rss

Hana pantas menerpa bila melihat seseorang di atas stretcher diturunkan dari ambulans. Doktor Khalid yang baru keluar dari pintu kaca A&E menghampiri.  Terus diletakkan stetoskop yang tergantung di leher pada telinganya sebelum diaphragm di tangan rapat ke dada pesakit.

“Hana, case?.” Cepat-cepat Hana mencapai carta dari pegawai Paramedik.

“MVA versus divider .Victim is suspected with distal radial fracture and ocular injury.” Hana membaca carta sekali lalu sebelum bergegas membantu nurse menyorong stretcher.

“Other?.” Doktor Khalid menyoal lagi. Hei, aku tengah sibuk tolong tolak stretcher pun sempat lagi nak tanya? Bacalah carta tu!

“Adie Hafizi. 25 tahun. Driving alone doctor.”  Nurse Cheng menjawab.
Adie?

Serentak dengan itu, wajah pesakit yang berlumuran darah dilap dengan tuala bersih. Jantung Hana berhenti berdegup buat seketika. Ada luka di seluruh wajah Adie malah kedua belah matanya membengkak. Nafasnya turun naik.

It can’t be! Dia…

Stretcher ditolak masuk ke dalam ER. Hana terpaku. Lama dia membatu.

Betul ke itu dia?

“Hana!.” Nurse Jasmin memanggil namanya. Tangannya digawang-gawangkan di hadapan wajah Hana.

“Kenapa?.” Soal Nurse Jasmin perlahan. Hana cuma tersenyum sambil menggelengkan kepala.

Dia memandang kembali ke arah pintu bilik ER yang telah tertutup rapat.  Matanya masih terpaku disitu sebelum meneruskan langkah.

“Tak ada apa-apalah kak.”

---

Hana duduk menghadap wajah yang siap berbalut disekeliling matanya dengan bandage tu.

“My diagnosis towards him is vitreous hemorrhage. I suggest for Vitrectomy. However, we have to wait for patient’s family consent before we proceed with the surgery.” Penjelasan dari Doktor Deva pakar ophtamology masih rancak bermain difikiran Hana. Kalau betullah dia adalah Adie Hafizi yang sama, aku tak rasa ada waris yang akan datang untuk bagi consent.

“Doktor…err.” Hana mengangkat tangan tanda ingin menyampuk.

“Yes Hana?.” Kening Doktor Deva sedikit terangkat. Semua yang ada memandang.

“I think he is an orphan, doctor. Can we proceed with the surgery?.” Aku yakin dia Adie. I’m sure with that!

“Are you sure about this Hana?” Doktor Deva bertanya.Hana mengangguk. Doktor Khalid merangkap supervisor HO memandang sekilas.

“Hana?.” Doktor Khalid meminta kepastian.

“I’m sure about this because both of us came from the same orphanage.” Semua yang ada terdiam. Tak berani nak bertanya lebih lanjut.

Waktu Nurse Jasmin lap dahi dia, aku perasan parut atas kening kanan dia. Parut yang sama.

---

“Adieee! Bongok laaa..habis baju aku!.” Hana mengibas-ngibas bajunya yang kotor dengan minyak hitam. Dia mencebik sebelum duduk melunjur di atas batu berhampiran. Memerhati Adie yang sibuk membetulkan rantai basikalnya.

“Karang Kak Ti tanya aku nak jawab apa?.” Hana mengetap bibir geram.Boleh dia buat bodoh je dengan aku? Sengal!

“Jawab jelah apa-apa. Aku tak suruh pun sibuk dekat sini. Hee..mengacau je.” Tangannya dilayang-layangkan tanda menghalau. Hana bangun dari duduk. Mendekati Adie yang masih lagi ralit dengan basikal BMXnya.

“Mengacau hangguk kau! Tadi kau gak yang suruh aku amik minyak hitam tu –”

“Tapi aku tak suruh tumpahkan...Ada aku suruh?.” Hana mengerutkan dahi. Cis! Tak guna punya budak. Tak ada simpati langsung!

Oooo..Kau tak suruh ye?

Mata Hana terus melilau, memandang sekeliling. Mencari sesuatu. Aha, cantik! Tangannya menggenggam batu kecil sebesar tapak tangan. Dia menyorokkannya di belakang badannya.

“Die, kalau aku baling batu ni agak-agak sakit tak?.” Terus dia tersengih. Mengacah-acah Adie. Adie ketawa.

“Hahaha..ek eleh. Setakat batu kecik tu.Ingat aku takut?.”  Adie menjelirkan lidahnya. Menyambung kembali kerjanya yang terbengkalai.

Tak sedar bila tapi mungkin di sebabkan geram, Hana terus melontarkan batu kecil tu tepat ke arah Adie. Adie cuba mengelak tapi belum sempat dia mengelak, batu itu terlebih dahulu mendarat tepat di dahinya. Adie jatuh terjelepuk ke tanah.

“Err..Alamak! Kak Ti!! Adie luka!.” Hana menjerit sebelum berlari ke arah Adie. Adie menepis tangannya.

Seminggu mereka tak bertegur.

---

Hana tersenyum bila mengingat kembali kisah silam. Dia memang nakal waktu kecil. Dengan rambut pendek paras telinga, seluar track suit dan t-shirt. Hana memang degil orangnya. Keras kepala. Kalau ada yang tak mengikut kehendak dia, mulalah dia buat perangai. Sama macam kes  Adie. Gara-gara tak nak mengaku salah, Hana baling batu sampai dahi Adie luka dan berparut.

“Ingat lagi tak ni?.” Adie senyum sambil jarinya ditala ke arah dahi. Betul-betul di atas kening kanan.  Hana tersengih kerang. Okey, nak cari gaduhlah tu.

“Entah, Hana lupalah. Die dapat dekat mana?.” Hana buat-buat tak tahu. Tangannya pantas mencapai Curly Fries lepas tu menghirup float A&W.

“Dapat dari bakal doktor!.” Hahaha. So funny! Lempang boleh tak? Eh,okay. Sangat garang aku ni.

“Ye, tau. Salah saya. Sorry. Dah? Habis dah ngungkit?.” Hana menyoal sambil mengerutkan dahinya. Tak lama kemudian ditonyohnya pula hidungnya sampai merah.

“Gatallah tu. Dah makan ubat belum?.” Err..ala..sinusitis je. Kang kejap lagi hilanglah tu.

“Hana ada makan udang ke tadi?.” Hana bertanya sebelum menyambung kembali aktiviti menonyoh hidung sampai merah.

“Laa…manalah Die tau. Die baru je angkut Hana tadi. Haha.” Cis! Tak prihatin. I hate you!

“Gelak-gelak. Sepak kang.” Hana menarik tisu di atas tray coklat. Kemudian terbersin kecil.

“Alalala..comel. Tau tak Hana kiut gila bila bersin.” Adie bertambah giat mengusik. Tangannya menekup mulut. Menahan diri dari gelak bila melihatkan biji mata Hana mula berair kemudian hidung mula memerah.

“Oh ek? Tak tau!.” Hana mencebik geram. Sengal!

 “Wuu…garang!.” Lan mengekek ketawa. Geli hati melihat wajah Hana.

“Apa garang-garang?.” Hana memberikan jelingan maut.

“Bila marah Hana ni memang sebijik tau macam Hana..”  Haa..dia dah mula dah. Hana sengetkan mulut, menanti  sambungan dari Adie. Tangannya dah siap sedia untuk mencubit.

“…michi Sakuragi!.HAHAHA!.”  Kan dah cakap, bf aku memang sengal!

---

Adie, are you okay there? Hang on dear. Everything will become better. Trust me!

Hana meraup wajahnya. Tak lama kemudian tangannya terus menarik tangan Adie ke dalam genggaman tangannya. Dia mengelus tangan itu lembut. Air mata yang ditahan sejak dari mula Adie masuk ke OT mula luruh. Perlahan-lahan dikesatnya pipi dengan tisu. Kak Ti yang sejak pagi tadi menanti bersama-sama  dengannya sudah pulang untuk menjemput anaknya di sekolah.

Tiba-tiba daun pintu ditolak oleh seseorang. Wajah Nurse Jasmin terjengul di muka pintu. Cepat-cepat dia mengesat matanya yang basah dengan air mata.

“Hi Hana. Are you okay?.” Nurse Jasmin menolak trolley. Terus menghampiri Hana dan mengelus lembut bahunya. Hana tersenyum, menepuk kembali tangan Nurse Jasmin.

“Yep,I’m okay Kak.” Water drip yang tergantung di sisi katil dicapai oleh Nurse Jasmin. Dia menggantikan dengan normal Saline yang baru. Hana hanya duduk memerhati.

“Shift Hana dah habis kan?.” Tiada jawapan. Hanya anggukan yang diterima. Mata Hana tak lepas dari memandang jejaka yang terlantar di atas katil dengan mata yang berbalut.  Tangannya kejap memegang erat tangan Adie.

“He’s not going to gain his conscious, not for today Hana. Rehatlah, balik ye?.”  Nurse Jasmin memberikan kepastian. Tapi…I can’t bare losing him. Not for once again.

“Akak akan jaga dia. Jangan risau.” Seakan faham, wanita mualaf itu memberikan jaminan. Nurse Jasmin tersenyum sambil menyerlahkan matanya yang sedikit sepet. Tangannya mencapai syringe dari atas trolley. Menjentik sedikit pada hujung jarum sebelum mencucuk ubat ke dalam pembuluh darah Adie.

“Hurm..okay. Hana nak ambil Fatin, lepas tu terus balik.Akak…” Hana memandang ke arah Nurse Jasmin.

“Ye?.” Jarum tadi diletakkan penutupnya sebelum dicampakkan ke dalam container kuning air. Nurse Jasmin mencabut hand glove dari tangannya.

“Thanks a lot sebab jagakan Adie untuk Hana. Hana balik dulu.” Hana bingkas bangun lalu mencapai handbag dan kunci keretanya di atas drawer di sisi katil Adie.

“It’s my duty honey. Now go back and promise me you will get a rest. ”  Hana mengangguk. Terus berjalan ke  arah pintu namun sebelum daun pintu ditolak, dia memandang ke belakang kembali. Menghantar pandangan ke arah Adie, mengetap bibir dan berlalu pergi.

Hang on  Adie. We’ll get through this.

---

Dia sedar, bukan mudah untuk mempercayai kewujudan seseorang yang sudah dua tahun menghilang. Dah puas polis mencari Adie. Yang mereka jumpa hanyalah bangkai kereta serta cebisan-cebisan komponen kereta yang sudah patah dan tercabut akibat kemalangan itu. Hana sendiri tak pernah menyangka dia terselamat dari kemalangan itu. Malah kembali bernafas boleh di kira sebagai satu keajaiban! Sebulan Hana terlantar di hospital akibat patah rusuk muda. Polis percaya mayat Adie hanyut dibawa arus sungai yang deras. Malah usaha mencari mayat Adie menemui jalan buntu.

Di Rumah Limpahan Kasih, sembahyang ghaib diadakan. Puas Kak Ti menasihati Hana, terima Qada’ dan Qadar ketentuan ilahi. Berbulan Hana berendam air mata. Baju pertunangannya renyuk dan basah dengan air mata.

Seminggu sebelum kemalangan itu, pertunangan mereka berlangsung dengan meriah sekali.  Dia kini tunangan Adie Hafizi, kawan, kekasih serta bakal suaminya.

“Akak…nanti kalau akak kahwin, Fatin kena tinggal ke?.” Mata Fatin merah dan basah. Jenuh dipujuknya sau-satunya adik kandungnya itu.

“Ishh..mana ada! Mestilah akak bawak Fatin tinggal dengan akak.” Fatin yang masih berusia dua belas tahun itu memandangnya dengan pandangan sayu. Sekejap-sekejap dia menarik nafas. Menahan air mata dari jatuh lagi.

“Heiii..Fatin amanah akak. No matter what, we’ll be together dear.”  Hana memeluk adiknya erat. Mencium pipi Fatin sebelum menyeka air mata adiknya dari bercucuran jatuh. Rambut adiknya diurai-urai perlahan.

“Janji?.” Jari kelinking disuanya ke arah Hana. Hana tersenyum. Hai, macam-macam adik aku ni.Risau sangat!

Jemari mereka bertaut.

“Yee..janji.” Fatin memeluk Hana kembali. Erat.

---

Pandangan Hana ditumpukan ke jalan raya yang sesak. Petang hari di Kuala Lumpur memang begini. Sesak dengan kenderaan yang berpusu-pusu mahu keluar dari Pusat Bandar. Lusa, Fatin bakal pulang dari asrama. Dia tak sabar untuk bercerita mengenai Adie. Dia menyimpang masuk menuju Sunway Piramid untuk membeli groceries. Hujung minggu selalunya Hana lebih gemar memasak. Lagi-lagi bila ada Fatin, adiknya itu tak pernah cukup kalau bab makan. Macam mangsa kebuluran Dhafur.

Baru sahaja hendak memarkir. Nokia 2500 disisinya berbunyi. Hana menekan butang loudspeaker.

“Assalamualaikum. Hana’s speaking.” Hana memandang side mirrow, tangannya mula menukar gear reverse kemudian menekan pedal minyak.

“Hey. Kat mana tu?.” Suara seorang lelaki muncul. Hana mencebik.

Hish! Tak reti jawab salam ye? Hey Hey. Omputehlah sangat.

“Sunway. Nak beli barang jap.” Hana menjawab malas. Handbag hitam di atas handbreak ditariknya keluar. Loudspeaker dimatikan. Henfon tadi diletakkannya rapat ke telinga.

“Cantik! Jumpa depan Giant. Aku lapor.” What??

Ish.dia ni. Mana aku ada, mesti dia ada. Hati Hana menggertu. Geram.Agak-agaknya dia bubuh pepijat kot dekat aku, lepas tu guna GPS untuk detect.Cis! Otak Hana mula berfikir ke arah benda merepek.

Sebaik sahaja dia sampai dihadapan Giant. Kelihatan seorang jejaka dengan baju kemeja jalur-jalur hitam sedang sibuk memandang jam. Cepat-cepat dia berpusing ke arah pintu masuk. Bakul warna merah dari tepi kaunter dicapainya.

“Hmm…buat Tomyam Putihlah Sabtu ni.” Tangannya mencapai seikat serai dan lengkuas.
Tiba-tiba sebiji tomato dicampak masuk ke dalam bakulnya menyebabkan dia terkejut. Zafrul tersengih di sisi.

“Heii..siapa pulak nak tomato ni?.” Hana mendengus geram. Mencapai tomato sebelum meletakkan kembali tomato di rak. Mencebik ke arah Zafrul

“Orang buat tomyam guna tomatolah sayang.” Eh,suka hatilah. Saya allergik tomato!

“Nak makan masakan kau ble?.” Boleh. Boleh blah!

Hana diam. Meneruskan aktiviti membeli barangan memasak. Zafrul membuntuti dari belakang. Setia menanti sampailah ke kaunter.

“Semua sekali RM64.70, Kak.” Cashier Giant tersenyum setelah selesai key-in dan memasukkan semua barang ke dalam beg plastik.

Belum sempat Hana mengeluarkan duit, Zafrul terlebih dahulu menghulurkan kad kreditnya. Hana cuba mencapai kad kredit Zafrul dari di swap tapi Zafrul cepat-cepat  menghalang.

“Biarlah kak. Suami akak dah bagi kad kredit tu.” Cashier lelaki tu tersengih sebelum menghulurkan resit kepada Zafrul.

“Haa..dengar tu. Ayang ni..degil!.” Zafrul ketawa sambil mengangkat semua plastik-plastik beg tadi.

“Dia bukan suami sayalah!.” Suara Hana naik satu oktaf! Geram.

---

 Fatin makan dengan penuh selera. Lepas licin satu pinggan disental, pinggan kedua pula menyusul. Habis diceduknya gulai lemak labu. Lagi-lagi bila digandingkan dengan ayam percik. Seleranya terus menggila.

“Hei, ni apehal makan macam orang kebulur ni?.” Fatin dah mula tersedak bila ditegur oleh Hana. Tangannya terus mencapai gelas berisi air kosong. Hana menepuk-nepuk belakang badan adiknya itu.

“Lahap! Makan macam dah setahun tak makan. Dekat asrama Fatin diorang tak bagi makan ye?.” Hana mula membebel. Bekas nasi yang sudah kosong dibawanya menuju ke singki. Liquid dishwasher dituangnya sedikit di atas span kuning. Mulutnya tak henti-henti mengomel.Fatin terus ketawa di meja makan. Dia memandang sekilas sebelum mulutnya perlahan-lahan menuturkan sepotong ayat.

“Akak ni comellah. Patutla Abang Zafrul cair.”

“Haa..ngata apa tu?!.” Mulut Hana memuncung. Keningnya sedikit terangkat. Fatin tersengih lagi. Menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Err..takde apa-apalah. Hehe.”  Fatin bangun dari duduknya. Menghampiri pintu biliknya selepas membasuh tangan.

“Fatin cakap, akak comel. Patutlah Abang Zafrul cairrrrrrrrrr. Hahaha.” Terus adiknya itu menjelirkan lidah dan menutup pintu bilik.

“Fatin!!!.”

Ish. Geramnya budak sorang ni!

---

“Aku tak faham betullah mamat tu Wan. Mana aku ada mesti dia ada. Si Fatin tu pun suka gila menyakat.” Hana mencebik sambil mulutnya tak henti-henti membebel. Wan di hujung talian ketawa mengekek.

“Hei budak ni! Aku penatlah mengadu dia boleh ketawa. Cis!.” Hana menarik beg sandangnya yang hampir-hampir jatuh dari bahu. Matanya membulat bila melihat menerusi cermin pintu wad. Adie!

 Dari dalam, Adie Hafizi sudah duduk melunjur di atas katil. Tangannya meraba-raba keliling tapi jejaka itu tetap tenang.

“Dia suka kaulah. Takkanlah tak faham-faham lagi. Hahaha. Hana Hana.”

Hmm..apa-apa jelah Wan oi. Tak membantu langsung.

“Eh oklah. Adie dah jaga. Bye.” Terus talian dimatikan. Sebaik sahaja pintu terkuak, Adie terus memandang ke arahnya walaupun matanya berbalut.

“Siapa tu?.” Laju mulutnya menuturkan kata-kata tapi Adie tetap tenang. Tak panik.

“Saya doktor dekat sini. Awak ok?.” Hana mengetap bibir. Perlahan-lahan dia berjalan menghampiri hujung katil hospital itu.

“Saya ok doc, tapi macam mana saya boleh ada dekat sini?.” Adie terus bertanya. Keningnya sedikit berkerut. Tangannya meraba-raba balutan di matanya. Cuba untuk membukanya. Cepat-cepat Hana menahan tangannya.

“Eh jangan! You had gone through eyes surgery previously. Tunggu sampai dah sembuh, ye?.”  Hana menurunkan tangan Adie ke sisi. Jejaka berbaju hijau itu direnungnya lembut.
Adie, dua tahun Hana tak dengar suara Adie. I miss you so much dear.

“Emm..ok. Yang saya ingat saya mengantuk, lepas tu saya terlanggar divider jalan.”  Hana mengangguk. Kemudian tersenyum. Dia menarik flip henfon, mula menekan keypad.
He’s awake!  :)

3 message sent! SMS yang sama dihantarnya kepada Kak Ti, Fatin dan Zafrul.

“You’re lucky. Mata awak je bleeding, tapi insyaallah, awak akan sembuh.”  Tangan Hana terus mencapai carta di atas meja di hujung kaki katil. Matanya sekejap-sekejap memandang Adie yang masih berdiam. Adie menyandarkan badannya pada bantal. Dahinya dipicit perlahan.

Lagu Resah Tanpamu yang diset sebagai ringtone henfon kedengaran.Tak sempat Hana menekan.Satu lagi SMS diterimanya. 2 messages received

Alhamdulillah. Kirim salam dekat dia – Kak Ti
Happy for you. Nak datang tengok dia ble? :D – Zafrul
Ah gedik punya mamat. Nak datang buat apa?

“Doktor?.” Cepat-cepat Hana flip off henfon di tangan. Pandangannya ditumpukan sepenuhnya pada Adie.

“Ye Adie?.” Hana menyoal kembali. I’m here Adie.

“Tolong call wife saya boleh?.” Adie menuturkan kata-kata itu perlahan. Ada keluhan berat dihujung permintaanya itu.

Wife??!

---

Retrograde Amnesia adalah sejenis amnesia yang menyebabkan pesakit hilang ingatan mengenai peristiwa sebelum amnesia terjadi. Dalam kes Adie, akibat hentakan ketika kemalangan dua tahun lalu menyebabkan bahagian hippocampusnya tercedera.

“Ye, saya tak tahu siapa saya sebelum ni. Malah nak ingat nama nombor pun agak susah bagi saya.” Adie tersenyum. Mata coklat miliknya bersinar bila terkena cahaya mentari petang itu.

Hana tersenyum dan duduk disisinya.

“Macam cerita John Doe” Hana ketawa perlahan.

“John Doe?.” Adie tersenyum menampakkan kedua-dua lesung pipitnya.

“Yap, John Doe ni gelaran untuk orang yang identiti dia tak di ketahui. Dulu ada satu cerita ni, mamat tu boleh tahu macam-macam tapi tak tahu pasal diri sendiri. Intelligent!.”

“Haha. Sort of, tapi saya tak adalah pandai pun, doc. Dahlah tak pandai, ada isteri pun tak reti jaga.” Adie Hafizi tersenyum. Ada sorot kecewa dalam kata-kata terakhirnya.

“Hmm..ceritalah. I don’t mind.” Hana tersenyum kembali. Angin petang HUKL bersepoi perlahan. Dua minggu dia menemani Adie, saban hari ada je cerita yang mereka kongsi. Baru semalam balutan mata Adie dibuka.

Alhamdulillah, he gains his eyesight 100%!

“Zurin yang selamatkan saya waktu saya hanyut dekat sungai. Kebetulan dia dengan member-member dia tengah camping dan dia juga yang bawa saya balik ke rumah dia. Dato’ Radzi, ayah Zurin yang banyak membantu saya. Dia bagi saya kerja dan akhirnya kami berkahwin. Cuma…”

“Cuma?.”  Hana bertanya.Matanya sedikit bulat. Hana menongkat dagu.

‘Terima dengan hati yang terbuka. Ini semua Qada’ dan Qadar. Ketentuan DIA, Hana’  Hana memejam mata. Menarik nafas perlahan-lahan. Kata-kata Kak Ti terus berputar di dalam kepalanya.

“Lately I dreamt about a girl - Hana. Nama dia Hana. Setiap kali tidur, saya akan mengigau dan panggil nama dia. It makes me wonder dan saya cuba siasat siapa diri saya sebelum ini. Eventhough I had promised her I won’t.” Adie mengetap bibir sebaik sahaja dia habis berkata-kata.

“Then? Dia merajuk?.Err eh..apa saya merepek ni.Bini mana tak merajuk kalau laki dia sebut nama perempuan lain.Hehe.”  Adie ketawa bila melihat Hana tersipu-sipu.  Kakinya menguis-nguis tanah. Kelihatan kanak-kanak berlari di playground.

“Macam mana kalau saya cakap awak dah jumpa orang yang awak cari?.” Hana menduga. Matanya hampir berair waktu Adie menuturkan namanya tapi dia cuba bertahan. Adie Hafizi bukan lagi miliknya. Adie Hafizi kini milik seorang wanita lain. Milik Zurin.

“Adie…saya Hana. The one you’ve been looking for .” Adie terpempam. Hana cuma mampu tersenyum walaupun ada kata-kata yang tertanam jauh disudut hatinya.

And yes, I’ve been looking for you also and now, it’s time for me to let you go.

Nota:
H & A – Hana & Adie

7 comments:

  1. ala,, cm tu je ker,,,
    huhu,,,
    tp okey la,,

  1. sedihnya ending dia

  1. halamak....rse cm pendek sgt je...cm x puas bce...hehehe

  1. waaaa.
    sedih.

    takde part 2?

  1. laa..abes cam ni je ke??xde sambungan ke

  1. dowh~
    cian hana
    cabar eh hana
    ada yang lagi baik untuk hana... ^^

  1. adeh.sedihnyer...sambung la...

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini