KERTAS
kerja diperiksa buat kali terakhir. Cik Kia tersenyum puas. Kerjanya hari ini
sudah selesai. Senyuman diukir lebar. Sesekali cermin mata yang melurut di
hidung ditolak dengan hujung jari telunjuk ke atas. Meja dikemas rapi. Tudung
yang dipakai dibetulkan sedikit. Dia segera mencapai beg tangan dan kunci
motorsikal. Hatinya berbunga riang. Satu lagi kes selesai. Usahanya selama ini
menjadi kenyataan. Dia segera menuju ke arah Bandar Baru Bangi. Sekejap tadi
dia mendapat panggilan dari penyiasat peribadinya. Wah! Terasa diri seperti
VVIP.
Dia
sendiri tidak menyangka akan menjadi popular dalam masa sebegitu singkat. Ini
semua gara-gara karya yang dihantar untuk suka-suka di sebuah laman web.
Bermula dari situ, dia dihujani dengan e-mel dan panggilan telefon sehingga
terpaksa mengupah seorang penyiasat persendirian. Dan kini dia berbangga
mempunyai ruang pejabat sendiri walaupun tidak sebesar ruang pejabat menteri.
Modenas
Kriss laju membelok ke arah sebuah restoran. Laju kakinya melangkah menuju ke
sebuah meja yang terletak di luar restoran. Angin kipas berhawa sejuk nyata
memberi keselesaan kepada temannya yang sudah lama menunggu.
“Dah
lama sampai?” Cik Kia senyum sambil menarik kerusi dan terus duduk. Helmet
diletak atas meja. Tudung yang sedikit senget dibetulkan semula. Cermin mata
ditarik dan dilap dengan hujung tudung.
“Baru
je, so, apa citer? Ada kes baru lagi ke?” Lan hembus asap rokok.
Berkepul-kepul mengikut arah kipas angin.
Cik
Kia jeling tempat habuk rokok atas meja. Hampir lima batang sudah lunyai di
situ.
“Ada
satu lagi. Aku nak kau siasat. Any way, sebab satu kes dah selesai, nah!
Ni upah kau!” Cik Kia sengih. Puas hati dengan tugas Lan.
Lan
capai sampul yang dihulur Cik Kia. Dia buka perlahan. Wow!!
“Err..mana
kau dapat duit banyak ni?” Lan bulatkan mata sambil memandang Cik Kia yang
tersenyum di depan.
“Alah..ambik
jelah! Banyak tanya pulak.” Cik Kia sengih lagi.
Lan
mula sengih. Macam ni, sepuluh kes pun aku boleh ambik!
Cik
Kia mula pesan makanan. Mereka sama-sama menikmati makanan tengah hari itu
dengan hati yang puas. Cik Kia puas kerana kesnya telah selesai. Lan pula puas
kerana mendapat habuan lumayan dari Cik Kia. Cik Kia sempat menghulurkan sampul
baru kepada Lan sambil tersenyum. Lan pula sudah faham senyuman Cik Kia. Mereka
membawa haluan masing-masing.
*********************
SKRIN
komputer riba ditenung lama. Jenuh memikirkan susun atur yang sesuai untuk
mencantikkan lagi blog peribadinya. Bila idea sudah menjengah otak, laju
tangannya menaip dan menukar HTML java script . Sekali lagi dia periksa susun
atur gambar dan slot ruangan peribadi setiap pendaftar agar tidak mudah diakses
oleh orang yang tidak berkenaan. Ruangan itu hanya boleh diakses oleh ahli
berdaftar sahaja.
“Hmm..settle!”
Cik Kia mengorak senyum. Lebar.
Kini
Cik Kia lega. Sebelum ini segala-galanya diuruskan secara manual. Melayan
setiap e-mel dan panggilan telefon yang sudah semestinya mengganggu kehidupan
sehariannya. Dengan adanya ruangan itu di blog peribadinya nanti, akan
memudahkan urusannya untuk membantu mereka yang serius. Dia tersenyum puas.
Telefon
Blackberry berwarna merah mula berdering. Cik Kia intai nama yang tertera di
skrin. Private number. Siapa pulak ni? Kalau ahli berdaftar
semuanya dia tahu. Siang-siang lagi dia sudah set nama masing-masing dalam
senarai.
“Hello..”
Cik Kia menjawab tanpa nada perasaan.
“Err..boleh
saya bercakap dengan Cik Kia?”
Kedengaran
suara lelaki di hujung talian.
“Ya,
bercakap. Siapa ni?”
“Boleh
kita jumpa?”
“Jumpa?
Saya tak kenal awak. Mana boleh jumpa sesuka hati. Awak nak apa?” Cik Kia mula
rasa tak sedap hati. Belum kenal apa-apa, dah nak jumpa!
“Err..maaf.
Saya Sam. Saya terbaca ruangan Cik Kia dalam blog tu. So, saya ingat nak join
tapi segan pulak nak daftar kat situ. Boleh jumpa?”
“Hmm..kalau
ikut panduan situ, awak kena daftar dulu. Macam ni..awak daftar dulu sebagai
ahli, kemudian kita jumpa” Cik Kia mula beri saranan.
“Oh..okey.
Kalau macam tu saya daftar dulu.”
Talian
putus.
Cik
Kia pandang pula skrin. Sekali lagi dia senyum. Nampaknya semakin ramai yang
ingin menjadi ahli berdaftar. Kembang hidungnya bila blog peribadi yang dulunya
sepi kini menjadi hit bila adanya ruangan itu. Dia tersenyum puas, gara-gara
karya yang ditulis hanya untuk suka-suka dan sekadar melepas perasaan di alam
maya, kini dia boleh berbangga dengan blog pula. Tidak pernah terlintas sedikit
pun.
Dia
renung lagi skrin. Cuba mencari apa-apa yang boleh dimasukkan dalam ruangan
itu. Panduan yang sengaja diletak di bahagian atas blog sengaja dihighlightkan
agar pengunjung laman blognya nanti tidak menyalahgunakan ruangan itu sesuka
hati.
Cik
Kia tersenyum puas. Dia periksa semua ahli yang berdaftar. Alhamdulillah,
hingga ke saat ini, sudah lima kes selesai. Mana ahli yang tidak mengikut garis
panduan dan cuba melanggar etika yang telah ditetapkan akan terus
disenaraihitamkan. Setakat hari ini, hanya satu kes saja yang menjurus ke arah
itu. Semua itu hasil usaha Lan. Dia senyum lagi. Pada mulanya, semua yang dilakukan
adalah atas dasar ingin menolong sesama manusia. Tidak sangka perkhidmatannya
mula mendapat perhatian walaupun pada mulanya hanya sekadar menolong, kini dia
mula menjadikan ruangan itu satu perniagaan yang tidak pernah terfikir olehnya
sebelum ini. Hanya bayaran minimum saja dikenakan ke atas setiap ahli berdaftar
dan jika kes selesai, terpulang pada mereka untuk membayar lagi atau tidak. Dia
tidak kisah. Bibirnya mengukir senyum, lega kerana setakat ini mereka berpuas
hati dengan perkhidmatannya.
************************
CIK
KIA bergegas ke restoran mamak berdekatan dengan rumah Lan. Terkial-kial dia
mencari kelibat Lan. Helmet dipegang kemas. Tangan kirinya pula menggenggam
sampul surat bersaiz A4. Dia terus senyum bila terpandang seseorang sedang senyum
kepadanya di sebuah meja hujung sambil menghembus asap rokok.
“Ada
apa kau panggil aku ni? Kes yang kau beri semalam belum start lagi la..”
Lan menjentik sisa rokok ke dalam semak.
Cik
Kia geleng. “Hoi! Kalau terbakar pokok tu siapa nak jawab?”
Lan
hanya sengih. “Ala..setakat habuk rokok tu..tak ada kesan lah!”
Cik
Kia mula mengeluarkan sekeping sampul surat dan diletak atas meja. Dia terus
panggil pelayan untuk memesan minuman.
“Minum
je?” Lan sengih lagi.
“Bankrap
la aku kalau kau asyik mencekik je..” Cik Kia mencebik.
Lan
sengih lagi. Dia terus buka sampul surat yang terletak atas meja. Ada beberapa
helai kertas termasuk sekeping gambar. Mukanya mula berkerut.
“Err..macam
familiar je mamat ni..” Lan mengusap dagunya yang ada seketul jerawat.
“Kau
kenal ke?” Cik Kia renung Lan.
“Hmm..entah
tapi rasanya aku pernah jumpa dia ni..tak pa nanti aku siasat.” Lan letak
semula gambar dalam sampul surat bersama kertas lain.
“Dia
ni baru daftar tapi dia nak jumpa aku. Aku ingat nak suruh kau siasat dulu,
baru aku nak jumpa dia. Kau rasa macam mana?” Cik Kia pandang Lan yang mula
mengeluarkan sebatang lagi rokok.
“Aku
rasa dia ni padan dengan kau je. Dari segi umur pun..tak banyak beza..”
Lan senyum.
Cik
Kia mula masam. “Aku serius ni!”
“Alah..kau
tu sibuk nak selesaikan kes orang, kes sendiri apa citer?” Lan mula
gelak.
Cik
Kia mula terfikir. Selama ini dia sibuk menguruskan kes orang sedangkan diri
sendiri tidak pernah ambil tahu. Ah! Lantaklah! Janji aku bahagia.
“Dahlah!
Aku nak kau siasat latar belakang mamat ni.” Cik Kia menghabiskan minumannya.
Lan
hanya memerhati Cik Kia berlalu pergi setelah segala perbincangan tadi selesai.
Patutlah sampai sekarang macam ni..selalu kepoh! Kelam kabut! Baju kurung
besar gedabak, cermin mata besar, gincu merah menyala, kasut pulak kasut sukan!
Memang tak matching langsung!
Lan
mula menafsir ciri-ciri yang padanya cukup geli hati melihat penampilan bos tak
rasminya. Dia gelak sendiri.
************
JAM
sudah hampir lapan malam. Melilau matanya mencari helmet. Habis satu bilik
digeledah. Dia cuba mengingati kembali di mana helmetnya. Balik dari berjumpa
Lan tadi, dia ke kedai runcit, lepas tu kedai gambar. Sampai rumah, seperti
biasa helmet tu diletak dekat dengan rak kasut tepi tangga tapi puas dicari. Takkanlah..tadi
aku letak kat sini. Mana pulak helmet tengkorak aku ni. Adoi!! Macam mana ni?
Aku dah la nak cepat ni!!
Dijeling
lagi jam di dinding. Sudah hampir lapan suku malam. Dia cari lagi.
“Ah!
Lantaklah! Habis pun, aku kena saman je. Malam ni tak boleh miss!
Ceramah ustaz hensem tu best!” Cik Kia terus capai sesuatu dari
dapur dan terus diletak atas kepala. Hmm..ngam-ngam dengan saiz kepala aku.
Dia
terus menunggang motorsikal ke masjid dekat rumahnya dengan harapan tiada apa
yang menghalangnya nanti. Keyakinan mesti ada.
Setiap
malam Jumaat dia tak pernah ketinggalan berjemaah di masjid berdekatan
rumahnya. Habis solat Isyak, selalunya ada sesi ceramah dari ustaz jemputan.
Jarang dia tunggu lepas solat Isyak tapi bila tersua dengan ustaz yang mengajar
di situ secara tak sengaja di tempat letak motosikal, hatinya mula kembang. Tak
sangka ustaz muda itu menghulurkan senyuman kepadanya. Maka bertambah rajin dia
mendengar ceramah.
Motor
Modenas Kriss dibawa laju membelah jalan besar sebelum sampai ke masjid.
Tiba-tiba motornya terhenti. Bukan rosak tapi sengaja diberhentikan. Matanya
tepat memandang ke arah depan di simpang masuk ke arah masjid. Dua orang
pegawai polis sedang memeriksa setiap motosikal yang lalu jalan itu.
“Alamak!
Macam mana ni? Takkan nak patah balik! Aduh!!” Cik Kia mula menggelabah.
Dahinya sudah berpeluh. Baju kurung yang terselak menampakkan betis putihnya
ditarik sedikit ke bawah. Otaknya ligat berfikir. Apa alasan yang akan diberi
nanti. Sesekali dia meluku kepalanya sendiri. Tu la kau..over confident!
Hatinya mula gelisah.
“Berhenti!
Sila ke tepi!” Polis itu mula menahan.
Cik
Kia semakin menggelabah. Dia segera ke tepi sambil mengheret motorsikal
bersama. Dia pandang pegawai polis yang mula mengekorinya ke tepi jalan. Aduh!!
Macam mana ni!!!
“Bagi
lesen!” Polis itu renung Cik Kia tidak berkelip. Bibirnya mula mengukir senyum.
Cik
Kia segera menghulur lesen memandu. Sempat dia jeling tag nama di poket baju
polis tersebut. Jelas tertera nama. L’STRI.
Peliknya
nama? Macam mana nak sebut…Lestari kut..Cik
Kia mengagak.
“Nak
ke mana ni sampai pakai macam ni?” Polis muda itu jeling Cik Kia yang memakai
telekung dan berkain baju kurung. Ditambah lagi dengan aksesori cantik atas kepala.
“Err..saya
nak ke masjid depan tu encik..” Cik Kia semakin menggelabah. Dijeling jam
tangan, sudah hampir lapan setengah malam.
“Cantik
topi keledar awak!” Polis itu senyum lagi.
Cik
Kia turut senyum. Dia pandang beberapa mat rempit yang ditahan. Masing-masing
berbisik sesama sendiri sambil ketawa. Memang dia dah agak, mesti dirinya
diketawakan nanti. Aduh!! Tak sangka pula ada sekatan jalan raya. Selalunya
jalan clear saja. Hmm..nasib akulah malam ni. Saman pun samanlah!
“Err..saya
nak cepat tadi encik....Li..Lestari.” tergagap-gagap Cik Kia menjawab. Memang
salahnya.
Pegawai
polis itu senyum lagi. Dia pandang rakan setugas yang sedang memeriksa lesen
memandu mat rempit.
“Mesti
mahal helmet awak ni! Berapa awak beli?” Polis itu mula ketawa.
Cik
Kia mula sengih. Perli aku ke apa ni?? Tahu la aku pakai bekas plastik ais
krim! Geramnya!!! Teringat tadi, nak cepat punya fasal dia terpaksa ambil
bekas plastik ais krim bulat yang masih ada pelekat Magnolia dan terus diletak
atas kepala sebagai pengganti helmet.
“Mana
cukai jalan awak?”
“Err..cukai
jalan? Apa tu encik? Saya tak pernah bayar cukai apa pun!” Cik Kia mula panik.
Entah kenapa otaknya mula tidak betul. Dari tadi dia asyik memikirkan ‘helmet’
cantiknya.
“Hah!
Cukai jalan pun tak tahu?” Polis itu mula pelik. Minah ni betul ke tidak ni?
Dahla pakai bekas plastik bulat atas kepala! Sah tak betul minah ni!
Cik
Kia geleng. Mukanya pucat.
Polis
itu terus membuat gerak tangan menggayakan bentuk cukai jalan untuk motosikal
bila melihat Cik Kia terpinga-pinga.
“Cukai
jalan tu ada yang bulat dan ada yang empat segi..selalunya diletak kat bawah
tempat duduk motor.”
Cik
Kia masih terkial-kial memikirkan apa yang dimaksudkan oleh pegawai polis tadi.
Bulat? Empat segi? Aduhh!!! Apa benda tu??? Dia cepat-cepat buka tempat
duduk dan diangkat ke atas. Memang sah ada sesuatu yang berbentuk empat segi
kecil terlekat di situ.
“Tapi
yang ni road tax encik..” Cik Kia masih bingung. Keliru.
Polis
itu terus ketawa terbahak-bahak. Cik Kia tercengang melihat gelagat polis muda
itu yang mula menekan perut menahan ketawa. Mat rempit dan polis satu lagi mula
berpaling. Mereka turut sama ketawa. Tinggal tak sampai terguling je
lagi. Lucu sangat ke???
Cik
Kia pula masih tidak mengerti. Betul la…tu kan road tax..itu pun nak gelak??
“Cik
adik…road tax tu cukai jalan la! Road tax..bahasa Inggeris..dalam
bahasa Melayu...cukai jalan! Faham!” Polis gelak lagi. Kali ini semakin kuat.
Cik
Kia sengih lagi. Selama ini dia hanya sebut road tax. Dah terbiasa. Macam
mana aku tak terfikir cukai jalan pulak. Haru!! Otaknya dirasakan sudah
biul.
“Ni..satu
lagi..betul ke nama awak ni?” Polis itu masih ketawa.
Cik
Kia angguk. Mukanya mula merah menahan malu. Bila menyentuh pasal nama, dia
memang tak boleh buat apa-apa. Itulah nama yang diberi ibunya sebaik saja dia
dilahirkan ke dunia tiga puluh tahun dulu.
“Tak
apalah. Awak boleh pergi. Tak sampai hati saya nak saman awak.” Polis itu menyerahkan
semula lesen memandu dan cukai jalan kepada Cik Kia sambil tersenyum.
***********************
CIK
KIA termenung. Masih memikirkan kejadian malam tadi. Malunya tuhan saja yang
tahu. Kalau boleh mahu saja disorokkan muka bawah motor masa itu juga. Dia
segera menatap skrin komputer. Tidak ingin mengingati kejadian memalukan itu.
Laman blog ditatap lagi. Sam, lelaki yang menelefonnya dua hari lepas rupanya
ingin berkenalan dengannya. Dia mula gelisah. Sudah banyak gadis yang sesuai
disua kepada Sam. Gambar dan butir peribadi semua gadis yang berdaftar dihantar
kepada Sam melalui e-mel tapi tidak satu pun menarik perhatian Sam. Tak faham
dengan sikap Sam. Nama penuh pula tidak disertakan sekali dalam data blog
sebagaimana mengikut syarat panduan kedua. Bila tanya Lan, Lan pula yang
menyokong lelaki tanpa nama penuh itu. Kononnya sudah kenal, tak perlu siasat
lagi. Ah! Rumit! Mengapa mamat tu nak kenal sangat dengan aku??
Petang
nanti, Sam ingin bertemu dengannya. Ah! Haru betul! Kenapa pula aku yang kena
jumpa dia? Sepatutnya dia kena jumpa aku seperti dalam syarat panduan tu! Adoi!!!
Pening. Aku sendiri melanggar garis panduan dan syarat-syarat yang aku sendiri
buat! Dia baca semula panduan di skrin.
1.
MESTI BUJANG
2.
Jujur dengan diri sendiri
3.
Ada kerja (Lelaki-nak bagi makan
anak orang kenalah kerja)
4.
Janji temu perlu ditemani(berdua
nanti ada pihak ketiga yang bertanduk)
5.
Serius dengan perhubungan (bukan
main-main atau saja nak menggatal)
6.
Janji temu pertama di pejabat Cik Kia(nak
sahkan kesepadanan gambar dengan empunya badan)
7.
MBA (Married but Available) tak
dibenarkan (Shoo all married men)
8.
Bukan Bini Orang (Nak langgar
hukum?)
9.
Gambar sebenar disertakan (Dari
kepala sampai ke kaki- mana tahu ada cacat ke)
10.
Berpendidikan (tak semestinya pelajaran tinggi)
CIK
KIA renung lagi. Kali ini dia sendiri telah melanggar syarat nombor enam. Nyata
Sam ingin bertemu di luar. Dia segera capai telefon.
“Lan,
kau pasti ke Sam tu kawan kau?” Cik Kia mula resah.
“Sure!
Kau pergi la jumpa dia. Kau kat mana ni?”
“Aku
kat rumah ni..err..tak boleh ke jumpa kat ofis aku je?” Cik Kia
terasa dia sendiri melanggar prinsip.
“Alah..Sam
tu okey je la. Aku kenal dia tu. Kau tak payah risau!”
“Lan,
kau temankan….” Cik Kia ketap bibir bila Lan sudah letak telefon sebelum habis
dia bercakap.Talian terus dimatikan.
Cik
Kia kaget. Selama ini hidupnya gembira menyelesaikan kes pasangan lain . Sudah
lebih sepuluh pasangan berjaya disatukan hingga ke jinjang pelamin tapi kali
ini dia sendiri terjerat. Sam ingin berkenalan dengannya dan bukan dengan gadis
yang berdaftar di ruangan itu. Dia mula picit dahi. Pening!
Kini
dia terperangkap dalam dunia yang diciptanya sendiri.Ruangan ‘ JODOH@CIK
KIA.COM’. Ruangan yang dihasilkannya sendiri di blog. Dan ruangan itu jugalah
hasil idea dari karya yang dihantar ke satu laman web suatu ketika dulu. Karya
yang mendapat sambutan pembaca di laman web tersebut. Pening!
*****************
CIK
KIA termangu sendiri di meja restoran. Sesekali dia jeling jam tangan. Sudah
menghampiri empat petang. Hatinya mula berdebar. Pukul empat nanti, jejaka
bernama Sam akan muncul. Cermin mata yang terlurut diangkat ke atas.
“Baik
aku ke toilet dulu.” Cik Kia segera ke bilik air bila terasa darah gemuruh mula
menyimbah.
Di
bilik air, lama dia merenung cermin. Sesekali dia menepuk kedua belah pipi.
“Wake
up Kia! Kali ini kau yang kena blind date!” Dia berkata sendiri.
Pipinya ditepuk lagi.
Segera
dia menarik nafas panjang. Kemudian menghembus semula. Dia segera keluar dari
bilik air menuju ke meja tadi. Berjalan perlahan tanpa memandang ke depan.
Darah gemuruh masih kejap menapak dalam hati.
“Kia,
kau kena cool. Kau kena tenang. Kau kena..” Dia mula berkata sendiri
sambil melangkah perlahan ke arah meja yang dia duduk sebentar tadi bila
tiba-tiba kakinya tersepak kaki seseorang. Terjelepok dia jatuh macam nangka
busuk. Cermin mata tercampak entah ke mana.
“Err…awak
okey?”
Cik
Kia masih meraba mencari cermin mata bingkai hitam. Pandangannya mula kabur.
“Cik..awak
okey ke?”
Cik
Kia pandang ke arah seorang lelaki yang ingin menolongnya bangun dari jatuh
tadi. Wajah lelaki itu kelihatan samar. Dia mengambil cermin mata yang dihulur
lelaki itu dan terus memakainya.
Alamak!
Malunya! Cik Kia mula tunduk bila melihat
dengan jelas wajah lelaki yang membantunya tadi. “Err…saya okey..thanks.”
“Awak..Cik
Kia kan?”
Cik
Kia mula menoleh. “Awak Sam?”
Sam
angguk.
Mereka
mula duduk di meja berdekatan.
“Assalamualaikum.”
Sam mula memberi salam perkenalan.
Cik
Kia pandang jejaka di depannya. Lelaki berusia pertengahan tiga puluhan itu
memandangnya sambil tersenyum. Nyata jejaka di depannya seorang yang gentleman.
Ada kumis nipis dan sedikit janggut. Kulit pula tak putih tak hitam…sawo
matang. Ketinggian pula sederhana.
“Wa’alaikumussalam..”
Cik Kia cuba senyum.
“Awak
Cik Kia kan?” sekali lagi Sam bertanya.
Cik
Kia angguk. Gementar.
“Saya
Sam.”
Apalah
mamat ni..memanglah nama kau Sam. Aku dah tahu tu semua! Nama penuh kau je aku
belum tahu! Kalau ikutkan hati mahu saja dia
pergi dari situ.
“Maaf
sebab ajak jumpa kat sini. Saya tahu saya sepatutnya jumpa di ofis Cik Kia kan?
Saya dah baca semua garis panduan di blog Cik Kia tapi saya rasa elok saja kita
jumpa kat sini. Lagi ramai orang. Lagipun saya memang bujang. Belum berpunya.
Jangan bimbang.” Sam senyum lagi.
“Mengapa
awak nak kenal saya? Macam mana awak tahu saya ni masih single? Saya
bukannya cantik pun. Cantik lagi gadis yang saya e-mel kat awak hari tu.” Cik
Kia betulkan tudungnya yang mula senget. Cermin mata diangkat lagi bila terasa
mula melurut.
Seorang
pelayan restoran membawa minuman ke meja mereka. Perbualan mereka terhenti
seketika.
“Saya
tahu. Tapi pada saya awak lagi cantik. Awak jujur. Saya suka gadis jujur.”
“Saya
ni dah tua tau..awak boleh pilih gadis lebih muda dari saya.” Cik Kia masih
tidak puas hati.
“Sebenarnya
banyak saya tahu fasal cik Kia. Nama penuh cik Kia, kat mana Cik Kia tinggal,
di mana Cik Kia belajar dulu. Dan semua karya cik Kia saya baca. Memang bagus.
Idea di dalam cerpen tu sangat baik.” Panjang lebar Sam berbicara. Lembut tutur
katanya.
“Jadi..awak
baca cerpen saya?” Cik Kia besarkan mata. Terkejut mendengar pengakuan Sam.
“Ya..cerpen
yang saya paling suka..’Mencari Jodoh @.net’ Watak dalam tu terasa
macam saya pula.” Sam senyum lagi.
Cik
Kia ternganga. Rupanya selama ini dia ada peminat misteri.
“Anyway,
saya rasa kita ada chemistry. Saya suka cara awak perkenalkan diri awak
dalam cerpen tu..connecting people, sesuai dengan tajuk.” Sam sambung
lagi kisah nya bersama cerpen Cik Kia. Dia mula gelak.
“Kenapa
awak gelak? Lucu sangat ke? ” Cik Kia ketap bibir.
“Tak..saya
rasa kita ni sama!”
Cik
Kia bingung. Sama??? Apa yang sama??
“Saya
serius. Saya rasa saya dah jumpa pasangan hidup saya.” Senyuman Sam masih
terukir di bibir. Keningnya diangkat sambil mengenyit mata.
Cik
Kia masih bingung.
“Err..nama
penuh awak apa ek? Sampai nak berahsia sangat dalam ruangan tu!” Cik Kia
mula teringat Sam hanya mendaftarkan namanya sebagai Sam saja.
“Oh
ya! Lupa pula. Saya Samsung! Selamat berkenalan cik Nokia!” kali ini senyuman
Sam semakin lebar. Penuh makna.
Cik
Kia terkedu. Patutlah Lan beria sangat menyuruhnya menyambut perkenalan mamat
ni. Mamat ni pula beria nak kenal aku. Dia terdiam lagi. Tak tahu apa yang
patut dibicarakan. Lidahnya kelu. Hanya mata yang berkata-kata tika itu.