Permulaan sebuah cerita. Dunia Adam Fizrul…
Beberapa orang anak muda sedang minum di Starbucks Coffee. Masing-masing rancak berbual. Salah seorang daripadanya begitu asyik menikmati secawan latte. Dia hanya mendiamkan diri. Lebih banyak mendengar dan mengamati isi perbualan rakan-rakan yang lain. Biasanya dia paling banyak bersuara, namun kali ini lain pula rentaknya. Dia lebih senang diam sahaja. Kerutan di wajah Adam Fizrul menimbulkan tanda tanya.
“Hei! Apahal? Monyok gila muka kau?” Soal Adib bersahaja. Adam Fizrul tetap buat selamba.
Tiada angin untuk bercakap dengan sesiapa pun. Hatinya benar-benar panas. Dia sedang berusaha menghimpun kesabaran.
“Hei Feez! Aku cakap dengan engkau ni,” ulang Adib. Menyampah pula melihat wajah masam mencuka Adam Fizrul.
“Weh! Aku belum pekaklah! Jangan sibuk boleh tak? Aku rasa sakit hati sangat sekarang ni. Banyak khabar angin di luar sana tu yang cakap bukan-bukan tentang Leya. Aku tak sukalah, Adib. Aku sakit hati. Kau faham tak?” Adib Fazril mengeluh.
Sekiranya perkara mengenai wanita itu yang dirisaukan oleh abangnya ini, dia malas ambil pusing. Tak reti bahasa lagi, perangai wanita itu bagaimana sebenarnya. Dia sendiri tak tahu hendak mengelaskan saudaranya ini bodohkah? Atau terlalu menyayangi Amyleya sehingga tak nampak langsung keburukan gadis itu.
Sekiranya perkara mengenai wanita itu yang dirisaukan oleh abangnya ini, dia malas ambil pusing. Tak reti bahasa lagi, perangai wanita itu bagaimana sebenarnya. Dia sendiri tak tahu hendak mengelaskan saudaranya ini bodohkah? Atau terlalu menyayangi Amyleya sehingga tak nampak langsung keburukan gadis itu.
“Aku dah agak, Feez. Tapi kalau pasal tu, aku tak ada apa nak diperkatakan. Kau faham sendirilah,” balas Adib selamba.
Kedengaran sinis suaranya. Perbualan Zikri dan Nain terhenti. Sebut fasal ini memang parah. Kenapalah lancang sangat Adib bersuara? Biarkan sahajalah Feez melayan rasa hatinya. Tak mungkin dia akan mengakui segala cakap buruk tentang Amyleya, kekasih hati kesayangannya.
“Apa kau cakap?” Feez mula menengking. Dia mencekak kolar baju-T Adib dan menendang kerusi yang diduduki oleh jejaka itu seketika tadi.
“Kau tahu tak? Diorang semua tu tak puas hati dengan Leya, dengki! Sebab tu lah asyik nak mengumpat je. Aku ni pakwe dia, tentulah aku faham sangat dengan perangainya. Tak sangka kau boleh menghina Leya!” Feez angkat penumbuk.
Tepat genggaman tangannya mengenai tulang pipi Adib. Adib tergamam. Belum pernah lagi mereka bergaduh sehebat ini, sehingga bertumbuk. Lebih-lebih lagi kerana seorang wanita. Amyleya yang langsung tak layak untuk dipertahankan oleh Feez! Perbuatan ini terlalu bodoh dan suatu kejutan bagi Adib. Namun dia perlu mengajar Feez untuk membuka mata abangnya ini. Zikri menerpa ke arah Feez dan Nain memapah Adib.
“Lepas!” Laung Adib. Nain memaut badan Adib dengan lebih erat namun tenaga orang yang sedang naik angin ternyata sukar disekat. Feez terkebil-kebil dipaut oleh Zikri. Tanpa mempedulikan banyak mata yang memandang, Adib mara ke hadapan Feez lalu menumbuk perut jejaka itu sehingga terduduk.
“Kau ingat Feez, belum pernah seumur hidup kau belasah aku. Hari ni, semata-mata sebab perempuan tu kau boleh tumbuk aku. Ini hadiah aku sebab kau sayang gila kat Leya, lepas ni apa terjadi antara korang aku tak nak masuk campur,” ucap Adib dengan nada kecewa.
Dia singgah ke kaunter untuk memberi cek sebagai bayaran gantirugi terhadap kerosakan kerusi meja dan cawan lalu berlalu meninggalkan Starbucks Coffe dengan pengunjung dan pelayan yang masih terpinga-pinga. Nain dan Zikri saling berpandangan. Mereka bergegas mengheret Feez keluar dengan rasa sebal.
“Dahlah! Lepaskan aku! Berani mangkuk tu tumbuk aku. Tak hormat langsung aku sebagai abang dia,” Gumam Feez sambil berlalu meninggalkan Nain dan Zikri di belakang. Zikri dan Nain saling berpandangan.
Abang dalam selang masa seminit pun nak berkira ke? Siapa suruh kau tumbuk dia dulu? Kan dua-dua dapat sakit? Balas Nain dalam hati. Kau dah bela orang yang salah, Feez. Zikri bermonolog sendiri lantas memecut BMW X5. Tadi mereka masing-masing datang berdua. Feez dan Adib, Zikri dan Nain.
Hmm… mesti Adib menyuruh pembantu peribadi mereka menghantar Ferrari merah yang dihadiahkan oleh daddy semasa hari lahirnya yang ke sembilan belas. Bertuah betul kalau mamat seorang tu nak berjalan kaki.
Semasa Zikri membelokkan BMW X5 miliknya, Nain yang duduk bersebelahan terpandang kelibat seorang lelaki sedang berjalan kaki di bahu jalan. Lagaknya seperti kesepian. Seperti pernah tengok tapi di mana ya? Oh tidak! Adib?
“Wei, berhenti. Macam kenal je mamat tu. Adib!” beritahu Zikri tergesa-gesa. Nain pantas menekan brek dan berhenti betul-betul di tepi Adib. Adib yang masih sugul melayan perasaan tersentak melihat kehadiran dua orang sahabat karibnya.
“Adib, masuklah. Kang tak pasal-pasal patah kaki kau sebelum sampai ke rumah,” seloroh Nain. Dengan senyum tawar, Adib masuk juga ke dalam BMW X5 tersebut. Zikri meneruskan pemanduan. Adib yang duduk seorangan di belakang menyentuh tulang pipinya yang mula terasa kebas. Rahangnya digerakkan berulang kali. Kesakitan mula dirasai.
“Aku betul-betul tak sangka Feez sanggup tumbuk aku semata-mata sebab perempuan tak guna macam tu. Aku tak suka sebenarnya. Naluri aku sebagai lelaki kuat mengatakan yang Feez tak mungkin bahagia dengan perempuan macam Leya tu. Korang setuju ke Feez serius dengan Leya?” Soal Adib dengan kerutan di wajahnya.
Nampak sangat tidak berkenan untuk menyebut nama itu apatah lagi membayangkan rupa wanita itu yang kononnya dikatakan jelita oleh banyak pihak. Sehingga, Adam Fizrul, abangnya sendiri terjerat dek kerana kecantikan perempuan tersebut. Zikri senyum sumbing lantas menggeleng kepala. Nain tidak dapat menahan tawa. Terhambur gelak dari mulut mereka bertiga. Keadaan yang agak dingin selepas berlakunya pergaduhan mula kembali ceria.
Ceritera Mya Fazurin…
Ceritera Mya Fazurin…
“Kau jalan cepat sikit boleh tak? Lembap macam kura-kuralah,” Bentak Mya sambil mencebik. Miki terkebil-kebil. Geram mendengar arahan ‘minah senget’ ni. Hmm… minah senget pun kawan baik aku jugak. Dengus hati kecilnya.
“Yelah yelah. Aku tengah berjalan lah ni. Yang kau ni gelabah semacam je kenapa?” Soal Miki lalu menjungkit kening. Fail di tangan dipegang erat.
“Alahai! Ikut suka akulah. Nak cepat ke nak lambat. Kau jangan banyak bunyi pulak,” gerutu Mya lalu menghayun langkah. Sengaja ditinggalkan Miki di belakang. Terkial-kial jejaka itu mengejarnya.
“Wei Mya! Tunggulah aku!” Laung Miki dengan suara garau yang dikontrol supaya tidak terserlah identiti kelelakiannya. Beberapa orang pelajar ICC yang lain, (International Creative College) memandang sinis gelagat Miki. Terang-terang diri tu lelaki, ada hati nak jadi perempuan! Memandang telatah Mya dan Miki, mereka bagaikan telah sepakat menukar pengenalan diri masing-masing. Mana tidaknya, seorang merupakan gadis namun berperwatakan keras dan kasar bagai seorang lelaki dengan snow cap yang tak lekang dari kepala.
Berbeza pula dengan seorang lagi. Dilahirkan sebagai seorang lelaki namun nuraninya lebih cenderung berkelakuan lembut seperti seorang perempuan. Cuma kelembutannya hanya terlihat dari segi tingkah laku, tidaklah sampai menyimpan rambut panjang serta menempek wajah dengan berkati-kati bedak.
Beberapa pasang mata bagai memerhatikan sahaja tingkah lakunya. Meski rasa janggal mengusai diri, Mya buat selamba. Ditariknya bahu Miki lantas mulut didekatkan ke telinga jejaka itu.
“Apasal semua orang macam tengok kita ni?” Bisik Mya sambil meneruskan langkah. Miki mengangkat bahu. Hanya satu jawapan terlintas di kepalanya.
“Dia orang bukan tengok kita. Tapi tengok engkau lah,” jawab Miki lalu bergegas ke arah papan kenyataan.
Dia ingin melihat-lihat sekiranya terdapat sebarang informasi terkini mengenai kolej mereka. Sedang ralit meneliti satu-persatu buletin yang terpapar pada papan tersebut, membulat sepasang matanya bila melihat gambar Mya terpampang. Ulasan mengenai sahabat baiknya bertepuk sebelah tangan dan syok sendiri dalam dwi bahasa membuatkan suaranya berubah nyaring.
“Mya! Kau tengok! Huh, siapa punya kerja lah ni?” Gadis itu lantas menutup telinga bila mendengar jeritan spontan sahabat karibnya. Jari telunjuknya diletakkan ke bibir.
Bingit telinga Mya mendengar rungutan Miki. Malu betullah macam ni! Miki tak boleh simpan rahsia langsung. Menyakitkan hati je, sudahlah satu kolej tahu fasal ni. Sekarang, lagilah kecoh bila Miki memekak.
“Diamlah sikit! Kecoh! Aku dah malu gila. Tak tahu nak sorok muka kat mana?” Bentak Mya keras. Miki menjuih bibir. Orang terjerit sebab prihatinlah perempuan, bebelnya dalam hati.
“Kau malu pun, semua orang dah tahu fasal ni. Masalahnya sekarang, malu bukan perkara utama. Kita kena selidik siapa yang buat dajal kat engkau?” bisik Miki ke telinga gadis itu. Enggan saranan rahsianya diketahui oleh pelajar di sekeliling yang masih lagi memandang semacam gelagat keduanya.
“Aku memang nak cari orang tu! Berani dia membuat onar terhadap aku yang sungguh baik hati ni,” rungut Mya selamba. Miki tergelak dalam hati. Baik? 'Baik'lah sangat. Hanya sengihan terukir di bibirnya. Gelak depan Mya? Nak mampus? Huh! Tak kuasa aku!
Papan kenyataan di hadapannya ditumbuk geram. Biar sakit jarinya, pedih lagi rasa hati bila maruah diperkotak-katikkan oleh seorang insan bernama lelaki. Miki tergeleng-geleng melihat telatah Mya yang kurang sabar. Dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Lantas mindanya terfikir sesuatu. Kenapalah makhluk tu pengecut sangat? Kalau betul anak jantan, rasa diri tu dah berani sangat berhadapan sajalah. Ini sudahlah tak guna satu sen, ada hati nak burukkan nama orang! Pegi daa…
Sakit dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu. Dapat tangkap mamat tu siaplah! Bukan dia tak tahu, dalam kolej itu hanya seorang lelaki yang gemar menjadikan dirinya bahan lawak. Seorang manusia perasan yang merasakan diri sendiri begitu sempurna dalam semua aspek. Tak lain tak bukan, Tajul Khaisyir. Tak sabar rasanya hendak bersemuka dengan mahkluk yang tak berhati perut itu. Nahas kau Tajul!
Dalam pada melepaskan kemarahannya, sempat lagi gadis itu singgah ke kafe kerana terlalu lapar dan dahaga. Hilang tenaganya kerana marah-marah. Kering tekak membahaskan itu dan ini. Miki juga yang jadi mangsa. Kesian pula tengok muka tak bersalah sahabat karibnya.
“Maaflah Miki. Aku terlebih emo tadi. Kita gi kafe erk? Aku belanja,” pelawa Mya sambil menarik lengan Miki.
“Ala, dah la. Jangan masam-masam. Hilang macho kau,” Seloroh Mya. Jejaka itu menurut dengan wajah mencukanya meski telah terselit garis senyuman di bibir. Inilah Mya Fazurin, bila tiba perangai lembutnya memang sopan habis. Kalau dah perempuan itu, tetap perempuan. Mustahil sifat yang tertimbus jauh dalam nuraninya boleh terhapus sekelip mata.
“Kau nak makan apa?” Soal Mya sambil meletakkan beg sandangnya ke kerusi. Miki yang baru sahaja melabuhkan punggung membulatkan matanya untuk melihat papan menu kafe.
“Macam biasalah. Nasi goreng Cina dengan teh o ais,” Mya mengenyitkan matanya. Miki tersenyum simpul. Duduknya diperkemaskan. Belum pernah dia membiasakan diri duduk mengangkang. Seboleh-bolehnya kaki kanan akan disilangkan ke atas kaki kiri. Tertib sungguh dia duduk. Kalah perempuan tulen.
“Kau tunggu kejap, duduk sini diam-diam. Jaga beg aku. Banyak barang berharga ni,” seloroh Mya dengan gelak nakal bermain di bibirnya. Miki senyum sumbing. Perempuan ini bila masa hendak serius pun entahlah?
Dalam ralit menempah makanan dan minuman, pandangannya tertancap pada seorang jejaka yang sedang berdiri sambil menyandang beg ke bahunya. Kelihatan jejaka itu sungguh selamba dan tidak tergesa-gesa untuk menghadiri kelas. Membulat mata Mya bila terpandang raut wajah lelaki tersebut dari tepi. Dengan sideburn menghiasi wajahnya, Mya yakin dia telah menemui sasaran. Tajul! Tahulah nasib kau lepas ni! Tanpa membuang masa, Mya meninggalkan kaunter dan berlari ke arah Tajul yang baru sahaja hendak melangkah keluar dari kafe.
“Berhenti! Jangan bergerak!” Lantas bahu jejaka itu dipegangnya. Mya mengilas tangan Tajul ke belakang dan menendang punggung sasarannya. Lantaran terlalu marah, sempat lagi Mya memaut leher jejaka itu sekuat hati. Hingga terbatuk-batuk dibuatnya.
Miki terkejut! Kenapa pula Mya hendak mencari fasal dengan Feez? Tanpa mempedulikan rakan-rakan lain yang bersorak melihat kejadian itu, Miki menerpa ke arah Mya dan memegang tubuh gadis itu erat.
“Mya! Kau salah orang! Dia bukan Tajul, dia Feez abang Adib,” Hendak pengsan rasanya Mya pada waktu itu.
Manakan tidak, Feez terduduk di bawah meja sambil memegang kakinya yang lebam. Begnya pula terpelanting entah ke mana. Boleh tahan tenaga tomboi ni! Hebat juga berlawan. Cuma Feez masih tidak mengerti mengapa mesti dirinya dibelasah seteruk ini? Apakah kesalahannya? Mungkinkah ini hanya sebahagian daripada jenaka yang sengaja diciptakan oleh perempuan sengal di hadapannya ini? Memukul perempuan bukanlah prinsipnya. Sebab itulah dia hanya membiarkan Mya memukul dan terus memukulnya tanpa usul periksa.
“Hah? Lari!” Sahut Mya pada pernyataan Miki tadi. Berkejar dia mengambil beg dan meluru keluar dari kafe. Kelam-kabut sungguh langkahnya. Deru nafas langsung tak teratur. Jantungnya bagai hendak tercabut kerana ketakutan mula menggigit diri. Bukan dia sengaja hendak cari pasal, tetapi wajah mereka berdua kelihatan begitu mirip dari tepi. Sebab itulah mati-mati dia menyangka Feez adalah Tajul. Rupa-rupanya Feez sememangnya Feez, bukan Tajul. Malang betul hari ini!
Epilog kasih Amyleya dan Adam Fizrul…
“Helo sayang, jom kita keluar makan hari ni? Lama sangat tak jumpa sayang, Leya rindu tau,” manja suara kekasih hatinya di hujung talian. Feez memang begitu ingin untuk menemui gadis kesayangannya namun ada sesuatu yang menghalangnya dari berbuat demikian. Sakit pada kaki masih terasa. Nak jalan pun terhencut-hencut. Jika diketahui oleh Amyleya, habislah dia dileteri. Selebihnya, Feez tidak mahu menimbulkan kebimbangan Amyleya. Dia mahu menjaga hati gadis kesayangannya sebaik mungkin.
“Maaflah sayang. Tak dapat nak temankan Leya hari ni sebab mummy ajak Feez temankan dia pergi Pavillion,” Amyleya gigit bibir.
Fasal alasan yang satu ini, dia sendiri tak berani hendak membantah. Hubungan Feez dan Zalinda sememangnya akrab. Meski mempunyai sepasang anak kembar dan seorang lagi anak perempuan, namun ibu teman lelakinya bagai sengaja memisahkan mereka. Ada-ada sahaja permintaan mummy Feez pada hujung minggu. Biasanya kebanyakan masa wanita itu gemar dihabiskan dengan keluar bersama Zeelaisya, anak gadis tunggalnya tetapi sejak akhir-akhir ini wanita itu bagai membataskan pertemuan mereka.
Fasal alasan yang satu ini, dia sendiri tak berani hendak membantah. Hubungan Feez dan Zalinda sememangnya akrab. Meski mempunyai sepasang anak kembar dan seorang lagi anak perempuan, namun ibu teman lelakinya bagai sengaja memisahkan mereka. Ada-ada sahaja permintaan mummy Feez pada hujung minggu. Biasanya kebanyakan masa wanita itu gemar dihabiskan dengan keluar bersama Zeelaisya, anak gadis tunggalnya tetapi sejak akhir-akhir ini wanita itu bagai membataskan pertemuan mereka.
Yang hairannya, Adib tidak pula disekat dengan kerenah Zalinda. Jejaka itu lebih tahu mendisiplinkan diri dan lebih senang bergelumang dengan buku berbanding Feez yang gemar bersosial.
“Sayang, takpelah kalau macam tu. Mummy Feez lebih penting. Leya boleh ajak adik temankan,” ucap Amyleya dalam nada rajuk. Feez pegang dahi. Situasi inilah yang membuatnya tidak berdaya menahan perasaan.
“Sayang, Feez minta maaf. Lain kali kita keluar ya?” Bersungguh nada Feez bagai mahu memujuk.
Untuk mengetepikan mummy sebagai alasan? Tak mungkin! Dengan kaki yang sakit dan terhencut ini, pelbagai andaian boleh bertandang dalam fikiran Amyleya. Apa yang boleh dilakukan hanyalah sekadar memujuk Amyleya dan mengadakan temu janji pada lain waktu.
Amyleya meletakkan telefon bimbitnya ke atas meja solek. Perlahan-lahan mindanya memikirkan siapakah lagi ‘teman istimewa’ lain yang layak untuk menemaninya berkunjung ke pusat membeli belah? Satu persatu senarai nama dibelek penuh teliti. Hanya satu nama yang berjaya memberinya perasaan. Tak lain tak bukan, Haiqal! Lelaki itu memiliki ciri-ciri yang sama dengannya. Suka mempermainkan perasaan insan yang begitu menyayangi diri mereka. Bagi mereka berdua, tiada ertinya cinta sejati selagi mampu memiliki kasih sesiapa sahaja yang diinginkan.
Masih segar di ingatan jejaka itu dua hari lepas. Terpinga-pinga dia apabila tomboi sengal itu menumbuknya tanpa usul periksa. Terasa jatuh air muka di hadapan rakan-rakan lain. Perkara ini tak boleh jadi! Mya Fazurin perlu diajar! Sekuat mana pun tenaganya, sekental mana pun semangatnya tomboi itu tak boleh lupa dirinya tetap seorang perempuan! Seorang wanita memiliki sembilan nafsu satu akal, tetapi lelaki mempunyai sembilan akal dan satu nafsu. Tahulah dia mengajar gadis itu nanti. Ekoran peristiwa ‘diserang hendap’ tempoh hari, bertalu-talu soalan meluncur dari mulut mummy. Belum lagi tiba bab merah-merah telinganya menerima ceramah dari daddy. Adib dan Kak Zeesya tersengih-sengih serta membantunya meletakkan ubat.
Benarlah bak kata pepatah, air dicincang takkan putus. Meski berlaku sedikit perselisihan faham antara dirinya dan Adib, hatinya jadi sejuk bila kembarnya mengurut kaki yang lebam. Kak Zeesya turut menyokong adik bongsu kesayangan mereka serta memberi nasihat agar tidak lagi bermasam muka.
Mana mungkin Adam Fizrul berupaya menafikan kasih sayang buat adik kembarnya, Adib Fazril. Keduanya memiliki naluri yang begitu kuat serta berkongsi hati dan perasaan sejak ditakdirkan menghuni rahim yang sama sebelum mengenal dunia lagi. Sehebat mana pun pergaduhan mereka, tetap takkan berjaya menggoyahkan kasih yang begitu utuh dalam sanubari.
“Dah okey ke?” Sapaan Adib yang tiba-tiba masuk ke biliknya mengejutkan Feez. Terencat seketika rancangan membalas dendam yang direncanakan sebentar tadi.
“Okey dah. Tak keluar ke?” Balas Feez sambil memegang-megang lebam pada wajahnya.
“Tak. Semalam dah keluar. Aku banyak kerja nak buat. Lagipun Nain ngan Zikri sibuk berkepit dengan awek,” balas jejaka itu selamba sambil merebahkan punggung di sebelah abang kembarnya yang ralit menelek kaki yang hampir pulih dari kecederaan.
“Boleh tahan jugak tenaga budak tu kan?” Soal Adib sambil mengerut kening. Feez tersengih bodoh.
“Bukan boleh tahan, memang ganas betul. Nasib baiklah tak dibukaknya tomoi,” sempat lagi Feez berseloroh. Adib menepuk-nepuk bahu abangnya sambil tergelak.
Perang bakal tercetus… keganasan Adam Fizrul dan kegusaran Mya Fazurin.
Perang bakal tercetus… keganasan Adam Fizrul dan kegusaran Mya Fazurin.
Adam Fizrul meletakkan beg sandangnya ke atas meja. Suasana lengang di kawasan gelanggang bola keranjang memudahkan lagi kerjanya ‘memberes’kan mangsa. Mya yang sedang asyik membaling bola ke dalam keranjang langsung tidak menyedari bahawa dirinya sedang diperhatikan. Dalam menunggu masa yang sesuai, Feez kagum melihat skill gadis itu. Sama hebat seperti mereka empat sahabat dalam menguasai permainan ini. Nanti ada peluang bolehlah lawan!
Bunyi derapan tapak kaki menganggu konsentrasi Mya. Bola berwarna coklat itu terlepas dari pegangannya bila ternampak kelibat Feez yang tercegat betul-betul di hadapannya. Punah impian untuk menyumbat bola ke dalam keranjang buat kali ke 20.
“Kau nak apa?” Mya terus membuka langkah sebelum pertanyaannya sempat dijawab oleh Feez.
“Aku nak kau! Wei perempuan! Tunggu! Jangan berani nak lari!” Pekik Feez lalu mengejar gadis itu. Kakinya yang panjang ternyata mempercepatkan langkah.
Mya panik. Langsung tertinggal beg yang dibawanya seketika tadi. Feez terfikirkan sesuatu. Dia berpatah semula ke gelanggang dan mencapai bola keranjang tersebut sebelum membaling tepat-tepat ke arah kaki Mya yang ligat berlari. Balingan jejaka itu sungguh padu! Mya gagal mengawal keseimbangan kakinya lalu tersungkur.
“Ah!” Halus suaranya menjerit. Feez tersenyum puas hati. Tahulah nasib kau lepas ni! Dengan pandangan tajam dan penuh berahi, Feez merapatkan tubuhnya kepada Mya yang sedang berusaha untuk bangun. Tanpa rasa belas kasihan, dia memalingkan tubuh gadis itu sehingga kepala Mya terhentak ke simen. Dengan tangan yang luka, gadis itu teresak-esak. Tersekat-sekat suaranya meminta agar tidak diapa-apakan.
Namun Feez bagai hilang kewarasan. Didekatkan wajah ke dada Mya lalu disentuh pipi mulus tomboi itu. Mya meraung sekuat hati. Longlai tubuhnya melihat kelakuan Feez yang sungguh melampau. Titisan air mata terasa sejuk menyetuh jarinya. Feez jadi seronok. Perlahan-lahan jarinya menanggalkan snow cap yang tak pernah lekang dari kepala gadis itu sebelum ini. Terurai rambut ikal melepasi paras bahu. Tak berkelip matanya. Seolah-olah terhimpun pesona bila melihat tomboi selasak Mya melepaskan rambut. Setelah menyedari dirinya bertindak di luar batasan, Feez berlari dan terus meninggalkan Mya yang masih tersedu-sedan.
Bersusah payah dia menyimpulkan rambut sebelum snow cap dikenakan semula ke kepala. Wajah yang sembap dengan air mata yang masih menitis di pipi membuatkan keadaannya menarik perhatian Adib yang berada tak jauh dari situ. Tubuhnya terasa sungguh lembik. Dia terhuyung-hayang apabila melihat darah yang masih belum kering pada kesan luka. Adib meninggalkan tempat parkir kereta. Segera disambut gadis itu agar tidak terjatuh ke atas simen.
Bersusah payah dia menyimpulkan rambut sebelum snow cap dikenakan semula ke kepala. Wajah yang sembap dengan air mata yang masih menitis di pipi membuatkan keadaannya menarik perhatian Adib yang berada tak jauh dari situ. Tubuhnya terasa sungguh lembik. Dia terhuyung-hayang apabila melihat darah yang masih belum kering pada kesan luka. Adib meninggalkan tempat parkir kereta. Segera disambut gadis itu agar tidak terjatuh ke atas simen.
“Mya! Kau okey tak ni?” Lantang suara Adib apabila dilihatnya Mya seakan-akan hendak memejamkan mata. Gadis itu memegang dahi. Keningnya bertaut. Bibir diketap untuk mengembalikan kekuatan.
“Aku okey. Takpelah Adib. Aku letih sikit, banyak sangat berlatih bola keranjang. Aku balik dulu,” Balas Mya tidak mahu mengalah. Dia menepis tangan sahabat baiknya. Sakit hati mengenangkan betapa jahatnya perangai Feez, abang kembar sahabat baiknya ini.
Adib berat hati untuk melepaskan Mya namun dia perlu akur dengan permintaan gadis tersebut. Namun tidak sampai dua tapak dia berjalan, keadaan persekitaran dirasakan sungguh kelam. Badannya terasa sungguh ringan. Sedar-sedar tubuhnya disambut oleh sepasang tangan sasa. Bukan terhempas kasar pada permukaan lantai!
Pembalasan sebenar buat insan bernama Tajul Khaisyir serta pengakuan berani mati Amyleya…
“Aku sumpah Mya! Sumpah! Aku takkan buat lagi! Aku bersalah!” Tumbukan demi tumbukan yang hinggap di muka dan perutnya membuatkan Tajul terpaksa mengakui perbuatan khianatnya di hadapan Mya dan Feez. Anggukannya cukup untuk membuatkan Feez berhenti menumbuk. Mya tersenyum sinis. Dipandang wajah Tajul yang lebam dengan penuh rasa lucu dalam hati.
“Lain kali aku mintak tolong dengan kau, jangan mudah nak mainkan perasaan wanita. Jangan ingat perempuan lemah dan senang dibuli,” tangannya dihayun mengenai pipi bengkak Tajul. Sempat gadis itu berpesan sebelum dia dan Feez serentak meninggalkan Tajul yang terikat pada pokok kelapa.
Sejak peristiwanya menyambut tubuh gadis itu dari terhentak ke lantai sebulan lepas, Feez merasa bertanggungjawab untuk melindungi gadis itu seadanya. Perasaan bersalah menghurungnya lantas menimbulkan keinginan untuk berkawan dan mengenali Mya sebetulnya. Meski masih baru dan tidak begitu rapat, baik Mya mahupun Feez kedua-duanya berusaha untuk membiasakan diri. Tambahan lagi, luka parahnya masih belum terubat sepenuhnya lantaran pengakuan berani mati yang dibuat oleh Amyleya. Jadi benarlah khabar angin yang menyatakan kekasih hatinya sedang hangat bercinta dengan Haiqal Hariz, seorang model yang baru sahaja mencipta nama dalam dunia pentas peragaan.
Melihat kelibat adiknya menghampiri mereka, Feez mengambil keputusan untuk pulang terlebih dahulu. Tentunya banyak perkara yang ingin dibualkan oleh dua sahabat baik itu.
Melihat kelibat adiknya menghampiri mereka, Feez mengambil keputusan untuk pulang terlebih dahulu. Tentunya banyak perkara yang ingin dibualkan oleh dua sahabat baik itu.
“Mana Miki? Lama tak nampak?” Soal Adib memulakan perbualan. Mya menyambut pertanyaan itu dengan tawa.
“Dia tu sejak dah ada awek ni, tak kenal aku lagi dah. Hmm… dah maskulinlah katakan!” Adib menekan perutnya. Terbahak-bahak dia gelak memandangkan lucu benar cara Mya bercerita.
“Apa-apa pun, kau jangan lupa heret dia nanti. Penting tau, majlis hari jadi aku. Bawak hadiah lebih-lebih sikit,” seloroh Adib dalam nada yang sengaja diseriuskan. Mereka tergelak lagi sebelum jejaka itu mempelawa Mya untuk menghantarnya pulang.
Adam Fizrul cinta Mya Fazurin! (Empat tahun berlalu…)
“Sayang… Hati-hati, jangan buat kerja berat. Ni yang abang nak marah ni,” tegur Feez lembut. Mya meletakkan dulang berisi minuman coklat panas kegemaran suaminya. Setelah selesai menghidangkan minuman itu, dia merebahkan punggung ke sebelah Feez penuh berhati-hati. Feez tersenyum manja sambil melirik wajah isterinya. Dielus erat jemari isterinya yang semakin montok. Mya melentuk manja ke dada suaminya. Tangannya mengusap perut yang semakin sarat. Hanya menunggu masa untuk melahirkan anak sulung mereka. Feez tersenyum lebar sambil matanya tak lepas menatap album kenangan perkahwinan mereka, pada penghujung tahun lepas. Daripada bermulanya upacara pernikahan sehinggalah berlangsung majlis perkahwinan ala taman idaman mereka. Alhamdulillah, angan-angan kedua mereka menjadi kenyataan.
Tidak disangka-sangka, peristiwa Mya terjatuh kolam akibat janggal memakai kasut tumit tinggi menjadi titik tolak untuk mereka serius menjalinkan hubungan cinta. Itulah keajaiban cinta namanya. Sewaktu kalut di dalam kolam dengan dress yang meleret, Feez pantas terjun dan menyelamatkan dirinya. Pada saat itu, renungan mata mereka bersatu, menyemarakkan perasaan masing-masing sehingga dalam hati Mya Fazurin terdetik bahawa Adam Fzirul lah jejaka yang dinantikan olehnya selama ini.
Setelah menamatkan pengajian dalam bidang Fotografi, mereka sepakat untuk memeterai janji sehidup semati. Lafaz untuk terus setia dipegang utuh. Kebahagian tentunya semakin bersemarak dengan kehadiran bunga cinta mereka kelak. Kini, pasangan bahagia ini hanya menunggu detik untuk menimang cahaya mata. Semoga keabadian cinta menjadi milik mereka buat selamanya.
-TamaT-