Babak
1:
Hassan
masuk ke dalam kapal angkasa mini dengan bagasinya. Semalam dia
telah bookkapal
angkasa mini semi-auto dari
syarikat sewa kapal angkasa Suzy Moew Sdn Bhd. Oleh kerana Hassan
kekurangan bajet maka dia hanya mampu menyewa kapal angkasa
yang semi-auto sahaja.
Itu pun sudah memadai dan selesa baginya kerana dia hanya berpergian
seorang.
Hassan
menghidupkan injin kapal angkasan. Sambil itu matanya menoleh ke arah
Suzy Meow melalui cermin tingkap kokpit pemandu. Suzy meow melambai
tanda selamat tinggal dan Hassan pun melambai kembali. Waktu itu Suzy
Meow sedang mengiringi Hassan berlepas dengan kapal angkasa di premis
syarikat Suzy Meow Sdn Bhd.
Suzy
meow dan Hassan adalah kenalan rapat memandangkan mereka telah lama
berkenalan sejak mula-mula masuk universiti dulu. Habis sahaja
belajar suzy meow mewarisi perniagaan bapanya Robert Tiger, dikenali
sebagai seorang businessmanterkenal
tetapi sebenarnya juga secara senyap-senyap seorang ketua kumpulan
kongsi gelap Black Tiger yang mashur itu. Sejak itu nama syarikat
Robert Tan Sdn Bhd telah bertukar kepada Suzy Meow Sdn Bhd.
Babak
2:
Hassan
mendaratkan kapal angkasa di atas bumbung sebuah rumah di planet
marikh, planet yang paling hampir dengan bumi, lalu turun dari kapal
angkasa bersama bagasinya.
Jalal
yang menunggu Hassan mendarat di atas bumbung tersebut menyambutnya
dengan pelukan rindu lama tak jumpa. Kedatangan Hassan ke rumah jalal
di marikh adalah atas jemputan jalal supaya mereka dapat melepak
bersama melakukan aktiviti karaoke, mengisap shisha, mengurat gadis,
bermain pool, menonton
perlawanan EPL lewat malam di kedai mamak (di marikh pun ada kedai
mamak pada zaman ni), dan apa-apa saja aktiviti yang menjadi tabiat
orang-orang berjiwa muda.
“Oit,
jangan peluk lama-lama. Ketiak kau busuk la!”, beritahu
Hassan kepada jalal sambil mengipas-ngipas hidung kemeknya.
Jalal
merenggangkan badan dan mencium ketiak kanan dan kirinya sambil
mengangkatkan sedikit tangannya.
“Ak
ah la! Sorry la beb deodoran aku dah habis semalam tak sempat beli
lagi. Tesco tutup semalam sebab staff dia mogok”, ujar
jalal dengan tersipu-sipu sebab ketiaknya bau busuk sama tahap dengan
kambing.
Pada
masa itu sebahagian manusia telah meneroka dan menduduki planet
marikh disebabkan telah bosan duduk di bumi. Saintis-saintis yang
bijak pandai telah mencipta teknologi canggih yang dapat setkan cuaca
dan udara di marikh sama atau seakan-akan di bumi supaya manusia,
binatang dan tumbuhan dapat hidup sama seperti di bumi. Teknologi
tersebut menjadikan manusia hidup seperti di dalam balang kaca.
Senang
cerita, satu balang kaca gergasi telah dibina di atas permukaan
marikh dan dimasukkan ke dalamnya oksigen. Kaca lutsinar balang
tersebut membenarkan cahaya matahari dapat menembusinya demi
kemaslahatan kehidupan di dalamnya. Bahagian lantainya pula ditambun
dengan lapisan tanah yang diangkut dari bumi setebal 5 kilometer
minimum.
Sumber
makanan kebanyakannya diimport dari bumi. Maka setiap hari banyaklah
kapal angkasa dagang yang bagak-bagak membawa kontena berulang-alik
dari bumi ke marikh membawa beras, ubi keledek, ikan masin, daging
babi dan sebagainya.
Babak
3:
Rogayah
menuangkan kopi ke dalam cawan dan menghidangkan kepada Hassan.
Rogayah adalah sebuah robot humanoid ataupun
robot berbentuk manusia kepunyaan jalal yang telah berkhidmat
dengannya selama dua tahun.
Dua
tahun dahulu jalal telah membeli sebuah robot humanoid yang
rosak di sebuah pasar yang menjual barang-barang lama daripada Encik
Muthukari untuk dihadiahkan kepada anak perempuannya, muna sempena
hari lahirnya yang ke-15. Setelah dibaiki apa yang patut robot
tersebut boleh berfungsi semula. Kemudian ia dinamakan Rihanna oleh
muna.
Setelah
muna meninggal setahun yang lepas disebabkan kemalangan kapal angkasa
ketika lawatan sambil belajar di sebuah gurun di marikh dengan cikgu
saleha, jalal telah memberi nama yang lebih bermakna kepada robot
tersebut iaitu rogayah sebagai kenang-kenangan kepada isterinya yang
telah lama meninggal dunia akibat penyakit keputihan tahap tertinggi
dahulu.
Setelah
kopi dituangkan oleh rogayah, Hassan pun menghirup kopi. Lalu
terjadilah perbualan seperti berikut:-
Hassan:
Kopi
apa ni jalal? Sedap pulak rasanya.. aku dah lama tak minum kopi
sebenarnya…
Jalal:
Ala,
kopi luwak mak aku kat kampong poskan dekat aku semalam.
Hassan:
Ooo..
patut la sedap. Mak kau kat bumi sihat?
Jalal:
Mak
aku ok. Baru dua minggu lepas dia kawin lain dengan jiran aku, pak
ilyas…
Hassan:
Oooo..
apesal aku tak tau pun? Kau tak jemput aku pun?
Jalal:
Ala
kawin buat kecik-kecik je… orang tua la kan.. segan la aku nak
jemput kau…
Hassan:
Okey
ke pak ilyas tu jadi bapak tiri kau?
Jalal:
Boring
la aku. Dia tu old school… Arghhh, boringlah borak pasal aku!! Ko
plak banyak gile duit ko sewa kapal angkasa. Apasal tak naik public
spaceship (public transport) je?
Hassan:
Alaa...
aku sewa dengan kawan aku suzy meow, dia kira murah je…
“Wolf!!
Wolf!! Wolf!!”, Tiba-tiba
kedengaran dino menyalak garang di luar rumah.
Babak
4:
“Wolf!!
Wolf!! Wolf!!”
Kelihatan
dino sedang menyalak ke arah atas bumbung rumah. Dino adalah sebuah
robot anjing kepunyaan jalal yang tidak haram disentuh oleh orang
islam.
Hassan
dan jalal pun berlari keluar rumah untuk melihat ke atas bumbung.
Kelihatan kapal angkasa mini suzy meow terapung-apung di atas bumbung
dan memejut laju hilang dari pandangan bersama sebuah lagi kapal
angkasa mini yang mengiringi.
“Spaceship
suzi kena curi!!”, jerit
Hassan.
“Wolf!
Wolf! Wolf!”, dino si anjing robotic menyalak lagi.
Rogayah
yang turut sama berlari keluar bersama Hassan dan jalal tadi dengan
tak semena-mena terbang ke langit mengejar pencuri tersebut sama
seperti iron
manterbang.
Babak
5:
Selepas
15 minit rogayah pun pulang ke rumah. Dia memberitahu Hassan dan
jalal yang dia tidak mampu mengejar pencuri tersebut kerana kuasanya
tidak setanding dengan kelajuan kapal angkasa yang dicuri tersebut.
Oleh kerana menggunakan power-nya
melebihi had, rogayah mengalami kerosakan mengakibatkannya
menjadi weng dan
bercakap bukan-bukan tentang skandal jalal dengan anak dara jiran
sebelah.
Selepas
Hassan dan jalal membuat repot polis, sarjan midon dan orang-orangnya
pun datang membuat siasatan di rumah jalal. Mengikut siasatan,
pencuri naik ke bumbung dengan sebuah kapal angkasa mini yang dipandu
oleh seorang lagi, iaitu kapal angkasa pengiring yang dilihat ketika
kapal angkasa suzy meow dilarikan sebentar tadi.
Tiada
kesan cap jari boleh dijumpai kerana pencuri datang dari atas langit,
bukannya masuk ke dalam rumah melalui pintu seterusnya ke atas
bumbung.
Berita
fasal kehilangan kapal angkasa telah diberitahu kepada suzy meow di
bumi melalui mesej facebook kerana
Hassan tak berani hendak bercakap direct melalui
telefon takut kena marah.
Babak
6:
Selepas
dua hari, sarjan midon dan konco-konconya masih gagal mengesan
pencuri dan kapal angkasa suzy meow.
Pada
hari ketiga sebuah bank di marikh di bandar di mana jalal tinggal
telah dirompak oleh 3 orang perompak. Mereka telah melarikan 5 juta
ringgit Malaysia. Rakaman CCTV menunjukkan mereka datang dan
melarikan diri dengan sebuah kapal angkasa mini.
Menurut
sarjan midon kepada jalal dan Hassan, perompak telah menggunakan
kapal angkasa suzy meow yang hilang 3 hari lepas dan kapal angkasa
tersebut telah dijumpai semula ditinggalkan bersama kunci di sebuah
gurun di marikh dalam keadaan elok. Polis gagal menjumpai cap jari
perompak di dalam kapal angkasa dipercayai kerana perompak
memakai glove.
Kapal
angkasa tersebut kemudian diserahkan semula kepada Hassan. Sarjan
midon dan orang-orangnya kini giat menyiasat kes rompakan bank pula.
Siasatan adalah sukar kerana para perompak memakai topeng,
menggunakan kenderaan orang lain dan dan tiada cap cari dapat
dikesan.
Babak
7:
Hassan
turun dari kapal angkasa selepas mendaratkannya di premis syarikat
suzy meow sdn bhd. Hassan menyerahkan kunci kapal angkasa kepada suzy
moew di pejabat. Suzy meow kemudian menyerahkan kunci tersebut kepada
bapanya Robert Tan. Robert Tan kemudiannya masuk ke biliknya dan
menyimpan kunci di dalam laci besar yang terdapat 5 juta ringgit
Malaysia di dalamnya. Robert Tan tersenyum.