rss

KOKOK ayam jantan mengejutkan Amirulshah dari tidur. Dia menolak gebar yang menyelimuti tubuh lalu berjalan ke arah jendela. Daun jendela dikuak. Serta-merta angin pagi berpusu-pusu menyapa wajahnya. Terasa segar dan dingin. Langit masih gelap. Bintang-bintang bergelantungan disepuh cahaya rembulan yang semakin pudar sinarnya. Amirulshah mengangkat kedua-dua tangan tinggi ke udara sambil melakukan sedikit regangan. Selepas itu, dia kembali semula ke tilam empuk, mengemas cadar dan melipat gebar. Kemudian, dia melangkah keluar dari kamar menuju ke bilik mandi yang terletak di dapur. Ruang dapur terang disinari cahaya lampu kalimantang. Pasti emaknya sudah bangun. Biasanya hari minggu begini, emaknya akan membuat nasi lemak untuk dijual.

“Assalammualaikum mak,” tegur Amirulshah.

“Waalaikummussalam. Awal kamu bangun hari ni?” tanya Mak Limah.

“Ada urusan dengan Tauke Wong pagi ni. Kelapa-kelapa yang digait semalam dia nak angkut pukul lapan nanti,” jelas Amirulshah.

“Banyak kelapanya?”

“Adalah sikit mak. Pokok-pokok kelapa kat dusun tu bukannya banyak sangat. Tak sampai sepuluh pokok pun. Tapi, lepaslah duit belanja harian,” ujar Amirulshah.

“Hah, jadi kamu ke bandar hari ni?” soal Mak Limah.

“Jadi mak. Shah dah janji dengan Mat nak ke pejabat RISDA. Pokok-pokok getah di kebun tu banyak yang dah tua. Boleh ditebang dan tanam yang baru,” jawab Amirulshah.

Mak Limah tekun membersihkan daun pisang untuk dijadikan alas nasi lemaknya. Amirulshah berlalu ke bilik mandi. Dia mengambil wuduk. Selepas itu, dia naik ke biliknya semula. Usai solat Subuh, dia bersiap untuk ke dusun. Masih ada satu jam setengah sebelum pukul lapan pagi. Nampaknya hari ini akan menjadi satu hari yang sibuk buatnya.

* * * * *

PULANG dari pejabat RISDA, Amirulshah terus ke dusun buahnya. Pohon-pohon rambutan dan mangga mula berbunga. Tak lama lagi dapatlah dia hasilnya. Amirulshah melepaskan penat di bangsal yang dibina di tengah-tengah dusun itu. Dia termenung panjang. Sejak kematian ayahnya dua tahun lepas, hidupnya banyak berubah. Dia perlu meneruskan kerja-kerja ayahnya yang tertangguh. Kebun getah di hilir kampung, dusun buahan dan kolam ikan air tawar di baruh. Semua milik ayahnya yang memang rajin bekerja bahkan itulah sumber pendapatan mereka sekeluarga sejak dulu.

Cuma, yang dia kesalkan adalah tindakannya dahulu. Tindakan yang membuatkan masa depannya sekelam-kelam gelap malam. Selepas dikeluarkan dari pusat pemulihan beberapa bulan yang lepas, dia kembali dengan tekad baru. Hidup perlu diteruskan. Tidak ada gunanya mengenang kisah silam yang pahit. Dia kini punya tanggungjawab yang berat. Tanggungjawab terhadap emaknya, kedua-dua adiknya dan tanggungjawab terhadap dirinya sendiri.

“Woi, jauh berangan?” sapa Mat, rakan baiknya.

Amirulshah tersentak. Dia tersengih memandang wajah rakannya itu. Sejak sekolah hingga sekarang, Mat memang setia dengannya. Hanya Mat yang berada di sisi setelah dipulau oleh orang kampung. Kebaikan kawannya itu memang tidak mampu dibalas.

“Macam mana dengan cadangan pihak RISDA tadi? Kau setuju?” tanya Mat setelah mengambil tempat di sebelah rakannya.

“Entahlah, aku tak fikirkan lagi. Tapi, kalau baik, aku ikut aja. Kau agak macam mana?”

“Aku rasa baik juga kalau kau jual kebun getah tu. Duitnya kau boleh laburkan pada benda lain. Buka kedai runcit barangkali. Kampung kita ni kau tahu sajalah, kedai Pak Kassim tu sebiji je yang ada. Letak harga mencekik darah,” rungut Mat, siap dengan mimik muka tidak puas hati.

“Tak apa ke kalau aku buka kedai runcit? Apa kata orang kampung nanti?” tanya Amirulshah.

“Kau buat kerja halal. Bukannya kau mencuri pun. Mula-mula memang orang pandang serong. Lama-lama nanti okeylah,” ujar Mat.

Cadangan rakannya itu membuatkan Amirulshah berfikir. Ada betulnya juga kata rakannya itu. Nantilah, dia akan berbincang dengan emaknya. Andai emaknya setuju, dia akan usahakan.

* * * * *

RAIHANA baru lepas pulang dari mengajar di sekolah. Dia merebahkan tubuhnya ke atas tilam. Beg bimbit dicampakkan ke sebelah. Terasa penat mengajar sehari suntuk. Namun, sudah menjadi tugasnya sebagai seorang guru untuk mendidik anak watan negara agar menjadi seorang yang berilmu dan berakhlak mulia. Dia masih ingat bagaimana kuatnya tentangan mamanya sewaktu dia ditugaskan bekerja di kawasan pedalaman ini.

“Mama tak setuju! Boleh ke Hana hidup bergelumang dengan lumpur, pacat, lembu, kambing dan entah apa-apa lagi kat kampung tu? Mama tak sanggup. Ei... jijik!” luah Puan Sri Hartini.

Raihana melepaskan keluhan. Fikirnya, papa dan mama akan memberi sepenuh sokongan tapi lain pula jadinya.

“Mama, Hana jadi cikgu, bukannya pekebun. Lagipun, kampung sekarang bukannya macam dulu. Kampung sekarang dah ada elektrik dan air. Tak payah nak mandi sungai atau perigi lagi,” bidas Raihana.

“Mama tetap tak benarkan! Hana boleh kerja dengan papa. Buat apa nak mengajar kat ceruk tu? Banyak lagi sekolah kat bandar ni yang Hana boleh mengajar,”

“Ma, Hana punya tanggungjawab yang besar. Sekolah di kampung tu kekurangan cikgu. Kalau semua cikgu berfikiran macam mama, bagaimana nasib budak-budak sekolah kat kampung tu? Takkan selama-lama dia orang nak kerja toreh getah, banting padi dan tanam jagung? Mereka harus didedahkan dengan dunia luar supaya pemikiran mereka berkembang,” jelas Raihana.

“Walau apa pun yang kamu cakap, mama tetap tak setuju!” tegas Puan Sri Hartini.

Raihana tersenyum apabila mengenang semula pertingkahan dengan mamanya dahulu. Dia bersyukur, papanya seorang yang berfikiran terbuka. Tidak seperti mamanya. Dan atas sokongan papanya dia berada di sini. Di Kampung Pondoi, Tampin dan mengajar di Sekolah Kebangsaan Tebong. Segala kemewahan di Kuala Lumpur ditinggalkan atas dasar tanggungjawab.

“Assalammualaikum, Hana!” terdengar namanya dilaung.

Raihana bingkas bangun. Dia kenal suara itu. Pantas dia berlari anak, keluar dari biliknya.

“Waalaikummussalam, Shah. Ada apa?” tanya Raihana lalu melangkah menuruni anak tangga ke halaman rumah.

“Baru balik mengajar ke?”

Raihana menganggukkan kepalanya. Wajah bersih lelaki itu ditatap. Rindu di dada terlerai sudah. Tidak dinafikan, ada sayang yang terbit jauh di lubuk hati untuk lelaki ini. Walaupun baru beberapa bulan mengajar di kampung ini, Amirulshahlah orang yang paling rapat dengannya. Lelaki ini begitu memahami dan penyayang orangnya. Raihana tahu kisah silam Amirulshah. Lelaki itu tidak segan menceritakannya pada Raihana sewaktu perkenalan pertama mereka.

“Siapa yang datang tu Hana?” soal Kak Zura, ibu saudaranya.

“Shah, kak,” jawab Raihana.

“Kenapa tak ajak masuk?”

Raihana memandang Amirulshah. Lelaki itu melemparkan senyuman. Hati Raihana diterpa debar.

“Tak apa. Saya sekejap je. Ni, mak ada buat kuih karipap sikit,” ujar Amirulshah.

“Terima kasih. Rajin betul Makcik Limah ya,” balas Raihana.

“Okeylah, Shah balik dulu,”

“Em, sampaikan salam saya pada mak awak. Hati-hati ya,” ujar Raihana.

Langkah kaki Amirulshah diperhatikan sehingga bayang lelaki itu hilang dari pandangan. Rindu mula menyapa. Dalam hati ada getar yang menjengah. Oh, apakah diri ini sudah dilamun cinta?

* * * * *

“APA pendapat mak?” Amirulshah bertanya pada emaknya.

“Suka hati kamulah Shah, mak ikut aja. Asalkan kerja yang halal. Kamu dah fikir masak-masak?”

“Dah mak. Mat akan tolong Shah. Kiranya dia akan jadi rakan kongsi Shah,” jawab Amirulshah.

“Berapa ribu RISDA nak beli tanah kebun tu?” Mak Limah bertanya.

“Banyak juga mak. Rancang Shah, lepas buka kedai runcit tu, Shah nak beli kereta. Kereta terpakai je. Bayar bulan-bulan. Senang nak ke bandar ambil barang-barang runcit,” cadang Amirulshah.

Mak Limah menganggukan kepala. Hasrat anaknya untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan amat disokong. Cuma, dia takut, apa pula kata orang kampung? Pak Kassim tentu naik angin!

“Oh ya, mak. Pokok rambutan dan mangga kat dusun tu dah berbunga. Hasilnya boleh dijual di pekan. Kebun sayur kat belakang tu, Shah ingat nak besarkan. Boleh tanam banyak sikit sayur. Nanti, boleh dijual di pasar,”

“Amboi, bersemangat sungguh anak mak ni! Shah, walau sesibuk mana pun kita mengejar harta dunia, akhirat jangan dilupa,” pesan Mak Limah.

“Shah ingat mak. Insyaallah, Shah akan cuba seimbangkan urusan dunia dengan akhirat,” janji Amirulshah.

* * * * *

SEBULAN berlalu. Kedai runcit Amirulshah sudah hampir sembilan puluh peratus siap. Hatinya tidak sabar-sabar lagi untuk mula berniaga. Berkobar-kobar semangatnya. Dia harus menebus kesilapannya yang lalu. Dia sudah berjanji tidak akan membiarkan emaknya menderita lagi. Dia tidak akan biarkan emaknya malu. Dia harus bangkit dari kegagalan lalu.

“Bila kamu nak ambil kereta tu?” Mak Limah bertanya pada anaknya ketika mereka sedang bersarapan pagi.

“Lepas sarapan, Shah pergi dengan Mat ke bandar. Duit pendahuluannya, Shah dah bayar. RM 5000. Jadi, nak bayar bulan-bulan, tak banyak sangat,” jawab Amirulshah.

“Kereta apa kamu ambil?”

“Proton Iswara aja mak,”

Amirulshah kembali menyuap mee goreng ke dalam mulut. Mak Limah bergerak ke tandas sebentar. Adiknya yang bongsu, Hidayah, sedang menyidai kain di halaman. Tahun ini adiknya itu akan mengambil peperiksaan SPM. Azrul pula masih menuntut di UiTM Segamat dalam jurusan perakaunan. Sudah masuk tahun kedua, semester keempat.

Amirulshah amat berharap adik-adiknya berjaya dalam hidup dan tidak mengulangi kesilapan yang telah dia lakukan.

“Shah! Shah!” Mat menjerit memanggil nama rakan baiknya itu sekaligus membuatkan Amirulshah sedikit tersentak.

“Hah, Mat, kenapa? Macam dikejar anjing saja,”

“Ke... kedai! Kedai!” ujar Mat dalam nafas yang tercungap-cungap.

“Kenapa dengan kedai?” Amirulshah bertanya gusar.

“Jom, cepat!” arah Mat.

“Kenapa bang?” soal Hidayah.

“Cakap kat mak, abang ke kedai kejap,” pesan Amirulshah.

Mereka berdua segera berlari menuju ke bangunan kedai runcit yang terletak tidak jauh dari rumah Amirulshah. Hati Amirulshah berasa tidak enak. Tidak putus-putus dia berdoa agar tiada perkara yang buruk berlaku. Hampir sepuluh minit berlari, mereka tiba. Bulat mata Amirulshah memandang keadaan kedainya.

“Ya Allah!”

* * * * *

RUANG tamu rumah papan itu diselubungi kemurungan. Mak Limah simpati melihat keadaan anaknya. Manusia, tak akan lari dari sikap dengki dan khianat. Anaknya itu baru saja hendak bertatih, sudah jatuh merundum.

“Ni mesti kerja Pak Kassim! Aku yakin, ni semua dia punya kerja! Dia takut kedai dia lingkup!” Mat bersuara penuh amarah.

“Sabar Mat, tak baik tuduh sebarangan,” ujar Amirulshah sayu.

“Kau ni baik sangat! Kalau aku, dah lama aku serang orang tua tak sedar dek untung tu. Dah tua-tua pun nak buat kerja terkutuk macam ni!”

“Sabar Mat, kita tak boleh tuduh Pak Kassim yang buat. Kita tak ada bukti,” bicara Amirulshah.

“Argh!!!” Mat mendengus.

Mak Limah hanya mampu memerhati. Dia yakin, hati anaknya sedang dilanda amarah tapi cuba dikawal. Anaknya tahu membezakan yang baik dengan yang buruk. Mak Limah tahu anaknya tidak akan melakukan tindakan yang akan memudaratkan dirinya sendiri.

“Habis, apa kita nak buat sekarang?” soal Mat.

“Cat semula dinding yang kena conteng tu. Papan tanda yang patah tu, kita buat yang baru,” jawab Amirulshah.

“Tapi, bukan sikit kosnya,” bidas Mat.

“Duit lebihan hasil jual tanah tu ada lagi sikit. Bolehlah tampung apa yang patut,”

“Tapi, duit tu kan untuk beli benih sayur dan buat pagar kawat besi,” Mat membantah.

“Tak apa, hal tu boleh tangguhkan. Kedai runcit tu harus siap tepat pada masanya. Barang-barang akan sampai tak lama lagi,” Amirulshah bersuara tenang.

Mat memandang wajah rakannya yang begitu tenang. Biasalah, adat berniaga, pasti ada jatuh bangunnya...

* * * * *

“AMBOI, kaya kau sekarang ya, Limah,” usik Mak Eton.

“Kaya apanya Eton, biasa aja,” jawab Mak Limah, merendah diri.

“Tu, anak kau si Shah tu dah pakai kereta sekarang. Kerja apa?”

Mak Limah diam. Dia sibuk memilih ikan tenggiri yang dibawa oleh lori Ah Seng. Cadangnya hendak masak lemak saja untuk makan tengah hari nanti.

“Aku ni bukan apa Limah. Kita pun dah lama kenal, kalau orang cakap-cakap belakang tentang kau, aku terasa juga. Kata orang, cubit peha kanan, peha kiri terasa sama,” ujar Mak Eton.

Mak Limah tersentak. Apa pula yang cuba disampaikan oleh si Eton ni? Ada resah mengintai di sebalik tangkai hatinya.

“Apa yang kau cakap ni Eton?”

“Bukan aku cakap, tapi aku ada dengar yang anak kau masih dengan kerja lama dia. Sebab tu dapat beli kereta,” beritahu Mak Eton.

“Masyaallah!” Mak Limah menekup mulutnya

“Fitnah tu Eton! Fitnah! Anak aku beli kereta tu guna duit hasil jual kebun getah kat hilir kampung tu. Anak aku dah tak buat kerja keji macam dulu,” Mak Limah mempertahankan anaknya.

“Manalah tahu. Nak ubah perangai orang ni bukan senang. Kalau dah pencuri tu, orang tetap ingat dia pencuri sampai bila-bila,” sindir Mak Eton.

“Apa maksud kau Eton?”

“Yalah, kalau dah terlibat dengan dadah, susah nak tinggal,”

Pang!! Lima anak jari Mak Limah melekap di pipi Mak Eton. Mak Eton terpana. Dia meraba-raba pipinya yang terasa perit.

“Tutup mulut kau Eton! Aku lebih kenal anak aku dari kau dan orang kampung! Jangan korang pandai-pandai nak nilai anak aku baik ke tidak!” tengking Mak Limah lalu pergi dari situ.

Ikan tenggiri yang diambilnya tadi diletakkan semula di dalam bekasnya. Ah Seng yang melihat hanya terpegun tanpa bicara. Hati Mak Limah meluap-luap bagai gunung berapi yang akan memuntahkan laharnya pada bila-bila masa.

* * * * *

“KAU cakap betul-betul dengan mak! Dari mana kau dapat duit beli kereta tu?”

Amirulshah tersentak mendengar suara emaknya yang melengking kuat. Dia hairan melihat emaknya yang tiba-tiba naik angin itu.

“Mak, kenapa ni?”

“Dari mana kau dapat duit beli kereta tu hah? Cakap?” desak Mak Limah.

“Duit hasil jual kebun getah tulah,” jawab Amirulshah, jujur.

“Kau jangan nak menipu mak! Cakap betul-betul!”

“Sumpah mak! Demi Allah! Shah beli kereta tu guna duit hasil jual kebun getah tu. Mak, apa yang mak dengar ni?”

Mak Limah terkesima. Dia mula teresak-esak. Dia tidak patut menuduh anaknya. Seharusnya, dia percayakan anaknya itu. Ibu jenis apakah dia ini? Tidak percaya anak sendiri.

“Ma... maafkan mak. Mak... mak tak percayakan kamu,” ujar Mak Limah.

Amirulshah memegang tangan emaknya lembut. Dia menyapu air mata yang mengalir di pipi emaknya dengan jemarinya.

“Mak, Shah takkan buat perkara yang memalukan mak dan keluarga kita lagi. Shah dah berubah mak. Bukan ke Shah dah janji akan bahagiakan mak dan keluarga kita?” ujar Amirulshah.

Kali ini air mata Mak Limah deras mengalir. Amirulshah ditarik ke dalam pelukannya.

“Maafkan mak nak, maafkan mak...”

* * * * *

“API! API!” teriak seorang penduduk kampung.

“Kenapa Pak Ali?” tanya Amirulshah yang baru balik dari bandar mengambil stok barangan kedai runcitnya.

“Rumah Pak Kassim terbakar!”

“Ya Allah, dah telefon bomba?”

“Belum. Pakcik baru nak pergi telefon ni,” ujar Pak Ali.

“Tak apa, biar saya yang telefon. Pak Ali naiklah kereta saya,” Amirulshah mempelawa.

Amirulshah mengeluarkan telefon bimbit dari saku seluarnya. Dia mendail nombor telefon bomba yang berdekatan. Kemudian, dia terus memandu ke rumah Pak Kassim.

Kelihatan api menjulang dengan maraknya. Orang ramai sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran namun tidak berjaya. Mak Eton sudah menjerit-jerit melihat rumahnya rakus disambar api.

“Anak aku! Anak aku!”

Mendengar jeritan Mak Eton, Amirulshah pantas berlari masuk ke dalam rumah yang sedang terbakar itu. Raihana yang kebetulan berada di tempat kejadian segera berlari memberitahu Mak Limah. Mak Limah hampir pengsan apabila mendengar Amirulshah merempuh masuk dalam rumah yang sedang marak terbakar itu.

“Ya Allah! Selamatkanlah anakku dari segala bahaya,” doa Mak Limah.

* * * * *

RUMAH Pak Kassim hangus dijilat api. Semuanya kerana berlaku litar pintas dalam rumahnya. Syukur, tiada kehilangan nyawa dilaporkan. Anak kecil Mak Eton berjaya diselamatkan oleh Amirulshah. Amirulshah pula mengalami cedera ringan. Pak Kassim tidak putus-putus meminta maaf pada Amirulshah. Tepat sekali tekaan Mat dulu. Pak Kassimlah yang menconteng dinding kedai runcitnya dengan kata-kata kesat dan perkataan yang tidak sepatutnya. Pak Kassim jugalah yang mengupah orang meruntuhkan papan tanda kedainya. Amirulshah tidak mampu berbuat apa melainkan memberi kemaafan pada lelaki itu. Tiada guna berdendam sesama manusia.

* * * * *

MASA begitu pantas berlalu. Sudah lima tahun dia berkecimpung dalam perniagaan kedai runcit itu. Kedai yang dahulunya kecil, kini telah menjadi sebuah pasaraya. Bukan satu, tapi sudah tiga cawangan dibuka di sekitar daerah Tampin. Semuanya berkat usaha gigih dan restu Ilahi. Kebun sayur di belakang rumah sudah diganti dengan tanaman komersial seperti buah naga dan tembikai. Pokok-pokok rambutan dan mangga di dusun, masih setia mengeluarkan hasil. Kolam ikan juga sudah diperbesarkan. Amirulshah kembali mengenang kisah hidupnya dahulu. Seorang bekas penangih yang dipandang hina oleh masyarakat, kini telah menjadi pengusaha pasaraya yang berjaya. Siapa sangka? Takdir Ilahi tiada siapa mampu menduga. Allah itu Maha Adil. Andai berusaha, pasti kejayaan ditempa.

“Jauh termenung?” sapa isterinya, Raihana.

“Abang cuma teringat kisah dulu. Semuanya rasa macam mimpi,” ujar Amirulshah,

“Mimpi yang menjadi kenyataan,” sambung Raihana.

“Hakimi dah tidur?”

“Baru je Hana tidurkan dia. Sejak dah pandai merangkak ni, lasak betul dia tu,” rungut Raihana.

Amirulshah tergelak kecil. Dia gembira. Kini dia sudah punya segalanya dalam hidup. Pendapatan yang tetap, keluarga yang bahagia dan kenangan yang terindah! Mimpi itu pasti dapat digapai andai apabila sedar nanti, ada usaha yang disulam dengan kesabaran.



“Argh…. Woi Izwan aku tidur dulu la. Mengantuk ni,” kata Faril. “Letih satu hari main air.”

 “Kalau nak tidur, swtich off la lampu tu.” balas Izwan “Aku bukan nak guna pun. Aku surf internet je,”

 “Kau surf apa tu? Ada apa – apa yang menarik ke kat situ?” kata Faril semasa menuju ke katilnya. Dia telah seminggu bersama keluarga Izwan, iaitu sepupunya di Langkawi semenjak tamat peperiksaan PMR.

 “Takde apa – apa la. Aku saja cari cara – cara nak mengorat. Tapi tak jumpa pun. Eh… kau kata kau ada awek dulu? Macam mana kau mengorat aaa? Ajar la aku wei…” kata Izwan cuba mengajak Faril berbual.

 “Takde la.” jawab Faril ringkas. “Aku mana ada awek…” sambungnya lagi. 

 “Hari tu kan ada kau kata ada kau suka dekat seorang budak perempuan?” Soal Izwan.

 “Ye la… tapi dia bukan awek aku pun.” Faril menyambung lagi. “Aku mana la reti nak mengorat orang. Apesal ko tanya?”

“Cuba kau cerita kisah kau tu.” Kata Izwan. “Mana la tau kot – kot aku boleh belajar ke sesuatu.

 “Argh! Malas la aku nak bagitau, bukan penting pun.” Faril menjawab. “Yang kau nak belajar mengorat ni apasal? Dah ada sesapa ke?

 “Takde la… aku mana ada.” Izwan memberi penjelasan. “Bukan apa, next year kan aku pindah sekolah, mana la tau aku boleh jumpa sorang yang boleh dijadikan awek ke…”

 Next year pun aku pindah sekolah.” Faril turut menceritakan halnya. “Dan kau tau, sekolah yang aku nak pergi nanti ada budak yang aku suka tu! Haha! Bestnye!”

 “Waa… best la kau, boleh jumpa dia balik. Nanti ada chance nak mengorat, hehe…” Izwan cuba mengajak Faril berbual. “Apa – apa pun kau cerita la dulu. Aku nak dengar experience kau…”

 “Ok la, ok la… aku cerita.” Senyum Faril sambil terkenang masa lalu. “Err… mula – mula kita orang berkenalan kat sekolah rendah. Dan ianya bermula macam ni…”

<<< HARI PERTAMA JADI DARJAH 3 >>>
“Ok... murid – mirid sila diam.” Kata Puan Narina, guru kelas 3 Hebat. “Sekarang cikgu nak agih – agihkan kamu semua mengikut kumpulan.”

 “Aiman, kau rasa kita satu group ke kali ni?” Soal Faril kepada Aiman. Mereka sebenarnya telah bersahabat semenjak tadika lagi.

 “Entah la, aku pun tak tau.” Jawab Aiman. “Nanti kalau tak sama tempat, kita try la mintak kat cikgu kata kita nak duk segroup.”

 Selang beberapa minit kemudian, Faril dan Aiman terdengar nama mereka dipanggil.

 “Aiman, Asyraf, Syana, Zura, Faril dan Hazir, kamu semua duduk dalam satu kumpulan.” Kata Puan Narina. “Meja kumpulan kamu dekat depan sana.”

 “Yes! Dapat satu kumpulan! ”Teriak Faril kepada Aiman” Haha! bestnye! Wei... nanti ajar aku lagi ye macam tahun lepas.”

 “Haha... ia la tu.” Kata Aiman 

 “Eh... kau duduk kat depan aku ye.” Faril mengajak Aiman. “Aku nak duduk kat depan sekali senang nak salin.”

“Ok. No problem.” Jawab Aiman setuju.

 Hari itu berlalu tanpa sebarang pembelajaran. Semua murid sibuk bergotong – royong membersihkan kelas masing – masing.

 “Hai... sape nama?” tegur seorang murid yang berada disebelah Faril.” Nama saya Nur Zura Syamin. Boleh panggil saya Zura.

 “Hai... nama saya Faril Qiral Ridzuan.” Jawab Faril. Panggil saya Faril. Kau dulu duk kat kelas mana?”

 “Kita kelas sama la tahun lepas.” Kata Zura sambil tersenyum. “Kenapa?”

 “Aaa... takde apa – apa.” Kata Faril kehairanan. “Aku tak perasan kot.”

 Belum sempat Zura memanjangkan perbualan, Faril cepat – cepat keluar dari kelas seperti tidak selesa dengan perbualan mereka itu.

 Semasa di dalam tandas, dia berkata sendirian. “Emm... cute giler budak Zura tu...” Kata Faril di dalam hati. “Best la aku nanti, dapat belajar dengan budak yang cute macam dia, haha... Tapi kenapa aku tak boleh tengok muka dia aaa? Rasa malu semacam je...”
<<<>>>

“Kau tau, masa aku tengok muka dia, mesti tertengok tepat kat mata.” Kata Faril. “Aku cuba nak buat macam biasa je, tapi tak dapat. Haha”

 “Hehe... Biasa la tu.” Izwan ketawa. “Memang macam tu kalau kita suka kat seseorang. Even kita nak buat slumber, kita still tak boleh.

 “Ai... Kata tak tau pasal bab – bab macam ni.” Sindir Faril. “Ada pengalaman ke?”

 “Aha ada.” balas Izwan sambil tersenyum. “Dulu aku ada suka kat sorang, tapi malangnya kami ditakdirkan memang takkan bersama.”

 “Yek? Sape?” Soal Faril.

 “Haha malu aku nak cakap.” sambung Izwan lagi. “Haha! cikgu aku! Jangan terkejut.”

 “Hoi! Biar benar kau ni!” Faril berteriak. “Kau giler ke ha? Ada ke minat kat cikgu.

 “Ala takde dah sekarang.”  Izwan mengubah tajuk. Cikgu tu pun dah pindah. Cepat la cerita lagi cerita kau tu.

 “Emm... Apa lagi yea moment aku dengan Zura aaa?” Faril berfikir jauh. Aaa... Ingat dah. Masa kelas muzik...”

<<< SEMASA KELAS MUSIK >>>
“Baik sekarang ni semua salin apa yang cikgu tulis kat depan ni.” kata Cik Husni, guru muzik mereka.

 “Alamak! Panjangnya... malas aku nak salin” Kata Faril kepada Aiman. “Mampus letih tangan ni.”

 Aiman hanya ketawa kecil. Dalam masa yang sama, Zura berkata, “Biasa la tu... salin la slow – slow.”

 “Eh... Zura ni, dah la cute, baik, pandai, rajin pulak tu.” Kata Faril dalam hati. Dia masih tidak berani berbual dengan Zura kerana berasa segan. “Jealous aku...” Sekali lagi katanya didalam hati.

 Setelah hampir tamat kelas, tiba – tiba Zura membisikan sesuatu kepada Faril.

 “Faril... kau cuba tengok tu, wayar tu. Bahaya kalau kena cikgu tu.” Bisik Zura kepada Faril.

 “Aaa? Mana?” Soal Faril.

 “Tu...” Kata Zura lagi. “Nampak tak?

 “Aaa? Tak nampak pun” jawab Faril sambil mengerutkan dahinya.
<<<>>>

“Eh result kau masa exam darjah tiga tu ok ke, or bodoh tak habis – habis macam sekarang?” Soal Izwan lagi.

 “Wei... Takde la bodoh sgt aku ni” Jelas Faril.”Group kami, results semua gempak. Aiman dapat nombor satu, Asyraf dapat nombor dua, Zura dapat nombor empat and aku nombor lima.” Sambung Faril lagi.

 Ooo… Sekarang Zura study kat mana aaa?” Soal Izwan pula.

  “Dia sekarang study kat Sekolah Menengah Tun Maher.” Jawab Faril. 
 Ooo.. Lepas tu apa jadi? Sambung Izwan bertanya.

 “Lepas tu? Emm… apa ye?” Faril mengerut – ngerutkan dahinya. “Hah! Aku dah ingat dah. Ada satu hari tu, seorang budak kelas aku duk kacau Zura, biasa la, dia kan cute. Dan lama - lama, satu hari tu Zura bagitau kat bapak dia pasal hal tu.

<<>>
“Heh… awal kau datang hari ni.” Kata Azri, rakan sekelas Faril. “Kau dah siap dah kerja sekolah semalam?”

 “Aku dah siap dah” Jawab Faril tenang. “Kau tak siap lagi ke? Eh kau kata nak cari belalang kat padang pagi ni, jom la!”

 “Aku malas la.” Balas Azri. “Hari ni kan aku bertugas, nanti tak bertugas kena marah pulak.”Sambil memegang penyapu.

 Sejurus kemudian, mereka nampak Zura datang ke kelas bersama – sama seorang lelaki dewasa.

 “Eh… tu sape tu, yang datang dengan Zura tu?” Bisik Faril. “Ayah dia ke aaa?”

 “Entah… yea kot.” Jawab Azri ringkas. “Tapi apasal dia datang sekolah aaa?”

 Encik Syamin, bapa Zura terus pergi ke meja Sazlafi, meja murid yang paling nakal dalam 3 Hebat.

 “Kamu ni Salafi kan?” Soal Encik Syamin.

 “Ye” Jawab Salafi ringkas. “Kenapa?”

 “Zura kata kamu ada kacau dia.” Kata encik Syamin tegas.

“Pak cik bukan nak marah kamu, tapi kamu semua kan kecik lagi. Belajar dulu la ye. Jangan main banyak sangat. Nanti, kamu boleh tak janji kat pak cik, kamu tak kacau lagi Zura?”

 “Aaa… saya tak kacau dia.” Jawab Sazlafi takut.

 “Ok, kalau macam tu, pak cik balik dulu yea.” Kata Encik Syamin sebelum pergi.

 Selapas beberapa ketika, bayang Encik Syamin tidak lagi kelihatan.

 “Alah… macam anak dia best sangat.” Kata Sazlafi mengejek.

 “Haha… padan muka Sazlafi, kena marah.” Kata Faril di dalam hati. “Eh… kau nampak ke bila Sazlafi tu kacau Zura?” Soal Faril kepada Azri.

 “Emm… selalu.” Kata Azri ringkas. “Aku duk nampak dia duk tegur – tegur Zura, macam nak mengorat. Banyak kali pulak tu.”

 “Hah! Tak guna!” Kata Faril di dalam hati sambil memandang Salafi.
<<<>>>

Lepas tu masa aku darjah 4, aku dah tak segroup dengan Zura dan budak –budak lain. Semua dah berpisah.”

 “Berpisah? Pindah sekolah ke?” Soal Izwan lagi.

 “Eh takde la. “Jawab Faril cepat. “bukan berpisah sekolah la, kelas pun tak berpisah, Cuma group je dah takde. And masa tu aku pun makin lama makin jarang la nak tegur dia. Tapi masa darjah 6 aku try nak rapatkan balik dengan Zura. Itu pun hujung – hujung tahun, masa dekat nak UPSR.”

 “Yek… lama jugak tu, 2 tahun setengah tu.” Izwan memberi kesimpulan. “Lepas tu, macam mana cerita kau masa darjah enam aaa?

 “Masa darjah enam tu, antara perkara yang aku panas dengar ialah gossip Zura dengan Hazril. Kata Faril dengan nada yang agak keras. Argh!!! Benci aku mendengarnya! Tiap – tiap hari budak – budak kelas asyik duk gossip diorang.

<<>>
 “Alamak mampus aku, dah lambat ni.” Kata Faril perlahan. “Dah la hari ni aku kena baca doa kat atas, mampus.”

 Faril bangun lewat pada hari tersebut, tergesa – gesa datang ke sekolah. Ketika itu, semua murid sudah bersedia beratur di luar kelas untuk mengamainkan bacaan doa bersama – sama.

 “Woi Faril! Sini la” Jerit kawan sekelasnya, Kamal. “Itu kelas darjah lima la woi!”

 “Hah! Kelas darjah lima” Kata Faril terkejut. “Hadui… malu – malu. Semua orang tengok.” Katanya lagi di dalam hati.

 Faril dengan segera berlari ke kelasnya.

 “Apa la!” Sindir Kamal. “Kelas sendiri pun tak ingat.”

 “Woi… aku naik atas jap, baca doa.” Kata Faril tergesa – gesa.

 “Eh – eh… tak payah la.” Kata Kamal tenang. “Pak Lang dah naik atas. Dia ganti kau hari ni.”

 “Fuh! Selamat” Faril lega. “Tapi sapa…”

 Belum sempat Faril bertanya siapakah Pak Lang, dia bacaan doa telah dimulakan.
Sejurus tamat bacaan doa semua murid masuk ke kelas masing – masing. Tidak lama kemudian sesi pembelajaran seperti biasa. Kemudian masa yang ditunggu – tunggu kebanyakkan murid telah tiba iaitu waktu rehat.

 “Woi Pak Lang!” Jerit salah seorang murid 6 Aman kepada Hazril. “Nak gi makan dengan Mak Lang ke tu?”

 Hazril tidak menjawab apa – apa tetapi dia tersenyum.

 “Wei Kamal, apasal korang panggil Hazril tu Pak Lang aaa?” Soal Faril ketika melihat Kamal menuju keluar.

 “La… kau tak tahu ke?” Kata Kamal sambil tersenyum. “Dia tu ada gossip dengan sorang budak…”

 “Dengan sapa” Soal Faril ingin tahu.

 “Apa la kau ni lembab sangat.” Kutuk Kamal. “Dengan Zura la.”

 Setelah mendengar tersebut, Faril tidak lagi bertanya. Dia seakan – akan terkejut. Semenjak dari peristiwa tersebut, Faril turut bersama kawan – kawan yang lain mengusik Hazril dan Zura dengan nama jolokan mereka “Pak Lang dan Mak Lang.”

 “Hai… pelik betul la.” Rungut Faril dalam hati. “Macam mana Hazril tu boleh bercouple pulak dengan Zura tu. Cam tak logic je” Takpe – takpe, satu hari nanti aku mesti tanya Hazril macam mana diorang boleh bercouple.”
<<<>>>

“Argh…. Lega betul dapat minum air ni.” Kata Faril Sambil tersenyum. “ Ni kau punya pasal la langsung aku dahaga. Mengantuk pun dah hilang.

 “Ala… lepak la.” Pujuk Izwan. “Kita bukan ada sekolah pun esok! Ni la masa nak enjoy! Tau tak, Enjoy!!!”

 “Hah… pandai la kau enjoy.” Sindir Faril. “Aku yang cerita, kau yang dengar. Aku yang letih, kau yang seronok.”

 “Ala… relax la.” Kata Izwan. “Aku saja melawak je, takkan marah kot. Ok cepat la sambung lagi…”

 “Ok… “ Sambung Faril “Lepas tu, satu hari tu, aku ada satu kem motivasi 2 hari 1 malam. And nak jadi cerita, aku satu khemah dengan Hazril.”

<<>>
“Wei malam ni kita duduk dalam satu khemah ye.” Kata Faril kepada Kamal dan Hazril.
 Faril sengaja mengambil peluang ini untuk bertanya Hazril bagaimanakah gossip antara Hazril dan Zura berlaku,

 “Kau nak datang sekolah pukul berapa?” Soal Hazril. “Aku tak kisah kalau kau nak duk sekali. Aku boleh je.”

 “Tengok la, lepas sembahyang Jumaat.” Kata Faril tersenyum. “Dalam pukul 3.30 kita start pasang khemah. Kamal, macam mana? Sekali ke?”

 “Aaa… ok jugak tu.” Kata Kamal sambil tersengih. “Aku bukan ada pun khemah.”

 “Emm… kalau macam tu, korang datang dalam pukul 3.15. Tolong aku pasang khemah.” Faril membuat keputusan.

 Jam tepat menunjukkan 3.15 petang. Faril sudah lama bersiap sedia untuk bertolak ke sekolah.

 “Woi! Sini!” Jerit Kamal dari seberang padang. “Kat sini kosong.”

 Faril dengan segera pergi ke sana dan memasang khemah mereka.

Aktiviti motivasi mereka bermula selepas solat Asar. Kemudian, pada sebelah malamnya pula, mereka semua berkumpul di kantin untuk makan malam.

 “Wei... lama dah sampai sini?” Soal Faril setelah melihat Hazril berada di kantin.

 “Emm… Baru 5 minit kot.” Balas hazril. “Mana Kamal?”

 “Entah… satgi sampai la kot.” Jawab Faril. “Nak tanya sekarang ke? Nanti dia syak pulak. Kalau dia tahu, mesti dia marah.” Kata Faril di dalam hati. “Takpe la nanti aku try masa makan.”

 Walau bagaimanapun, kerana sibuk dengan pelbagai aktiviti, Faril memutuskan untuk bertanyakan hal tersebut sebelum mereka tidur.

 “Emm… awalnya Kamal tidur.” Kata Faril sambil tersenyum. Dia tidak mahu  soalan yang akan ingin ditanyai diketahui Kamal. “Kau pun dah tidur ke Hazril?

 “Belum lagi.” Jawab Hazril ringkas. “Boring giler malam ni.”

 “Aku pun boring ni.” Tambah Faril. “Eh… macam mana kau boleh bercouple dengan Zura aaa? Cuba kau cerita kat aku.”

“Emm… hahaha” Ketawa kecil Hazril. “Takde… ada satu hari tu, aku naik bas sekali dengan Zura, aku tak nampak pun dia ada kat dalam bas tu. Lepas tu tiba – tiba aku dengar loceng. Ingatkan sapa, rupanya Zura. Dia senyum kat aku, lepas tu aku senyum kat dia balik. Lepas tu, dia bye – bye pulak kat aku masa kat bawah. Aku pun bye – bye la balik. Ingat ke ada apa. Lepas tu kami terus bercouple”

 “Emm… macam tu.” Kata Faril yang buat – buat gembira. “Wei aku nak gi tandas kejap la, sejuk pulak rasanya.”

 “Ish tak logic cite dia.” kata Faril dalam hati. “Argh malas aku nak fikir. Baik duk senyap je. Nanti terbangkar rahsia aku sure malu punya. Baik aku duk diam – diam.”
<<<>>>

Faril berkata sesuatu. “Bukan apa, aku tengok Zura dengan Hazril tu bukan ada apa pun. Sembang pun tak. Macam mana nak bercouple. Tapi aku tak tau la masa lain kot – kot diorang bersembang. Entah – entah Hazril tu perasan je kot.”

 “Ye tak ye jugak.” Izwan bersetuju. “Setakat bye – bye, senyum bukannya ada maksud apa – apa. Lepas tu apa cerita?”

 “Lepas tu… Aaa.. Ada cerita menarik.” Faril tersenyum. “Best betul kelas tuition masa darjah enam.”

<<>>
 “Woi lambat datang hari ni?” Soal Asyraf sebaik nampak Faril datang ke pusat tuition.
 “Hehe… Aku tidur lambat semalam.” Kata Faril tersenyum. “Ni dalam kelas ni kelas apa ni?”

 “Entah? Kelas maths kot.” Balas Asyraf. “Dah pukul 9:50 ni, nanti start le kelas kita.”

 “Eh… Hazril, Kamal, lain – lain mana?” Soal Faril lagi.

 “Diorang duk main game kat cyber café.” Kata Asyraf. “Aku malas nak gi main. Kat rumah pun ada komputer. Kenapa, kau nak gi main ke?”

 “Emm… malas la.” Kata Faril pantas. “Aku bukan ada duit pun. Komputer pun ada kat rumah. Lain la kalau diorang nak belanja.”

 Setelah 10 minit berbual, mereka berdua masuk ke kelas untuk memulakan pelajaran mereka.

 “Eh… diorang mana?” Soal Faril kepada Asyraf. “Dah pukul 10 ni.”

 “Entah…” Asyraf menjawab ringkas. “Aku tahu Hazril, dia kata nak masuk kelas petang.”

 Sesi pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Dalam masa yang sama, guru menyuruh mereka menyalin segala nota yang tercatat di papan putih.

 “Alah… kena salin pulak” Rungut Faril kepada Asyraf. “Takpe – takpe, kena rajin sikit ni. Zura duk kat depan aku ni. Hehehe.”

 “La… pensel patah pulak dah.” Kata Faril Dalam hati. “Asyraf, kau ada pensel lebih tak? Aku punya pensel patah la.” Kata Faril perlahan kepada Asyraf.

 “Hah!? Takde la.” Kata Asyraf. “Aku ada satu pensel je.”

 Di dalam kesusahan tersebut, tiba – tiba Zura berkata sesuatu kepada Faril.

 “Kau nak pensel kan?” Soal Zura. “Nah… ambik la pensel aku ni.”

 “Aaa?” Faril seakan kaku. Faril terus mengambil pensel tersebut tanpa berkata apa – apa.

 “Chey… Awek dia bagi pensel…” Sindir Asyraf sambil tersenyum.  “Eh… takde apa – apa la.” Kata Faril perlahan. Dalam masa yang sama dia juga tersenyum. “Jangan cakap yang bukan – bukan.”

 “Yahoooo! Bestnya dapat pinjam pensel Zura.” Kata Faril dalam hati. “Yes, yes, yes!”
Faril sentiasa tersenyum di dalam kelas sehinggalah tamat waktu kelas.

 “Emm… alamak…. Apa aku nak cakap kat dia ni.” Kata Faril dalam hati. Kerisauan jelas sekali di mukanya. “Woi ni pensel kau.” Kata Faril dengan nada yang agak keras.

 “Alah… kenapa aku cakap bunyi kurang ajar giler ni…” Sekali lagi Faril berkata di dalam hati.

 Zura tidak berkata apa – apa semasa Faril memulangkan kembali pensel tersebut.

 “Hadui… langsung dah spoil!” Kata Faril menyesal. Tetapi dia masih tersenyum apabila teringat peristiwa itu.”Argh… lantak la. Malas nak fikir. Nanti aku satu hari mesti mengorat dia.”

Faril sentiasa tersenyum di dalam kelas sehinggalah tamat waktu kelas.

 “Emm… alamak…. Apa aku nak cakap kat dia ni.” Kata Faril dalam hati. Kerisauan jelas sekali di mukanya. “Woi ni pensel kau.” Kata Faril dengan nada yang agak keras.

 “Alah… kenapa aku cakap bunyi kurang ajar giler ni…” Sekali lagi Faril berkata di dalam hati.

 Zura tidak berkata apa – apa semasa Faril memulangkan kembali pensel tersebut.

 “Hadui… langsung dah spoil!” Kata Faril menyesal. Tetapi dia masih tersenyum apabila teringat peristiwa itu.”Argh… lantak la. Malas nak fikir. Nanti aku satu hari mesti mengorat dia.”
<<<>>>

Aku rasa, diorang just kawan rapat je. Tapi walau macam mana pun aku tetap jealous.”
 “Selain tu, apa lagi moment hang dengan dia?” Soal Izwan lagi yang tak pernah jemu.

 “Emm… apa ye?” Faril berfikir lama. Yang aku ingat la, aku ada selisih dengan dia kat pekan. Lepas tu, satu lagi main bola dengan dia. Haha lawak betul.”

 “Hah! Main bola?” Izwan kehairanan. “Bola sepak ke? Biar betul Faril, jangan tipu aku.”

 “Mana ada tipu, serious. “Tegas Faril sambil tersenyum, Ye la, bola sepak. Memang pelik dengar kan? Tapi tak lama pun, tak sampai seminit pun, ada orang kacau daun.

 “Hahaha, bola pun boleh main ke? Hadui… Lawak – lawak. Boleh tahan jugak kau punya cerita tu.” Izwan membuat kesimpulan. “So, tahun depan kau kan nak pindah sekolah sekali dia, kau nak mengorat dia ke?”  “Emm… entah la.” Kata Faril. “Tengok keadaan.

 Woi! Melampau kau ni. Dah pukul 1:24 dah ni. Esok nak bangun awal. Ok la aku aku tidur dulu.

 “Tido la kau, semoga bermimpi Zura. Hahaha!” Kata Izwan. Kau tutup la lampu tu, aku nak gi mandi jap.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Aku tak tahu bagaimana hendak berhadapan dengan perasaan ini. Semua dirasakan serba tak kena. Gelora walang kian berombak kencang. Sepatutnya sebagai lelaki, aku lebih teguh dan jitu menangani permasalahan hati. Namun buat julung kalinya, dalam hidup ini aku merasa kecewa yang bukan kepalang. Kelulusan yang cemerlang telah aku perolehi. Melalui zaman gemilang di universiti, menempuhi graduasi dengan bangga. Malah memiliki kerjaya yang cukup hebat di mata umum. Tetapi diriku bagai ada kekosongan. Yang takkan tertampung dek semua kejayaan terdahulu.

Adakah ini ertinya cinta tak bersyarat? Akur akan kehendak dirinya walaupun aku mungkin dilanda kecewa? Oh! Mengapa aku yang terpilih? Kenapa? Aku tak pernah meminta untuk menyintai seorang wanita hingga jatuh tersungkur seperti ini. Tak pernah! Namun benarlah kata orang, andai cinta telah mengetuk pintu hati amatlah payah untuk menghindarinya. Kerana cinta yang berkalung dalam jiwaku adalah cinta buat si dia yang amat aku kasihi. Dia mungkin saja akan memilih insan lain yang hadir selepasku dalam hidupnya, namun tak mengapa. Demi sebuah hakikat cinta, aku sedia berdiri di sini. Pasrah menunggu andai dia yang menginginkan aku pergi.

“Doktor Haliq, ada kecemasan di wad 701. Degupan jantung pesakitnya terhenti tiba-tiba,” Suara jururawat itu menyentak lamunanku.

Aku kaget namun berusaha untuk bertindak sepantas yang boleh, tiada senyuman dilemparkan buatnya. Harapnya dia faham, aku bukan sombong.

Ah sudah! Kaki ini berdetap mengatur langkah. Sedia dengan stetoskop tergantung pada leher. Deru nafasku mula berubah rentak. Rasa lain macam. Biasanya firasat sebegini mengundang akhiran yang kurang enak. Namun benakku melontar jauh segala kemungkinan ngeri itu.

Sesampainya aku di hadapan katilnya, mesin penyambung hayat telah berubah rentak. Hati mula merasakan kesayuan yang amat sangat, namun naluriku sedaya upaya menafikan hakikat yang terbentang. Ku gunakan stetoskop untuk memuaskan hati. Alat itu didekapkan pada dadanya. Sunyi. Sepi. Tiada degupan yang bergema pada deria dengarku.

Janji yang pasti dariNya, telah menjemput pesakit yang berada dalam seliaanku selama tempoh lima bulan. Pemergian warga emas berpangkat ayah ini seakan melemahkan semangatku. Bertahun merawat pesakit, dan berdepan dengan kematian menjadi perkara biasa bagiku. Tetapi sekarang, jiwa ini goyah. Mungkin pesakit yang kaku ini telah mesra dan akrab denganku. Aku perlu redha. Lumrah, apa yang hadir dalam hidup ini sekadar pinjaman. Esok lusa siapa tahu? Entah-entah tiba giliran aku untuk menyusul.

Waktu rehat yang perlu dikejar sementara khidmatku terhenti seketika, dipenuhi sekadar untuk mententeramkan minda. Apa saja makanan di kantin tidak membuka seleraku. Seteguk dua air kosong menjadi pengalas perut. Saat aku berkira-kira hendak bangun, mataku tertancap pada kelibatnya yang kian menghampiri. Dia berdiri betul-betul di hadapanku, membawa dulang berisi makanan dan secawan milo suam.

“Janganlah seksa perut walaupun awak tengah sedih,” lembut suaranya mendamaikan pendengaranku.

Wajahnya sedap dipandang mata. Seindah Nurhana, sebaris nama miliknya. Seorang jururawat senior yang telah mencuri pandanganku sejak hari pertama ditugaskan sebagai doktor pelatih. Meski dia lebih berusia, tetapi segalanya bukan halangan untukku menyenangi kehadirannya lalu mengungguli tempat teratas dalam hatiku.

“Terima kasih Hana. Tapi saya betul-betul tak berselera,” aku cuba menolak dengan baik. Tidak mahu menyinggung perasaannya. Wajahnya mula berubah. Tanda dia kurang senang andainya aku mengabaikan aspek kesihatan. Nama sahaja doktor, tapi naluriku adalah naluri manusia biasa. Kehendak, tindak balas dan perlakuan yang sama. Serupa macam orang lain.

“Awak tak nak makan pun tak apa. Tapi habiskanlah milo ni. Ia mengenyangkan,” Hana masih dalam usahanya untuk memujuk aku. Memang dia takkan mengalah sehinggalah aku yang akan beralah dengannya.

‘Hana… awak buat saya jatuh cinta lagi. Hari-hari saya jatuh cinta pada awak,’ kalaulah dia tahu.

Tapi dia takkan pernah tahu. Biarkan aku memendam sendiri di dasar hati. Aku enggan mempengaruhi kasihnya pada seorang jejaka yang bersungguh mahukan cintanya. Dan mereka akan mengikat janji hujung tahun nanti. Sedang aku? Memiliki dirinya sebagai sahabat, sudah dikira cukup bertuah. Kebaikan dirinya membuatkan sesiapa sahaja senang mendampingi Nurhana.

Mahu tak mahu, aku paksa juga tekak untuk menelan milo suam. Semata-mata untuk menyenangkan hatinya walaupun meminum milo akan membuat perut aku meragam. Kedatangan seorang pembantu perubatan sewaktu aku menyudahkan tegukan akhir, seakan memaksa segala isi perutku terluah semula. Berderau rasanya darah!

Adakah aku cemburu? Tetapi kenapa? Bergunakah rasa itu seadainya aku tiada keberanian untuk meluahkan betapa aku cintakan dia? Tidak! Aku memang pengecut, tak mampu untuk mengambil sebarang risiko. Tegar berada dalam zon selamat walau diri sendiri terseksa.

“Saya kena bertugas. Ada kecemasan,” bohongku lantas meninggalkan mereka berdua memadu kasih.

Pedihnya sanubari bagai ditusuk dengan selumbar. Biarkan mereka bahagia, kerana cinta telah menjadi hak mereka berdua. Dan aku sedar, kerjaya yang hebat belum cukup untuk menjadi senjata buat memenangi hati gadis seluhur Nurhana.

Aku memulakan hari baru dengan ala kadar. Serba sederhana. Entah kenapa berat rasa hati ini untuk menjejakkan kaki ke hospital. Kemalasan yang menjadi-jadi bercampur dengan keletihan tepu dalam mindaku. Lalu menggerakkan keinginan dalam hati. Mungkin setelah beberapa hari bertugas demi tuntuan on-call menjadikan aku lemah. Padahal aku dah biasa bergelumang dengan kesempitan waktu rehat dan tidur. Anehkan?

“Kuyu muka?” Selintas suara itu mengetuk pendengaranku. Tertancap wajahnya di pandangan.
Nurhana!

Dia menegurku seawal pagi. Wajahnya nyata berseri. Ku tatap sekilas perubahan yang berlaku pada dirinya. Kilauan permata pada cincin yang tersarung di jari manisnya pantas menyedarkan aku sesuatu. Bukankah hujung minggu lepas hari pertunangannya dengan Khairul? Pembantu perubatan yang pernah aku sebutkan dulu. Sakitnya dadaku! Mengalir darah yang tiada warna dari situ. Emosiku tak harus ditunjukkan terang terangan depan Nurhana. Aku harus mengucapkan kata tahniah buat dirinya. Ingin ataupun tidak, itu bukan soalnya.

“Cantik cincin? Berseri awak hari ni. Selamat bertunang,” senyumannya mati.

Aku pula yang kepelikan. Kenapa? Bukankah sepatutnya dia membalas pujianku dengan senyum lebar sampai ke telinga? Dan dia berlalu meninggalkan aku. Hairan!

Aku menerima panggilan kecemasan daripada jururawat yang bertugas. Pesakit yang berada dalam seliaanku telah menghilangkan diri. Aduh! Parah masalah yang menimpa kali ini. Hampir terduduk aku dibuatnya. Aku mencarinya di setiap penjuru hospital. Tiada satu tempat yang tertinggal. Dan kini aku bingung kerana belum menemuinya. Terlalu bahaya membiarkan pesakit yang berada dalam pengaruh dadah keluar tanpa pengawasan. Dia mungkin boleh bertindak di luar batasan!

Rakan sejawat yang lain turut membantu aku meneruskan pencarian ini, begitu juga dengan para pengawal keselamatan. Telefon bimbit yang digenggam sedari tadi kembali bergetar. Terkanjal seketika tubuhku bila melihat nama Nurhana terpapar pada skrin. Terketar aku menjawab. Adakah Nurhana terlibat dengan kehilangan pesakit tersebut?

“Hello! Hana! Awak kat mana?” Aku kian berdebar.

“Tolong saya, Haliq. Pesakit awak tahan saya kat dalam van ambulan,” aku terpempan. Patutlah gagal menemuinya, rupanya bersembunyi dalam pengangkutan hospital.

“Awak bertenang. Jangan naikkan kemarahan dia. Saya akan ke sana. Boleh bagi nombor pendaftaran van?” aku menyebut semula nombor yang diberitahu Nurhana untuk memastikan kesahihan. Rakan sejawat yang lain menanti penuh debaran. Kepada mereka semua, awal-awal lagi telah aku pesan agar jangan bertindak melulu.

Kalut aku menapak menghampiri van yang dimaksudkan. Nurhana sedang teresak-esak di dalam kenderaan yang sengaja dibuka luas pintu belakangnya. Aku menghela nafas. Dalam situasi ini, kekerasan hanya akan membawa padah.

“Encik, tolong lepaskan nurse. Kami takkan apa-apakan encik. Encik takkan dihantar kepada pihak polis,” pesakit itu berada dalam keadaan yang tidak stabil.

Tingkah lakunya yang sedang mengacukan pisau ke leher Nurhana menunjukkan gejala kecelaruan emosi. Kesan dadah yang diambilnya membuatkan dia tak berupaya membezakan realiti dan khalayan. Dia sedang berhalusinasi. Beberapa orang pengawal keselamatan mula mengangkat senapang, namun aku pantas menahan. Janjiku untuk tidak membuatnya merasa terancam harus ditepati sebelum perkara buruk berlaku.

Pesakit itu terus ketawa hingga bergegar tubuhnya. Kelakuannya itu amat membimbangkan kami semua. Tunang Nurhana mampir ke depan. Malangnya tindakan Khairul menyebabkan pesakit itu semakin agresif. Dia mengheret wanita itu turun dari van. Aku hanya mampu bertawakal waktu ini. Berlembut tidak menjamin keselamatan Nurhana.

Aku masih memikirkan strategi untuk menumpaskan pesakit yang berada di bawah pengaruh dadah itu. Namun Khairul sekali lagi bertindak sesuka hatinya. Dia menerkam pesakit yang berbadan gempal tanpa menimbal kecelekaan yang bakal menimpa. Besar kemungkinan pisau pada tangan pesakit terbabit akan menembusi perutnya! Syukur! Nurhana terlepas dari tahanannya namun Khairul kini dalam bahaya.

Saat dia ingin merangkul Nurhana yang terduduk atas jalan, pesakit tadi menghunus pisau. Aku tak mampu untuk mematungkan diri. Jika Khairul diapa-apakan, Nurhana akan merana. Tetapi aku? Tiada sesiapa. Demi wanita yang paling aku cintai, aku sanggup lakukan apa sahaja untuk membahagiakannya. Ya Allah! Aku berserah kepadaMu.

“ Haliq!” Jeritan itu sayup-sayup kedengaran.

Bersama bunyi sedas tembakan, tubuhku longlai. Ku pandang wajah Nurhana, cantiknya dia! Lemah lembut. Aku terpikat. Saat pertama kali bertentangan mata dia bagaikan bidadari yang menjelma. Dan dia membalas dalam senyuman. Indahnya detik itu. Sesungguhnya dialah cinta pertama ku. Cinta yang tak pernah bersyarat. Menghalalkan segala pengorbanan buat dirinya. Walau nyawaku sendiri jadi taruhan.

“Haliq! Bangun Haliq! Jangan pergi dulu. Tolonglah..Jangan tinggalkan saya..saya…Saya sayangkan awak,”

Aku bagai diseru untuk kembali ke alam nyata. Berertikah kalimah itu buat diriku kini? Aku tiada keberanian untuk melafazkannya barang sekali!

Aku terbungkam lesu. Berada pada suatu situasi yang panik. Yang pasti, kesakitan pada perut mula menjalar ke seluruh tubuh. Bisa! Kecederaan akibat ditikam meletakkan aku pada tahap kritikal. Wajah-wajah kesedihan mengelilingi aku. Muka ayu Nurhana dibasahi air mata. Tiada lagi serinya. Aku juga terasa bagai ingin menitiskan air mata. Namun bukankah memalukan kalau anak jantan menangis? Tapi untuk kali ini tak mengapa.

Mungkin telah tiba peluang terakhir untuk aku merasai kasih sayang sahabat yang sentiasa menghargai diri ini. Kesakitannya makin kuat. Dadaku bagai terhimpit. Semuanya makin dingin dan kelam. Sungguh, aku telah terpisah dari segalanya. Bukan aku yang ingin pergi dari sisinya, jua bukan kehendak Nurhana untuk membiarkan aku berlalu. Tetapi suratan takdir telah menetapkan bahawa aku yang harus mengundur diri demi cinta Nurhana terhadap Khairul.

--Sejenak di pusara Haliq--

"Kenapa awak berkorban demi saya? Adakah awak fikir dengan mengorbankan diri awak akan membahagiakan saya? Awak silap, Haliq. Kebahagiaan saya dah dibawa pergi oleh awak. Andainya masa boleh diundur kembali, ingin saya nyatakan bahawa saya tak pernah menjalinkan hubungan istimewa dengan Khairul. Cuma dia yang berlebih-lebihan dalam soal ini hingga saya buntu untuk mengelak. Saya harapkan awak membawa saya pergi dari sisinya. Dan cincin yang tersarung di jari saya adalah cincin peninggalan arwah ibu. Besarnya salah faham antara kita."

Nurhana masih berteleku di situ. Entah di mana harus dia tanamkan rasa cinta itu, hanya masa yang menentukan...


Suasana nyaman di cafe Rhassa Delight langsung tidak mententeramkan hati Fatin Idzni. Persoalan demi persoalan bertamu di fikirannya Kenapa aku harus rasa begini? Cemburukah ini? Tapi untuk apa? Isyraf Zufayri hanya sekadar sahabat bukan? Tapi... Is, aku tak faham. Mengapa harus aku rasa begini terhadap kau? Dan perasaan ini tak pernah hadir sebelum ini. Apakah ini, namanya cinta?

“Tak mungkin...” bisik Fatin Idzni perlahan.

“Hey, apa yang tak mungkin?” sapa Isyraf Zufayri sambil menepuk bahu Fatin Idzni.

Masya-Allah, sabar sajalah budak ni, macam nak luruh jantung aku. Fatin Idzni mendongak memandang Isyraf Zufayri yang telahpun berdiri tegak di hadapannya.

“Sorry aku lambat sikit. Eh! Id, ada apa yang tak kena ke? Kau sihat ke tak? Pucat aje. Jangan buat aku risau.” Isyraf Zufayri menyoal seraya duduk berhadapan dengan Fatin Idzni dengan dahi berkerut. Fatin Idzni sekadar tersenyum tawar sambil melempar pandangan ke luar cafe.

“Id, what is wrong with you?”

“Aku okay, yang kau risau sangat pasal aku apahal?” tingkah Fatin Idzni. Agaknya, sikap kau yang terlalu mengambil beratkah buat aku berperasaan begini Is?

“Of courselah aku risau, kau kan kawan baik aku... tapi kenapa aku tengok kau semacam jer hari ni?” Isyraf Zufayri memandang Fatin Idzni dari atas hingga ke bawah.

Apa kena dengan mamat ni? Tak pernah tengok aku ker apa?

“Hoi, yang kau tenung aku macam nak makan orang apa kesnyer?” sergah Fatin Idzni.

“Hai... pandang pun tak boleh, manalah tahu dengan memandang kau macam tu aku boleh jatuh hati ker. Hehehe...”Isyraf Zufayri terus memandang diiringi senyuman nakalnya.

Gulrp! Kau yang jatuh hati atau aku? Huh! sikap kau selalu menyentuh sudut hati. Sebab inikah aku terpesona? Ah! Aku pun tak tahu. Isyraf Zufayri sekali lagi mengerutkan kening.

Apa pulak yang tak kena dengan minah ni? Aku ada buat salah ke? Serius semacam aje, aku buat lawak pun tak gelak... ke, lawak aku dah tak berkesan? Huihhh! Pening jugak aku dengan perempuan ni. Heh! Perempuan... tapi kau langsung tak macam perempuan Id, tengoklah penampilan kau. Rambut pendek, pakai cap... baju, mengalahkan aku, jaket jeans...pergh!

Terbayang kembali detik perkenalannya dengan Fatin Idzni. Pusat bowling City Plaza menjadi saksi pertengkaran mereka ketika bertembung satu sama lain.

“Hello, kejap...kejap. Bising kat sini, aku...” belum sempat Isyraf Zufayri menghabiskan ayatnya dia terlanggar seseorang.

“Woi!!! Buta ke apa? Sedap hati kau ajer langgar orang.” Marah Isyraf Zufayri.

Uihh! Aku pulak yang kena toche, sepatutnya aku yang sembur dia. Tak boleh jadi.

“Hoi mamat, aku langgar kau ke kau langgar aku? Yang kau cakap telefon tengok ke bawah, pastu kaki jalan ke depan apahal?”

Lerr!!! Sekali perempuan daa... fuyyo, macam lelaki. Biar betul. Kalau tak dengar suara sure aku dah suspek dia ni jantan.

“Err... kau ni silap jantina ke apa?” spontan Isyraf Zufayri menyoal gadis tomboy di depannya ketika itu.

“Hello brader, mulut tu tapis sikit ahh! Kau nak kena penumbuk sulung aku cakap sekali lagi.”

Fuh!! Ganazz...

“Okay, okay... i’m sorry. Is..Isyraf Zufayri.Kawan?” Isyraf Zufayri memperkenalkan diri dan menghulurkan tangan untuk bersalam. Fatin Idzni memandang jejaka di hadapannya. Betul ke tak mamat ni?Ermm...

“Okay, Id... Fatin Idzni.” Balas Fatin Idzni.

Satu pertemuan yang membuahkan pesahabatan, agak unik dan sejak itu mereka berdua mulai rapat.

Mengenangkan detik itu Isyraf Zufayri menggelengkan kepala seketika.

“Apsal kau tergeleng-geleng?” Fatin Idzni pelik melihat gelagat Isyraf Zufayri.

“Tak ada apa, hah! Ada apa kau nak jumpa aku? Macam ada hal mustahak aje waktu kau telefon aku tadi.”

“Hai nak jumpa kau pun dah tak boleh? Saja jelah, nak suruh kau belanja aku...” kata Fatin Idzni tersenyum simpul.

“Aisyemen... aku lupa bawak wallet la, belanja kau guna kad topup boleh? Hihihi..”

“Hek elleh, dahla... tak payah nak buat lawak bangang pulak. Aku tau kau tu kedekut nak belanja aku, hari ni aku bagi chance kat kau. Tapi lain kali tak kira, kau kena belanja aku.”

“Oklah cik Fatin Idzni oii... nanti cukup bulan aku belanja kau, special punya.” Isyraf Zufayri tersengih sambil mengejipkan mata.

Fatin Idzni memandang Isyraf Zufayri yang enak menjamu selera dengan makanan yang dipesan.

Wajah yang agak tampan bagi seorang yang bergelar lelaki. Rambut yang sedikit beralun itu tampak lebih tampan dikenakan kaca mata yang sesuai dengan bentuk mukanya. Disimpan pula sejemput janggut membuatkan wajah yang kuning langsat itu bertambah menarik.

Wah!!! Macho juga rupanya kau ni ye Is, tak perasan pulak aku sebelum ni. Maklumlah, tak punya peluang untuk menatap wajah kau lama-lama begini. Erm... Isyraf Zufayri. Sedap nama tu.

“Apa?”

Pertanyaan itu membuatkan Fatin Idzni sedikit tersentak.

“Apa?” soal Fatin Idzni kembali.

“Aku rasa macam kau sebut nama aku tadi.”

“Tak delah, perasan je kau tu.” Fatin Idzni mencebik sambil berpura-pura menghirup Cappuccino.

Huh! Takkan aku sebut nama kau dalam hati pun kau tahu? Parah kalau macam ni. Eh! Yang aku ni apahal duduk membatu macam tunggul kayu ni? Bukan ke aku ada hal nak tanya dia? Ish... macam mana ya nak tanya? Nak tanya ke tak nak? Kalau aku tanya dia nak jawab ke? Apahal pulak aku kena tanya dia soalan itu? Nanti dicop aku busy body pulak ambil tahu hal dia. Lagipun aku ni sahabat dia aje bukannya awek dia. Patut ke aku tanya? Macam mana ni...

Fatin Idzni menggaru kepala yang tidak gatal. Isyraf Zufayri memandang Fatin Idzni.

Apahal minah ni pelik je hari ni?

“Id... dari tadi aku tengok kau macam gelisah tak tentu pasal, kau sihat ke tak sebenar-benarnya?”

“Err.. aa...aku okay, biasa aje.”

Suasana kembali sunyi antara mereka. Isyraf Zufayri masih lagi merenung Fatin Idzni dihadapannya. Sekali lagi Isyraf Zufayri menggeleng. ‘Pelik!!!’ Bisiknya.



Dua minggu telah berlalu setelah berakhirnya pertemuan mereka tempoh hari. Hubungan Fatin Idzni dan Isyraf Zufayri masih lagi berjalan lancar. Namun Fatin Idzni telah cukup sedar bahawa perasaannya kini kepada Isyraf Zufayri bukan hanya sekadar sahabat, malah lebih daripada itu. Perasaan di hatinya terasa ingin diluahkan agar Isyraf Zufayri tahu gelodak yang melanda jiwanya, namun... dirinya belum mempunyai kekuatan untuk meluahkan. Dia juga bimbang, bagaimana penerimaan Isyraf Zufayri setelah tahu situasi yang sebenarnya antara mereka. Fatin Idzni berasa rendah diri, terasa dia tidak layak untuk insan seperti Isyraf Zufayri tapi dia juga ada perasaan. Masih jua ingin disayangi dan menyayangi. Salahkah andainya dia meluahkan perasaan ini pada Isyraf Zufayri? Ah.. mungkin tak salah, tapi rasa malu tetap ada, beranikah dia untuk berhadapan dgn Isyraf Zufayri meluahkan rasa hatinya? Dan Isyraf Zufayri, apa reaksinya apabila tahu tentang kebenaran ini? Dan dia juga sedia maklum Isyraf Zufayri rapat dengan seorang gadis yang bernama Suhaila. Isyraf Zufayri kerapkali menceritakan perihal Suhaila kepadanya. Dia sendiri tidak tahu sejauh mana hubungan Isyraf Zufayri dengan wanita itu, walaupun Fatin Idzni pernah bersua dengan Suhaila suatu ketika dahulu. Tapi yang pastinya sudah tentu Suhaila seorang yang istimewa di hati Isyraf Zufayri. Kalau tidak, masakan Isyraf Zufayri asyik menceritakan tentang Suhaila padanya. Fatin Idzni mula terbelah bahagi. Ingin memendamkan rasa hati ini dan menerima Isyraf Zufayri sekadar sahabat atau meluahkan apa yang dirasa ini? Jika dia memilih untuk menganggap Isyraf Zufayri hanya sekadar sahabat, dia seharusnya meluputkan benih cinta yang mula berputik ini. Bagaimana pula jika dia memilih ingin meluahkan perasaan ini? Fatin Idzni sudah pasti berhadapan dengan risiko. Diterima atau ditolak?! Mana satu pilihannya? Fatin Idzni memandang air pancut di tengah tasik itu. Satu keluhan dilepaskan, membuang gundah yang bertandang di jiwa. Fatin Idzni memandang keadaan sekeliling. Dia melihat beberapa pasangan kekasih yang berada di situ. Matanya tertumpu pada sepasang kekasih yang berada berhampiran dengannya, sedang menikmati indahnya suasana tasik. Mesra sekali... Hatinya sedikit tercuit melihat kemesraan mereka, tapi...

Eh! Aku macam kenal aje perempuan tu.

Lama dia memandang sepasang kekasih itu. Ingin memastikan apa yang dilihatnya. Tiba-tiba pasangan kekasih itu bangun beredar dari situ menyebabkan Fatin Idzni dapat melihat wajah perempuan itu.

Suhaila? Siapa lelaki itu? Yang pastinya bukan Is... maknanya, Is... ditipu?



Hampir tiga hari memikirkan perkara tersebut, Fatin Idzni akhirnya mengambil keputusan untuk memberitahu Isyraf Zufayri tentang apa yang dilihatnya tempoh hari. Fatin Idzni memandu ke Kota Nelayan di Kuala Kedah, sebaik sahaja kereta Kembara yang dipandunya mendaki jambatan Kuala Kedah, handphone Nokia miliknya berbunyi. Menggunakan handsfree Fatin Idzni menjawab panggilan masuk itu.

“Cepatlah...” kedengaran suara yang amat dikenalinya di hujung talian.

Dalam hati Fatin Idzni sempat mencemuh. Salam tak bagi terus hambur, huh!

“On the way la ni... dah naik jambatan, 5 minit lagi aku sampai.”

Talian diputuskan. Tak sabar-sabar betul jantan ni. Dah la nak datang sini pun satu hal. Dalam banyak-banyak tempat, tempat yang bau ikan ni jugak dia suruh aku datang. Nak tengok laut konon, macamlah tak boleh pergi Kuala Perlis. Kan ke lebih dekat kalau nak dibandingkan dengan Kota Nelayan ni. Pelik aku jantan ni! Walaupun merungut dalam hati tapi akhirnya Fatin Idzni sampai juga ke situ.

“Aik! Mana pulak Is ni? Motor ada.” Soal Fatin Idzni sendirian. Motor 125 biru Isyraf Zufayri dipandangnya sekilas. Fuh!! Berkilat... jaga motor sungguh mamat ni. Bertuah kau motor, tapi manalah perginya tuan kau ni? Tadi kalut bukan main, sekarang aku sampai dia tak ada pulak. Fatin Idzni mencapai handphone yang disangkutnya di leher. Baru hendak mendail nombor telefon Isyraf Zufayri tiba-tiba satu sergahan datang dari belakang.

Mak oih! Kus semangat aku, nasib baik tak ada sakit jantung. Kalau tak... jalan la aku. Fatin Idzni pantas menoleh.

“Is... kau tak boleh bagi salam ke? Kalau macam nilah caranya, boleh mampus cepat aku tau tak?”

“Opss... sorry, oklah. Assalamualaikum madam.”

“Waalaikum salam, kau pergi mana tadi?”

“Aku pergi mengorat, hehe... takdelah, ni ha.. beli air. Nah!” balas Isyraf Zufayri sambil menghulurkan air kelapa muda kepada Fatin Idzni. Fatin Idzni tersenyum. Tahu pun kau minuman favourite aku.

“Hah! Semalam kata ada hal nak bagitau kat aku, apa benda?”

Isyraf Zufayri terus menyoal sambil mereka melangkah menuju ke tembok batu yang terdapat di situ. Fatin Idzni tersenyum kelat. ‘Ish, mamat ni... takkan dah tak sabar-sabar nak tau? Bagilah aku hirup udara laut dulu. Lagipun bukannya berita gembira yang kau tergopoh gapah nak tau sesangat.’ Ngomel Fatin Idzni dalam hati.

“Woi aku tanya kau la Id.” Protes Isyraf Zufayri bila soalannya tidak dihiraukan. Fatin Idzni masih lagi diam sehingga mereka duduk di atas tembok batu itu. Fatin Idzni memandang bot-bot dan beberapa sampan yang terdapat di muara laut itu. Kemudian dipandang pula di tepi muara berhampiran tembok batu itu, terdapat beberapa orang yang sedang memancing ikan menggunakan joran. Automatik Fatin Idzni tersenyum apabila ada di antara pemancing tersebut menyentak joran yang sudah dimakan ikan. Sesekali angin petang yang syahdu menyentuh lembut pipinya. Asyik sekali.

Agaknya sebab inilah Is suka datang sini. Is..? alamak! Macam mana boleh lupa?

Fatin Idzni segera menoleh ke arah Isyraf Zufayri yang berada di sisinya. Isyraf Zufayri yang sedari tadi begitu asyik melihat telatah Fatin Idzni langsung tidak mengalih pandangan sebaik sahaja Fatin Idzni menoleh. Malah dia makin tertarik melihat wajah itu. Jarang sekali dapat melihat wajah Fatin Idzni sehampir begini. Sepatah kata terdetik di hatinya. Cantik!

“Is...”

Tidak senang ditenung sebegitu rupa, Fatin Idzni menyeru nama Isyraf Zufayri. Isyraf Zufayri sedikit tersentak.

“Ya, ada apa?”

“Aku nak sampaikan satu kebenaran, dan aku harap kau akan terima seadanya.”

Fatin Idzni melompat turun dari tembok batu itu. Isyraf Zufayri mengangguk lalu bangun meniti di atas tembok batu.

“Apa dia? Cakaplah, aku sedia mendengar.”

Fatin Idzni mendongak memandang Isyraf Zufayri.

“Kalau ya pun, turunlah. Takkan aku nak melangut macam ni cakap dengan kau?” bentak Fatin Idzni.

Isyraf Zufayri lantas ketawa sambil melompat turun. Selepas itu dicapai pula batu-batu kecil yang terdapat di situ dan membaling ke muara.

Ish... tak boleh senyap langsung mamat ni.

“Is... kau boleh tak duduk senyap sekejap. Aku ada hal nak cakaplah.”

Isyraf Zufayri menoleh ke arah Fatin Idzni. Sebiji batu dihulurkan kepada Fatin Idzni.

“Dari tadi lagi aku tunggu apa yang kau nak cakap. Cakap ajelah, aku dengarlah.”

Fatin Idzni mengeluh.

“Aku sendiri tak tahu macam mana aku nak cakap. Tapi aku harap kau boleh terima.”

Fatin Idzni menghulurkan handphonenya kepada Isyraf Zufayri. Isyraf Zufayri mengerutkan kening sambil mengambil handphone yang dihulurkan.

“Tengoklah...” kata Fatin Idzni.

Isyraf Zufayri tersenyum dan memandang ke skrin handphone itu. Ada gambar yang terpapar. Tapi senyuman itu mulai hilang melihat gambar yang tertera di skrin.

“Apa maksud semua ni Id?”

Isyraf Zufayri masih lagi menatap gambar-gambar di dalam skrin handphone.

“Maafkan aku. Aku tahu aku tak patut masuk campur urusan kau dan Suhaila, tapi sebagai seorang kawan... aku tak mahu kau ditipu Is.”

Isyraf Zufayri terdiam sejenak. Tapi kemudian tiba-tiba dia ketawa. Fatin Idzni memandang dengan hairan.

“Kenapa kau ketawa?”

“Kau cepat sangat buat tanggapan. Mungkin lelaki tu kawan dia ke? Dahla, jangan nak sogok aku dengan cerita yang tak berasas ni.”

Fatin Idzni tersenyum sinis.

“Kawan sajakah kalau berkepit sebegitu rupa? Kau jangan nak butakan mata pulak Is..”

Isyraf Zufayri mengeluh. Cermin mata ditanggalkan.

“Aku tak percaya. Suhaila bukan macam tu... ataupun kau sebenarnya sengaja nak rosakkan hubungan aku dengan dia? kau cemburu ye?”

Fatin Idzni memandang Isyraf Zufayri dengan perasaan tidak percaya.

Ah! Mengapa kau masih lagi nak membela perempuan tu, sedangkan bukti terpampang depan mata? Sanggup pula kau menuduh aku?

“Is... aku bukan...”

“Sudah!!! Aku tak mahu dengar apa-apa lagi. kau jangan nak burukkan nama Suhaila.”

“Kau lebih percayakan Suhaila daripada kawan kau Is? Aku beritahu semua ini supaya kau tidak tertipu tapi kau pulak tuduh aku begini?”

“Id... kalau kau cemburu dengan Suhaila cakap ajelah. Jangan nak buat perkara-perkara macam ni.”

“Ya... aku cemburu. Aku cemburu melihat kau dengan Suhaila. Puas hati?” Fatin Idzni mula meradang.

Batu yang dihulurkan oleh Isyraf Zufayri tadi dilempar ke muara bagaikan melepaskan rasa hati.

“Biarlah aku berterus terang Is... sejak kebelakangan ini perasaan aku terhadap kau telah melebihi perasaan seorang sahabat. Aku sememangnya cemburu melihat kau dan Suhaila, tapi aku tidaklah terlalu kejam untuk merosakkan hubungan kau dan dia.”

“Niat aku memberitahu kau perkara ini untuk menyedarkan kau. Tapi aku tersilap langkah nampaknya, kau takkan percaya sikit pun apa yang aku cakap. Maafkan aku!” sebutir mutiara jernih menitis perlahan.

Fatin Idzni berpaling dan mengorak langkah ke arah keretanya. Isyraf Zufayri diam tak terkata. Hanya mampu menghantar Fatin Idzni dengan ekor pandangannya.

Ah! Bodohnya aku, kenapa mesti menangis sebab lelaki tak guna ni? Tak guna menangis Id, dia langsung tak hargai perasaan kau.Fatin Idzni pantas menyapu air mata yang kian mengalir itu.



Suatu hari secara tidak sengaja Isyraf Zufayri terjumpa kelibat Suhaila berdampingan dengan lelaki lain di Taman Rekreasi Gunung Keriang. Isyraf Zufayri akhirnya sedar apa yang dikatakan oleh Fatin Idzni adalah satu kebenaran. Isyraf Zufayri berhadapan dengan Suhaila untuk dapatkan kepastian kecurangan Suhaila, tetapi Suhaila menafikan...

“Awak percaya ke cakap perempuan tomboy tu Is?”

Dengan selamba Suhaila tuduh Fatin Idzni sengaja hendak merosakkan hubungannya dengan Isyraf Zufayri. Tidak cukup dengan itu dikutuk dan dihina Fatin Idzni. Berdesing telinga Isyraf Zufayri mendengarnya, tanpa sedar dia telah menengking Suhaila.

“Diam!!! Kau tak ada hak nak hina dia? kau tak kenal siapa dia sebenarnya.” Isyraf Zufayri menuding jari ke arah Suhaila memberi amaran supaya tidak terus menghina Fatin Idzni.

“Fine... kalau awak dah kenal sangat dengan perempuan tomboy tu, awak ambillah dia jadi perempuan simpanan awak...”

Pang!!! Satu tamparan hinggap di pipi Suhaila.

“Kau dah melampau Suhaila, mulai hari ini... kita clash.”

Isyraf Zuhayri terus berlalu meninggalkan Suhaila terpinga-pinga sambil menahan pipi yang sakit ditampar.



=============



Sejak peristiwa itu, Fatin Idzni terus menyepi. Sekarang sudah masuk dua bulan lebih Fatin Idzni tidak menghubungi Isyraf Zufayri. Tiada lagi sms apalagi panggilan telefon. Setelah Fatin Idzni tiada di sisi, Isyraf Zuhayri terasa bagaikan kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidupnya. Keceriaan yang dahulunya sama-sama dikecapi oleh mereka berdua kini tidak lagi menjadi miliknya. Hidup semakin membosankan, setiap hari ingatannya asyik melayang mengingati Fatin Idzni. Hatinya sering terdetik nama yang indah itu. Baru kini disedarinya, bahawa dia jua mempunyai rasa yang sama seperti Fatin Idzni.

Id... macam mana aku nak luahkan perasaan ini? Kau pula akan terima aku kembalikah, walaupun aku tahu hatimu terluka parah dengan tindakanku? Adakah kau akan memaafkan aku? Masih ada peluangkah untuk aku betulkan kesilapan itu? ah! Persoalannya sekarang... wajarkah aku meluahkan rasa hati ini? Atau terus memendam begini sahaja?

Ketika persoalan demi persoalan bertamu di fikirannya, terdengar satu suara membisik padanya.

+ Is... buangkan ego lelaki kau. Luahkan padanya perasaanmu, jangan nanti kau menyesal kemudian hari.

-Tapi... aku tak pasti, apakah dia akan menerima aku?

+ Itu soal kedua, yang penting kau mesti luahkan perasaan kau dahulu. Takkan kau nak jadi lelaki pengecut? Sedangkan Id sendiri berani meluahkan perasaannya pada kau?

- Tidak... aku bukan pengecut! Aku cuma perlukan masa.

+ Masa? Sampai bila? Jangan pula nanti kau terlambat. Kalau melepas, naya kau nanti. Hahaha...

Isyraf zufayri tersentak mendengar tawa itu. Peluh membasahi dahinya.

“Astagfirullahal’azim... aku mimpi rupanya.”

Isyraf Zufayri melihat jam di tepi katil. Waktu sudah menghampiri subuh. Entah bila pula dia terlelap semalam dia sendiri tak sedar.

Semua yang dilakukannya hari ini serba tidak kena. Hatinya tidak tenang selagi tidak bercakap dengan Fatin Idzni. Puas dia cuba menghubungi gadis itu, tapi hampa belaka. Voice mesej sahaja yang kedengaran. Setiap sms tidak berbalas, panggilannya tidak diangkat.

Id... sampai habis kredit aku pun kau tak angkat? Sms satu pun kau tak balas. Takkan masih marahkan aku? Berdosa sangatkah aku pada kau? Macam mana aku nak buat ni?

Isyraf Zufayri mundar mandir dalam officenya, air cond yang dingin langsung tidak terasa sejuk tetapi peluh pula yang menyimbah keluar. Kejap dia berdiri, kemudian duduk semula. Dalam keadaannya yang resah gelisah itu tiba-tiba handphonenya berbunyi. Pantas dicapai handphone itu yang berada di atas meja. Isyraf Zufayri tersenyum, sms dari Fatin Idzni, “Ada apa Is?”. Tanpa membalas sms itu terus Isyraf Zufayri menelefon Fatin Idzni menggunakan telefon pejabat.

“Assalamualaikum.” Isyraf Zufayri menarik nafas lega. Suara itu... terlalu lama dirindui.

“Waalaikum salam, Id... aku... err, boleh aku jumpa kau?” sepi seketika. Isyraf Zufayri menyoal lagi.

“Id... aku nak jumpa kau, boleh?”

“Kenapa?”

“Aku... aku tak boleh cakap sekarang, tapi tolonglah... aku perlu jumpa kau.”

“Baiklah, bila? Di mana?”

Yes! Berjaya. Isyraf Zufayri tersenyum.

“Err... petang ni, pukul 5... dekat... erm, Stadium Darul Aman. Tapi jangan pulak kau masuk dalam stadium, kita bukan nak tengok bola. Tunggu kat taman ok?” seloroh Isyraf Zufayri. Sekali lagi Isyraf Zufayri tersenyum apabila terdengar tawa Fatin Idzni.

‘Ah! Aku rindu segala-galanya tentang kau.’ Bisik hatinya.



Seperti yang dijanjikan, Isyraf Zufayri pergi ke Stadium Darul Aman. Fatin Idzni masih belum datang. Dilihat jam tangannya. Baru pukul 4.45, relax laa... cool Is. Isyraf Zufayri berjalan di sekitar taman sambil menanti Fatin Idzni. Dua puluh minit kemudian, kereta Kembara berwarna hijau menghampiri kawasan taman. Isyraf Zufayri tersenyum. Namun tiba-tiba keningnya dikerutkan apabila melihat gadis yang baru melangkah turun dari kereta itu. Fatin Idznikah itu?

Fatin Idzni menghampiri Isyraf Zufayri diiringi senyuman manis di bibir.

“Assalamualaikum Is.” Sapanya sebaik berhadapan dengan Isyraf Zufayri.

“Wa... waalaikum... salam.”

Tidak percaya Fatin Idzni yang berdiri di hadapannya, Isyraf Zufayri merenung Fatin Idzni dari atas hingga ke bawah. Fatin Idzni yang berhadapan dengannya sekarang bukan lagi Fatin Idzni yang dahulu. Rambut yang dahulunya selalu dipakai cap telah dilitupi dengan tudung putih. Jaket jeans yang dahulunya gemar dipakainya juga kini telah diganti dengan baju kurung biru. Terserlah keayuannya yang tidak pernah disaksikan Isyraf Zufayri sebelum ini. Ayunya kau Id...

“Is... maafkan aku, aku tak boleh lama di sini. Ada apa kau mahu jumpa aku?”

Isyraf Zufayri tersentak dari lamunan.

“Aa... jomlah kita pergi minum dulu.” Ajak Isyraf Zufayri.

“Maaf Is, aku ada hal lain lepas ni. Cakaplah cepat apa yang kau nak cakap, mustahak sangat ke?”

Isyraf Zufayri melepaskan keluhan.

“Ya... mustahak, tentang kita.” Kata Isyraf Zufayri bersahaja.

“Tentang kita? Maksud kau?”

“Aku... aku minta maaf jika aku telah melukakan hati kau dulu. Aku... aku mula sedar keadaan sebenar bila kau telah tiada di sisi.”

“Aku tak faham, apa maksud sebenar kau Is?”

“Aku dan Suhaila sudah tidak ada apa-apa. Benar apa yang kau beritahu aku dulu, dan aku... aku mula sedar sebenarnya aku juga menyayangi kau Id.”

Fatin Idzni memandang Isyraf Zufayri, meminta kepastian. Aku bermimpikah Is?

“Ya Id... aku sedar perasaan ini setelah kau tiada di sisi. Aku cukup pasti sekarang dengan perasaan aku ni. Aku sayangkan kau... Isyraf Zufayri sayangkan Fatin Idzni.”

Fatin Idzni menggelengkan kepala mendengar kata-kata Isyraf Zufayri.

“Kenapa Id? Kau... masih tak maafkan aku?”

“Aku maafkan kau, tapi... untuk menerima luahan hati kau, tidak Is. Kau dah terlambat.”

“Apa yang kau maksudkan Id? Kenapa pula aku terlambat? Bukankah kau juga berperasaan begitu terhadap aku?” bertalu-talu soalan dikemukan oleh Isyraf Zufayri. Dia sedikit tidak menyangka begini reaksi Fatin Idzni terhadap luahan hatinya.

“Itu dulu Is. Tapi sekarang, dalam masa tiga minggu lagi... aku bakal menjadi isteri orang.”

Isyraf Zufayri jelas terkejut dengan berita itu. Kau bakal menjadi isteri orang?

“Maafkan aku Is... aku tak mampu lagi menerima kau.” Kata Fatin Idzni sambil menghulurkan kad jemputan perkahwinannya kepada Isyraf Zufayri.

“Jemputlah ke majlis perkahwinan aku nanti. Aku pergi dulu. Assalamualaikum...” Fatin Idzni kemudiannya mengatur langkah menuju ke keretanya. Isyraf Zufayri masih jua terpaku di situ. Menghantar Fatin Idzni dengan pandangannya. Terasa kepalanya berpinar-pinar. Dalam hatinya satu persoalan bertandang, akukah yang terlewat?

Fatin Idzni memandu dengan tenang keluar dari kawasan stadium. Tanpa disedari, air mata menitis lagi.

Dalam diam hatinya berbisik... Maafkan aku Is!!!


Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini