"Hana, lain kali abang tak nak teman Hana dalam wad bersalin tu lagi. Abang dah serik." Kid mengadu. Hana hanya ketawa sahaja selepas mendengar kata-kata suaminya. Hana memberikan satu kucupan lembut di bibir suaminya. Kid tersenyum bahagia.

Kid memeluk bahu isterinya. Inilah kebahagian yang telah lama diimpikan. Semoga, nikmat ini dapat mereka nikmati sehingga nafas terakhir mereka. Dipandangnya anak kecil yang menjadi simbol cinta mereka. Semoga kebahagiaan ini berkekalan, doa mereka. Amin.

1 comments:

  1. suka suka.. happy ending :)

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini