Never put the keys to your happiness in someone
else’s pocket. - Anonymous
I
Arina melihat wajahnya yang kusam di hadapan
cermin.Dahinya yang dulunya halus mulus kini ditumbuhi jerawat.Bibirnya pucat,
matanya sembap.Sudah berhari-hari dia mengurungkan diri di dalam bilik.Dan
sudah berhari-hari juga perutnya tidak menjamah makanan yang berkhasiat.
Tisu yang bertimbun di dalam tong sampah ditenung.
Masuk kali ini entah sudah berapa kotak tisu dihabiskannya. Manakan tidak,
setiap malam dia akan meraung minta dikembalikan apa yang telah diambil
darinya. Sesungguhnya dia belum redha dengan kehilangan ini. Dia belum puas
mengecap kebahagiaan itu!
Perut yang berkeroncong minta diisi diusap perlahan.
Di saat-saat begini, tiada lagi yang bermain di fikirannya kecuali mati, mati
dan mati! Kalau boleh mahu saja dia terjun bangunan tingkat 20 atau telan pil
tidur berbotol-botol.Tapi mustahil.Di mana dia hendak cari bangunan 20 tingkat
di kawasan perumahan teres ini?Apa kata Damia atau penjual ubat tidur kalau dia
membeli berbotol-botol ubat tidur? Arina memerhatikan sekeliling. Mati, mati,
aku nak mati!
Ada gunting kain di meja soleknya.Arina mendapat
idea.Singkat.Mudah dan pantas. Tetapi gila!
Ketika nafsu menguasai fikirannya, syaitan beraja di
hatinya, Arina memilih untuk mengambil keputusan singkat.Dengan pantas, gunting
kain dicapai dan urat di pergelangan tangan kirinya dicucuk sedalamnya.
PRANG! Habis berselerakan bedak, minyak wangi,
losyen, dan segala macam lagi barang di atas meja soleknya.Arina merasakan
kesakitan yang amat di seluruh urat sendinya.Pandangannya berpinar-pinar.
Ketika dia memikirkan tentang kematian, fikirannya menerawang memikirkan Allah,
Allah, Allah! Ya Allah, singkatnya keputusan ini! Ya Allah, hamba tidak mahu
mati lagi.Hamba tidak mahu dalam keadaan hamba yang berdosa ini hamba menemui
Mu dalam keadaan kufur. Allah!
Dalam kelam, dilihatnya Damia terkocoh-kocoh
mendapatkannya dan mengikat pergelangan tangannya dengan kain selendang.Ketika
Damia sedang kalut bercakap-cakap di telefon, pandangan Arina menjadi semakin
gelap.Pekat.
II
“Awak ingat hidup tak senang, mati akan mudah?”
Arina mengesip-ngesip matanya.Pedih.Cahaya putih
yang terang-benderang menyilaukan matanya.Di sebalik cahaya yang menyinar ada
sesusuk tubuh wanita berkerudung putih, berjubah putih.Persis Oki Setiana Dewi
dalam video klipnya Wanita Syurga Bidadari Dunia.Cuma bezanya, ini tidak
bermuzik. Tiada dedaun gugur, dan wanita itu juga tidak bernyanyi dan
berpusing-pusing!
Arina bangun.Mencuba untuk duduk.Disekelilingnya
cuma ada pokok berakar banir besar.Dahannya dililitkan dengan sutera putih,
seperti dalam cerita puteri-puteri bunian.Wanita serba putih bersembunyi di
balik sutera putih yang berjuntai.Arina mula membina teka-teki di dalam
kepalanya.
Aku di mana sekarang?
Kenapa aku tidak dibawa ke hospital?
Siapa wanita berjubah putih?
Mana Damia?
Apa tempat ini?
Nyata itu bukan semata-mata soalan retorik. Arina
memerlukan jawapan. Dia mahu persoalannya dijawab secepat mungkin! Dia sudah
mulai merasa curiga dan takut.Dia takut kalau-kalau dia sebenarnya sudah berada
di alam satu lagi. Dia akan dihadapkan kepada amarah Tuhan!
“Awak masih hidup.Siapa saya, itu awak tak perlu
tahu.”
Seperti dapat membaca teka-teki yang bermain di
fikirannya, wanita serba putih menampakkan dirinya.Arina ternganga.Bidadari
dunia?
“Kenapa awak nak bunuh diri?”
Soalan daripada gadis serba putih mengejutkan Arina
dari lamunannya.
“Sebab hidup aku dah tak bererti lagi!”
“Itu sebab awak manggantungkan pengertian hidup awak
pada manusia lain.”
“Maksud?”Arina mengerutkan wajah.
“Kenapa awak rasa hidup tak bererti lagi?”
Bukannya nak menjawab soalan. Gerutu Arina.
“Sebab boyfriend aku dah tinggalkan aku. Dia pergi
dengan perempuan lain!” Serentak dengan pengakuan itu, Arina merasakan kelopak
matanya basah.Dadanya sakit.Berombak.Nafasnya tersekat-sekat.Badannya terasa
ringan.Perlahan, dia menjatuhkan dirinya.Kakinya tidak kuat untuk menampung
berat badan dan kesedihan yang dialami.
Wanita serba putih tersenyum.Tidak sinis seperti
kebanyakan orang.Tidak mencebik seperti rakan-rakannya yang mengejek
tindakannya yang separuh gila ditinggalkan kekasih. Senyumannya manis. Tenang
dan menenangkan.
“Aku tau, ini bodoh.Malah tersangat bodoh. Tapi ini
soal hati! Takkan ada yang faham kalau tak melalui.”
Wanita serba putih lantas melabuhkan punggungnya dan
duduk di sebelah Arina yang sedang teresak-esak.Dia mendongak.Menghembuskan
nafas perlahan.
“Awak tahu, awak dah letak kebahagiaan awak dalam
kocek orang lain. Susah nak simpan, susah jugak nak dapat.”
Arina mengesat air matanya.Dia menoleh ke arah
wanita serba putih.Keningnya terangkat.
“Awak sepatutnya meletakkan kunci kebahagiaan awak
di dalam kocek sendiri.Supaya senang awak ambil bila-bila awak nak.Supaya
senang awak simpan.”
Jeda.Arina diam. Gadis serba putih juga diam.
Melihatkan keadaan yang diam dan Arina yang tidak berkutik, wanita serba putih
menyambung kata-katanya.
“Bahagia sepatutnya tidak bersyarat. Kalau awak dah
letakkan kunci kebahagiaan awak kat kocek orang lain, syarat untuk awak mendapatkan
bahagia awak tu adalah dengan berada dekat dengan pemilik kocek. Kalau pemilik
kocek itu menghilangkan diri, dia akan pergi bersama kunci kebahagiaan awak.”
“Maksud awak, saya meletakkan kunci kebahagiaan saya
di dalam kocek boyfriend saya?Eh maksud saya, ex-boyfriend.”
Wanita serba putih tersenyum mesra.
“Mungkin dah tiba saatnya awak meletakkan kunci
kebahagiaan itu di kocek sendiri.”
Arina menitiskan air matanya.Satu satu.
“Maksud awak, bahagia itu sepatutnya terletak pada
diri sendiri? Bukan orang lain?”
“Keputusan untuk bahagia sepatutnya di tangan
kita.Kita yang memutuskan sama ada hendak berbahagia atau tidak.”
“Saya bahagia dengan dia.”Arina tersedu-sedan.
“Tapi dia dah cari lain. Dia tinggalkan awak dan
memutuskan untuk berbahagia dengan insan lain. Kenapa awak tak buat benda yang
sama?”
“Maksud awak, cari orang lain?”
Wanita serba putih tersenyum lagi. Lebih manis.
“Tak semestinya awak kena cari pengganti berupa
bentuk manusia. Awak boleh mencari kebahagiaan dalam rupa bentuk yang lain.
Kembali pada hobi lama, meluangkan masa bersama kawan-kawan rapat dan keluarga,
mencipta hobi baru..”
Arina tunduk.Mengangguk.
“Terpulang awak nak definisikan bahagia tu
macamana.Kunci kebahagiaan ada kat kocek awak.”
“Bahagia menurut awak?”Arina menelan liur sebelum
meneruskan kata-katanya.
“Kebahagiaan itu maksud awak melupakan dia kah?Hidup
baru itu maksudnya memberi ruang untuk diri ini bernafas dalam cinta baru kah?
Atau hidup baru itu bermaksud berhenti menanti bayang-bayang yang tidak akan
dapat pernah disentuh itu kah? Atau maksud hidup baru padamu berhenti jadi
fobia dan berhenti menolak cinta?Begitu?”
Arina menagih pandangan wanita serba putih.
“Arina, kebahagiaan tak perlu ada lelaki, kan? Tak
perlu ada seorang dia, kan? Kebahagiaan itu boleh bermula dengan diri
sendiribukan? Hidup baru itu boleh bermula dengan cara menghargai masa yang
ada, menghargai setiap orang di sekeliling kita. Paling penting, hidup baru
mestilah dimulai dengan redha dengan ketentuan Allah. Redhalah Arina. Redha
dengan ketentuan Allah.”
Arina mendepakan tangannya.Ingin memeluk wanita
serba putih.
Wanita itu tersenyum.
“Ingat sayang, jangan sesekali meletakkan kunci
kebahagiaan mu di dalam kocek orang lain.” Serentak dengan itu, cahaya yang
tadinya malap kini kembali terang benderang. Ada asap putih dari segenap
penjuru menutupi tubuh wanita serba putih.
Arina mengesip-ngesip matanya.Pedih.Terbatuk-batuk.Tangannya
mengagau ingin mencapai wanita serba putih.Dia tidak mahu wanita itu
pergi.Masih banyak persoalan yang perlu dirungkaikan.
“Jangan!Jangan pergi dulu!”
III
“Jangan! Jangan pergi!!”
“Arina!”Bahunya dikoncang perlahan.
Arina membuka kelopak matanya.Ini suasana yang
dikenali.Ada wajah yang dikenali juga.Damia.
“Kau kat hospital.Mujur kau sempat diselamatkan.”
Arina merenung pergelangan tangan
kirinya.Berbalut.Ada salur darah.
“Kau hilang banyak darah..”
Alhamdulillah! Arina mengucap syukur.Tuhan masih
memberikan dia kesempatan untuk dia menebus kejahilan lampau.Dia merenung
Damia.Matanya berkaca.Damia ikut tersenyum.
Perlahan-lahan Arina bangkit dan memeluk sahabatnya
itu.Dalam pada air matanya turun mengalir, kelihatan wanita berjubah putih
turut tersenyum di balik pintu sebelum perlahan-lahan menghilangkan diri.
“Redha dengan ketentuan Allah, Arina.”Kata-kata
wanita serba putih seakan terngiang-ngiang di telinganya.
“Damia, kau nak tahu?”Damia melonggarkan pelukannya.Wajah
pucat Arina ditatap.
Damia membulatkan matanya.Mengangkat kening, menagih
jawapan. Apa?
“Kunci kebahagiaan aku ada kat dalam kocek aku
sendiri!”
August 30, 2014 at 6:04 AM
Short and simple, yet nice and meaningful ;)
Keep up the good work :)