rss

Pengalaman di Timur Tengah pada tahun lalu masih segar lagi dalam ingatanku. Seolah-olah ia baru sahaja berlaku.
Selepas peristiwa itu aku beban kerjaku semakin bertambah. Ramai orang mencari aku agar bekerjasama dengan mereka. Tidak terkecuali ada yang ingin menghapuskan aku dari muka bumi ini. Barangkali mereka cemburu melihat aku di gilai ramai gadis. Sesetengah orang menganggap aku sebagai adiwira mereka sedangkan aku ini biasa-biasa saja. Tapi sejauh mana tahap keadiwiraanku, aku masih lagi melakukan kesilapan.

..........

"Arghhh..penatnya..lenguh sungguh badanku" aku bercakap seorang diri.

"MAK!! TOLONG ADIK!!!! waaaaaa...waaaa...MAK!!!" terdengar jeritan seorang kanak di selang-selikan dengan tangisan.

"Adik, maafkan mak..mak tak mampu nak menolong kamu.." suara seorang wanita kedengaran. Aku syak dia adalah ibu kepada kanak-kanak itu berdasarkan gelaran mak yang digunakannya.

"Pasti mereka dalam kesusahan" bisik hatiku.

Setelah mengamati bunyi itu aku mengesan kedudukan mereka. Mereka tinggal tidak jauh dari rumahku.
Lantas ku capai sut adiwiraku dan memakainya. Aku buka tingkap dan terus terbang ke rumah mereka. Selaku adiwira aku harus mengamalkan sikap cepat, cekap dan cergas. Apabila aku sampai di rumahnya, aku melihat seorang wanita sedang memeluk anak lelakinya. Kelihatan dia cuba menenangkan budak itu. Keadaan rumahnya sangat berselerak. Pakaian, permainan dan kelengkapan rumah semua bertabur. Aku syak mereka disamun.

"Hello" sapaku pada mereka

"Mak,isk..isk..tengok tu..isk..isk..adiwira kita dah sampai" kata budak itu pada ibunya sambil teresak-esak.

"Ohh adiwira kesukaan ramai..nasib baik kau muncul di saat genting sebegini" kata ibunya padaku dengan penuh harapan.

Selaku adiwira, aku harus tenang menghadapi segala pujian walaupun kadang-kadang aku rasa seperti ingin riak.

Dengan suara jantan macho aku bertanya,"apa yang boleh saya bantu?"

"Begini encik adiwira, pembantu rumah saya dah lari sejak seminggu lalu tapi saya tak tahu nak melakukan kerja-kerja rumah. encik tengok la sendiri keadaan rumah saya, dah macam kapal karam. Anak saya menangis ni pun kerana nak minta saya gosokkan baju uniform sekolah dia, tapi saya tak tahu" kata wanita itu.

"Lagipun suami saya dah pernah beritahu, setiap kerja-kerja rumah serahkan pada pembantu rumah. Saya disuruhnya untuk duduk diam sahaja" tambah wanita itu lagi.


Tiba-tiba saja tekanan darahku meningkat dengan pantas, kelajuan jantungku berdegup semakin kencang seolah-olah baru di isi dengan dengan minyak pelincir Castrol. Suhu badanku semakin panas. Urat-urat di tangan dan wajahku semakin menimbul.

"Alang-alang encik disni, bolehlah encik tolong kemas rumah saya. Oh ya, tolong gosokkan baju anak saya sekali ya. Saya nak tidur dulu. Tolong ya encik Ironman..." wanita itu mengarahkan aku.

DUSHHHHH!!

Tak semena-mena aku menghayun penumbukku ke muka wanita itu tanpa aku sedar. Anak lelakinya terlopong melihat perbuatanku itu. Dalam otakku hanya terfikir, "adakah adiwira sepertiku layak di persendakan sebegini rupa. Aku bukan tukang seterika..aku Ironman, lelaki yang memakai sut besi. Aku pun tak pandai menggosok baju sebab itu aku bina sut adiwira dari besi. Tak perlu di gosok seperti sut adiwira lain".

........................

Kini aku berada dipenjara akibat perbuatan tidak bermoralku itu. sekarang aku bukan lagi adiwira yang disanjung, sut adiwira milikku sudah dijual sebagai besi buruk. Aku duduk termenung di sudut bilik kecil itu sambil berfikir, Selagi syaitan wujud selagi itulah ia akan sentiasa menggoda hati manusia. Walaupun aku ni adiwira tetapi aku juga manusia.

0 comments:

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini