rss

Hari pertama masuk sekolah baru…
Sekolah Menengah Tun Said, memang kelihatan elit dari luar. Reka bentuk yang unik dan berbeza daripada kebanyakan sekolah lain dalam negara memang menyerlahkan prestij. Shin melangkah penuh yakin. Hari pertama menjejakkan kaki di sekolah ini, amat perlu baginya mempamerkan tanggapan yang baik kepada semua orang.
“Hari ni kita akan berkenalan dengan seorang pelajar baru. Dia akan menjadi sebahagian daripada keluarga besar kita,” ucapan guru wanita itu disambut dengan tepukan oleh para pelajar kelas tingkatan 6 Rendah 1. Shin masuk ke kelas setelah dipanggil oleh Cikgu Hasnita, guru yang bertanggungjawab mengendalikan kelas tersebut.
“Apa khabar? Saya Shin. Pernah menuntut di sekolah ni dulu, tapi terpaksa berpindah atas masalah keluarga. Dan setelah menamatkan peperiksaan SPM, saya kembali semula ke sini. Sebab tak dapat sambung pengajian dalam bidang yang saya minat,” lancar dia memperkenalkan diri.
Setelah berkenalan dengan rakan sekelas yang rata-ratanya peramah, Shin mencari tempat duduk yang sesuai untuknya. Tiada peluang untuk memilih kerana hanya satu tempat sahaja yang kosong di kelas tersebut. Bersebelahan seorang remaja lelaki yang kelihatan sombong semacam.
“Kau pernah sekolah sini dulu? Aku baru pindah. Aku tak rasa suasana sekolah ni ngam dengan aku,” penuh sinis dan bongkak nadanya. Sekilas Shin memandang wajah pelajar yang bersuara itu.
“Ye. Tapi memang terlalu besar perbezaan kita. Sebab aku bangga untuk cakap yang aku rasa sempurna bila berpeluang belajar kat sini semula,” Shin sengaja menekan kata-katanya. Barulah bertemu buku dengan ruas. Hendak berlagak pun tengok tempatlah. Setakat dalam sekolah, buang masa je.
“Baguslah kalau kau rasa macam tu. Aku cuma bencikan tradisi sekolah ni yang seakan menghina orang yang tarafnya tak sama macam pelajar lain,” ujarnya lagi. Cukup sinikal namun tenang. Shin ketap bibir. Jelas ayat yang satu ini membuatkan dia berfikir-fikir.
“Tradisi apa pulak yang sekolah ni ada?” Dia ingin meminta kepastian.
“Terlalu banyak. Melampau dan tak masuk akal. Apa yang dapat aku simpulkan, ianya tak lebih daripada amalan orang yang tak bertamadun,” selamba sahaja wajah pelajar tersebut. Hati Shin dibelenggu rasa ingin tahu. Belum sempat dia mengutarakan pertanyaan, pelajar tersebut menggalas beg dan berlalu dari kelas.
“Hei! Ini tengah rehat kan? Bukan waktu balik?” Bodoh-bodoh Shin menyoal. Sedang pelajar tersebut senyum sinis.
“Lama-lama nanti kau akan biasa,” balas jejaka itu sepatah sebelum meninggalkan kelas yang mula lengang. Para pelajar masing-masing menuju ke kafe untuk menikmati makan tengahari.
Persekitaran di Taman Botani kelihatan sungguh sesak. Suasana kelihatan tegang dengan beberapa orang pelajar yang ke hulu ke hilir. Seperti ada yang tak kena. Shin menyelit di celah-celah pelajar yang berkerumun bagai sedang menyaksikan sebuah pertunjukan secara langsung.
“Kau nak buat lagi ke tak? Kenapa tak reti bahasa nak sibuk sangat? Kau jangan mimpilah nak berebut jawatan tu dengan aku!” Kasar sungguh nada perempuan itu. Tangannya diangkat. Sedikit sahaja lagi jemarinya hampir menyentuh pipi gadis yang sedang tertunduk ketakutan. Shin tidak dapat menahan sabar. Tanpa mempedulikan pelajar lain yang sibuk bersorak, dia mara ke hadapan. Tangan pelajar perempuan itu dicengkam.
“Argh! Kau siapa nak masuk campur urusan aku?” Bentak gadis itu. Merah padam
wajahnya menahan malu.
“Siapa aku, bukan masalah kau. Sebab aku bukan nak campur urusan kau. Aku cuma nak bela orang yang ditindas,” gadis yang menunduk tadi menarik nafas lega. Mujurlah dia punya penyelamat hari ini. Jika tidak? Entah apalah nasibnya.
“Aku tak pernah jumpa lelaki jahanam macam kau ni!” Berdesing telinga Shin mendengar keterlanjuran kata-kata pelajar perempuan itu.
“Dan aku, tak pernah jumpa perempuan biadap macam kau. Aku takkan berkira dengan kau kali ni. Lain kali, kalau ada apa-apa berlaku pada dia, aku cari kau sampai lubang cacing. By the way, kalau nak tunjuk samseng buat apa kat sekolah? Buang masa je beb,” Shin bukanlah bersungguh terhadap kata-katanya.
Ayat tersebut sekadar peringatan berbaur amaran daripadanya. Kelakuan pelajar tadi benar-benar mencemarkan nama sekolah mereka. Entah sejak bila pula tradisi karut sebegini diperkenalkan. Siapa pula pengasas yang terlampau ‘bijak’ itu?
“Awak, terima kasih sebab tolong saya. Saya dah libatkan awak dalam masalah nampaknya,” bicara lembut gadis bertocang lipan itu membuatkan langkah Shin terhenti. Siapa pula yang berterima kasih itu?
“Awak siapa ya?” Dia bertanya kembali. Keliru bila terlalu ramai yang datang menemuinya kebelakangan ini.
“Saya Fya, orang yang nyaris kena tampar hari tu,” beritahu gadis itu. Shin cuba memutarkan kembali ingatannya. Barulah dia teringat peristiwa yang berlaku pada hari pertama dia masuk ke sekolah tersebut.
“Takpe. Saya dah lupa pun. Saya tak suka ambik tahu fasal hal orang sebenarnya. Cuma saya rasa penindasan tak perlu berlaku dalam sekolah ni. Dan jangan panggil saya awak sebab nama saya Shin,” balasnya sebelum berlalu meninggalkan gadis itu terkebil-kebil.
Hampir berjaya menyesuaikan diri…Cuma teman belajarnya mengelirukan.
Jarang benar Shin dan rakan di sebelahnya bertegur sapa. Pada kebanyakan masa, mereka lebih senang buat tak tahu antara satu sama lain.
“Shin! Aku dengar belum sampai sebulan kau masuk sini keadaan dah kecoh. Betul ke?” Hish! Shin mendengus. Mamat ni tak lain tak bukan, kalau tegur aku mesti nak cari gaduh. Ini boleh mendatangkan kemarahan!
“Kecoh? Apa pulak yang kecohnya? Dari mana kau dengar cerita yang tak patut ni?” Melengking nadanya. Siapa tak bengang bila namanya dikaitkan sebagai punca kekecohan.
“Ek eleh, kura-kura dalam perahu pulak. Aku tahu lah, ramai ‘kaki’ kat sekolah ni,” sambung jejaka tak bernama itu penuh yakin. Sengaja dia menayangkan wajah bajek bagus di depan Shin.
“Anonymous, aku malas nak ambik tahu apa yang kau cakap ni! Aku tak faham. Lagipun aku cuma nak kurangkan penindasan. By the way, selamat berkenalan dari aku,” Shin menghulurkan tangan. Jejaka itu menyambut huluran salamnya dengan wajah bengang.
“Aku bukan anonymous. I’m Mil. Panggil aku Mil,” balasnya sambil tersenyum sumbing. Shin ikut senyum walaupun dalam hatinya dia sendiri tidak pasti. Ikhlas ataupun tidak tindakannya.
Di sebuah jabatan yang tidak diketahui:
“Bagaimana dengan ejen 88? Segalanya berjalan lancar ke?” Tuan Aflin menyoal anak-anak buahnya. Zahem mengangguk.
“Ejen 56 dah mula berkomunikasi dengan ejen 88. Tapi dia belum mendedahkan pengenalan kepada ejen 88 lagi, tuan,” terang Zahem. Ketuanya mengangguk-angguk. “Tolong hubungkan saya dengan ejen 88 sekarang,” tegas arahannya. Zahem terus mendail nombor rahsia rakan setugasnya.
“Semuanya okey tuan. Saya dah menjejaki anak perempuan suspek. Tak lama lagi, kita akan mulakan plan seterusnya. Dan saya harap misi kita akan cepat berakhir,” serius dia menjawab.
Ejen 88 benar-benar yakin dengan jalan yang telah dipilihnya. Dia menanam impian, agar keadilan yang sekian lama terkubur akan kembali terbela. Biar nyawanya melayang sekalipun, dia sanggup asalkan dapat membuktikan kebenaran.
“Baiklah. Jika kamu begitu yakin. Saya ingin beritahu sesuatu. Jangan terkejut,” Ejen 88 mendengar penerangan ketuanya penuh teliti. Sesekali berkerut dahinya.
“Tapi kenapa? Ahli pasukan kita tak yakin dengan kemampuan saya ke tuan?” soalnya berang. Sepatutnya segala tindakan perlu dibincang bersama terlebih dahulu.
“Tidak, 88. Kamu jangan salah faham. Ejen 56 juga ada kisahnya yang tersendiri,” demikian kata pemutus daripada ketuanya. Ejen 88 mengetap bibir. Seakan-akan tidak percaya.
“Tunggu! Aku tahu siapa kau!” Langkah Mil terhenti bila terdengar laungan suara yang agak dikenalinya.
“Kau 56 kan? Boleh aku tahu kenapa kau turut terlibat dalam misi jabatan aku?” Shin memandang tepat wajah Mil yang hanya tersenyum tenang.
“Rilekslah. Jom kita cari port dulu. Senang sikit nak borak panjang,” bersahaja Mil menentang pandangan Shin yang kelihatan jelas tidak menyenanginya.
“Aku tak ada masa untuk rileks. Kau tahu tak, dalam masa hampir sepuluh tahun aku mencari peluang yang sesuai untuk membela nasib arwah kakak aku. Sebab tu, walaupun aku dapat peluang untuk kerja dalam bidang lain, aku lepaskan. Aku masuk jabatan kemanusiaan, dan cari semula susur galur kes arwah kakak aku. Kes ni dah ditutup, aku merayu agar kes ni dipertimbangkan semula. Bersusah payah aku tebalkan muka dengan harapan dapat tegakkan keadilan. Aku tak tenang selagi pembunuh dan perogolnya bersenang lenang tanpa menghadapi hukuman. Dan itulah sebabnya aku ada di sekolah lama aku ni,” tanpa sedar setitis air mata menyentuh pipinya. Mil menepuk bahu Shin. Berusaha menenangkan rakan setugasnya.
“Kalau kau ada kisah sedih, aku pun tak kurang tragiknya. Kawan baik yang paling aku sayang ditembak depan mata aku. Aku tak mampu nak buat apa-apa sebab kitorang tengah main bola keranjang. Aku hanya dapat tengok, bola terlepas dari tangannya, dia rebah dan meninggal atas pangkuan aku. Dan aku pasti, itu semua kerja orang-orang Dark Germ sebab dia pernah mengugut kawan aku. Aku hanya remaja yang tak tahu apa-apa masa tu. Dan sekarang aku kira adalah waktu yang paling sesuai untuk bertindak,”
Shin menghulurkan jabat tangan sekali lagi kepada Mil. Kali ini benar-benar terpancar keikhlasan dalam senyuman mereka. Kemaraan dan semangat dua anak muda ini telah berpadu untuk menentang kejahatan!
Misi seterusnya…mendekati anak kesayangan suspek...
“Hai cantik, you looked gorgeous. May I join this club?” Kedengaran cukup romantis suara Shin. Mil memerhatikan dari jauh tindak tanduk sahabatnya. Dia berperanan sebagai pemerhati. Bimbang kalau-kalau pengenalan mereka terbongkar secara tiba-tiba. Nadia mencebik. Sakit hatinya akibat peristiwa tempoh hari pun belum habis lagi.
“Can you clean up my shoes?” Cukup lembut suara gadis itu. Namun nyata gayanya sungguh sinis dan biadap.
“Of course baby. Untuk you, apa saja I sanggup buat. Sebab I tahu I salah,” Maafkan saya kerana terpaksa mengorbankan perasaan awak, Fya.
Shin hanya mampu menuturkan ungkapan maaf dalam hati. Dia terpaksa melukakan hati Fya. Malah mungkin untuk selamanya perlu membiarkan gadis itu membencinya.
Fya menahan air mata dari terus menitis membasahi pipi. Hatinya sungguh sakit. Bagaikan ditusuk sembilu, bagai dihiris-hiris.
Andai Shin mendekati dia hanya sekadar untuk menyakiti, mengapa perlu dipertahankan dirinya dari ditampar oleh Nadia? Dan kini jejaka itu menggores luka yang amat dalam pada hatinya. Mil menyedari kelibat Fya yang semakin menjauh dari kumpulan itu. Dia tahu, tentu Shin juga kecewa tetapi mereka terpaksa demi tugas. Cinta adalah subjek penting yang patut dihindari supaya tidak menggagalkan misi mereka.
“Baguslah. Ada orang dah insaf nampaknya,” sambil tergelak-gelak Nadia menghulurkan kedua-dua belah kakinya.
Tersarung kasut tumit tinggi dengan rekaan khas yang sungguh cantik. Majlis tari menari pada malam ini menjadi detik kemenangan yang paling besar bagi dirinya. Tak sangka, lelaki yang tak pandai ambil tahu pasal orang lain mula menghiraukan dirinya. Malah memohon maaf pula. Sambil menyumpah-nyumpah dalam hatinya, Shin menggunakan lengan tuksedonya untuk mengelap kasut Nadia.
‘Terpaksalah aku cemarkan ‘kesucian’ tuksedo ni untuk menyempurnakan tuntutan tugas,’ Getus hati kecilnya.
Setahun berlalu…
Percintaan mereka berdua menjadi kejutan buat semua warga Sekolah Menengah Tun Said. Nadia yang gemar bertukar-tukar teman lelaki boleh setia pada Shin. Sungguh menghairankan! Mungkin juga ketampanan dan kesegakan jejaka itu menambat Nadia dari berpaling dan mencintai lelaki lain. STPM yang semakin hampir tidak merenggangkan hubungan kedua-duanya. Nadia sungguh bahagia dengan kehadiran Shin di dalam hidupnya. Sehinggakan dia merasa bahawa jejaka ini yang akan sehidup semati bersamanya. Hari ini merupakan cuti hujung minggu, waktu terbaik untuk memperkenalkan Shin kepada papanya.
“Pa, hari ni Nadia jemput tetamu istimewa untuk jumpa papa. Nadia nak kenalkan Shin. Dia baik sangat pa,” Johan selamba melihat bibit bahagia yang mengiringi perlakuan anak gadisnya.
Berseri-seri. Senyuman manis memekar di wajah Nadia. Saban waktu, setiap hari tak lekang nama Shin daripada meniti di bibirnya.
“Really? Are you sure? Nadia tak rasa rugi terpaksa lepaskan pilihan lain?” Johan masih menguji setara manakah kesetiaan anak gadisnya.
Adakah gadis itu sekadar berpuas hati bila memiliki jejaka bernama Shin itu ataupun tulus mencintai dan memuja jejaka itu sepenuh hati? Tak elok terlalu setia, nak. Nanti merana…
“Of course pa. Nadia yakin sangat. Tak pernah ada orang hargai Nadia macam ni. Bayangkan pa. Setiap minggu dia akan bagi bunga pada Nadia. How sweet,” bersungguh-sungguh gadis itu bercerita mengenai perihal kekasih hatinya. Johan sebenarnya kurang senang bila anaknya bercinta dengan jejaka yang masih belum diketahui asal usul itu.
“Okey. Kalau macam tu bawak dia ke sini. We’ll know how much he love you,” besar maknanya bicara itu. Nadia memeluk papa kesayangannya.
“Oh my goodness! Thanks pa. You are the greatest father in the world! I love you,” manja benar anak gadisnya berteriak. Johan tersenyum dan mendakap mesra anak gadisnya. Namun dalam hati, hanya dia yang tahu.
“Kau jangan gugup bila berdepan dengan bapak dia. Geram macam mana pun, rasa nak bunuh-bunuh ke, abaikan dulu. Jangn biarkan emosi menguasai. Belum masanya untuk kau bertindak. Yang penting kau raih kepercayaan dia,” suntikan kata-kata semangat Mil menaikkan semangat Shin.
Sememangnya dia terlalu ‘teruja’ untuk menemui insan yang telah merenggut kehormatan kakaknya dengan cara yang paling hina dan keji. Semoga dia mampu bersabar dan dapat melakukan segala yang dirancang bersama anggota pasukan yang lain.
“Aku akan kuatkan semangat. Kau pun jangan lupa berhati-hati. Kita saling memerlukan, ingat tu,” kata-kata Shin meresap ke dalam sanubari Mil. Semangat juang sahabatnya membuatkan dia benar-benar kagum.
“Kan I dah kata, papa I sporting,” manja suara itu bermain di gegendang telinganya. Memang dia ‘sporting’. Terlalu sporting sehingga menjadikan gadis remaja sebagai pemuas nafsunya. Aku akan pastikan kau mendapat balasan, Johan! Bergema kata-kata itu dalam hatinya.
“Sayang! Betul tak apa yang I cakap ni?” Bentak Nadia bila menyedari Shin sedang berkhayal.
“Betul. Papa you memang baik,” hampir termuntah tatkala dia mengucapkan ayat tersebut.
‘Alangkah hipokritnya aku,’ bisik hati kecil Shin.
“STPM dah tak lama kan? Bosan sungguh kena menghadap buku macam ni. Pura-pura betul,” rungut Mil.
Sedang rakan-rakan lain sibuk berbincang mengenai latihan yang baru diberi oleh guru mereka. Kini Shin mula faham akan kata-kata sahabatnya sewaktu hari pertama mereka bertegur sapa. Tak boleh ngam, sebab kena belajar semula. Dan patutlah sesuka hati ‘ponteng’ kelas, rupanya undercover seperti dirinya juga.
“Alah, nama pun pelajar. Kau janganlah baca beria sangat. Conteng-conteng dahlah,” perlahan Shin memberi cadangan. Mil tergelak besar mendengar celoteh Shin.
“Aku rasa nak pontenglah hari ni. Kau nak join?” Dengan selamba, mereka mengambil beg yang masih tersangkut pada kerusi.
“Nak gi mana ni?” Ketua kelas 6 A 1 mula menyoal.
“Library,” pendek jawapan Mil. Shin terpaku seketika bila terpandang kelibat Fya. Gadis kecil molek itu tak pernah gagal mencuri tumpuannya. Sesederhana manapun penampilan Fya, dia tetap yang teratas dalam hati Shin.
“Hoi, berangan! Cepatlah. Kita nak studi ni!” Sengaja Mil menguatkan suaranya. Shin berdehem-dehem. Bagai baru kembali berpijak di bumi nyata.
Lima bulan selepas itu....kemuncak misi semakin hampir!
Tuan Aflin menelefon Ejen 88 untuk memeriksa tahap keselamatan serta memantau perkembangan anak buahnya itu. Meski telah diberikan laporan lengkap mengenai rutin serta jadual pergerakan dua orang ejen bawahannya, Tuan Aflin mahu memastikan sendiri keselamatan anak buahnya memandangkan mereka merupakan ejen terbaik yang pernah bertugas bersama pasukannya.
“Bagaimana dengan suspek?” Razeeq yang menggunakan nama samaran Shin itu tersenyum sinis mendengar pertanyaan ketuanya itu.
“Setakat ni keadaan dia baik-baik je. Tuan tak perlu risau. Dia benar-benar percayakan saya. Malah dia dah tunjukkan tempat rahsia pengumpulan bahan api mereka. Dia yakin yang saya takkan tinggalkan anak perempuan dia. Saya tak sabar nak menghabiskan misi ni,” Razeeq menyakinkan ketuanya itu.
Dia tahu, Tuan Aflin mempercayai kemampuannya dalam menerajui misi mereka pada kali ini. Cuma ketuanya tetap bimbang akan kebajikan dirinya dan Thaqif yang digelar Mil itu sebagai anggota bawahan.
“Saya cuma ingin nasihatkan kamu berdua supaya lebih berhati-hati. Jangan sampai orang-orang suspek dapat mengesan identiti kamu. Sampai sini dulu, nanti jika ada apa-apa perkembangan, saya akan hubungi kamu,” Razeeq mematikan talian. Thaqif yang sedang menukar-nukar siaran televisyen tanpa perasaan membuang pandang ke arah Razeeq yang kembali mengelamun.
Dalam fikirannya, hanya bayangan wajah manis Fya memenuhi hamparan kalbu. Perilaku gadis itu yang lemah lembut. Dia terlalu sayangkan gadis semurni Fya. Malah kerugian besar baginya jika melepaskan Fya namun apakan daya, tuntutan tugas harus diutamakan. Soal hati perlu ditolak tepi.
“Apa hal tadi? Tuan ada sampaikan perkembangan penting ke?” Soal Thaqif lantas menutup televisyen. Razeeq menggeleng perlahan.
“Tuan Aflin suruh kita berhati-hati. Dia nak pastikan keselamatan kita. Kalau boleh, dia nak segalanya berada dalam keadaan yang terjamin. Esok aku kena jumpa Johan lagi. Dia nak kenalkan pada anak-anak buahnya,” bicara Razeeq lantas menimbulkan rasa kurang enak di hati Thaqif. Baginya, pertemuan seperti ini lebih kepada suatu percaturan yang telah direncanakan.
“Aku rasa dia tengah pasang perangkap,” perlahan suara Thaqif namun masih berupaya didengar dengan jelas oleh Razeeq.
“Apa maksud kau dengan perangkap? Sebelum ni memang takde ahli Dark Germ yang kenal salah seorang daripada kita,” serius Razeeq dengan jawapannya.
“Bukan soal diorang kenal atau tak. Aku tak rasa orang macam Johan nak percayakan kita macam tu je. Dia boleh upah orang untuk selidik latar belakang kau. Semua tu tak mustahil Razeeq. Nama samaran kita cumalah sebagai alat untuk mengaburi mata mereka. Kumpulan sindiket senjata api macam tu pentingkan keselamatan diorang. Lagipun misi kita ni dah lama berjalan. Kita kena bersedia untuk hadapi apa-apa kemungkinan. Aku ikut engkau esok. Maklumkan segera pada Tuan Aflin. Dia perlu tahu tentang perjumpaan ni! Lagipun tugas kita bukan setakat nak pastikan Johan terima hukuman atas perbuatan lampau dia semata-mata. Tapi motif utama jabatan kita adalah menumpaskan sindiketnya yang dah membuka jalan mudah selain memberi keuntungan pada pihak yang tak bertanggungjawab. Mereka tu penyumbang kegiatan jenayah,” Tegas nada Thaqif. Sebenarnya permintaan tersebut lebih kepada arahan. Dia tidak mahu sesuatu yang tidak diingini terjadi kepada Razeeq.
“Betul bos. Memang dia orangnya,” bisikan pasti daripada salah seorang pemberi maklumat kumpulan Dark Germ menaikkan darah Johan. Siapa sangka, ahli sindiket yang cukup bijak berurusniaga sepertinya terperangkap di tangan teman lelaki anak kesayangan sendiri? Berani ejen tersebut mempergunakan Nadia untuk menjejaki dirinya! Bedebah!
“Dia memang nak cari fasal dengan aku. Esok, kumpulkan ahli kita. Tapi jangan berhimpun satu tempat. Aku tak nak dia syak apa-apa. Jalankan tugas seperti biasa. Aku nak serang hendap ahli pasukannya yang lain,” pemberi maklumatnya mengangguk-angguk. Sebentar lagi dia akan menyampaikan berita tergempar itu kepada ahli kumpulan Dark Germ secara rasminya.
“Nadia! Papa nak Nadia kemas barang untuk esok. Jangan jumpa Shin lagi. Pergi sejauh mungkin yang Nadia boleh. Shin sedang cuba bahayakan kita,” provok Johan. Sebagai usaha untuk melumatkan cinta anak gadisnya kepada jejaka tak guna itu. Jika boleh dia ingin menyuburkan kesumat di hati Nadia.
“Apa? Papa! Nadia tak percaya! Mana papa dengar semua ni?” Meninggi nada gadis itu. Johan ketap bibir.
“Papa dapat tahu dari sumber yang boleh dipercayai. Shin penjenayah. Esok dia nak hantar orang untuk bunuh papa. Sekarang tolong dengar cakap papa, Nadia. Putuskan hubungan dengan Shin,” kata-kata papanya membuatkan Nadia terduduk di situ juga.
Berlinangan air mata membasahi pipi. Benarkah kata-kata papa? Apakah motif jejaka itu untuk membunuh papa kesayangannya? Tetapi Shin kelihatan seperti seorang jejaka budiman. Takkanlah tergamak jejaka itu membunuh? Nadia tak percaya. Dia ingin menyaksikan kebenaran kata-kata papanya dengan mata kepala sendiri esok.
Hari penentuan hidup mati ejen 88….
Bermula saat semasa hendak melelapkan mata semalam, Razeeq tak habis berfikir. Segalanya mengenai Fya, kehidupannya, serta rancangan yang telah dirancangkan secara mengejut oleh seluruh ahli pasukan yang terlibat dalam misi kali ini. Demi memikirkan betapa pentingnya gadis bernama Fya itu dalam hidupnya, Razeeq nekad untuk menonjolkan identiti sebenarnya di hadapan gadis itu. Dia ingin menemui Fya sebelum gadis itu berangkat untuk mendaftar masuk ke pusat pengajian tinggi untuk menyambung pengajian setelah tamat menduduki peperiksaan STPM.
Fya terkejut besar bila melihat kedatangan Shin di hadapan pagar rumahnya bersama sejambak bunga ros merah. Penampilan jejaka itu berubah sekelip mata. Bukan lagi kelihatan kasual sebagaimana sewaktu mereka bersiar-siar, menghabiskan waktu mengenali antara satu sama lain. Kini Shin tampak segak dengan sut hitam. Seperti sedang menjalankan tugas rasmi.
“Apa khabar Fya?” terketar-ketar jemari gadis itu membuka mangga pintu pagar. Nalurinya tak mampu menafikan betapa dia rindu untuk menatap wajah bersih Shin.
“Baik. Ada apa awak nak jumpa saya pagi-pagi ni? Penting sangat ke?” soalnya dingin. Razeeq langsung tak ambil hati. Dia yang terlebih dulu menyakitkan hati gadis ini.
“Memang penting, Fya. Sangat penting. Awak jangan risau, saya cuma nak curi sikit je masa awak,” sempat lagi dia berseloroh bagi menutup debar di dada.
“Cepatlah cakap. Saya takde banyak masa lah. Abah saya tengah tunggu tu,” wajah itu langsung dipalingkan. Bagai terlalu benci untuk menatap jejaka yang berdiri di hadapannya itu.
“Awak mesti sakit hati kan? Sebab cinta saya beralih arah pada Nadia,” Fya merengus.
“Hello? Saya sakit hati? Apa motifnya?” Melengking suara lembut Fya. Razeeq senyum tenang.
“Jangan tipulah, Fya. Saya tahu dari pandangan mata awak. Saya buat semua tu sebab terpaksa, Fya. Sebab tugas saya sebagai seorang ejen khas menuntut pengorbanan yang lebih besar. Minta maaf sebab terpaksa rahsiakan terlalu banyak perkara dari awak. Saya Razeeq, bukan Shin. Shin tu hanyalah identiti palsu. Dan awak mesti tahu ni. Saya cintakan awak. Saya betul-betul maksudkannya. Hanya awak seorang. Takde Nadia, dan takde siapa-siapa lagi. Saya akan jadikan awak sebagai isteri kalau misi ni berjaya. Tapi, kalau saya tewas awak kena berjanji untuk teruskan hidup. Ambillah bunga ni,” Razeeq menghulurkan bunga tersebut.
Bersama titisan air mata, Fya menyambut sejambak bunga itu lalu didakap erat dalam pelukannya.
“Saya sayang awak, Razeeq,” Ucapan tulus itu sudah cukup untuk meniupkan kekuatan ke dalam dirinya untuk berjuang bermati-matian.
“Selamat datang, Shin. Uncle minta maaf sebab tak dapat benarkan Nadia jumpa kamu. Dia kurang sihat. Ada di hospital,” Nadia yang mecuri dengar perbualan papanya dengan teman lelakinya itu mengetap bibir.
Siapa yang sedang berbohong sekarang ini? Semalam papa menyatakan yang Shin adalah penjenayah namun kini, berdalih pula mengenai kesihatan dirinya. Nadia betul-betul bingung. Dia mengintai menerusi lubang yang terdapat pada dinding gudang. Dia bersembunyi sendiri di bahagian belakang tempat usang itu. Tiada sesiapa pun menyedari kehadirannya.
“Tak mengapa, uncle. Saya boleh melawat dia lain kali,” Zahem, Tuan Aflin dan Thaqif mendengar butir perbualan ejen mereka melalui cip mikrofon yang dipasang pada leher kemeja Razeeq.
Mereka menggunakan taktik ini untuk memastikan keselamatan Razeeq serta memutuskan waktu yang sesuai untuk bertindak sekiranya sebarang ancaman ditujukan kepada ejen 88.
Jejaka itu berdehem sebagai isyarat menyuruh anggota pasukannya bersedia. Masing-masing mengeluarkan pistol. Razeeq melangkah setapak ke belakang. Dia perlu melakukan taktik ini untuk membangkitkan kemaraan pihak Dark Germ. Mengikut perkiraannya, jika dia membelakangi lelaki tersebut sudah tentu Johan akan mengeluarkan senjata. Dan anggota pasukannya yang lain juga pasti telah bersiap sedia setelah menerima isyarat tadi.
“Pengintip macam kau takkan terlepas, Razeeq!” Laung Johan sambil melepaskan tembakan di udara. Razeeq memejamkan mata. Dia benar-benar menjangkakan situasi seperti ini akan berlaku. Nadia terkesima! Razeeq? Bukankah jejaka itu bernama Shin? Adakah nama itu sekadar teknik penyamaran seorang pengintip? Kenapa Razeeq mesti mengintip papanya? Bukankah ahli perniagaan sepeti papanya menjalankan perniagaan yang sah di sisi undang-undang?
“Kenapa kau nak melenting Johan? Aku takkan intip kau kalau kau tak hina maruah arwah kakak aku. Kau bukan saja tak menghormati arwah, tapi kau bunuh dia. Kau tak terfikir betapa hebat kesan tragedi tersebut kepada keluarga aku. Mak aku meninggal sebab tak dapat terima hakikat. Ayah aku merasakan dirinya tak berguna sebab tak dapat lindungi anak perempuannya. Tapi dendam bukan tujuan utama aku berdiri di sini. Tapi atas dasar keadilan. Aku nak tumpaskan sindiket kau yang sekian lama bermaharajalela tanpa mengenal mangsa. Aku nak kau bayar hutang kau Johan!” Razeeq mula menengking.
Ya Allah! Nadia bertambah kaget. Bertimpa-timpa kejutan yang harus diterimanya. Sungguh dia malu bergelar anak kepada lelaki yang keji dan tak berhati perut itu. Lelaki yang kelihatan tabah dan tenang seperti Razeeq rupanya menimpan derita yang tak terjangkau dek akalnya. Namun dalam masa yang sama, dia tak tergamak untuk melarikan diri daripada kenyataan bahawa ayah kesayangannya adalah seorang penjenayah. Longlai lututnya mengenangkan berapa banyak nyawa yang telah urus niaga ‘halal’ ayahnya itu korbankan. Pandangannya serta merta gelap. Terlalu dahsyat tamparan yang diterima.
Razeeq gagal mempertahankan tembok kesabarannya. Dia mengeluarkan pistol. Baru sahaja dia memetik picu, ahli kumpulan Dark Germ memenuhi kawasan gudang tersebut lalu menghalakan pistol ke arah Razeeq. Menyedari situasi anak buahnya berada dalam keadaan genting, Tuan Aflin memberi isyarat supaya anggota pasukan mereka masuk ke dalam gudang. Razeeq melepaskan satu das tembakan kepada salah seorang ahli penting Dark Germ untuk mengaburi mereka.
Dia menyelinap di sebalik kotak-kotak yang padat dengan senjata api untuk membantu ejen-ejen lain menumpaskan ahli kumpulan sindiket Dark Gem. Dalam persembunyiannya, Razeeq tetap memerhatikan tindak tanduk Johan. Thaqif yang baru menapak ke dalam gudang menghalakan pistol ke arah orang kanan Johan.
Menyedari tindakan pemuda itu, Johan menghalakan muncung pistol ke arah Thaqif yang sedang mensasarkan peluru kepada pembantu kepercayaannya. Razeeq telah berikrar sedari awal. Takkan dibiarkan rakan-rakannya terkorban disebabkan misi ini. Mereka tak boleh mati di tangan lelaki sekeji Johan! Razeeq meluru ke arah Thaqif dan menolak tubuh sahabatnya. Serentak dengan tindakannya, kedengaran bunyi das tembakan dilepaskan. Johan terkesima! Dia tersilap menembak sasaran!
“Razeeq!” jeritan Thaqif bergema. Dia tergamam seketika.
Sahabatnya itu rebah tanpa dia sempat berbuat apa-apa. Peristiwa sembilan tahun lalu berulang kembali! Tuan Alfin melepaskan picu pada saat semua ejennya tergamam. Zahem terpinga-pinga bila melihat Johan mengerang kesakitan. Tembakan Tuan Alfin tepat mengenai perut lelaki durjana itu.
“Razeeq, kau akan selamat! Razeeq!” Thaqif menggoyangkan tubuh Razeeq. Dalam menahan kesakitan, jejaka itu tetap berusaha mengukir senyum. Tangannya terketar-ketar mencapai jemari Thaqif. Menyedari hasrat sehabatnya, Thaqif mengenggam erat tangan Razeeq lalu mengangkat tangan mereka persis juara. Ya! Memang Razeeq dah menang besar!
“Aku bangga Qif…” terlalu perlahan kedengaran suara Razeeq. Tubuh lampai ejen 88 itu semakin longlai. Darah pekat galak membasahi bahagian dada kiri Razeeq. Desah nafasnya jelas kedengaran.
“Maafkan aku,” tersangkut-sangkut bicara itu kedengaran. Thaqif hanya mampu mengangguk. Dia terlalu sedih! Tuan Alfin menelefon ambulans. Dia sebak melihat keadaan Razeeq. Ejen yang paling disayanginya berada dalam keadaan kritikal.
“Kau akan selamat Razeeq,” berulang kali dia menyuarakan kata-kata perangsang yang sama. Sahabatnya semakin tenat. Sepasang mata Razeeq kian kuyu.
“Razeeq!” Panggil Tuan Alfin pula. Namun tiada sebarang tindak balas. Zahem terduduk di situ. Adakah hari ini mereka akan kehilangan ejen 88 yang begitu berdedikasi dan komited terhadap setiap tugas yang diberikan?
Helaan nafas yang kian lemah membuatkan dada Qif berombak kencang. Qif takut! Dia tak sanggup menghadapi kenyataan yang sama buat kali kedua! Kenapa lambat sangat bantuan tiba?
Tak semena-mena, Razeeq terbatuk-batuk hingga darah membuak keluar dari mulutnya. Thaqif memangku kepala sahabatnya. Razeeq terbatuk lagi. Darah semakin banyak membasahi bahagian mulutnya. Dia langsung tak mampu bersuara. Hanya sepasang mata yang belum terpejam menandakan pemuda itu masih bernyawa. Kemeja putih Qif bertukar warna. Darah pekat Razeeq membasahi sebahagian pakaiannya.
“Kau kena bertahan Razeeq! Kau harus kuat! Kau kena ingat janji kita! Janji kau pada Fya!” Tangannya menekup luka tembakan yang mengenai bahagian jantung Razeeq. Kian laju cecair likat yang hangat itu mengalir dari liang luka.
“Mengucap Razeeq….mengucap,” serak-serak suara Thaqif membisikkan kalimah syahadah ke telinga Razeeq. Lantas detik perkenalan antara mereka menggambit memori lucu dalam ingatan. Dia tergelak bila mengenangkan perkara itu. Namun diiringi lebatnya air mata. Hembusan nafas Thaqif seakan terhenti bila menyedari tubuh Razeeq terkulai dari pangkuannya. Sepasang mata redup milik Razeeq terpejam rapat. Dan saat itu, suara garaunya memecah kesuraman. Thaqif meraung semahu-mahunya.
* * *
Pemergian Razeeq Hakim sesungguhnya meninggalkan kesan mendalam buat insan-insan yang terlalu menyayangi dirinya. Hari ini genaplap tiga tahun dia meninggalkan mereka buat selama-lamanya. Dalam usia yang masih muda Razeeq menjalankan tugas dengan penuh keazaman. Semangat juang yang begitu tinggi membuatkan rakan-rakan sepasukan terlalu menghormatinya. Mereka sentiasa mengenang arwah Razeeq sebagai ejen 88 yang berani dan teguh pendirian. Thaqif bangga kerana sempat bertugas dengan ejen yang begitu komited seperti arwah Razeeq. 88 dan 56 itulah nombor keramat yang mewakili perjuangan mereka.
Nadia mampu menerima berita kematian Razeeq dengan tabah. Mujurlah Thaqif sentiasa di sisi untuk menyalurkan kekuatan padanya. Dan mungkin telah tertulis di suratan takdir bahawa jodoh milik mereka. Terlalu banyak perubahan yang berlaku pada diri Nadia setelah pemergian Razeeq. Wanita yang dicemburui suatu ketika dahulu kerana dicintai oleh Razeeq kini menjadi sahabat karibnya. Dia dan Thaqif tak jemu menemani Fya yang saban waktu belum dapat melupakan Razeeq. Terlalu tulus cintanya buat ejen 88 itu.
“Saya doakan awak bahagia di sana,” hanya ucapan itu yang mampu Fya ucapkan. Selebihnya, dia menyedekahkan zikir dan ayat-ayat suci buat jejaka itu moga Razeeq beroleh ketenangan. Dia terlalu mencintai Razeeq malah jejaka itu merupakan cinta pertamanya. Dialah insan yang mengajar Fya erti cinta sejati. Hanya Allah yang tahu betapa dia mengharapkan agar mereka dapat bersua di Jannah nanti. InsyaAllah….

Bunyi loceng bergema dengan kuat. Cukup untuk mengejutkan aku dari lamunan yang tak berkesudahan. Aku termanggu seketika. Kawan karibku, Jamalina menyapaku dengan lemah lembut yang menjadi satu prinsip kehidupannya.

Memang patut pun emaknya memberikan namanya Jamalina yang bererti kecantikan. Raut wajah itulah yang sering menyejukkan hatiku setiap pagi apabila menjejakkan kakiku ke sekolah ini.

Beberapa teman sekolahku sudah jauh di hadapan, meninggalkan aku bersama Jamalina. Menyedari kesugulan yang terpampang di wajahku, Jamalina menegur lembut.

"Kenapa ni Amy? Muram je, "dia sudah arif sangat tentang perangaiku yang macam angin ni. Maklumlah daripada tahun tiga sampailah ke tingkatan empat kami berkawan. Aku dan dia dah jadi macam adik-beradik.

"Tak ade apa-apa. Rasa tak sedap hati pulak hari ni, "memang itulah perasaanku dari pagi tadi.

"Risau tentang apa pulak kamu ni? "

"Tak tahulah, kadang-kadang tu rasa takut sebab nak amik SPM tahun depan. Kadang-kadang rasa takut sebab nak berpisah dengan kamu lepas sekolah nanti. "

"Alah. . . . . . . tak jadi apa-apa punya nanti, "katanya penuh yakin.
Setelah itu kami lebih banyak mendiamkan diri. Sampai sahaja di simpang jalan, aku memberitahunuya bahawa aku ingin membeli makanan ringan dan menyuruh Jamalina melintas jalan dahulu.

Entah bagaimana, tiba-tiba sahaja aku mendengar dentuman yang kuat di belakangku. Sebaik sahaja aku menoleh ke belakang, Jamalina sudah terbaring kaku.

Aku menerkamnya tanpa menghiraukan orang yang lalu-lalang di situ. Mungkin kerana begitu sayang padanya dan mungkin kerana keeratan yang terjalin di antara kami, aku terdorong pitam sama di situ.

**********

Aku difahamkan beberapa jam setelah aku pengsan, Jamalina ditakdirkan pergi dahulu. Saat itu aku meraung sekuat-kuat yang terdaya. Hanya Tuhan yang tahu betapa sengsara perasaan aku ketika itu.

Seminggu selepas peristiwa hitam itu, aku menjadi tak menentu. Makan tu paling banyak pun sepinggan sehari. Kadang-kadang aku meracau menjadi pensyarah yang sedang bersyarah tentang keselamatan jalan raya.
Kalau dulu cita-citaku menjadi peguam, kini aku tak lepas dengan buku perubatan. Untuk menebus dosaku kerana sekadar melihat Jamalina terbaring kaku, tak bernyawa.

Aku lebih tertekan apabila keluar sahaja dari rumah. Ada saja ura-ura yang mengatakan aku ni gilalah, tak siumanlah. Lantaran itu aku mengambil keputusan untuk keluar sahaja daripada tempat yang tidak membawa manfaat kepadaku malah menambah lagi keperitan di hati ini.

**********

Setelah berjalan buat sekian lamanya, aku sampai juga di Kuala Lumpur. Aku tidak tahu arah tujuanku, hanya melangkah seterdaya yang boleh. Mujurlah satu keluarga menjumpaiku di tepi jalan. Pada mulanya aku sangka mereka hanya bergurau, tetapi sudah tuahku, keluarga itu tidak mempunyai cahaya mata yang dapat menghiasi rumah yang mereka diami.

Aku terpaksa berbohong demi menutup kisah silamku yang perit. Setibanya aku di rumah itu mulutku terlopong. Tidak aku sangka sama sekali bahawa mereka ini berdarahkan bangsawan. Melalui gaya percakapan dan cara berpakaian mereka tidak ubah seperti orang kebanyakan.

Aku dilayan seperti keluarga mereka sendiri tapi padahakikatnya, aku tetap anak angkat. Mereka menyekolahkanku di kawasan itu. Untuk mengelakkan dikenali aku mengubahkan namaku daripada Fizatul Amiqa menjadi Alina Qamarina. Dan, menyatakan bahawa kad pengenalanku telah hilang.

Nama itu aku kekalkan ‘Lina’ kerana begitu sayangkan Jamalina. Dan, Qamarina itu bererti bulan kerana bulan adalah teman setiaku buat masa ini.

**********

Masa berlalu begitu pantas sekali. Tidak ku sangka aku kini sudah berusia dua puluh tiga tahun. Aku berjawatan sebagai pengacara di salah satu rancangan di sebuah stesen televisyen. Ramai yang menyatakan bahawa suaraku sememangnya lunak oleh itu aku memilih profesion ini sebagai pekerjaan tetapku.

Mungkin kesilapan beasr aku memilih jawatan ini. Dengan tidak disangka, abang dan kakak kandungku yang mencari aku selama ini sampai juga di rumah ayah dan ibu angkatku.

**********

"Boleh saya berjumpa dengan Cik Qamarina? "aku terpandang kelibat seorang lelaki dan perempuan di ruang tamu.

"Boleh. Encik berdua ni siapa? Boleh saya tahu? "sahut orang gajiku.

"Kami kawannya, "kawan? Setahu aku lelaki dan perempuan ini tak pernah aku lihat. Tanpa berlengah lagi aku menuju ke ruang tamu.

"Encik berdua ni siapa? soalku.

"Fiza, kau tak kenal kami lagi? "tersirap darahku mendengarkan nama Fiza itu. Sudah bertahun aku hidup tanpanya.

"Nama saya Alina Qamarina, saya tak kenal siapa Fiza tu, "aku cuba berbohong.

"Fiza kau tak kenal kakak kau sendiri sekarang ni? "kakak aku masih cuba mengorek rahsia.

"Biar apa pun nama kau kami tak kisah. Cuma, kami harap kau dapat pulang. Mak tengah sakit tenat kat kampung tu. Dia rindukan kau. "

"Kenapa abang tak cari saya masa saya masih tak siuman lagi dulu? Kenapa bila saya dah terkenal baru abang dan kakak mahu cari saya? Kenapa sampai sekarang baru saya dapat berita pasal mak? Kenapa? "terpacul dari mulutku soalan-soalan yang tak disengajakan.

"Sebab dulu kami tak dapat cari kau. Dulu kau tak muncul kat tv tu. Takkan lah kami nak bertanyakan setiap orang yang kami jumpa. Tapi, kami dah cuba yang terdaya, kami dah cuba," tanpa disedari ayah dan ibu angkatku baru sahaja melangkah masuk ke ruang tersebut.

"Ni apa cerita ni bergaduh-gaduh macam budak kecik aje, "tanya ayahku garang. Terkejut juga aku dibuatnya.

"Encik, tolong serahkan adik kami ni. Kami hanya mahu bawa dia jumpa mak kami. Mak kami sakit tenat, "rayu abangku.

"Taklah ayah, dia sengaja je buat cerita. Nak ambil Lina dari ayah, "aku cuba memujuk ayahku untuk tidak mempercayai perkara itu.

"Kami ada bukti, "pintas abangku. Bukti? Alamak. Mukaku berubah menjadi pucat.

"Ini kad pengenalannya. Dia tertinggal di rumah semasa melarikan diri. "
Setelah membelek kad pengenalan itu ayah berkata, "Ini memang muka Lina kat dalam kad ni. Kalau iya pun, mengapa pula dia nak melarikan diri dari rumah? "

"Begini ceritanya. Satu masa dulu, Fi… Lina ni tinggal dengan kami. Nama sebenarnya Fizatul Amiqa seperti yang tertera di kad tu. Dia mempunyai seorang teman baik. Namanya Jamalina. Satu hari, Jamalina terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Mereka begitu akrab sehinggakan di tempat kejadian Lina pengsan sama. Seminggu selepas itu, Lina meracau dengan tak difahami apa yang dicakapnya dan kadang-kadang dia seperti berlakon menjadi polis trafik. Orang kampung dah mula menghina, mengatakan dia gila. Oleh itu, dia pun melarikan diri, tetapi dia lupa untuk mengambil kad pengenalannya dan kami gunakan kad itu sebagai panduan nak mencari dia.”

"Oh… begitu ceritanya. Lina… mari sini. Kenapa tak berithau cerita yang sebenar? "seru ayah sambil memandangku yang sudah mengalirkan air mata.

“Sudah pergi kemas baju. Ayah tak mahu kau berdalih lagi, "sambil itu ayah melepaskan keluhan yang panjang. Mungkin berat hatinya.

"Tak nak, walau macam mana pun, Fiza tak nak balik kampung, "serentak dengan itu satu penampar hinggap di pipiku.

"Selepas kau lari, kau tak nak balik rumah lagi, ya. Kau tahu tak mak sakit tenat kat rumah tu. Cuba kau buangkan segala kenangan pahit dalam diri kau tu. Kau tahu tak sekarang kau bukan dalam alam nyata. Kau dalam igauan. Igauan seorang teman. Sudahlah kalau kau tak nak balik tak apa. Akak tak marah. Tapi, jangan menyesal bila mak dah takde, " tengking kakakku yang tengah berada di tahap tertinggi kemarahan.

**********

Sesampainya di kampung aku terus meluru masuk ke rumah. Aku hanya berharap dapat jumpa mak, itu saja. Tetapi, aku sudah terlambat. Di hadapanku terbaring jasad kaku.

"Mak… kenapa mak tinggalkan Fiza, mak. Mak, ampunkan Fiza, mak. Fiza yang bersalah. Sepatutnya Fiza yang ganti tempat mak dengan Jamalina. Mak… mak, dengarlah apa Fiza cakap ni mak, "ucapan itu diiringi tangis sayu dari aku, kakak dan abang. Jiran-jiran yang berada di situ turut kelihatan sedih.
Sesungguhnya kalau aku tidak bertengkar lebih panjang dengan kakak ini semua tak akan berlaku. Aku akui aku memang degil. Dari lahir sampai sekarang ni aku tetap degil.

Dan di situlah juga berakhirnya igauanku. Igauan seorang teman.

‘AWAK MACAM RACUN’

Rafiq membaca sms itu berulang-kali, ‘Apa lagi perempuan ni nak?’, ngomelnya sendiri di dalam hati. Risau. Orang yang lalu-lalang di depan kedai Anakku itu hanya menambah panas dalam hatinya.

‘APA LAGI AWAK NAK?’

balasnya pendek. Bayang-bayang hitam yang tiba-tiba menutup skrin handphonenya membuatkan Rafiq melompat ke belakang. Terkejut.

“Apsal you melompat-lompat ni?”

Rafiq cepat-cepat menggeleng, “Nothing!” dan menyambut beg kertas dari tangan isterinya, “Ini je?”

Dilla mengabaikan soalan itu dan bertanya lagi, “You tengah message saper tu?” curiga. Rafiq memandang tepat ke arah perut isterinya yang membulat dan menelan air liur, “One of my patient. Nothing of importance pon,” senyumnya tawar.

“Speaking of your patient, tadi I jumpa someone kat dalam tadi, dia kata she’s one of your patient.”

Tut! Tut!

Rafiq mengangguk acuh tak acuh mendengar celotehan isterinya sambil sekali lagi menatap skrin handphonenya, membaca message yang baru sahaja masuk. Dilla menyambung lagi, mengabaikan sikap acuh tak acuh suaminya, “Dia kata nama dia…”

‘YOU DIDN’T TELL ME YOUR WIFE IS PREGNANT’

“… nama dia Liana.”

Rafiq hampir tersedak mendengar nama dan membaca message itu serentak. Satu suara lain yang tiba-tiba menegur, menghentikan degup jantungnya.

“Hi there, Dr. Rafiq,” Rafiq mengangkat muka, melihat Liana yang dah pun berdiri tegak di depannya, dan tersenyum pura-pura, “Hi! Shopping ke?”

“Taklah… I think it’s too early,” Liana beralih ke arah Dilla, “I see that your wife is coming good.”

“Well, I hope it will be. I due lagi dua bulan je lagi.”

“I can see that. Erm, ok then. I got to go, I ada kerja lagi ni. See you on the Monday appointment Dr. Rafiq,” Liana mengangguk sedikit pada Dilla dan berlalu pergi. Rafiq teragak-agak hendak membuka mulut, menidakkan perjumpaan Isnin itu tapi Liana dah menghilang, “Sure!” katanya antara dengar tak dengar, sambil menggenggam erat tangan isterinya.

* * * *

“I told you it’s over Liana. Which part of that yang you tak paham? Apa lagi you nak?”

“Mana pergi your manner Rafiq. You tak nak tanya ke I sakit apa?”

Rafiq memandang tajam ke arah Liana yang duduk bersahaja di kerusi pesakit itu. Kesabarannya tercabar. Dia bangun dari kerusinya, mendekati Liana dan menarik tangan kanan perempuan itu. Tangan itu ditekan kuat-kuat, “Stop stalking me and my wife!!”

“Ish… sakitlah,” Liana menepis, “You wouldn’t want to hurt a pregnant woman, would you?”

“P… Pregnant?”

“Yes, pregnant, sayang. And it’s yours,” Liana menarik tangannya dan tersenyum puas hati melihat muka Rafiq yang mula memucat.

“No,” Rafiq menggeleng-geleng tak percaya, “You can’t be pregnant.”

“Of course I can be pregnant. Your wife is pregnant , isn’t she? And why do you think I went to a baby shop in the first place?” suara Liana makin meninggi.

“I don’t believe you.”

“Do any test you want then. You’re the doctor after all.”
  
Rafiq melepaskan satu keluhan yang berat. Dia meletakkan tapak tangannya ke atas dahi yang mula terasa berdenyut-denyut. Satu perlakuan yang sering dilakukan bila dia sedang memikirkan sesuatu. Selepas menutup mata dan diam beberapa saat, Rafiq membuka mulutnya semula, merenung jauh ke dalam mata gadis belasan tahun di depannya, “And I also knew that abortion is perfectly safe.”

Mendengarkan ayat itu, Liana terus bangun berdiri dan menampar Rafiq sekuat hati, “I would not throw away this baby,” dan dia terus melangkah keluar, menghempaskan pintu.

* * * *

Liana memandang kosong ke luar tingkap, ke arah rintik-rintik hujan yang menimpa bumi. Dia memegang perutnya, cuba merasa untuk mendapatkan kekuatan. Habis merenung hujan, dia mengalihkan pula pandangannya pada bingkai gambar warna biru di dalam tangannya. Gambar ibu dan gambar ayah. Ibu dan ayah yang tidak tahu menahu risau fikirnya, sakit hatinya dan degup jantung baru di dalam perutnya sekarang.

Liana melepaskan berat nafasnya dan memandang ke luar tingkap sekali lagi. Kali ini ke arah seorang ayah yang mendukung anak di seberang jalan. Dia menggetap bibir, terkilan.

‘Kenapa anak dalam perut ini tak boleh berayah?’

Liana terus meletakkan kembali bingkai gambar itu di atas mejanya elok-elok. Dia menggenggam tangannya, mengaku tahu yang ini gila. Tapi dia mesti buat sesuatu untuk mendapatkan sang ayah itu. Sekurang-kurangnya sesuatu. Mungkin ini.

* * * *

“Awal you balik hari ni. Tak banyak kerja ke?”
  
“I canceled a few appointments hari ni. Penat la.”

“Ow… I tak abis masak lagi ni. You duduklah dulu.”

Rafiq menggangguk-angguk sambil mencapai suratkhabar dan terus duduk di kerusi paling hujung di meja makan yang penuh bersepah itu. Dilla terus menyambung kerjanya, menyiapkan makan malam. Beberapa minit selepas itu, dia membuka semula mulutnya, “Tadi I jumpa your patient yang kita jumpa hari tu.”

Muka Rafiq yang terselindung di sebalik suratkhabar itu tiba-tiba menjenguk, “Patient yang mana ni?”

Dilla mengetuk-ngetuk kepalanya dengan senduk, cuba mengingat, “Ala… apa nama dia ek? Tadi I dah ingat dah.”

“Sape? Liana?” Rafiq membuat tekaan berani.

“Ha! That’s the name,” Dilla menunduk semula, menyambung kerjanya sambil terus berceloteh, “I jumpa dia kat supermarket tadi, tengah beli ikan. Kesian dia…”

“Kesian?” Rafiq menjenguk lagi dari belakang suratkhabarnya, “Kenapa?”

“I tanya dia, for the sake of making conversation je lah kan, I tanya la dia, dia nak masak untuk suami dia ke. Pastu… tiba-tiba je dia nangis.”

“Dia nangis? Kenapa?” Rafiq menahan nafas, menunggu jawapan dari Dilla. Dia menjeling pisau di tangan isterinya dan menelan air liur. Dilla mengangkat muka dan mencekak pinggangnya, tidak puas hati, “You know,” katanya sambil mengacukan pisau ke muka Rafiq. Rafiq masih lagi menahan nafas.

“Suami dia a bastard. Ada ke patut…”

Sebelum Dilla sempat menyambung lagi, Rafiq mencelah, “Jap, jap. You kenal ke suami dia?”

“Sure la I tak kenal. Tapi from her story, I know la he’s a bastard,” Rafiq melepaskan nafas lega dan menyembunyikan semula mukanya di sebalik suratkhabar, menyumpah-nyumpah Liana di dalam hati. Dilla terus bercerita tanpa memperdulikan Rafiq yang seperti dah tak lagi mendengar, “Liana kata dia baru found out yang her husband ada affair dengan his colleagues and the mistress pun tengah pregnant. Dia kata dia tak tau nak buat apa. Nak tinggalkan, dia pun tengah pregnant. First child pulak tu. Tapi, nak biarkan aja, sakit hati. Hrmhh… I pun tak tau nak cakap apa ngan dia. Kalau you, you cakap apa ek ngan dia?”

Dilla berhenti berceloteh dan memandang Rafiq yang dah ‘tenggelam’ di sebalik suratkhabar-suratkhabar itu. Dia meninggikan sedikit suaranya, “You… you dengar tak apa I cakap ni?”

Rafiq mengangkat muka dan membuat muka tak paham, “You were saying?”

“Eeeii… sure you tak dengar pun apa I cakap.”

“Give me a break la, Dilla. I penat ni.”

Dilla mengangkat bahu, mengiakan. Tapi beberapa minit kemudian, dia bertanya lagi, “Would you do something like that to me?”

Rafiq mengangkat sebelah keningnya, “Apa? Owh, you gotta be kidding me,” dia terus bangun dan melipat suratkhabarnya, “Dilla… You jangan tanya soalan pelik-pelik boleh tak.”

“This is not pelik la. This is a normal question from a normal wife,” Dilla mengangkat bahunya, “And if you ever think of buat benda-benda pelik behind of me, you tahu la apa I nak buat kat you,” katanya sambil menghentak pisau di tangannya ke atas papan pemotong. Rafiq menjeling kobis bunga yang dah hancur di atas papan pemotong itu dan menelan air liur, “Whatever you say, I nak naik and mandi dulu.”

* * * *

“Listen. I’m really sorry of my attitude lately, ok. I know I’ve been a jerk,” Rafiq tunduk melutut di depan kerusi pesakit itu, “Let’s start over again. We can leave all this behind and maybe start a family. What do you say about that?”
  
Liana mengangguk-angguk dan menyapu titis-titis air matanya, “Ok, baby. Ok,” dia bangun dari kerusinya, tunduk dan memeluk Rafiq kuat-kuat, “Now I know why I’ve fallen in love with you.” Rafiq meregangkan pelukan itu dan menepuk lembut perut Liana, “Let’s check on the baby.”

Liana mengangguk lemah dan duduk semula. Rafiq mengeluarkan stateskopnya dan merasa dnyut nadi perempuan itu, “I’m goin to inject you with something. It’s going to prevent you from gugur ok.”

“Rite,” Liana tersenyum lebar, “Thank you, baby. These past weeks you scared me a lot. Now I feel like I found life again.”

Rafiq menahan nafas, merasakan denyut nadinya sendiri sambil menekan jarum itu dalam-dalam, “Of course. I am so sorry, Liana.”

* * * *

Liana melangkah keluar klinik kecil itu dengan dada yang lapang. Dia mengeluarkan handphonenya, teringin memberitahu seseorang. Belum sempat dia mendail sebarang nombor, handphone itu berbunyi dahulu, tanda message masuk.

‘SAYA MEMANG RACUN’

Liana mengerutkan keningnya, cuba memahami kata-kata Rafiq. Tiba-tiba nafasnya tersentap. Sakit mencucuk-cucuk yang tiba-tiba muncul terasa menghiris-hiris di perutnya. Sakit itu menjalar ke seluruh inci badannya. Dia cuba menarik nafas baru tetapi paru-parunya diam kaku.

Hingar-bingar di lorong kecil itu terasa tumpul di telinga Liana. Dia memejamkan mata, mengalirkan air mata lagi. Kakinya yang berat, menjatuhkan seluruh tubuhnya ke atas jalan kering itu. Tapi itu semua sangat asing bagi Liana, tak dapat dirasa. Apa yang terasa hanyalah jarum yang ditekan kuat-kuat ke tangannya, dan kata-kata maaf yang keluar dari mulut Rafiq.

Sunyi. Kosong dan sepi. Suara unggas yang menghuni di habitat merimbun di belakang rumah yang biasanya sibuk berdendang pada jam sebegitu juga seakan bisu. Desiran dedaun juga tidak kedengaran. Mendongak ke langit, kelam. Tiada bintang apatah lagi bulan.

Icha duduk di balkoni rumah. Memeluk lututnya rapat ke dada. Air mata yang perlahan membasahi pipi dibiarkan begitu saja. Mindanya terbang pergi. Dia seakan hilang pada saat itu. Seakan melayang menjejaki Farish yang entah ke mana perginya.

Rindu. Sungguh dia rindu. Kerinduannya tidak pernah seberat itu. Bagaikan tidak tertanggung di pundaknya rasa rindu itu. Kerinduan pada sang teruna yang sebelum ini saban waktu berada di sisi saat dia kerinduan.

Dia menyesal. Sungguh. Sesal yang bukan dibuat-buat. Sesal yang bukan dipinta hadirnya. Mengenangkan itu, air matanya luruh semula.  Selama ini dia tidak pernah memikirkan tentang agama. Tetapi entah kenapa petang semalam dia terlalu emosional. Merajuk dan menarik muka.

Dia ingatkan Farish akan memujuknya. Seperti selalu lelaki itu mengenepikan egonya dan akan mengaku bersalah sekalipun bukan dia yang bersalah. Tetapi petang itu, dia nampak Farish berlalu pergi begitu saja.

Tanpa kata manis memujuk, tanpa sentuhan lembutnya, Farish memandang kosong sebelum pergi. Dia ingin mengejar. Ingin memohon maaf kepada lelaki kesayangannya itu. Tetapi dia tak mampu. Kakinya seakan dipaku ke lantai. Dia hanya memandang Farish pergi.

Malamnya, dia menanti panggilan Farish. Hampa. Jangankan telefon, mesej pun tak. Air mata Icha tumpah lagi. Dia rindu. Kalaulah semalam boleh diundur, dia tidak akan menyakiti hati Farish. Dia takkan mengeluarkan kata-kata yang boleh melukakan diri Farish.

Selama ini Farish tidak pernah begitu. Kalau dia yang dimarahi Farish, Farish juga yang akan memujuk akhirnya. Kalau dia lambat, Farish tak pernah marah. Kalau dia apa sekalipun, Farish tak pernah tinggikan suara atau memarahinya.

Icha pandang telefon sekali lagi. Masih kosong. Farish masih tidak menghubunginya. Farish masih marah. Sudah sehari Farish tidak menelefonnya. Tidak rindukan dia?
Icha capai telefon. Dia benar-benar sayangkan Farish, dia takkan membiarkan egonya merosakkan hubungan mereka. Gadis itu menekan nombor telefon rumah Farish. Biasanya pada waktu sebegini, Farish lebih suka berada di rumah.

Lama deringan saling bertingkah. Tiada jawapan. Icha kehairanan. Dia menjeling jam yang tergantung di atas pintu biliknya. Melewati angka 11. Ke mana dia agaknya?

Hi! Either he’s not at home or doing something with me that make him too busy to pick up your call, what ever it is, please drop your message, or call him back. Or call his mobile. Thanks!” tooot....

Air mata Icha mengalir lagi. Suaranya. Itu rakamannya kira-kira dua bulan lalu. Waktu itu dia membantu Farish berpindah. Melihat mesin menjawab telefon, dia merakamkan mesej itu. Kemudian menyuruh Farish mendengarnya. Menggeleng kepala lelaki itu dibuatnya.

Rupanya Farish menggunakan rakaman itu di mesin menjawab telefonnya. Farish kata, dia akan menukarnya. Haru kalau keluarga di kampung membuat panggilan, tapi suara perempuan yang menjawab. Lebih haru kalau mereka telefon di tengah malam dan suara itu yang menyambutnya. Orang kampung, mesti mereka akan berfikir yang bukan-bukan.
Rupanya Farish masih menggunakan suaranya. Terbayangkan senyum Farish, terngiang-ngiang gelak Farish, terbau-bau haruman Farish, Icha kerinduan. Gadis suku abad itu bangkit. Mencapai beg tangan dan kunci kereta lalu terus menuruni tangga.

Icha memandu laju. Dia perlu menemui Farish malam ini. Kalau menganuti agama lelaki itu membolehkan mereka bersatu selama-lamanya, dia sanggup.

Di pertengahan jalan menuruni bukit yang menempatkan kawasan perumahan mewahnya, seekor biawak melintas. Icha menekan brek dan sedetik kemudian, keretanya terhenti di tengah jalan yang sunyi sepi itu. Icha merasakan jantungnya merobek isi dada dan melompat keluar. Tiba-tiba dia teringatkan Farish.

“You banggakan sangat kereta you ni. You tau tak yang menciptanya macam mana tau.”

“Even apa pun mereka, Harrier I ni sungguh hebat tau.”

“Tiap benda ada penciptanya, Icha,” suara Farish berubah menjadi serius.

Don’t you start it.”

Farish yang memandu Harriernya itu menoleh. Senyum tipis sebelum kembali menumpukan perhatian kepada pemanduan.

Why you don’t believe in god? Dia yang menciptakan you.”

“Kita tak dicipta. Kita jadi sendiri.”

Why you said so?”

“Kita ada otak. Kita boleh berfikir. Kereta lainlah. Ia benda tak bernyawa. Takde otak dan fikiran. Mestilah kita yang cerdik pandai ni cipta mereka.”

“Binatang macam mana?”

“Binatang pun ada otak.”

“Binatang terjadi sendiri?”

Icha diam. Menoleh dengan muka masam ke arah Farish.

“Binatang benda bernyawa, ada otak. Semua benda bernyawa terjadi sendiri?”

I don’t want to discuss it, Ish.”

“Waktu lahir, you pun sama macam binatang. Hidup berasaskan fitrah. Otak tak berfungsi lagi.”

“You menyamakan I dengan binatang?”

“Tapi kenapa bila membesar, you dikurniakan akal. Boleh berfikir sendiri sedangkan binatang tidak.”

Icha tersentak. Bunyi ungka mengejutkannya dari kenangan beberapa bulan yang lalu. Dia menurunkan cermin kereta dan menjenguk keluar. Mendongak ke langit.

Kat atas sana, ada tuhan ke? Aku ni diciptakan ke? Setahu aku, mummy pun free thinker jugak. Hanya daddy dan tina aje rajin ke church. Aku ni apa? Binatang?

                         ***                            ***                                ***

Farish duduk di kerusi batu yang diletakkan di halaman rumah teres tiga bilik yang dibelinya awal tahun lepas. Rumah lot tepi itu didiami olehnya seorang saja. Nanti kalau keluarga di kampung datang, senanglah. Tak payah nak berkompromi dengan member serumah. Apatah lagi kalau adik-adik perempuannya yang datang.

Tinggal seorang ni senang. Tak payah nak sakit kepala memikirkan hal orang. Tak payah nak risaukan hal orang lain. Jaga tepi kain sendiri aje. Lagipun setakat ini dia tidak pernah menghadapi kesukaran membayar rumah tersebut setiap bulan.

Kawasan perumahan di pinggir bandaraya itu sudah sunyi sepi. Hanya sesekali kedengaran bunyi kereta. Kemudian sepi. Farish masih setia menghuni kerusi yang mengelilingi sebuah meja bulat itu. Jemu di situ, dia beralih pula ke arah buaian yang tergantung di siling porch. Melabuhkan punggung di situ.

Farish menghayun perlahan dan dia akui selesa berayun di buaian itu. Sejak digantungkan di situ, baru beberapa kali dia merasa duduk di atas buaian yang separa bulatan itu. Selalunya, terpaksa berebut dengan Icha. Selalunya juga, Icha yang akan menang.

Wajah Icha menjelma di ruang mata. Farish rindu. Belum pernah dia membiarkan sehari berlalu tanpa menjamu wajah Icha. Biasanya, kalau outstation ke luar daerah sekalipun, Icha akan menghantarnya dengan senyuman. Saban waktu pula dia akan membuat panggilan video kepada gadis itu.

Tapi petang semalam, kemarahannya menyala-nyala. Membua-buak. Mujur saja tangannya tidak melayang ke pipi yang mulus itu. Kalau diikutkan kemarahan hati, ingin saja bibir mungil yang saban waktu dicicipi itu dihadiahkan penumbuk sulungnya. Biar Icha rasa. Biar Icha tahu kata-katanya itu merupakan penghinaan yang maha besar.

Tapi dia tak sanggup. Salah dia juga. Apa yang Icha kata itu ada betulnya. Dia yang silap selama ini. Jika ingin menarik hati Icha, dia sepatutnya menjaga diri dan tingkah laku. Menunjukkan apa yang dianutinya adalah yang terbaik. Farish sesal.

Dia ingat lagi kata-kata terakhir Icha sebelum dia berpaling dan terus pergi meninggalkan gadis kesayangannya itu.

“Kalau Islam tu baik, you akan baik jugak. You kata Islam larang itu, larang ini, tapi you buat jugak. Kalau you akur pada ajaran agama you tu, kenapa you peluk dan cium I? Kenapa you masuk jugak disco? Kat situ kan rumah syaitan. Sama je dengan agama lain.”

Merasakan sesaat saja berada di situ, dia akan meletup, dia terus berlalu. Memandu laju Sorento putihnya ke suatu destinasi. Dia ke masjid. Saat menjejakkan kaki ke dalam masjid Kuala Lumpur, dia merasa sayu. Terasa rindu kepada masjid.

Sudah lama dia tak menjejakkan kaki ke dalam masjid. Kalau ada pun, masjid di kampung. Itupun dua kali setahun iaitu pada hari raya. Kalau babah dengan ummi tahu dia sudah lama tidak bersolat Jumaat, pasti mereka kesal dengannya.

Dia segera mengambil wuduk dan menunaikan fardu Asar yang sudah hampir ke penghujungnya. Dia menangis sewaktu mengangkat tangan memohon keampunan kepada Allah.

Dan saat itu, kekuatannya tiba-tiba menggebu-gebu. Perkara yang selama ini amat ditakutinya, seakan tiada apa. Icha.  Dia reda jika jodohnya dengan Icha tiada. Dia takkan mampu untuk hidup bersama dengan wanita yang menyamakan agama yang dipeluknya sejak dari Loh Mahfuz itu lagi dengan agama lain. Tidak sesekali.

Farish tersentak. Dingin sang bayu menyapa wajahnya membawa bersama tempias hujan. Baru dia perasan rupanya hari hujan. Patutlah cuaca panas sangat. Farish angkat punggung dan menuju ke pintu utama.

Baru saja dia melangkahkan sebelah kaki ke dalam rumah, sebuah kereta berhenti betul-betul di depan rumahnya. Perlahan Farish menoleh. Dia kenal Harrier putih itu. Dia lagi kenal wanita yang keluar dari kereta itu.

Icha tidak menghiraukan hujan yang mula melebat. Dia berdiri di depan pintu pagar setinggi enam kaki itu. Baju satin di badannya mula tewas dengan hujan. Basah dan melekat di tubuh.

“Icha, hujan tu!” kalut Farish masuk ke dalam. Mencapai kunci yang tergantung dan payung di dalam bakul. Dia bergegas keluar.

“Apa you buat kat sini tengah-tengah malam ni?” tanya Farish sambil membuka mangga yang mengunci pintu pagar itu. Namun jarinya terhenti. Icha memegang kemas tangannya. Seakan enggan dilepaskan lagi.

Farish angkat kepala memandang Icha. Payung yang dikepit antara bahu dan dagunya tadi terjatuh ke belakang. Kedinginan titis hujan mula menyapa kulitnya.

“Farish, I’m sorry.”

“Icha.”

“I tak patut cakap yang bukan-bukan. Even I tak tahu, I tak patut menghina. I’m so sorry, sayang. Memang salah I. I wont do it again.”

“Icha, I rasa...”

“Teach me, Ish. Teach me about Islam. I want to know everything about it. Please!”

“You tak boleh suka-suka aje, Icha. You tak boleh malam ni nak belajar, esok tak nak. Benda ni pembelajaran seumur hidup,” kata Farish.

“Kalau you gurunya, I akan belajar sampai bila-bila pun.”

It’s not that easy, Icha. You are a free thinker. You don’t believe in god.”

“I do.”

“Icha, kalau you percayakan tuhan semata-mata kerana I, ia sia-sia.”

“Ish, please! Listen to me, sayang. I want to know god. And I want you to introduce Him to me.”

Farish terdiam. Bersama titis hujan di wajah Icha, dia nampak air matanya menuruni pipi. Farish mengetap bibir menahan kesebakan hati yang seakan menggegar dada. Dia tunduk dan air matanya mula tumpah.

“I betul-betul nak kenal pencipta I. I’m sick for being a person yang mengakui sesuatu itu terjadi dengan sendiri sedangkan setiap masa I mencari sebab dan penyebab sesuatu perkara tu berlaku.”

Farish menahan tangis sehingga bahunya bergetar. Sungguh dia bersyukur. Kalaulah benar Icha mahu mengenal Allah, dia ingin sujud syukur di situ juga.

“I nak belajar, Ish. I nak belajar bukan sebab you. I nak belajar sebab there’s something in my heart, in my soul yang dah lama gersang. Jiwa I ketandusan, kelaparan. I nak bagi makan kat jiwa I. And I want you to be the person yang akan kenalkan I dengan apa yang I nak tahu. Can you do that, sayang?”

Farish angguk. Sungguhpun dia juga jahil, dia tahu dia mempunyai ilmu di dada. Cuma keimanannya saja yang tipis. Cuma nafsunya lebih berkuasa. Dia akan berusaha mengembalikan jati dirinya yang dulu.

Dia anak Haji Kamil dan Hajah Zaleha yang dihormati di kampungnya. Dia akan kembali menjadi Farish yang dulu, tukang azan di kampung. Malah dia juga pengganti imam jika lelaki itu berkeuzuran. Dia akan kembali ke situ. Menjadi lelaki yang sentiasa berpegang teguh kepada kalamullah. Yang sentiasa menjaga diri daripada hasutan syaitan durjana.

Ya Allah, kau bantulah aku!


Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini