rss

Dong...Dong...Dong...Dong...
Jam loceng di menara istana sudah terjaga..jarumnya tertunjuk tepat ke arah 12..

"Alamak!! da pukul 12!!" jerit seorang gadis.

"Maaf encik..maaf puan...tumpang lalu..maaf...maaf..." kata gadis tersebut sambil melarikan diri.

"Adoi...habislah aku kali ini.." bisik gadis tersebut dalam hatinya.

Kakinya terus berlari, matlamatnya hanya satu, dia harus sampai ke pintu utama istana secepat mungkin kerana ada sesuatu yang menunggunya di sana.

PANGGG!!!

Sebelah kasut kaca gadis itu tertanggal di atas laluan menuju ke pintu istana. Mujur tidak pecah. Lalu, Gadis itu segera berpatah balik untuk mengutipnya.

"HEY!! Nanti!!" jerit seorang pemuda di pintu istana.

"Ahh..biarkanlah kasut itu..aku perlu cepat pergi dari sini" kata gadis itu pada dirinya.

......................


Setelah penat berlari akhirnya gadis itu sampai ke pintu istana. Terdapat seorang kerdil dan sebuah pedati indah yang dipacu oleh 4 ekor unicorn kacak.


"Fuhh...nasib baik sempat..." keluh gadis itu.

"kenapa kau lewat..kita tiada masa..cepat naik.." arah seorang kerdil kepada gadis itu.

Sebaik saja gadis itu melangkah masuk, segala yang indah dan kacak dihadapannya semua bertukar.
Kini yang tinggal hanyalah sebiji nangka, seekor tupai dan 4 ekor cicak kobeng yang berceloreng seperti baju askar.

"celaka!! x sempat pulak..Pe lagi, lari la.." jerit gadis itu pada tupai dan cicak-cicak di sekelilingnya.

Maka, tinggallah nangka itu sendirian. Si gadis dan haiwan-haiwan tersebut lari tak cukup tanah menuju ke teratak usang gadis tersebut.
Dalam hatinya menyumpah2 kerana keindahan yang dimiliki tadi hanya seketika. Dia sudah terlupa akan kasut kacanya walaupun ketika itu di kakinya hanya sebelah sahaja yang bersarungkan kasut kaca.

................

PRITTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT......PRIIIITTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT...
Bunyi wisel berkumandang di segenap ruang.

"Pengumuman, Dengah Titah Duli Yang Mulia Putera Karl, Barangsiapa yang kehilangan barang berharga di perkarangan istana, sila tuntut di pondok pengawal istana. Ada ganjaran menarik untuk pemiliknya.." jerit seorang pegawai istana di khalayak ramai di tengah-tengah pasar.

Orang ramai tergamam seketika.
Ada antara mereka yang berbisik-bisik sesama sendiri.

"Pe kejadahnya putera nak bagi ganjaran?? Bukan barang dia yang hilang" bisik seorang mak cik kepada rakannya.

"Barangkali putera berminat dengan benda itu" bisik rakannya kembali.

"possible..possible" balas mak cik itu.

.....................

Tidak jauh dari situ, kelihatan gadis itu duduk di jendela biliknya sambil mendengar pengumuman tersebut.

"Kau dengar itu??" si pari-pari berkata kepada gadis itu.

"Aku dengar..aku rasa pasti ia tentang kasut kacaku.." balas gadis itu.

"Jadi apa kau tunggu?? cepatlah ke sana..Barangkali kau bakal dinikahinya..seperti dongeng Cinderella.." kata si pari-pari sambil menggaru belakang badannya menggunakan tongkat sakti.

"HAHAHAAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHA" mereka ketawa sekuat hati sehingga nyaris-nyaris dibaling botol susu oleh jirannya kerana membuat anaknya terjaga.

"opss!! Terlebih sudah..hihihi.." bisik gadis itu kepada pari-pari.

....................

Kelihatan begitu ramai orang dihadapan pondok pengawal. Sekali tengok dah macam Kumpulan Baju Merah. 90% daripada mereka adalah gadis-gadis dan selebihnya disyaki anak dara tua atau janda.
Masing-masing memberi keterangan kepada pengawal tentang barang yang hilang. Ada yang mengaku hilang cawan, duit 50 sen, sandal crocs dan macam2 lagi yang hilang sampai ada yang hilang semangat pun nak menyibuk kat situ. Kini tibalah giliran gadis pemunya kasut kaca itu.

"Saudara Pengawal, pasti saudara mencari tuan punya kasut kaca kan??" tanya gadis itu kepada ketua pengawal.

"Ya betul!!!! 10 markah untuk anda..tapi bagaimana saudari tahu???" tanya pengawal itu semula.

"Heh..Heh..ni la pasangan kepada kasut yang saudara simpan itu" kata gadis itu sambil menunjukkan sebelah kasut itu kepada ketua pengawal.

"Tuanku!!!!" jerit ketua pengawal.

"Hoi, biadap..x nampak ke orang tengah makan ni??? kalau tercekik camne??" marah putera karl kepada ketua pengawal yg sentiasa gagal dlm subjek pendidikan sivik walaupun da 5 kali mengulang.

"Ampunkan patik Tuanku..Ini lah gadis empunya kasut kaca itu" sembah ketua pengawal itu kepada Putera Karl.

"Ampun Tuanku" kata gadis itu sambil melutut dihadapan tuanku.

"Oh..jadi kaulah pemiliknya...sape nama kau?" tanya Putera Karl kepada gadis itu.

"Ya Tuanku..errr..errr..Nama patik Cylar" gadis memperkenalkan dirinya pada Putera Karl.

"oooo...Cylar...hodoh sungguh nama..sama macam perangai kamu!!" jerit Putera Karl secara tiba-tiba.

Semua yang ada disitu terkejut.

"Kau ingat Istana beta ni tempat kitar semula??? kat luar istana ada tong kitar semula untuk kaca..sudahlah membuang sampah di halaman istana bila dipanggil melarikan diri pula..kau ingat ini cerita Cinderella???
Kalau pecah kan menyusahkan orang..sudahlah keluar tak minta izin..berlari pula..semua orang kau langgar...tak hormat tetamu sungguh..bla..bla...bla..." bebel Putera Karl kepada Cylar.

Kelihatan begitu murka nampaknya Putera Karl. Untuk pengetahuan, beliau adalah seorang yang sangat pembersih. Istananya mendapat gred A oleh pihak berkuasa tempatan setiap tahun.

"Maafkan patik Tuanku..isk..isk.." kata Cylar sambil menangis.

"Baiklah, oleh kerana kamu sudah meminta maaf, ini lah ganjaran kamu..".

sambil membaling baju amah istana, putera berkata,"Jadilah kau amah selamanya...hahaahahahahahahahahhahahahaha..."

.......................................................................

Di satu sudut pagar istana, ada mata sedang memerhatikan Cylar memberus longkang istana.

"Aku dah kata, jangan gedik-gedik nak tiru dongeng Cinderella..ni la padahnya.." kata cicak kepada pari-pari.

Pari-pari tunduk malu.

"Raja adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah" kata si tupai perlahan.

KUKK!!

"Bodoh!! Kesetiaan ko pada raja dan negara mane????" marah pari-pari pada tupai yang sedang berguling menahan kesakitan akibat diluku oleh si pari-pari.

............

"Jaga kau pari-pari...grrrrrr!!!" Cylar marah dalam hati..

5 comments:

  1. haha, kejam betul ending cite ni

  1. cite sengal!!!!
    hak99....
    ske3...=)

  1. la~~~
    nak lagi~~~

    heh...baru nak best2.

  1. Lawak .. kusangkakan ending cerita nie sama macam cinderella .. rupanya , sebaliknya :)

  1. lawak doewh...haha...ingat dapat kawen ngan putera raja,rupanya jadi amah je...

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini