rss

"Sir Nik tu handsome, kan?"ujar Zara sambil memperbetulkan lipatan tudungnya agar lebih kemas.
Aku hanya mendiamkan diri, tidak berminat untuk memberi respon terhadap kata-katanya itu. Aku kira, semua lelaki handsome di mata Zara. Siapa yang tak kenal Zara? Pelajar bermulut murai yang kepoh
dan amat peramah. Terlalu peramah sebenarnya. Aku sendiri tidak faham bagaimana kami boleh berkawan. Personaliti dia dan aku berbeza sekali. Aku, Ariyana seorang yang tak banyak bercakap dan lebih suka mendengar.
"Aku dengar dia tu bujang lagi."kata Sara, masih berkisarkan tentang Sir Nik.Entah bagaimana dia mendapat maklumat itu tetapi harus akukatakan yang aku kagum akan kepantasan dia mendapatkan maklumat. Ini kerana, Sir Nik, guru bahasa Inggeris itu baru sahaja bertukar ke sekolah kami seminggu yang lalu. Kebetulan pula dia ditugaskan mengajar kelas kami, 5 Sains. Orangnya boleh aku katakan good looking, tidak sesuai sekali bergelar seorang guru. Tetapi itulah hakikatnya, dia guru aku. Masakan aku boleh memandangnya lebih daripada itu. Tepukan di bahuku membawa aku kembali berpijak di alam realiti. Alam yang penuh dengan masalah. Jauh benar aku mengelamun, mengingat kembali zaman persekolahan, di waktu
pertama kali berjumpa dengan dia, punca kepada masalah yang menyesak fikiran aku sekarang.

"Anak dara tak baik berangan."tegur mak su.

Aku mengangkat muka, menghadiahkan satu senyuman hambar kepadanya. Aku tinggal di Kedah bersama mak su aku. Kedua ibu bapaku menetap di Negeri Sembilan, jauh daripada aku. Mak Su duduk di sisiku. Melihatkan seperti ada sesuatu yang mahu diucapkannya, aku lantas mematikan televisyen.
"Riya dah fikir? Ibu kamu dah berkali-kali telefon, suruh Mak Su desak kamu."ujar Mak Su. Wajahnya serius sekali.
Aku menghela nafas. Tak suka hidup aku di atur-atur. Aku bukannya budak kecil lagi!!!!
"Cincinnya dah diterima."mak su menambah, seperti memberitahu sudah tiada jalan lain lagi dan aku terpaksa
menerima lamaran itu.
"Siapa suruh ibu terima? Riya tak bagi keputusan apa pun lagi."aku membantah, sedaya-upaya menahan marahku yang dirasakan sudah sampai ke kepala.

"Mak su faham perasaan ibu kamu tu, Riya. Antara kamu empat beradik, kamu sorang ja yang masih belum berkahwin. Adik kamu tu, dah nak masuk dua orang anak."

Alasan yang tak boleh pakai! Aku akan kahwin, bila tiba masanya dan sudah semestinya dengan orang yang aku sayang, bukan dengan cikgu aku sendiri. Lagi pun, aku muda lagi, 26 tahun. Tak payahlah kecoh sangat.
"Riya muda lagi, mak su. Suruh ibu pulangkan balik cincin tu. Muktamad!"bentakku, lalu terus meninggalkan mak su terkebil3 kebil di ruang tamu sendirian.
Aku meneliti satu persatu syampu yang tersusun rapi di raknya. Fikiranku sebetulnya masih bercelaru, langsung tidak berjumpa jalan keluar yang terbaik.
"Riya."tegur seseorang, membuatkan aku tersentak.
Peganganku longgar dan botol syampu itu jatuh mencium lantai. Teragak-agak sebentar sebelum aku menunduk dan mengambil semula botol syampu tersebut.
"Err…sir."lidahku kelu.
Sir Nik kelihatan santai dengan jeans dan t-shirt. Tiada lagi kemeja dan slack seperti yang selalu aku lihat ketika sekolah dahulu. Ini adalah kali pertama kami berjumpa setelah aku meninggalkan sekolah dan selepas dia melamar aku melalui ibu aku yang kebetulan amat menyukainya.

"Err..buat apa kat sini?"aku bertanya, tanpa menyedari betapa bodohnya soalan itu. Dia berdehem dan berjalan menghampiri aku.

"Kalau saya kata saya datang sini nak beli barang, mungkin Riya takkan percaya. Jadi, lebih baik saya berterus-terang. Saya ikut Riya sebenarnya."jawabnya tenang.

Ketenangan yang merobek hati aku dan aku benci ketenangan itu.

"Ikut saya? Kenapa?"satu lagi soalan bodoh aku lontarkan kepadanya.

"Kita bincang lepas Riya siap beli barang."ujarnya, menunjukkan sifat tolak-ansurnya.
Dan untuk lima belas minit kemudiannya, dia hanya menuruti langkahku. Tanpa banyak cakap dan sabar sekali. Sekarang, kami bertentang empat mata, berbincang tanpa gangguan sesiapa, atau mungkin seorang pelayan yang menghantar minuman kami, selain daripada itu, bebas daripada gangguan.
"Maafkan saya, sir. Tapi saya harap sangat sir tarik balik lamaran tu."pintaku, penuh pengharapan.

"Riya dah ada orang lain?"soalnya, lembut.

Orang lain? Setelah hati aku dihancurkan dulu, aku tak pernah lagi berfikir lagi soal cinta. Buang masa!
"Ini bukan masalah orang lain. Ini masalah saya. Sir, semua ni tak masuk dek akal."
"Apa yang tak masuk dek akal?"soalnya lagi, membuatkan aku terpempam.
Bagaimana dia boleh tanya begitu? Aku rasa semuanya dah jelas.

"Semuanyalah."jawabku.

Sejujurnya, aku tak tahu apa lelaki ini buat di sini. Dia tak sepatutnya berada di sini. Bukankah dia ada kelas untuk diajar?

Ooo, hari ni hari Sabtu, cuti. Tapi, apa yang dia buat di Kedah?

"Kenapa?"

"Sir Nik, sir adalah guru saya. Takkan ada hubungan yang akan terjalin lebih daripada ini. Sir fikir saya boleh terima orang yang menyemak karangan bahasa Inggeris saya yang bodoh tu? Tak boleh!"

Dia tidak memberi reaksi seperti yang aku harapkan. Tetap tenang. Beginilah cara dia menangani kelas kami dulu walaupun budak lelaki kelas aku agak nakal.

"First of all, karangan bahasa Inggeris Riya tak bodoh. Malah, ia lebih baik daripada kawan-kawan Riya yang lain. Second, tak ada hukum yang menyatakan seorang guru tidak boleh berkahwin dengan bekas pelajarnya."

Aku membeliakkan mata.

"Sir, saya tak peduli. Saya tak percaya yang sir tak sependapat dengan saya. Sir setuju dengan lamaran tu?"

Lambat-lambat dia mengangguk. Aku membuka mulut untuk berkata sesuatu tapi terhenti apabila telefon bimbitku berdering.
Pantas aku menjawabnya.
"Apa?!"

Tanpa rela, cincin pertunangan itu disarungkan ke jari manisku. Semuanya kerana ibu. Dia diserang sakit jantung sebaik sahaja mak su memberitahu yang aku menolak lamaran itu. Tak sangka, sebegitu besar impaknya terhadap ibu. Akhirnya, aku terpaksa menerima. Tempoh pertunangan kami adalah satu tahun, supaya aku dan Sir Nik dapat mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam.
Dan hari ni, pertunangan kami telah mencecah dua minggu. Aku melayan lelaki itu mahu tak mahu saja. Marah kerana dia langsung tidak membantah pertunangan itu. Tapi, dia langsung tak ambil hati, tetap melayan aku dengan baik.

"Perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah menghentikan panggilan ‘sir’ daripada mulut Riya. I’m not your teacher and you’re not my student anymore."ujar Sir Nik, serius.

"Tapi, sir pernah jadi cikgu saya. Sembilan tahun dulu, saya adalah salah seorang yang mengucapkan ‘Good morning, sir’ setiap kali sir masuk. Fakta tu takkan berubah sampai bila-bila. Sebetulnya, saya tak percaya sir setuju dengan semua ni."sinis sekali aku berkata.

"Lebih baik Riya daripada perempuan lain. Mak saya, seperti mak Riya juga, risau kerana saya masih bujang dalam usia yang sebegini. Jadi, bila saya nampak Riya dekat Megamall hari tu, saya terus cadangkan kepada mak supaya meminang Riya."dia menjelaskan.
Aku hampir menyemburkan air milo yang aku sedut itu ke mukanya kerana terkejut.

"What?! Sir yang cadangkan saya? Sir ni waras atau tak? I’m your student!"aku menekankan perkataan ‘student’ itu agar lebih jelas di pendengarannya.

"Ex-student."dengan selamba dia memperbetulkan.

"Saya tak nampak apa-apa masalah pun."tambahnya.

"Saya tak boleh berkahwin dengan orang yang terlibat dengan zaman bodoh saya."

Sir Nik ketawa mendengar itu, tapi kembali serius.

"You’re a very good student actually. Tak keterlaluan kalau saya katakan yang saya tertarik kepada Riya sejak dulu lagi tapi kerana waktu itu Riya masih bergelar pelajar saya, saya pendamkan saja."Sir Nik membuka cerita. Saat itu aku rasakan bagai dihempap batu besar.

"Selepas Riya habis sekolah, saya fikir itulah kali terakhir saya akan jumpa Riya. Saya ditukarkan ke sini dan rasanya baru setahun saya kat sini. Tak sangka jumpa Riya balik. Riya jalan dekat Megamall sorang-sorang. Ingat nak tegur, tapi lepas tu Riya hilang."Sir Nik menarik nafas, mungkin lega kerana sudah dapat melafazkan apa yang tersirat.
Yang tak leganya aku. Setelah lama mendiamkan diri, aku akhirnya bersuara.
"Saya hargai perasaan sir terhadap saya tapi maaf. Saya takkan dapat lihat sir lebih daripada seorang guru. Cincin ini lebih layak berada di jari orang yang mencintai sir. Bukan saya. Saya hanya pelajar sir."aku melucutkan cincin di jariku lalu diletakkan di hadapannya yang nampak terkejut itu.

"Tentang ibu, biar saya uruskan. Maafkan saya, sir."dengan itu, aku terus berlalu. Sebulan aku tidak mendengar khabar daripadanya dan selama sebulan juga aku mengarang ayat untuk diucapkan kepada ibu.
Sir Nik juga belum memberitahu ibunya aku kira. Kalau tak, keadaan mungkin sudah menjadi kelam-kabut sekarang. Leteran ibu, pandangan tajam abah…aku masih selamat daripada semua itu, buat masa ini. Yang menghairankan, kata-kata Sir Nik hari itu sentiasa terngiang-ngiang di telinga. Riak wajahnya yang tulus itu juga membuai perasaan. Apa yang aku fikir ni? Aku memarahi diriku sendiri. Dan entah kenapa, walaupun setelah memutuskan pertunangan itu, hati aku masih tidak senang.

"Riya, you have to be careful with your grammar."itulah kata-kata Sir Nik kepada aku dahulu, sewaktu dia menyemak karangan bahasa Inggeris aku. Aku tersenyum sendiri. Agaknya apa akan jadi sekiranya kami bergelar suami isteri?

‘Riya, have you done your homework? Five essays and I want it on my table by this Wednesday.’ Gila aku ni! Aku merenung milo ais di hadapan aku itu tanpa minat. Memerhatikan ais-ais itu cair. Aku akan pulang ke Negeri Sembilan esok, menjelaskan segala-galanya. Hal ini tidak boleh ditangguh lagi. Nanti mereka akan fikir semuanya berjalan dengan baik. Sedikit tersentak aku apabila kerusi di hadapan aku ditarik. Aku mendongak.

Sir Nik! Tenang seperti biasa.

"Air tu kalau ditenung lama-lama, jadi panas pulak nanti."katanya, selamba. Hati aku, tidak aku fahami, riang sekali melihat wajahnya.

"How are you?"soalnya.

"Great."bohongku.

"But you don’t look great. What happen? Miss me?"gurau Sir Nik.

Aku tersenyum tawar.

"Esok nak balik Negeri Sembilan."aku memberitahu. Pandai-pandailah dia tafsirkan sendiri maksud aku itu.
"Emm…pasal tu…"dia berdehem.

Aku menatapnya, penuh minat.

"Hina rasanya diri saya ni. Riya tak bagi saya satu peluang pun tapi terus reject saya. Tak adil tu."kata-kata itu dilafazkan dengan selamba tapi dalam maksudnya.

"Saya fikir sir dah setuju. Sir menghilang…"

"Pembetulan. Saya tak menghilang. Malah saya ada kat sini, setiap hari, memerhatikan Riya. Saya cuma beri masa untuk Riya berfikir. Kalau sebulan tak cukup, saya boleh tambah lagi. Cakaplah berapa lama? Setahun, dua tahun?"
Aku terpana.

Tersentuh dengan kesungguhannya.

"Tapi tolonglah, cincin ni hanya nampak cantik di jari Riya."dia mengeluarkan cincin yang aku serahkan kembali kepadanya dahulu daripada poket seluar jeansnya dengan penuh susah payah. Lalu tangan aku ditariknya dan cincin tersebut diletakkan di atas tapak tanganku.

"Tolonglah, berikan saya, Nik Alfian, satu saja peluang. Saya meminta bukan sebagai seorang cikgu tapi sebagai seorang lelaki yang benar-benar menyayangi Riya."
Aku mendiamkan diri, menggengam erat cincin tersebut. Belum pernah seorang lelaki mengucapkan sebegitu kepada aku, hatta bekas kekasihku Nazriel pun.

"Sir Nik Alfian, tak sangka yang sir ni jiwang jugak ya?"lantas ketawaku meletus.

"What do you think, sayang?"lelaki itu memaut bahuku, mesra sekali.

"I think it’s lovely."balasku.

"Yup, as lovely as you."

Aku lantas mencubitnya apabila kata-katanya itu membuatkan seorang wanita yang turut sama membelek baju bayi di sisiku mengangkat kening.

"Be careful with your words, Nik Alfian. Or you gonna make your student fall for you."ujarku, sekadar bergurau.
Dia ketawa dan menggeleng.

"You can’t blame them if they fall for me. You know how good looking your husband is."

Aku membeliakkan mata dan satu lagi cubitan aku hadiahkan.

"It’s not your looks that mesmerized me, but your words."aku berkata.

"Dan semua tu hanya untuk awak, my beloved wife."dia memandang aku dengan pandangan yang sukar aku tafsirkan.

"And of course, our baby."tambahnya.

Aku tersenyum senang.

Tidak sangka guru bahasa Inggerisku itu akan bergelar suamiku.

Anehnya cinta!!!!

1 comments:

  1. Suka banget dgn cerita ni. Tp terlalu pendek. Klau dipanjangi dikit lgi kan elok dibaca

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini