PIAP!! PIAP!!
"Jangan bang..janji tak buat lagi..aduhhhhh..aduhhhh"
"Kalau kau buat lagi siap kau!! Perempuan tak guna!!" tengking lelaki bermisai tebal itu.
"Ba..baa..baa..ikkkk..maa..maaaa..aaff.." jawab wanita malang itu terketar-ketar menahan keaskitan.
Begitulah yang sentiasa terjadi pada wanita itu setiap kali lelaki itu pulang ke rumah. Aku hanya mampu memandang dari jauh. Aku terlalu lemah untuk membantu wanita itu. Lelaki itu bukanlah orang luar tetapi merupakan suami kepada wanita itu. Sudah hampir 5 tahun mereka berkahwin. Namun kebahagian mereka hanya bertahan pada tahun pertama sahaja. Pada tahun ke 2 perkahwinan mereka lelaki itu sudah mula berubah sikap. Dinginnya terhadap isteri menjadi lebih teruk selepas isterinya melahirkan anak sulung mereka. Sejak itu apa saja kesilapan yang dilakukan oleh isterinya akan ditegur dengan cara memaki hamun. Pernah pada satu hari dia memarahi isterinya di khalayak ramai di stesen bas kerana isterinya menegur dia supaya memberi laluan kepada seorang tua yang ingin menaiki bas yang sama dengan mereka.
Sudah lali dimaki, dicaci dan di pukul seperti hamba abdi menjadikan dia wanita yang sangat tabah. Bukan kerana tidak mahu melawan tetapi atas rasa hormat dan percaya suaminya akan berubah, dia tak jemu berdoa pada tuhan agar di kembalikan sifat suaminya seperti dulu. Dia juga kerap mengadu padaku akan masalah dirinya. Aku terlalu lemah untuk
membantunya. Wanita itu faham akan diriku yang tidak mampu membantunya, oleh itu dia hanya menjadikan aku pendengar setianya sahaja. Tapi dalam hatiku, aku berjanji akan membela nasib wanita itu. Terlalu lama dia menderita akibat dari sikap suaminya yang tak ubah seperti hantu itu.
**************************
DAMM!!
Pintu rumah mereka ditendang lelaki itu. Aku terkejut dan melarikan diri ke dapur. Wanita itu terkedu. Ketakutan jelas terpancar di wajahnya. Sudahlah tidak memberi salam sekurang-kurangnya bukalah pintu itu dengan sopan. Biadab sungguh. Aku menyorok di belakang pintu dapur dan memerhati dari jauh. Botol arak tergengam erat di tangannya. Dia mabuk lagi malam ini. Dan seperti biasa pasti wanita itu bakal menerima habuannya malam ini.
PIAP!!
Satu das sebatan tali pinggang singgah di dahi wanita itu. Wanita itu mengerang akibat kesakitan. Lelaki itu mengamuk bagai orang gila. Dihantuknya kepala wanita itu ke dinding berulang kali. Dihempapnya rak kasut ke atas belakang badan wanita itu yang tertiarap kesakitan. Kali ini lagak lelaki itu sudah seperti dirasuk penunggu gunung raya. Wanita itu merayu supaya suaminya tidak memukulnya lagi. Dalam kesakitan wanita itu terus merayu sambil menarik tubuhnya ke arah bayi lelaki mereka yang mula menangis setelah terjaga kerana bunyi bising pergaduhan mereka.

Melihat isterinya masih bertenaga si suami mengambil botol arak tadi lalu dihayunkan ke kepala si isteri. Wanita itu meraung kesakitan dengan kuat diiringi tangisan bayi mereka sehingga mengejutkan jiran-jiran berdekatan. Wanita itu terbaring nyawa-nyawa ikan sambil mendakap bayi mereka. Bagai hilang arah lelaki itu menikam bayi mereka dengan serpihan botol arak yang pecah tadi. Keadaan jadi sunyi. Tiada lagi jeritan wanita dan tangisan bayi.
"Malam ini semuanya akan berakhir!!" marahku dalam hati. Tanpa aku sedar aku menangis. Dia sudah melampau. Dia tak layak jadi manusia. Aku tiba-tiba bersemangat untuk menuntut bela. Aku benci benar pada lelaki itu.
Lelaki itu berdiri disisi wanita dan bayi itu yang sudah kaku tidak bernyawa. Dengan botol arak pecah masih di tangan, dia menyalakan rokok dan tersenyum kepuasan. Baginya beban hidupnya sudah hilang. Tak akan ada orang menegurnya lagi. Dia ingin meneruskan hidup sesatnya tanpa ada gangguan.
Aku mengatur langkah dan bersedia untuk menyerangnya. Aku keluar dari belakang pintu dan berlari ke arahnya sambil menjerit. Air mataku berjujuran jatuh. Kali ini aku akan membalas dendam atas kematian mereka yang tak bersalah. Mendengar jeritan aku, lelaki itu terkejut dan cuba mengelak serangan aku. Dia menepis serangan aku dengan botol yang pecah itu dan mencederakan kakiku. Aku tercampak ke dinding. Namun nasib lelaki itu lebih malang, dia terpijak darah di lantai dan tergelincir.

Dia jatuh tertiarap dengan tangan yang memegang botol tadi berada tepat di bawah dadanya. Botol yang menjadi senjata pembunuhan pada malam itu turut membunuhnya. Tusukan tepat di jantungnya telah menamatkan segala kekejaman yang terjadi di rumah itu selama ini. Aku berasa puas sehingga aku lupa akan kecederaan aku tadi.
Mendengar keadaan menjadi begitu riuh dengan suara-suara orang di luar rumah. Aku melompat keluar dari rumah puaka itu melalui tingkap dapur. Dari jauh aku melihat orang ramai sudah mula memenuhi halaman rumah itu. Oleh kerana pintu utama sudah terbuka luas, mereka dapat melihat satu tragedi ngeri telah berlaku di rumah itu. Ada yang menjerit ketakutan dan ada yang menangis. Tidak lama selepas itu sebuah kereta peronda polis tiba. Aku segera beredar dari kawasan tersebut menuju ke tempat yang belum pasti.
*************************
"Terima kasih kerana sudi mendengar segala luahan isi hatiku selama ini, kau adalah sahabat aku yang baik" perlahan-lahan wanita itu pergi meninggalkan aku sambil menggendong bayinya. Aku hanya mampu melihatnya pergi. Andai aku mampu memberikan nyawaku sebagai penyambung nyawanya dan bayi itu, sudah pasti aku akan berikannya.
..Puufff..
Aku terjaga dari mimpi. Aku berada di kaki lima sebuah restoran. Aku tidak sedar bila aku sampai kesini kerana aku hanya berjalan tanpa arah malam tadi dan terus tertidur akibat keletihan.
"Aduh sakitnya kakiku.." aku menahan kesakitan. Barangkali kesakitan yang aku alami tidak seteruk apa yang dialami oleh wanita itu selama ini. Mungkin kini dia sedang bahagia di tempat lain bersama anaknya itu.
"Mak, tengok kucing ni..kesiannya..kaki dia cedera.." aku terdengar suara di belakangku.
Aku melihat seorang kanak-kanak lelaki datang ke arahku dan mengangkatku.
"Boleh saya jaga dia mak?" tanya budak itu pada wanita berhampirannya.
"Boleh sayang" balas wanita itu.