rss


“Pia serius nak kahwin dengan Farid? Mama sebenarnya tak sedap hati bila tengok Farid tu.” Kata mama selepas keluarga Farid bergerak pulang selepas menyampaikan hajat sebentar tadi.

“Mama, Pia dah kenal Farid dekat 10 tahun dari sekolah lagi. Pia sayang dia.. Pia kenal dia. Mama janganlah fikir bukan-bukan!”

“Pia kan belum dapat kerja lagi. Tak nak consider lepas dapat kerja nanti ke?”

Bengang. Sofia terus melangkah keluar dari dapur. Langkah kaki sengaja dihentak. Tak puas hati dengan mama yang tak pernah bersetuju dengan pilihannya. Lebih-lebih lagi bila mama mengaitkannya dengan perihal dirinya yang masih menganggur itu.

***************************

“Awak, betul ni awak tak nak makan malam ni?”

“Tak Pia, adik saya kan ada dekat rumah. Kalau saya makan dengan awak, nanti kesian dia makan sorang.” Farid menjawab separuh hati sambil tangannya sibuk bermain dengan telefon. Dua bungkus nasi goreng di dalam bekas polisterin sudah tersedia diatas meja.

“Saya tak nak makanlah kalau macam ni. Dahlah risau sebab dah berapa bulan menganggur tak dapat-dapat kerja, awak pon sekarang tak sudi nak teman saya makan dah. Dah berapa hari saya makan sorang...”

“Janganlah macam ni, nanti awak kena gastrik lagi. Laila tak ada nak tengokkan awak kat rumah sewa awak tu. Makan okay sayang?”

Sofia terkais-kais nasi dipinggan. Dia memang tak betah kalau makan seorang dengan Farid hanya memerhati. Hilang selera.

Sofia menarik muka. Tiba-tiba pipinya dicubit lembut oleh Farid.

“Yelah, saya makan ni.” Farid terus merampas sudu nasi dihadapan Sofia secara bergurau dan menyuapkan sesudu nasi ke mulutnya sambil tersenyum nakal.

***************************

Hati Sofia tidak sedap. Bagai ada yang mengganggu.

Hubungan cinta yang terjalin hampir 3 tahun dengan Farid yang dikenali sejak zaman persekolahan hampir dimateri. Persetujuan keluarga untuk melangsungkan pertunangan dalam masa terdekat telah diterima. Perihal keluarga Farid yang datang bertandang kerumahnya minggu lepas sepatutnya mengundang ceria, tapi Sofia masih lagi rasa seolah-olah ada yang tidak kena.

Status penanam anggur yang dipegang sejak 6 bulan yang lalu juga merunsingkan perasaan Sofia. Kerja yang diharapkan masih lagi tak dapat, yang dah dapat keluarga tak benarkan. Hidupnya di Kuala Lumpur beberapa bulan ini semuanya bergantung kepada duit simpanannya yang semakin menyusut dan serba sedikit dibantu Farid. Sofia tertekan.

Sofia benci jadi perempuan sebegini. Paranoid dan insecure.

***************************

“Farid, kunci rumah awak tertinggal dalam kereta saya semalam. Cemane awak masuk rumah malam tadi?”

“Adik saya kan ada, dia yang tolong bukak pintu. Eh, okaylah. Saya nak pegi keje ni. Bye sayang”, kata Farid sambil lewa.

Kunci rumah Farid dipegang kemas. Butang lif ditekan. Sofia mahu buat kejutan. Surat tawaran kerja yang baru diterima dipegang kemas. Farid tak perlu menanggung makan minumnya di Kuala Lumpur lagi. Sofia gembira, ini bermakna mama tak ada alasan untuk memintanya menangguhkan perancangan majlis pertunangannya.

Sebenarnya Sofia agak gentar untuk mencuri masuk ke rumah sewa Farid yang katanya dihuni seorang diri. Tapi, memikirkan yang adik Farid ada menumpang, Sofia jadi berani. Alah, bukan dia tak kenal adik bongsu Farid tu.

Pintu diketuk. Tiada jawapan. Lantas kunci terus dipusing, mangga ditanggalkan, tombol pintu ditolak. Kelihatan sekujur tubuh perempuan yang hanya ber tshirt tertidur dihamparan tilam depan television.

“Qasrina, apa kau buat kat sini?!”

Perempuan bertubuh kecil yang masih mamai itu terus pucat lesi melihat Sofia terpacul dihadapan pintu. Qasrina bukan tidak kenal Sofia, malah kenal sangat-sangat. Bukan sahabat baik, tapi cukuplah untuk Qasrina sepatutnya tahu bahawa Sofia dan Farid sudah bersama sejak bertahun lalu.

Pandangan mata Sofia hampir gelap. Di kiri pintu, tempat jemuran penuh dengan baju Qasrina berselang seli dengan Farid. Di kanan pintu, tempat kasut tersusun beberapa pasang kasut perempuan. Seluar jeans dan tshirt yang Farid pakai semalam semasa makan bersama Sofia bersepah ditepi tilam nipis. Boxer lelaki kotak-kotak bewarna biru juga bersepah bersama dengan bra berbunga.

Tiada kesimpulan lain yang boleh dibuat. Tangan Sofia menggigil. Mata terasa berpinar-pinar. Angin sejuk melanda satu tubuh badan. Hilang pertimbangan. Rasional melayang.

Qasrina berlari mencapai telefon dimeja makan. Tapi, Sofia lebih pantas. Mug seramik diatas meja makan dihentak ke kepala Qasrina dan telefon dirampas lantas dicampak kedinding. Jatuh berderai.

Rambut panjang Qasrina dicekak dan dirapatkan kedinding. Pertama kali dalam hidup, Sofia mempraktikkan ilmu taekwando yang dipelajari dengan melututkan perut Qasrina. Ternyata, Qasrina memang bukan lawan Sofia.

“Kau cakap Qas, dah berapa lama kau duduk sini? Kenapa kau ada kat rumah boyfriend aku?”

“Ma… maaf Pia, aku tumpang rumah Farid dari se..semalam je.. Tiket bas balik Johor habis..” Qasrina merintih kesakitan, tapi masih cuba menipu.

“Baju kau dah banyak dekat ampai depan tu, kau nak tipu aku ape lagi?”

“Pia, sorry pia.. ampunkan aku Pia...”

“Qas, kau tau kan kau boleh tumpang rumah sewa aku kalau kau desperet sangat nak tidur? Kenapa rumah jantan jugak yang kau cari? KENAPA MESTI BOYFRIEND AKU?”

Qasrina tidak mampu menjawab lagi, cuma mampu menangis teresak-esak sambil duduk memeluk lutut.

Sofia mencapai telefon bimbitnya dan nama Farid terus ditekan.

“You better be back home now or Qas will be dead. I give you 15 minutes.”

“Pia, cemane awak boleh masuk rumah saya? Awak jangan buat gila, nanti saya telefon polis!” Farid sesungguhnya lupa yang dia tertinggal kunci rumah di dalam kereta Pia semalam.

“Kalau awak call polis, sebelum polis sampai pompuan ni dah mati!”

Sofia terduduk tersandar di dinding. Terbayang kenangan manis sepanjang bercinta. Terbayang wajah keluarga dirumah yang sudah pasti menanti persediaan untuk majlis pertunangan yang dirancang 1 bulan lagi. Terbayang masa depan bersama yang sudah pasti tidak ada.

Satu sms masuk daripada Farid.

“Pia, relax laa. Jgn wat benda bodoh. Sy xde ape2 dgn dia. Sy main2 je dgn die. Kan kita dh janji nk kahwin bln 7 nnt? Sy otw blk ni.”

Qasrina nampak Sofia sudah terleka dan mahu mengambil kesempatan untuk lari keluar rumah walau dirinya cuma berpakaian yang habis minima.

Tidak sempat tiga langkah, Sofia sudah menangkap tangan Qasrina dan ditolak masuk ke dapur.

“Tolong Pia, jangan pukul aku lagi.” Rayu Qasrina yang sudah jatuh terduduk dikaki Sofia.

Sofia sudah hilang pertimbangan. Sms Farid yang masih mahu teruskan perhubungan walau sudah ternyata dia curang, bagai menambahkan bara di panas hatinya.

“Pia, maafkan aku Pia.. aku takut tengok kau macam ni Pia..”

Mata Sofia meliar di dapur rumah bujang itu. Tak nampak kelibat pisau. Yang ada cuma alu lesung. Pantas diambil dan dihentak ke kepala Qasrina yang masih berdarah akibat pukulan pertama tadi.

Darah Qasrina memancut.

Hati Sofia puas.

***************************

“Cik Sofia, we will be landing in 15 minutes.”

Sofia tersentak dari mimpi. Pramugari kelas pertama pesawat MAS yang menyentuh lembut lengan Sofia mengejutkan dia dari igauan mimpi. Ternyata Sofia keletihan setelah seminggu bekerja tanpa henti di kota London. Fokus Sofia sejak beberapa tahun lalu hanya kerjaya, melarikan perasaan dari fokus utama kehidupan.

Hakikatnya, Qasrina tidak mati. Tidak juga berdarah. Cuma hati Sofia yang masih parah, berdarah.

“Cik Sofia, you drop this card from your book.”

Mata Sofia tertancap kepada kad jemputan perkahwinan Farid dan Qasrina dihulur lembut oleh pramugari.


0 comments:

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini