rss

Entah kenapa masih ada rinduku untuknya. Sumpah! Aku benci untuk melalui semua ini lagi. Tiap kenangan itu tidak mampu untukku usir dari hidupku. Terlalu payah. Terlalu sukar untukku melupakan segalanya. Kotak yang berisi hadiah pemberian dari Tita ku renung dengan pandangan kosong. Tita, hadirmu telah mewarnai hidupku. Cukup lengkap. Denganmu aku belajar untuk menjadi seorang yang penyabar walaupun itu bukan aku yang sebenarnya. Denganmu aku telah menjadi seorang yang sanggup berkorban walaupun aku telah berjanji untuk tidak berkorban untuk insan yang aku tidak pasti kasih sayangnya. 
           
Ke mana kotak-kotak hadiah ini perlu kubawa? Aku tidak mampu untuk terus menatap pemberiannya. Teddy Bear yang kuberi nama Honey itu kupandang sepi. Walaupun aku menyukainya tetapi tiap kali menatapnya pasti akan ada air mata yang mengalir di pipi ini. Aku tidak mampu untuk terus hidup dengan kenangan kami.Bagaikan orang gila buat kali terakhir aku bercakap dengan Honey.        
   
 Honey, maafkan aku. Aku sayangkan kau sebenarnya tapi tiap kali aku tengok kau, aku pasti teringatkan Tita. Aku terpaksa buang kau,” kataku sambil menahan sebak di dada.        
   
“Ke mana awak nak bawak semua hadiah ini?”.           

“Saya tak perlukannya lagi,” kataku tanpa menoleh kebelakang kerana kutahu siapa pemilik suara itu.      
    
  “Awak, jangan buat perkara bodoh. Kenapa sampai nak buang hadiah ni semua?”.katanya sambil mara kehadapanku. Aku tunduk memandang rumput-rumput yang menghijau. Dedaun kering yang gugur menyembah bumi kukuis dengan hujung kakiku.          

  “Saya tak perlukannya lagi.”ulangku lagi.           

 “Pandang muka saya tiap kali bercakap dengan saya. Kenapa awak buang hadiah yang saya bagi pada awak? Kenapa awak buat macam ni?” Soalnya tegas. Aku hanya diam membisu. Tidak mampu untukku membalas tiap pertanyaannya.        

   “Kalau awak diam, masalah kita takkan selesai.”ujarnya lagi. Aku tidak mampu untuk berlama disitu. Cukuplah pertemuan ini berakhir tanpa kata-kata dariku. Kuatur langkah perlahan-lahan agar tidak tersungkur nanti. Aku tahu Tita sedang memandangku dengan pandangan yang penuh dengan perasaan hampa. Aku menangis semahu-mahunya. Selamat tinggal Tita. Selamat tinggal kenangan kita.      
      
 “Khalila Aisya, awak tak perlu buang hadiah ini kalau awak dah tak perlukan saya,”. Tita menjerit lantang. Aku terkesima. Dengan lemah, aku menoleh kebelakang,    
       
 “Siapa yang tak perlukan siapa? Saya atau awak?”balasku sayu dengan juraian air mata yang semakin lebat. Tita berlari mendapatkanku. Memandang tepat kearah wajah ini. Hembusan nafasnya jelas kedengaran di telingaku.           

 “Saya masih perlukan awak. Awak masih dalam hati saya. I need you,”ucapnya sayu sambil meraup mukanya.

“Sudahlah awak. Saya dah penat mendengarnya. Cukuplah sekali saya kena tipu. Hidup saya bukan untuk ditipu. Cukuplah pengorbanan saya tak dihargai. Saya taknak jadi orang bodoh lagi.”.kataku dan terus mengorak langkah meninggalkannya. Dan saat ini aku tidak akan menoleh kebelakang lagi. Keputusanku untuk memutuskan segala hubungan persahabatan dengannya adalah keputusan muktamad. Aku tidak akan menyesal dengan keputusan itu. Aku akan tanggung segala baik buruk keputusanku.

                                                          ***********************         

   “Sya, Tita suruh on handset. Dia hantar mesej kat aku. Dia tanya kenapa kau off handset.,”soal Mimie memandang tepat ke mukaku. Aku hanya memandang telefon bimbitku dengan 1001 perasaan. Jiwa ku berperang.           

 “Sya, kau gaduh dengan dia?”soal Mimie lagi sambil memegang bahuku. Aku tunduk sambil mengesat cecair jernih yang mula bertakung ditubir mataku. Semakin lama cecair itu semakin deras mengalir. Aku tahu Mimie kehairanan melihat aku berkeadaan demikian.   
         
“Mie, aku dah taknak jumpa dia lagi. Aku dah tak mahu ada apa-apa hubungan dengan dia lagi. Aku dah tak sanggup berkorban lagi.”    
       
 “Sya, apa yang kau cakapkan ni. Aku tak paham le. Kau cerita dari A sampai Z kat aku. Kau jangan cakap kat aku yang selama ni kau cintakan Tita?”       
    
 “Aku memang cintakan dia Mie. Aku memang tak boleh lupakan dia. Dialah insan yang selama ni aku inginkan selalu ada disamping aku.,” Mimie kulihat meraup mukanya dengan tangan halusnya. Dia terkesima. Aku tahu dia terkejut dengan pengakuanku.       
     
 “Kenapa kau tak bagitau aku. Ya Allah, kenapa kau rahsiakan dari aku Sya?”Mimie bersuara perlahan. Matanya tidak berkelip memandang wajahku. Aku hanya mengeleng lemah. Aku tiada jawapan untuk persoalan itu. Air matanya turut bergenang. Aku tahu dia pasti bersedih melihat keadaanku sekarang. Terkulai layu bagaikan bunga yang kian mati. Tanpa dipaksa dia memelukku dan aku menangis semahunya dia bahunya.      
     
 “Menangislah Sya kalau itu dapat menenangkan perasaan kau.”Ujar Mimie lembut sambil mengusap lembut belakangku.

                                                               ***************************           

 Tita bukanlah nama sebenar lelaki itu. Itu adalah nama gelaran untuknya. Aku amat suka dengan nama Tita. Jadi aku gunakan nama itu untuknya. Dia kukenali semasa hari pertama mendaftar masuk ke Politeknik Ungku Omar. Kami beratur dalam satu barisan. Saat itu masing-masing malu untuk memulakan salam perkenalan. Hanya senyuman yang menghiasi bibir masing-masing. Pertemuan kami tidak tamat disitu. Rupa-rupanya dia satu jurusan denganku. Dan saat itulah aku mula berkawan dengannya. Mungkin telah ditakdirkan yang kami akan menjadi sahabat baik.           

 Namun, panas tidak sampai ke petang, rupa-rupanya hujan ditengahari. Disebabkan  kata-kataku yang biadap terhadapnya, dia terasa hati dan mula menjauhkan diri dariku. Aku tertanya-tanya kenapa. Sudah berpuluh mesej aku hantar kepadanya namun tidak satupun berbalas. Telefon pun langsung tidak dijawabya. Berguni maaf telahku ucapkan padanya tiap kali bertemu namun hubungan kami tetap sama. Walaupun satu kumpulan, dia tetap menjauhkan diri dariku. Jika terserempak dia akan diam membisu. Berpatah-patah ku bercakap sepatah yang dibalas. Hati mana yang tidak sakit jika diperlakukan sebegitu rupa. Akhirnya aku pun mengambil keputusan untuk membiarkan dia dengan rajuknya. Tidak pernah kuduga atas alasan membiarkan rajuknya itu kami tidak bertegur sapa sehingga empat semester. Tetapi dalam tempoh itu aku tetap mengambil tahu perkembanganya dan persoalan kenapa dia bertindak menjauhkan diri dariku tetap bermain di mindaku.           

Namun, disebabkan dia kehilangan insan yang disayanginya dia mencariku kembali dan tika itu hubungan kami yang selama ini putus bercantum kembali. Aku rasakan kesedihan yang dialaminya merupakan satu rahmat bagiku. Aku bersyukur kerana DIA telah mengembalikan insan yang aku sayang ke dalam hidupku. Aku cuba untuk jadi kawan yang terbaik baginya. Tanpa aku sedar rupa-rupanya kasih sayang yang terbit dalam hatiku bukanlah dibawah landasan sahabat semata-mata malah lebih daripada itu.     
       
 Kejam! Aku sememangnya kejam disaat itu. Aku mengambil kesempatan di atas kesedihannya. Tapi segala-galanya terbongkar apabila dia sebenarnya hanya menjadikan aku sebagai persinggahan. Di saat dia bersedih dia datang kepadaku dan disaat hidupnya dipenuhi kegembiraan namaku langsung tidak terukur di hatinya. Kejadian itu kembali menyapa layar ingatanku.         
  
  “Eh, Ejal, kau dengan Sya tu ada apa-apa ke? Hari tu ada orang nampak kau keluar berdua-duaan dengan dia?”            

 “Mana ada. Salah orang kot.”           

 “Takkanlah salah orang. Sebab dia kenal korang. Waktu tu korang pakai baju hitam tengah pilih kad kat kedai sourviner.”           

“Oh..yang tu. Aku saja je ajak dia. Waktu tu aku bosan. Aku ajak le dia. Senang giler nak keluar dengan dia. Ajak je terus setuju.”           

“Kau ni tak baik buat dia macam tu. Kau suka kat dia ye?”          

 “Gila kau. Dah takde ke perempuan yang elok sikit yang kau nak match dengan aku. Takat si Sya tu apa class. Kau ingat aku ni takde taste ke?”.

Perbualan antara Tita atau Shariful Hafizal dengan sahabat baiknya Zafran mengamit perhatianku. Aku terkesima saat mendengar butir bicara itu. Hatiku berkecai saat mendengar ucapannya. Tidak bernilai langsungkah aku di matanya. Dimana kebenaran tiap bicaranya dulu yang aku sememangnya insan yang dia sayang, namaku sentiasa ada dihatinya. Air mataku merembes kembali.   
        
“Kau ni. Sya tu ok ape. Cukup sifatnya.comel pulak tu. Yang penting dia baik bukan takat dengan kau tapi dengan semua orang. Untung kau dapat dia,” ujar Zafran lagi.         
  
“Taknak lah aku. Bagi free pun aku taknak” ujar Tita angkuh. Aku terduduk mendengar ungkapan itu. Mimie yang kebetulan lalu disitu terkejut melihat keadaanku. Dia menjerit memanggil namaku. Jeritannya mengganggu perbualan dua sahabat baik tadi. Mereka berlari mendapatkan aku. Aku tidak mampu untuk menyembunyikan kesedihan. Air mataku tidak mampu kutahan lagi, Aku menangis dihadapan mereka. Mimie terpinga-pinga. Namun Tita dan Zafran kelihatan pucat. Lama aku berkeadaan begitu. Dengan sisa kekuatan yang ada aku memandang wajah Tita dan sambil tersenyum dalam keterpaksaan aku ungkapkan kata

“Sweet but nothing”. Dia tunduk. Zafran cuba menghidupkan suasana kembali. Namun usahanya sia-sia belaka.        
   
 “Sya,” lembut suara itu memanggil namaku. Sisa air mata yang membasahi pipi ku sapu. Ku toleh kebelakang sambil melemparkan senyuman kepada Mimie. Mimie jua membalasnya.         
  
 “Dia nak jumpa kau. Tapi aku kata yang kau tak sihat. Demam. Dia bagi aku air cap badak ni. Dia suruh kau minum.”          

  “Takpelah Mie. Kau buang je botol tu dalam tong sampah kat luar. Aku taknak apa-apa dari dia. Cakap kat dia aku tak perlukan dia lagi. Suruh dia jangan susahkan diri untuk aku. Aku dah bosan dengan dia.” Ujarku bersahaja.          
 
“Sya bawak bersabar. Jangan buat keputusan melulu,”      
     
“Mie, ini bukan keputusan melulu. Aku dah fikir lama tentang perkara ni. Aku dah tak sanggup kena tipu lagi. Cukup le selama ni aku jadi orang bodoh.”         
  
“Tapi kau cintakan dia kan ?”           

 “Aku takkan mati kalau tak dapat bercinta dengan dia. Biarlah cinta ni aku bagi pada orang yang boleh menerima dan menghargai aku seadanya,” 
          
“Sya aku bangga dengan kau sekarang. Akhirnya kau bercakap tentang sesuatu yang bernas.”. Mimie memandang tepat kemukaku. Ada garis senyum terukir di bibir mungkilnya. Aku jua tersenyum tapi senyuman pura-pura. Aku hanya berlakon di hadapan Mimie. Aku tidak mahu melihat dia bersedih untuk aku. Cukuplah selama ini aku menyusahkan dia.     
      
“Sya, let by gone be by gone. Yang penting sekarang ni kau tunjukkan kat dia yang kau boleh hidup tanpa dia,”. Aku tersenyum memandang kearah wajah Mimie. Dia jua begitu.      
   
   “Thanks Mie. Kaulah sahabat baik aku dunia akhirat. Aku takkan lupakan kau sampai bila-bila."

                                                     *********************************

“Sya, awak dah sihat ke? Ada Mimie bagi air cap badak kat awak? Awak dah minum ke?”. Tita berjalan beriringan denganku semasa memasuki dewan kuliah. Aku hanya membisu. Malas untukku melayannya.

“Awak, jangan buat saya macam ni. Saya tahu salah saya.”ujar Tita lagi. Kali ini aku memandang tajam kearahnya.

“Do I know you?” Aku menghadiahkan segaris senyuman yang sukar untuk dimengertikan. Tita terpempan. Dia memandangku tidak berkedip. Mungkin terkesima dengan pertanyaanku tadi. Aku terus melangkah meninggalkan dia di situ. Aku tarik nafas dalam-dalam. Terasa beban yang aku tanggung kian berat. Tidak mampu lagi untuk aku meneruskan kehidupan ini jika selalu bertemu dengannya. Aku tidak mempunyai kekuatan yang luar biasa untuk berhadapan dengan situasi sebegini.

“Awak paham ke apa yang awak cakap ni?”Soal Tita setelah sedar dari rasa terkejutnya.

“Hello, saya memang tak kenal awak.” Jawabku endah tidak endah.

“Awak, sampai hati awak buat saya macam ni. Saya tahu saya salah. Saya sedia terima apa jua hukuman dari awak. Sya, maafkan saya.``

“Maaf? Semudah mulut berbicara yang menyakitkan hati, semudah itu jua mulut meminta maaf?. Well, antara kita dah tiada apa-apa hubungan lagi. Saya tak mahu terus hidup dalam bayangan awak. Saya tak mahu ada langsung nama awak dalam hidup saya,” ujarku sambil memandang tepat ke mukanya.

“Awak, jangan buat saya macam ni. Saya minta maaf. Saya sayangkan awak. Sayang sangat,”

“Simpan saje perasaan sayang awak tu pada orang lain. Saya tak mahu awak ada dalam hidup saya. Sekali saya benci awak, sekali awak hancurkan kepercayaan saya, selama-lamanya awak kehilangan saya. Bukan ugutan tapi kenyataan,”. Aku terus berlalu. Tidak jadiku untuk menghadiri kuliah pagi itu. Dalam diam sebenarnya terlalu berat untukku ucapkan kata-kata sebegitu. Tapi demi cinta yang harus aku padamkan dalam hati ini, aku terpaksa lakukan. Maafkan aku Tita sekiranya ucapanku menghiris hatimu. Tetapi percayalah saat mengenalimu adalah satu kenangan yang terindah dalam hidupku.Lamunan ku tersentak di saat bahuku disentuh lembut. Aku menyeka lelehan air mata yang deras mengalir dari tadi. Malu untuk berhadapan dengan dia.            

 “La…kenapa nangis ni? Takkan Zaf lambat lima minit pun Sya dah berair cam ni?”. Ujar Zafran lembut. Aku hanya tunduk memandang rumput. Sisa-sisa air mata ku biar kering sendiri.           

 “Jangan di ingat perkara lama. Yang lepas biarkan berlalu. Sekarang Sya ada Zaf. Zaf janji yang Zaf tidak akan sia-siakan hidup Sya,”Ujar Zafran lagi. Aku hanya tersenyum. Perlukah untukku ucapkan yang selama ini aku ragu-ragu dengan keikhlasannya atau perlukah aku ucapkan yang dihatiku masih ada nama Tita padanya?. Ya Allah, bantulah hambamu ini.     
      
 Ku tarik nafas dalam-dalam. Kemudian kuhelanya perlahan. Aku tidak mahu menipu diriku lebih-lebih lagi diri Zafran.          

  “Zaf, biarlah Sya berterus terang. Sya tak boleh terima Zaf lagi dalam hidup Sya. Sya perlukan masa untuk lupakan Ejal, Sya taknak ada di antara kita yang makan hati nanti.” Zafran kulihat tersenyum. Segaris senyuman itu sukar untukku tafsir.           

 “Zaf tak pernah paksa Sya untuk terima cinta Zaf. Ambik le berapa banyak masa sekalipun, walaupun seribu tahun, Zaf akan tunggu. Itu janji Zaf.”       
   
  “Jangan suka berjanji tapi tak mampu untuk tunaikannya. Sya tak suka.” Aku memandang tepat kemukanya. Dia tersenyum. Aku tidak tahu samada senyuman itu tanda gembira atau sebaliknya. Zaf, aku akan cuba sedaya upaya untuk menyintai dirimu. Tapi biarlah masa yang menentukan segalanya. Mungkin ada sinar untuk kita, Zafran Amirul

.                                              *****************************

Maafkan saya di atas kedatangan email ini. Saya tahu kesilapan saya. Saya sedar keterlanjuran saya. Saya akui kebodohan saya. Awak…Saya tak pernah langsung terfikir yang kita akan berbaik semula selepas dua tahun menyepi. Saya tak sangka persahabatan kita yang baru cuma bertahan dua bulan. Seakan satu sumpahan. dua tahun berbalas dua bulan.

Awak, saya tumpang gembira tentang hubungan awak dengan Zafran. Dua-dua sahabat saya jadi couple.saya tumpang gembira. Saya harap dia sememangnya pilihan awak.Awak, tak sempat untuk saya ceritakan hasrat hati saya kepada awak..tapi saya jugak yang salah sebab merosakkan hubungan kita. Saya cuba untuk berbaik semula dengan awak tapi awak telah menolak untuk saya sentiasa berada di sisi awak. Takpelah saya redha dengan ketentuan awak…Oklah awak…maafkan saya. Saya sayang sangat pada awak.

One day you will ask me what I love more.

You or my life, and when I say my life

You will walk away from me without knowing…That you are my life...   
                                                                                            
Shariful Hafizal

Dia mematikan komputer ribanya. Harapannya hanya satu agar Sya membaca kiriman e-mailnya dan Sya akan memaafkannya. Sesungguhnya di dalam sanubarinya hanya nama Sya sahaja yang terpahat utuh. Sememangnya egonya melebihi cintanya namun kini dia menyesali kerana tidak pernah untuk mempertahankan cintanya itu.

Hakikatnya, dia kini hanya mampu terus berdoa agar bidadarinya itu mampu dimiliki kembali tidak pun bahagia dengan sahabat baiknya. Hati kecilnya kian mengutuk perbuatannya bagaimanapun dia tidak akan benarkan kesilapan lalu menjadi bayang-bayangnya untuk hari esok.

Berjalan ditepi pantai kemasik sambil ditiup angina-angin sepoi bahasa.  Dah lama Nurul Iman Qistina tak dapat merasakan kedamaian  tiupan angin laut china selatan.  Selama ini dia hanya mendengar hiruk pikuk bandaraya Kuala Lumpur.  Sesekali ingin lari keluar mencari kedamaian dan ketenangan diri.

          Selama 2 hari Nurul Iman disini tidak jemu dia datang ke pantai ini. Suasana nya yang nyaman dan amat mendamaikan hatinya.  Di sini Nurul Iman Qistina tinggal dengan abangnya yang bekerja di Optimal.  Pantai Kemasik teletak tidak jauh dari Bandar Kerteh. 

          “Iman nak balik tak?  Dah petang dah ni.  Esok kita datang sini lagi.” Ajak Kak Salina.

          “Alah Kak Nana ni Iman baru nak layan jiwang dah suruh balik.  Bukan nya nak masak pun.  Malam ni kita makan dekat luar. Bg Pendi pun balik dalam pukul 8 lebih kan.” Nurul Iman Qistina tak nak balik lagi.   Dia suka tengok pemandangan laut dekat sini.

          “Dah lah tu esok ajalah kita pergi sini lagi.  Dah nak maghrib ni.  Tak elok balik senja macam ni.” Balas Kak Salina lagi.

          “Yelah jomlah kita balik.” Nurul Iman hanya mengekor Kak Salina dari belakang. 

          Malam selepas abangnya  balik dari kerja mereka bertiga terus pergi makan.  Hari ni Kak Salina kata tak nak masak. Dia letih sangat.  Maklum lah orang tengah berbadan dua ni memang macam tu. Mereka makan di gerai makanan laut.  Abangnya memberitahu tom yam dekat restoran ni sedap.  Restoran dia pun nampak macam exclusive sikit.

          “Ni dekat sini sampai bila?” tanya Fendi

          “Sampai hari Ahadlah.  Mungkin bertolak tengahari kot.”

          “Kau bila nak kahwin?” Kak Salina dah menjeling dengan suaminya menandakan yang dia tak berapa gemar bila suami dia bertanyakan soalan itu kepada Iman.  Bukannya apa kalau boleh dia tak nak Iman susah hati tentang hal perkahwinan dia.  Lagipun orang ramai susah nak dekat dengan Nurul Iman. 

          Perangai Nurul Iman susah nak dijangka.  Sikapnya yang kadang-kadang elok, kadang-kadang memeningkan kepala orang disekelilingnya.  Sikap keras kepala Nurul Iman dan panas barannya susah nak dijangka.  Tapi satu sikap Nurul Iman yang amat disenangi oleh Salina.  Dia amat memahami orang-orang yang ada di sekelilingnya.  Dia tak akan buat hati orang yang dekat dengan dia dan orang yang dia sayangi.  Nurul Iman juga tidak pernah berkira pasal duit tidak kira dengan kawan atau keluarga.  Selagi dia boleh membantu untuk menyelesaikan masalah tu dia akan bantu.  Kalau tidak dia akan cuba hingga masalah orang tu selesai.

          “Ni apsal lak tiba-tiba Bg Pendi tanya lak ni?  Kalau ada jodoh nanti kahwinlah.  Janganlah risau.  Tak pun Bg Pendi kenalkan lah dengan salah sorang kawan Bg Pendi dengan Iman.  At least Bg Pendi pun tau orang tu macam mana kan?” balas Iman

          “Ah kau cari sendiri lah.  Lagipun kawan Bg Pendi semuanya dah kahwin.  Tak payah lah kau nak tackle kawan Bg Pendi.”  Abangnya menolak usul Nurul Iman Qistina.

          “So kalau macam tu jangan tanya bila Iman nak kahwin.  Agak-agak Iman nak kahwin nanti baru Iman beritahu dengan Bang Pendi.  Dahlah Iman datang sini nak makanlah.  Bukan nak dengar ceramah Bang Pendi.” Balas Nurul Iman.  Dia bukan marah dengan abangnya tapi dia tidak suka bila soal kahwin dibangkitkan.  Dia malas nak memikirkannya lagi.

          Nurul Iman tak nak kecewa lagi sekali.  Dulu masa dia belajar di UiTM Segamat Johor, dia ada berkawan  dengan seorang lelaki bernama Mohd Aiman Haikal.  Haikal muda setahun dari Nurul Iman.  Mereka berkawan rapat.  Dalam diam Nurul Iman menyimpan perasaan dengan Haikal.  Tetapi Nurul Iman tidak tahu sama ada Haikal juga spertinya atau tidak.  Mereka seperti belangakas. Dimana ada Nurul Iman disitulah ada Haikal.  Begitu juga lah sebaliknya.  Bila Nurul Iman tamat pengajian mereka masih berhubung tapi hanya sekali sekala sahaja.  Haikal makin menjauhkan diri dari Nurul Iman.  Dari maklumat junior Nurul Iman di Segamat, ternyata Haikal sedang dilamun cinta dengan seorang junior.

          Kebetulan selepas tamat pengajian Iman bekerja di Unit Trust company.  Memegang jawatan executive sesuai dengan tahap pengajiannya.  Setahun Iman tidak berhubung dengan Haikal hingga satu hari dia terserempak dengan Haikal di library Shah Alam.  Rupanya selepas Haikal tamat pengajian Haikal bekerja disitu.

          Kebetulan masa tu Nurul Iman tengah menunggu Shahrul untuk pergi kerumah Amrul kerana ayah Amrul meninggal.  Malam tu selepas kenduri rumah Amrul Nurul Iman pergi  kerumah keluarga Haikal di Klang untuk menghantar Haikal pulang. 

          Dari ibu Haikal Nurul Iman mendapat tahu yang Haikal telah berpisah dengan kekasihnya.  Ah Nurul Iman tahu yang Haikal tidak mempunyai perasaan cinta terhadap Nurul Iman.  Haikal hanya menganggap Nurul Iman sebagai teman biasa sahaja.

          “Iman kenapa tak habis makan lagi ni.  Akak dengan Bang Pendi dah habis Iman aja yang tak habis lagi.  Ingatkan boyfriend kat KL ke?” Iman terperanjat dengan sergahan Kak Salina.  Jauh dia mengelamun.

          “Mana ada boyfriend.  Kawan lelaki ramailah.”  Balas Nurul Iman

          “Dah lah tu cepat sikit makan.  Esok pagi Bang Pendi nak kena kerja pagi.  Hari Ahad nanti baru cuti.” 

          Masa hendak keluar dari restoran ada seseorang terlanggar Nurul Iman.  Nasib baik Nurul Iman tidak jatuh tersembam.  Ada seseorang sempat memeluk erat pinggang Nurul Iman.  Hati Nurul Iman berdegup kencang.

          “Saya minta maaf.  Awak tak de apa-apa ke?” tanya lelaki yang memeluk pinggang Nurul Iman.  Nurul Iman mengurut dadanya.

          “Tak de apa-apa. It’s ok mungkin saya pun silap jugak. Tak nampak awak.”  Nurul Iman terus berlalu mendapatkan abangnnya.

          “Eh Speed kau makan kat sini ke?” tanya kawan kepada lelaki tadi

          “Ah aku bawak adik aku makan kat sini.  Orang rumah aku pun tak larat nak masak.” Balas Fendi

          “Oh ni ke adik kau yang kerja dekat KL tu.  Aku baru nak makan.  Kalau nak jomlah join sekali.  Aku dengan member aku.  Dia pun kerja kat KL jugak.”  Balas kawan Fendi

          “Takpelah esok aku kena masuk pagi.  Kau kena masuk malam kan?”

          “Ha ah esok aku masuk malam.  Takpelah aku pergi dululah.  Ok Nana saya masuk makan.  Dah lapar dah ni.”

          Kak Salina dengan Nurul Iman hanya mengangguk dan senyum ke arah kawan Fendi.  Kemudian terus mereka balik rumah.

          “Iman redemption cheque untuk Bank Pertanian Malaysia dah siap ke belum?”  tanya En Sulaiman.

          “Belum lagi En Sulaiman.  Besok baru siap.  Once dah siap nanti baru saya call diaorang.” Balas Nurul Iman

          “Ok! Make sure esok cek tu siap.  Lagipun amount dia tu besar.”  En Sulaiman mengingatkan Nurul Iman.  

          En Sulaiman amat menyenangi Nurul Iman.  Nurul Iman pandai berinteraksi dengan customer.  Dia pandai memanipulasikan customer mereka.  Kalau ada sesuatu masalah dia akan cuba selesaikan sendiri.

          “Iman ni ada call dari Amanah Raya.  Dia nak cakap dengan En Sulaiman, tapi En Sulaiman engaged on the line lah.” Tira menghulurkan telefon kepada Nurul Iman.

          “Hello! Ya siapa yang bercakap disana?”

          “Oh ok  saya Imran dari Amanah Raya ibu pejabat.  Saya nak tanya sikit pasal satu customer deceased.  Dia ada buat penjualan balik Unit Trust dia dalam hari Isnin lepas.  Saya nak tahu sama ada cek tu dah siap ke belum?  Minggu lepas saya bercakap dengan En. Sulaiman.”

          “Ok macam ni En. Imran.  Setahu saya cek penjualan balik Unit trust dari amanah raya  baru aja siap.  Hari ni kami courier ke ofis En.Imran.” jelas Nurul Iman.

          “Ok kalau macam tu nanti kalau ada apa-apa saya akan call cik Iman baliklah.  Terima kasih banyak-banyak. Assalammualaikum.”  Selesai bercakap Nurul Iman menyuruh Atirah courier ke pejabat Amanah raya.

          Tiba-tiba seminggu kemudian Imran call ofis untuk bercakap dengan Nurul Iman.  Nurul Iman macam pelik sebab rasanya Amanah Raya tak de apa-apa urusan buat sementara waktu ni.  Tak taulah pulak kalau Nurul Iman tak tahu.

          “Hello En. Imran.  Ada apa-apa masalah ke?”

          “Eh tak de.  Saja aja nak bercakap dengan Nurul Iman.  Sebab saya rasa macam pernah jumpa dengan Nurul Iman.” Jelas Imran

          “Ha pernah jumpa saya.  Kenapa lak tiba-tiba En Imran cakap macam tu.  Kita pun baru kenal aja kan?” Nurul Iman pelik dengan Imran

          “Panggil Imran aja.  Betul saya rasa macam kenal aja dengan awak.”

          “Imran memang tak kenal dengan saya.  Certain orang aja yang kenal dengan saya.” Jelas Nurul Iman lagi.

          “Ok macam ni.  Saya nak ajak awak keluar petang ni lepas kerja.  Bolehkan?” tanya Imran.

          “Ha nak ajak saya keluar?  Nak buat apa?” Nurul Iman bertanya kehairanan.

          “Nak berkenalan dengan awaklah.  Jangan risau saya tak larikan awak.” Jelas Imran seperti memahami apa yang Nurul Iman fikirkan. 

          “Hmm oklah.  Petang nanti ambil saya kat ofis.  Tau kan ofis saya.”

          “Kat Jalan Tun Razak kan.   Bagilah handphone number awak.  Nanti saya senang nak contact.”

          Nurul Iman beri nombor handphone dia kepada Imran.  Kemudian Imran menghantar sms kepada Nurul Iman untuk menyatakan nombor telefon dia.  Nurul Iman bercerita dengan Atirah dan Nana, rakan satu ofis dengan Nurul Iman.

          “Takpelah Iman.  Keluar aja dengan dia dulu.  Kawan dulu dengan dia.  Mana tau tiba-tiba dia terpikat pulak dengan Iman.” Usik Atirah.

          “Dia nak ngan aku?  Tak kot kalau kawan aja bolehlah.” Balas Nurul Iman

          Atirah dengan Nana memang suka mengusik.  Walaupun Iman selalu marah-marah kat ofis, mereka tak ambil hati.  Nana dan Atirah dah faham sangat dengan perangai Nurul Iman.  Nurul Iman kalau bab kerja ada yang tak kena dengan dia mesti cepat saja melenting.  Tapi lepas tu dia elok.  Nurul Iman tak suka campur adukkan peribadi dengan kerja.

          Petang itu Imran menjemput Nurul Iman depan ofis.  Nurul Iman terperanjat sebab Imran adalah orang yang melanggar dia di restoran di Terengganu masa dia bercuti kerumah abang dia.  Dari jauh Imran hanya senyum saja.  Kebetulan masa Nurul Iman turun Atirah dan Nana turun bersama.  Nurul Iman kenalkan Imran dengan Atirah dan Nana.  Imran memandu keluar keretanya ke jalan raya.

          “Kita pergi midvalley atau awak nak pergi tempat lain?” tanya Imran

          “Eh takpela awak.  Kita pergi aja midvalley.  Lagipun dah dekat dengan rumah saya tu.” Jelas Nurul Iman

          “Betul tekaan saya.  Saya memang pernah jumpa dengan Nurul Iman.”

          “Macam mana awak tahu itu saya?” tanya Nurul Iman kehairanan.

          “Lepas awak keluar dari restoran tu, saya tanya dengan kawan saya Shah.  Dia kata nama Nurul Iman kerja bahagian Unit Trust.  Sebab tu saya tahu.  Dia kata abang awak selalu cerita pasal awak dan pernah tunjuk gambar awak dekat dia.”

          “Oh ye ke!  Saya memang rapat dengan abang saya yang dekat Terengganu tu.  Sebab umur kami tak berapa jauh sangat.” Jelas Nurul Iman

          Mereka berdua berbual tentang diri masing-masing.  Nurul Iman berasa selesa berkawan dengan Imran atau nama penuh Mohd Imran Iskandar.  Imran pun nampak selesa dengan Nurul Iman. 

          Sejak dari hari tu Imran selalu berhubung dengan Nurul Iman.  Hujung minggu kalau Nurul Iman tak balik kampong mereka akan keluar bersama.  Atirah dengan Nana tak habis-habis nak mengusik Nurul Iman.

          “Iman! Apa progress?” tanya Tira

          “Progress apa?  Aku dengan Imran tak de apa-apa lah.  Kawan aja.  Lagipun siapa lah yang nak kahwin dengan aku.  Aku tak lawa, panas baran., ramai lelaki yang tak tahan lah.”

          “Alah kalau dia dah nak macam mana pun dia mesti dapatkan jugak.  Tengoklah nanti.  Tak lama lagi kitaorang dapatlah makan nasi minyak.  Nana punya nasi minyak dah makan.  Lepas ni kau lah pulak.” Usik Atirah lagi.

          “Dahlah korang ni.  Pergi buat kerja.  Nanti En Sulaiman nampak bising pulak nanti.  Dah lah sini kita buat ofis ni macam ayah kita punya company aja.” Sanggah Nurul Iman.

          Atirah dan Nana hanya gelak aja.  Mereka memang simpati dengan Nurul Iman.  Ramai lelaki tak nak berkawan dengan dia lagi bila berjumpa dengan Nurul Iman.  Nurul Iman takdelah cantik macam model tapi manis apabila dipandang.  Atirah dan Nana berharap agar Imran dapat membahagiakan Nurul Iman.  Mereka tak nak tengok Nurul Iman bersedih lagi.

          Dah hampir setahun Imran berkawan dengan Nurul Iman.  Nurul Iman tak nak menaruh harapan terhadap Imran.  Dia sudah serik dengan pengalaman lalu.  Kalau ada jodoh dia dengan Imran adalah.   Tiba-tiba Mak Nurul Iman suruh dia balik minggu depan.  Rasanya baru minggu lepas Nurul Iman balik kampung.  Selama ni tak de pulak Mak Nurul Iman pesan macam ni.

          Sampainya di kampung kelihatan orang kampung sedang bertungkus lumus masak seperti ada kenduri besar.  Nurul Iman mendapatkan mak dan ayahnya.

          “Ha dah balik pun.  Ingatkan sampai lambat lagi?” tegur Mak Lang Lijah

          “Baru sampai Mak Lang.  Mak ni kenduri apa?  Iman tak tau pun yang hari ni ada kenduri?”

          “Iman dengar cakap mak baik-baik ye.  Ini kenduri tunang untuk Iman.  Mak dan ayah sudah terima lamaran dari anak kawan ayah.  Mak dan ayah nak tengok anak kami hidup bahagia.  Mak dah ayah yakin yang bakal tunang Iman ni akan memberi kebahagiaan kepada Nurul Iman.  Iman akan ikut cakap Mak dan ayah kan?  Iman tak akan hampakan keputusan mak dan ayah?” tanya mak

          “Ye mak Iman akan ikut cakap mak dengan ayah. Iman tahu apa yang mak dan ayah buat adalah untuk kebahagiaan Iman.  Iman naik dulu mak.  Iman nak rehat kejap.”  Nurul Iman terus naik ke atas. 

          Nurul Iman terus naik ke atas.  Sekejap lagi Nurul Iman akan dihias untuk majlis pertunangannya.  Menurut mak dan ayah Nurul Iman majlis akan bermula lepas sembahyang zohor.  Dalam pada itu Nurul Iman sempat menghantar sms kepada Imran yang dia akan bertunang pada hari ni.

          Sejurus sms dihantar Imran menelefon Nurul Iman.  Nurul Iman hanya membiarkan sahaja.  Dia tidak berani untuk bercakap dengan Imran.  Dia bimbang dia akan menukar fikiran.  Rombongan pihak lelaki sudah sampai.  Kakak-kakak ipar Nurul Iman semua berada diluar mengikuti perbincangan antara 2 pihak.

          “Iman pihak lelaki nak masuk untuk sarung cincin.”

          Kelihatan ada seorang wanita sepruh usia masuk untuk menyarungkan cincin.  Dia tersenyum memandang ke arah Nurul Iman.  Nurul Iman membalas senyumannya.  Disebelahnya pula kelihatan 2 orang perempuan muda.

          “Selama datang ke dalam family Ibu.  Ibu harap Iman tak marah dengan kami kerana datang secara mengejut.  Kejap lagi dia datang jumpa dengan Iman.  Ibu keluar dulu ye.” Nurul Iman hanya mengangguk sahaja. 

          “Hai akak.  Saya Intan Adila.  Akak panggil Dila sahaja.  Yang ini pula Kak Intan Airina.  Panggil Kak Rina.  Dia atas abang.  Nanti kejap Dila panggil abang.  Dia ada kat luar.”  Adila memanggil abangnya.

          Dada Nurul Iman berdebar-debar.  Hatinya tertanya-tanya siapa kah tunangnya.  Walaupun aircond dipasang tetap terasa bahangnya. 

          “Assalammualaikum…”  suara itu macam pernah didengar oleh Nurul Iman. Tak mungkin lelaki tu.  Nurul Iman memandang ke arah suara tersebut.  Nurul Iman terkedu kerana tunangnya amat dikenali.  Imran bergerak menuju ke arah Nurul Iman.

          “Iman!  Im minta maaf kerana tak beritahu Iman awal-awal.   Im saja nak buat kejuta dengan Iman.  Dah lama Im rancang dengan Atirah.  Im tahu semua pasal Iman.  Im harap Iman akan terima Im.” Jelas Imran

          Nurul Iman kehilangan kata-kata.  Dia berharap yang hidupnya akan disinari dengan sinar kebahagiaan.  Dia amat bersyukur kerana dipertemukan dengan Imran.



Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini