Hidup di dunia ni
penuh dengan caraban..eh salah! Cabaran la..mana da wujud caraban dalam kamus
dewan..aduh!! apasal la kepala aku dh semakin tak betul nih? Dhiya mengeluh
kecil. Sejak peristiwa tak jadi kahwin yang menimpanya, dia menjadi pendiam
sangat. Sepuluh ditanya, setengah yang dijawabnya.
Dari tadi arina
memerhati sahabat baiknya, Dhiya. Dia mengerti perasaan sahabatnya itu walau
tidak sepenuhnya. Sikit pun jadilah..heheee.. sempat lgi dia mengumpat di dalam
hati. Eh? Mengumpatkah namanya tu? Entahlah, sendiri mau fahamla.
Perlahan dia
bangun melangkah ke arah Dhiya. Dia menepuk perlahan bahu rakannya sambil
menghadiahkan senyum ceria. Sungguh dia tak tahan bila mulut becok yang
mengalahkan mulut murai itu menjadi pendiam umpama kura-kura. Ek? Kura-kura
pandai bercakap tak??
“Dhiya! Kuar jom.
Temankan aku pergi tengok wayang jom. Aku nak tengok citer twilight breaking
dawn la,“ ajak arina. Siap-siap dengan muka sedih tak sedih, macam nak menagih
simpati saja lagaknya. Apapun, si Dhiya mesti dibawa kuar jugak harini kalau
tak mau mati keboringan. Itu sebab kedua sebenarnya, yang pertama adalah dia
mau menceriakan kawan baiknya itu. Tidak betah rasanya dia melihat keadaan
dhiya yang pendiam sangat tu, sikit lagi nak kalahkan orang bisu.
“bukan haritu kamu
da tinguk ka?”
“alaa Dhiya
please…aku rindulah nak tatap wajah kekasih hatiku si edward cullen tu. Lagipun
aku nak cari baju la. Dah lama tak shopping baju,” pujuk arina lagi sambil
senyum tambah gula.
“bah! Yalah2. Aku
temankan kau,”jawab Dhiya akhirnya, kesian pulak aku tengok si arina ni. Dia
bukan pandai mengalah pun kalau aku tak mengalah. Asyik nak menang je keje.
Sempat lagi Dhiya mengomel dalam hati.
***
“hai Dhiya!” sapa
satu suara. Ketika itu Dhiya tengah syok membelek t-shirt. Mana tau berkenan,
boleh beli kasi tambah koleksi baju hitamnya.
“eh kau zam!
Sorang ke?”tanya Dhiya spontan.
“yalah! Tak ada
yang sudi nak temankan, nak wat cam na.” siap-siap wat muka sedih pulak si
shaizam neh.
“aik! Playboy pun
pandai tak bertemankh?” sempat lagi dia mengusik shaizam. Hairan juga dia, dulu
bukan main lagi, setiap bulan ada saja muka baru diperkenalkan kepada did
ketika terserempak dengan si zam ni. Tapi mana ya, sejak akhir2 ini dia sering
melihat shaizam keseorangan. Dah insafkah mamat ni??
“salahkah saya
berubah Dhiya?”kata zam perlahan seperti bertanya kepada diri sendiri.
“cool la bro.
bagusla tu kalau dah berubah. I’m happy for you.” Zam tersenyum manis mendengar
ucapan itu.
“so how is your life
dhiya? Is everything ok?”tanya shaizam lembut, prihatinla katakan.
“I don’t knowla
zam. aku betul-betul rindukan dia. How could he do this to me,” keluh dhiya
sambil tersenyum tawar.
“kau mesti kuat
dhiya. Apa yang terjadi mesti ada hikmah di sebaliknya. Aku pun tak sangka
perkara tu boleh terjadi.
“entahla zam.
Mungkin TUHAN mau buka mataku supaya sedar dia bukan yang terbaik untukku,”
kata dhiya perlahan. Namun siapa yang tahu, begitu pedih hatinya tatkala
mengucapkan ayat itu. Dia percayakan ryan sepenuh hatinya. Kerna itu dia masih
tidak dapat menerima hakikat yang menimpa ryan. Tidak mungkin ryan
melakukannya, tapi aku tiada apa-apa yang boleh dijadikan bukti yang boleh
membuktikan bahawa dia tidak bersalah.
“wah! Rancaknya
korang berbual eh. Apa citer nih zam? Kongsi2 lah bro.” arina sudah berdiri
tegak di sisi Dhiya, entah dari mana muncul tak pulak mereka sedar. Macam
chipsmore la pulak, tadi tetiba hilang, skarang ni tetiba muncul plak.
“tak da apalah.
Saja-saja borak kosong ngan dhiya ni. Kau pergi mana tadi?” tanya shaizam.
Dhiya hanya tersenyum menoleh arina.
“aku pergi try
baju la tadi. Kami dua mau tinguk wayang jap lagi. Kau mau join?”
“boleh
sangat-sangat. Aku boring nak jalan sorang-saorang.”
***
Selepas makan
malam, dhiya termenung di balkoni rumahnya. Arina pula tak dapat join, ada
kerja katanya bila dhiya ajak dia lepak di balkoni. Merenung langit yang
ditaburi bintang. Cantik! Syok-syok renung bintang tetiba terkeluar muka ryan
seolah-olah tersenyum padanya.
“ryan..,” bisiknya
perlahan. Ah! Napa harus jadi begini? Ryan, aku rindu sama kau.
Sejak kenal ryan
dia tidak pernah melihat keburukan ryan. Ryan terlalu sempurna di matanya. Ryan
caring. Ryan baik, menghormati orang tua. Taat pada agama. Karna itu dia
terlalu cintakan ryan. Dia bersetuju untuk berkahwin dengan ryan. Namun, dia
tidak pernah menyangka majlis perkahwinannya akan meninggalkan titik hitam
dalam hidupnya.
***
Di majlis
perkahwinan ryan + dhiya…
Mak andam tengah
sibuk menyolek muka dhiya. Saudara kembarnya, si dhira pulak asyik keluar masuk
dari bilik pengantin. Haishh… rimas dhiya melihatnya.
“sis! Duduk
sinila. Temankan dhiya,”panggil dhiya tatkala dhira menguak pintu.
“so how? Dah
readykah?” tanya dhira. Dia duduk di sebelah dhiya.
“ nak ready
amende? Solek pun tak siap lagi ni,” jawab dhiya spontan. Dhira menepuk dahi.
Apa punya budak, lurus bendul lah pulak. Ingat dah nak kahwin tak macam tu
lagi.
“aduh! Kau nda
faham ka aku tanya apa tadi? Aku tanya kau dah readykah nak jadi isteri abang
ryan?”
“napa tanya? Kau
da tips kah mau kasi sama aku?” tanya dhiya balik sambil tersenyum nakal.
“gatal punya
kakak. Masi bawah umur ni manada tips mau kasi sama kau.”
“perasan betul la
kau ni masi bawah umur. Agaknya dulu mummy banyak makan santan kelapa kot time
mengandungkan kau,”kata dhiya sambil tersengih-sengih. Sebijik macam kerang
busyuk.
“bukan
mengandungkan kau sekali ka? Takkan lupa kot, kita kan kembar.” Membulat mata
dhiya bila mendengar kata dhira. Kurang asam punya orang. Sempat lagi dia
mencubit lengan si dhira.
***
Jam sudah
menunjukkan pukul 1pm. Namun bayangan rombongan dari pihak pengantin lelaki
masih belum kelihatan. Family dhiya termasuk dhiya sekali dah mulai resah.
Manalah si pengantin lelaki ni??? Dhira duduk di sebelah dhiya untuk
menenangkannya. Sudah berpuluh kali number handphone ryan dihubungi, namun
tiada siapa yang menjawabnya.
Tetiba telefon di
tangan dhiya bergegar menandakan ada panggilan masuk. Hampir terjatuh handphone
kerna terlalu kelam kabut untuk menjawab panggilan. Sempat lagi dia melihat skrin,
shaizam yang call.
“zam! korang
mana?” trus dhiya bertanya tanpa sempat shaizam berkata dulu.
“dhiya sabar. Aku
nak bagitau kau sesuatu. Harap kau tenang mendengarnya.” Dhiya sudah mula rasa
kurang senang bila mendengar kata shaizam. Macam ada sesuatu yang buruk telah
berlaku. Jantungnya berdegup kencang.
Ryan….bisik
hatinya. Dia melarikan dirikah? Ishhh…tak mungkinlah. Kitaorang saling
mencintai, bukannya kahwin paksa a.k.a pilihan orang tu. Atau dia kemalangan
dan terus meninggal di tempat kejadian??? Hah!!! Yang tu lagi tak mungkin.
Mintalah dijauhkan. Nanti aku nak kahwin ngan siapalah kalau dia meninggal
dunia.
“bagitaulah cepat.
Tak payah nak bermukadimah segala.” Sempat lagi dhiya membebel. Mamat ni lambat
betul nak bagitau. Aku plak bukan jenis yang penyabar pun. Dahla jantung ni dah
bekerja lebih, kang melompat keluar terus. Siapa susah?? Aku jugak.
“ryan kena tangkap
polis.” Nah! Ambik kau dhiya. Terang dan jelas lagi tu.
“hah!!! Apa kau
cakap?”
“ryan kena tangkap
polis on the way kami mau pergi sana. Polis temui dadah dalam keretanya.
Skarang ni kami kat balai polis la.”
Serta-merta
pandangannya kelam. Nasiblah dhira sempat menyambut tubuh kembarnya itu.
***
“daddy! Baby tak
percaya abang ryan lakukan semua ini. Tak mungkin daddy,” kata rihana tegas.
Bengang betul dia. Baru dua bulan dia outstation, terus ada khabar buruk yang
menyapa teliganya tatkala dia sampai di rumah. Ahhh! Kalau aku tidak pergi
haritu pasti aku dapat tolong abang ryan. Aku mesti siasat hal ini. Abang ryan
ku bukan begitu.
“baby ingat daddy
percayakah? Daddy sama mummy macam bermimpi saja tatkala abang ryan kamu
dijatuhi hukuman penjara. Ryan bukannya pernah kesempitan wang sampai terpaksa
perlu jual dadah. Tapi daddy tak mampu berbuat apa-apa baby. Semuanya berlaku
terlalu pantas,” terang tan sri nazril.
“baby akan
buktikan bahawa abang ryan tidak bersalah dalam hal ini,” kata rihana tegas.
“ya baby! Mummy
doakan semoga baby berjaya membuktikan bahawa ryan tidak bersalah. Selagi ryan
dipenjara, selagi itu hati mummy tidak tenang,” kata mummy ryan setelah lama
membisu. Sesekali dia mengesat air matanya.
“kak dhiya macam
mana mummy?”tanya rihana. Tetiba dia teringat bakal kakak iparnya. Dia pasti
sedih. Tapi, percayakah dia pada abangku???
“haritu mummy
jumpa dia semakin kurus. Banyak kali dia pengsan masa zam bagitau tentang ryan.
Kawannya si arina pun ada cakap dhiya semakin pendiam sejak kebelakangan ini.”
“kasian dia,” kata
rihana seakan-akan berbisik pada diri sendiri. dia semakin bertekad mau mencari
bukti yang boleh membebaskan abangnya.
***
Deringan handphone
menandakan ada mesej masuk mengejutkan dhiya yang tengah sibuk melakar sesuatu
di atas kertas. Perlahan dia mencapai handphone nya.
‘uits dhiya! Jum
lunch sama. Lapar suda ni.’-shaizam
Dhiya tersenyum.
Budak ni kalau mesej aku tak da keje lain. Asyik ajak makan saja. Selama ni
memang mereka bertiga sentiasa lunch bersama. Dia, ryan dan shaizam.
Memandangkan mereka satu sekolah dari sekolah menengah dan juga belajar di
universiti yang sama menyebabkan mereka menjadi rapat. Kalau dulu ada tisya
menjadikan mereka empat sekawan. Namun, sejak tisya meninggal kerana kemalangan
di tahun akhir di universiti menyebabkan mereka jadi tiga sekawan.
‘kau ni xda kje
lain ke slain mkn?’-dhiya
Laju saja tangan
dhiya menaip membalas sms dari shaizam.
‘ada byk. Tp skang
tym lunch mna leh skip. Rugi.’-shaizam
‘yala2. Kau kt mn?
Kt lobi suda ka?’-dhiya
‘yup! Cpt skit kau
trun. Aku dh kbuluran nih. Pg td x smpat breakfast.:)’-shaizam
‘otw.’-dhiya.
***
Dari jauh
kelihatan seseorang yang begitu ayu sekali di matanya. Ayu + comel + cantik..
terus shaizam melemparkan senyuman manis penuh gula kepada dhiya.mereka
berbalas senyum. Cutenya dhiya. Lesung pipi dia wat aku geram betul. Rasa nak
cubit-cubit jak. Sempat shaizam berbisik nakal di hatinya.
“lambatnya tuan
puteri turun.”
“lambat meh?
Sorryla zam. nak makan kat mana? Tempat biasakah?”tanya dhiya sambil tersenyum.
Harap-harap kat tempat lain. Jemu suda mau makan kat tempat yang sama saja.
“jum pergi kereta
aku. Kita makan kat tempat lainlah. Jemulah nak makan kat tempat biasa. Muka
kau pun dah kata begitu.” Sempat lagi shaizam mengusik dhiya. Tau-tau saja dia
ni aku dh muak makan di sana. Ada tertulis kat muka aku ke?? Dhiya meraba
mukanya, mana tau ada tulisan kat situ.
“yang kau raba
muka kenapa?” tanya shaizam pelik. Apa kena ngan budak ni?? Sawan ke? Eh, orang
sawan memang macam tu kah?
“er..ada tertulis
kat muka aku ke yang aku jemu makan kat situ?”tanya dhiya lurus bendul. Manalah
tau kalau betul.
“kau ni! Lurus
bendul betul.” Shaizam mengetuk kepala dhiya perlahan. Lurus bendul tak
bertempat betul budak ni. Tapi, kalau lurus bendul perlu bertempat ke????
Entahla..alih-alih aku pula yang terkena virus lurus bendul si dhiya ni.
***
“amacam? Ok tak
masakan kat sini?”tanya shaizam setelah lama mereka mendiamkan diri. Tak best
pulak senyap sangat.
“sedap giler beb!”
puji dhiya.
“taulah. Tapi tak
payahla makan gelojoh sangat. Nampak macam tak makan setahun pulak kau ni. Kau
tak da sarapan ke awal pagi tadi?”
“tak sempatlah
bro.” dhiya tersengih-sengih. Spontan dia mengambil tisu untuk mengelap
mulutnya. Mana tau ada comot kat muka.
“ni mesti kes
bangun lambat kan?” tembak shaizam. Tau sangat dia perangai dhiya yang agak
liat bangun pagi. Entah bilalah budak ni mau berubah.
“tau-tau saja kau
ni eh.”
Sementara menunggu
shaizam menyelesaikan bil, dhiya mengorak langkah keluar dari situ. Tunggu kat
luar sajalah. Tengah syok jalan, tetiba dhiya tersungkur ke depan. Aduh!
Siapalah melaun gila yang tolak aku nih??? Perlahan dia bangun sebelum menoleh
ke arah manusia yang cari pasal dengan dia.
“hey perempuan
gatal! Kau jangan nak berani rampas shaizam dari aku. Dia milik aku!” dengan
suara yang agak lantang perempuan itu berteriak di depan dhiya. Siap-siap
tunding jari lagi tu. Dushhh! Malunya. Terasa tebal kulit mukanya. Orang di
sekeliling pastinya bulat mata melihat drama sebabak ini. Warghhhh! Mama! Dhiya
malu. Mana mau letak muka nih. Sempat lagi dia merenung perempuan di depannya.
Gila punya orang. Pakai pakaian macam tak cukup kain, muka memang licin habis.
Pakai make up entah berapa inci. Gincu pulak oren terang giler. Bulu mata pulak
nampak sangat palsu, panjang giler. Macam mata kuda pula. Hahaha.. Sewel apa
perempuan nie.
“er..miss. you
salah faham. Saya cuma….”
“pris! Apasal kau
marah kat girlfriend aku hah? Aku tak pernah kacau hidup kau. Better kau
berambus sekarang dan jangan nak cuba-cuba ganggu dhiya lagi.” Shaizam merenung
tajam ke arah priscilla. Fulamak! Giler punya garang laki nih. Dah tu siap-siap
ngaku aku nih girlfriend dia pulak. Dhiya menjeling shaizam tajam. Geram!
“what?? Kau tetap
milik aku shaizam! Milik aku!” kata priscilla bebaur ugutan sebelum berlalu
pergi. Huh! Memang sewel la perempuan ni. Pergi macam kena tiup angin pulak.
Langsung tak tau malu. Ingat tengah berlakon filem kah?
“kau!” kata dhiya
sambil merenung tajam ke arah shaizam.
“er…sorry dhiya.
Only for this time ok. Lain kali janji tak buat lagi.” Siap-siap buat muka
kasihan lagi tu.
***
Pintu pejabatnya
ditolak kasar dari luar. Terjenggul muka shaizam di situ. Apalah shaizam nih,
mengejutkan saja.
“dhiya! Kau tak
apa-apa ke?” soal shaizam cemas. Dirinya kelihatan agak tidak terurus. Sempat
lagi dia meluru ke arah dhiya dan memeriksanya. Manatau ada cedera ke.
“napa nih bro? aku
okla,”tanya dhiya pelik. Demam ke budak ni tetiba jadi macam tu.
“betul?”tanya
shaizam lagi inginkan kepastian. Kalau dilihat dari mata kasar dhiya memang
nampak ok. Tapi, apa pulak motif sang pengirim mesej tadi??
“tadi aku dapat
mesej pejabat kau kena rompak. Tu yang aku terus ke sini. Betul ke tak da
apa-apa?”tanya shaizam buat kesekian kalinya. dhiya mengerutkan dahinya. Bila
masa pulak pejabat kena rompak????
“eh, tak adalah
zam. siapa pula mau….?”
“Assalamualaikum.”
Kedengaran orang memberi salam. Muncul beberapa orang yang memakai kopiah
berwarna putih. Alamak!! Dhiya berasa tidak sedap hati.
***
“pa, dhiya tak
salah pa. tolong pa. ampunkan dhiya. Dhiya tidak lakukan semua itu pa. tolong
dhiya pa.” dhiya menangis teresak-esak sambil memegang erat tangan papanya.
“sudahla. Lebih
baik kamu pikirkan tentang persiapan untuk pernikahan kamu minggu depan,”kata
papanya sebelum melepaskan tangan dhiya perlahan dan berlalu masuk ke dalam
biliknya. Di mukanya jelas kelihatan sangat kecewa. Namun, jauh di sudut
hatinya, dia tidak yakin dhiya sanggup bertindak sebegitu.
“jangan nangis
sayang.” Dhiya pantas memeluk erat tubuh anak tunggalnya itu. Sayu hatinya
melihat keadaan dhiya.
“mama. Dhiya tak
salah mama. Dhiya tak salah.” Air matanya mengalir semakin lebat tanpa dapat
ditahan.
“mama tau sayang.
Mama percaya. Shhhhh..jangan nangis lagi sayang,” pujuk mamanya perlahan sambil
menepuk lembut bahu dhiya bagi menenangkannya.
***
Dhira menggengam
erat tangan dhiya. Sepertinya dia mau memberi kekuatan kepada saudara kembarnya
itu. Walau bukan dia di tempat dhiya, namun dia faham perasaan dhiya. Yang dia
mampu lakukan hanyalah berdoa agar kebahagiaan mewarnai kehidupan saudara
kembarnya itu.
Shaizam nampak
segak berhadapan dengan jurunikah. Riak tenang jelas terpancar di wajah itu.
Namun siap tahu gelora di hatinya.
“pernikahan ini
tidak boleh diteruskan!”teriak satu suara lantang menjerit ketika shaizam
hampir menghulurkan tangannya. Serta-merta mukanya pucat tatkala melihat wajah
pemilik suara itu. Peluh mula membasahi mukanya.
Dhiya tergamam
melihat orang yang dicintainya. Ryan….perlahan dia membisikkan nama itu. Ryan
menoleh kearah dhiya seketika, terasa seperti dhiya ada memanggilnya. Wajah
yang dirinduinya itu kelihatan agak cengkung namun kecantikkannya tidak pudar.
Masih cantik dan ayu seperti dulu.
Ryan dan dua orang
anggota polis mara ke arah shaizam. Kemudian mereka menggari tangan shaizam.
Shaizam seperti dipukau, langsung tidak melawan. Wajahnya ditundukkan. Orang
ramai mula berbisik-bisik. Pastinya tertanya-tanya.
“shaizam! Apa
semua ni?” tanya ayahnya cemas. Namun shaizam langsung tidak mengangkat
mukanya.
“kenapa awak gari
tangan anak saya? Apa salah anak saya???”tanya ayah shaizam kepada salah
seorang anggota polis itu setelah tidak mendapat sebarang jawapan dari shaizam.
“maaf encik. Anak
encik disyaki telah meletakkan dadah di dalam kereta encik ryan. Encik boleh
ikut kami ke balai untuk keterangan lanjut.”
Shaizam dibawa
pergi oleh kedua anggota polis tersebut. Sedikit pun dia tidak menoleh ke arah
para hadirin di situ. Ayahnya mengekori dari belakang. Agaknya masih tidak puas
hati dengan apa yang telah menimpa anaknya itu.
Setelah kelibat
mereka hilang, ryan mengorak langkah perlahan ke arah papa dhiya. Kelihatan
mereka sedang berbincang sesuatu yang agak serius. Sesekali papa dhiya
menganggukkan kepalanya. Setelah agak lama berbincang, ryan melangkah perlahan
ke arah dhiya.
“sayang. Sudi
kahwin dengan saya?” tanyanya perlahan, romantik gitu. Dia berlutut di hadapan
dhiya. Matanya bersinar merenung wajah dhiya sarat dengan rasa cinta yang tiada
batasan. Dhiya tersenyum manis ke arah ryan. Tanpa dapat ditahan, air matanya
mengalir perlahan. Alangkah bahagianya dia saat ini. Seperti bermimpi pula
tatkala orang yang teramat dicintainya berada di depan matanya. Dia mengangguk
kepalanya perlahan.
“yes!”jerit
ryan.happy betul dia. Para hadirin bertepuk tangan melihat gelagat ryan yang
agak keanak-anakkan itu.
***
“sayang, napa
termenung ni?” tanya ryan perlahan sambil memeluk pinggang isterinya dari
belakang. Dhiya menyandarkan kepalanya ke dada suaminya. Bahagianya tatkala
berada di dalam dakapan orang yang kita cintai. Sempat lagi dhiya tersenyum
sendiri.
“dhiya tinguk
bulan sana tu. Cantik ba kan?” ryan tersenyum bahagia.
“tapi sayang,
bulan yang kat dakapan abang ni lagi cantik tau,”ucap ryan romantis.
“sampai hati zam
buat abang macam tu kan. Dhiya macam tak percaya pulak dia sanggup buat begitu
pada abang,”kata dhiya setelah lama mendiamkan diri. Sungguh dia susah nak
percaya bahawa shaizamlah dalang yang menyebabkan ryan tercampak ke penjara
suatu ketika dulu. Nasiblah adik ryan, si rihana berjaya mencari bukti bagi
membebaskan abangnya dari penjara. Kalau tidak, entah bagaimana nasibnya bila
menjadi isteri kepada shaizam. Nasib baik kat parking kereta di bawah kondo
ryan ada cctv yang agak tersembunyi. Kalau orang tidak memerhati betul-betul
pasti mereka tidak sedar akan adanya cctv di situ. Melalui cctv itulah rihana
dapat bukti bahawa ryan tidak bersalah.
“entahla dhiya.
Abang lagilah tak percaya bahawa bestfriend abang sendiri sanggup buat abang
macam tu. Dahla, kita lupakan saja tentang perkara tu. Doakan saja dia insaf
dari perbuatannya,”kata ryan. Walau dia agak sakit hati, namun dia tidak
berdendam dengan shaizam. Lelaki itu sudah dianggapnya sebagai abang kandungnya
sendiri.
“ya bang.” Dhiya
berpaling ke arah ryan spontan mengucup bibir merah suaminya.
“sayang goda abang
ke?” bisik ryan perlahan di telinga dhiya.
“salah ke dhiya
goda suami sendiri?” kata dhiya perlahan sambil merangkul leher suaminya. Ryan
mengemaskan lagi pelukan di pinggang dhiya.
“tak. Abang suka.”
Ryan terus mengucup bibir isterinya mesra sebelum sempat dhiya bersuara.