rss

“Mangkuk hayun betul mamat tu. Dahlah langgar orang buat tak tahu je. Bukannya tahu nak mintak maaf. Ini boleh mendatangkan marah ni.” Arissa mengomel panjang. Orang yang lalu lalang di hadapannya langsung tidak dipedulikan. Tangannya ligat menekan butang telefon bimbit. 
          
  “Ni lagi sorang. janji nak jumpa pukul 12.00. Ni dah pukul 1 tengahari tapi tak nampak batang hidung pun. Ni bukan takat mendatangkan marah tapi boleh mendatangkan amuk. Kang tak pasal-pasal ramai yang cedera parah kat shopping complex ni.”      
     
+ Kau nk jmpa ak x? Lg 5 minit kau x muncul jgk, ak blah. Lepas ni jgn harap ak nak jumpa kau lg. Aku marah  nie          
 
Marah benar Arissa kali ini. Butang send di tekan ganas.Buat sekian kalinya dia melihat jam di pergelengan tangannya. Dia merenggus kasar. Kali ini dia nekad. Kali ini dia benar-benar merajuk. Matanya melilau memandang sekeliling namun orang yang di carinya langsung tidak kelihatan. Kakinya di hayun laju. Hatinya makin sakit. Sudahlah orang yang ditunggunya tidak muncul-muncul malah dia dilanggar tanpa pelanggarnya mengucap maaf. Perasaan geram bersarang dalam hatinya. Kali ini biar dia yang mengishtiharkan perang.            

 “Bencinya!!!”      
      
Semua yang berjalan di situ berhenti apabila mendengar jeritan Arissa. Arissa tertunduk malu. ‘ingatkan jerit dalam hati tadi. Rupa-rupanya aku terjerit kat luar hati le pulak. malunya’. Getus hati kecilnya. Ada segaris senyuman terukir di wajahnya. Dia menepuk dahinya sendiri.    
        
 “Kesian, muda-muda dah gila.” Berdesing telingan Arissa mendengarnya. Ucapan itu seperti ditujukan khas untuk dirinya. Dia memandang sekeliling mencari siapa empunya suara itu.   
        
 “Cis, malaun tadi rupanya. Dahlah langgar tak mintak maaf, ada hati nak sakitkan hati aku lagi.” Arissa memandang tepat kearah lelaki itu. Seulas semyuman terukir di wajah comel milik lelaki itu. Arissa terkedu. Senyumannya mirip seseorang. Seseorang yang selama ini dirinduinya. Seseorang yang selama ini yang ditunggu-tunggu muncul kembali dalam hidupnya.         
   
 “Pelanduk dua serupa.” Ujarnya perlahan.

Arissa terus berlalu meninggalkan lelaki itu. Kini rindu lama bertamu kembali di hatinya. Lupa yang sebenarnya dia sedang marah. Api kemarahannya padam sedikit demi sedikit dek kerana senyuman lelaki itu. Arissa memejam matanya. Cuba mengusir cerita lama yang bila-bila masa sahaja mengetuk pintu memorinya. Telefon bimbitnya berbunyia melagukan melodi lagu Kenangan Terindah nyanyian Kumpulan  Samsons langsung tidak diendahkan. Dia hanya membiarkannya tanpa langsung menoleh walau sekilas. Dia tahu siapa pemanggilnya. Malas untuknya melayan panggilan itu. Telefon bimbitnya berbunyi sekali lagi setelah berhenti seminit lalu. Pantas tangannya menekan butang cancel.     
     
  “Padan muka kau. Buat aku naik angin lagi.” Ngomel Arissa geram. Kali ini bunyi khidmat pesanan ringkas pula. Dia menekan butang read.    
       
 + Ak thu kau mrhkan ak. Please Ariss angkat call ak. Ak ada benda nak bagitau kau. Urgent. We need to talk.

- We need to talk konon. Banyak le kau punya talk. Sejam ak tggu kau. Bkn tkt btg idung, byg kau pn ak x nmpk. Mls ak nk layn talk kau.

Arissa membalas sms tadi. Tanpa menunggu balasan dari pemanggil tadi dia terus mematikan telefon bimbitnya. Hatinya puas dapat berbuat demikian.

“Balik lagi baik. Rugi masa tido aku je.” Ujarnya sambil tangannya melambai lembut menahan sebuah teksi.

******************************************************

“Ariss kau tak kesian ke tengok Amar kat bawah tu. Kat luar tu dahlah sejuk. Kang demam pulak buah hati kau tu.” Bebel Dhia.

Kadang kala geram juga hatinya melihat perangai Arissa. Pantang Amar buat salah ada sahaja hukuman yang dikenakan. Fikirannya merewang mengingatkan peristiwa dua bulan lalu. Kesian Amar. Seminggu Arissa tutup telefonnya. Seminggu Amar mencarinya. Semalaman dia menunggu Arissa di depan biliknya. Namun Arissa langsung tidak memunculkan diri. Dia tidak tahu yang sebenarnya Arissa tiada dibilikya. Puas diberitahu namun dia langsung tidak percaya. Katanya selagi Arissa tidak keluar dan memaafkannya selagi itu dia akan menunggunya. Pada waktu itu apa yang difikirnya hanyalah kebodohan seorang lelaki yang bernama Amar Ikhwan dan keegoan seorang perempuan bernama Arissa Ibtisam.

“Biarkan dia. Selalu buat aku marah. Perangai dia langsung tak pernah berubah. Selalu saja suka sakitkan hati aku. Dia ingat aku ni apa?” Balas Arissa sambil matanya langsung tidak melihat keadaan Amar di luar sana . Malah langsir yang menutup separuh tingkap biliknya direntap kasar.

“Kau pun sama. Perangai baran tak bertempat kau tu langsung tak pernah merubah. Langsung tak pernah bagi Amar tu peluang terangkan keadaan sebenar. Yang kau tahu sakit hati kau saja.” Panjang Dhia berleter.

“Kau senang le cakap sebab bukan kena pada batang hidung kau. Yelah dapat pakwe yang memahami. Kan bagus kalau Amar tu macam Adam. Apa kata kita tukar pakwe? Nak tak?”

Arissa bangun menghampiri Dhia yang leka dengan novel yang baru dibelinya tadi.

“Ha lawak sangatlah tu. Tak payah nak buat kerja gila. Kau tak nampak ke kat atas dahi Adam tu dah ada cop nama aku. Kau jangan memandai nak buat onar.” Merah padam mukanya. Arissa ketawa terbahak-bahak.

“ Takut jugak kau. Hey kawan, aku takkan ambik kau punya Adamlah. Si Amar tu aku nak campak ceruk mana.” Lega Dhia mendengar ucapan Arissa. Takut juga dia. Siapa tidak kenal Arissa. Kadang kala apa yang dicakapkannya akan dikotakan.

‘Simpang malaikat 44’ getus hati kecil Dhia.

“Eh, dah hilang si Amar tu. Tadi ada lagi.” Ujar Arissa memecah kesunyian. Dhia bergegas menuju ke tingkap. Memang benar kata Arissa. Amar tiada di situ lagi.

“Dah balik le tu. Penat berlutut kat situ. Ariss, sudahlah tu. Berbaik le dengan dia. Kau beruntung sebab dapat dia. Aku tak pernah tengok dia membantah apa yang kau cakap walaupun tak betul.” Arissa memandang tepat ke muka Dhia.

 Benar kata sahabatnya tadi, memang dia beruntung memiliki sekeping hati milik Amar Ihkwan Hanya dia sahaja yang langsung tidak pandai untuk menghargainya. Bukan ego yang dipertahankan malah jauh sekali pendirian yang ditegakkan tapi ada sejarah yang sering kali menyeksa perasaannya. Ada kenangan yang langsung tidak pernah mampu untuk dia lupakan. Ada tangisan yang tidak bisa dia tenangkan. Sudah berkali-kali dia menerangkan kepada Amar supaya jangan menunggu dia kerana dia tidak tahu bila masa dan ketikanya dia bisa menyintai lelaki itu.

Namun bagi Amar, seandainya di hatinya sudah tertulis nama Arissa selagi itu dia akan tetap menanti biarpun seribu tahun sekalipun kerana baginya Arissa sememangnya tercipta untuknya.Lamunannya tersentak tatkala telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada satu mesej yang masuk. Dia memandang sepi telefonnya. Lama baru tangannya bergerak menekan butang untuk membaca pesanan itu.

+Esok jmpe ak kat tmpt biase. Ad bnda yg nak ak trngkn. Kau wjib dtg. Ini stu arhan bkn pemintaan.‘Ini satu arahan bukan permintaan.

’ Getus hati kecilnya. Hatinya berdebar-debar setelah membaca isi kandungan pesanan yang diterimanya daripada Amar. Tidak pernah Amar berkelakuan sebegini. Apa yang ingin diterangkan padanya?.

                     ************************************************************

“Dah lama kau sampai?” Bicara Amar mengejutkan Arissa yang leka memandang tasik. Dia menoleh sekilas memandang wajah lelaki yang kian dicintainya tanpa pengetahuan Amar. Rasa ini perlu disimpan sehingga tiba masanya nanti. Dia tersenyum. Amar langsung tidak membalasnya. Dia terkedu dengan tindakan Amar.

“Apa hal yang penting sangatnya?” soal Arissa malas. Geram dengan tindakan Amar yang tidak membalas senyumannya tadi.

“Aku nak kau berterus terang. Siapa aku dihati kau?” Amar bersuara tegas. Sambil melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Arissa. Arissa tunduk. Dia menarik nafas dalam. Sesungguhnya soalan itulah yang ingin dielakkan. Dia takut untuk berterus terang.

“Kenapa diam?. Kau takde jawapannyakan? Takpe aku boleh tolong kau jawab soalan tu.” Ujar Amar sambil mengeluarkan sebuah diari yang berwarna ungu dari beg galasnya. Saat itu, Arissa merasakan nafasnya terhenti seketika. Matanya dibulatkan dan mulutnya terlopong memandang Amar.

“Kat mana kau jumpa buku ni. Aku rasa aku dah buang. Kau kutip kat mana ni?” soal Arissa cemas.

“kau tak perlu tahu. Aku tak sangka. Hanya kerana itu kau menolak aku. Hanya kerana sejarah lama kau membiarkan aku hidup dalam angan-angan.”

“Aku tak pernah biarkan kau hidup dalam angan-angan kau. Malah telah berapa kali aku bagaitau kau yang aku tak tahu bila masanya aku boleh cintakan kau.”

Tapi kau berjanji yang saat itu pasti akan tiba. Tapi sekarang, kau mempergunakan aku hanya kerana dendam kau pada Azris.” Amar melepaskan keluhannya. Arissa mengesat manik-manik halus yang sudah pun jatuh berjuraian di pipi putihnya.

“Aku…aku…Kau takkan faham perasaan aku. Kau tak pernah alaminya. Saat kehilangan seseorang insan yang paling kau sayang. Aku…” Tanpa sempat Arissa menghabiskan ayatnya, Amar terus menjerit.

“Argh…Aku dah cukup terseksa dengan perbuatan kau. Seolah-olah aku langsung tak bermakna dalam hidup kau. Takpelah kalau itu yang selama ini kau nak, aku cuba untuk terima kenyataan ini.Azris,” Panggil Amar.

Muncul seorang lelaki di sebalik pohon besar bersebelahan dengan tempat mereka duduk. Arissa hanya mampu memandang tanpa berkata-kata. Dia menoleh kearah Amar seolah-olah meminta kepastian. Lelaki itu semakin hampir dengan tempat mereka. Arissa sudah tidak keruan. Sisa air matanya diseka dengan hujung jarinya.

“Arissa Ibtisam?” Soalnya sambil tersenyum.

“Bukankah orang ini yang kau tunggu selama ini. Bukankah orang ini yang kau cinta sampai mati?” Soal Amar bertubi-tubi. Arissa hanya mampu berdiam diri. Mengumpul kekuatan yang mungkin hanya tinggal sejengkal.

“Abang tak sangka yang Rissa sanggup tunggu abang. Abang minta maaf sebab buat Rissa tertunggu-tunggu kedatangan abang. Sumpah abang ada cari Rissa tapi semua orang tak tahu kemana Rissa pergi. Abang…”

“Sudah. Rissa dah taknak dengan penjelasan abang lagi. Mana janji abang untuk bersama dengan Rissa sehingga akhir hayat kita?”

“Abang cari Rissa merata-rata. Abang pergi rumah anak yatim tempat kita dulu. Tapi tak siapa yang tahu. Mereka cakap ada orang ambik Rissa jadi anak angkat. Abang cari Rissa guna alamat yang mereka bagi tapi Rissa dah pindah.”

“Abang bohong. Abang hancurkan harapan Rissa. Abang musnahkan impian Rissa. Abang memang kejam. Dan kau Amar, kenapa kau bawak dia datang sini?” Ucap Arissa sambil menunding jari kearah Azris.
Amar terkedu melihat pandangan mata Arissa yang kian dibulatkan. Mukanya sudah kemerah-merahan menahan marah. Badannya sudah menggigil. Nafas Arissa turun naik.

“Bukankah Azris Iskandar yang kau rindu selama ini. Bukankah lelaki ini yang membuatkan kau butakan hati dan mata kau untuk melihat dan menilai kasih sayang dan cinta aku?”

“Stop it Amar. Kalau kau sudah baca diari aku, kenapa kau masih bawak dia jumpa aku? Kau tak nampak betapa aku membenci dia.” Azris terguris dengan kata-kata Arissa. Sesungguhnya dia sudah berusaha untuk mencari Arissa. Dan semalam di pusat beli belah akhir dia berjumpa juga puteri sanubarinya. Dialah yang melanggar dan mengatakan Arissa gila.

“Amar dah tunjukkan diari Rissa pada abang. Abang dah baca. Amar yang cari abang dan bagitau semua perkara tentang Rissa. Dan Amar jugalah yang membawa abang untuk berjumpa dengan Rissa.” Panjang lebar Azris memberi penerangan kepada Arissa yang dilihatnya semakin berubah. Semakin hilang keayuaannya. Jika dahulu Arissa seorang yang manja, riang walaupun kuat merajuk namun kini semuanya hilang. Arissa yang berdiri di hadapanya ialah seorang yang panas baran.

“Arissa, aku dah kembalikan Azris pada kau. Aku dah satukan cinta kau orang. Aku tahu kau memang cintakan diakan?”

“Tak. Aku dah tak cintakan dia. Sebenarnya aku cintakan kau, Amar” Amar terpenpam dengan pengakuan Arissa. Lama dia memandang wajah Arissa mencari kepastian. Akhirnya dia tersenyum.

“Sayang, pengakuan kau dah terlambat. Tak mungkin aku boleh terima kau setelah apa yang kau dah buat pada aku. Kau dah lukakan hati aku. Azris, sekarang ni kau yang lebih berhak ke atas Arissa. Kau jagalah dia sebaik mungkin. Bahagiakanlah dia. Aku tak mampu untuk berbuat demikian.” Bicara Amar sambil menggalas kembali begnya.

“Kau ingat aku ni apa?. Kau ingat perasaan aku ni boleh ditukar-tukar macam kau buat sekarang ni? Aku ingatkan kaulah yang boleh memahami aku. Aku ingatkan kaulah yang boleh bimbing aku. Rupa-rupanya aku silap. Kau pun sama macam Azris. Sama macam lelaki-lelaki yang kat luar tu. Bila dah tak berkenan kau orang tinggal je kami macam tu aje. Kau orang langsung tak pernah fikirkan langsung perasaan kami.” Kemarahan Arissa kian memuncak. Amar dam Azris saling berpandangan. Tahulah mereka bahawa hati Arissa kian terluka.

“Abang, Rissa tak mampu untuk cintakan abang seperti mana waktu dahulu kerana cinta Rissa hanya untuk Amar. Dan kau Amar, tahniah sebab kau dah berjaya buat aku suka dan cinta pada kau. Tapi aku tak sangka begini akhirnya cinta aku. Kau orang buat perasaan aku ni macam sampah.”

Dia berlalu pergi meninggalkan Amar dan Azris di situ. Air mata yang di tahannya sepanjang pertemuan tadi tidak mampu untuk diempang lagi. Dia menangis semahu-mahunya. Laungan daripada kedua-dua insan yang pernah dan masih disayanginya langsung tidak dihiraukan. Dia terus melangkah pergi meninggalkan seribu satu sejarah di situ. Selamat tinggal Amar. Selamat tinggal Azris. Selamat tinggal semua.

                 *************************************************

Amar Ikhwan,         

Maafkan aku sekiranya kedatangan surat ini buat kau teringat kembali sejarah itu. Walaupun ianya sudah dua bulan berlalu aku masih tidak mampu untuk melupakannya. Aku harap kau punyai kekuatan untuk lupakan sejarah itu.  Saat kau baca surat ini, aku sudah terbang jauh membelah awan biru meninggalkan semua. Walaupun berat hati ini untuk pergi, namun demi tanggungjawab aku gagahi jua. Dan mungkin ini adalah peluang untuk aku lupakan segalanya.Sehingga saat ini aku masih tidak percaya yang kau sanggup buat aku begini. Kau korbankan perasaan cinta kau demi dendam aku. Dalam masa yang sama kau juga telah korbankan cinta aku. Aku sememangnya menyintai kau, Amar. Aku hanya menunggu masa sahaja untuk memberitahu perkabaran gembira ini pada kau.

Tapi…biarlah cinta aku terkubur tanpa nisan. Kisah aku dan Azris sudah lama aku cuba lupakan. Namun aku gagal untuk berbuat demikian. Tapi dengan bantuan kau, sejarah itu sedikit sebanyak mampu aku usir dari diri aku. Terima kasih atas pertolongan kau. Tujuh tahun dulu memang aku cintakan Azris. Dialah satu-satunya insan yang sering menemani aku. Kaupun tahu hidup aku sebagai anak yatim piatu. Sering dahagakan kasih sayang dan belaian dari keluarga.

Kami berkongsi suka dan duka. Bila dia keluar dari rumah tu, dia berjanji akan menanti aku dan kami akan tetap bersama. Katanya dia cintakan aku. Saat tu umur ku sudah menjangkau 16 tahun. Aku sudah dapat memahami apa itu cinta kerana aku juga menyintainya. Masa berlalu begitu sahaja. Janji hanya tinggal janji. Aku sudah berputus asa untuk terus menantinya.

Amar, aku tidak menyalahkan diri kau. Semua ini sudah tertulis di awal kejadian kita lagi. Sudah takdirnya begini penyudah cerita kita. Kata-katamu tetap akan aku ingat..Sampai di sini sahaja coretan aku. Aku harap aku tidak perlu untuk berjumpa dengan kau lagi. dan jika ada pertemuan lagi anggaplah aku bukan Arissa Ibtisam kerana aku tidak mahu ada cerita baru antara kita.                                                                                               

Salam sayang,                                                                   Arissa Ibtisam 

 Arissa memasukkan kertas putih itu ke dalam sampul ungu. Surat itu diserahkan kepada Dhia untuk diberikan kepada Amar. Pelukan dua sahabat akhirnya terlerai tatkala mendengar panggilan terakhir untuk penumpang ke destinasi New Zealand . Semua yang ada di situ melepaskan Arissa pergi dengan seribu harapan agar dia berjaya dan bahagia. Arissa terus berlalu tanpa dia ketahui bahawa seraut wajahnya ditatap oleh Amar buat kali terakhir.  Ada air mata yang kian mengalir deras dari tubir matanya. “Aku tetap cintakan kau Arissa”.Ujar Amar perlahan.           

                                  ***************TAMAT**********************      

1 comments:

  1. nice story.
    tp cam tgntung je.
    bt la smbungannya baru best.

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini