rss

Sungguh tak terdaya lagi rasanya aku menanggung semua ini. Dimanakah silapku? Dimana kurangku? Setitis airmata mengalir dipipiku. Lantas kuseka air jernih itu lalu beredar dari kamarku menuju ke meja komputer. Harapanku agar dapat kukuatkan perasaan untuk berlagak bagai sang wira yang mampu mengharungi segala rintangan.   

Aku tekad untuk membuat keputusan. Aku mula menulis akan tetapi sesuatu dihujung meja menggamit segala kenangan silam.    

 “ Liya kenal Man dah lama..Bukan setakat setahun due kita kenal.  Tak payahla lagi nak sorokkan lagi semua tu.”
  
“ Aku betul- betul sayangkan dia Liya. Aku sanggup berkorban ape saje untuk dia. Aku dah idam-idamkan hidup bahagia,membina mahligai bersama dia. Hanya dia yang ada dalam hati aku ni. Takde lain Liya. Dia sorang saje yang aku cinta. Cinta aku pada dia tak pernah kurang, tak pernah hilang Liya. Sampai bila-bila. Walau ape pun terjadi. Aku tetapkan mahukan dia”
  
“ Tapi kau kenalah terima takdir M an. Dah bukan jodoh kau dengan dia. Dia dah jadi milik orang lain. Teruskanlah hidup kau. Jadikannye lebih sempurna.”


“ Aku tak mampu. Aku tak mampu buat ape – ape tanpa dia. Dia  segalanye.”  

“Man..bwk mengucap..kau masih ade rmai org yg ambil berat tntang kau..kluarge kau..dan aku ni..sahabat kau man.. aku sedia membantu kau bile kau memerlukan Man” 

“ antare sahabat dan kekasih takkan  sama Liya. Takkan pernah sama.”  


Semakin laju airmataku mengalir apabila mengigatkan kembali akan semua kenangan silam. Tidak pernah kusangka hidupku begini suratannya. Sememangnya aku sungguh bertuah menjadi seorang isteri kepada Azman. Seorang suami yang baik dan penyayang. Sebelum mengahwini suamiku, selama sepuluh tahun aku mengenalinya sebagai seorang sahabat yang akrab dan hubungan kami tidak pernah terputus. Selama sepuluh tahun aku bersahabat dengannya, memang aku amat mencintainya namun cintanya bukan untukku. Dia tidak mencintaiku tetapi  mencintai wanita lain. Betapa untungnya menjadi wanita itu yang mendapat cinta Azman dan Azman mencintainya separuh mati.


Namun semuanya sudah ditakdirkan. Jodohku telah ditentukan Allah untuk bersamanya. Sudah dua tahun kami mendirikan rumahtangga kerana pada waktu itu aku dan dia tidak mempunyai pilihan lain untuk dijadikan pasangan masing-masing.


Sememangnya aku amat bersyukur dipertemukan jodoh dengan Azman dan selama dua tahun tempoh perkahwinanku dengannya, aku amat bahagia. Namun aku dapat merasakan bahawa cinta hanya dipihakku sahaja. Suamiku masih menganggapku sebagai seorang sahabat baik dan bukanlah seorang isteri.


Diawal perkahwinan aku cuba untuk memujuk hatiku bahawa Azman memerlukan masa untuk mencintaiku namun segalanya makin terang bahawa aku hanya seorang sahabat. Seperti katanya dahulu “ sahabat dan kekasih takkan pernah sama”. Mungkin kerana itulah aku tidak layak untuk mendapat cintanya. 

Sedang aku tersedu-sedu melayan perasaan tiba-tiba pintu bilik dikuak. Suamiku  Dia memandangku namun lantas mengalihkan pandangannye ke arah lain. Tiada sebarang perbualan disitu. Aku menahan tangisku walaupun kurasa seperti hendak pecah hatiku menahannya. Aku kaku di atas kerusi dan fikiranku jauh menerawang memikirkan takdir hidupku. 


“ bukan ini yang abang minta untuk terjadi Liya..”

“ abang bukan mahu melakukan ini semua pada Liya. Abang tak mahu menyiksa Liya lagi. Abang perlu akui yang tiada cinta untuk Liya dari abang. Selama ini hubungan yg kita jalinkan hanye sebagai sahabat..”  

Aku tetap mendiamkan diri dan tidak membalas walau apa pun yang diperkatakannya.  

“ takpelah kalau Liya taknak cakap apa-apa..”

Aku tidak membencinya malah masih menyayangi dan mencintainya. Dialah yang memberi aku bahagia selama dua tahun ini. Aku redha dengan apa yang terjadi. Biarlah dia mencari cintanya dan bahagianya andai aku tidak layak untuk memberinya semua itu. Biarlah dia terus mengejar cintanye nan satu itu. Sememangnye aku tiada tempat dihatinya selama ini. 
Semuanya bermula pada minggu lepas apabila Azman memberitahuku bahawa wanita yang dipujanya itu muncul kembali. Kehadiran wanita itulah yang merampas bahagiaku kini. Tetapi bukan wanita itu yang merampas suamiku dariku. Aku yang tidak pernah memiliki suamiku. Ketika Azman memberitahuku bahawa dia telah bertemu kembali dengan cinta lamanya itu, waktu itu hanya cemburu yang kurasakan.

Akan tetapi apabila dia meneruskan  kata-katanya “ dia dah bercerai. Anak dua”, terus kurasakan seperti ingin tercabut jantungku. Tidak senang hatiku mendengarnya dan berhari-hari aku bermain dengan perasaanku sendiri memikirkan tentang apa yang akan terjadi. Aku sungguh takut akan dinggalkan. Setiap masa aku berdoa agar dipanjangkan jodohku dengannya dan tiada perkara buruk akan terjadi.

Kusangkakan panas hingga kepetang rupanya hujan ditengahari. Apa yang aku takuti benar-benar berlaku. Benar kata hati kecilku ‘ dia akan meninggalkan aku untuk wanita itu’. Suamiku menyatakan hasrat untuk mengambil wanita itu sebagai isterinya. Dia kasihankan wanita itu. Benarkah kasihan? Atau dia tidak mahu mengaku bahawa dia masih cintakan wanita itu?

Sungguh pedih rasanya mengetahui akan dimadukan. Terus terbayang difikiranku bagaimana hidupku bermadu. Rupa-rupanya telahanku tidak benar. Aku tidak akan dimadukan tetapi akan diceraikan! Dia tidak bercadang untuk memadukanku kerana katanya dia tidak mampu untuk berlaku adil kepada dua isteri walaupun dari segi kewangan dia sangat mampu dan matang untuk beristeri lebih dari satu.

Ketika Azman menyampaikan berita itu, aku berpura-pura tenang dan tidak menitiskan airmata namun perasaanku benar-benar sengsara. Sungguh malang hidupku dalam mencari cinta. Sesungguhnya Azman memang seorang suami yang baik dan tiada kekurangan. Dia juga turut mengakui bahawa  diriku tiada yang kurang namun cinta dalam hatinya tiada untukku. Benarkah begitu sukar untuk dia mencintaiku?

Allah terus mengujiku. Aku disahkan mengandung dua bulan. Berita itu kusampaikan padanya. Tiada riak diwajahnya. Ah, memang aku tidak berharga padanya. Kuserahkan sahaja semuanya pada takdir. Bukan aku tidak cuba untuk mempertahankan mahligaiku, namun aku kalah. Aku perlu menerima takdir bahawa jodohku dengan Azman tidak panjang. Aku dan suamiku tidak bertengkar dalam hal ini. Seperti biasa, apa sahaja masalah kami akan duduk berbincang dan menyelesaikannya termasuklah hal penceraian kami.

 Hari-hari yang kulalui masih seperti biasa dan aku hanya menunggu keputusan dari Azman dan kami hanya menuggu masa pulang ke kampong untuk memberitahu hal penceraian kami kepada kedua ibu bapa. Sehinggalah pagi itu Azman mengajakku menemaninya berjoging yang mana sememangnya ,menjadi aktiviti wajib kami pada hari ahad jika Azman tidak perlu betugas di hospital.  

“ hari ni kita tak payah jogging seperti biasalah. Kita jalan je”  

Aku hanya menggangguk. Mungkin kerana aku mengandung,dia tidak mengajakku berlari. Azman sememangnya mengambil berat akan diriku sejak kami berkahwin lagi. Segala sakit peningku dijaga namun tiada cinta. Sepanjang perjalanan, kami berbual-bual sehinggakan aku terasa perjalanan yang jauh seperti pendek.  

“malam tadi tak banyak patient sangat..” ujar suamiku pendek.

“releksla abang ye..”

“ tu yang abang duduk lepak-lepak ngan yang lain kat rest room tgk tv3. Drama. Liya tengok tak?”

“ tak..cerita pasal ape?”  

“tak ingatlah tajuk dia. Tapi cerita tu membuatkan abang terbuka minda. Semalaman abang tak tidur and macam-macam abang pikirkan” dia bercerita padaku sambil sesekali menjeling padaku.  

Aku masih tidak paham apa kaitan drama itu dengan apa yang dia cuba hendak sampaikan. 

“lepas solat subuh, abang rasa tenang setenang tenangnya dan abang betul-betul yakin dengan keputusan yang akan abang  buat” 

Berdegup laju jantungku. Apakah keputusan yang akan dibuat oleh suamiku? Seraya itu aku mula merasakan seperti hendak pitam dan hampi-hampir sahaja aku terjelepok diatas tanah. Mujur Azman sempat memegangku dan kami berhenti duduk dibangku. Jantungku masih berdegup kencang untuk mendengar akan apa yang dikatakan oleh Azman.

Setelah berehat sebentar dan minum air, Azman mengajakku berjalan semula. Azman meneruskan ceritanya tentang drama yang ditontonnya malam tadi. Katanya cerita itu mengenai seorang lelaki yang menghalau isterinya dan tidak mengaku anaknya sebagai zuriatnya.

Tiba-tiba Azman memeluk pinggangku dan mengusap lembut perutku. Itulah kali pertama Azman mengusap perutku semenjak aku memberitahunya tentang kandunganku. Aku makin tidak faham dengan tindak tanduknya dan apakah yang bakal dilakukannya.  

“ dari kecil lagi abang hidup susah Liya. Masa abang umur 3tahun ayah abang dah meninggal. Semua benda abang kena fight dan semua benda tak datang dengan mudah.” 

Aku mendengarnya dengan tekun walaupun aku masih tidak faham apakah kaitannya. 

“termasuklah cinta, Liya. Abang berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan dia tapi akhirnya orang lain yang dapat.”  

Kedengaran perlahan sahaja suara suamiku ketika itu. Dia terus bercerita. Katanya lagi, apabila dia berjumpa semula dengan wanita itu dan mengetahui yang wanita itu janda, dia merasakan bahawa dia masih berpeluang berjuang untuk apa yang diingininya. 

“bukannya abang terlalu cintakan dia tapi perangai abang ni yang tak suka mengalah yang buatkan abang jadi biol kejap tu.”azman senyum padaku. 

Aku melarikan pandanganku dari senyumnnya. Sesungguhnya tuhan sajalah yang mengetahui perasaanku ketika itu. Tak mungkin aku dapat membalas senyumannya tambahan lagi apabila dia bercerita tentang perempuan itu. 

“tapi sikap don’t give up tu la yang buat abang berjaya macam sekarang”  

Aku hanya menganguk-angguk kecil. Benar katanya.  

“ Liya ni terlalu murah dan senang nak dapat tau tak?”

Sungguh terkejut aku akan kata-katanya. Dia menanggapku murah dan senang dapat. Sungguh terbakar hatiku ketika itu. Katanya, sejak bersahabat lagi dia senang untuk meminta pertolonganku dan aku sentiasa ada untuk membantunnya.  

 “ senangnya nak dapatkan Liya..macam petik jari aje”

Sungguh terhina aku merasakan ketika itu. Aku tabahkan juga perasaanku dan mendengar ceritanya. 

“tengoklah masa kita kahwin Liya. Semuanya Liya yang beriya-iya dan abang buat tak tahu sahaja. Nak kahwin dengan Liya pun senang.”

Azman menyambung lagi kata-katanya yang aku ni seorang senang untuk didapatkan. Telingaku mula panas. Makin menjadi-jadi pula suamiku. 

“dahtu, saya bukannya boleh kawin dua tiga kali.Yang sekali seumur hidup itulah yang saya beriya-iya. Siapa yang tak nak perkahwinannya meriah and dijadikan kenangan”

Laju sahaja mulutku menjawab kata-kata Azman dan sempat juga aku memerlinya tentang kahwin dua tiga kali. Biar dia terasa. 


“hari-hari abang dengar Liya cakap I love you kat abang tiap kali abang pergi and balik kerja. Senangnya dapat cinta dari Liya.”  

Aku hanya mendiamkan diri kerana sudah malas untuk menjawab apa-apa. Murah sungguh ke aku? Adakah salah untuk aku mencintainya hari-hari? Azman mengatakan yang setiap benda yang kulakukan tidak dapat menarik minatnya kerana dia sudah menanamkan dalam kepalanya yang diriku memang senang untuk diperolehi dan jika terlepas ke mana-mana pun boleh cari dan ambil semula. Ketika itu hatiku sudah seperti api yang dicurahkan minyak.
 Mukaku sudah mencuka namun Azman hanya tersenyum kecil dan selamba sahaja. Aku dangan sedaya upayanya melawan marahku dan lantas berjalan sedikit kehadapan daripadanya. 

“jangan jalan jauh-jauh dari abang. Nanti apa-apa hal susah” Azman menarik tanganku dari belakang lalu memeluk pinggangku.

Hatiku sejuk kembali walaupun masih ada sisa-sisa marah. Dia menyambung lagi kata- katanya. Azman mengatakan ketika dia mengetahui aku mengandung, dia tidak menyangka akan mendapat zuriat bersamaku. Makin dia merasakan aku ini sungguh murah. Siap dapat anak. Seperti pakej.

Azman tertawa ketika mengatakan begitu sedangkan aku sudah seperti hendak menangis. Kejam sungguh Azman. Mungkin melihatkan aku yang sudah berubah muka, dia menyambung semula ceritanya tentang drama yang ditontonnya itu.

Azman menceritakan, semasa dia menonton drama itu, dia sungguh tergamam. Selepas lelaki itu menghalau isterinya, lelaki itu merasa menyesal dan ingin kembali kepada isterinya. Namun isterinya tidak mahu menerima lagi suaminya itu. Ketika itu kata Azman dia terus teringatkanku. Dia sedar yang aku seorang wanita yang berpelajaran tinggi dan cantik. Barulah sekali itu aku mendengar Azman mengatakan yang aku cantik dan memujiku. Berbeza benar perangai Azman hari itu.

Tambah Azman, jika dia meninggalkanku,mungkin aku akan menjadi seperti wanita didalam drama itu yang tidak mahu kembali pada suaminya. Terus dia menjadi takut. Dia sungguh takut akan kehilanganku dan rasa takutnya itu melebihi keinginan untuk mengejar cinta lamanya. 

“ending cerita tu kan Liya..anak lelaki tu mati. Lelaki tu tak berhenti-henti menangis kat kubur anak dia dan menyesal kerana tak mengaku anak itu anak dia”   

Aku sudah dapat meneka kaitan cerita itu dengan masalah kami namun aku biarkan sahaja Azman bercerita. Suamiku mula menyedari bahawa anak adalah anugerah dan rezeki tuhan yang tak terhingga. Dia sedar bahawa sekali manusia tidak bersyukur dan menolak dengan kehadiran anak, bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik balik anugerahnya seperti didalam drama tersebut. 

“abang rasa sayu sangat tengok cerita tu.Kesian tengok budak tu menangis-nangis cari ayah dia. Abang baru tersedar yang setiap anak yang Allah kurniakan pada kita perlu dipelihara dan diberikan kasih sayang” suamiku memandangku lalu beralih pula pada perutku.  

Katanya lagi dia tidak mahu anak dalam kandunganku itu nanti tidak kenal dan tidak rapat dengannya. Sungguh sebak hatiku apabila Azman mengatakan yang dia tidak mahu anaknya menjadi seperti dia yang kekurangan kasih-sayang seorang ayah. 


“tak sabar nak tunggu baby kita lahir nanti. Abang tak sabar nak jadi papa.” Azman tersengih-sengih seorang sambil mengusap lagi perutku. 

“nanti abang nak sambut dia lahir. Azan dan iqamatkan dia. Selama ni dok sambut anak orang lain je.” Azman memimpin tanganku. Sungguh kuat genggamannya. Mungkin rasa takutnya yang dirinya akan ditinggalkanku menjadi-jadi. 

Suamiku menceritakan lagi malam semalam ketika dia pulang aku sedang tidur. Lena sekali aku tidur katanya. Memang pada malam itu aku tidur awal kerana mataku benar-benar berat.  Katanya dia menatap wajahku dalam-dalam dan terasa rindu yang amat sangat menusup dalam hatinya terhadapku.

Dadanya seperti hendak pecah dek kerana menanggung rindu yang amat sangat. Hatinya sungguh pedih. Pedih kerana menanggung rindu yang seperti bertahun-tahun tidak jumpa dan dia sendiri juga tidak sedar air matanya mengalir ketika itu. Sungguh sebak aku mendengar pengakuannya.

   “Abang sayang Liya sangat. Kawan-kawan abang selalu mengadu itu ini pasal isteri diorang tapi abang takde satu pun yang nak diadukan pasal Liya.Liya sempurna.”  

“ Abang baru sedar Liya. Allah dah gantikan kasih sayang arwah ayah yang abang tak dapat sejak kecil tu dengan memberi abang seorang ibu yang penyayang dan seorang isteri yang memahami abang.”  

Air mataku sudah tidak tertahan lagi. Akhirnya mengalir juga air mataku. Aku sungguh terharu dengan segala yang diperkatakan oleh suamiku dan itulah kali pertama aku rasa dihargai oleh Azman. Sesungguhnya aku bersyukur ke hadrat Illahi diatas limpahan hidayat dan rahmatnya. 

“ abang mintak maaf banyak-banyak Liya.”

“Liya dah lama maafkan abang.”  

 Sungguh bermakna hari itu untukku. Satu hari yang aku rasakan seperti hari kemenanganku. Sedang kami berjalan menuju ke kereta untuk pulang, Azman tiba- tiba berhenti dan mengucapkan sesuatu yang tidak akan kulupa selama-lamanya. 

“ abang cintakan Liya. Liya bukan lagi pakej yang murah tapi sesuatu yang amat berharga untuk diri abang” 

Akhirnya setelah aku bermohon, meminta serta pasrah dan berserah kepadaNya, Sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang. Tuhan menciptakan 100 kasih sayang tetapi 99 disimpan disisinya dan hanya satu bahagian diturunkan ke dunia dan dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah makhluk saling berkasih sayang.               

2 comments:

  1. best crita ni.
    bt sy tharu mbacanya.

  1. suka sgt....cinta yang mendalam tapi so sweet...

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini