‘Hye. Asl plz’
Hati aku berdebar-debar sebelum menghantar teks ini kepadanya. Masih tidak tahu sama ada keputusan aku ini betul atau tidak. Sekarang waktu petang, mungkin dia akan balas, dan mungkin juga, dia tidak akan balas. Tapi, who knows... belum cuba belum tahu.
Send
........
‘argh... takut nya.... i better call someone.’ Dan seperti biasa, aku akan call elise, kawan baik aku.
“Hello.”
“Hello, elise... Assalamualaikum. Elise, kita sms dia la..” ringkas aku beritahu padanya.
“Hah? Sms siapa? Apa nie?”
~sigh~ aku melepaskan keluhan sebentar.
“Camni... kita bagi sms kat azhar tadi...”
“Hah?!!” terdengar pekikan dari sana. ‘Ah, dia pula yang terkejut. Aku kat sini dah berdebar ni.’
“Awak bagi sms kat dia? Dia reply apa?”
“Awak bagi sms kat dia? Dia reply apa?”
“Hah... erm... mana ada reply apa pun lagi. Kita bagi je mesej kat dia, terus kita call awak. Eh, betul ke yang kita buat nie?”
“Hahaha... awak dah buat baru nak tanya kita. Buat apa?! Takpe la... belum cuba belum tahu... hehe... tunggu je la apa yang dia nak balas...”
“Huhuhu... kita takut la...”
“Hahah... takpe... tunggu je la... mana tau, dia akan balas ke.. kan?”
“Hurm... harap-harap dia balas la... kalau tak buat malu je..”
“Ala, dia bukan kenal pun awak. Dah jumpa nanti baru la kenal, kan?”
“Heheh... pandai la awak... ok, kita tunggu. Apa-apahal nanti kita bagitau kat awak, ok?”
”Mesti. Hehe... ok, good luck. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam...”
Aku matikan panggilan. Menanti? Owh, mungkin tidak. Aku meninggalkan telefon bimbit aku di dalam bilik. Aku turun untuk berehat. Mungkin saja Azhar tidak akan membalas sms aku. ‘Akan layankah dia dengan sms misteri?’
*****
Dari jauh aku terdengar hanset aku berbunyi. Masakan tidak, aku telah setkan lagu Who’s That Girl sebagai mesej masuk. Aku biarkan dahulu. Sambung bermain futsal. Sudah pasti Intan. ‘Ah, malas la. Biarkan je la.. semak betul la..’
Sekali lagi aku terdengar lagu tadi. ‘Mesej lagi.’
5 minit kemudian juga, lagu yang sama.
“Hey Azhar.. aku semak la dengan bunyi hp kau tu. Kau pergi tutup la. Takpun, campak je kat tasik sana tuh,” jerit Samad, salah seorang dari rakan pasukan aku dan juga rakan sepejabat aku. Bukan dia seorang yang serabut dengan lagu tersebut, bahkan aku sendiri pening, hilang tumpuan aku di padang ini.
“Jap, jap... take five jap geng..” aku menuju ke arah hanset aku di bangku. Samad mengekori aku.
‘Sayang, u kat mana? I called u tadi tapi u tak angkat. Nak pergi shopping..’
‘Sayang, ape ni?! Call me back!’
‘Hye. Asl plz’ uiks, siapa pula ni? Hmm... aku mengambil keputusan untuk tidak balas mesej Intan dan juga mesei misteri. Siapa ni?
“Oit, siapa tu? Intan?” tanya Samad yang berada di sebelah aku.
“Hah... Ha`ah. Tapi, ada lagi. Kau tengok la,” aku memberikan hanset kepadanya yang memaparkan mesej misteri tadi.
Samad membacanya. “Wah, siapa ni? Kau tak kenal ke nombor ni?”
“Entah, mana aku tahu. Kau kenal? Entah-entah budak-budak ofis ke nak kenakan aku ke...”
“Takkan kut. Siapa je yang nak kenakan kau. Satu ofis dah tahu kau kapel ngan Intan. Haha... Intan kan selalu datang ofis.”
“Hurm... tuh la. Macam la ofis tu ofis aku. Tunang bos pun tak pernah nak datang, aku yang kerani je pulak awek selalu datang. Malu aku, kau tau..”
“Hahaha,... kerani la sangat... eh jom la, penat la. Balik la, isteri aku pun dah bagi mesej ni.”
“Hah, orang rumah kau dah marah ek?”
“Biasa la... sekurang-kurangnya, aku masih boleh main futsal dengan korang semua. Terasa la juga anak bujang. Hahaha...”
Kami sama-sama gelak. Sungguhpun Samad telah berkahwin, namun seperti katanya, kehidupannya tidak berubah sepenuhnya. Dia masih lagi bermain futsal dengan kami tiap-tiap sabtu petang.
“Kau,.. bila lagi?” tiba-tiba Samad menyoal aku. Aku terdiam. Sekadar senyuman yang aku balas padanya.
*****
Dear blogie,
~sigh~ sedih aku. Dah pukul berapa dah ni mizzteryGuy tak reply2 lagi msg aku. ~sigh~ takpela, aku sekadar mencuba saja. Bagus jugak kalu dia tak reply, maksudnya dia tak la gatal.. hehe...
That’s score 1 for him. Or is it?
~mizzteryGurl~
Mungkin ada baiknya juga dia tidak balas sms aku tadi. Sekurang-kurangnya, aku tahu dia bukan seperti lelaki lain yang selalu “sudi” membalas annonymous mesej. Cuma, agak terkilan kerana tidak mendapat balasan darinya. Setidak-tidaknya, aku mengenali dirinya sebelum kami diperkenalkan.
*****
‘Nak reply ke tidak... nak ke tidak?’
Aku dihantui mesej misteri tadi. Siapa dia? Rakan ofis aku kah? Sungguhpun sekarang aku berada bersama Intan, fikiran aku masih pada mesej tadi.
“Sayang, apa yang sayang fikir tu?” tegur Intan. Mungkin dia sedar aku tidak memberi perhatian padanya.
“Takde apa-apa. Kenapa?”
“Takde la, i nampak u macam tak sihat je. Demam ke?”
“Takde la... i’m ok. U nak makan apa?”
“Erm, tak terasa nak makan sangat. Kita pergi tengok wayang, nak?”
“I ingat nak balik awal la malam ni, Intan. Letih sikit.”
“U balik rumah mana? Cheras ke Ampang?”
“Cheras.”
“U need a break, is it?”
Aku sekadar mengangguk.
Sekiranya aku ingin pulang ke Cheras di rumah kakak aku, tahula Intan bahawa aku memerlukan ruang untuk diri aku. Di Cheras, aku dapat menenangkan fikiran. Bermain bersama anak-anak buah aku. Sekurang-kurangnya, aku dapat melepaskan tekanan sebentar. Dan juga, menghilangkan fikiran aku pada Intan sebentar dan memikirkan pada gadis mimpiku.
*****
Telefon bimbit aku berbunyi bayi tergelak. Aku agak terkejut. masakan tidak, agak lama juga aku sudah terlelap. Aku melihat jam, pukul 1.30pagi. ‘Siapalah agak nya yang mesej aku pagi-pagi buta ini?’
‘Hye. 28/m/ampang. U?’
“Hah?!!!” uiks, shh... hampir terlupa aku sekarang ialah waktu pagi. Dia balas!!!
‘Assalamualaikum. I’m 24/f/bangi. Azhar tak tido lagi?’ ah, biarkan dia tahu yang aku mengenali dia.
Hehe... dah lama aku tak buat kerja nie.
Hehe... dah lama aku tak buat kerja nie.
‘W’salam... tido? Awk dh tido ke? How did u know my name?’
‘I know you.’
‘How?’
‘Somewhere... if not, how can i msg u.’
‘Then, if u know me, why u ask my asl?’
‘Saja. As an introduction of a friendship. Can we?’
‘Sure.’
Aku terasa ingin menelefon Elise jam-jam ini juga menceritakan bahawa Azhar telah membalas sms aku petang tadi. Sungguhpun mengambil masa yang lama untuk balas, namun sekurang-kurang nya, kini aku boleh menganggapkan bahawa kami telah pun bermula berkawan. ‘Just like i plan...’ tapi, akan angkatkah elise dengan panggilan telefon aku di awal pagi ini? ‘Esok je la.. heheh..’
*****
“Wah, Azhar... kau nampak gembira saja dua tiga hari ini. Apa hal? Dah nak kahwin dengan Intan ke?” ujar Husin, rakan sepejabat aku yang bekerja di bawah aku. Belum sempat aku masuk ke bilik sudah ada usikan pada pagi ini. ‘apa-apala kau Husin..’
Aku melihat pada bilik sebelah aku. Samad pun telah sampai ke pejabat. Aku mengetuk pada pintunya, sekaligus mengintai pada dinding yang berupa tingkap. Aku memberikan isyarat padanya agar masuk ke bilik aku.
Selangkah aku masuk ke bilik aku, kedengaran ketukan pintu. Samad melangkah masuk dan menutup rapat pintu. Pantas dia duduk di hadapan aku.
“Hah... apa hal?” tanya Samad.
“Saja. Kenapa? Tak boleh?” aku saja mengelak.
“Laa... kau ni... saja je la... tadi kau jugak yang panggil aku masuk...”
“Ala, aku gurau je pagi-pagi ni.. takkan tak boleh. Ni... kau ingat tak minah yang aku cakap kat kau 3 bulan lepas tuh? Yang bagi aku mesej waktu kita main futsal tu?”
Samad diam sebentar. Mungkin juga dia tidak ingat kerana aku juga tidak pernah membangkitkan hal ini setelah mesej pertamanya sampai.
“Hmmm... kenapa? Ingat kut... kenapa?”
“Aku ajak dia keluar, pergi wayang.”
“Wayang? Kau kenal ke siapa dia?”
Aku geleng.
“Hah.. berani nya kau! Entah-entah dia tu gemuk ke... pendek ke...”
“Weih, pendek-pendek jangan cakap yeh... aku ni pun pendek jugak tau!”
“Hahah... jangan terasa. Kau tu bukan pendek, kau rendah aja...”
”Eleh... amik hati la tu...”
”Eleh... amik hati la tu...”
“Macamana kau boleh kenal dia?”
“Panjang la cerita nya. Tapi pendeknya, aku dah 3 bulan mesej dia and call. Last night I asked her out. Bukan senang nak ajak dia keluar. Dah berapa kali aku ajak dia keluar, dia tak nak. So, last night tetiba dia setuju, aku dah jadi cuak pulak. Aku sendiri tak tahu yang dia akan setuju nak keluar dengan aku.”
“Kalau korang keluar, macamana nak kenal?”
“Alah, biasala... blind date la. Nanti kami bagitahu la warna baju apa nak pakai ke apa ke...”
“Dia kenal kau?”
“Entah. Kenal kut. Dia yang mula hubungi aku tapi in person tak tahu la pulak... so, aku ingat.... erm.... macamana yeh? Hmmm.... Kau boleh tolong aku tak?”
“Tolong? Tolong apa?”
“Erm... yelah, takut juga... kut-kut dia tu bukan taste aku ke...”
“Haha... so, kau nak aku buat apa? Menyamar jadi kau? Nanti macamana kalau minah tu memang taste kau? Then, dia tetiba pulak dia memang syok kat aku, macamana?”
*****
“Ala, Elise. Kita just nak uji dia aja. Please....” aku rayu pada Elise untuk tolong aku.
“Tapi, kalau betul dia ingat kita ni awak, macamana? Awak dah tipu dia tau...”
“Takde, macamni... kita nak uji kejujuran dia saja.”
“Awak nak uji dia macamana?”
“Awak nak uji dia macamana?”
“Ok, katakan... kalau awak jadi kita nanti, then the a guy show up but it’s not him, maksud nya dia tak jujur la. Tapi, kalau the real him show up that’s mean, dia jujur. Then, bila dia introduce himself, awak cakap la, kita pergi toilet.”
“okay, but no offense. Then, don’t you think if he show up himself it’s because i’m pretty? Remember what happen last time?”
‘owh yeah, she’s right. Why didn’t i think of that...’ pernah terjadi sewaktu aku di Melaka, seorang lelaki ingin berkenalan dengan aku dan dia datang ke melaka dari Seremban untuk berjumpa. Aku membawa Elise bersama memandangkan ini adalah kali pertama aku akan berjumpa dengan lelaki tersebut. Dan ternyata, lelaki itu lebih berminat untuk berkenalan dengan Elise berbanding dengan aku. Huhu...
“Betul juga apa yang awak cakap tu. Habis tu, macamana ek? Kalau dia gunakan kawan dia pun, dia tak jujur, kalau dia pergi sendiri pun dia melihat pada kecantikan.”
Elise memandang aku, “Just be yourself, Aina...”
Aku diam. “okay, Elise... i’ve got a plan.”
*****
“Kau ada nampak dia?” tanya Samad pada aku. Meliar juga mata dia mencari kelibat gadis yang bernama Aina ini. Sepanjang perkenalan aku dengan nya, di awal perkenalan dia memberi gelaran namanya, misteri girl. Entahla, aku fikir, mungkin dia seorang yang gila-gila, keanak-anakan juga. Ataupun, sememangnya dia seorang yang misteri. Mungkin juga, jikalau tidak, takkan dia memberanikan diri untuk memulakan perkenalan ini.
“Entah la Samad. Dia kata, dia yang akan cari aku.”
“Eh, dia kenal kau ke?”
“Aku bagitahu dia warna baju aku. Hitam.”
“Hah, aku pun hitam. Padanla aku kau suruh aku pakai baju hitam juga.”
“Hah, aku pun hitam. Padanla aku kau suruh aku pakai baju hitam juga.”
“Ala, Samad. Kalau betul pun dia bukan taste aku, aku tak kisah sangat kut. Bagi aku, dia macam baik. Satu lagi, aku pun, pendek. Aku nak tengok juga, dia terima ke tidak kekurangan aku ni.”
“Azhar, kau ini tak lah pendek sangat. Rendah aja. Bukan fizikal yang perempuan tengok... kalau tak, takkan si Intan tu syok kat kau?”
“Dia nakkan duit aku je kut. Sebelum aku naik pangkat, haram dia nak layan aku, dah naik pangkat, bukan main lagi bersayang-sayang dengan aku,” panas sebentar hati aku mendengar nama Intan. Setelah berkenalan dengan Aina ini lah, aku mendapati Intan bukan untuk diri ku. Tapi, Aina juga mungkin bukan untuk diri ku.
“Lagipun Samad, kalau perempuan tak pandang pada fizikal, bermakna tidak adil la juga bagi kita untuk memandang pada kecantikan, bukan begitu?”
“Lagipun Samad, kalau perempuan tak pandang pada fizikal, bermakna tidak adil la juga bagi kita untuk memandang pada kecantikan, bukan begitu?”
“Hurm.... manusia Azhar... manusia....”
Kami masing-masing diam sebentar. Masih mencari gadis misteri. ‘who could she be?’
*****
“Pergi la... dia ada kat situ tu,” desak Elise. Hati aku dah kecut-kecut nak tarik diri. Takut malu.
“Aduh, Elise. Pergi sekali la dengan kita.”
“Iksh, karang tak jadi pulak plan awak.”
“Plan ape nye... kita mana ada plan...”
“Haih, dah nampak orangnya dah tak ingat plan awak dah? Bukan awak cakap awak yang akan cari dia ke? Tengok reaksi dia bila awak approach dia?”
“Kita nak awak yang approach dia, bukan kita...”
“Takde takde takde... honesty in the most important ingrediant in the relationship. If u’re gonna be with him forever, u must start to be honest now...”
“Wooww... slow down, girl! Who said anything about getting into relationship?”
“Well, don’t you?”
Aku hanya tersenyum. Memang benar dia menjadi jejaka idaman aku sejak 2 tahun dahulu tetapi inginkah dia dengan aku?
Aku menghampiri mereka. Kelihatan mereka berdua berpakaian hitam. ‘mungkin juga dia ingin menguji aku.’
*****
“Hai... Assalamualaikum,” Aina memberi salam terhadap Azhar dan juga Samad. Ternyata mata Aina hanya pada Azhar dan bukannya pada Samad. Sungguhpun Samad lebih tinggi, mungkin juga lebih tampan dari Azhar, namun, mata Aina pada Azhar.
Azhar dan Samad membalas salam... ketiga-tiga mereka terkedu lidah untuk berbicara. Samad pula teragak-agak untuk beredar dari tempat itu. Azhar pula terpukau apabila ditegur oleh seorang gadis yang mungkin juga pernah hadir dalam mimpinya. Siapa dia? Mungkinkah jodohnya? Wallahu Alam...
‘Allahu Akbar, wajahnya tidak ubah seperti gadis mimpiku. Siapakah dia, Ya Rabbi?’ Bisik hati Azhar.
“So, nak tengok cerita apa?” Aina memulakan perbualan memandangkan masing-masing berdiam. Samad pelik melihat gelagat Azhar. Melihatkan pada Aina pula seolah-olah dia pernah berjumpa denganAzhar sebelum ini. ‘Kenalkah kau yang mana satu Azhar? Aku atau Azhar?’ Samad berbisik di hati nya. Namun entah bagaimana, Samad tidak mengaja mengutarakan soalan itu pada gadis yang bernama Aina itu.
Dengan tenang Aina menjawab, “Ya, saya kenal siapa Azhar dan yang pastinya bukan awak.” Aina senyum memandang pada Samad dan kemudian berpaling pada Azhar.
“Hai,” tegur Aina pada Azhar.
“Hai,” perlahan Azhar menjawab. Samad dengan perlahan meninggalkan mereka berdua.
“Macamana awak kenal saya?” tanya Azhar.
“Somewhere...” jawab Aina sambil diiringi dengan sekuntum senyuman. “We’ve met before, remember?”
‘In my dream, yes. I’ve met u, but who are you?’ Hati Azhar berbisik sendirian lagi. “Siapa awak?”
Aina sekadar tergelak. “Jom, kita tengok wayang.”
Sebelum melangkah masuk ke dalam wayang, Aina berbisik pada Azhar, “Nama penuh saya Raja Nur Aina, anak kepada Raja Fauzaimah... ataupun awak panggil dia kak Yang, is that ring a bell?”
‘Ya Allah..! Anak kak Yang rupanya.”
“Aina? Ya Allah... Aina rupanya.”
“You asked me to sms u after i graduate, remember? Hehe...”
*****
Azhar sekadar mengangguk dan tersenyum pada Aina. Itulah ikatan cinta yang direstui keluarga. Aku sendiri tidak menyangka Aina berani untuk mengenali Azhar sebelum mereka diijabkabulkan. Ternyata, pilihan keluarga tidak semuanya teruk, tidak semuanya negatif.
Bagi Aina dan Azhar, restu keluarga amatlah bermakna dalam menjalinkan sesebuah perkahwinan. Azhar sama sekali tidak meyangka Aina akan bersetuju untuk bersama dengannya. Pertemuan kali pertama dan terakhir 2 tahun yang lalu rupa-rupanya membuahkan hasil juga. Penantian dia terhadap pilihan ibunya has come to an end. Fikirnya, Aina tidak setuju dengan arrange marriage antara dua pihak kerana tidak mendengar khabar berita darinya setelah dia tamat ijazah. Tapi hakikatnya, Aina mendiamkan diri untuk mempersiapkan dirinya sebelum betul-betul bersedia menjadi seorang isteri.
~Allah Maha Berkuasa, kalau dah jodoh, takkan ke mana~