Seorang gadis bertudung
labuh sedang memperbetulkan tudungnya di hadapan cermin kereta cikgu Salmah.
“Cun dah tu, Dijah! “ tegur zulaika sambil duduk di atas bangku berdekatan
dengan tempat meletak kereta para guru. Di sebelahnya, Balqis yang sedang lahap memakan roti sosej.
Kelihatan ramai pelajar tingkatan empat
dan lima sedang berehat pada awal pagi itu. “Tak panas ke pakai tudung labuh?”
soal Ainul sebaik sahaja dia menghampiri Khadijah. Khadijah tersenyum tawar.
Lalu dia menggeleng-gelengkan kepala.
“Mak kau doktor, ayah
kau pensyarah. So, kau bukan keturunan ustaz ustazah, kan?”
Khadijah mengangguk
perlahan. Bibirnya menguntum senyuman manis. Lantas dia mengambil roti tuna
dari tangan Ainul. “Thank you!” Khadijah hanya mengambil roti tuna yang telah
dipesannya. Dia tidak mahu menghabiskan lima minit terakhir waktu rehat dengan
tercegat di hadapan kereta cikgu. Ainul yang masih tidak berpuas hati dengan
jawapan yang telah diberikan oleh Khadijah pula hanya mengikut langkah Khadijah
ke arah pondok berdekatan kantin.
“Lamanya kau beli,
Ainul. Beli roti ke buat kilang roti?” perli zulaika selamba.
“Ramai orang kot kat
kantin. Nah, roti kau.” Roti sardin gulung bertukar tangan. Lalu, Ainul duduk
di antara Khadijah dan Balqis. Tajam mata Ainul memandang hujung tudung
Khadijah yang labuh itu.
“Kau terduduk atas
tudung kau, Dijah.” Khadijah yang sedang menghabiskan sisa makanannya cuba
memperbetulkan kedudukan hujung tudungnya. Labuhnya melebihi punggung.
“Panjang sangat tu,
Dijah. Tak nak potong ke?” Kuat suara Ainul yang bertanya. Soalan yang agak
sensitif itu.
“Takpa lah. Selesa
saja.” Khadijah membalasnya dengan senyuman.
“kalau aku kan, sudah
lama aku potong.” Sampuk balqis pula. Straw di kotak minumannya di gigit-gigit.
“ish, korang ni!
Khadijah nak jadi ustazah untuk tahun terakhir ni. Apa salahnya?” Kata-kata
Zulaika yang berunsur perlian dan sokongan positif sedikit sebanyak menguji
iman Khadijah. Bahu Khadijah ditepuk-tepuk perlahan. “Pakai tudung senteng lah
best. Nampak kurus gitu.” Komen Ainul. Sememangnya tudung Ainul kurang dua inci
dari kedudukan bahunya.
“Ceh, Ainul! Kat luar
sekolah pun kau freehair. Rambut berkilat macam model syampu rejoice. Haha..”
Zulaika menyinggul lengan Ainul.
“Well..” Tudungnya
dikibas-kibas.
“Kalau pakai tudung
labuh Nampak gemuk la?”
Khadijah yang diam
sejak tadi memberanikan diri untuk bersuara. Mereka bertiga mengangguk laju
dengan muka yang tidak bersalah.
“Takpa. Gemuk dengan
pahala..”
Haha. Mereka ketawa
seperti tak ingat dunia. Namun, Khadijah masih mampu tersenyum. Memang, tahun
sebelum-sebelum ini tudungnya agak senteng seperti rakan sekolahnya yang lain.
Bermula dari kes apabila kesilapan Mak cik Milah yang menjahit tudung
sekolahnya tersangat labuh tidak seperti yang disuruhnya. Pada awalnya, dia
juga sangat tidak berpuas hati dengan tudungnya yang labuh seperti pelajar
sekolah agama.
“Labuhnya, Mak cik!”
“Takpa lah, Dijah.
Tudung labuh ni pakaian Islam. Dijah patut bangga dapat memakainya.”
“Tetapi, Dijah bukan
pelajar sekolah agama.”
“Dijah, tudung ni bukan
untuk pelajar sekolah agama saja. Tetapi untuk semua perempuan yang beragama.”
Deep. Sudah lima bulan
perkara itu berlaku. Tetapi kata-kata Mak cik Milah masih tergiang-giang di
gegendang telinganya. Dan kata-kata itulah yang membuatkan dia terus tabah
menyarung tudung labuh di kepalanya. Walaupun, perubahan drastiknya itu
dipandang serong oleh segelintir rakan sekolahnya.
“Tudung labuh bai! Bila
insaf?”
“Wah, ustazah!”
“Eh, kau salah masuk
sekolah ni. Ini bukan maahad.”
“Kau pakai tudung ke
telekung ni? Labuh gila.”
Kehinaan demi kehinaan.
Cacian demi cacian. Kata-kata perlian yang dilontarkan oleh mulut-mulut yang
tiada insuran tidak pernah melemahkan imannya. Kini dia sedar, benarlah
kata-kata Mak cik Milah. Tudung labuh ini memang untuk orang yang beragama.
Kerana jika tidak beragama, akhlak seseorang itu pasti tidak dapat dijaga.
“Alhamdulillah. Aku
sudah insaf. Kau, bila lagi?”
“Alhamdulillah. Terima
kasih banyak sebab panggil aku ustazah. Nanti aku akan buka kelas agama. Kau
boleh join. Demi kau, aku kasi diskaun. Apa macam?”
“Aku salah masuk
sekolah? Patutlah terasa asing semacam. Akhir zaman ni, benda baik selalu
dipandang asing.”
“Alhamdulillah. Tudung
aku serupa telekung? Senang lah aku nak solat nanti. Kalau kau tiada telekung,
aku boleh pinjamkan.”
Ya. Terukir senyuman di
bibir nipisnya. Dalam waktu yang sama, hatinya pedih seperti dihiris-hiris
dengan pisau.
Pakai tudung labuh pun
salah ke?
Getus Khadijah. Soalan
itu hanya dipendam. Allah ada jawapannya. Kerana Allah Maha Mengetahui.
Jarum jam tepat
menunjukkan 11 pagi. Kelihatan ustazah Normah sedang memasuki kelas 5 Ikhsan
dengan wajah yang tenang. “Assalamualaikum,
ustazah.”
“Waalaikumussalam.
Okey, imam? Tolong baca doa.”
“Kamal. Baca, kamal.”
Pinta Afiq tiba-tiba. Dia cuba menyuruh kamal, satu-satunya pelajar lelaki yang
pendiam dan pemalu di kelas itu untuk membaca doa belajar.
“Awak lah baca, Afiq.
Suruh-suruh orang pula.” Balas ustazah normah. “Saya baca? Suara saya sedap
sangat ni ustazah. Takut ustazah melting je..” satu kelas ketawa besar
mendengar kata-kata Afiq yang seakan berkata besar dalam memuji diri sendiri.
“haktuih!” “Sampai hati husin haktuih dekat saya. Merajuk ah macam ni, hm.”
“Awak lah baca, Husin.” Semua pelajar yang dari tadi menadah tangan untuk
berdoa tidak henti ketawa. Akhirnya, Husin yang membaca doa belajar sambil
di-aminkan oleh pelajar-pelajar lain.
“Hari ini kita belajar
bab 6, Hukum menutup aurat.”
“Tajuk ni memang sesuai
untk kau, Ainul! Haha” bisik perlahan Balqis yang duduk di hadapan Ainul. Ainul
menjeling.
“Okey, Dolah. Baca ayat
kefahaman hadis itu. Surah An-Nur ayat 30-31.” Dolah atau nama sebenarnya
Abdullah pun patuh dan membacanya dengan bertajwid.
“Dalam ayat itu Allah
suruh lelaki dan perempuan yang beriman supaya
menundukkan pandangan daripada memandang yang haram, memelihara
kehormatan mereka..”
Tepat mata Ustazah
Normah memandang beberapa orang pelajar lelaki yang suka memandang pelajar
perempuan di belakang mejanya. Silalah terasa!
“Perempuan yang beriman
juga tidak boleh memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir.
Selain itu, kena tutup belahan leher bajunya dengan tudung mereka. Haa, saya
tengok remaja baya awak semua ni suka pakai tudung. Tetapi, nampak leher.
Patutnya pin la, atau jahit terus..”
Perkara ini nampak
biasa. Selalu sangat berlaku. Sedangkan Allah sudah pesan awal-awal. Tutup!
“Akhir zaman, ustazah..”
satu suara muncul.
“Sebab akhir zamanlah,
awak kena kuatkan iman. Jangan mudah terpengaruh dengan ajakan syaitan.
Mula-mula pakai tudung labuh. Kemudian, dikecilkan bagi nampak trendy. Lagi
satu, awak jangan pakai tudung, buka tudung, pakai tudung. Ini mempersendakan
hukum Allah namanya.”
“Bak kata ustaz azhar
idrus kita mana boleh ingat kita boleh masuk keluar masuk keluar syurga neraka
sesuka hati.”
Seorang pelajar lagi
menyampuk. Tak dapat dibayangkan bagaimana rupanya kita andai kita perlu masuk
syurga yang nikmat. Kemudian, masuk ke neraka pula. Dijilat api neraka.
Dan perkara itu berulang-ulang untuk selamanya. Na’uzubillahi min zalik!
“ustazah, kenapa kita
kena tutup aurat? Lagi-lagi perempuan. Semua ditutup kecuali muka dan
pergelangan tangan. Panas..”
“Panas kat dunia,
sementara saja. Kat akhirat, sejuk selamanya!”
Aiman bersuara.
“Agama islam,
satu-satunya agama yang mengangkat martabat wanita. Lagi pun, ada banyak
kelebihan untuk perempuan yang bertudung berbanding yang tak bertudung. Nak bezakan orang islam
dan bukan islam pun boleh dengan melihat cara mereka berpakaian.”
Ainul Mardhiah. Sejak
tadi dia diam. Semua kata-kata ustazah seperti memang ditujukan kepada dia. Dia
cuba pekakkan telinga. Tetapi, tak berhasil.
“Ustazah, aurat antara
adik beradik apa?”
“Dari pusat ke lutut.”
“Oh…” kedengaran ramai
yang berkata sedemikian. Baru tahu agaknya. Ilmu Allah terlalu banyak. Dan
masih sangat banyak untuk kita terokai. Itulah ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang
membuat kita dekat dengan Allah.
“I love youuuuu!”
“Hee. Love you too,
sayang!”
Jerit sepasang kekasih
yang duduk bersama di atas puncak bukit. Mereka saling tersenyum bahagia. Dunia
ini ibarat mereka yang punya.
“Eew, gelinya!” ujar si
cilik, Fatiya yang duduk di antara Aliff dan Ainul. Pipi tembam fatiya dicubit
kakaknya kerana geram. Aliff hanya ketawa kecil melihat keletah dua beradik ni.
“Apa adik cakap?
Ulang…” lidah fatiya dijelir keluar, kepalanya digeleng-geleng.
“Eee, nakal kan adik
ni!”
“Akak lagi nakal.
Ber-sweet-sweet dengan abang Aliff. Ibu dengan ayah pun tak sweet macam tu tau,
hehe.”
“jeles ke?”
Sampuk Aliff dengan
jelingan yang nakal.
“Tiya kecil lagi la.
Nak jeles buat apa? 15 tahun lagi Tiya akan berkahwin dengan ustaz. Silakan
jeles tau, hihi.”
Kepala dan rambut halus
Fatiya digosok-gosok oleh Aliff.
“Ustaz pula? Adik kena
jadi ustazah dahulu..”
“Hm, nak dengar Tiya
ceramah tak? Apabila dua orang yang bukan mahram berduaan. Maka yang ketiga
adalah syaitan.”
Terkedu Aliff dan Ainul
yang mendengarnya. Sangat terasa!
“How did you know,
Tiya? Adik kan baru 7 tahun.”
“Tiya terbaca dekat
buku nota akak la.” Fatiya membuat muka selamba.
“Sayang, awak ada join
kelas agama ke? Share la dengan saya.” Soal Aliff ingin tahu.
“Hm. Ada. Saya join
masa Khadijah ajak saya hari tu.” Terang Ainul sambil tangannya ligat bermain
dengan rambutnya yang halus.
“Dekat mana?”
“Hm. Dekat mana-mana
pun boleh. Sudah, sudah. Tukar topik.”
“Laa, awak ni. Bagus
apa, awak ada join kelas agama. Nanti, awak akan pakai tudung labuh. Dapat anak
pun soleh solehah. “
“Pakai tudung labuh?
Tak mungkin lah. Amboi, awak cerita pasal anak pula. Siapa walid mereka?”
“Siapa lagi kalau bukan
mamat yang kacak sebelah awak ni? Haha. Saya.”
Terus merah muka
Ainul. Dedaun kecil yang ada di kepala
Ainul disapu lembut. Dia tersenyum.
“Kacak lagi hensem lagi
bergaya bakal abang ipar tiya! Woo.” Jelas kelihatan raut muka Fatiya yang
tidak ikhlas dalam memuji. Pura-pura agaknya. Satu cubitan lagi hinggap di muka
comel fatiya.
“Kawad kaki punya
pasal. Habis hitam muka aku ni!” luah Zulaika sedikit kesal. Wajahnya
dilihat 100 kali di cermin biliknya.
Warna kulitnya tidak akan berubah menjadi putih semula dalam sekelip mata pun!
“Muka hitam boleh
dicerahkan dan dibersihkan. Kalau hati hitam dengan maksiat? Fuh. Na’uzubillahi
min zalik. “ seloroh Balqis sambil menempek bedak di wajahnya yang sedikit
berbelang hasil kawad kaki di bawah terik matahari.
“Pandai kau cakap pasal
agama ya! Alhamdulillah. Terbuka juga hati kau. Haha.”
Komen Ainul pula. Tanpa
sedar, dia juga sudah sedikit sebanyak menunjukkan perubahan kearah kebaikan.
Berkat berkawan dengan orang yang solehah. Saidina Umar Al-Khattab pernah
berkata; nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah
memiliki sahabat yang soleh.
“Eh, tak ada lah. Aku
ada terbaca ayat ni kat internet ; aku pelik dengan manusia yang cuci muka
setiap hati tetapi tidak pernah cuci hatinya.” Sentap! Kalau tengah makan mee,
boleh tersedak garpu agaknya.
“Tetapi, kenapa muka
Khadijah tetap cerah? Berseri-seri macam pengantin. “ Serius sahaja wajah
Zulaika ketika mengutarakan soalan.
“Aku pakai produk safi
saja..”
“Aku pun! Awat sama
ja?”
“Ketika cuci muka
kenalah mulakan dengan Bismillah. Sambil-sambil itu, baca selawat. Selain itu,
ketika melihat cermin jangan lupa baca doa. Selalu bila kita beli kismis, kita
akan dapat free kad doa. Jangan buang pula! Baca dan amal.”
“Doa dia apa? Lupa pula
den, hehe.”
“Ya Allah, engkau telah
mencipta wajah dan tubuhku sedemikian indah, maka perindahkan pula akhlak dan
moralku. Aamiin..”
“Aamiin!”
“Lagi?” soal Balqis.
“Baca surah Yusuf, ayat
4.”
“Kemudian, amalkan
solat sunat tahajjud. Wajah orang yang suka bertahajjud memang akan
berseri-seri. Selain itu, banyakkan berwudhuk. Sebab, dengan wudhuk yang
sempurna. InsyaAllah, dosa dosa kita akan gugur.”
“Eh, sebentar! Aku nak
salin. Boleh ulang?”
Lantas tangan Zulaika
mengambil kertas dan pen. Terketawa mereka melihat keletah Zulaika.
“Ada satu tertinggal…”
Ainul mula bersuara.
Terangkat kening Balqis dan Zulaika.
“Halawatul iman. Kemanisan
iman. Orang yang mendapat halawatul iman ni, muka dia akan berseri-seri di
samping mempunyai hati yang tenang. Ada banyak cara untuk dapatkan halawatul
iman. Antaranya, mencintai sahabat kerana Allah Taala.”
Kagum mereka bertiga
yang mendengar. Alhamdulillah! Khadijah mengucap syukur.
Khadijah terus mendakap
Ainul Mardhiah. Ainul terpinga-pinga.
“Eh, kenapa ni?”
“Uhibbuki fillah.”
“maksud?”
“Aku sayangkan kau
kerana Allah. Tadi kau kata, mencintai sahabat kerana Allah Taala dapat
halawatul iman, kan? Aku cuba la ni.”
Terukir senyuman manis
di muka Khadijah. Dengan tiba-tiba, mengalir butiran air jernih dari tubir mata
Ainul. Ainul membalas dakapan Khadijah dengan dakapan yang erat.
Balqis dan zulaika
saling berpandangan antara satu sama lain.
“Nak juga! Nak kena
peluk juga!”
Satu dakapan yang erat
antara empat sahabat fillah ini. Dengan mengharap, mereka mendapat halawatul
iman dari Ilahi.
Semoga persahabatan
kami kekal hingga ke jannah, ya Allah!
“Hai, Ainul!”
Sapa balqis terhadap
gadis yang sedang membaca buku di pondok sekolah. “waalaikumussalam.”
“Pergh. Kau perli aku
ke apa? haha. Okey, assalamualaikum intan payungku..”
“Waalaikumussalam! Kau
tahu tak? Orang yang mula-mula beri salam ini terhindar daripada sifat sombong.
Pahala pun dapat.”
“Ya, aku tahu.”
“Yang kau panggil aku
intan payung ini dah kenapa? Apa mimpi?”
Sambung Ainul dengan
muka yang tak lekang dengan senyuman. “Dah
kata sahabat fillah. Sayang-menyayangi gitu, hehe.” Tangan yang dihulur Balqis,
disalami. Awan mula berarak dan bertukar warna. Warna awan menjadi gelap. Angin
kuat menampar-nampar mereka.
“macam nak hujan saja!”
keluh Balqis.
“hujan itu kan rahmat.”
“Rahmat? Teringat pula
aku dekat pencetus ummah Rahmat. Hebat betul dia berdakwah semalam. Menitis
juga lah air mata ni. Kau tengok tak?” Teruja pula Balqis apabila bercerita
tentang rancangan tv yang islamik itu.
“Gila tak tengok? Haha.
Calon suami aku tu.” Selamba Ainul berkata sedemikian.
“Eh, kau! Aku awal-awal
lagi dah cop dia. Mana boleh..” Balqis mencebik. 180 darjah wajahnya bertukar.
Bertukar masam.
“Lek, Balqis. Dia ada 4
kuota. Bermadu. Okey?” Pujuk Ainul serta merta. Haa. Inilah perempuan. Lelaki
soleh senang membuat insan bernama hawa ini jatuh hati. Laju kepala Balqis
mengangguk.
Khadijah yang datang
dari pintu sekolah sedang memperbetulkan kedudukan tudungnya daripada terbang
kerana ditiup angin. Penuh berhati-hati dia berjalan agar auratnya kekal
dipelihara.
“Kuatnya angin!” teriak
Khadijah dari jauh.
“Jaga tudung
masing-masing! Nanti terbang!” Pesan Zulaika pula yang tiba-tiba datang dari belakang Ainul dan
Balqis. Balqis cepat-cepat betulkan kedudukan tudungnya yang sudang terbang
separuh. Sedangkan, Khadijah sangat tenang dengan tudung labuhnya.
“Pakai tudung labuh
yang bulat ni best! Senang nak kawal.”
Saat angin meniup kuat,
saat itulah si hawa akan berasa sedar betapa pentingnya tudung labuh. Selamat!
“Allah perintahkan
perempuan pakai tudung labuh ni bersebab. Sebab Allah nak pelihara kita.
Sekarang saja, kita boleh lihat kan?” Khadijah memulakan tazkirahnya.
“Hmm. Baru faham.
Tetapi tak kan sebab angin saja?”
“Pakaian yang menutup
aurat dapat memelihara mata para ajnabi.
Bukan setakat pakai tudung saja, sahabat fillah sekalian. Tetapi semua anggota
badan kita wajib ditutup kecuali muka dan pergelangan tangan..”
“Aku teringin nak pakai
sarung tangan macam kau. Tetapi, aku takut orang kata aku hipokrit..” luah
Balqis.
“Kalau kita nak buat
baik, buat saja! Jangan fikirkan apa orang lain akan fikir terhadap kita. Orang
suka menilai. Tetapi, penilaian dari Allah itu lebih penting.”
“kalau kita sendiri
berpakaian dengan pakaian yang tak senonoh, jangan asyik salahkan lelaki yang
gatal. Salahkan diri sendiri. Nabi Muhammad s.a.w kan pernah bersabda bahawa
dunia ini perhiasan. Sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Nampak? Mahal
tau kita ni.”
“Eh, Dijah. Emas pun
perhiasan. Tetapi kenapa emas boleh ‘dipamerkan’ sesuka hati?”
“Emas dengan wanita
berbeza, sayang. Antara mutiara yang tidak pernah disentuh yang disimpan rapi
di dalam kotak dan mutiara yang tidak dijaga dan boleh dipegang sesuka hati.
Mana satu kau pilih?”
“Mestilah mutiara yg
dalam kotak. Terpelihara..” Jawab zulaika spontan.
“kalau perempuan
freehair macam aku ni, ibarat mutiara yang tak dijaga lah, ya?” Seakan-akan
Ainul terasa hati. Kelat wajahnya.
“Itu dulu, Ainul.
Sekarang kau mutiara yang terpelihara dalam kotak. Tidak boleh disentuh.
Manusia kan boleh berubah?” Pujuk Khadijah. Terus Ainul tersenyum manis.
“Dijah, Dijah. Dalam
surah An-nur ayat 31, Allah perintahkan kaum hawa untuk pakai tudung bawah
dada, kan? Kalau tak ikut tak boleh ke?”
“Balqis. Ya, Allah
perintahkan sebegitu. Allah cipta kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
Bila Allah suruh, dengar. Bila Allah larang, akur. Okey?”
“Okey.”
“Bila cikgu suruh masuk
kelas, masuk!”
Suara cikgu Akmal
tiba-tiba muncul. Tidak sedar pula sudah pukul 1.05 petang. Waktu pembelajaran
akan bermula! Mereka hanya tersengih-sengih dan berlari selaju mungkin ke
kelas.
“Aku dengan Dijah pergi
surau dulu. Korang order la makanan.” Cadang Ainul. “Okey. Surau kat tingkat 2
tau! Jangan sesat pula. Luas mall ni.” Pesan Zulaika. Khadijah dan Ainul mengangguk tanda faham.
“Ramainya orang! Macam
mana nak solat ni? Hmm.”
Keluh Ainul yang manis bertudung merah.
“Rabbi yassir. Wala
tu’assir. Rabbi tammim. Bil khoir. Aamiin”
Kedua-dua kening Ainul
terangkat. “Doa apa itu?”
“Doa supaya
dipermudahkan urusan…” Khadijah tersenyum.
Mereka terpaksa berasak
dan beratur panjang untuk mengambil wudhuk. “kau bukan dah berwudhuk, ke?”
“Memang dah. Saja nak
ambil lagi. Sebabnya, orang yang ambil wudhuk walaupun dia susah berwudhuk ,
dicatatkannya 10 kebaikan. Untung, kan?”
“kalau macam itu.
Sebentar lagi, aku ambil wudhuk 10 kali la! Haha.” Perempuan- perempuan yang
turut beratur di situ hanya memasang telinga saja. Tazkirah 10 saat yang sangat
bermanfaat!
“Telekung tak cukup ni.
Telekung sendiri pun tak bawa. Macam mana ni, Dijah?”
“Tak perlu. Kalau kita
yakin pakaian yang kita pakai ini sudah menutup aurat, kita kenalah yakin
pakaian kita ini boleh dibawa solat.” Yakin sungguh Khadijah berbicara.
“Tangan? Bawah dagu?”
“Pastikan pakai sarung
tangan, sarung kaki yang tebal. Untuk bawah dagu, kita tarik bahagian tudung
sehingga menutupi dagu. Lagi mudah kalau kita pakai tudung Syria sebagai tudung
dalam. Aku pakai tudung Syria dekat dalam sebab aku kurang yakin tudung luar
aku jarang atau tak. Kemudian, lekatkan pin tudung di bahagian tudung belakang
pada baju. Supaya bila kita sujud nanti, tak ada lah dia jatuh dan ‘sujud’
sekali.”
Panjang lebar
penerangan Khadijah.
“Tak sangka! Sebegitu
mudah.”
“Islam itu mudah..”
Mudah. Allah yang
memerintahkan hamba-Nya untuk solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Ia tidak
membebankan kita selagi mana kita anggap ia adalah ‘hadiah’ dari Allah. Hadiah? Ya. Pelbagai kelebihan yang dapat
diperoleh hasil solat yang dilakukan. Dari segi kesihatan. Sujud yang betul,
membolehkan oksida sampai ke otak. Maka, kita tidak akan mudah mengantuk atau
penat.
Sepasang pasangan
remaja sedang berpegangan tangan di hadapan kedai bunga.
“Sweet pula mereka tu!
Jeles..” bisik Zulaika perlahan.
“Huh. Sweet kalau dah
halal..”
“Mereka dah kawin kot!
Husnuzhon, Qis.”
“Baru tingkatan 3
mereka tu. Jiran aku. Aku tahu la.”
“Masa bercinta semua
nampak indah. Imam hasan Al-banna kan pernah cakap bahawa kalau kita bercinta
20 tahun pun, yang kita kenal hanya lah lakonannya. Nak tahu perangai sebenar
dia, kena kawin. Memang indah bila hari-hari dapat good morning text, good
night text, dapat calling-calling, dapat… macam-macam lah kan. Tetapi agak sayang bila zaman remaja kita digunakan
untuk berkepit dgn partner kita. Sedangkan waktu yang ada, kita boleh luangkan
untuk belajar, luangkan dengan keluarga dan kawan..”
“Huyyo, Dijah. Cakap
macam berpengalaman saja.”
“Semua orang ada masa
silam..” ringkas jawapannya.
“wait. Tadi kau cakap
kalau nak tahu perangai dia sebenar kena kawin dulu kan? Kalau perangai dia
teruk, tak ke malang si isteri tu.” Laju sahaja zulaika apabila menceritakan
perihal perkahwinan. Dalam 10 orang crushnya, mungkin salah seorang layak
dibuat suami agaknya.
“Ya, kita akan tahu
perangai sebenar dia bila kita kawin dengan dia. Sama ada dia penyayang ke,
penyabar ke, panas baran ke. Senang je, Zulaika. Nak selamat, kita Tanya orang
terdekat dengan si dia tentang perangai dia
jenis macam mana. Contohnya, adik beradik dia, ibu bapa dia, kawan dia. Haa,
gitu.”
“Hm. Nampaknya aku kena
kenal dengan adik dia dulu. Baru plan aku berhasil!” Ligat sungguh Zulaika
memikirkan soal masa hadapannya yang tak pasti.
“Amboi, zulaika! Kau
nak lamar siapa? Zahin? wafiq? khai?
Shafiq? Nazar? Udin? Zaqwan? Aiman? Dolah? Atau.. kamal? Haha.”
Cukup 10 orang nama
crushnya disenaraikan. Berdekah-dekah mereka ketawa. Zulaika pun
tersengih-sengih tersipu malu.
“Tak kesah la siapa
antara mereka yang bertuah gila dapat aku. Yang penting, dia jaga solat, dia
hormat perempuan. Senang cerita, lelaki yang soleh! Bila dia beragama,
InsyaAllah senang la dia nak pimpin aku ke syurga.”
“Nak pasangan yang
soleh, kena jadi orang yang solehah dulu. Allah kan ada sebut dalam Al-quran
yang lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Begitulah sebaiknya.”
Sambung Ainul bagi
melengkapkan perbualan mereka. Bulat mata balqis memandang Ainul.
“Eh, kau dengan Aliff
apa cerita?” Keadaan tiba-tiba bertukar serius.
“macam tu la..”
“macam tu macam apa?”
Kedua-dua bahu Ainul
diangkat-angkat. Hanya senyuman tawar yang dihadiahkan kepada 3 rakannya itu.
“Comel tak?” soal
Ainul.
Ainul sedang
memperbetulkan kedutan-kedutan di tudung yang baru dipakainya. Tudung lama yang
dia gunakan semasa tingkatan satu masih nampak baru. Tudung labuh itu hanya
sempat dipakai seminggu sahaja kerana Ainul tidak sanggup memakainya dengan
alasan panas.
“Comel la akak! Macam
ustazah Tiya!” teruja fatiya ketika melihat kakaknya di hadapan cermin.
“Tetapi, tiya lagi
comel.. hehe.” Sambungnya. Kecil-kecil lagi sudah pandai memuji diri sendiri.
Terpengaruh dengan kakaknya mungkin.
Ainul mencadang untuk
memakai tudung itu untuk keesokan hari. Apabila sentiasa berjalan bersama
Khadijah, Balqis dan Zulaika yang sudah bertudung labuh. Terasa rendah diri
pula dia. Tudung labuh vs tudung senteng.
“Tadaa..” beberapa
pasang sarung tangan ditunjukkan kepada adiknya. Berwarna warni! Sepantas kilat
Fatiya membuka plastik yang membaluti sarung tangan itu sebelum memakainya.
“Akak baru beli ni.
Sepasang, RM9. Mahal kan?”
“Mahal! Sebab aurat
kita mahal kan?”
“Ya, aurat kita mahal
sebab Syurga itu mahal.”
Fatiya tersenyum dan
berkata “ Hm, kalau tiya pergi dulu. Tiya terus masuk syurga kan? Tak
dihisabkan?”
“ish, apa ni. Tiba-tiba
cakap pasal mati. Tiya baru 7 tahun kan. Perjalanan hidup Tiya masih jauh..”
“Mati tak kenal usia
kan? Kalau sebentar lagi tiya pergi dulu pun takpa. Tiya nak jumpa arwah ayah,
arwah nenek, arwah atuk..”
“Akak pun rindukan
mereka. Yang hidup kena teruskan kehidupan, sayang.”
Air mata yang tiba-tiba
mengalir diseka. Teringat kata-kata arwah ayah nya dulu
“Kalau ainul betul-betul
sayangkan ayah, tolong lah pakai tudung. Jadi anak yang solehah. Ayah takut tak
dapat bimbing kamu semua ke arah jalan yang lurus. Ayah takut masuk neraka.”
Ainul sedang tekun
mengulangkaji untuk saat-saat terakhir sebelum percubaan SPM. Tiba-tiba telefon
bimbitnya bergetar. Ada satu pesanan ringkas yang masuk. Nama ‘sayang’ yang
sebelum ini disave di telefon bimbitnya itu telah ditukar menjadi ‘Aliff’.
“Hari ini awak pakai
tudung labuh. Comel!”
Isi pesanan ringkas
dari Aliff ini membuat Ainul Mardhiah tersenyum riang.
“Alhamdulillah. Dapat
juga saya bertudung labuh..” Butang hantar ditekan.
“Awak. Awak dah berubah
ke?”
“Bukan berubah. Cuma
kembali pada fitrah.’
“Fitrah? Eh, awak.
Kalau dating nanti jangan pakai tudung labuh tau. Kolot! Lagipun takut mencemar
imej gadis bertudung labuh yang lain saja. Okey?”
“Fitrah manusia adalah
menyukai kebaikan. Hm, kolot ke? Okey, saya akan fikirkan pasal tu.”
“Takda lah kolot mana.
Hm, entah la awak. Alim sangat kot. Tak trendy pula tu. Awak tengah study ke,
sayang?”
Ayu menghela nafas
panjang. Terkilan juga apabila kekasih hatinya berkata sedemikian.
“Aliff, awak tak
gembira ke saya dah berubah? Dah hijrah? Awak tak nak isteri yang solehah ke?
Kan awak pernah cakap dulu. Ya, saya tengah study.”
“Tiba-tiba awak cakap
pasal kawin ni kenapa? Bila masa pula saya cakap? Pandai-pandai saja.”
“Dulu cakap lain.
Sekarang cakap lain. Apa ni? Bye :( “
“Merajuk pula kau ni.
Eh, Ingat aku kesah ke? Dah hijrah, buat cara hijrah. Tak perlu nak merajuk
bagai. K.”
Panas sahaja hatinya
rasa. Butiran air jernih mengalir di pipi merahnya tanpa disangka-sangka.
Telefon bimbitnya terus dicampak ke katil. Buku yang dibaca sebentar tadi terus
ditutup. Mood belajarnya terus hilang.
Ayu melihat wajahnya
dicermin. Baru semalam wajahnya berseri-seri menyarung tudung labuh.
Rakan-rakannya ramai yang suka dengan perubahannya. Tetapi tidak pada hari ini.
Hilang keserian wajahnya.
“Menangis lagi! Mata
dah sembab! Dah tak comel. Huh.” Getusnya dengan marah bercampur menyesal. Pada
hari berikutnya itu, Ainul menerima beberapa pesanan ringkas setelah seharian
telefon bimbitnya dimatikan.
“Sorry. Saya kasar
dengan awak..”
“Sorry seribu kali
sorry, sayang..”
“Balas la…”
“I miss you..”
“Ainul Mardhiah, I love
you. Yang ikhlas, Aliff.”
Ainul terfikir sama ada
dia perlu gembira atau tidak saat menerima semua pesanan ringkas itu.
“Esok petang kita jumpa
tempat biasa.” Balas ainul. Tidak sampai 3 minit, Aliff memberi tindak balas.
“Okey, sayang! Jangan merajuk lagi tau.”
“Kita putus..”
“What? You kidding me?
No, no sayang. Jangan macam ni.”
Tangan seorang lelaki
yang berurat-urat cuba mencapai tangan Ainul tanpa rasa bersalah.
“Jangan sentuh saya!”
“Sejak bila saya tak
boleh pegang tangan awak, Ainul?”
Ainul berpeluk tubuh.
Aliff hanya menampakkan wajah yang kerisauan.
“Haram la, Aliff.
Tolong la faham.”
“Sejak bila awak tahu
halal dan haram?”
“Hormat Ainul, please.”
“Macam mana saya nak
hormat awak bila awak sendiri tak hormat diri awak, sayang?”
Aliff masih tidak
putus-putus bertanya.
“Maksud awak?” Ainul memandang Aliff dengan pandangan yang
tajam.
“Selama ni, awak tak
kesah pun orang pegang tangan awak. Orang bertepuk tampar dengan awak. Awak tak
kesah orang tengok aurat awak. Hm, sorry. Saya terlalu jujur..” Terang Aliff
panjang lebar.
“Sebab Ainul jahil..”
“Saya ada sayang. Saya
boleh bimbing awak. Till jannah.”
“Till jannah? How?
Dengan couple?” Terkedu Aliff mendengar setiap butir perkataan yang diucapkan
oleh jantung hatinya itu.
“3 tahun sayang. 3
tahun kita couple. Tak kan awak nak tinggalkan saya selepas 3 tahun?” Wajah
Ainul ditenung lama. Hatinya hancur apabila Ainul meminta untuk putus.
“Kawan. Better kan?”
“No. saya nak lebih
daripada kawan.”
“Lebih daripada kawan?
Boleh. 7 tahun lagi. Awak jumpa ibu saya. Kita bina hubungan yang halal.”
Dengan rasa yang berat hati, Ainul meninggalkan Aliff di pondok kayu itu. Aliff
terpinga-pinga. Adakah hubungan dia dengan Ainul yang berdiri utuh selama 3
tahun itu akan berakhir begitu sahaja? Dia mengejar Ainul lalu menggenggam erat
tangan gadis itu.
“I love you so much,
sayang. Please, jangan buat saya macam ni..”
Rayu Aliff. Ainul
mendongak memandang Aliff yang sudah berdiri di hadapannya. Rasa bersalah
mengusai diri. Aliff atau Allah? Dia harus memilih.
Air jernih mengalir
dari tubir mata Aliff tanpa diduga.
“Aliff, awak nangis
ke?” Ainul mulai risau.
“Awak dah tak sayangkan
saya kan?”
“Maafkan saya, awak.
Saya nak hubungan yang halal. Hubungan yang diredhai Allah. Assalamualaikum,
Aliff.”
“Ainul!” jeritan Aliff
hanya sia-sia. Ainul tidak menyahut. Bayangan Ainul hilang begitu sahaja.
“Apa salah aku, ya
Allah?” keluh Aliff. Sisa air matanya diseka.
“Dah, jangan nangis
Ainul. Kau dah buat keputusan. Mungkin ini memang terbaik untuk kau dan Aliff.”
Pujuk Zulaika. Merah betul mata Ainul akibat terlalu banyak menangis.
“Aku sayangkan dia.
Tetapi, aku tak nak dia terus dapat dosa sebab aku. Aku takut dia lalai sebab
aku. Aku takut dia asyik ingat aku sampai dia lupakan Allah. Sedangkan aku? Aku
selalu fikirkan tentang dia hingga aku lupa pada Dia. Sedangkan Dia selalu
ingat pada aku. Sentiasa ada dengan aku..”
“Kau menyesal ke
tinggalkan dia?”
“Aku tak tinggalkan
dia. Aku minta Allah jaga. Biar aku dan dia kejar cinta Allah dulu. Kalau
memang dia untuk aku, kami pasti akan tetap bersama. Aku percaya dengan Allah.”
Sudah dua bulan Ainul
berpisah dengan Aliff. Setiap kali mereka terserempak, Aliff akan memandang
Ainul dengan pandangan yang tajam. Pandangan yang penuh ketidakpuashatian.
“Ainul!” Ainul baru
mencadang untuk mengelakkan diri tetapi gagal. Hanya ada satu laluan di situ.
Di situ hanya mereka berdua.
“Kenapa awak tak nak
pandang saya, Ainul? Kalau awak pandang saya, boleh melting ke?”
Sudah lama Aliff
memendam. Soalan yang sudah lama bermain-main difikirannya Berjaya juga
ditanya. Ainul menggelengkan kepala.
“Tak, saya jaga
pandangan..” Panas telinga Aliff mendengarnya.
“Jangan la hipokrit
sangat.” Nah! Puas hati Aliff dapat menghinanya, Biar Ainul sedar yang
perubahannya hanya lakonan semata-mata. Ainul tersenyum manis. Sakit dan perit
hatinya hanya Allah yang tahu.
“Hipokrit atau tak,
biar Allah yang menilai. Orang yang berbuat jahat sedangkan Allah terlalu baik
dekat dia. Haa, itu baru hipokrit. Hipokrit dengan Allah.”
“Ceramah pula! Dah la.
Bye, ahli syurga.”
Hanya lemparan senyuman
yang mampu Ainul balas. Ujian itu pahit kerana ganjarannya manis. Syurga Allah,
tunggu aku!
“Seminggu lagi SPM.
Ainul dah bersedia?” soal ibunya sambil melilau-lilau matanya melihat nota-nota
yang ditampal di dinding.
“InsyaAllah..”
“Tidur awal. Jangan
asyik tidur lewat saja. Study, study juga. Kesihatan tetap kena jaga.” Pesan
ibunya yang risau melihat dia tidur tidak kena dengan waktu. Ainul lebih suka
berjaga malam. Kadang-kadang, dalam sehari dia akan tidur 3 jam sahaja. Ibunya
memegang dahi Ainul. Panas!
“Kan dah demam. Makan ubat.”
Ainul mengangguk dengan bibir yang masih mengukir senyuman.
Jam sudah menunjukkan
pukul 3 pagi. Tenang hatinya dapat melakukan solat sunat taubat, solat sunat
tahajjud dan solat sunat hajat.
“Ya Allah, ya Tuhanku.
Ampunilah dosaku, dosa kedua-dua ibu bapaku, dosa rakan-rakanku, dosa
guru-guruku, dosa orang yang aku sayang, dosa orang yang selalu mendoakan aku,
dosa semua muslim dan muslimat. Ampunilah dosa kami yang kecil, dosa kami yang
besar. Ampunilah dosa kami yang lalu, dosa kami yang akan datang. Ampunilah
dosa kami yang sengaja kami lakukan dan dosa yang tidak sengaja kami lakukan.
Aamiin..”
Pipinya basah dengan
air mata taubat. Teringat dia akan
dosa-dosanya. Banyak. Sedangkan hati ini sangat merindukan syurga. Dia gembira dapat dating dengan Allah. Dan hatinya sangat tenang. Dari tadi dia
asyik terbatuk-batuk saja. Namun, bacaan Al-Quran tetap diteruskan.
“Ainul! Bangun! Sudah
pukul 6 lebih. Tak nak sarapan ke?”
Pintu biliknya diketuk
bertalu-talu. Puas ibunya memanggil. Tetapi, tidak disahut. Nasib baik biliknya
tidak berkunci!
“Sayang..?”
Ainul Mardhiah lengkap
bertelekung. Al-Quran dalam dakapannya. Tasbih di tangan kanannya. Dia
terbaring kaku di atas sejadah. Sisa air matanya masih ada. Mukanya pucat!
“Ainul! Bangun,
ainul..”
Hati ibunya berasa
sangat resah. Laju jantungnya berdegup. Lekas dia menggoncangkan badan Ainul
dengan harapan dia akan bangun. Ainul berada dalam dakapannya. Ya, Ainul sudah
berhenti bernafas..
“Allahu akhbar! Ainul!
Jangan buat ibu macam ni. Bangun, sayang..”
Air matanya mengalir
seperti hujan lebat. Dikucup dahi anaknya itu beberapa kali.
“Kenapa akak senyum?
Akak tengah tidur kan, ibu?”
Soal Tiya yang sudah
bersiap untuk ke sekolah.
“Kak ainul sudah tiada,
Tiya.. “
2 Patah perkataan.
“Sudah tiada.” Yang membuat hatinya hancur. Tiya terus mendakap Ainul dan
ibunya seerat mungkin.
“Kenapa akak pergi
dulu? Patutnya Tiya pergi dulu. Siapa nak jaga ibu kalau bukan akak? Tiya kecil
lagi, Tiya tak reti. Kasi la Tiya jumpa arwah ayah, arwah nenek dan arwah atuk
dulu.. Biar la Tiya tunggu dekat pintu syurga dulu..” Panjang lebar keluhan si
cilik ini. Bajunya basah. Basah dengan air mata.
“Assalamualaikum kepada
semua pelajar dan guru. Hari ini kita kehilangan seorang pelajar dari kelas 5
Ikhsan………. Ainul Mardhiah Binti Muhammad.”
Bicara cikgu Aina yang
disertai dengan tangisan mampu membuat ramai yang sakit jantung!
Semua pelajar saling
berpandangan antara satu sama lain.
Khabar yang sangat sukar dipercayai.
“Ainul? Biar betul?”
“Oh, Ainul yang cantik
tu ke?”
“Ainul yang putih tu
ke?”
“Eh, arwah sakit apa?”
Pelbagai soalan yang
diutarakan. Suasana menjadi gamat seketika. Zulaika, Balqis, dan Khadijah yang
tidak tahu apa-apa tidak mampu berkata-kata. Hanya air mata yang berbicara.
Mereka saling berpelukan.
Kenapa cepat sangat kau
pergi, Ainul !?
Tiba-tiba Aliff datang
menghampiri mereka. Matanya merah.
“Apa ni? Kenapa tak
bagitahu aku yang dia sakit?”
“Aliff, kami tak tau
langsung yang dia sakit..” Balas Zulaika tanpa memandang muka Aliff.
“Aku sayang dia lagi.
Tahu tak?” Terasa seperti sebilah pisau tajam yang menikam-nikam dirinya.
Pedih!
“Kami pun sayang dia!
Yang kau layan dia macam sampah kenapa? Kau tahu kan dia baru kehilangan ayah
dia? Kau tahu kan dia satu-satunya harapan ibu dia? Kau tahu kan dia orang
susah? Banyak ujian yang dia kena tempuh, tahu tak? Dia sudah berubah pun, kau
anggap dia macam orang asing. Sebab dia tinggalkan kau kan? Biar lah dia kejar
cinta Allah dulu..”
Balqis meluahkan
segalanya sambil tangan yang asyik-asyik menghapuskan air matanya. Terkedu
Aliff mendengarnya.
“Hmm, Aku tak rasa dia masih ada perasaan kat aku.
Dia pernah katakan aku suatu ayat dekat aku. Ayat terakhir dari dia. Tetapi,
aku tak tahu apa maksud dia.”
“Apa dia?”
“Uhibbuka Fillah Abadan
abada..”
“Dia sayangkan kau
kerana Allah, selama-lamanya..”
Terduduk Aliff
dibuatnya. Kaki dia lemah.
“Apa aku dah buat ni?
Aku layan kau dengan
teruk, Ainul..
Maafkan aku.. “
Cinta. Cinta itu
anugerah. Dapatkan cinta Pencipta dahulu sebelum mencintai ciptaan-Nya.
Kadang-kadang kehadiran seseorang itu Allah nak uji. Sama ada kita lebihkan dia
atau Dia. Allah yang hadirkan dia dalam hidup kita. Dan Allah boleh tarik dia
dalam kehidupan kita.
Berubah itu mudah.
Tetapi, istiqamah itu sangat payah. Hati yang tabah dan iman yang kuat
diperlukan dalam penghijrahan. Kerana banyak duri tajam yang perlu dilalui
sehingga kaki Berjaya menjejaki Syurga Allah. Saat ini kita kenal, siapa kawan
dan siapa lawan. Pesan pada hati, “Kerana Allah, aku harus kuat!”
"Dan kerana
Tuhanmu, bersabarlah"
( Al-Muddatsir ; 74:
Ayat 7)
January 27, 2015 at 6:22 PM
Salam 'alayk~
Good job cik writer...
sarat dengan pengajaran...
teruskan menulis cerita berpengajaran seperti ini...