“Perempuan
yang makan tengah hari bersama kau tu, Surayakan?”tanya Nazrul
Senyuman yang dihulurkan begitu sinis. Jeffry tersentak
merenung wajah rakan sepejabatnya
“kau
kenal ke?”tanya Jeffry dengan serius. Nazrul tergelak kecil sambil
menggeleng-gelengkan kepalanya.
“aku
kenal Suraya sebelum aku kenal kau, Jeff”kata Nazrul sambil
menundingkan pen ke muka Jeffry.
“Macam
mana kau kenal dia?”soal Jeffry dengan muka tidak puas hati.
“Dia
satu universiti dengan aku dulu. Masa di universiti ramai yang tak
suka dia”kata Nazrul selamba.
“Kenapa
pulak ramai tak suka dia? Suraya seorang gadis yang baik”suara
Jeffry mula bergegar. Dia terperanjat apabila Nazrul berkata
sedemikian.
“Yang
suka dia cuma kau. Yang kenal dia, kau tak tahu lagi. Dia
pernah kena tendang dari universiti sebab mengandung”sambung Nazrul
tanpa rasa bersalah.
“Betul
ke apa yang kau cakapkan ni?”mulut Jeffry ternganga. Mustahil
perempuan bertudung seperti Suraya pernah berzina. Tapi sepanjang dia
mengenali Suraya, gadis itu selalu ceria, riang, gemar bergurau dan
berterus terang menceritakan perihal diri dan keluarganya. Takkan
Suraya sanggup berbohong dengan dirinya?
“Dia
tu kaki cukur, penipu, penggoda dan banyak hubungan dengan lelaki
lain dalam satu masa. Bila lelaki tu dah papa kedana, dia tinggalkan
macam tu saja kemudian cari jantan lain. Kawan-kawan aku ramai yang
dah terkena malah ada yang meninggal dunia kerana Suraya”Nazrul
begitu galak bercerita
“Aku
tak percaya!”Jeffry bingkas bangun menuju ke jendela.
Pandangannya tertumpu ke atas siling putih. Dia tersenyum lebar dan puas. Dia berharap sangat Jeffry akan mempercayai cerita yang disampaikan olehnya tadi. Inilah masa untuk dia membalas terhadap seorang gadis yang meninggalkan dirinya dulu. Kau akan rasa kecewa seperti mana aku rasakan, Suraya. Kau akan lihat lelaki yang kau cintai akan melarikan diri dari kau dan kau akan datang semula kepada aku Sekeping gambar Suraya yang diambil sewaktu di universiti di tatapnya dalam-dalam. Betapa sukarnya dia memikat gadis bernama Suraya ini.
Pada awal perkenalan, gadis ini kelihatan sombong rupa-rupanya seorang pendiam dan peramah. Nazrul, lelaki yang ramai kenalan dari kalangan perempuan tergolong pelajar yang bijak dalam pelajarannya, malah statusnya sebagai anak datuk turut melonjakkan namanya sebagai pelajar popular di universiti. Dia selalu membantu mencari bahan-bahan tugasan dan sentiasa bersama membuat tugasan dalam satu kumpulan. Daripada situ hubungan mereka berdua menjadi rapat dan akhirnya menyintai antara satu sama lain. Suraya ternyata bukan sebarangan gadis yang sanggup menyerahkan segala-galanya. Gadis itu terlalu mengikut batasan sehinggakan berpegangan tangan, berpeluk apatah lagi duduk di taman bunga amat tidak disukai Suraya. Semua ini amat mencabar Nazrul tetapi alasan dan pujukan Suraya membuatkan dia kadangkala termalu sendiri Hubungan mereka berdua hanya setakat separuh jalan apabila Arween datang kepada Nazrul meminta bertanggung jawab di atas kandungannya. Jika tidak Arween akan memberitahu ibu bapanya dan kepada kawan-kawannya yang lain malah sanggup menghebahkannya di satu universiti. Mahu tak mahu Nazrul terpaksa menikahi Arween secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Suraya.
Selama dia hidup berumahtangga, dia menjalinkan hubungannya dengan Suraya sehinggalah Suraya meninggalkannya atas alasan Nazrul sudah berkahwin. Suraya tidak mahu menganggu dirinya yang telah berumahtangga. Dia amat tertekan selepas Arween meninggal dunia sewaktu melahirkan bayi lelakinya. Lebih malang bayi lelakinya turut meninggalkannya kerana tidak cukup bulan dan mengalami komplikasi dalaman. Selepas peristiwa itu, Nazrul seperti biasa kembali menyambung pengajiannya. Sekembalinya dia ke kampus Nazrul kembali hilang semangat untuk meneruskan pengajiannya. Ketika itu Suraya mula rapat dengan kawan baiknya sendiri. Malahan Suraya dan kawan baiknya tidak mempedulikan dirinya langsung.
Pandangannya tertumpu ke atas siling putih. Dia tersenyum lebar dan puas. Dia berharap sangat Jeffry akan mempercayai cerita yang disampaikan olehnya tadi. Inilah masa untuk dia membalas terhadap seorang gadis yang meninggalkan dirinya dulu. Kau akan rasa kecewa seperti mana aku rasakan, Suraya. Kau akan lihat lelaki yang kau cintai akan melarikan diri dari kau dan kau akan datang semula kepada aku Sekeping gambar Suraya yang diambil sewaktu di universiti di tatapnya dalam-dalam. Betapa sukarnya dia memikat gadis bernama Suraya ini.
Pada awal perkenalan, gadis ini kelihatan sombong rupa-rupanya seorang pendiam dan peramah. Nazrul, lelaki yang ramai kenalan dari kalangan perempuan tergolong pelajar yang bijak dalam pelajarannya, malah statusnya sebagai anak datuk turut melonjakkan namanya sebagai pelajar popular di universiti. Dia selalu membantu mencari bahan-bahan tugasan dan sentiasa bersama membuat tugasan dalam satu kumpulan. Daripada situ hubungan mereka berdua menjadi rapat dan akhirnya menyintai antara satu sama lain. Suraya ternyata bukan sebarangan gadis yang sanggup menyerahkan segala-galanya. Gadis itu terlalu mengikut batasan sehinggakan berpegangan tangan, berpeluk apatah lagi duduk di taman bunga amat tidak disukai Suraya. Semua ini amat mencabar Nazrul tetapi alasan dan pujukan Suraya membuatkan dia kadangkala termalu sendiri Hubungan mereka berdua hanya setakat separuh jalan apabila Arween datang kepada Nazrul meminta bertanggung jawab di atas kandungannya. Jika tidak Arween akan memberitahu ibu bapanya dan kepada kawan-kawannya yang lain malah sanggup menghebahkannya di satu universiti. Mahu tak mahu Nazrul terpaksa menikahi Arween secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Suraya.
Selama dia hidup berumahtangga, dia menjalinkan hubungannya dengan Suraya sehinggalah Suraya meninggalkannya atas alasan Nazrul sudah berkahwin. Suraya tidak mahu menganggu dirinya yang telah berumahtangga. Dia amat tertekan selepas Arween meninggal dunia sewaktu melahirkan bayi lelakinya. Lebih malang bayi lelakinya turut meninggalkannya kerana tidak cukup bulan dan mengalami komplikasi dalaman. Selepas peristiwa itu, Nazrul seperti biasa kembali menyambung pengajiannya. Sekembalinya dia ke kampus Nazrul kembali hilang semangat untuk meneruskan pengajiannya. Ketika itu Suraya mula rapat dengan kawan baiknya sendiri. Malahan Suraya dan kawan baiknya tidak mempedulikan dirinya langsung.
“Kenapa
tak makan nasi goreng tu? Nanti sejuk tak sedap pulak”tegur Suraya
sambil mengerling kekasihnya yang dari tadi asyik termenung. Keluhan
berat Jeffry membuatkan Suraya kembali tertoleh ke arah Jeffry
semula.
“Kenapa
Jeff, ada masalah ke?”tanya Suraya lembut. Jeffry merenung wajah
Suraya dengan tajam. Cerita Nazrul tentang Suraya masih
terngiang-ngiang di telinganya. Benarkah Suraya bukan gadis suci
lagi? Dia benar-benar tidak percaya tetapi kesungguhan Nazrul
membuatkan dia hampir mempercayainya. Barangkali Suraya sudah berubah
dan kembali ke pangkal jalan, itu tidak mengapa tetapi Suraya bukan
lagi gadis suci amat berat untuk dia terima.
“Sue,
Jeff mahukan keikhlasan dari Sue. Adakah Sue benar-benar menyintai
Jeff?”tanya Jeffry bersungguh-sungguh. Suraya mengangguk Entah
mengapa sejak kebelakangan ini Jeffry lebih banyak membisu dan dan
mula tidak banyak cakap.
“Sue
ikhlas menyintai Jeff. Kenapa Jeff masih meragui Sue? Selama kita
bersama Sue tak pernah meragui kepercayaan dan kesetiaan Jeff
.Cuma Jeff saja dalam hidup Sue”jelas Suraya
bersungguh-sungguh
“sebelum
Jeff, Sue pernah bercinta?”tanya Jeffry tidak sabar-sabar. Suraya
mengangguk perlahan dengan wajah tenang
“Rakan
seuniversiti dulu. Su tak mahu bercerita sebab tak mahu memburukkan
dia. Cukuplah. Su tak mahu ingat kisah lama lagi”kata Suraya sedih.
Jeffry masih tidak berpuas hati. Masih ingin tahu. Seperti ada
sesuatu yang dirahsiakan darinya
“Ceritalah”Jeffry
mendesak.
“Jeff,
apa yang boleh Su katakan bekas teman lelaki Su ni amat mengecewakan
Sue. Untuk apa meneruskan hubungan jika selalu disakiti dan ditipu.
Cukuplah, Su tak mahu ingat kisah lama”kata Suraya perlahan-lahan
mengeluh berat
“Kisah
buruk?”tingkah Jeffry
“Memang
buruk pun kisah cinta Sue”kata Suraya tenang. Jeffry merenung
tajam wajah Suraya sehinggakan gadis itu tidak begitu selesa.
“Betul
ke Sue pernah mengandung sebelum ini?”Jeffry bersuara keras sambil
mengetapkan giginya. Suraya tersentak. Dia seperti mahu pengsan
mendengar cemuhan itu. Dia tidak menyangka yang Jeffry sanggup kata
sedemikian pada dirinya
“Jeff
ingat Sue ni perempuan jenis apa? Sue masih ada maruah dan harga
diri. Kenapa? Jeff takut jika berkahwin dengan perempuan yang
tidak ada dara lagi?”suara Suraya meninggi, air matanya mula
berkolam.
“Jadi
betullah, Sue bukan gadis suci lagi?”marah Jeffry tiba-tiba.
Suraya mengeluh lalu tersandar. Dia tidak boleh menerima kata-kata
sedemikian. Dia rasa marah yang teramat sangat tetapi semua itu
dikawal dengan kewarasan dan kerasionalan dirinya.
“Siapa
yang beritahu Jeff semua ni, Jeff?”tanya Suraya kecewa. Dia marah
benci dengan tuduhan sedemikian. Lelaki ini masih tidak ada rasa
kepercayaan dan pemahaman kepada dirinya.
“Tak
perlu tahu siapa yang beritahu!”suara Jeffry meninggi
“Kenapa
mesti percayakan orang lain dari Sue?”marah Suraya dalam nada
perlahan
“Kenapa?
Jadi betullah cerita-cerita tentang Sue?”bentak Jeffry
“Siapa
yang beritahu cerita-cerita macam ini, Jeff?”tanya Suraya perlahan.
Suaranya hilang kawalan dan mula menangis. Soalan itu masih
tergantung tanpa jawapan. Dia ingin tahu siapa yang mereka-reka
cerita buruk tentang dirinya.
“Tak
perlu tahu. Jeff rasa cukup sampai di sini saja hubungan kita”Jeffry
membuat keputusan. Suraya tersentak. Air matanya sudah pun meleleh ke
pipinya.
“Kau
perempuan kotor, jijik. Aku bencikan perempuan macam kau!”bentak
Jeffry lalu melangkah meninggalkan suraya di dalam restoran ekslusif
itu. Suraya tidak terdaya untuk mengejar Jeffry, pandangannya hanya
mampu melihat tubuh itu berlalu pantas.
“Betul
ke ini gambar Suraya, Nazrul?”tanya Jeffry terkejut. Dia seperti
tidak percaya melihat gambar-gambar di dalam skrin komputer. Pertama
kali melihat gambar ini, dia mengucap panjang. Dia tidak menyangka
Suraya sanggup melakukan kerja terkutuk ini.
“Kenapa
tak percaya? Hei, come
on lah,
kalau orang perempuan dah terdesak sanggup buat apa saja demi
wang”kata Nazrul sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dada Jeffry
berombak kencang. Laju. Saat itu bencinya pada Suraya semakin
meluap-luap. Dia tak sanggup melihat gambar lucah Suraya lagi. Betapa
banyak mata yang sudah melihat tubuh Suraya yang tidak berbaju itu.
Keputusannya muktamad untuk melupakan Suraya buat selama-lamanya..
“Kau
nak apa lagi, Nazrul?”marah Suraya apabila Nazrul muncul secara
tiba-tiba di hadapannya sebaik sahaja dia keluar dari pusat membeli
belah.
“Aku
nak kau, Suraya”jawab Nazrul sambil tersenyum.
“Aku
takkan kembali kepada kau, Nazrul” marah Suraya
“Aku
tak mahu kau menganggu aku lagi.”pinta Suraya.
“Tidak,
Suraya. Aku masih cinta dan sayangkan kau. Aku mahu bersama kau.
Tolonglah terima aku balik. Aku berjanji aku takkan mengecewakan kau
lagi”Nazrul merayu. Suraya menggeleng-gelengkan kepalanya. Cukuplah
hanya sekali lelaki ini hadir dalam hidupnya.
“ Tolonglah
jangan ganggu aku lagi!”Suraya terus berlari menuju ke keretanya
dan cepat –cepat menutupnya tanpa membuang masa dia terus
menghidupkan enjin kereta. Nazrul terpinga-pinga melihat kereta Gen-2
berlalu pergi. Hati Nazrul semakin sakit. Aku akan terus mencari kau
sehingga ke lubang cacing sekalipun.
Malam
itu Suraya menangis keseorangan di dalam bilik. Berita dari kawannya
yang memberitahu Jeffry akan berkahwin dengan gadis pilihan ibunya
benar-benar membuatkan dia kecewa dan marah. Begitu mudah Jeffry
meninggalkannya. Pertemuannya dengan Nazrul kembali mencari-carik
hatinya. Lelaki itu sekejap ada sekejap hilang akhirnya dia mendapat
tahu Nazrul sudah pun berkahwin sewaktu belajar di universiti.
Kemudian Suraya berkawan rapat dengan kawan sebilik asrama Nazrul,
Fadriz. Kebetulan Fadriz sama jurusan dengannya memudahkan dia
bertukar-tukar nota, mencari bahan tugasan bersama dan adakalanya
mereka akan keluar bersama-sama membincangkan hal-hal pelajaran.
Hubungan itu sekadar bersahabat akhirnya Fadriz mendesak dia
menjalinkan hubungan yang lebih serius. Suraya menolak. Lantas Suraya
melarikan dirinya dari Fadriz tetapi lelaki itu masih memburu
dirinya. Fadriz terlalu kecewa dengan dirinya sehingga mengambil
dadah dan akhirnya meninggal dunia. Bukan dia tidak sudi menerima
cinta Fadriz tapi dia sudah banyak melihat Fadriz yang selalu
bertukar-tukar teman wanita. Ramai perempuan yang pernah mendampingi
Fadriz meminta dia berhati-hati kerana Fadriz adalah Kasanova Selepas
Fadriz mendapat apa yang dia mahu dari seorang perempuan, perempuan
itu akan ditinggalkan
“Aku
cintakan Suraya, Naz. Aku cintakan dia. Aku tak boleh hidup tanpa
dia”kata Fadriz separuh lemah. Mata Nazrul berair lebih menyedihkan
tubuh rakan baiknya semakin kurus kering dan tidak bermaya. Di dalam
bilik ini, jarum-jarum suntikan bersepah. Terdapat bermacam-macam bau
dari bilik ini. Hanyir dan menjijikan! Nazrul tersentak mendengar
pengakuan Fadriz yang duduk tersandar.
“Sampai
hati dia tinggalkan aku, Naz. Mungkin inilah pembalasan kerana aku
banyak mengecewakan ramai perempuan”kata Fadriz lemah. Dia dapat
membayangkan betapa banyaknya dosa-dosa yang dia lakukannya. Berapa
ramai perempuan yang menghina, mencaci dan mendoakan agar dia mati
kerana seorang perempuan.
Malam
Jumaat, upacara akad nikah selamat dijalankan. Jeffry berjaya
melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz. Kemudian Jeffry
terus di bawa ke dalam bilik pengantin perempuan untuk upacara
pembatalan air sembahyang dan menyarungkan cincin ke jari manis
isterinya.
Jeffry
terpaku seketika melihat kecantikan Shahira yang memakai kebaya putih
sedondon dengan selendang putih di atas kepala. Dia
merasakan pencarian ibunya begitu berbaloi dan merasakan meninggalkan
Suraya bukan satu yang sia-sia. Setelah segalanya berjalan lancar,
Jeffry mengambil keputusan untuk ke bilik isterinya. Dia tahu Shahira
sudah lama menantinya. Dia berdebar-debar, melihat Shahira duduk
bersimpuh di atas katil dengan senyuman yang menawan.
“Abang
mahu mandi dan sembahyang dahulu”kata Jeffry tersenyum.
“Abang,
Shira mahu memberitahu abang sesuatu”kata Shahira lembut. Kata-kata
itu disaluti dengan senyuman yang semakin menawan dan manja malah
benar-benar mencabar kelakiannya. Jeffry mengambil tempat di sebelah
Shahira. Perlahan-lahan tangan Shahira dicapai dan dikucupnya.
“Shahira
harap abang tidak marah apa yang Shira cakapkan ini”
“Cakaplah,
abang sedia mendengarnya Shira”Jeffry merenung wajah Shahira yang
putih gebu itu. Isterinya menundukkan kepalanya kemudian menangis
teresak-esak secara tiba-tiba.
“Kenapa
Shahira? Cakaplah”Jeffry memegang kedua-dua bahu isterinya yang
mula terhenjut-henjut. Tangisan perlahan Shahira bergema di gegendang
telinganya. Jeffry mula panik.
“Abang,
maafkanlah. Shira tak berniat nak menipu abang”
“Cakaplah
Shira. Apa dia?”Jeffry mula rasa bimbang. Takut ada sesuatu yang
buruk yang akan menimpa.
“Shira
bukan lagi gadis, bang”kata Shahira sambil menutup wajahnya dengan
kedua-dua tapak tangannya. Jeffry terperanjat. Mukanya bagaikan
ditampar oleh kenyataan Shahira.
“Shahira
sekarang mengandung dua bulan”tambah gadis itu lagi. Sekali lagi
Jeffry terperanjat besar, matanya dicerlang menjadi merah. Kedua-dua
tangannya dikempalkan kemudian dihempaskan ke atas katil
berkali-kali. Mahu sahaja dia menjerit sekuat hatinya. Dia
ditipu!
“Maafkan
Shira, bang”pohon isterinya berkali-kali
“Kenapa
tak beritahu awal-awal?”marah Jeffry terus memuncak.
“Emak
tak benarkan Shira beritahu abang. Mak abang pun tak tahu”Shahira
terus menyembamkan mukanya ke atas bantal. Jeffry terus turun dari
katil. Sebaik sahaja tangannya memutar tombol pintu. Telefon
bimbitnya berbunyi. Skrin telefon ditatapnya. Panggilan dari sahabat
lamanya di universiti, Shamsul, pakar Komputer di sebuah syarikat
telekomunikasi terkemuka di Ibu Negara.
“Assalammualaikum,
Shamsul”jawab Jeffry
“Waalaikummusalam,
Jeff. Maafkan aku sebab aku tak dapat hadir ke majlis pernikahan kau
tadi. Aku baru balik dari kerja luar”kata Shamsul dengan rasa
bersalah.
“Tak
mengapa, macam mana dengan gambar lucah tu? ”
“Jeff,
dari hasil kajian aku, gambar lucah tu palsu. Seluruh gambar asli
cuma gambar perempuan tu dicantum dengan gambar pelakon lucah dari
Indonesia. Apa yang pasti, gambar lucah ni tidak tersebar di
mana-mana. Ia seperti untuk tujuan peribadi”terang Shamsul
bersungguh-sungguh.
“Betul
ke?”soal Jeffry terkejut.
“ Isteri
aku kenal perempuan dalam gambar tu. Kata isteri aku namanya Suraya
Hanim binti Hamdan. Kau kenal ke?”Tanya Shamsul.
“Dia
bekas kekasih aku, Sham”jawab Jeffry sayu.
“Jeff,
isteri aku dulu satu roommate dengan
Suraya di universiti dulu. Isteri aku tak percaya langsung Suraya
buat kerja macam tu. Isteri aku kata, gambar tu mesti dilakukan oleh
Nazrul, bekas teman lelaki Suraya dulu”jelas Shamsul panjang lebar.
Sekali lagi Jeffry terperanjat. Telefon bimbit seperti mahu terlepas
dari tangannya. Jeffry termenung panjang. Dia merasakan satu
batu besar telah menghempap ke atas kepalanya. Jeffry mengetapkan
bibirnya. Dia terpandang atas katil, Shahira tertidur dengan pakaian
nikah sekali. Dia mahu pulang ke rumah ibunya.
“Suraya
seorang kawan yang baik, hati, peramah dan penyayang. Masa duduk di
asrama pada hujung minggu, Babahnya akan menjemput dia pulang ke
rumah. Dia tidak pernah duduk rumah sewa bersama kawan-kawannya
sebaliknya lebih suka tinggal bersama keluarga. Dia seorang anak yang
patuh dan taat pada mama dan babahnya. Terus terang saya katakan saya
tidak percaya langsung gambar ini adalah gambar Suraya. saya masih
ingat lagi cerita Suraya pada saya, katanya Nazrul akan sanggup buat
apa sahaja untuk mendapatkan Suraya semula”kata Faizah, isteri
Shamsul masih terngiang-ngiang ditelinganya malah hampir-hampir
menganggu tumpuannya Dia mahu bersemuka dengan Nazrul. Rasa kesal
yang dirasai semakin berat untuk ditanggungnya. Sesekali tangannya
menghentak-hentak stereng kereta. Dia menekan-nekan punat nombor
telefon bimbit Suraya tetapi tiada jawapan sebaliknya mengatakan
talian ini sudah tamat perkhidmatan. Lantas dia menghubungi telefon
rumah Suraya tetapi tidak berangkat.
“Hello,
Jeff. Aku dah tahu Suraya di mana”kata Shamsul cemas
“Dia
di mana sekarang?”
“Dia
di KLIA. Aku nampak dia sewaktu hantar adik aku. Dia bawa beg besar.
Jeff , baik kau jumpa dia sekarang juga”kata Shamsul.
“Baik!baik
aku akan ke sana sekarang juga”Jeffry terus mengubah haluan kereta.
Dia memandu laju sehingga memotong beberapa buah kereta. Apa pun
terjadi hari ini, dia tetap mahu menemui Suraya. Di dalam hati,
Jeffry banyak berdoa dan beristighfar.
Hatinya
berat untuk meninggalkan bumi Malaysia tetapi dia tekad untuk meraih
ilmu di Kota Inggeris sehingga menggenggam segulung Ph.D. Dia mahu
belajar dan bersendirian di sana sekaligus mencari ketenangan. Tuhan,
aku berserah padaMu, apa yang KAU berikan pada aku, aku pasrah
menerimanya. Bawalah aku dibawah lindungan rahmatMU, bisik hati
nurani Suraya. Dia menoleh ke belakang, Mama, babah dan adik-adiknya
masih berada di belakangnya, dia dapat rasakan satu kekuatan dan
semangat menyelinap di dalam tubuhnya.
“Suraya!”langkah
Suraya terhenti tatkala terdengar suara yang amat dirinduinya
“Sue
nak ke mana?”Tanya Jeffry masih sedikit termengah-mengah.
“ tak
perlu tahu apa yang berlaku pada Sue”kata Suraya memandang Jeffry.
“Maafkan
Jeff, Sue”, Jeffry merayu
“Sue
dah maafkan Jeff. Kita lupakan saja kisah kita dan terima saja yang
kita sudah tiada jodoh. Jeff yang mahukan perpisahan ini bukan? Untuk
menerima Jeff kali kedua, tidak lagi. Hanya sekali cinta Sue kepada
seorang lelaki saja Jeff”kata Suraya
“Jeff
sanggup menceraikan isteri Jeff demi Sue”
“ Jangan.
Sue tak mahu dituduh menyebabkan kemusnahan masjid Jeff. Jangan
biarkan tiang arasy bergegar”pinta Suraya. Dia tidak akan
membiarkan Jeff memusnahkan masjidnya sendiri. Dia mahu melihat
lelaki yang pernah dicintainya bahagia bersama insan yang bergelar
isteri.
“Jeff,
dalam percintaan, kita harus menerima apa sahaja kekurangan dan
kelebihan manusia. Kita perlu ada kesetiaan, kepercayaan dan
ketulusan hati tetapi Jeff lebih mempercayakan orang lain dari Sue.
Sue kecewa. Sue tetap doakan kebahagian Jeff walaupun dari jauh.
Pinta Sue, jangan ceraikan isteri Jeff. Sayangi dan cintailah dia
seperti mana Jeff mencintai Sue dulu”mohon Suraya mengharap. Mereka
saling memandang antara satu sama lain. Perpisahan yang amat berta
diterima Jeffry
“Pulanglah,
Jeff. Pulanglah “Perlahan-lahan Suraya menarik kedua-dua tangannya
dari genggaman Jeffry. Matanya hanya mampu mengiringi kepergian
Suraya yang menuju ke balai berlepas.
June 29, 2013 at 2:48 PM
menarik, judulnya agak serem, tapi saya suka isinya,,, bagus