rss

Awan mendung seolah-olah merasakan kesedihan yang aku alami. Aku kehilangan dia yang amat ku sayang, amat ku cintai, dia yang bergelar ibu. Rasa baru seperti semalam aku melihat dia tertawa, memeluk hangat tubuhnya juga bermanja dengan nya. Kini hakikatnya aku telah kehilang dia, buat selamanya.

‘Ibu aku merindui mu, aku memerlukan mu’

Hanya itu jeritan batin ku yang dapat di laungkan. Ingin sahaja aku melaung sekarang tapi aku harus kuat. Aku tidak boleh nyatakan kesedihan ini di hadapan adik ku yang masih tidak mengerti apa-apa. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata terakhir ibu buat diriku sebelum rohnya di bawa pergi malaikat maut pada pagi subuh tadi.

“Mia.... Mia jangan sedih kalau ibu tiada nanti.... Mia janjilah dengan ibu ya?”
Aku hanya mengangguk lesu setelah seharian menjaga ibu di hospital. Ibu mengagahi untuk berkata-kata lagi...

“Mia.. ibu tahu hayat ibu dah tidak lama lagi..hanya menunggu masa sahaja..”

“tak ibu.tak.. ibu akan sembuh..jangan cakap begitu ibu..”aku menegah kata-kata ibu tadi.

Mia dengar kata ibu ini....” ibu mencari tanganku lalu digenggam erat di bawa ke dadanya..

“Mia...izinkan ibu ikut walid...Mia..belajar lah rajin-rajin ya... jadi insan yang boleh di banggakan keluarga..Mia jaga zira elok-elok...ingat tuhan...walaupun ibu pergi,tak bermakna hidup Mia mati..ibu tahu Mia anak ibu yang tabah....”

“ya ibu...Mia janji...tapi ibu........” air mataku mula menitis..

“Mia janji ya...” ibu terbatuk-batuk dengan agak kencang bunyinya. Nafasnya di tarik dalam. Aku mula panik. Aku ingin berlari keluar memanggil doktor tetapi di tahan oleh ibu. Aku mematikan langkah dan kembali menghampiri ibu air mataku bercucuran.

“ibu...mengucap ibu..” esak ku.. sayu diriku bila mendengar ibu melafazkan ayat suci Allah itu. Matanya semakin layu. Ibu ku yang mekar mewangi bagai bunga ros itu kini layu.. terkulai..

“IBU!!! JANGAN TINGGALKAN MIA!! SIAPA YANG NAK TEMAN MIA.DAN ZIRA NANTI.. SIAPA NAK KETAWA DENGAN MIA.. IBU.. SAMPAI HATI IBU TINGGALKAN MIA... DOKTOR!!!” aku menggoncang tubuh ibu sambil menjerit-jerit memanggil doktor, walaupun pada mulanya aku merelakan pemergian ibu tapi aku tak betah melihat pemergiannya. Doktor berlari ke katil ibu. Memeriksa keadaan ibu lagi dan berpaling menggeleng lemah ke arah ku. Jururawat menyelimut ibu hingga tertutup wajah ibu yang masih tenang.

Tanpa aku sedari air mata jernih mengalir di pipi ku. Maizira adik kecil ku datang menghampiri.

“kakak. Kenapa kakak nangis? Kakak.. mana ibu? Kata semalam ibu mahu pulang? Mana ibu? Zira rindu ibu.. Zira nak ibu buatkan Zira kek.. kan esok hari jadi Zira?” aku mengelus lembut rambut anak kecil itu..  dia terlalu naif untuk mengenali erti sebuah kematian. Otak ku ligat mengatur kata-kata yang harus dinyatakan pada adik ku ini.
          
“Zira sayang.. nanti kakak buat ya kek tu. Ibu dah suruh kakak buatkan. Zira.. ibu tak jadi balik. Ibu terpaksa pergi jauh. Ibu ada kerja penting. Ok zira?” gadis cilik itu mengangguk manja dan terus pergi meninggalkan aku sendirian di tepi beranda menghadap langit malam yang tiada bintang berkerlipan.

                                                            *************

Pagi itu aku gagahi juga ke sekolah ku yang tersergam indah,SMK Iskandar Shah.Terasa gugup ketika menjejakkan kaki ke sekolah itu walaupun bukan kali pertama aku ke situ. Hati aku masih bertelagah mengatakan aku tidak sepatutnya ke sekolah lagi. Aku patut hanya duduk di rumah. Ibu tiada lagi, apa guna aku ke sekolah. Aku cuba melawan kata hati itu. Aku harus memenuhi harapan ibu ku. Aku dengan langkah longlai masuk ke kelas 5 Omega. Aku hanya menyepi di tempat duduk ku yang berada di tempat belakang sekali.

 Guru berganti guru. Aku masih tidak dapat lagi memberi tumpuan sepenuhnya. Ingatan aku pasti melayang kepada ibu. Saat-saat manis bersama ibu. Tanpa di sangka aku terlelap. Aku bermimpi aku berjumpa ibu. Ibu meminta agar aku belajar. Sama seperti hajatnya yang terakhir dulu. Aku tersedar selepas itu setelah merasa tangan ku di siku. Rupanya Isyah yang menyiku ku agar bangun kerana loceng telah berbunyi menandakan waktu pulang ke rumah.

                                                            *************

Sebulan telah berlalu setelah pemergian ibu, aku sedaya upaya berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Tidak seperti kali pertama aku datang ke sekolah dahulu setelah kehilangan ibu. Aku mempunyai azam yang jitu. Aku harus berjaya. Aku harus mendapat keputusan yang baik dalam SPM kali ini. Aku berjanji pada ibu. Aku berjanji pada diriku sendiri. Tinggal hanya 5 bulan lagi SPM mahu menyapa aku agar menyahut cabarannya. Pagi itu seperti tidak seperti hari-hari biasa.. sewaktu aku melangkah masuk ke dalam kelas dan berjalan ke arah meja ku. Aku terlihat ada sepucuk surat di atas meja berwarna merah hati dengan sekuntum mawar merah. Tertera di dada sampul itu KEPADA MIA FADZLINA. Dengan perlahan aku membuka sampul surat itu. Aku kaget membaca isi kandungan surat itu. Tidak terfikir oleh logik akal ku ada yang akan menghantar surat cinta pada ku. Aku bertambah kaget melihat nama pengirim surat itu. Aku masih lagi kaku berdiri di tepi meja. Datang seorang lelaki dan duduk di tempat ku. Dia lah lelaki yang megirim surat ini.

“Mia...” lelaki itu masih teragak-agak untuk berkata-kata dengan ku. Aku memandangnya kosong.

“Mia.. sudi tak Mia terima Li” aku memandang Adli tepat ke matanya. Adakah lelaki ini bermimpi. Tulus kah dia. Aku cuba mengatur bicara.

“aku..aku tak boleh terima kau. Bukan kerana aku benci kau. Bukan sebab aku ada yang punya. Aku rasa baik kita berkawan sahaja. Kita masih muda. SPM pun belum lepas lagi Adli. Kita jadi kawan lagi senang. Anggap saja sayang kau pada aku tu hanya sayang kepada seorang teman. Boleh?” Adli mati kata. Dia hanya diam dan terus berlalu pergi.

Aku mengeluh perlahan. Mungkin kalau orang ramai tahu aku menolak cintanya Adli ini, mereka mengatakan aku adalah perempuan yang bodoh. Tetapi komitmen aku hanya belajar sahaja. Tidak ada ruang untuk bercinta, berkasih dengan seorang lelaki yang di panggil buah hati.

‘bukannya aku tak suka kau Adli.. tapi aku tak boleh..’ getus hati ku lagi.

                                                            ****************

Hari ini hari bersejarah buatku kerana SPM telah sampai ke penghujungnya. Aku telah melunaskan janji ku pada ibu. Aku telah mencurahkan segala ilmu yang aku ada di setiap inci tubuh kertas itu. Semuanya aku jawab dengan tenang. Alhamdulilah tuhan memakbulkan doa ku. Tidak sia-sia setiap malam aku solat sunat, solat hajat memohon berkat dari mu Allah. Sekarang aku hanya perlu menunggu keputusan.

Petang itu setelah sampai ke rumah, Zira berlari-lari anak menerpa ke arah ku da memeluk kaki ku..

“kakak.. mana ibu??” aku bingung kenapa setelah sekian lama baru sekarang Zira menanyakan lagi soalan yang merenggut tangkai hati ku ini..

“ibu kerja Zira...” ujar ku lembut..

“tak!!! Kakak tipu!!” aku terkesima sebentar mendengar kata –kata yang terpacul dari mulut comel adik kesayangan ku itu..

“tak.. kakak tak tipu..”aku cuba memujuk.

“kakak tipu Zira..tipu!!!” bantah Zira lagi.

“cuba Zira cakap dengan kakak apa yang kakak tipu...”

“kenapa kakak tak cakap Zira yang Ibu pergi jumpa Walid lepas itu nak jumpa tuhan?? Zira nak ikut!!”

“hah??”Aku terperanjat.. siapa pula yang lancang mulutnya bercerita tentang ibu pada Zira.

“ya... abang Adli cakap pada Zira.. kenapa kakak sorok dari Zira.. Abang Adli tak sorok pun..” aduh luluh jantung aku mendengar kata-kata yang keluar dari mulut anak kecil yang berusia 8 tahun itu.

“mana..mana abang Adli nya?” aku bertanya dengan teragak-agak..

“maafkan saya..” terkejut aku mendengar suara itu dari arah belakang ku.

“tu..” Zira memuncungkan bibirnya dan terus berlari ke dalam.

Aku mati kata. Adli hanya membuntuti aku masuk ke ruang tamu.

“Mia maafkan saya..Mia izinkan saya jadi abang kepada Zira..” aku hanya membisu.

Tiba-tiba kedengaran Zira menjerit keriangan dan berlari ke arah Adli.

“kakak boleh lah. Biarlah abang Adli jadi abang Zira. Zira suka abang Adli.” Alangkah terkejutnya aku mendengarkan kata-kata anak itu. Hati ku cair melihat wajahnya yang ceria dan comel itu. Aku hanya mengangguk dan tersenyum.

                                    ********************

Bertahun-tahun berlalu, aku kini menjadi doktor di salah sebuah hospital swasta di Kota London.  Aku kini menetap di sana bersama Zira dan suami ku, Adli. Aku gembira akhirnya janji ku pada ibu telah dapat aku lunaskan. Zira kini sedang belajar di salah-sebuah kolej di Kota ini. Adli pula telah menjadi usahawan berjaya. Tetapi aku masih tidak lupa walau sejauh mana aku pergi dari tanah air ku pada memori ku sewaktu bersama ibu. Aku membawa sekali kenangan ku bersama ibu tanpa rasa jemu, tanpa rasa alpa padanya.

‘ibu aku amat menyayangi mu. Terima kasih atas segalanya’

Aku bersyukur pada mu Allah dengan segala kesenangan yang kau berikan padaku. Kerana kasihku pada Allah, aku gagahi juga menghadapi hidup ku tanpa walid dan ibu. Kerana kasih ku pada mu ibu, aku berusaha untuk berjaya juga memenuhi harapan dan impian mu. Kerana kasih ku pada ilmu, sedaya upaya aku menuntuti nya tanpa rasa jemu. Kerana kasihku pada diri, sedaya upaya aku memilih jalan yang terbaik buat diri. Kerana kasihku pada Zira segalanya aku relakan. Kerana kasih ku pada Adli, terpaksa aku berkorban terpaksa menolaknya. aku akhirnya menerimanya semula kerana kau Zira.Terima Kasih adik.

Segalanya aku lakukan demi kasih ku, cinta ku dan sayang ku.

0 comments:

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini