“Bismillah..” Lafaz
Safiyah. *Friend Request sent*
Safiyah tersenyum puas.
Akhirnya, berjaya juga dia add akaun
facebook lelaki yang telah berjaya mencuri hatinya untuk sekian lama.
“Lah, baru add ke?”
Anuar yang merupakan seniornya di sekolah cuba mengusiknya.
“Sejak tahun lepas lagi
saya sudah menjumpai akaun facebooknya, tetapi baru sekarang ada keberanian nak
add. Hehe, ” terang Safiyah di akaun Twitternya pula. Dia tersengih. Melalui
laman sosial Twitterlah, Segala rahsianya tentang lelaki yang diminatinya
terbongkar tanpa sengaja.
Hampir dua jam Safiyah melayan
nafsunya menghadap komputer untuk mengakses akaun laman sosialnya.
“Astaghfirullah..” keluh Safiyah
apabila menyedari jam sudah menunjukkan sudah pukul 5.00 petang. Dah la belum
solat asar lagi, bisik Safiyah dalam hati. Walaupun Safiyah gemar bertweet dan mengupdate status mengenai hal
agama yang boleh mendekatkan diri kepada Ilahi, dia tidak terlepas daripada
melakukan kesalahan tanpa dia sedari. Tanpa membuang masa, Safiyah mengambil
air sembahyang lalu membentangkan
sejadah. Ketika dia memakai telekung, dia melihat wajahnya di cermin. Anak
rambutnya dibiarkan masuk ke dalam dengan kemas. Macam ini lah wajah aku ketika
aku dikafankan. Safiyah bermonolog sendiri.
Kemudian, dia melepaskan ikatan
rambutnya yang selalu disanggul.
“Ustaz Azhar Idrus
pernah berkata bahawa melepaskan ikatan rambut ketika hendak mengerjakan solat
ialah sunat bagi seorang perempuan.” Safiyah bercakap seorang diri di hadapan
cermin.
“Aku mungkin bercakap
seorang diri, tetapi aku percaya Allah sentiasa mendengar dan malaikat sentiasa
merakam.” Sepotong ayat Al-Quran yang tergantung di dinding ditenung lama.
“Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi
sentiasa melihat.” An-Nisaa [58]
Sebaik sahaja Safiyah menghabiskan
bacaan doanya selepas solat, dia terus meletakkan kepalanya di atas sejadah
seperti orang sedang bersujud. Wajahnya di raup .
“Ya Allah, mengantuknya
hamba-Mu ini” Keluh safiyah. Menyesal juga dia online lama-lama. Bangun awal
pagi setiap hari. Balik sudah petang. Masa yang terluang pula dia mencuri-curi
untuk mengemaskini laman sosialnya.
Tok! Tok!
Tersedar Safiyah dari tidur-tidur ayamnya.
“Siap cepat. Jangan
tidur. Malam nanti ada tuisyen” Sudah menjadi kebiasaan untuk ayahnya
mempastikan anaknya supaya tidak tidur pada waktu yang sepatutnya dia ke
tuisyen.
“Aaa…. Okey” balasnya
ringkas. Kepenatan yang dia rasai menyebabkan dia menjatuhkan badannya ke
katil. Kamera digital yang berada berdekatan katil dicapai. Kamera berwarna
merah itu masih cantik dan tidak mempunyai calar. Laju tangan safiyah menekan
button previous, previous dan previous. Rakaman video kawad kaki peringkat
sekolah oleh crush yang dia rakam pada bulan lepas dilihat berulang-ulang kali.
“Ya Allah, kenapa dia
sempurna?” soal Safiyah sendiri. Lelaki yang menjadi idamannya merupakan bekas
pelajar tahfiz, mewakili peringkat sekolah untuk Tilawah Al-Quran dan mempunyai suara yang
lunak apabila mengalunkan kalimah-kalimah suci serta mempunyai akhlak yang
sangat terpuji. Safiyah salah seorang daripada berpuluh peminatnya. Seseorang
yang meminatinya dalam diam.
Jam sudah menunjukkan pukul 6.00 petang. Kerana terlalu
penat, Safiyah terlelap. Tok! Tok! Sekali lagi bilik tidurnya diketuk.
Terdengar kalimah-kalimah suci yang memuji Allah dibacakan. Orang surau membaca
Al-Quran menggunakan mikrofon. Safiyah tersedar dari tidurnya.
Allahu Akhbar! Bisik hati Safiyah.
Waktu Maghrib sudah hampir. Tetapi badannya masih lemah. Seakan-akan ada batu
di badannya. Seakan-akan ada tali yang mengikat tangan dan kakinya. Malas
sungguh rasanya. Setelah membaca Ayat Kursi, dia diberi kekuatan untuk melawan
pujukan syaitan itu. Lantas dia mengambil air sembahyang.
Alhamdulillah, solat fardhu maghrib
dapat ditunaikan dengan khusyuk.
Kemudian, dia bersiap untuk pergi ke tuisyen. Safiyah gemar mengenakan
pakaian yang simple dan menutup aurat dengan sempurna. Memakai sarung kaki dan
sarung tangan ialah menjadi kewajipan baginya.
Selama dua jam dia di Kelas Tuisyen Cikgu Mariyam, Safiyah masih dapat
memberikan tumpuan. Tetapi, apabila dia cuba mengulangkaji pelajaran di rumahnya,
dia gagal. Kenapa? Wajah crushnya yang tersenyum terbayang-bayang dalam benak
fikirannya.
Jam locengnya berbunyi dengan sangat
kuat. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 6.15 pagi. Allahu Rabbi! Sudah lewat !
Bisik hati Safiyah sedikit cemas. Dia bingkas bangun dari pembaringan. Pantas
sekali dia mandi dan mempersiapkan diri untuk menghadap Ilahi. Dengan bertudung
labuh dan berbaju kurung sekolah Safiyah bersalam tangan ibunya.
“Emak, tolong doakan
dan redha tau?”
“Emak sentiasa doakan.
Belajar elok-elok sayang,” tangan ibunya dikucup.
“Hai Safi!” tegur rakannya sebaik
sahaja dia melangkah masuk ke sekolah. Safiyah membalasnya dengan senyuman dan
lambaian tangan. Farihah yang merupakan teman akrabnya ialah tempat dia
meluahkan perasaan suka dan duka. Tiba-tiba kelihatan Iskandar Zulkarnain berjalan di hadapan mereka berdua. Tangan safiyah
disinggul Farihah.
“Your crush,” usik
Farihah sambil tersengih-sengih. Jantung Safiyah berdegup dengan kencang.
“Butterfly in my
stomach!” ujarnya sambil menutup muka dengan tapak tangannya.
“Eh, Haikal!” jari
telunjuk Farihah ditunjukkkan ke
arah seorang lelaki yang dimaksudkan.
“Your ex-crush,” gurau Safiyah. Mereka berdua terketawa kecil.
Sudah pukul 2 petang. Safiyah baru
sahaja selesai menunaikan solat fardhu Zohor. Button on yang ada di komputernya
ditekan. Menjadi kelaziman baginya untuk online akaun facebook dan
twitternya. Tiba-tiba matanya seakan bersinar.
Terukir senyuman di bibirnya. Tertulis di skrin komputernya ‘Iskandar
Zulkarnain accept you as a friend,’
Am I Dreaming? Dia da
approve! bisiknya dalam hati.
Safiyah menulis sesuatu di wall
lelaki tersebut yang tertera perkataan
“syukran :)” perkataan
bahasa arab tersebut bermaksud terima kasih. Beberapa minit kemudian, di skrin
komputernya tertulis;
‘Iskandar Zulkarnain
likes your wall post’. Senyumannya semakin meleret.
‘Iskandar zulkarnain
comment on your wall post’. Jantungnya berdegup dengan begitu laju. Gementarnya
seperti hendak diijab kabulkan sahaja. Pantas jari Safiyah membuka
notification. “Afwan :)” lelaki itu membalas ringkas. Safiyah meneruskan
misinya untuk menjenguk profil crushnya itu.
Wah, statusnya banyak berunsurkan
nasihat dan keagamaan. Kagum Safiyah melihatnya. Hampir kesemua statusnya
ditekan button like. Hakikatnya dia bukan sahaja like statusnya, tetapi dia like tuan empunya
badannya sekali. Dia tersenyum sendirian. Dalam hatinya, hanya terukir nama
Iskandar Zulkarnain.
Beberapa tahun kemudian setelah
peristiwa indah itu berlaku. Mereka semua meneruskan kehidupan dengan haluan
masing-masing. Di sebuah hospital kerajaan yang maju, seorang lelaki datang dengan
keadaan tergesa-gesa. Dia hanya berpakaian baju melayu lengkap. Kemudian, dia
duduk di ruang menunggu. Kelihatannya seperti dia mencari seseorang.
Macam kenal sahaja,
hati kecil Iskandar bersuara. Seorang gadis genit berbaju kurung biru, berkot
putih, dan memakai kaca mata putih yang berada berdekatan diamatinya.
“Hani, pesakit di bilik ICU nombor 5
perlu ditukar ke bilik biasa, ya. Alhamdulillah, keadaan pesakit tersebut
semakin baik,” suara Safiyah kedengaran jelas di corong telinga Iskandar.
Jururawat di hadapannya hanya mengangguk perlahan tanda setuju.
“Baiklah, doktor”
Safiyah membalasnya dengan senyuman. Iskandar dari tadi memerhatinya seakan
terpukau dengan kecantikan semulajadi Safiyah. Walaupun, gadis pertengahan
20-an itu hanya mengenakan mekap yang nipis.
“Cantiknya..” terkeluar
ayat itu dari mulut Iskandar.
Astaghfirullah! Aku
tunangan orang, getus Iskandar sendirian. Safiyah yang perasan dengan tingkah
laku Iskandar berasa curiga. Lantas dia menghampiri lelaki yang berkopiah
tersebut.
Dup dap dup dap… Jantung Iskandar berdegup
kencang dengan tiba-tiba.
“Kenapa pula aku yang
gementar ni, ya Allah?”
“Saya Doktor Safiyah. Erm, ada apa-apa
yang boleh saya bantu?” soal Safiyah sebaik sahaja dia berdiri tegak di hadapan
seseorang lelaki yang pernah bertakhta di hatinya suatu ketika dahulu.
Tangannya dimasukkan ke dalam poket kot putihnya itu. Tanda nama yang tentera
‘Dr.Safiyah’ dilekatkankan di dada bajunya.
“Erm, saya..” suaranya
begitu mendatar. Belum sempat dia menghabiskan percakapannya, ada seorang gadis
berlari-lari anak dari arah belakang Safiyah datang dengan tiba-tiba.
“Abang!” Seorang gadis
berkulit cerah lingkungan awal 20-an datang menghampiri mereka berdua.
“Kenapa, Iman?” Iskandar berasa
cemas apabila melihat gadis bertudung litup di hadapannya seperti menangisi
sesuatu. Air jernih dari tubir mata Iman jatuh membasahi pipinya.
“Kak Yana..,”
“Kenapa?!”
“Mari!” tangan Iskandar ditarik sekuat hati
menuju ke bilik ICU. Safiyah yang
bingung cuma mengekori langkah mereka berdua.
“Jantung kak Yana berhenti berdegup… sebentar
tadi,” terang Iman. Kelihatan seorang gadis terbaring kaku dan tidak sedarkan
diri. Ketika itu gadis bernama Liyana itu seperti sedang tidur dengan lena
sekali. Dia tidak sedikit pun menampakkan kesakitan di wajahnya dan dia terlalu
tenang. Cuma banyak wayar-wayar yang berselirat di mulut dan hidung serta
lengannya. Iskandar mengetap bibir, Safiyah yang dari tadi berdiam diri mula
bersuara.
“Kalau boleh saya tahu,
pesakit ini sakit apa?”
“Dia kemalangan,” sahut jururawat di situ
sambil perbetulkan wayar-wayar yang berselirat. Liyana disuntik sejenis ubat di
pergelangan tangannya. Walaupun dia tidak sedarkan diri, ianya pasti
menyakitkan.
Mata Iskandar seakan berkaca.
Selangkah demi selangkah dia menghampiri Liyana. Dia mengeluarkan buku kecil
yang tentera perkataan surah Yaasin dari poket bajunya. “Bismillah…” Belum
sempat menghabiskan ayat ketiga Surah Yaasin, Iskandar telah mengalirkan air
matanya. Keadaan di situ sangat hiba dan sayu.
“Encik Iskandar
Zulkarnain?” suara seorang doktor lelaki yang merawat Liyana datang menghampiri
Iskandar cuba memecah kesunyian.
“Ya, saya,” balas
Iskandar dan terus memberhentikan bacaannya. Mereka diminta keluar dari ruang
bilik ICU itu. Safiyah sedikit tersentak mendengar nama itu. Jantungnya
berdegup kencang. Dia sangat kenal dengan nama tersebut.
Crush! baru aku tahu
siapa dia sebenarnya. Bisik hati safiyah.
“Isteri encik telah
banyak kehilangan darah. Dia terlalu lemah”
Isteri? Ya Allah..
Safiyah bermonolog sedikit kecewa.
“Maksud doktor?”
Iskandar seperti tidak sabar lagi untuk mengetahui cerita selanjutnya yang
bakal keluar daripada mulut doktor itu. Dia gugup.
“Isteri encik berada
dalam keadaan koma” jelas doktor itu.
“Dia bukan isteri saya lagi.
Dia bakal isteri saya” suara Iskandar kedengaran sangat perlahan. “Oh, maafkan
saya. Saya harap encik banyakkan bersabar dan terus berdoa kepada Allah. Allah
pasti akan membantu” nasihat doktor itu sebelum meninggalkan mereka untuk
kembali meneruskan kerjanya.
Safiyah mengamati wajah Iskandar
dengan rasa belas kasihan. Iskandar menyambung bacaannya yang terberhenti
sebentar tadi. Iman pula hanya melihat Liyana dari tingkap kaca sambil berharap
bakal kakak iparnya itu cepat sembuh. Safiyah cuba mengingati semula kali
terakhir dia melihat Iskandar. Sudah lama rasanya. Dahinya berkerut.
“Doktor..” tegur Iman.
“Ya, saya?” balas
Safiyah.
“Kasihan kan abang
saya?” soal Iman lagi. Mereka berdua duduk jauh sedikit dari tempat duduk Iskandar.
Safiyah mengangguk perlahan.
“Abang saya seorang
ustaz. Kak Yana pula seorang ustazah. Sesuai sangatkan. Walaupun mereka tidak
betul-betul saling mengenali, perkahwinan mereka atas pilihan ibu bapa. Tetapi wujud ikatan kasih sayang antara mereka.”
Cerita Iman sambil matanya merenung abangnya dari jauh. Sesekali matanya
memandang tepat pada mata Safiyah.
“Seminggu lagi mereka
akan bernikah. Itu hanya rancangan kami, tetapi Allah yang menentukan”
sambungnya lagi.
“Saya rasa macam pernah
nampak muka doktor la, tetapi tidak ingat” ujar Iman sambil menseka sisa air
matanya.
“Saya pun!” balas
Safiyah sambil menguntum senyuman.
“Umur doktor berapa tahun?”
“26 tahun,”
“oh, abang saya pula
baru 27 tahun,” terang Iman tanpa Safiyah sempat bertanya.
“Doktor Safiyah,” tegur
seorang jururawat tadi sambil memegang banyak dokumen. Lantas dia bangun dari
bangku kerusi.
“Maaf lah, saya kena
buat kerja dahulu. Masih ramai lagi pesakit perlu dirawat”
“Saya baru mencadang
hendak berbual mesra lagi dengan akak… eh, maaf! Doktor Safiyah. Saya bukannya
apa, saya sunyi. Lagipun, saya meminati bidang kedoktoran. Abang Iskandar hanya
tahu tentang agama sahaja. Tak pun, bola!” luah Iman panjang lebar. Safiyah
tersenyum sambil mempamerkan sebaris giginya yang bersih lalu bersalaman dengan
Iman.
“Ada masa, kita berbual
tau,” laju dia berjalan meninggalkan Iman yang tidak berjauhan dengan Iskandar.
Kalaulah aku mempunyai seorang
kakak seperti dia, tentu best! bisik hati Iman.
“Dik, jom balik. Waktu
Asar makin hamper,” Iskandar tiba-tiba muncul di hadapannya. Bayang-bayang
Safiyah mulai hilang dari pandangan. Iman hanya mengangguk lemah sambil mata
masih setia melihat Liyana terbaring kaku di bilik ICU.
* * *
* * * *
“Macam mana keadaan Yana?”
soal wanita tua kepada Iman dan Iskandar sebaik sahaja mereka melabuhkan
punggung ke sofa. Iman hanya menggeleng kepala. Wanita yang sangat mereka
kenali atau digelar ibu datang menghampiri mereka berdua sambil menghidangkan
air teh. “Ibu nak pergi tengok Yana, tetapi ibu ada kuliah sebentar tadi.”
terang wanita separuh abad itu. Mukanya seiras sekali dengan Iskandar.
Mempunyai hidung mancung, bermata kecil dan berkulit cerah. “Tidak mengapa,
ibu. Kami faham” pujuk Iskandar kerana memahami kerjaya ibunya sebagai seorang
pensyarah di sebuah universiti.
“Bagaimana boleh kemalangan,
Iman?” soal Puan Aisyah. Risau juga Puan Aisyah terhadap kejadian yang menimpa
anak dan bakal menantunya itu.
“Ketika kami melintas
jalan, tiba-tiba ada sebuah kereta yang merempuh kami. Iman terpelanting ke
bahu jalan. Tetapi kak Yana terpelanting jauh. Nasib baik pemandu kereta itu
mahu bertanggungjawab untuk menghantar kami ke hospital,” terang Iman panjang
lebar. Air jenih mulai bertakung di tubir matanya. Iskandar hanya mendiamkan
diri dan mendengar setiap butir kata-kata Iman itu. Rasa sebersalah menghantui
dirinya kerana tidak menemani adik dan tunangnya untuk membeli barang keperluan
perkahwinan mereka.
“Erm, lain kali
berhati-hati,” pesan ibunya.
“Sudah takdir, tiada apa yang boleh
menghalangya ibu,” balas Iman cuba membela diri. Air teh tadi dihirup perlahan.
Masing-masing dengan lamunan yang jauh.
Safiyah mengetuk-ngetuk mejanya
dengan pen bertalu-talu. Otaknya ligat berfikir. Macam tidak percaya sahaja
bahawa dia dapat bertemu dengan crushnya setelah sekian lama tidak mendengar
khabar. Selesai sahaja mengambil peperiksaan awam Sijil Peperiksaan Malaysia
(SPM), Iskandar tidak lagi pernah muncul dalam hidupnya. Sesekali dia melihat
perkembangan hidup Iskandar melalui laman sosial facebook. Tetapi ia tidak
memadai langsung. Teman rapat Iskandar iaitu Anuar pun sudah lama terputus
hubungan dengannya. Dengar cerita, Anuar sudah menjadi seorang jurutera yang
berjaya.
“Amboi, jauhnya mengelamun!” usik seorang
gadis berkulit hitam manis.
“Farihah!” geram pula
rasanya. Farihah ketawa kecil melihat Safiyah yang seakan merajuk. “Hari sudah
malam, kau tidak mahu pulang ke?” soal Farihah tanpa mempedulikan riak muka
Safiyah yang berubah dengan tiba-tiba.
“Ada gas helium tak?”
soal safiyah selamba.
“Eh, kau hendak buat
apa?”
“Aku nak pulang rumah
menaiki belon lah,”
“Aahhh, lawak!” Farihah
menyinggul lengan Safiyah.
“Kau nak tumpang aku,
bukan?” Tanya Fatihah kepada Safiyah. Tahu-tahu sahaja apa yang berada dalam
fikiran teman rapatnya itu. Farihah mengangguk laju dan tersengih-sengih.
Cepat-cepat mereka mengemas meja dan bersiap untuk pulang ke rumah.
“Boyfriend kau tidak ambilkan kau macam biasa
ke? Selalunya kau pergi dan balik kerja menaiki kereta dengannya walaupun kita
tinggal serumah,” perli Safiyah sebaik sahaja mereka berada di dalam kereta
Myvi putihnya. Farihah memuncungkan mulut dengan dahinya yang berkerut.
“Buat muka comel?”
perlinya lagi.
“Dia sibuk lah. Erm..”
jawab Farihah. Radio Ikim dipasang kuat. Kalimah-kalimah suci Al-Quran
kedengaran jelas melalui corong-corong radio. Tiba-tiba muka Iskandar
terbayang-bayang di mindanya.
“Kau ingat lagi tak
nama crush aku?” tanya Safiyah memecah kesunyian.
“Crush kau ada banyak.
Yang mana satu?” gurau Farihah.
“Yang alim itu lah.” Farihah
mengetuk-ngetuk kepalanya dengan jari telunjuknya sambil berfikir.
“Oh, Iskandar?” laju
tekaan Fatihah.
“Bijak!” Senyuman
Safiyah semakin menjadi-jadi.
“Guess what? Aku jumpa
dia petang tadi” ujar Safiyah. Farihah membulatkan matanya, sedangkan matanya
memang sudah cukup bulat seperti bola.
“Tetapi, dia sudah
betunang.., ” Riak mukanya mula berubah.
“Kalau jodoh, tidak ke mana,” pujuk Farihah
sambil merenung langit malam menerusi tingkap. “Tunang dia koma…” ujar Safiyah
perlahan. Terkejut Farihah mendengarnya.
“Ada harapan untuk hidup, ke?”
“Erm, kalau aku cabut
wayar-wayar yang berselirat dekat badan dia. Mungkinlah, mungkin…tidak panjang
umur, hehe..”
“Eh, kejamnya kau!” Dia mencubit lengan
rakannya itu.
“Haha, aku gurau
sahaja. Aku tidak ada lah kejam sangat nak membunuh seorang ustazah” Safiyah
membela diri. Sesekali dia melihat cermin belakang dan memandang Farihah.
“Ustazah? No wonder
la,” Perbualan mereka berhenti begitu sahaja sehinggalah selamat sampai ke
rumah.
Iskandar duduk di bangku luar
sambil menghayati keindahan ciptaan Ilahi pada malam itu. Bintang-bintang berkelipan.
Angin yang bertiup pada malam itu sungguh dingin. Senyuman dan wajah Safiyah
seakan menari-nari di benak fikirannya.
“Iskandar ada masalah ke?” soal
wanita yang paling dia sayangi. Ibunya datang dengan memakai tudung. Walaupun
malam gelap gelita, jiran tetangga sudah tidur atau belum, aurat tetap dijaga
dan dipelihara. Iskandar tersenyum melihat kehadiran ibunya itu.
“Iskandar pernah cerita
kepada ibu, bukan? Tentang Iskandar ada mengerjakan solat istikharah sebanyak 7
kali sejak akhir-akhir ini. Pelik,
kenapa bukan muka Liyana yang muncul? Muka orang lain la bu,” Iskandar menyusun
setiap butir perkataannya supaya mudah difahami. Ibunya berkerut dahi.
“Iskandar rasa, Liyana
bukan jodoh Iskandar ke?” Ibunya cuba mendapatkan kepastian.
“Iskandar serahkan pada
takdir. Lagipun, ibu yang jodohkan Iskandar dengan Liyana” Ibunya masih
bingung.
“Iskandar rasa Allah
sudah memberi petunjuk kepada Iskandar
melalui solat istikharah itu. Iskandar yakin , dia jodoh Iskandar” Iskandar
kembali tersenyum. Iman yang perasan akan perbualan ibu dan abangnya cuba mengambil
kesempatan untuk mencuri dengar.
“Siapa?” soal ibunya
dengan teruja.
“Safiyah!”
“Siapa Safiyah?!” Terkejut juga ibu dan adiknya ketika
mendengar nama itu disebut.
“Iskandar senior dia
semasa dia di tingkatan 4. Iskandar tidak berapa kenal dengan dia sebab dia
tidak suka bergaul dengan kaum Adam. Tetapi, Iskandar tertarik dengan akhlak
dan sopan-santunnya. Dia juga seorang doctor,” jelasnya panjang lebar.
Nak sebut crush, takut
ibu tidak faham pula. Bisik Iskandar dalam hati sambil tersengih-sengih. “Bagaimana pula dengan Yana?” ibunya seperti
tidak setuju.
“Kalau jodoh, tidak ke
mana” jawab Iskandar ringkas.
Kringg… Kring… Kring..
Iman berasa terkejut. Takut juga
jika ketahuan dia mencuri dengar perbualan antara ibu dan abangnya itu. Pantas
dia mencapai telefon rumahnya.
“Assalamualaikum. Oh, makcik Laila. Kenapa
dengan kak Yana? Baiklah, kami datang sekarang!” Telefonnya diletak. Muka Iman
seperti tidak keruan.
“Abang! Ibu! Kak
Yana….” Jeritan Iman mencemaskan Puan Aisyah dan Iskandar yang sedang leka berbincang.
“Kenapa?” “Makcik Laila
ada menefon memberitahu bahawa doktor meminta keluarga terdekat kak Yana untuk
berkumpul di hospital. Hidupnya…hampir ke penghujung.” Air jernih mula bertakung di tubir mata Iman.
Mereka lekas bersiap untuk pergi ke hospital.
Sepanjang perjalanan, mulut Puan Aisyah dan Iman asyik terkumat-kamit
membaca doa. Air mata yang jatuh berlinangan semakin deras.
Apa yang akan terjadi
selepas ini, ya Allah? Keluh Iskandar. Kereta tersebut dipandu laju.
Sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki
ke hospital , Puan Laila yang merupakan ibu kepada Liyana terus mendapatkan
Puan Aisyah. Puan Aisyah dipeluk erat.
“Kak syah.. Yana kak
Syah..” menangis Puan Laila dengan teresak-esak. Puan Aisyah mengusap-usap bahu
Puan Laila. Keadaan di hospital sangat riuh. Semua keluarga Liyana sudah
berkumpul. Iskandar memberanikan langkahnya untuk melihat keadaan tunangnya di
bilik ICU. Mereka membaca Surah Yaasin secara berjemaah. Degupan jantung Liyana
semakin lemah. “Keadaan pesakit 50-50. Harapan untuk sembuh sangat tipis,” kata
Doktor Sham sambil menepuk bahu Iskandar. Iskandar tidak kuat. Dia ingin
bertemu Allah. Dia ingin meminta pertolongan dari-Nya. Iskandar melakukan solat
hajat.
“Ya Allah, kau selamatkan lah dia.
Aku mohon pada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil. Tidak terdaya hamba-Mu untuk
menyelamatkannnya melainkan dengan izin-Mu,” tangannya disapu ke muka. Air mata
mengalir lebat seperti hujan. Hatinya kembali tenang. Dengan lafaz Bismillah
dia keluar dari ruang solat. Puan Aisyah datang menghampirinya. Matanya merah.
“Iskandar..”
“Kenapa bu?” Ibunya hanya menggelengkan
kepala. Iskandar semakin cemas. Esakkan dan tangisan oleh keluarga Liyana
kedengaran semakin kuat. Kelihatan sebuah stretcher ditolak keluar dari bilik ICU
yang diatasnya ada nama Liyana.
“Kenapa doktor biarkan
muka Liyana ditutup dengan kain? Macam mana dia nak bernafas? Dia perlukan
oksigen. Ibu, jawab bu…” soal Iskandar bertubi-tubi. Puan Aisyah hanya mampu
menangis. Iskandar memandang dengan kelihatan sangat sayu. Air jernih dari
tubir matanya mula mengalir semula. Iman cuba mendapatkan abangnya itu.
“Abang, kak Yana sudah tiada.
Sebelum sempat menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia ada sebut nama abang,”
terang Iman seperti tersekat-sekat. Iskandar teringat kata-kata Liyana ketika
mereka baru bertunang.
“Saya bersyukur sangat
dapat bertemu dengan lelaki macam awak. Memang saya impikan lelaki soleh
seperti awak. Walaupun kita tidak pernah bercinta. Saya harap awak boleh terima
saya seadanya. Tolong jadi imam dalam solat saya dan solat jenazah saya,” suara
Liyana masih tergiang-giang di corong telinganya.
“Tetapi, adik.. lagi
seminggu sepatutnya kami akan disatukan!” Iskandar tertunduk.
“Abang, kalau memang
ini takdir yang Allah telah tentukan. Abang kena redha. Nanti arwah kak Yana
tidak tenang..” pesan Iman yang baru berusia 21 tahun.
“Abang hendak melihat
mayat Liyana” Iskandar mengaturkan langkah untuk ke bilik mayat. Terasa kepala
dan badannya sangat berat. Akhirnya, dia rebah lalu jatuh.
“Iskandar!” Puan Aisyah
cuba mendapatkan Iskandar yang sudah pengsan di atas lantai.
Badan terasa begitu lemah.
Sedikit demi sedikit dia berusaha untuk membuka matanya. Suara yang memanggil namanya kedengaran
samar-samar di telinganya. Ya Allah, aku di mana ni? Bisik Iskandar di dalam
hati. “Abang iskandar.. abang iskandar…” suara yang sangat dia kenali masih
taat memanggil namanya sejak malam semalam. “Iman?” Iman tersenyum melihat
abangnya sudah sedarkan diri. Puan
Aisyah yang duduk berdekatan dengan katil Iskandar tidak putus-putus membaca
doa dan Surah Yaasin. Iskandar berasa sedikit tenang. Namun, dihatinya seperti
ada parut luka yang masih terasa kepedihannya. “Arwah kak Yana sudah selamat
dikebumikan.” Iman bersuara apabila melihat keadaan abangnya seperti hilang
ingatan. Iskandar cuba mengingatkan semula apa yang telah terjadi pada malam
semalam. Liyana sudah tiada.., keluh Iskandar. Suaranya begitu perlahan. Air
jernih dari tubir matanya mulai membasahi pipi. Ibunya yang perasan dengan
keadaan Iskandar yang masih dalam kesedihan datang menghampirinya. Tangan
Iskandar diusap-usap. “Ibu, betul ke Liyana sudah dikebumikan?” soal Iskandar
seperti berharap. Ibunya berasa sebersalah
untuk menjawab pertanyaan itu. “Ya. Pagi tadi, arwah sudah selamat
dikebumikan.” “Tetapi, Liyana ingin Iskandar yang menjadi imam dalam solat
jenazahnya..” Iskandar menggenggam erat tangan ibunya. “Iskandar masih tidak sedarkan diri. Macam
mana hendak menjadi imam? Arwah perlu dikebumikan dengan segera, nak” iskandar akur lalu mengesat air matanya.
“Abang nak air? Bubur ke?” Iman berdiri tegak di hujung katil. Mata Iskandar
tertumpu pada buku kecil yang dipegang Iman. “Abang nak air segelas dan buku
Surah Yaasin.” Iskandar menunjukkan jari telunjuknya ke arah buku Surah Yaasin
pemberian arwah Liyana kepada Iman. Lekas Iman menuangkan air masak ke dalam
gelas lalu memberi buku tersebut kepada abangnya itu. Keadaan pada waktu itu
sangat hiba. Ibu tidak berhenti-henti mengesat air matanya. Azan solat Asar
sudah berkumandang. Mereka menunaikan solat fardhu Asar secara berjemaah.
Semasa melalui deretan bilik-bilik
ICU, Safiyah berasa sedikit janggal.
Kenapa bilik ni kosong? Bukan kah Liyana ditempatkan di sini semalam?
Atau pun aku yang silap? Pelbagai persoalan bermain di fikiran Safiyah. “Hani!”
Lantas dia menyapa jururawat yang ada di situ. “Pesakit yang ditempatkan di
bilik ini, sudah sembuh ke?” Soal Safiyah sambil menunjukkan jari telunjuknya
ke arah bilik ICU no.2. Jururawat itu hanya mengangkat kening.”Pesakit yang
doktor maksudkan itu sudah meninggal dunia pada malam semalam.” Apabila
mendengar penerangan daripada jururawat itu, jantungnya seperti hendak gugur
sahaja. “Innalillah… Awak pasti ke pesakit itu sudah meninggal dunia?” “Jika
doktor ingin melihat sijil kematiannya, saya boleh tunjukkan. Nama pesakit
tersebut ialah Nur Liyana Ameer. Meninggal dunia setelah tersedar daripada
koma.” “Ermm, okey terima kasih” Safiyah akhirnya akur. Kesian Iskandar, bisik
hati Safiyah. “Doktor Safiyah.” Safiyah menoleh lalu melihat seorang gadis
bertudung bawal berdiri di belakangnya. “Eh, Iman” Iman menghampirinya lalu
memeluk Safiyah dengan erat. Safiyah sangat memahami perasaan gadis itu. “Bersabar,
ya. Allah sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk Iman sekeluarga” Pujuk
Safiyah. “Doktor tahu apa yang telah terjadi pada malam semalam?” Safiyah
mengangguk perlahan. “Doktor tahu apa yang telah terjadi pada abang Iskandar?”
Safiyah hanya menggeleng. “Kenapa dengan Iskandar?” soal Safiyah ingin tahu.
Lantas dia menarik lengan baju Safiyah menuju ke suatu tempat. Dia hanya
mengekori langkah Iman dengan harapan dapat mengetahui keadaan sebenar Iskandar
pada waktu itu.
Iskandar masih berehat di atas
katil. Ibunya sudah tiada di situ.
“Abang Iskandar..”
suara Iman kedengaran seperti berbisik.
Matanya dicelik-celik.
“Ini bidadari ke?” soal
Iskandar apabila menyedari Safiyah ada di hadapannya sambil tersenyum. Safiyah
ketawa kecil.
“Ini bukan bidadari
bang, ini isteri abang.” sahut Iman spontan. Muka Iskandar terus berubah
menjadi merah padam. Senyuman Safiyah semakin meleret. Iskandar hanya diam
membisu. Dia berasa gembira dan sedikit tenang dengan kehadiran Safiyah di
situ. Entah mengapa, dia suka akan perasaan ini.
“Keadaan encik Iskandar
sudah semakin baik ke?” Safiyah cuba mengambil berat terhadap lelaki yang
berada di hadapannya itu.
“Alhamdulillah”
Iskandar tersenyum. Iman yang berada di situ hanya tersengih-sengih.
“Doktor berbual lah
dengan abang dahulu. Saya hendak keluar sebentar,” pinta Aunal.
“Eh, dik! Jangan
tinggalkan abang di sini,” mohon Iskandar sedikit cemas.
“Saya kan ada,” Safiyah
cuba menghampirinya.
“Baiklah, encik
Iskandar. Saya beredar dahulu. Semoga cepat sembuh. Assalamualaikum.”
“Kan dah melepas, bang”
ujar Iman sambil anak matanya memandang Safiyah yang berlalu pergi.
“Adik ada curi dengar
perbualan abang dengan ibu, ya?” soal Iskandar dengan nada serius. Iman hanya
terketawa kecil.
Berat sebenarnya hati Safiyah
untuk pergi meninggalkan Iskandar dan Iman berdua. Tetapi dia lebih rela
daripada ditinggalkan berduaan dengan Iskandar walaupun hanya untuk seketika.
“Tersenyum nampak?”
sapa doktor Yusuf yang terserempak dengannya di jalanan. Safiyah hanya menunduk
malu.
“Jom makan, nak? Saya
belanja,” doktor Yusuf masih berusaha untuk memiliki hati Safiyah. “Erm, tidak
mengapa lah,” dia cuba menolak dengan sopan.
“Berpuluh kali saya
ajak. Awak suka menolak,”
“Saya hormat doktor
Yusuf sebagai bos saya,”
“Awak tahu atau tidak
saya suka pada awak?” terkedu safiyah mendengarnya. Selama ini dia hanya
mendengar dari mulut orang sahaja bahawa doktor Yusuf ada menyimpan perasaan
terhadapnya. Dia hanya menggelengkan kepala.
“Kalau macam itu, awak
terima lah saya.”
“Terima macam mana?”
muka Safiyah menjadi pucat.
“Awak jadi girlfriend
saya, nak?” Safiyah mengangkat kening.
“Saya tidak suka
bercinta. Melainkan ada hasrat untuk berkahwin”
“Baiklah. Awak
bertunang dengan saya,” cadang doktor
Yusuf yang masih berdiri tegak di hadapannya.
“Erm, tidak mahu lah,”
“Awak jadi isteri saya
lah senang,” Safiyah hanya mampu mendiamkan diri.
“Kalau saya datang
meminang, saya harap keluarga awak terima. Okey, selamat tinggal,” kata-kata
doktor Yusuf itu benar-benar membuat Safiyah menjadi gelisah.
Kalau aku tolak
pinangan kau, macam mana? Mesti keluarga kau kena menanggung malu, bukan? bisik
hatinya sedikit geram. Doktor Yusuf hanya berlalu pergi begitu sahaja. Dia
tersenyum sinis. Dapat juga dia meluahkan segalanya. Fikirannya semakin ligat
memikirkan tentang perancangan untuk meminang gadis idamannya itu.
“Assalamualaikum, mak.
Ada khabar gembira ni,” Doktor Yusuf mula mengatur langkah. Ibunya yang berada
di kampung berjaya dihubungi.
Pada malam itu, Safiyah duduk di
mejanya dengan fikiran yang sangar kusut. Kata-kata doktor Yusuf petang tadi
benar-benar memeningkan kepalanya.
“Doktor Yusuf ni sakit
ke apa?” soalnya terhadap Farihah yang sedang sibuk membelek-belek dokumen
pesakit di ruang itu. Farihah hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
“Kalau dia betul-betul
datang meminang, macam mana?” soal Safiyah lagi.
“Manalah aku tahu.”
jawab Farihah ringkas.
“Kau ambillah doktor
Yusuf tu. Aku tidak mahu,” Safiyah masih tidak berpuas hati.
“Amboi, senangnya
cakap. Alahai, apa salahnya jika kau terima dia? Dia baik orangnya.” Farihah
pandang tepat ke arah mata Safiyah. Sesekali matanya memandang semula dan terus
membelek dokumen-dokumen tadi.
“Aku tidak ada hati dan
perasaan terhadap dia langsung,”
“Sebab hati dan
perasaan kau ada terhadap Iskandar, bukan?” Farihah cuba menjeling nakal.
“Mungkin!” Safiyah tersenyum.
Tok! Tok!
Pintu bilik doktor Safiyah diketuk.
“Masuk” izin Safiyah. Puan Aisyah, Iman dan
Iskandar ada di depan pintu. Degupan jantung Safiyah menjadi kencang dengan
tiba-tiba. Safiyah hanya mampu menghadiahkan senyuman untuk mereka. Farihah
yang berada di situ terus bersalaman dengan Puan Aisyah dan Iman. “Jadi,
awaklah doktor Safiyah?” soal Puan Aisyah
dengan lembut.
“Ya, saya,” jawab
Safiyah ringkas.
“Maafkan saya, doktor
Safiyah. Ibu saya teringin sangat untuk berjumpa dengan doctor,” ujar Iskandar
yang berasa sebersalah mengganggu mereka pada malam itu.
“Keadaan kesihatan saya
sudah semakin membaik. Jadi, kami hendak pulang ke rumah,” sambungnya lagi.
“Oh, tidak mengapa,”
Safiyah akur. Mungkin selepas ini dia
tidak akan ada peluang untuk berjumpa dengan Iskandar lagi.
“Kalau saya ingin meminta
nombor telefon dan alamat rumah doktor Safiyah, boleh? Nak simpan,” Iman mula
bersuara. Safiyah menulis 10 digit nombor telefonnya dan alamat rumahnya dia
atas sehelai kertas.
“Nah!” kertas tersebut
diberikan kepada Iman.
“Jika ada jodoh, kita
boleh berjumpa lagi” kata terakhir Iskandar sebelum meninggalkan Safiyah dan
Farihah di situ. Safiyah menyambut pemergian mereka dengan senyuman , Tetapi di
hatinya seperti hendak menangis sahaja.
“Mata kau berairlah,
Safi” tegur farihah yang perasan dengan keadaan teman baiknya itu.
“Aku ingat dia jodoh
aku, tetapi dia sudah tinggalkan aku la, Fari,” luah safiyah semasa mereka
berada di dalam kereta untuk pulang ke
rumah. Farihah terkedu dan tidak tahu untuk berkata apa-apa lagi.
Sebulan telah berlalu, sejak
peristiwa itu berlaku. Tiba-tiba ibu Safiyah yang berada di kampung
menghubunginya.
“Assalamualaikum
Safiyah, tolong pulang ke kampung sekarang. Ada orang datang meminang,” pinta
ibunya ringkas. Safiyah yang sedang seronok menonton televisyen pada hari
minggu itu terpaksa bergegas pulang ke
kampung halaman. Dua jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka membuatkan
Safiyah tidak tentu arah.
Siapa pula yang datang
meminang ni? Entah-entah doktor Yusuf! Teka safiyah. Kereta Myvinya dipandu
laju. Sebaik sahaja sampai ke kampung halaman, rombongan yang datang meminang
kelihatan ramai memenuhi rumah.
“Assalamualaikum, emak,
ayah,” Kepulangan Safiyah sangat menggembirakan ibu bapanya. “Safi sudah ada
teman istimewa, ya? Kenapa tidak beritahu kepada emak?” usik ibunya yang sangat
merindui puteri bongsunya itu.
“Katanya, orang yang
datang meminang ni bos Safi. Betul ke?” Safiyah hanya tersenyum kelat lalu
bersalaman dengan ayahnya itu.
Pinangan dari doktor
Yusuf rupanya! Tekaannya tepat. Ayahnya sangat ramah berbual dengan keluarga
doktor Yusuf. Manakala, Safiyah dan ibunya berbincang di suatu bilik yang lain.
“Emak, tolong tolak pinangan doktor Yusuf, boleh?” Safiyah hanya berterus terang.
“Kenapa pula safi? Tak baik buat orang macam itu. Mereka datang dari jauh.
Hanya sebab safi”
“Safi tidak sedia untuk
semua ini. Tolong faham perasaan Safi..” Safiyah cuba meyakinkan ibunya itu.
“Baiklah, emak cuba
cakap baik-baik dengan mereka bahawa Safi tolak pinangan mereka.” Kepala Safi
diusap mesra. Safiyah mengganguk. Risau pula rasanya. Safiyah cuba meninjau
dari celahan langsir. Ibunya kelihatan sangat tenang menerangkan hal sebenar
kepada keluarga pihak doktor Yusuf. Akhirnya, rombongan meminang tersebut
pulang dengan hampa. Cincin bersalut emas yang hendak diberikan kepada Safiyah
dipulangkan semula. Safiyah boleh
menarik nafas lega.
“Safi sudah ada pilihan
sendiri ke?” soal ayahnya serta merta.
“Erm..,” lidah safiyah
menjadi kelu untuk menjawab.
“Ayah malu dengan apa
yang telah terjadi sebentar tadi,” luah
ayahnya sedikit kesal.
“Maafkan Safi, ayah..”
dia terus masuk ke dalam bilik tidurnya. Ibunya hanya mampu berdiam diri. Dia
tahu perasaan yang dialami oleh puterinya itu.
Tiba-tiba Safiyah
menerima satu pesanan ringkas dari nombor telefon yang tidak dikenali.
“Assalamualaikum,
doktor Safiyah. Iman di sini,” -Iman-
Terus terbayang wajah
Iman dan Iskandar. Dia tersenyum.
“Waalaikumussalam.
Tidak perlu panggil doktor Safiyah. Panggil kak Safi sahaja ya,” -Safiyah-
“Okey kak Safi. Akak
sibuk? Tengah buat kerja?” -Iman-
“Tak. Kak safi dekat
kampung ni. “ -Safiyah-
“Oh, okey tak apalah
kalau begitu. Assalamualaikum. Bye. -Iman-
Lah, terus bye? Aku
baru nak tanya tentang Iskandar. Bisik hati safiyah sedikit kecewa. Telefon
bimbitnya dicampak ke katil. Hatinya merindui seseorang. Seseorang yang bukan
halal baginya. Astaghfirullah! Safiyah bermonolog.
Keesokan harinya, perkara sama
telah berlaku.
“Safi! Ada orang datang
meminang,” jerit ibunya. Kelam- kabut jadinya apabila rombongan meminang
tersebut sudah ada di hadapan rumah mereka.
“Doktor Yusuf ke? Tidak
berputus-asa langsung!” keluh Safiyah yang baru selesai menunaikan solat sunat
Dhuha.
“Safi, mari keluar cepat.” pinta ibunya dari
ruang tamu. Ayahnya berada di kebun.
“Sebentar, emak. Lima
minit lagi Safi datang” sahut Safi yang masih bertelekung. Ini rombongan
meminang kali kedua. Pinangan pertama sudah ditolak. Ayahnya kecewa. Justeru,
Safiyah membuat keputusan untuk meminta pertolongan daripada Allah dengan
melakukan solat istikharah. Selesai sahaja solat, wajah Iskandar sahaja yang
muncul. Safiyah memberanikan diri untuk bertemu dengan keluarga pihak rombongan
itu. Jantungnya berdegup dengan kencang. “Hai, kak Safi” seorang gadis yang
sudah lama tidak dia bertemu telah menegurnya.
Iman! Bisik Safiyah
dalam hati. Dia cuba menghampiri mereka. Mereka kelihatan sangat mesra dengan
keluarganya.
“Sudi tak awak menjadi
yang halal buat saya, doktor Safiyah?” suara dari seseorang yang dia kenali.
Seseorang yang sangat dia rindui. Itu lah dia, Iskandar Zulkarnain!
“SubhanAllah..,”
Safiyah seperti tidak percaya dengan apa yang telah berlaku pada saat itu. Air
matanya mula mengalir.
Adakah aku sedang
bermimpi, ya Allah? Safiyah bermonolog. Iman mula bersuara.
“Kalau jodoh, tidak ke
mana,” Mereka tersenyum gembira.
Setelah bertunang untuk beberapa
bulan, mereka sepakat untuk mendirikan masjid bersama. Mereka diijab kabulkan
dengan suasana yang sangat meriah di sebuah masjid. Hanya dengan sekali lafaz,
Iskandar Zulkarnain dan Nur Safiyah Radzi sah menjadi suami isteri.
“Awak nak tahu satu
perkara?” Iskandar berbisik di telinga isterinya.
“Apa dia?” Tanya
Safiyah yang teruja ingin tahu.
“I love you so much.”
dahi isterinya dikucup mesra. Muka Safiyah menjadi merah padam.
“Awak nak tahu satu
rahsia tak?” Tanya isterinya pula.
“Saya suka awak sejak
dahulu lagi.” Safiyah cuba membuat pengakuan.
“Sudah lama saya
tahulah.” ujar Iskandar sambil tersenyum.
“Macam mana awak boleh
tahu?” soal Safiyah sedikit terkejut.
“Sebab saya pun suka
awak sejak dahulu lagi. Sudah lama sangat saya pendam.” tangan isterinya
digenggem erat. “Awak, I love you two three for five six seven eight nine ten.”
Safiyah cuba bermanja.
“I love you infinity.” balas Iskandar dengan
ikhlas.
Rasullah S.A.W.
bersabda: Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang
yang saling mencintai
kecuali nikah.
(Hadis Riwayat Ibni
Majah)