ELFIE Nieshaem merenung jam di tangannya. Hatinya mendengus marah. Orang yang di tunggu tidak kunjung tiba. Jelas di telinganya kata-kata Farok Kamil yang berjanji akan berjumpa di Restoran Puteri.
“Hello Elfie, jangan lupa jumpa di tempat biasa jam 1 petang.”
“Okay, aku tunggu.”
Sebaik meninggalkan meja terasa sesuatu yang sejuk terkena di bajunya.
“Oppss, minta maaf Encik.”
“Tidak mengapa,” ucap Elfie sambil matanya melirik memandang gadis yang melanggarnya.
Gadis itu menghulurkan tisu kepada Elfie. Elfie menyambut huluran tersebut. Hatinya terdetik cantik juga gadis ini. Elfie ingin berkenalan dengan gadis bertudung litup yang masih mengucapkan kata-kata maaf.
“Saya Elfie. Awak?”
“Saya Daun.”
“Hai janganlah main-main dengan nama,”usik Elfie.
“Awak tidak percaya ini kad saya,” Daun menghulurkan kad nama.
“Okay jumpa lagi. Daun meninggalkan Elfie yang masih mengelap bajunya yang basah.”
“Daun Emalin binti Iskandar,” Elfie membaca kad yang dihulurkan.
Sampai sahaja di rumah Elfie mendapatkan Abah dan Bonda yang sedang mengecat dinding luar rumah.
“ Maaf Bonda Elfie lewat,” ujar Elfie.
Pantas Elfie menukar pakaian dan menolong Abah dan Bonda yang rancak mengecat rumah. Peluh membasahi dahi Abah. Bonda mengelap peluh di dahi Abah. Cemburu juga Elfie melihat Abah dan Bonda yang begitu romantik walaupun usia sudah meginjak senja. Elfie walaupun sudah berusia 27 tahun belum lagi mempunyai seorang wanita yang bergelar isteri. Elfie merupakan anak tunggal. Harapan keluarga hanya pada Elfie. Kesibukan kerja dan ingin membahagiakan abah dan bonda membuatkan Elfie terlupa soal jodoh. Elfie berbangga kerana dapat berbakti kepada abah dan bonda.
“Elfie kenapa lukis gambar daun di dinding rumah,”tanya Bonda.
“Alamak aku berkhayal rupanya teringatkan si gadis Daun. Nanti Elfie betulkan bonda. Elfie tertawa sendirian.”
Keesokan harinya sebaik tiba di pejabat jari Elfie pantas menekan nombor di telefon bimbitnya. Elfie ingin bercakap dengan Daun. Hanya nombor telefon pejabat yang tertera di kad nama Daun.
“Hello Daun Jambu ada,” Elfie menahan diri daripada ketawa.
“Daun Jambu tiada. Daun Emalin bercakap. Siapa bercakap,”tanya Daun.
“Saya yang awak langgar semalam.Ingat?” Saya Elfie,” Elfie memperkenalkan diri.
Sejak panggilan telefon itu, bibit cinta mula wujud dalam diri Elfie. Pada mulanya Daun Emalin tidak melayan karenah Elfie yang suka mengusiknya. Lama kelamaan usikan itulah yang membuatkan dirinya terpaut pada Elfie. Guaraun Elfie yang memanggilnya Daun Jambu, Daun kering, Daun gugur masih terngiang-ngiang di cuping telinga Daun. Tuhan sahaja yang tahu betapa geramnya Daun pada Elfie. Daun turut menggelar Elfie Botak kerana gaya potongan rambut Elfie persis penyanyi pujaan ramai Mawi. Elfie merupakan jejaka yang pandai mengambil hatinya. Namun ketinggian ilmu dalam diri Elfie membuatkan
Daun berasa rendah diri. Elfie merupakan lulusan universiti dalam jurusan kejuruteraan. Jarak inilah membuatkan Daun dalam dilema. Daun berazam ingin melanjutkkan pelajaran dan Berjaya seperti Elfie. Taraf pendidikan Daun hanya STPM. Walaupun keputusan STPM Daun baik tetapi Daun tidak berpeluang melanjutkan pelajaran kerana ibu bapa daun tidak mampu. Daun bekerja untuk perbelanjaan keluarga dan selebihnya disimpan untuk dirinya. Daun berazam apabila simpanannya sudah cukup Daun ingin menyambung pelajarannya.
“Elfie apa perancangan awak untuk masa depan,” Daun memula bicara sambil matanya memandang matahari yang hampir terbenam.” Jari jemari Daun meguis pasir pantai melukis sesuatu.
“Saya ingin menjadikan Cik Daun sebagai isteri saya. Tinggal di sebuah rumah berdekatan dengan persisiran pantai bersama-sama sedozen anak,” Elfie tertawa.
Pantas tangan Daun mencubit Elfie. Elfie mengaduh kesakitan.
“Apa impian Daun?”
“Saya ingin menjadi isteri yang soleh dapat menjaga suami dan anak-anak dengan baik. Walaupun sudah berkahwin saya ingin meneruskan pengajian saya.”
“Daun, Elfie menyokong impian Daun semoga impian Daun terlaksana,” ujar Efie.
Daun tersenyum memandang Elfie sambil menyuruh Elfie melihat gambar keluarga impian Daun yang dilukis di atas butir-butir pasir pantai.
“Senyum sendirian nampak kawan kita,” Farok bersuara melihat Elfie mengelamun sendirian.
“Oh, Farok maaf tak sedar kau dating. Mimpi apa dating rumah aku,” Tanya Elfie.
“Amboi nak dating rumah kau kena temujanji dulu. Daun tidak perlu temujanji pun.” Kedua-dua sahabat karib ketawa.
“Aku nak ajak kau skuba dekat Pulau Kapas minggu depan,”ajak Farok.
“Farok jangan buat lawak petang-petang ini, minggu depan aku kahwin kau jadi pengapit aku. Lupalah tu.”
Farok Kamil menepuk dahinya. Dia betul-betul lupa.
Langit petang itu, mendung menunjukkan perut awan akan mengalirkan titisan-titisan air lalu menyimbah bumi. Namun dua sahabat karib masih rancak berbual tidak menghiraukan kemungkinan yang bakal berlaku.
Daun gusar seandainya dirinya tiada nanti bagaimana nasib adik-adiknya. Mak Wa ibu Daun menjenguk Daun yang memakai baju pengantin tidur dengan nyenyak.
“Tidak sabar hendak kahwin sampai tertidur pakai baju pengantin,” desis hati Mak Wa lalu meninggalkan Daun di kamar tidur. Adik Daun meninggalkan kamar tidur Daun.
Elfie mula resah apabila Daun tidak dijawab. Elfie sudah biasa akan ucap ungkapan selamat pagi pada Daun. Pagi ini sudah pulul 10 pagi Daun masih tidak menjawab panggilan telefon. Hati Elfie berasa mungkin Daun sibuk. Tinggal beberapa jam lagi Daun akan menjadi isterinya. Elfie ralit melihat ikan di kolam telefon bimbitnya berbunyi. Jelas terpampang nama Daun. Pantas Elfie menjawab. Namun bukan suara Daun yang kedengaran tetapi suara bakal bapa mertuanya.
“Fie, Daun sudah tiada,” terketar-ketar suara Pak Wan mengungkap kata-kata.
“Daun ingin jadi isteri yang soleh, menjaga suami dan anak-anak kita.”
Kata-kata Daun menyebabkan Elfie sebak. Pelamin anganku musnah,” desis hati kecil Elfie sambil menyeka airmatanya.
Hilai tawa, gurauan dan impian membina mahligai bersama tetap dalam anganku.
April 11, 2011 at 11:36 PM
daun tu sakit pa??
cite ni cam ringkas sgt.
bosan!!!!!