rss

“Weh…budak mane tu Jez?? Boleh tahan gak ek." Hati lelakinya tertarik dengan gadis yang melintas di hadapannya sebentar tadi. Pertanyaannya yang tidak berjawab itu diulangnya. “Oi minah aku tanye kau nih….siapa budak tadi tu huh?,”Lantas dia menyiku lengan gadis yang sedang khusyuk membelek-belek buku di sebelahnya. “Jez yang merasa konsentrasinya diganggu oleh Rizal segera menutup buku setebal 5 inci di hadapannya itu. “Kecoh ar kau nih, kite pergi library nih nak buat reference ke nak suruh kau tackle awek huh… Assignment nih dah la nak kene submit esok…kau ada lagi masa ek nak jual minyak.Kau ingat aku nih kaunter pertanyaan ke. Macam la kampus nih kecil,manelah aku tau sape name budak tu,”bebel Jez. Baginya perangai Rizal semakin menjadi-jadi sejak mereka berada di tahun akhir. Mentang-mentang la senior,semua budak perempuan yang melintas sebolehnya dia ingin tahu namanya.Malas dia mahu melayan kerenah teman baiknya itu.

Rizal yang mula perasan temannya itu sudah mula meradang, lantas mengalah. “Yelah….yelah…esok-esoklah aku ngurat budak tu. Kau jeles heh.”Rizal cuba meredakan ketegangan yang berlaku.Jez segera memandang Rizal yang sedang tersengih. “Boleh blah la kau…muke macam kambing gurun..ade hati nak kata aku jeles…uwek.”Rizal hanya tersengih mendengar kata-kata Jez itu. Dia berasa pelik dengan angin Jez pagi itu.Selalunya minah nih cool jek.Boleh siap rekemen kat aku lagi tu…siap jadi posmen.Tapi semuanya berlainan sekali hari itu.Datang bulan kot. Detiknya dalam hati sambil tersengih.

“Rina nama budak yang kau tanye aku hari tu,”Rizal mengerutkan dahinya.Dia cuba mengingati siapa yang diperkatakan oleh Jez itu. “Ala…budak kat library hari tu la... junior mass com, pura-pura hilang ingatan pulak. Kot ye pun tak payah la kau nak buat muke tapir kau tu,”Jez geli hati melihatkan Rizal masih terkial-kial memikirkan siapa Rina. “Ooooooo budak yang pakai baju pink hari tu eh..yang ko melenting tiba-tiba tu bile aku tanye kan…”Jez hanya mencebir.. “Kau nak no fon die tak?,”tanya Jez. “Bak sini,"balas Rizal. “Mane habuannya?,” soal Jez sambil tersengih.“Macam biase eh,”giliran Rizal pula mencebik. “Hampeh…sume berkira.Ni ke namenye kawan baik...”Jez hanya tergelak besar. “Kau nak ke tak nak?” “Yela…yela….aku belanja kau hari nih.Cite ape?.” “Ni yang aku suke kawan ngan kau nih…pemurah gile.Oleh sebab aku dah tolong kau…so,aku yang akan pilih cite ape yang kite nak tengok ok.” Hatinya gembira dan dia menghadiahkan senyuman yang manis untuk Rizal yang masam mencuka.Yang penting duit poketnye selamat. Jez tersengih lagi.

Hari ini sampai hajatnya untuk bertemu dengan Rina. Pelajar tahun satu jurusan komunikasi massa. Dressing die mak datuk…up to date habis. Kalau nak dibandingkan dengan Jez memang jauh benar bezanya. Macam langit dengan teras bumi. Apa tidaknya.Gadis itu tak pernah berenggang langsung dari jeans dan t-shirt. Make up,secuit pun minah tu tak usik. Agaknye kalau ditanya apa tu mascara…agaknya minah tu tak tau. Aku yang lelaki ni pulak yang tahu.Rizal berkata-kata dalam hati.

Mereka menonton wayang bersama. Rina rupanya anak seorang ahli perniagaan yang bergelar datuk. Setelah menghabiskan seharian bersama, Rizal merasakan gadis itu tidak sesuai dengannya. Semua minatnya tidak disukai oleh gadis itu. Dipelawanya Rina untuk berkunjung ke litar go-kart, tapi ditolaknya. Macam-macam alasan.Panas la..bising la…Kulit die tak boleh kene matahari la..macam-macam lagi la. Yang paling dia tak tahan, apabila gadis itu suruh dia tukar kereta.Wah….ini sudah lebih.Baru sehari keluar sama, nak banyak bunyi pulak.Semua rasa ketidak puasan hatinya itu dicurahnya kepada Jez. Gadis itu juga yang dicarinya. Walaupun dah larut malam, Jez tetap menjadi pendengar dan penkritik yang setia. Walaupun kerap kali diketawakan oleh gadis itu.

“ Amacam Rizal, ko taknak jumpe si Rina tu lagi ke?,”soal Jez sambil tersengih merenung Rizal yang sedang mengunyah kentang goreng di hadapannya. “Menganjing aku la tu,”balas Rizal sambil mencebik. Jez ketawa besar. “Relak arr..tu pun nak angin. Perempuan yang macam mane lagi yang kau nak cari hah…nak yang sopan santun, cantik..Rina tu dah cukup dah. Si Maria,Tini dan entah siapa lagi. Aku pun dah tak ingat. Semua tak kena. Banyak sangat songehnya kau nih. Kau nak tunggu puteri yang turun dari langit ke? Patutla sampai sekarang kau takde awek. Asyik mainkan perasaan orang je kerjanya,”bebel Jez lagi. “Hello cik adek oi…mengata dulang paku serpih, mengata orang die yang lebih. Dari kau, ok lagi aku. Macam mana orang nak tackle kau..asyik-asyik jeans ngan t-shirt. Cuba la sesekali pakai cam perempuan. Ni same macam aku jek…,”Rizal memulangkan paku buah keras kepada temannya itu. Jez memasamkan mukanya. “Dahla,aku nak balik..tak nak kawan kau..jumpa Hisyam lagi best. Assignment Puan Shila pun belum siap lagi.” “Laaaa…merajuk pulak minah nih. Kau nak balik naik ape…kan scooter kau rosak?” “Naik bas la, tak pon tumpang Hisyam. Lagipun die ader offer aku tadi..bye.”balas Jez acuh tak acuh. “Dah..kau jangan nak mengada…aku hantar kau balik. Jom,”pantas Rizal menghabiskan baki minumannya. Dicapainya kunci Satrianya.

Hati lelakinya tercabar apabila Jez menyebut nama Hisyam. Dia tahu lelaki itu menaruh hati terhadap Jez sejak mereka berada di tahun pertama lagi.Rizal tak dapat menafikan sifat gila-gila dan periang Jez telah berjaya menambat hati ramai lelaki termasuk beberapa orang senior lelaki.Namun gadis itu tetap cool. Dengan jean dan t-shirt tanpa make up pun Jez sudah ada peminat apatah lagi kalau gadis itu ber make up. Jez memang cantik tetapi sedikit boyish. Walau seganas mana pun Jez, gadis itu tetapi baik hati. Gadis itu juga memegang tali pinggang hitam sama sepertinya dalam Taekwondo. Walaupun selalu menghabiskan masa bersama, namun dia masih tidak mempunyai kekuatan untuk menyatakan perasaannya yang sebenar terhadap gadis itu. Dia takut Jez akan mentertawakan dirinya. Lagipun Jez tu bukannya betul sangat.Desisnya lagi. Nanti aku pulak yang bengang. Jazerina ooo... Jazerina. Kenapa la ko jugak yang aku suka..perangai cam kingkong. Mengata orang sesedap rasa je. Kalau la dia tau aku ni dah jatuh hati kat dia..habislah..memang kena gelak guling-guling 40 hari 40 malam la. Haihss. Desis Rizal dalam hati dan malam itu dia tidak dapat melelapkan matannya hingga ke pagi.

Sudah sejam Rizal menunggu Jez di perpustakaan.Mana minah nih. Semalam beriya-iya nak siapkan assignment. Sampai sekarang pun batang hidung tak nampak. Aku jugak yang siapkan assignment nih. Ngomel Rizal dalam hati. Ala.. bukannya selalu aku siapkan assignment, selalunya Jez yang siapkan. Rizal tersengih sendirian. Dicapainya telefon bimbitnya,lantas mendail no telefon Jez. Lama dia menunggu namun gadis itu tidak mengangkatnya.Dicubanya sekali lagi dan kali ketiga cubaannya berjaya. “Jez ko kat mana nih? Dah sejam aku tunggu kau kat library nih. Kata nak siapkan assignment hari nih,”soal Rizal bertalu-talu. “Sorry la, aku demam nih..aku tertidur. Lupa pulak ada janji ngan kau nak pergi library.”balas Jez lemah. “Apa…kau demam Jez…dah makan ubat ke belum…aku datang umah kau ye…kau tunggu aku..kejap lagi aku sampai,”balas Rizal. Hatinya benar-benar risau. “Tak payah la, Mimi dan Zura ada kat rumah nih jaga aku,”balas Jez lemah.

“Eh Rizal, masuklah, ingatkan siapa tadi.” “Zura, Jez demam ye…dia dah makan ubat lom? soal Rizal..Aku tunggu dia kat library tadi tapi dia tak datang..Tu pasalla aku datang nih.” “A’ah Jez demam..dari semalam…lepas balik dari latihan taekwondo..aku rasa penat sangat la tu.Dari pagi sampai petang berlatih.Tak payah la kau risau. Aku dah bagi dia makan ubat.Kalau tak silap aku pertandingan sparing tu lagi 3 hari kan.Kalau tak silap aku la,”balas Azura lagi. “Tu la..degil sangat, aku dah kata..jangan la struggle sangat. Kan dah demam. Semalam dia kena hujan, aku nak tumpangkan tak nak. Nak jugak naik scooter dia.Aku nak jumpa die kejap boleh tak Zura?” “Pergilah, tapi jangan lama-lama.Bahaya..”balas Azura sambil tersengih. “Aku tahu la…takkan la aku nak buat benda tak senonoh kat Jez,”Rizal cuba membela diri. “Yela…Rizal…pergila tengok Jez. Ala bukannya kau nampak pun die nanti…dah berbolot dengan selimut macam otromen kalah dengan raksasa." "Jez kalau tak berbolot pon memang dah macam raksasa bukan otromen," balas Rizal sambil tersengih.

Dipusingnya tombol pintu perlahan.Direnungnya wajah gadis yang sedang tidur itu. Lama. Namun mulutnya masih berat untuk melontarkan segala yang dipendamnya. Lalu dia melangkah keluar.

Hari ini pertandingan Sparing diantara universiti-universiti di seluruh Malaysia berlangsung.Menjelang tengahari Jez akan memulakan pertarungan bagi mempertahankan gelaran yang disandangnya tahun lepas.Walaupun baru pulih dari deman,gadis itu kelihatan bertenaga. “Oi Jez, good luck.” Ucap Rizal sebelum dia melangkah ke gelanggang.

Perlawanan bermula.Tendangan demi tendangan dapat dielak dengan baik oleh gadis itu. Namun lawan Jez bukan calang-calang rupanya. Sudah dua sepakannya tidak berjaya ditangkis oleh Jez. Namun gadis itu tetap tenang. Kini gilirannya pula membalas bertubi-tubi.Ternyata gadis cina itu bukan lawannya.Turning kick dari Jez tidak sempat dielak dari mengenai kepalanya.

Kejayaan Jez merangkul gelaran juara benar-benar menggembirakannya. Telefon bimbitnya tidak henti-henti menerima sms dan panggilan telefon untuk megucapkan tahniah.. Walaupun dia mengalami kecederaan namun hatinya puas.Kerana dia tahu ini merupakan perlawanan yang terakhir yang boleh disertainya. Airmatanya mengalir.

“Rizal, ape impian kau?” soal Jez ketika mereka sedang menikmati pizza di Pizza Hut. “Lagi mau tanya…mestilah nak jadi kaya, pastu tackle awek cun wat bini,”balas Rizal sambil tersengih. “Awat ko tanya soalan nih? Pelik je bunyi, impian ko ape pulak?” “Ape pelik pulak,biase je.. tanya apa impian ko tu pun dah kire pelik ke? Impian aku..aku nak gi merantau..ye la..merantau gi negeri orang 4-5 tahun, kumpul duit bebanyak..pastu baru balik Malaysia.” “Ishh..ko nih..ade-ada je..merantau la..ape la…duk Malaysia ni orait pe..toksah la ko nak merantau-rantau nih. Lagipun kau tu pompuan.Kalo laki takpe jugak,”bebel Rizal. “Sebokla kau nih. Suke hati aku la.Ko bukannya laki aku. Aku pun belum kawin,ape salahnya,”bantah Jez. “Weh, apsal aku tengok ko nih makin kurus nih…diet eh…tak payah la ko diet-diet nih. Carik penyakit je..Muke pon aku tengok pucat je macam orang tak cukup zat. Pil ape pulak ko makan nih Jez?” Bukan dia tak perasan akan perubahan fizikal gadis itu sejak kebelakangan ini. “Diet otak ko, ni cube kau tengok..berape kilo cheese die letak dalam pizza nih. Kalau aku nih diet, aku tak makan bende-bende nih sume tau..Ko nih..aku gemok, ko kutuk aku. Aku kurus ko membebel,macam mane lagi kau nak supaye ko berhenti dari bagi komen-komen tak berharga kau tu."

Sudah seminggu Jez tidak menghadiri kuliah. Risaunya yang mencengkam dada hanya Tuhan yang tahu. Sudah puas dia cuba menghubungi telefon bimbit gadis itu namun tidak pernah dapat.Hanya memasuki peti pesanan suara sahaja.Hatinya sudah mula dipagut risau sejak hari pertama Jez tidak hadir ke kuliah. Sudah puas die menyoal siasat teman serumah Jez, Zura dan Mimi. Jawapan yang diterima agak memusykilkan. Jez ada emergency. Hal keluarga kononnya dan yang menambahkan kemusykilan adalah tiada siapa yang dapat menghubungi gadis itu. Jez seperti sengaja menghilangkan diri. “Zura, kau ada nombor telefon rumah Jez tak?” “Rasenye takde..tapi takpe aku cuba cari dulu.Kalau jumpa aku bagitau kau. Aku pun pelikla…Jez tak pernah macam nih…hati aku ni rasa lain macam la Rizal…”. Kot ya pun emergency, tak kan tak boleh nak sms ke, call ke. Macam pergi angkasa lepas je. Kat angkasa pon boleh telefon bumi. Gumam Rizal dalam hati. Sesungguhnya hatinya teramat risau dan dalam masa yang sama dia sakit hati dengan tindakan Jez itu.

Hanya Tuhan yang tahu betapa sakitnya apabila jarum-jarum menusuk tubuh badannya.Sudah seminggu dia terlantar di sini. Sengaja dia mematikan telefon bimbitnya bagi mengelakkan Rizal dan rakan-rakan yang lain menghubunginya. Jez tidak mahu mereka tahu bahawa dia terlantar di hospital kerana menderitai Leukimia. Minggu depan, dia akan berangkat ke London bagi menjalani pembedahan pemindahan tulang sum-sum disana. Menurut doctor harapan untuk dirinya pulih Cuma 50/50. Dia tahu mama dan papa telah cuba sedaya upaya mencari penderma sejak dia disahkan menghidap Leukimia pada tahun lalu.Abangnya yang berada di London juga berusaha mencari penderma yang sesuai untuknya.Dan syukur Alhamdulillah, rupa-rupanya akak iparnya, kak Ina yang baru melahirkan anak sulung mereka mempunyai tulang sum-sum yang sesuai untuknya. Oleh itu dia harus cepat berangkat ke London bagi meneruskan hayatnya.Kalau pembedahan ni tak berjaya..macam mane?,hatinya mula berteka-teki.Air matanya mengalir lesu. Adakah lagi peluang untuknya bertemu dengan Rizal.

“Hai Rizal, apa khabar?” sapa Jez. “Nak pulak kau tanya khabar aku ye…ingatkan dah tak ingat aku lagi..menghilangkan diri macam orang mati, sesuka hati je. Kau ni memang menyusahkan tau, telefon tu pulak, sengaja matikan..kenapa..taknak aku kacau kau dengan Hisyam ke?”marah Rizal sudah tak terbendung lagi. Jez tetap tenang walaupun perkataan mati yang disebut Rizal seolah-olah menghancur luluhkan hatinya, namun dia harus tabah menerima ketentuan Ilahi. “Ishh, Rizal sorry la…aku betul-betul ada hal emergency. Ni memang urgent gile la…sorry la ye…esok aku belanja tengok wayang eh, ko cakap je nak tengok cerita ape…aku ikut je..jangan la marah-marah. Takut aku tengok ko," Jez mula ketawa. “Dah la Jez, aku dah bosan la hidup macam ni, sebok ambil tau pasal kau..tapi kau tak pernah pulak eh nak ambil tau pasal aku. Mulai dari hari ni, aku dah tak nak ambil tau langsung pasal kau…hidup ke mati ke..kau punya pasal la. “Kenapa dengan kau ni Rizal..kenapa serius sangat ni, kot ye pun jangan la macam ni. Aku dah mintak maaf kan…maafkan la aku,” Rizal hanya memandangnya sinis dan terus berlalu. Ingin dikejar lelaki itu namun dia tidak berdaya, Jez cuba berdiri dan cuba menyusun langkah untuk mengejar Rizal namun, dia rebah. Saat itu dia tahu, dia sepatutnya tidak mencabut wayar-wayar yang melingkari
tubuhnya dan berlari meninggalkan hospital pagi tadi. Rizal, maafkan aku. Rintih hatinya.

Jez terasa tekaknya perit. Lantas die cuba membuka matanya dalam kepayahan.Disisinya, mama sedang menangis teresak-esak.Papa hanya tersenyum memandangnya dengan pandangan yang sayu. Dalam kepayahan Jez cuba menoleh ke sebelah kirinya.Dia nampak wajah Rizal yang sugul. Hatinya pedih. Jez tahu hayatnya hampir sampai ke penghujung. Nalurinya kuat mengatakan hidupnya tidak lama. Namun dia amat berharap nalurinya itu salah sama sekali. Air matanya mengalir lagi entah untuk ke berapa kali.

Sepanjang berada di hospital, Rizal tak pernah gagal melawati gadis itu, namun hatinya pilu melihat keadaan Jez yang tak bermaya. Badannya yang dulu berisi kini kurus melidi. Kalau dulu pipi gadis itu sering di panggil kuih pau juga kelihatan sungguh cengkung. Sesungguhnya hati lelakinya bagai disayat melihatkan keadaan Jez. Sering kali dia melihat gadis itu menahan kesakitan namun apabila ternampak dirinya, Jez seolah cuba menyembunyikan kesakitan yang dialaminya. Wayar-wayar yang berselirat dan jarum-jarum yang kerap kali ditusuk ke tubuh gadis itu rasanya amat menyeksakan. Sesungguhnya dia mahu nangis dan meraung agar kesakitan yang dialami oleh Jez itu berpindah kepadanya. Dia sanggup untuk galang ganti bagi menggantikan tempat gadis itu.

Hari itu Rizal melawat Jez dan hatinya sedikit girang apabila melihatkan gadis itu bertambah sihat dan ketika dia melangkah ke wad 3006 itu, Jez sedang menikmati hidangan tengaharinya. “Hai budak comot, makan ape tu..”Tanya Rizal sambil tersengih. “Ko tak nampak ke aku ngah makan gajah salai ni,” jawab Jez selamba. Kalau dulu gadis itu mesti sudah dicubitnya namun kini, dia tidak sampai hati untuk menambah kesakitan yang sudah sedia ada. Rizal hanya memandang sambil tergelak besar. “Pelik betul, ko tak nak cubit aku ke? Tak berani ek..takut kulit aku tercabut ke? Seronok jugak ek jadi orang sakit ni….hahahahahha” Jez sudah tergelak besar. Hati Rizal tersentuh namun dia cuba mengawal emosinya dan dia terus tersenyum.

“Dah lama aku tak keluar jalan-jalan, tengok wayang, makan aiskrim. Ko boleh bawak aku tak? Siapa tahu ni la kali terakhir aku tengok wayang ngan ko..hahahaha” Kata-kata Jez itu seperti belati yang menikam dadanya. “Jez, aku tak suka kau cakap macam tuh..aku rela ko kutuk-kutuk aku..kate aku kambing gurun ke..tapir ke..dari kau cakap ape yang ko cakap tadi..Aku betul-betul tak suka” Jez agak tersentap dengan kata-kata Rizal. Sesungguhnya dia amat sayu kala itu. Petang itu doktor membenarkan Jez pulang ke rumah. Lusa, Jez sekeluarga akan berangkat ke London bagi menjalankan pemindahan tulang sum-sum di sana.

“Rizal, sepanjang aku tak datang kuliah, dah berapa ramai awek ko tackle huh, ade yang masuk perangkap tak? Ke semua mission failed?..hahahaha." “Eh..ehh..ehhhh…sesedap mulut die je kate mission failed. Mission aku jarang fail tau. Aku rasa aku nak pencen la cari awek. Dah bosan..bukan dapat profit pon.” “Camne nak dapat profit, ko da asek duk ulang alik gi hospital tengok aku, mane tak Rina,Tini sume tinggalkan ko,” balas Jez. “Tak kesah la Jez oi…aku bukan boyfriend dorang pon..aku pun tak nak jadi boyfriend dorang tuh,”jawap Rizal. “Aku tau la ko nak jadik boyfriend aku kan..tu yang semua mission failed,” Jez tergelak lagi. Kali ini lebih kuat. “Memang aku nak jadi boyfriend ko..boleh tak Jez?,” kali ini Jez yang terdiam. Kemudian dia tergelak. “Kot ye pun kesian kat aku yang sakit ni, tak payah la sampai nak jadi boyfriend aku. Aku ni independent laa..Kau tak payah risau.” Jez kembali tersengih bagi menutupi debaran didada. Namun pada masa yang sama, dia merasakan pertanyaan Rizal itu lucu dan sungguh janggal pada pendengarannya. Aku yang sakit ke Rizal yang dah tak betul ni. Hatinya berdetik. “Aku serius ni Jez..aku tak main-main,” ucap Rizal bersungguh-sungguh. “Laaaa..sape pulak yang kate ko main-main..aku tak cakap pon,” Jez ketawa lagi. “Mangkuk hayun betul la minah ni…aku serius..die boleh gelak-gelak lagi..dah la jom la aku hantar ko balik.” Moody betul mamat ni. Desis Jez dalam hati sambil belari-lari anak mengejar Rizal yang sudah menonong meninggalkannya.

Malam itu Jez sibuk mengemas barang untuk dibawa ke London. Dia hanya mengemas ala kadar sahaja. Dia tahu di sana nanti baju hospital juga yang perlu dipakainya...bukan boleh pakai jeans pon. Jez tersengih. Walaupun dia diberitahu oleh doktor bahawa dirinya mempunyai harapan untuk sembuh namun siapa tahu..Kuasa tuhan mengatasi segalanya. Sesungguhnya dia amat takut kalau-kalau itulah hari terakhirnya menjejakkan kaki di Malaysia. Gadis itu takut kalau-kalau dia tidak sempat menatap wajah Rizal.

Jez terjaga dari tidur apabila telefon bimbitnya berbunyi. “Hello.” “Jez, aku ni...sorry kacau ko pagi-pagi ni..tapi aku tak kire..aku nak kacau gak....Jez..helloooo” “Ye..yee Rizal..aku dengar ni..” “Aku kat luar rumah ko ni..bukak la pintu..aku nak jumpe ko kejap” “Hisshhh..ade apenye ko datang pagi-pagi ni,” hampir melompat dia dari katil. “Aku nak jumpe ko la..cepat la bukak pintu pagar ni..” “Ko tunggu kejap..jangan bising-bising. Nanti parents aku tejage…naye aku,” balas Jez..sedikit bimbang.

“Awatnya ni...tadi siang merajuk ngan aku bukan main lagi,” usik Jez. “Aku nak cakap ngan ko ni..aku tak kire..ko nak kata ape..yang penting aku cakap” Hati Jez sedikit berdebar. “Ko ni nape ni Rizal..ko buat aku takut lak…” “Aku…akuuu..aku..suka kau..aku sayang kau Jez..aku sayang kau lebih dari seorang kawan. Aku takut akan kehilangan kau..aku takutt Jez..” Rizal sudah mula tunduk. “Aku tak perasan selama ni rupanya orang yang aku sayang adalah kau..aku tak yakin dengan apa yang aku rasa hingga lah ko selalu tak datang kuliah. Aku rasa something is wrong dengan hidup aku. Aku rasa marah bila ko macam tak hiraukan aku..ko tak bagi tau kenape ko tak datang…dan bila aku dapat tau yang kau sakit…aku rasa macam dunia aku ni gelap Jez..Aku tak nak kehilangan kau Jez…Aku nak sentiasa dekat dengan kau..Aku tak kisah ape ko nak fikir ape yang aku merapu pagi-pagi ni. Yang penting aku dah beritahu kau, dan yang penting kau tahu aku sayang kau Jez. Aku sanggup buat apa saja tuk pastikan ko selamat Jez. Aku tak nak ko mati Jez.. ,”Rizal sudah terisak-isak seperti budak kecil. Tatkala itu Jez benar-benar tergamam. “Rizal, jangan la macam ni..patutnya ko yakin aku akan sembuh..ko yang mesti bagi aku semangat, jangan bagi aku nangis. Tapi tengok ni, ko pulak yang nangis.” Rizal menatap wajah Jez dan ditariknya gadis itu dalam dakapannya.“Aku tau Jez ko akan sembuh. Aku yakin. Aku tunggu ko balik Jez, aku akan tunggu,"bisiknya.

"Agaknya bila ko mule suka aku huh? kutuk-kutuk aku pastu kata suka pulak. Cam keling la ko ni." Tatkala itu ketawa Jez sudah meledak dan Rizal tahu ketawa itu akan berlanjutan sehingga 40 hari 40 malam. Lantas dia mencubit lengan gadis itu. "Jez..Jez..gelak lah berapa lama pun. Seribu tahun pun tak apa," desis Rizal dalam hati. Sesungguhnya dia rela. Ya Allah, jangan Kau ambil dia dari diri ini dan hatinya yakin masih ada esok buat mereka.

0 comments:

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini