Berjalan ditepi pantai kemasik sambil ditiup angina-angin sepoi bahasa. Dah lama Nurul Iman Qistina tak dapat merasakan kedamaian tiupan angin laut china selatan. Selama ini dia hanya mendengar hiruk pikuk bandaraya Kuala Lumpur. Sesekali ingin lari keluar mencari kedamaian dan ketenangan diri.
Selama 2 hari Nurul Iman disini tidak jemu dia datang ke pantai ini. Suasana nya yang nyaman dan amat mendamaikan hatinya. Di sini Nurul Iman Qistina tinggal dengan abangnya yang bekerja di Optimal. Pantai Kemasik teletak tidak jauh dari Bandar Kerteh.
“Iman nak balik tak? Dah petang dah ni. Esok kita datang sini lagi.” Ajak Kak Salina.
“Alah Kak Nana ni Iman baru nak layan jiwang dah suruh balik. Bukan nya nak masak pun. Malam ni kita makan dekat luar. Bg Pendi pun balik dalam pukul 8 lebih kan.” Nurul Iman Qistina tak nak balik lagi. Dia suka tengok pemandangan laut dekat sini.
“Dah lah tu esok ajalah kita pergi sini lagi. Dah nak maghrib ni. Tak elok balik senja macam ni.” Balas Kak Salina lagi.
“Yelah jomlah kita balik.” Nurul Iman hanya mengekor Kak Salina dari belakang.
Malam selepas abangnya balik dari kerja mereka bertiga terus pergi makan. Hari ni Kak Salina kata tak nak masak. Dia letih sangat. Maklum lah orang tengah berbadan dua ni memang macam tu. Mereka makan di gerai makanan laut. Abangnya memberitahu tom yam dekat restoran ni sedap. Restoran dia pun nampak macam exclusive sikit.
“Ni dekat sini sampai bila?” tanya Fendi
“Sampai hari Ahadlah. Mungkin bertolak tengahari kot.”
“Kau bila nak kahwin?” Kak Salina dah menjeling dengan suaminya menandakan yang dia tak berapa gemar bila suami dia bertanyakan soalan itu kepada Iman. Bukannya apa kalau boleh dia tak nak Iman susah hati tentang hal perkahwinan dia. Lagipun orang ramai susah nak dekat dengan Nurul Iman.
Perangai Nurul Iman susah nak dijangka. Sikapnya yang kadang-kadang elok, kadang-kadang memeningkan kepala orang disekelilingnya. Sikap keras kepala Nurul Iman dan panas barannya susah nak dijangka. Tapi satu sikap Nurul Iman yang amat disenangi oleh Salina. Dia amat memahami orang-orang yang ada di sekelilingnya. Dia tak akan buat hati orang yang dekat dengan dia dan orang yang dia sayangi. Nurul Iman juga tidak pernah berkira pasal duit tidak kira dengan kawan atau keluarga. Selagi dia boleh membantu untuk menyelesaikan masalah tu dia akan bantu. Kalau tidak dia akan cuba hingga masalah orang tu selesai.
“Ni apsal lak tiba-tiba Bg Pendi tanya lak ni? Kalau ada jodoh nanti kahwinlah. Janganlah risau. Tak pun Bg Pendi kenalkan lah dengan salah sorang kawan Bg Pendi dengan Iman. At least Bg Pendi pun tau orang tu macam mana kan?” balas Iman
“Ah kau cari sendiri lah. Lagipun kawan Bg Pendi semuanya dah kahwin. Tak payah lah kau nak tackle kawan Bg Pendi.” Abangnya menolak usul Nurul Iman Qistina.
“So kalau macam tu jangan tanya bila Iman nak kahwin. Agak-agak Iman nak kahwin nanti baru Iman beritahu dengan Bang Pendi. Dahlah Iman datang sini nak makanlah. Bukan nak dengar ceramah Bang Pendi.” Balas Nurul Iman. Dia bukan marah dengan abangnya tapi dia tidak suka bila soal kahwin dibangkitkan. Dia malas nak memikirkannya lagi.
Nurul Iman tak nak kecewa lagi sekali. Dulu masa dia belajar di UiTM Segamat Johor, dia ada berkawan dengan seorang lelaki bernama Mohd Aiman Haikal. Haikal muda setahun dari Nurul Iman. Mereka berkawan rapat. Dalam diam Nurul Iman menyimpan perasaan dengan Haikal. Tetapi Nurul Iman tidak tahu sama ada Haikal juga spertinya atau tidak. Mereka seperti belangakas. Dimana ada Nurul Iman disitulah ada Haikal. Begitu juga lah sebaliknya. Bila Nurul Iman tamat pengajian mereka masih berhubung tapi hanya sekali sekala sahaja. Haikal makin menjauhkan diri dari Nurul Iman. Dari maklumat junior Nurul Iman di Segamat, ternyata Haikal sedang dilamun cinta dengan seorang junior.
Kebetulan selepas tamat pengajian Iman bekerja di Unit Trust company. Memegang jawatan executive sesuai dengan tahap pengajiannya. Setahun Iman tidak berhubung dengan Haikal hingga satu hari dia terserempak dengan Haikal di library Shah Alam. Rupanya selepas Haikal tamat pengajian Haikal bekerja disitu.
Kebetulan masa tu Nurul Iman tengah menunggu Shahrul untuk pergi kerumah Amrul kerana ayah Amrul meninggal. Malam tu selepas kenduri rumah Amrul Nurul Iman pergi kerumah keluarga Haikal di Klang untuk menghantar Haikal pulang.
Dari ibu Haikal Nurul Iman mendapat tahu yang Haikal telah berpisah dengan kekasihnya. Ah Nurul Iman tahu yang Haikal tidak mempunyai perasaan cinta terhadap Nurul Iman. Haikal hanya menganggap Nurul Iman sebagai teman biasa sahaja.
“Iman kenapa tak habis makan lagi ni. Akak dengan Bang Pendi dah habis Iman aja yang tak habis lagi. Ingatkan boyfriend kat KL ke?” Iman terperanjat dengan sergahan Kak Salina. Jauh dia mengelamun.
“Mana ada boyfriend. Kawan lelaki ramailah.” Balas Nurul Iman
“Dah lah tu cepat sikit makan. Esok pagi Bang Pendi nak kena kerja pagi. Hari Ahad nanti baru cuti.”
Masa hendak keluar dari restoran ada seseorang terlanggar Nurul Iman. Nasib baik Nurul Iman tidak jatuh tersembam. Ada seseorang sempat memeluk erat pinggang Nurul Iman. Hati Nurul Iman berdegup kencang.
“Saya minta maaf. Awak tak de apa-apa ke?” tanya lelaki yang memeluk pinggang Nurul Iman. Nurul Iman mengurut dadanya.
“Tak de apa-apa. It’s ok mungkin saya pun silap jugak. Tak nampak awak.” Nurul Iman terus berlalu mendapatkan abangnnya.
“Eh Speed kau makan kat sini ke?” tanya kawan kepada lelaki tadi
“Ah aku bawak adik aku makan kat sini. Orang rumah aku pun tak larat nak masak.” Balas Fendi
“Oh ni ke adik kau yang kerja dekat KL tu. Aku baru nak makan. Kalau nak jomlah join sekali. Aku dengan member aku. Dia pun kerja kat KL jugak.” Balas kawan Fendi
“Takpelah esok aku kena masuk pagi. Kau kena masuk malam kan?”
“Ha ah esok aku masuk malam. Takpelah aku pergi dululah. Ok Nana saya masuk makan. Dah lapar dah ni.”
Kak Salina dengan Nurul Iman hanya mengangguk dan senyum ke arah kawan Fendi. Kemudian terus mereka balik rumah.
“Iman redemption cheque untuk Bank Pertanian Malaysia dah siap ke belum?” tanya En Sulaiman.
“Belum lagi En Sulaiman. Besok baru siap. Once dah siap nanti baru saya call diaorang.” Balas Nurul Iman
“Ok! Make sure esok cek tu siap. Lagipun amount dia tu besar.” En Sulaiman mengingatkan Nurul Iman.
En Sulaiman amat menyenangi Nurul Iman. Nurul Iman pandai berinteraksi dengan customer. Dia pandai memanipulasikan customer mereka. Kalau ada sesuatu masalah dia akan cuba selesaikan sendiri.
“Iman ni ada call dari Amanah Raya. Dia nak cakap dengan En Sulaiman, tapi En Sulaiman engaged on the line lah.” Tira menghulurkan telefon kepada Nurul Iman.
“Hello! Ya siapa yang bercakap disana?”
“Oh ok saya Imran dari Amanah Raya ibu pejabat. Saya nak tanya sikit pasal satu customer deceased. Dia ada buat penjualan balik Unit Trust dia dalam hari Isnin lepas. Saya nak tahu sama ada cek tu dah siap ke belum? Minggu lepas saya bercakap dengan En. Sulaiman.”
“Ok macam ni En. Imran. Setahu saya cek penjualan balik Unit trust dari amanah raya baru aja siap. Hari ni kami courier ke ofis En.Imran.” jelas Nurul Iman.
“Ok kalau macam tu nanti kalau ada apa-apa saya akan call cik Iman baliklah. Terima kasih banyak-banyak. Assalammualaikum.” Selesai bercakap Nurul Iman menyuruh Atirah courier ke pejabat Amanah raya.
Tiba-tiba seminggu kemudian Imran call ofis untuk bercakap dengan Nurul Iman. Nurul Iman macam pelik sebab rasanya Amanah Raya tak de apa-apa urusan buat sementara waktu ni. Tak taulah pulak kalau Nurul Iman tak tahu.
“Hello En. Imran. Ada apa-apa masalah ke?”
“Eh tak de. Saja aja nak bercakap dengan Nurul Iman. Sebab saya rasa macam pernah jumpa dengan Nurul Iman.” Jelas Imran
“Ha pernah jumpa saya. Kenapa lak tiba-tiba En Imran cakap macam tu. Kita pun baru kenal aja kan?” Nurul Iman pelik dengan Imran
“Panggil Imran aja. Betul saya rasa macam kenal aja dengan awak.”
“Imran memang tak kenal dengan saya. Certain orang aja yang kenal dengan saya.” Jelas Nurul Iman lagi.
“Ok macam ni. Saya nak ajak awak keluar petang ni lepas kerja. Bolehkan?” tanya Imran.
“Ha nak ajak saya keluar? Nak buat apa?” Nurul Iman bertanya kehairanan.
“Nak berkenalan dengan awaklah. Jangan risau saya tak larikan awak.” Jelas Imran seperti memahami apa yang Nurul Iman fikirkan.
“Hmm oklah. Petang nanti ambil saya kat ofis. Tau kan ofis saya.”
“Kat Jalan Tun Razak kan. Bagilah handphone number awak. Nanti saya senang nak contact.”
Nurul Iman beri nombor handphone dia kepada Imran. Kemudian Imran menghantar sms kepada Nurul Iman untuk menyatakan nombor telefon dia. Nurul Iman bercerita dengan Atirah dan Nana, rakan satu ofis dengan Nurul Iman.
“Takpelah Iman. Keluar aja dengan dia dulu. Kawan dulu dengan dia. Mana tau tiba-tiba dia terpikat pulak dengan Iman.” Usik Atirah.
“Dia nak ngan aku? Tak kot kalau kawan aja bolehlah.” Balas Nurul Iman
Atirah dengan Nana memang suka mengusik. Walaupun Iman selalu marah-marah kat ofis, mereka tak ambil hati. Nana dan Atirah dah faham sangat dengan perangai Nurul Iman. Nurul Iman kalau bab kerja ada yang tak kena dengan dia mesti cepat saja melenting. Tapi lepas tu dia elok. Nurul Iman tak suka campur adukkan peribadi dengan kerja.
Petang itu Imran menjemput Nurul Iman depan ofis. Nurul Iman terperanjat sebab Imran adalah orang yang melanggar dia di restoran di Terengganu masa dia bercuti kerumah abang dia. Dari jauh Imran hanya senyum saja. Kebetulan masa Nurul Iman turun Atirah dan Nana turun bersama. Nurul Iman kenalkan Imran dengan Atirah dan Nana. Imran memandu keluar keretanya ke jalan raya.
“Kita pergi midvalley atau awak nak pergi tempat lain?” tanya Imran
“Eh takpela awak. Kita pergi aja midvalley. Lagipun dah dekat dengan rumah saya tu.” Jelas Nurul Iman
“Betul tekaan saya. Saya memang pernah jumpa dengan Nurul Iman.”
“Macam mana awak tahu itu saya?” tanya Nurul Iman kehairanan.
“Lepas awak keluar dari restoran tu, saya tanya dengan kawan saya Shah. Dia kata nama Nurul Iman kerja bahagian Unit Trust. Sebab tu saya tahu. Dia kata abang awak selalu cerita pasal awak dan pernah tunjuk gambar awak dekat dia.”
“Oh ye ke! Saya memang rapat dengan abang saya yang dekat Terengganu tu. Sebab umur kami tak berapa jauh sangat.” Jelas Nurul Iman
Mereka berdua berbual tentang diri masing-masing. Nurul Iman berasa selesa berkawan dengan Imran atau nama penuh Mohd Imran Iskandar. Imran pun nampak selesa dengan Nurul Iman.
Sejak dari hari tu Imran selalu berhubung dengan Nurul Iman. Hujung minggu kalau Nurul Iman tak balik kampong mereka akan keluar bersama. Atirah dengan Nana tak habis-habis nak mengusik Nurul Iman.
“Iman! Apa progress?” tanya Tira
“Progress apa? Aku dengan Imran tak de apa-apa lah. Kawan aja. Lagipun siapa lah yang nak kahwin dengan aku. Aku tak lawa, panas baran., ramai lelaki yang tak tahan lah.”
“Alah kalau dia dah nak macam mana pun dia mesti dapatkan jugak. Tengoklah nanti. Tak lama lagi kitaorang dapatlah makan nasi minyak. Nana punya nasi minyak dah makan. Lepas ni kau lah pulak.” Usik Atirah lagi.
“Dahlah korang ni. Pergi buat kerja. Nanti En Sulaiman nampak bising pulak nanti. Dah lah sini kita buat ofis ni macam ayah kita punya company aja.” Sanggah Nurul Iman.
Atirah dan Nana hanya gelak aja. Mereka memang simpati dengan Nurul Iman. Ramai lelaki tak nak berkawan dengan dia lagi bila berjumpa dengan Nurul Iman. Nurul Iman takdelah cantik macam model tapi manis apabila dipandang. Atirah dan Nana berharap agar Imran dapat membahagiakan Nurul Iman. Mereka tak nak tengok Nurul Iman bersedih lagi.
Dah hampir setahun Imran berkawan dengan Nurul Iman. Nurul Iman tak nak menaruh harapan terhadap Imran. Dia sudah serik dengan pengalaman lalu. Kalau ada jodoh dia dengan Imran adalah. Tiba-tiba Mak Nurul Iman suruh dia balik minggu depan. Rasanya baru minggu lepas Nurul Iman balik kampung. Selama ni tak de pulak Mak Nurul Iman pesan macam ni.
Sampainya di kampung kelihatan orang kampung sedang bertungkus lumus masak seperti ada kenduri besar. Nurul Iman mendapatkan mak dan ayahnya.
“Ha dah balik pun. Ingatkan sampai lambat lagi?” tegur Mak Lang Lijah
“Baru sampai Mak Lang. Mak ni kenduri apa? Iman tak tau pun yang hari ni ada kenduri?”
“Iman dengar cakap mak baik-baik ye. Ini kenduri tunang untuk Iman. Mak dan ayah sudah terima lamaran dari anak kawan ayah. Mak dan ayah nak tengok anak kami hidup bahagia. Mak dah ayah yakin yang bakal tunang Iman ni akan memberi kebahagiaan kepada Nurul Iman. Iman akan ikut cakap Mak dan ayah kan? Iman tak akan hampakan keputusan mak dan ayah?” tanya mak
“Ye mak Iman akan ikut cakap mak dengan ayah. Iman tahu apa yang mak dan ayah buat adalah untuk kebahagiaan Iman. Iman naik dulu mak. Iman nak rehat kejap.” Nurul Iman terus naik ke atas.
Nurul Iman terus naik ke atas. Sekejap lagi Nurul Iman akan dihias untuk majlis pertunangannya. Menurut mak dan ayah Nurul Iman majlis akan bermula lepas sembahyang zohor. Dalam pada itu Nurul Iman sempat menghantar sms kepada Imran yang dia akan bertunang pada hari ni.
Sejurus sms dihantar Imran menelefon Nurul Iman. Nurul Iman hanya membiarkan sahaja. Dia tidak berani untuk bercakap dengan Imran. Dia bimbang dia akan menukar fikiran. Rombongan pihak lelaki sudah sampai. Kakak-kakak ipar Nurul Iman semua berada diluar mengikuti perbincangan antara 2 pihak.
“Iman pihak lelaki nak masuk untuk sarung cincin.”
Kelihatan ada seorang wanita sepruh usia masuk untuk menyarungkan cincin. Dia tersenyum memandang ke arah Nurul Iman. Nurul Iman membalas senyumannya. Disebelahnya pula kelihatan 2 orang perempuan muda.
“Selama datang ke dalam family Ibu. Ibu harap Iman tak marah dengan kami kerana datang secara mengejut. Kejap lagi dia datang jumpa dengan Iman. Ibu keluar dulu ye.” Nurul Iman hanya mengangguk sahaja.
“Hai akak. Saya Intan Adila. Akak panggil Dila sahaja. Yang ini pula Kak Intan Airina. Panggil Kak Rina. Dia atas abang. Nanti kejap Dila panggil abang. Dia ada kat luar.” Adila memanggil abangnya.
Dada Nurul Iman berdebar-debar. Hatinya tertanya-tanya siapa kah tunangnya. Walaupun aircond dipasang tetap terasa bahangnya.
“Assalammualaikum…” suara itu macam pernah didengar oleh Nurul Iman. Tak mungkin lelaki tu. Nurul Iman memandang ke arah suara tersebut. Nurul Iman terkedu kerana tunangnya amat dikenali. Imran bergerak menuju ke arah Nurul Iman.
“Iman! Im minta maaf kerana tak beritahu Iman awal-awal. Im saja nak buat kejuta dengan Iman. Dah lama Im rancang dengan Atirah. Im tahu semua pasal Iman. Im harap Iman akan terima Im.” Jelas Imran
Nurul Iman kehilangan kata-kata. Dia berharap yang hidupnya akan disinari dengan sinar kebahagiaan. Dia amat bersyukur kerana dipertemukan dengan Imran.