“Maafkan saya, Airiel. Rasanya perhubungan kita cukuplah sampai di sini saja,” laju ayat itu meluncur dari bibirku. Sedaya mungkin aku cuba bersahaja melontarkan ayat yang telah kuhafal sejak semalam itu. Memang bukan niatku untuk memutuskan hubungan kami, namun terpaksa jua kurelakan andai ini takdirnya.
Ternyata Airiel terkejut dengan kata-kataku itu. Tidak berkelip dia memandangku. Cukup tajam sekali. Tidak berdaya rasanya aku melawan pandangan matanya itu. Pantas kualihkan pandangan ke arah air tasik yang beriak-riak kecil. Cuba untuk bertenang dan mengumpul kembali kekuatan dalam diri. Sepi antara kami.
Dari ekor mata, dapat kuperhatikan dia masih lagi memandang tajam ke arahku. “Cuba awak ulang balik apa yang awak beritahu saya tadi,” walaupun nadanya tenang, aku tahu Airiel cuba untuk mengawal amarahnya.
Aku menarik nafas panjang sambil berdoa agar tidak terjadi sesuatu yang buruk. Perlahan-lahan aku berpaling ke arahnya. Tersenyum. “Macam yang awak dengar tadi, saya ingin putuskan perhubungan kita,” ujarku perlahan. Teragak-agak aku mengangkat tangan dan membelai wajah lelaki yang telah menakluki seluruh hatiku ini. Satu perbuatan yang tidak pernah aku lakukan sepanjang hampir dua tahun perhubungan kami. Aku cukup menjaga batas pergaulan kami dan Airiel amat menghormatinya. Keperibadiannya yang cukup tinggi itulah yang mengikat hatiku padanya.
Airiel terpegun dengan tingkah lakuku, Mungkin dia tidak menyangka aku seberani itu. Tetapi dia hanya membiarkan sahaja sehinggalah aku beralih pula ke tangannya. Kuangkat tangannya dan kucium. Biarlah…. jika buat pertama kalinya aku mengikut kata hati.
“Maafkan, Eira!” Kulepas tangannya. Langkah kuatur pantas. Tidak lagi menoleh ke belakang. ‘Maafkan Eira! Bukan niat Eira nak lukakan hati Airiel tapi itu saja jalan penyelesaian bagi semua ini,’ hatiku hanya mampu berbisik, menangis.
“Eira… tunggu!” Laungan keras Airiel mematikan langkahku. Pantas aku mengesat air mata demi menghapuskan sebarang kesan yang boleh menimbulkan sangsi Airiel. Menarik dan menghembus nafas perlahan berkali-kali sebelum berpaling. Karisma Airiel cukup terserlah ketika melangkah perlahan mendekatiku. Dalam amarah, dia masih mampu mengawal segala perilakunya. ‘Tak mampu rasanya aku melepaskan dirinya. Ya Allah! Berikanlah kekuatan kepadaku,’ bisikan demi bisikan semakin mengharu-birukan hatiku, namun mengundang kekuatan untuk terus berdiri.
Tangan Airiel mendarat perlahan di bahuku, perilaku tanpa sedarnya. “Saya takkan lepaskan awak pergi. Saya tak percaya awak senang-senang je nak putuskan hubungan kita,” keras nadanya mengecutkan hatiku. Tajam matanya menikam tepat mataku. Tangan di bahu kucapai dan kulepaskan perlahan-lahan. Hanya gelenggan mampu kuzahirkan saat ini. Kukira penolakkanku mengundang kekalutan dan kekusutan yang menghapuskan ketenangan yang dipamerkan selama ini. Tangannya pantas melurut rambut. Tingkah itu amat kufahami. Tingkahlaku yang terhasil dari kegalauan perasaan yang sudah tidak mampu dibendung lagi. Cubaannya dalam mengawal amarah hasutan syaitan.
Ketegangan antara kami mengundang rasa tidak selesa di hatiku. Aku ingin segera keluar dari keadaan ini. “Dah tak ada apa lagi kita nak cakapkan kat sini kan. Saya nak balik!” Ujarku tegas, ingin cepat-cepat pergi. “Takkanlah selama ini hanya saya yang bertepuk sebelah tangan? Takkanlah selama ini hanya saya yang merasakan wujudnya ikatan perasaan antara kita? Takkanlah selama ini semuanya palsu semata-mata? Hah… jawablah kenapa awak diam aje?” Soalan bertubi-tubi daripada Airiel membuatkan aku kembali kaku di situ. Tiada daya untuk menjawab semua persoalannya. ‘Bukannya awak bertepuk sebelah tangan Airiel, saya sayangkan awak. Saya sayangkan awak lebih dari saya sayangkan diri saya sendiri. Itulah sebabnya saya nak kita tamatkan perhubungan ini. Saya tak nak awak terluka nanti,’ hatiku membisikkan jawapannya. Pandanganku masih menjurus kearah raut wajahnya, beradu pandangan yang akhirnya semakin mengundang getar di hatiku.
“Awak tenung mata saya ni dalam-dalam, takkan awak tak nampak sinar kasih dan cinta saya hanyalah untuk awak sorang saja,” desak Airiel lagi bila tiada sebarang tindak balas daripadaku. Saat itu aku merasakan sabar Airiel sudah sampai ke kemucaknya. Ibaratnya jika aku lelaki, sudah lama melayan penumbuk sulungnya. Bercekak pinggang, melurut rambut dengan kasar, hanya itulah yang mampu dilakukan Airiel dalam keadaan yang tidak menunjukkan sebarang jalan pendamaian antara kami apabila aku masih tetap dengan keputusanku. Getirnya di wajah itu menggamit lagi rasa bersalahku. Ingin sahaja aku peluk tubuh itu bagi menghilangkan keresahannya. Namun tidak wajar untuk aku melakukannya.
Sesak nafasku ditambah dengan rasa pening yang semakin mencengkam menjadikanku gusar seketika. ‘Aku tidak boleh tunjukkan aku lemah itu di hadapan Airiel. Aku harus lakukan sesuatu.’ Sedikit sebanyak kekuatan yang hadir secara tiba-tiba memberiku semangat untuk meluahkan kata-kata yang sudah pasti semakin menghancurkan lagi hatinya.
“Eh, awak ni memang tak faham ke atau sengaja buat-buat tak faham? Dah saya cakap tadi kan antara kita dah takde apa-apa hubungan lagi. Putus… Fullstop! Saya dah bosan la dengar awak duk pujuk saya macam ni.” sambil memicit dahi mengurangkan rasa pening yang semakin menjadi-jadi, aku menarik nafas panjang. Kasar bahasa yang aku gunakan menggambarkan rasa hati yang sudah hilang sabar dengan tingkah Airiel. Tidak berkelip matanya memandang aku. Kiranya aku berjaya membuatnya kelu. Peluang yang datang pantas sahaja kuambil.

“Airiel, saya cuba berlembut dengan awak. Apa yang saya nak hanyalah satu perpisahan yang tenang dan tidak mendatangkan masalah dikemudian hari nanti. Tapi perangai awak ni menyulitkan lagi keadaan. Terima aje la antara kita dah tak wujud perhubungan. Ikatan perasaan yang dulu tu dah terputus dan tidak mungkin dapat disambung lagi,” ku kerling sekilas padanya. Dia masih lagi seperti tadi. “Awak tahu tak awak memeningkan kepala saya dengan perangai kebudak-budakkan awak ni. Grow up will you! Sudah-sudah la, kita ni dah final sem, dah tahun akhir. Cubalah matang sikit. Mana perginya sikap awak yang tenang dan sabar tu. Takkanlah sebab sekecil ini awak nak melenting sampai macam ni sekali,” turun naik dadaku melepaskan semuanya.
Tersentak sedikit Airiel mendengar kata-kata yang kuluahkan itu. Berubah riak wajahnya. Dalam situasi yang kukira pertelingkahan paling hebat di antara kami berdua pelbagai reaksi dan riak wajahnya dapat kulihat. Selama ini amat sukar aku meneka emosinya dengan perwatakkannya yang setiasa tenang dalam apa jua keadaan. Namun hari ini semuanya terserlah “Awak dengar sini ye, siapa sebenarnya yang tak matang di sini? Awak ke saya? Cuba awak pandang saya. Awak pandang dan tenung mata saya. Lepas tu barulah awak cakap awak tak cintakan saya. Awak tak sayangkan saya. Then barulah saya percaya. Boleh awak buat begitu?” Ternyata Airiel mencabar aku melakukan sesuatu yang selama ini tidak pernah sekalipun aku lakukan. Tidak pernah walau sekali aku merenung matanya dan mengungkapkan rasa cinta secara berterus-terang. Segala rasa kasih dan cinta, aku zahirkan melalui perlakuan dan perhatian tak berbelah bahagi terhadap dirinya, yang mana bagiku menggambarkan rasa kasih tak bertepi terhadap dirinya seorang.
Penat berdiri ditambah dengan kepala yang semakin pening, aku berjalan perlahan menuju ke arah kerusi yang terdapat di sekitar tasik. Airiel yang menyangka aku ingin beredar dari situ memegang kejap lenganku. Takutnya dia aku meninggalkan dirinya disaat masih banyak lagi yang tersimpul di antara kami. Aku mengeluh dengan sikapnya itu. “Saya penat la berdiri aje dari tadi. Saya nak duduk kat situ,” ujarku sambil memuncungkan bibir ke arah kerusi yang ada. Lenganku dilepaskan perlahan-lahan. Airiel masih lagi setia di belakangku. Seolah-olah tidak mahu melepaskan aku walau sekejap dari pandangannya. “Awak duduk dulu sini,” ajakku dengan suara yang lebih lembut mengajak Airiel duduk di sebelahku. Sedikit teragak-agak Airiel untuk duduk. Cepat-cepat aku menariknya. Seboleh mungkin aku ingin menamatkan segala yang kami bincangkan tadi. Semakin lama aku di sini semakin banyak lagi kata-kata yang bakal mengguriskan perasaan akan terluah. Aku tidak mahu menambahkan lagi kekesalan yang sedia ada. Suasana kembali sepi antara kami. Hanya keluhan dan helaan nafas menemani. Melontar pandangan jauh ke hadapan, kelihatan gelagat siswa dan siswi dengan aktiviti riadah masing-masing. Ada yang berjoging, ada yang berkayak dan tak kurang juga yang hanya berjalan-jalan mengelilingi tasik buatan ini. Keindahan dan kehijauan sekeliling menjadikan tasik ini pilihan kebanyakan pelajar menghabiskan masa lapang pada waktu petang. Pelbagai kemudahan yang disediakan untuk para siswa dan siswi bagi memanfaatkan waktu yang terluang disamping merehatkan minda setelah seharian sibuk dengan kuliah dan tugasan. Tambahan pula, suasananya yang mendamaikan menjadikan tasik ini tempat wajib untuk aku dan Airiel berkunjung setiap petang mengukir segala kenangan manis bersama. Namun kini tempat yang banyak menyimpan kenangan dan menyaksikan hubungan mesra antara kami bakal menjadi tempat yang akan memisahkan kami.
Berpaling pada Airiel di sisiku, pandangannya juga jauh ke hadapan. Mungkin memikirkan kesudahan antara kami. Hanya pandangan kosong dapat kuperhatikan. Kekesalan semakin mencengkam hatiku. “Airiel... .,” perlahan namanya kupanggil tetapi tiada reaksi daripadanya. “Airiel..,” sedikit kuat kali ini. Airiel tersentak. Jauhnya dia mengelamun. Airiel memandangku sekilas sebelum memandang kembali ke hadapan. Seolah-olah tidak mahu melayanku lagi. “Airiel, pandanglah sini. Awak kena dengar apa yang saya nak cakap ni, Kalau tidak makin lama lagilah kita duduk kat sini. Takkan awak nak duduk kat sini sampai malam?” Persoalan yang kulontarkan menggamit kembali perhatiannya ke arahku. Tingkahnya itu mengundang senyumanku. Perubahan yang kupamerkan itu ternyata mengembalikan mood Airiel. Barangkali tadi dia sudah berputus asa untuk memujukku. Senyuman yang kupamerkan memberinya semangat kembali. “Kan bagus awak senyum macam tu. Ini tak asyik duk masam aje. Saya yang tengok pun sama jadi takde mood,” gurau Airiel, menceriakan suasana. “Airiel, saya sedar apa yang saya cakap tadi dah sakitkan hati awak. Saya minta maaf ye?” aku cuba meredakan kembali keadaan. “Ha.. kan bagus macam ni. Sedar pun awak. Lain kali kalau nak cakap kena la fikir dulu. Jangan main cakap je. Ok, saya maafkan awak. Lain kali jangan nak buat macam ni lagi ye,” tuturnya dalam ketawa. Namun tawanya itu kedengaran tawar di telingaku.
“Airiel, pandang saya,” ujarku mematikan ketawanya. “Apa lagi ni? Kan saya dah maafkan awak tadi. Antara kita dah ok kan? Takde nak mintak putus lagi kan?” tuturnya dalam ragu-ragu. Aku memahatkan pandangan ke arahnya dan dalam masa yang sama menarik nafas untuk bertenang. “Tadi awak cabar saya suruh saya luahkan apa yang saya rasa kan?” ujarku sedikit keras. “Eh, apa yang saya cakap tadi tu gurau ajelah. Saya kan tengah marah tadi. Awak jangan ambik kisahlah ye. Lupakan saja,” pujuknya bersungguh-sungguh. Aku pantas menggeleng. Airiel bingkas berdiri dan menjauhiku. “Kalau awak nak cakap antara kita dah takde apa-apa, baik awak balik saja. Saya dah tak nak dengar lagi,” langkah Airiel semakin menjauhiku. Aku bangun mengejarnya. “Airiel tunggu dulu. Nak tak nak awak kena dengar juga apa yang saya nak cakapkan ini,” ujarku sambil mendepangkan tangan menghalang laluannya. “Airiel, saya minta maaf kalau selama kita berkawan ni awak menganggap antara kita wujudnya hubungan,” berhenti aku seketika. Sambil memandang tepat pada matanya “Eira nak minta maaf tapi memang Eira tak cinta Airiel dan Eira harap lepas ni Airiel jangan gangguEira lagi. Tapi Eira masih lagi anggap Airiel kawan Eira. Antara kita masih lagi boleh berkawan kan?” Sengaja aku membakar lagi perasaannya. Tersenyum sinis Airiel dengan pertanyaanku itu. Airiel menepuk-nepuk tangannya beberapa kali sambil ketawa. Terpinga-pinga aku dengan tingkahnya itu. ‘Takkan begitu sekali kesannya terhadap Airiel. Terasa ingin menarik kembali balik kata-kata yang aku telah luahkan tadi. Aku masih lagi memandangnya. “Awak… Awak memang….,” tanpa menyudahkan kata Airiel melangkah pantas meninggalkanku. Dengan kata-kata itu aku ditinggalkan sendirian di tepi tasik.
Tubuhku melurut jatuh di hamparan rumput yang menghijau. ‘Airiel…. Maafkan saya. Saya terpaksa! Percayalah sehingga akhir hayat saya, hanya awak yang saya cintakan buat selamanya,’ jeritan kekesalan itu bergema kuat di dalam hatiku. Air mataku yang mengalir deras di pipi tidak aku pedulikan. Hanya membiarkan ianya mengalir dengan harapan dapat membasuh semua kelukaan yang aku ciptakan sendiri. ‘Airiel… Airiel!’ Namanya tetap bergema. “Walau apapun yang terjadi selepas ini saya harap awak tabah. Doa saya sentiasa bersama awak. Mungkin kita takde jodoh di hayat ini,” bisikku di angin lalu walaupun tiada siapa yang mendengarnya.
Pintu bilik asrama kubuka lemah. Bertemu pandang dengan teman sebilikku. Aku hanya memandang kosong pada teman sebilikku yang kupanggil Kak Idah. Dia merenungku dengan pandangan simpati. Sudah pasti dia dapat mengagak apa yang telah berlaku kerana selama ini pada dialah, aku luahkan segala isi hatiku. Aku berjalan perlahan menuju ke katil dan merebahkan diri seolah-olah satu bebanan yang berat terletak di pundakku.
Terasa usapan lembut di belakangku. Mata kubuka dan wajah Kak Idah menyapa pandanganku, tersenyum memandangku. Melihat wajahnya yang tenang itu, secara spontan air mata yang kering tadi kembali mengalir. Aku terus memeluk Kak Idah. “Eira nangisla puas-puas, sebab lepas ni Eira tak boleh nangis lagi. Eira kena kuat supaya Airiel tak curiga nanti,” perlahan sahaja kata-kata itu di telingaku. Di bahu Kak Idah, aku melepaskan semua tangisanku.
Peristiwa itu sudah sebulan berlalu tapi kenangannya seolah-olah memburu aku saban waktu. Kulalui saat-saat sukar ini sendirian. Mujurlah ada Kak Idah yang amat memahamiku. Sehingga kini, kebanyakkan temanku masih tertanya-tanya apa sebenarnya yang telah berlaku. Namun, aku mengambil sikap mendiamkan diri. Jalan-jalan yang kulalui begitu sukar kini. Semangatku seperti direntap pada saat perpisahan kami dan hanya kenangan manis sepanjang perhubungan kami sahaja yang menemani aku kini. Menguatkanku meniti hari-hariku.
Dalam masa sebulan ini, aku berusaha untuk mengelakkan diri daripadanya. Mujurlah kami berlainan fakulti, jadi agak sukar untuk kami bertembung. Aku mengelak dari tempat-tempat yang memungkinkan kami berjumpa. Bukan kerana aku benci padanya tetapi aku takut aku akan kalah pada perasaanku jika aku memandangnya sekali lagi.
Entah kenapa pada pagi itu aku terlambat bangun. Begitu juga dengan Kak Idah. Inilah padahnya jika menonton VCD sehingga lewat malam. Kelam-kabut kami mandi dan bersiap. Aku berjalan sepantas mungkin menuju ke kelas yang terletak di dewan kuliah utama. Jam menunjukkan pukul 8:16 pagi, “alamak aku dah lambat sangat ni, mintak-mintakla lecturer tak masuk lagi,” sambil memandang jam, aku melajukan langkah kakiku. Pensyarah baru ingin memulakan kuliah ketika aku menolak pintu dewan kuliah. Semua mata memandang ke arahku. ‘Malunya!’ Aku hanya mampu tersenyum kelat. Oleh kerana tempat di bahagian hadapan sudah penuh, aku melangkah ke belakang dengan hati-hati. Kelas pagi ini memang ramai pelajar kerana ia merupakan subjek teras universiti. Pelajar dari pelbagai fakulti akan mengambil subjek ini.
Aku duduk di barisan tiga ke belakang dan mula menumpukan perhatian kepada apa yang diajarkan oleh pensyarah. Namun entah mengapa aku merasakan seolah-olah ada seseorang sedang memandang ke arahku. Rasa itu menerbitkan getar dan cuak di hatiku. Selalunya aku hanya berasakan begitu jika Airiel ada berdekatan denganku. Sekilas aku menoleh. “Ya Allah! Airiel,” tercetus kalimah itu di bibirku. Lama kami berpandangan sehinggalah aku menundukkan wajahku, cuba untuk bertenang. Setelah cukup kekuatan yang ada, aku mengangkat mukaku dan memandang ke hadapan. Terasa sedikit tenang. Aku dapat merasakan pandangannya masih terarah padaku. Menarik nafas dan menghembusnya perlahan-lahan. Ternyata ianya mendatangkan sedikit ketenangan dalam hatiku. Tidak mahu membebankan fikiranku dengan ingatan terhadap Airiel, aku mula menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang diajarkan di hadapan. Mencatat apa yang patut walaupun yang masuk tidak sampai sepuluh peratus. Semua gara-gara pandangannya yang tak mampu aku balas. ‘Duhai hati, bertenanglah,’ doaku sepenuh hati.
Kuliah yang sepatutnya berlangsung satu jam dipendekkan menjadi empat puluh lima minit. Aku bergegas mengemaskan alat tulisku sebelum keluar dari dewan kuliah itu. Namun, tidak sampai selangkah tanganku ditarik ke tepi dan kaku di tempat dudukku tadi. Aku tidak melawan dan hanya membiarkan semua teman-teman melintasi tempat kami. Sekuntum senyuman aku hadiahkan kepada teman-temanku. Bagaikan tiada apa yang berlaku. Akhirnya, dewan kuliah yang tadinya gamat dengan suara pelajarnya sunyi, yang tinggal hanyalah kami. Kutarik nafas perlahan, kupahatkan senyuman semanis mungkin pada si dia yang setia di sisiku. Betapa rindunya aku dengannya namun aku cuba berlagak biasa. Nasihat Kak Idah kupegang.
“Ye, ada ape hal yang penting sangat ni. Sampai tarik-tarik. Macam budak kecik aje perangai. Tak berubah-ubah,” tuturku lantang bila dia masih lagi senyap. Pandangannya padaku tadi perlahan-lahan beralih ke hadapan. “Saya rasa dah cukup lama masa saya bagi kat awak. So apa keputusan awak?” keras suaranya menahan perasaan. Bergema dewan kuliah itu dengan suara Airiel. “Tak… takde ape-ape yang akan berubah. Saya tetap dengan keputusan saya. Antara kita memang dah takde ape-ape lagi. It’s over,” lantang suaraku menyatakan ketegasanku. Aku tidak sesekali akan menarik balik keputusanku. Aku cepat-cepat beredar dari situ.
“Awak ni dah kenapa? Apa yang merasuk awak ini? takde angin, takde ribut, awak nak putuskan hubungan kita. Awak jangan nak main-mainkan saya. Sekarang, duduk!” Tegas suara Airiel sambil menarik aku duduk kembali di tempat kami tadi. Sepi menyelimuti keadaan kami buat seketika.
Sepi itu membuatkan fikiranku melayang, mengutip kembali apa yang berlaku ketika cuti semester lepas. Semua abang dan kakakku pulang. Kami selalunya akan berborak hingga lewat malam. Begitulah kami semua jika sesekali berjumpa. Namun pagi itu, rasa pening yang mencengkam membuatkanku hilang seluruh tenaga. Sudah acapkali rasa ini mengganggu rutin harianku. Aku hanya mampu memejamkan mata. Bunyi ketukan pintu mengejutkanku yang hampir lena kembali. Terdengar sayup-sayup suara mama memanggilku bangun. “Eira, bangun sayang. Nanti terlepas subuh. Eira… Eira dah bangun ke belum ini?” Ketukan terus bertalu. Perlahan-lahan aku bangun dengan rasa pening yang masih bersisa. Pintu kubuka dengan senyuman dibibir. Terserlah wajah mama. “Mama..” ujarku, namun disambut dengan kerutan di dahi mama. “Eh, kenapa dengan Eira ni? Pucat muka. Anak mama tak sihat ke?” Nadanya gusar. Mama menjamah perlahan dahiku. “Panasnya! Eira demam ni. Mari kita pergi ke klinik.” Aku hanya menggeleng namun mama terus menggesa. Entah mengapa aku merasakan suasana sekitarku berpusing dan aku rebah. “Eiraaaa…….” Teriakkan mama menggamatkan suasana tenang pada pagi itu. Mama berteriak memanggil papa. “Abang… abang, cepat tolong saya, bang. Eira Pengsan!” Mama terusan memanggil papa sambil memangku aku di ribanya. “Eira, bangun nak. Jangan buat mama risau!” Mama terus cuba membangunkan aku dengan menepuk-nepuk perlahan pipiku. “Kenapa ni? Apa dah berlaku ni?” Papa yang melihat keadaan mama dan aku kalut bertanya. Abang dan kakakku yang lain juga terkejut dengan apa yang berlaku pagi itu. “Eira pengsan bang! Badan dia pun panas. Jom kita bawa dia pergi ke klinik bang!” Ujar mama berterusan membelai rambutku. “Jom…jom. Panas sangat ni! Hah, along tolong papa angkat adik ni masuk ke kereta. Kita hantar adik kat klinik Uncle Amin.” Tanpa berlengah along mengangkatku terus ke kereta papa. “Angah, telefon Uncle Amin. Cakap kat dia, ade kecemasan. Suruh dia tunggu,” Arah papa pada kakakku.
Perkhabaran oleh Uncle Amin membuatkan duniaku kembali berputar. kalau bukan kerana hormat, sudah kutekup mulut yang lantang berbicara itu. Aku menyepikan diri. Pelukan dan tangisan sayu mama membawa aku kepada hakikat yang sebenarnya. “Maafkan aku, Malik. Dari pemeriksaan dan ujian makmal ni memang hasilnyapositif,” aku hanya memerhatikan Uncle Amin menepuk perlahan bahu papa, memberikan sokongan. Sayu pandangan papa ke arahku.
Suasana sepi diisi dengan esakkan mama yang masih belum berhenti. Riak cemas dan risau menyapa pandangan mataku apabila kami tiba di rumah. Papa pantas menggesa aku berehat di dalam bilik. Belum sempat kaki menginjak anak tangga terakhir, raungan angah dan mama menambahkan kesayuan di hatiku.
Helaan nafas berat Airiel menyedarkan aku kepada situasi kami. Airiel ternyata masih menuntut penjelasan daripadaku. “Saya dah bertunang!” Belum sempat Airiel meluahkan, aku memotong, mematikan terus sebarang kata antara kami. Wajah Airiel yang berubah pucat menyedarkan aku betapa berdosanya aku berbohong begitu. ‘Maafkan Eira, Airiel,’ hati kecilku merintih sendiri. “Saya dah bertunang. Lepas Final Exam nanti InsyaAllah langsunglah. Jemputla datang. Kad belum siap lagi. Nanti saya bagi,” sedaya mungkin aku menceriakan nada dan wajah. Memberikan keyakinan yang pasti, bahawa aku bahagia dengan apa yang bakal berlaku. Gelengan Airiel menunjukkan dia masih tidak mempercayai apa yang didengarnya sebentar tadi. Aku mengambil kesempatan. “Terpulanglah samaada awak nak percaya atau tidak tapi itulah kenyataanya. So lepas ni saya harap awak jangan ganggu saya lagi. Kalau awak tak percaya lagi, ni buktinya,” aku tunjukkan gambar dan cincin berlian yang berkilau indah di jari manisku. Kukira bukti yang diunjukkan menjadi penamat bagi hubungan kami. Air mata yang cuba kutahan dari tadi sudah hampir melimpah. Sebelum segalanya terbongkar, adalah baik aku angkat kaki dulu. Namun, suara sayu Airiel yang menampan telinga memakukan langkah kakiku. “Sampai hati awak, Eira. Memang saya buta kan selama ni! Buta dengan perwatakkan awak. Nampak je baik, tapi pandai mainkan perasaan orang. Entah-entah selama ni, awak ketawa di belakang saya. Manalah saya tau kan. Yelah, saya yang terhegeh-hegeh nakkan awak selama ini. Sanggup berpanas dan berembun,” sinis senyuman yang terukir menghiris sekeping hati ini. ‘Luahkan… Luahkan semuanya Airiel. Awak memang berhak,’ aku tidak mampu lagi membalas kata-kata itu. “Saya tak sangka awak tipu saya selama ni. Terima kasihla di atas semua kesakitan yang awak beri pada saya. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Saya harapkan awak berbahagia dengan pilihan awak tu,” dengan kata-kata itu Airiel melangkah tanpa menoleh padaku lagi. Sesungguhnya pertemuan itu menjadi pertemuan terakhir antaraku dan Airiel. Tempoh-tempoh akhir Final Exam kutempuhi dengan kekuatan yang masih tersisa. Namun, takdir yang tersurat tidak mampu disekat oleh sesiapapun. Semuanya sudah ditetapkan sejak azali lagi.
Pandangan Airiel masih menuntas pada setiap siswi yang meninggalkan dewan peperiksaan namun hampa bila wajah yang dirindui selama ini tidak kunjung tiba. Rasa pelik kembali menyelubungi hatinya. Begitu juga pada pagi tadi, hasrat hati ingin memandang wajah lembut itu tidak kesampaian. Seingatnya, dialah pelajar terakhir yang masuk ke dalam ruang dewan peperiksaan. Dia amat berharap untuk mencuri pandang pada wajah itu, walaupun dari jauh. Kertas hari ini yang merupakan subjek teras universiti menjadi harapan terakhirnya untuk memujuk gadis itu. Namun dia hampa. Sehinggalah terasa tepukan lembut dari arah belakangnya. Wajah sembab Kak Idah menyapa pandangannya. Sekali lagi dia hampa. Melilau pandangan matanya mencari-mencari kalau-kalau gadis itu bersembunyi di belakang roomatenya. Tiada. Kak Idah masih setia memakukan pandangan pada Airiel. Tak sanggup memulakan sebarang kata. Namun amanah tetap amanah. “Airiel…,” lemah suara tu memanggil. Namun tiada sahutan. Anak muda di depannya masih melilau mencari di sekitar dewan peperiksaan yang makin sepi. “Airiel.. Eira….,” nyata sepatah nama itu memanggil seluruh tumpuannya. Sepasang mata itu tajam memandang, menuntut penjelasan. “Eira amanahkan ini pada akak. Dia mintak sangat-sangat Airiel bertenang masa bacanya nanti,” kaku tingkah Airiel ketika menerima sampul yang dihulurkan itu. Terketar-ketar. ‘Mungkin inilah kadnya. Kad kahwin penamat segalanya,’ desis hatinya diabaikan kerana rasa ingin tahu yang lebih menebal.
Sampul yang dibuka menidakkan telahannya. Surat bertulis tangan itu dibacanya,
Ke hadapan Airiel yang selamanya disayangi…..
Saat awak membaca surat ini, saya mungkin sudah jauh pergi meninggalkan alam yang indah ini. Meninggalkan semua yang menyayangi saya. Saya mintak maaf banyak-banyak kerana merahsiakan perihal diri ini. Sudah banyak kali saya cuba memberitahu awak tapi saya tak sanggup. Tak sanggup.!!! Biarlah awak membenci saya sehingga akhirnya kerana itu lebih baik daripada saya menatap wajah sedih awak setelah hal ini awak tahu. Saya sakit Airiel, sakit barah otak. Semua ini terbongkar semasa cuti semester lepas. Sukar untuk saya menerimanya tapi andai ini takdirnya saya terima dengan redha. Saya mintak maaf sekali lagi. Doakan saya Airiel. Selamanya saya sayang awak.
Ikhlas,
Eira
‘Sampai hati awak buat saya begini,’ air mata lelakinya tumpah mengiringi hati yang rawan.
March 22, 2011 at 1:20 AM
sdihnye cite ni.
bt sy nangis sakan.