Soraya hanya menggeleng
– gelengkan kepala. Sakit telinganya mendengar anak jiran sebelah terpekik –
pekik menyanyikan lagu Korea. Tapi yang peliknya, Sharmila faham ke tidak apa
yang dia nyanyikan tu? Setahunya di sekolah mana ada kelas bahasa korea. Bahasa
inggeris pun Sharmila tidak mampu menyebut dengan betul, inikan pula bahasa
korea? Soraya tertawa kecil. Inilah anak Melayu, suka sangat meniru identity
bangsa luar. Sedangkan bangsa luar sedikit pun tidak hairan dnegan budaya
melayu.
Begitulan rutin
Sarmila akan berdondang dendang menyanyikan lagu Korea selepas balik sekolah.
Waktu malam pun kedengaran suara anak dara Pakcik Wahab dan makcik Senah dengan
lagu koreanya. Bila nak berhenti nyanyi pun Soraya tidak tahu. Kadang kala
nyanyian Sharmila menganggu tumpuan belajarnya. Bukan sesedap mana pun!
Soraya terus
menyiapkan latihan matematik tambahan. Latihan yang dibawa dari sekolah harus
disiapkan. Sharmila dengan dia sebaya namun berbeza kelas. Dia kelas beraliran
sains dan Sharmila dari kelas sastera.
Dahulu sebelum kemasukan
K Pop secara melampau di Malaysia, Soraya rajin juga menonton drama Jepun.
Tetapi tidaklah segila Sharmila yang terikut – ikut dengan budaya K Pop.
Acapkali jika ada masa terluang, dia tertarik juga dengan lakonan Yutaka
Takeinouchi dalam With Love, Takeshi Sorimachi dalam Great Teacher Onizuka.
Tidaklah sampai dia perasan mahu gadis jepun. Sekadar menonton pun sudah
memandai.
Di sekolah
Sharmila paling popular. Bukan sahaja kerana kecantikannnya tapi selalu
melibatkan diri dengan aktiviti – aktiviti seni seperti nyanyian dan lakonan.
Walaupun Sharmila belajar tidak sepandai mana tapi dia ada kelebihan lain.
Barangkali suatu hari nanti Sharmila mampu membina nama sebagai pelakon atau
penyanyi terkenal. Siapa tahu bukan?
I want Nobody
nobody but you
I want Nobody nobody but you
Nandareul sarameun shiro niga animyeon shiro
I want Nobody nobody nobody nobody
I want Nobody nobody but you
Nandareul sarameun shiro niga animyeon shiro
I want Nobody nobody nobody nobody
“Sudah – sudah
tulah Mila oiiii. Kau ni dari petang sampai bawa ke malam, entah apa jenis lagu
kau nyanyi pun emak tak faham. Cubalah kau belajar. Tak lama lagikan kau nak
ambil SPM” Mak Senah bersuara gusar. Anak gadisnya yang paling bongsu suka
sangat dengan lagu dan drama Korea. Habis sekolah akan tercanguk depan
televisyen semata – mata mahu menonton drama Korea. Kadang – kadang dia sanpai
berebut mahu menonton drama Melayu.
“Kau tengok si
Soraya tu, belajar.Rajin belajar. Yang kau ni pulak kau melalak siang malam.
Malulah sikit. Kau tu anak dara!” terjah Mak Senah sambil menggeleng –
gelengkan kepala.
“Emak, boleh tak
jangan bandingkan Mila dengan Soraya? Dia lain, Mila lain. Cita – cita kami
berbeza emak” Sharmila sedikit marah.
Sharmila menjeling
emaknya dengan ekor mata. Satu kampung suka sangat dengan Soraya. Yang kononnya
cantik, bijak dan pengawas sekolah. Huh, dia belum tengok aku nanti. Aku lah
yang bakal menggegarkan nama kampung Sentosa. Anak kampung Sentosa bakal ke Korea
suatu hari nanti. Tengoklah!
“Apa yang bezanya?
Kau berdua tu sama. Dua – dua masih sekolah. Masih belajar. Emak risaukan kau
tu, Asyik menyanyi 24 jam. Tak menyanyi tengok drama korea sampai ke maghrib
bawa sampai ke tengah malam” Mak Senah mula bising. Tangannya ligat melipat
kain baju yang penuh satu bakul. Hendak mintak Sharmila tolong pun susah.
Banyak alasan.
“Emak, anak emak
ni bercita – cita nak penyanyi mak. Mila nak jadi penyanyi versi korea mak.
Emak kan tahu di sekolah, juara setiap tahun Mila yang menang tau. Manalah tahu
suatu hari nanti Mila akan jadi penyanyi atau pelakon. Kemudian boleh sampai ke
negara Korea. Emak jangan terkejut kalau Mila berlakon sampai ke Korea nanti.
Emak tengoklah nanti. Biar satu kampung sentosa terbeliak nanti termasuk si
Suraya sekali”balas Sharmila dengan nada tidak puas hati
“Huh, ada hati nak
berlakon sampai ke Korea konon! Kau tu jangan ingat nak pergi ujibakat tu
senang. Agaknya berlakon di Malaysia pun tak lepas. Ada hati nak ke
Korea”sindir mak Senah sambil menyusun kain baju yang sudah siap bersusun. Mak
Senak mencemik. Ketawa dalam hati.
“Emak jangan
terkejut kalau Mila jadi anak Melayu pertama berhijrah ke Korea. Manalah tahu,
tak dapat berlakon di Korea, Mila dapat melancong ke Korea ke, Hollywood ke” balas
Sharmila penuh semangat. Geram juga bila impiannya diperlekehkan. Anak orang
lain dibangga – banggakan.
“Kau ingat senang
ke orang berlakon nak ke Korea? Artis Malaysia yang ada pun tak dapat nak ke
sana. Kau ingat senang? Setakat berlakon temepelan bolehlah! Kau tu belasan
tahun. Baru 17 tahun. Cuba kau ambil buku, baca. Tak lama lagi kau nak periksa.
Esok dapat keputusan semua F9, kau tak malu? Korea kau ke mana, SPM kau ke
mana, semuanya ke laut”sanggah Mak Senah lalu mengangkat kain baju yang sudah siap
dilipat ke dalam bilik.
Sharmila yang
duduk di ruang tamu terus memuncungkan bibir.
Mak Senah hampir
terduduk. Pakcik Wahab yang baru hendak mencicip minuman hampir tersedak bila
melihat penampilan Sharmila.
“Kau ni apa kena
ni? Kau ni dah di sampuk apa ni!?” marah Mak Senah. Sakit matanya melihat
pakaian Sharmila yang begitu menjolok mata. Skirt pendek paras lutut. Kemudian
t-shirt sendat. Rambutnya yang asal kerinting diluruskan paras bahu. Mekapnya
tidak ubah macam pelakon dan penyanyi Korea
“Emak, inilah
fesyen orang Korea. Emak apa tahu!” balas Sharmila marah. Bibirnya
dimuncungkan. Sebagai anak gadis yang baru naik, dia tidak mahu ketinggalan
mengejar fesyen yang menjadi kegilaan remaja zaman sekarang. Dia bertuah
wajahnya disangka ala – ala cina sebenarnya dia adalah keturunan jawa. Selok
belok fesyen dan mekap dipelajarinya melalui drama Korea dan juga internet. Ada
beberapa helai baju dibelinya melalui perniagaan internet. Kalau hendak di beli
Kampung Sentosa, mana ada!
“Pakailah pakaian
yang elok – elok sikit. Kita ni duduk kampung, bukannya duduk di bandar. Orang
kampung suka mengata. Bawa mulut. Kau yang tak dengar tapi ayah dengan emak kau
yang dengar”kata Pak Wahab dengan suara bergetar.
Dalam sepuluh
orang anak, hanya Sembilan yang berjaya dalam hidup melainkan si kecil ini yang
jenis degil dan tidak mahu mendengar kata. Mungkin terlampau dimanjakan sangat,
inilah jadinya. Kadang – kadang sampai bertegang leher bila mneyalahkan
isterinya yang terlampau beri muka pada si anak bongsu. Degil Sharmila sampai
boleh mengurut dada dibuatnya.
“Ayah, buat apa
nak dengar cakap orang kampung? Biarlah. Mila ada cita – cita Mila. Kalau nak
berjaya kena mulakan dari sekarang. Ayahkan tahu Mila suka menyanyi. Suatu hari
nanti Mila nak jadi penyanyi. Manalah tahu sampai ke Korea nanti” tegas
Sharmila bersungguh – sungguh.
“Kau nak menyanyi
pun, tunggulah habis belajar. Habiskan SPM dulu. Kalau suka sangat dengan lagu
dan drama Korea, jangan sampai terikut – ikut. Budaya Korea dengan negara kita
jauh beza. Orang Korea mana kenal aurat. Kita ni kalau dedah aurat tu dah kira
berdosa, tahu tak?!” jelas pakcik Wahab dengan nada suara yang agak tinggi.
Bukannya tidak ajar agama malah Sharmila di hantar mengaji Al Quran sampai
khatam dan masuk sekolah agama lagi. mana silapnya pun dia tidak pasti. Hendak
dipukul, anak bongsunya sudah besar. Patut dalam usia sebegini Sharmila sudah
pandai membezakan yang mana haram dan yang mana halal.
Majalah K Pop
dibeleknya dari muka pertama hingga ke pertengahan. Matanya tertancap satu
halaman yang terpampang wajah Rain. Sharmila menjerit suka. Rakan – rakan di
depan sebalah dan di belakang terus bangun dan tertanya – tanya ingin tahu.
“Tengoklah! Rain!
Kacaknya dia. Kan bagus kalau aku dapat kahwin dengan dia” puji Sharmila sambil
memejamkan mata. Terbayang – bayang jika Rain duduk di sebelahnya. Melihat Rain
tersenyum di dalam majalah atau di kaca televisyen pun dia sudah menjerit suka.
“Memang tak tidur
malam kalau aku dapat pakwe macam Rain” sambung Sharmila dengan perasaan suka.
Habis SPM,
Sharmila dan tiga rakan baiknya bercadang mahu menyertai ujibakat nyanyian di
ibu kota. Mereka beremapt bercadang mahu menyanyikan lagu Korea dendangan 4
Minute. Berhari – hari dia berlatih. Gegar gempita rumah pakcik Wahab
dibuatnya. Sampai naik pitam pakcik Wahab dan makcik Senah. Puas dinasihat tapi
Sharmila tetap dengan kedegilannya.
Soraya yang
bersiap – siap mahu bekerja di kilang buat sementara terpempan seketika.
Kedengaran suara Sharmila hingga ke rumahnya. Suraya tersenyum kelat. Mka Eton
yang sedang memasak di dapur hanya mengeleng – gelengkan kepala.
“Huh, budak zaman
sekarang gila Korea. Emak tak tahu apa yang bagus sangat K Po tu? Anak Melayu
zaman sekarang ni mudsah sangat terpengaruh dengan budaya luar. Kasihan
sungguh. Sedangkan negara kita asa budaya dan identiti sendiri. Kamu ingat
orang – orang Korea hairan sangat dengan kita? Tak ada pun” Mak Eton mula
bersuara.
“Entahlah mak.
Mila tu dah melampau sangat. Malulah, anak dara pulak tu. Kalau suka sangat
dnegan K Pop tu janganlah melampau sangat” Soraya terus memakai uniform kilang.
Sementara menunggu
keputusan peperiksaan SPM, baik dia bekerja di kilang elektrik milik orang
Korea di pekan. Dapat juga pengalaman dan pendapatan sampingan. Dia yang
bercita – cita mahu menjadi Jurutera mahu melihat suasana dan gaya kerja orang
Korea di kilang. Setelah bersiap – siap dia terus ke dapur untuk menikmati
sarapan pagi. Hari ini dia bekerja syif pagi. Di kilang dia dapat jumpa ramai
kawan – kawan baru. Dia bercadang bila cukup wang dia mahu belajar memandu
kereta dan motor.
Dua beranak
menikmati sarapan pagi. Suaminya, pak Mail sudah lama keluar pagi bekerja
sebagai pemandu lori. Mak Eton masih mengambil tempahan pakaian. Walaupun
pendapatan tidak sebanyak mana namun hidupnya senang malahan tiap – tiap bulan
dua anaknya yang bekerja di bandar sentiasa mengirimkan wang. Mak Eton juga
bersyukur dikurniakan anak perempuan seperti Suraya yang pintar dan cerdik.
Suraya tidak seperti anak – anak gadis kapung yang tergedik – gedik. Dua hari
yang lepas, anak JKK Farha ditangkap basah dengan pemuda Lombok di dalam
kawasan semak samun. Itu pun setelah mendapat tahu dari budak – budak yang
balik dari mengaji Quran. Selepas persitiwa it, JKK, Pak Aziz terus meletakkan
jawatan. Malunya bukan kepalang. Puas dia mengerjakan Farha dean pemuda Lombok
depan otrang kampung. Pagi esok juga Farha dinikahkan juga dengan pemuda Lombok
yang bernama Nizam.
Mak Eton pelik
sebab anak – anak dara kampung zaman sekarang sudah tidak macam dulu lagi.
kalau dulu anak – anak dara kampung susah hendak keluar rumah. Kalau keluar pun
berteman. Hendak dengar bercakap pun payah. Tapi zaman sekarang, tergedik –
gedik, ketawa melapang – lapang, kalau keluar bukan lagi bertemankan ibu atau
kakak sebaliknya sudah pandai berpakwe – pakwe.
“Emak harap sangat
Su Berjaya dalam SPM nanti. Emak hendak sangata nak emak yang bongsu masuk
universiti” kata Mak Eton penuh harapan. Walaupun dua anaknya sebelum ini sudah
Berjaya menjejakkan kaki ke menara gading biarlah anak bongsunya juga Berjaya seperti
abang dan kakaknya juga. Mak Eton yakin yang anaknya ini juga akan Berjaya
dalam SPM. Setiap malam dia adapt melihat bagaimana gigihnya Suraya menelaah
pelajaran hingga larut malam.
“Insya Allah emak.
Berkat doa emak dan ayah” balas Suraya tersenyum lalu meneguk kopi yang hampir
sejuk. Dia baru sahaja selesai menyuap nasi lemak masakan emaknya.
Sharmila, Mimi,
Rina dan Yati baru sahaja selesa membuat permbahan ujibakat yang dianjurkan
oleh sebuah televisyen swasta. Mereka beremapt melepaskan lelah setelah
menyanyi smabil menari dengan penuh perasaan. Terdengar suara – suara penonton
yang gegar gempita. Di bawah pentas ada tiga orang juri undangan yang terdiri
di kalangan penyanyi dan komposer.
“Kamu berempat
peminat korea ya?” tanya seorang Komposer terkenal.
Mereka berempat
mengangguk dengna laju. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Mereka yakin
persmebahan mereka akan mendapat pujian. Mana tidaknya berbulan – bulan dia
menari gabungan tarian kumpulan terkenal Koreaseperti Girl Generation, T-ara
dan Wonder Girls.
“Sejujurnya kamu
memang pandai menari tapi suara kamu semua ke laut. Tiada kawalan suara. Tapi
apa yang saya puji kamu boleh menari ala – ala Korea sahaja” tegur Komposer itu
dnegan jujur.
Sharmila ternyata
amat kecewa sekali. Dia tidak boleh menerima yang suaranya tidak sesedap mana.
Lama dia berlatih sampai tidak mengulangkaji SPM semata – mata mahu menyertai
pertandingan Group Girls yang setiap tahun mendapat sambutan hangat.
Tiba giliran seorang penyanyi veteran .
“Sejujurnya, kamu
semua tiada bakat untuk menjadi penyanyi. Sayangnya penampilan kamu berempat
terlalu mirip kepada Kumpulan Korea. Kamu smeua memang cantik tapi sayang tiada
suara yang bagus”
Terdengar beberapa
orang rakan mereka mengeluh berat. Sharmila berdebar dan mengetap bibir. Dia
tidak boleh menerima kritikan itu.
Tiba di juri
terakhir adalah seorang penyanyi cantik yang terkenal di seantero asia
tenggara. Wajah penyanyi wanita itu agak tegang sedikit. Sharmila dan tiga rakan
nya mula berdebar dan sedikit panik. Setakat ini tuada kritikan yang mampu
membuatkan mereka tersenym bangga.
“Adik – adik,
tarian kamu memnag hebat sebiji dari Korea tapi sayang pakaian kamu berempat
amat menjolok mata. Seksi melampau. Adik – adik kena ingat, pakaian juga
memainkan peranan penting. Walaupun kamu berempat minat dan fanatic dengan
artis – artis Korea tapi tolonglah jangan terikut – ikut sangat. Jaga
penampilan kamu. Kita ni orang islam ada batasan. Dari segi vokal, kamu
berempat tiada suara yang baik. Itu sahaja” tenang sahaja penyanyi terkemuka
itu member pendapat.
Wajah Sharmila dan
rakan – rakannya menjadi merah padam. Malunya mereka tidak terkira.dalam hati
Sharmila memaki hamun penyanyi pujaan rakyat Malaysia itu. Dia nekad lepas ini
dia tidak lagi masuk pertandingan nyanyian lagi. masuk mana – mana pertandingan
juri akan mempertikaikan suaranya yang dikatakan tidak sehebat mana tapi bila
dia menyanyi dia rasa suaranya sedap.
Suraya tersenyum
memanjang melihat keputusan peperiksaannya. Dia bagaikan tidak percaya.
Semuanya A. Dia berkali – kali mengucap syukur berkali – kali. Hasil usaha
penat dan lelah akhirnya berbaloi. Dia tidak sabar menunjukkan keputusan
peperiksaan ini pada emak dan ayah dan menelefon kakak dan abang.
Sharmila tersandar
di anak tangga. Perutnya sudah berkeroncong minta diisi. Bangun sahaja dari
tidur tiada siapa di dalam rumah. Jam dinding sudah menunjukkan ke angka 12
tengahari. Mana pulak emak aku pergi ni? Sharmila menggaru – garu kepala yang
tidak gatal. Dari jauh dia sudah melihat ibunya pulang dari arah rumah Suraya.
“Emak dari amna
ni? pagi - pagi dah keluar?” tanya Sharmila
“Kau baru ye? Anak
dara apa kau ni? emak dari rumah Mak Eton kau” kata Mak Esah sambil mengambil
tempat di sebelah Sharmila.
“Emak buat apa kat
sana?”
“Hari ni Suraya ke
luar negara sambung belajar buat kejuruteraan kimia”
“kat mana mak?”
dahi Sharmila berkerut
“Korea”
“Ha?” Sharmila
terkejut.
Mak Esah merenung
tajam anak gadisnya, “ Apsal kau terkejut pulak? Suraya ke Korea. 4 tahun dia ke
sana. Agaknya balik nanti bawa suami orang Korea” sindir Mak Esah sambil
menjeling tajam. Masa depan anaknya dia tidak pasti. Keputusan SPM Sharmila
yang teruk membuatkan dia terduduk. Mak Esah dan suaminya nekad, mana – mana
lelaki yang datang meminang, dia terima buat menantu.
“Ha?!” Sharmila
sekali lagi terkejut. Mak Esah menjeling lagi llau bangun mausk ke dalam rumah.
Sharmila masih terkial – kial duduk di anak tangga.
September 9, 2013 at 8:57 PM
Kena tingkatkan lagi usaha anda.
banyak masalah typo dan tatabahasa.
jalan cerita yang tidak tersusun.
kena banyak belajar lagi untuk menghasilkan cerpen yang bermutu..
*ikhlas dari pembaca..