rss

"Kau kenal Moira lama dah?"

"Taklah sangat, baru beberapa minggu. Kau kawan dia ke?"

"Boleh dikatakan macam tu. Aku cuma nak warning kau sikit, bro."

"Huh?"

"Moira tu ada gila sikit. Kalau kau sayangkan diri kau tu, kau jauhkan diri daripada dia."

"Apa yang kau merepek ni?"

"I know I sound ridiculous. Tapi aku jujur cakap, she's a bit crazy. Jangan dekati dia."

Lelaki yang tak dikenali itu terus blah sebelum sempat aku nak bertanya lagi. Kedatangannya secara tiba-tiba di food court yang terlalu ramai sangat orang ni memang mengejutkan aku. Sudahlah aku tak kenal dia, nak warining aku tentang Moira lagi tu! Aku syak dia dok perhatikan aku lepak dengan Moira sejak tengah hari tadi.

Tapi sedikitpun aku tak tergugat dengan amaran lelaki yang hanya bertshirt merah, bersweater hitam dan berseluar pendek paras lutut. Cuma yang lawaknya, dia tak pandai menggayakan rambutnya yang berpotongan pendek di tepi dan panjang mencecah dahi di hadapan. Bodoh, kalau tak pandai menggayakan haircut macam tu, apesal gatal nak potong rambut macam tu?

Dari jauh aku perhatikan Moira, yang masih di gerai jus, menunggu strawberry milkshakenya siap.

Moira seorang gadis yang aku baru kenal, dalam seminggu dua. Aku mula kenal dia sejak dia datang ke kedai aku membeli benih bunga kat kedai hipster Mak Long aku - benih bunga African Daisy dan benih bunga Poppy Californian Purple Gleam. Katanya dia teringin nak menanam bunga, dan dia tak pernah tanam bunga selama ni, jadi aku bantu dia sikit dan pilihkan pasu yang sesuai dan nasihat dia tentang penjagaan bunga yang sesuai - alahai, dah macam perempuan pulak bunyinya aku ni kan?

Tapi sejak tu, aku sering singgah ke rumah Moira untuk mengajar dia gardening, sekaligus membantu dia menjaga bunga sekali. Aku tinggalkan arahan-arahan penjagaan pokok bunga yang patut kat peti sejuk dia, dia harus tahu tu. Dan entah macam mana, kami jadi kawan.

Moira seorang gadis yang sangat misteri. Kedatangannya ke kedai Mak Long aku buat pertama kali dah memberi impresi bahawa dia seorang yang sangat berahsia. Dia memakai kardigan panjang berwarna coklat, waktu itu, serta tshirt hitam, seluar hitam dan yang paling menarik perhatianku, Dr Martens klasik hitam. Jarang kau jumpa awek yang pakai Dr Martens, lagi-lagi yang pakai Dr Martens dengan kardigan panjang - dah macam awek boho dah aku nampak.

Penampilan-penampilan dia selepas itu tidak jauh bezanya. Pakaiannya gelap, segelap matanya. Rambutnya panjang mencecah bawah bahu, serabut tapi serabut ada cantiknya. Ada sesuatu yang menarik dalam senyuman Moira, dan cara jelingannya apabila dia senyum. Seolah-olah mengatakan, "kau gila, tapi aku suka." Tapi Moira tak pernah bercerita tentang keluarganya ataupun kawan-kawannya. Dia selalu menyendiri.

Sebab tu aku heran macam mana mamat tadi boleh muncul dan boleh warning kat aku. Dia kata dia kawan Moira?

"Chocolate shake for you," Moira meletakkan chocolate shake di hadapan aku.

"Wah, saya tak mintak pun chocolate shake!" Kata aku.

"Ambik je lah, Farid."

Aku senyum kat dia. "Thanks."

Mata dia masih gelap waktu dia senyum. Senyumannya menarik.

+ + + +

"MOIRA!"

Aku hairan kenapa pintu rumah Moira tak berkunci waktu aku bergegas mencari dia. Moira tak jawab panggilan aku sejak pagi tadi, dan selalunya dia bangun seawal pukul 6 pagi untuk mula jogging di taman. Memang itu rutin harian dia, dan aku pun kerap kali meneman dia berjogging di taman awal-awal pagi sampaikan aku pun dah makin fit nampaknya. Hasrat nak balik gym tu datang kembali lepas rasa best beriadah.

"Moira! Where are you?"

Tiada kelibat Moira di ruang tamu, di bilik mandi, di dapur. Aku ketuk pintu bilik tidurnya - itu lah last resort dia.

"Moira?"

Tak berkunci. Aku buka pintu. Biliknya berhambur. Buku-buku novel tersusun elok di atas rak. Lukisan-lukisan dan lakaran tertampal di dinding. Hanya katilnya kosong, selimut tak berlipat, bantal berselerak. Kotak hitam kecil di atas lantai tidak terbuka seolah tidak terusik, tetapi sebuah buku kecil terbuka di atas lantai. Buku berkulit hijau dengan tulisan berangkai di dalamnya. Aku agak, buku jurnal.

Aku tak nampak Moira, tapi aku terdengar esakkannya.

Perlahan-lahan aku meniarap. "Moira, awak okey tak?"

Moira baring meniarap di bawah katil. Maskaranya luntur, dan mekap matanya comot. Aku agak dia baru siap menangis - atau sedang menangis?

"Sejuk..." Kata Moira. Suaranya pecah.

"Moira, come, let's get you out of there." Aku hulurkan tangan.

Moira menggeleng.

"Moira... Jom."

Dia sambut tangan aku.

+ + + +

Aku tak tahu apa yang berlaku, tapi Moira membisu setelah aku keluarkan dia daripada bawah katil. Dia tak senyum, dia tak menangis gak. Ekspresi wajah Moira yang neutral menakutkan aku, tapi aku nak tahu gak apa yang berlaku di sebalik apa yang terjadi dengan Moira.

Dia duduk dalam tab mandi dengan t-shirt hitamnya dan seluar pijama hitamnya, sambil aku basuh rambut dia yang kotor sebab sarang labah-labah dan debu bawah katil. Aku tak nak kacau dia, tapi bila aku basahkan rambut dia dengan shower, dia tak komplen pun apabila pakaiannya turut basah sekali.

Kau boleh cakap aku gila, tapi dia nampak cantik bila dia sedih.

"Moira, you know you can talk to me about just anything, right?"

Dia tidak membalas. Cuma termenung kosong.

"Moira." Aku belai rambut dia sambil aku basuh rambut dia.

"Farid. Hati saya dah rosak. Awak masih nak jadi kawan saya?"

Aku terkejut mendengar dia bersuara - finally - dan aku terus tersenyum. "Of course, Moira."

Moira melakarkan senyuman. "Saya suka rambut awak."

+ + + +

Aku rasa sakit berdenyut-denyut apabila aku cuba membuka mata. Badan aku terasa lenguh dan aku tak tahu kenapa. Aku angkat dari posisi badan yang aku sedar senget. Kepala aku pening, dan aku tak tahu kenapa. Deria aku kembali perlahan-lahan. Aku dengar lagu yang aku tak kenal sedang bermain, tapi aku kenal penyanyinya - Ke$ha.

Here I go, welcome to my funeral.

Padanlah sakit, aku tertidur kat atas konkrit. Eh? Tertidur? Aku tak ingat apa-apa. Aku kat mana?

All alone it's dark and cold, with every movie I die.

Aku panik sebentar. Tak berapa gelap, tak berapa terang. Aku lihat bayang seorang gadis sedang menari sendirian. Moira? Aku lihat sekeliling. Kalau aku teka betul, aku berada di atas tingkat bumbung sebuah bangunan. Tapi mana?

Kepala aku masih berdenyut-denyut. Sakitnya sampai aku pegang kepala aku... Kejap. Kenapa kepala aku terasa lain? Kenapa rambut aku dah lain? Pendek! Pendek di tepi dan panjang menutup dahi di hadapan. Macam mana boleh lain? Siapa yang potong?

I have destroyed our love, it's gone. Payback is sick, it's all my fault
.

Kejap. Ini bukan baju aku. Jaket hijau lumut ni bukan aku yang punya. t-shirt hitam ni bukan aku yang punya. Seluar jeans seasoned ini bukan aku yang punya. Kasut Adidas ni bukan aku yang punya - tapi kalau nak aku simpan, takde hal!

Lain bau pakaian ni. Bau minyak wangi. Bau 
husky, manly, sweet.

Apa yang dah berlaku ni?

Aku cuba bangun, tapi kaki aku sangat lenguh. "Moira!" Aku panggil dia.

Dia berhenti menari, dan aku dapat amati wajah dia yang tersenyum sedih. Mekap matanya luntur, matanya gelap, senyumannya tidak menampakkan gigi. Kali ini dia memakai jumper labuh berwarna coklat, seluar skinny hitam dan sneakers Converse hi cut. Dalam masa aku tertarik dengan kasutnya, aku pandang dia lagi.

"Moira, where are we?"

"Jordan, you're awake." Moira berlari ke arah aku.

Jordan? Kejap. Aku bukan Jordan. Aku Farid.

"Jangan tinggalkan aku lagi, kau tahu?" Katanya, tersenyum.

I'm dancing with tears in my eyes, just fighting to get through the night.

Aku panik. Apa yang dah berlaku ni? Aku cuba tak tunjuk wajah panik. Takut-takut dia ada senjata. Aku rasakan Moira sangat saiko ketika ni. Aku tak berani nak buat apa-apa! "Kenapa aku nak tinggalkan kau?" Aku jawab, berani.

"Sebab nanti aku mati lagi."

Aku teringat kata-kata stranger kat Aeon sebulan yang lepas. Mamat stranger yang aku ingat sekadar seorang ex-boyfriend yang jelaous.

"Moira tu ada gila sikit. Kalau kau sayangkan diri kau tu, kau jauhkan diri daripada dia."

Perempuan yang makan tengah hari bersama kau tu, Surayakan?”tanya Nazrul Senyuman yang dihulurkan begitu sinis. Jeffry tersentak  merenung wajah rakan sepejabatnya
            “kau kenal ke?”tanya Jeffry dengan serius. Nazrul tergelak kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
            “aku kenal Suraya sebelum aku kenal kau, Jeff”kata Nazrul sambil menundingkan pen ke muka Jeffry.
            “Macam mana kau kenal dia?”soal Jeffry dengan muka tidak puas hati.
            “Dia satu universiti dengan aku dulu. Masa di universiti ramai yang tak suka dia”kata Nazrul selamba.
            “Kenapa pulak ramai tak suka dia? Suraya seorang gadis yang baik”suara Jeffry mula bergegar.  Dia terperanjat apabila Nazrul berkata sedemikian.
            “Yang suka dia cuma kau. Yang kenal dia,  kau tak tahu lagi. Dia pernah kena tendang dari universiti sebab mengandung”sambung Nazrul tanpa rasa bersalah.
            “Betul ke apa yang kau cakapkan ni?”mulut Jeffry ternganga. Mustahil perempuan bertudung seperti Suraya pernah berzina. Tapi sepanjang dia mengenali Suraya, gadis itu selalu ceria, riang, gemar bergurau dan berterus terang menceritakan perihal diri dan keluarganya. Takkan Suraya sanggup berbohong dengan dirinya?
            “Dia tu kaki cukur, penipu, penggoda dan banyak hubungan dengan lelaki lain dalam satu masa. Bila lelaki tu dah papa kedana, dia tinggalkan macam tu saja kemudian cari jantan lain. Kawan-kawan aku ramai yang dah terkena malah ada yang meninggal dunia kerana Suraya”Nazrul begitu galak bercerita
            “Aku tak percaya!”Jeffry bingkas bangun menuju ke jendela.
Pandangannya tertumpu ke atas siling putih. Dia tersenyum lebar dan puas. Dia berharap sangat Jeffry akan mempercayai cerita yang disampaikan olehnya tadi. Inilah masa untuk dia membalas terhadap seorang gadis yang meninggalkan dirinya dulu. Kau akan rasa kecewa seperti mana aku rasakan, Suraya. Kau akan lihat lelaki yang kau cintai akan melarikan diri dari kau dan kau akan datang semula kepada aku Sekeping gambar Suraya yang diambil sewaktu di universiti di tatapnya dalam-dalam. Betapa sukarnya dia memikat gadis bernama Suraya ini.
Pada awal perkenalan, gadis ini kelihatan sombong rupa-rupanya seorang pendiam dan peramah. Nazrul, lelaki yang ramai kenalan dari  kalangan perempuan tergolong pelajar yang bijak dalam pelajarannya, malah statusnya sebagai anak datuk turut melonjakkan namanya sebagai pelajar popular di universiti. Dia selalu membantu mencari bahan-bahan tugasan dan sentiasa bersama membuat tugasan  dalam satu kumpulan. Daripada situ hubungan  mereka berdua menjadi rapat dan akhirnya menyintai antara satu sama lain. Suraya ternyata bukan sebarangan gadis yang sanggup menyerahkan segala-galanya. Gadis itu terlalu mengikut batasan sehinggakan berpegangan tangan, berpeluk apatah lagi duduk di taman bunga amat tidak disukai Suraya. Semua ini amat mencabar Nazrul tetapi alasan dan pujukan Suraya membuatkan dia kadangkala termalu sendiri Hubungan mereka berdua hanya setakat separuh jalan apabila Arween datang kepada Nazrul meminta bertanggung jawab di atas kandungannya. Jika tidak Arween akan memberitahu ibu bapanya dan kepada kawan-kawannya yang lain malah sanggup menghebahkannya di satu universiti. Mahu tak mahu Nazrul terpaksa menikahi Arween secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Suraya.
Selama dia hidup berumahtangga, dia menjalinkan hubungannya dengan Suraya sehinggalah Suraya meninggalkannya atas alasan Nazrul sudah berkahwin. Suraya tidak mahu menganggu dirinya yang telah berumahtangga. Dia amat tertekan selepas Arween meninggal dunia sewaktu  melahirkan bayi lelakinya. Lebih malang bayi lelakinya turut meninggalkannya kerana tidak cukup bulan dan mengalami komplikasi dalaman. Selepas peristiwa itu,  Nazrul seperti biasa kembali menyambung pengajiannya. Sekembalinya dia ke kampus Nazrul kembali hilang semangat untuk meneruskan pengajiannya. Ketika itu Suraya mula rapat dengan kawan baiknya sendiri. Malahan Suraya dan kawan baiknya tidak mempedulikan dirinya langsung.
            “Kenapa tak makan nasi goreng tu? Nanti sejuk tak sedap pulak”tegur Suraya sambil mengerling kekasihnya yang dari tadi asyik termenung. Keluhan berat Jeffry membuatkan Suraya kembali tertoleh ke arah Jeffry semula.
            “Kenapa Jeff, ada masalah ke?”tanya Suraya lembut. Jeffry merenung wajah Suraya dengan tajam. Cerita Nazrul tentang Suraya masih terngiang-ngiang di telinganya. Benarkah Suraya bukan gadis suci lagi? Dia benar-benar tidak percaya tetapi kesungguhan Nazrul membuatkan dia hampir mempercayainya. Barangkali Suraya sudah berubah dan kembali ke pangkal jalan, itu tidak mengapa tetapi Suraya bukan lagi gadis suci amat berat untuk dia terima.
            “Sue, Jeff mahukan keikhlasan dari Sue. Adakah Sue benar-benar menyintai Jeff?”tanya Jeffry bersungguh-sungguh. Suraya mengangguk Entah mengapa sejak kebelakangan ini Jeffry lebih banyak membisu dan dan mula tidak banyak cakap.
            “Sue ikhlas menyintai Jeff. Kenapa Jeff masih meragui Sue? Selama kita bersama  Sue tak pernah meragui kepercayaan dan kesetiaan Jeff .Cuma Jeff  saja  dalam hidup Sue”jelas Suraya bersungguh-sungguh
            “sebelum Jeff, Sue pernah bercinta?”tanya Jeffry tidak sabar-sabar. Suraya mengangguk perlahan dengan wajah tenang
            “Rakan seuniversiti dulu. Su tak mahu bercerita sebab tak mahu memburukkan dia. Cukuplah. Su tak mahu ingat kisah lama lagi”kata Suraya sedih. Jeffry masih tidak berpuas hati. Masih ingin tahu. Seperti ada sesuatu  yang dirahsiakan darinya
            “Ceritalah”Jeffry mendesak.
            “Jeff, apa yang boleh Su katakan bekas teman lelaki Su ni amat mengecewakan Sue. Untuk apa meneruskan hubungan jika selalu disakiti dan ditipu. Cukuplah, Su tak mahu ingat kisah lama”kata Suraya perlahan-lahan mengeluh berat
            “Kisah buruk?”tingkah Jeffry
            “Memang buruk pun kisah cinta  Sue”kata Suraya tenang. Jeffry merenung tajam wajah Suraya sehinggakan gadis itu tidak begitu selesa.
            “Betul ke Sue pernah mengandung sebelum ini?”Jeffry bersuara keras sambil mengetapkan giginya. Suraya tersentak. Dia seperti mahu pengsan mendengar cemuhan itu. Dia tidak menyangka yang Jeffry sanggup kata sedemikian pada dirinya
            “Jeff ingat Sue ni perempuan jenis apa? Sue masih ada maruah dan harga diri.  Kenapa? Jeff takut jika berkahwin dengan perempuan yang tidak ada dara lagi?”suara Suraya meninggi, air matanya mula berkolam.
            “Jadi betullah, Sue bukan gadis suci  lagi?”marah Jeffry tiba-tiba. Suraya mengeluh lalu tersandar. Dia tidak boleh menerima kata-kata sedemikian. Dia rasa marah yang teramat sangat tetapi semua itu dikawal dengan kewarasan dan kerasionalan dirinya.
            “Siapa yang beritahu Jeff semua ni, Jeff?”tanya Suraya kecewa. Dia marah benci dengan tuduhan sedemikian. Lelaki ini masih tidak ada rasa kepercayaan dan pemahaman kepada dirinya.
            “Tak perlu tahu siapa yang beritahu!”suara Jeffry meninggi
            “Kenapa mesti percayakan orang lain dari Sue?”marah Suraya dalam nada perlahan
            “Kenapa? Jadi betullah cerita-cerita tentang Sue?”bentak Jeffry
            “Siapa yang beritahu cerita-cerita macam ini, Jeff?”tanya Suraya perlahan. Suaranya hilang kawalan dan  mula menangis. Soalan itu masih tergantung tanpa jawapan. Dia ingin tahu siapa yang mereka-reka cerita buruk tentang dirinya.
            “Tak perlu tahu. Jeff rasa cukup sampai di sini saja hubungan kita”Jeffry membuat keputusan. Suraya tersentak. Air matanya sudah pun meleleh ke pipinya.
                        “Kau perempuan kotor, jijik. Aku bencikan perempuan macam kau!”bentak Jeffry lalu melangkah meninggalkan suraya di dalam restoran ekslusif itu. Suraya tidak terdaya untuk mengejar Jeffry, pandangannya hanya mampu melihat tubuh itu berlalu pantas.
            “Betul ke ini gambar Suraya, Nazrul?”tanya Jeffry terkejut. Dia seperti tidak percaya melihat gambar-gambar di dalam skrin komputer. Pertama kali melihat gambar ini, dia mengucap panjang. Dia tidak menyangka Suraya sanggup melakukan kerja terkutuk ini.
            “Kenapa tak percaya? Hei, come on lah, kalau orang perempuan dah terdesak sanggup buat apa saja demi wang”kata Nazrul sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dada Jeffry berombak kencang. Laju. Saat itu bencinya pada Suraya semakin meluap-luap. Dia tak sanggup melihat gambar lucah Suraya lagi. Betapa banyak mata yang sudah melihat tubuh Suraya yang tidak berbaju itu. Keputusannya muktamad untuk melupakan Suraya buat selama-lamanya..
            “Kau nak apa lagi, Nazrul?”marah Suraya apabila Nazrul muncul secara tiba-tiba di hadapannya sebaik sahaja dia keluar dari pusat membeli belah.
            “Aku nak kau, Suraya”jawab Nazrul sambil tersenyum.
            “Aku takkan kembali kepada kau, Nazrul” marah Suraya
            “Aku tak mahu kau menganggu aku lagi.”pinta Suraya.
            “Tidak, Suraya. Aku masih cinta dan sayangkan kau. Aku mahu bersama kau. Tolonglah terima aku balik. Aku berjanji aku takkan mengecewakan kau lagi”Nazrul merayu. Suraya menggeleng-gelengkan kepalanya. Cukuplah hanya sekali lelaki ini hadir dalam hidupnya.
            “ Tolonglah jangan ganggu aku lagi!”Suraya terus berlari menuju ke keretanya dan cepat –cepat menutupnya tanpa membuang masa dia terus menghidupkan enjin kereta. Nazrul terpinga-pinga melihat kereta Gen-2 berlalu pergi. Hati Nazrul semakin sakit. Aku akan terus mencari kau sehingga ke lubang cacing sekalipun.
            Malam itu Suraya menangis keseorangan di dalam bilik. Berita dari kawannya yang memberitahu Jeffry akan berkahwin dengan gadis pilihan ibunya benar-benar membuatkan dia kecewa dan marah. Begitu mudah Jeffry meninggalkannya. Pertemuannya dengan Nazrul kembali mencari-carik hatinya. Lelaki itu sekejap ada sekejap hilang akhirnya dia mendapat tahu Nazrul sudah pun berkahwin sewaktu belajar di universiti. Kemudian Suraya berkawan rapat dengan kawan sebilik asrama Nazrul, Fadriz. Kebetulan Fadriz sama jurusan dengannya memudahkan dia bertukar-tukar nota, mencari bahan tugasan bersama dan adakalanya mereka akan keluar bersama-sama membincangkan hal-hal pelajaran. Hubungan itu sekadar bersahabat akhirnya Fadriz mendesak dia menjalinkan hubungan yang lebih serius. Suraya menolak. Lantas Suraya melarikan dirinya dari Fadriz tetapi lelaki itu masih memburu dirinya. Fadriz terlalu kecewa dengan dirinya sehingga mengambil dadah dan akhirnya meninggal dunia. Bukan dia tidak sudi menerima cinta Fadriz tapi dia sudah banyak melihat Fadriz yang selalu bertukar-tukar teman wanita. Ramai perempuan yang pernah mendampingi Fadriz meminta dia berhati-hati kerana Fadriz adalah Kasanova Selepas Fadriz mendapat apa yang dia mahu dari seorang perempuan, perempuan itu akan ditinggalkan
            “Aku cintakan Suraya, Naz. Aku cintakan dia. Aku tak boleh hidup tanpa dia”kata Fadriz separuh lemah. Mata Nazrul berair lebih menyedihkan tubuh rakan baiknya semakin kurus kering dan tidak bermaya. Di dalam bilik ini, jarum-jarum suntikan bersepah. Terdapat bermacam-macam bau dari bilik ini. Hanyir dan menjijikan! Nazrul tersentak mendengar pengakuan Fadriz yang duduk tersandar.
            “Sampai hati dia tinggalkan aku, Naz. Mungkin inilah pembalasan kerana aku banyak mengecewakan ramai perempuan”kata Fadriz lemah. Dia dapat membayangkan betapa banyaknya dosa-dosa yang dia lakukannya. Berapa ramai perempuan yang menghina, mencaci dan mendoakan agar dia mati kerana seorang perempuan.
            Malam Jumaat, upacara akad nikah selamat dijalankan. Jeffry berjaya melafazkan  akad nikah dengan sekali lafaz. Kemudian Jeffry terus di bawa ke dalam bilik pengantin perempuan untuk upacara pembatalan air sembahyang dan menyarungkan cincin ke jari manis isterinya.
            Jeffry terpaku seketika melihat kecantikan Shahira yang memakai kebaya putih sedondon  dengan selendang putih  di atas kepala. Dia merasakan pencarian ibunya begitu berbaloi dan merasakan meninggalkan Suraya bukan satu yang sia-sia. Setelah segalanya berjalan lancar, Jeffry mengambil keputusan untuk ke bilik isterinya. Dia tahu Shahira sudah lama menantinya. Dia berdebar-debar, melihat Shahira duduk bersimpuh di atas katil dengan senyuman yang menawan.
            “Abang mahu mandi dan sembahyang dahulu”kata Jeffry tersenyum.
            “Abang, Shira mahu memberitahu abang sesuatu”kata Shahira lembut. Kata-kata itu disaluti dengan senyuman yang semakin menawan dan manja malah benar-benar mencabar kelakiannya. Jeffry mengambil tempat di sebelah Shahira. Perlahan-lahan tangan Shahira dicapai dan dikucupnya.
            “Shahira harap abang tidak marah apa yang Shira cakapkan ini”
            “Cakaplah, abang sedia mendengarnya Shira”Jeffry merenung wajah Shahira yang putih gebu itu. Isterinya menundukkan kepalanya kemudian menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
            “Kenapa Shahira? Cakaplah”Jeffry memegang kedua-dua bahu isterinya yang mula terhenjut-henjut. Tangisan perlahan Shahira bergema di gegendang telinganya. Jeffry mula panik.
            “Abang, maafkanlah. Shira tak berniat nak menipu abang”
            “Cakaplah Shira. Apa dia?”Jeffry mula rasa bimbang. Takut ada sesuatu yang buruk yang akan menimpa.
            “Shira bukan lagi gadis, bang”kata Shahira sambil menutup wajahnya dengan kedua-dua tapak tangannya. Jeffry terperanjat. Mukanya bagaikan ditampar oleh kenyataan Shahira.
            “Shahira sekarang mengandung dua bulan”tambah gadis itu lagi. Sekali lagi Jeffry terperanjat besar, matanya dicerlang menjadi merah. Kedua-dua tangannya dikempalkan kemudian dihempaskan ke atas katil berkali-kali.  Mahu sahaja dia menjerit sekuat hatinya. Dia ditipu!
            “Maafkan Shira, bang”pohon isterinya berkali-kali
            “Kenapa tak beritahu awal-awal?”marah Jeffry terus memuncak.
            “Emak tak benarkan Shira beritahu abang. Mak abang pun tak tahu”Shahira terus menyembamkan mukanya ke atas bantal. Jeffry terus turun dari katil. Sebaik sahaja tangannya memutar tombol pintu. Telefon bimbitnya berbunyi. Skrin telefon ditatapnya. Panggilan dari sahabat lamanya di universiti, Shamsul, pakar Komputer di sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di Ibu Negara.
            “Assalammualaikum, Shamsul”jawab Jeffry
            “Waalaikummusalam, Jeff. Maafkan aku sebab aku tak dapat hadir ke majlis pernikahan kau tadi. Aku baru balik dari kerja luar”kata Shamsul dengan rasa bersalah.
                  “Tak mengapa, macam mana dengan gambar lucah tu? ”
            “Jeff, dari hasil kajian aku, gambar lucah tu palsu. Seluruh gambar asli cuma gambar perempuan tu dicantum dengan gambar pelakon lucah dari Indonesia. Apa yang pasti, gambar lucah ni tidak tersebar di mana-mana. Ia seperti untuk tujuan peribadi”terang Shamsul bersungguh-sungguh.
            “Betul ke?”soal Jeffry terkejut.
            “ Isteri aku kenal perempuan dalam gambar tu. Kata isteri aku namanya Suraya Hanim binti Hamdan. Kau kenal ke?”Tanya Shamsul.
            “Dia bekas kekasih aku, Sham”jawab Jeffry sayu.
            “Jeff, isteri aku dulu satu roommate dengan Suraya di universiti dulu. Isteri aku tak percaya langsung Suraya buat kerja macam tu. Isteri aku kata, gambar tu mesti dilakukan oleh Nazrul, bekas teman lelaki Suraya dulu”jelas Shamsul panjang lebar. Sekali lagi Jeffry terperanjat. Telefon bimbit seperti mahu terlepas dari tangannya.  Jeffry termenung panjang. Dia merasakan satu batu besar telah menghempap ke atas kepalanya. Jeffry mengetapkan bibirnya. Dia terpandang atas katil, Shahira tertidur dengan pakaian nikah sekali. Dia mahu pulang ke rumah ibunya.
            “Suraya seorang kawan yang baik, hati, peramah dan penyayang. Masa duduk di asrama pada hujung minggu, Babahnya akan menjemput dia pulang ke rumah. Dia tidak pernah duduk rumah sewa bersama kawan-kawannya sebaliknya lebih suka tinggal bersama keluarga. Dia seorang anak yang patuh dan taat pada mama dan babahnya. Terus terang saya katakan saya tidak percaya langsung gambar ini adalah gambar Suraya. saya masih ingat lagi cerita Suraya pada saya, katanya Nazrul akan sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan Suraya semula”kata Faizah, isteri Shamsul masih terngiang-ngiang ditelinganya malah hampir-hampir menganggu tumpuannya Dia mahu bersemuka dengan Nazrul. Rasa kesal yang dirasai semakin berat untuk ditanggungnya. Sesekali tangannya menghentak-hentak stereng kereta. Dia menekan-nekan punat nombor telefon bimbit Suraya tetapi tiada jawapan sebaliknya mengatakan talian ini sudah tamat perkhidmatan. Lantas dia menghubungi telefon rumah Suraya tetapi tidak berangkat.

            “Hello, Jeff. Aku dah tahu Suraya di mana”kata Shamsul cemas
            “Dia di mana sekarang?”
            “Dia di KLIA. Aku nampak dia sewaktu hantar adik aku. Dia bawa beg besar. Jeff , baik kau jumpa dia sekarang juga”kata Shamsul.
            “Baik!baik aku akan ke sana sekarang juga”Jeffry terus mengubah haluan kereta. Dia memandu laju sehingga memotong beberapa buah kereta. Apa pun terjadi hari ini, dia tetap mahu menemui Suraya. Di dalam hati, Jeffry banyak berdoa dan beristighfar.
            Hatinya berat untuk meninggalkan bumi Malaysia tetapi dia tekad untuk meraih ilmu di Kota Inggeris sehingga menggenggam segulung Ph.D. Dia mahu belajar dan bersendirian di sana sekaligus mencari ketenangan. Tuhan, aku berserah padaMu, apa yang KAU berikan pada aku, aku pasrah menerimanya. Bawalah aku dibawah lindungan rahmatMU, bisik hati nurani Suraya. Dia menoleh ke belakang, Mama, babah dan adik-adiknya masih berada di belakangnya, dia dapat rasakan satu kekuatan dan semangat menyelinap di dalam tubuhnya.
            “Suraya!”langkah Suraya terhenti tatkala terdengar suara yang amat dirinduinya
            “Sue nak ke mana?”Tanya Jeffry masih sedikit termengah-mengah.
            “ tak perlu tahu apa yang berlaku pada Sue”kata Suraya memandang Jeffry.
            “Maafkan Jeff, Sue”, Jeffry merayu
            “Sue dah maafkan Jeff. Kita lupakan saja kisah kita dan terima saja yang kita sudah tiada jodoh. Jeff yang mahukan perpisahan ini bukan? Untuk menerima Jeff kali kedua, tidak lagi. Hanya sekali cinta Sue kepada seorang lelaki saja Jeff”kata Suraya
            “Jeff sanggup menceraikan isteri Jeff demi Sue”
            “ Jangan. Sue tak mahu dituduh menyebabkan kemusnahan masjid Jeff. Jangan biarkan tiang arasy bergegar”pinta Suraya. Dia tidak akan membiarkan Jeff memusnahkan masjidnya sendiri. Dia mahu melihat lelaki yang pernah dicintainya bahagia bersama insan yang bergelar isteri.
            “Jeff, dalam percintaan, kita harus menerima apa sahaja kekurangan dan kelebihan manusia. Kita perlu ada kesetiaan, kepercayaan dan ketulusan hati tetapi Jeff lebih mempercayakan orang lain dari Sue. Sue kecewa. Sue tetap doakan kebahagian Jeff walaupun dari jauh. Pinta Sue, jangan ceraikan isteri Jeff. Sayangi dan cintailah dia seperti mana Jeff mencintai Sue dulu”mohon Suraya mengharap. Mereka saling memandang antara satu sama lain. Perpisahan yang amat berta diterima Jeffry
            “Pulanglah, Jeff. Pulanglah “Perlahan-lahan Suraya menarik kedua-dua tangannya dari genggaman Jeffry. Matanya hanya mampu mengiringi kepergian Suraya yang menuju ke balai berlepas. 





Babak 1:

Hassan masuk ke dalam kapal angkasa mini dengan bagasinya. Semalam dia telah bookkapal angkasa mini semi-auto dari syarikat sewa kapal angkasa Suzy Moew Sdn Bhd. Oleh kerana Hassan kekurangan bajet maka dia hanya mampu menyewa kapal angkasa yang semi-auto sahaja. Itu pun sudah memadai dan selesa baginya kerana dia hanya berpergian seorang.

Hassan menghidupkan injin kapal angkasan. Sambil itu matanya menoleh ke arah Suzy Meow melalui cermin tingkap kokpit pemandu. Suzy meow melambai tanda selamat tinggal dan Hassan pun melambai kembali. Waktu itu Suzy Meow sedang mengiringi Hassan berlepas dengan kapal angkasa di premis syarikat Suzy Meow Sdn Bhd.

Suzy meow dan Hassan adalah kenalan rapat memandangkan mereka telah lama berkenalan sejak mula-mula masuk universiti dulu. Habis sahaja belajar suzy meow mewarisi perniagaan bapanya Robert Tiger, dikenali sebagai seorang businessmanterkenal tetapi sebenarnya juga secara senyap-senyap seorang ketua kumpulan kongsi gelap Black Tiger yang mashur itu. Sejak itu nama syarikat Robert Tan Sdn Bhd telah bertukar kepada Suzy Meow Sdn Bhd.


Babak 2:

Hassan mendaratkan kapal angkasa di atas bumbung sebuah rumah di planet marikh, planet yang paling hampir dengan bumi, lalu turun dari kapal angkasa bersama bagasinya.

Jalal yang menunggu Hassan mendarat di atas bumbung tersebut menyambutnya dengan pelukan rindu lama tak jumpa. Kedatangan Hassan ke rumah jalal di marikh adalah atas jemputan jalal supaya mereka dapat melepak bersama melakukan aktiviti karaoke, mengisap shisha, mengurat gadis, bermain pool, menonton perlawanan EPL lewat malam di kedai mamak (di marikh pun ada kedai mamak pada zaman ni), dan apa-apa saja aktiviti yang menjadi tabiat orang-orang berjiwa muda.

Oit, jangan peluk lama-lama. Ketiak kau busuk la!”, beritahu Hassan kepada jalal sambil mengipas-ngipas hidung kemeknya.

Jalal merenggangkan badan dan mencium ketiak kanan dan kirinya sambil mengangkatkan sedikit tangannya.

Ak ah la! Sorry la beb deodoran aku dah habis semalam tak sempat beli lagi. Tesco tutup semalam sebab staff dia mogok”, ujar jalal dengan tersipu-sipu sebab ketiaknya bau busuk sama tahap dengan kambing.

Pada masa itu sebahagian manusia telah meneroka dan menduduki planet marikh disebabkan telah bosan duduk di bumi. Saintis-saintis yang bijak pandai telah mencipta teknologi canggih yang dapat setkan cuaca dan udara di marikh sama atau seakan-akan di bumi supaya manusia, binatang dan tumbuhan dapat hidup sama seperti di bumi. Teknologi tersebut menjadikan manusia hidup seperti di dalam balang kaca.

Senang cerita, satu balang kaca gergasi telah dibina di atas permukaan marikh dan dimasukkan ke dalamnya oksigen. Kaca lutsinar balang tersebut membenarkan cahaya matahari dapat menembusinya demi kemaslahatan kehidupan di dalamnya. Bahagian lantainya pula ditambun dengan lapisan tanah yang diangkut dari bumi setebal 5 kilometer minimum.

Sumber makanan kebanyakannya diimport dari bumi. Maka setiap hari banyaklah kapal angkasa dagang yang bagak-bagak membawa kontena berulang-alik dari bumi ke marikh membawa beras, ubi keledek, ikan masin, daging babi dan sebagainya.


Babak 3:

Rogayah menuangkan kopi ke dalam cawan dan menghidangkan kepada Hassan. Rogayah adalah sebuah robot humanoid ataupun robot berbentuk manusia kepunyaan jalal yang telah berkhidmat dengannya selama dua tahun.

Dua tahun dahulu jalal telah membeli sebuah robot humanoid yang rosak di sebuah pasar yang menjual barang-barang lama daripada Encik Muthukari untuk dihadiahkan kepada anak perempuannya, muna sempena hari lahirnya yang ke-15. Setelah dibaiki apa yang patut robot tersebut boleh berfungsi semula. Kemudian ia dinamakan Rihanna oleh muna.

Setelah muna meninggal setahun yang lepas disebabkan kemalangan kapal angkasa ketika lawatan sambil belajar di sebuah gurun di marikh dengan cikgu saleha, jalal telah memberi nama yang lebih bermakna kepada robot tersebut iaitu rogayah sebagai kenang-kenangan kepada isterinya yang telah lama meninggal dunia akibat penyakit keputihan tahap tertinggi dahulu.

Setelah kopi dituangkan oleh rogayah, Hassan pun menghirup kopi. Lalu terjadilah perbualan seperti berikut:-

Hassan:        
Kopi apa ni jalal? Sedap pulak rasanya.. aku dah lama tak minum kopi sebenarnya…

Jalal:
Ala, kopi luwak mak aku kat kampong poskan dekat aku semalam.

Hassan:        
Ooo.. patut la sedap. Mak kau kat bumi sihat?

Jalal:              
Mak aku ok. Baru dua minggu lepas dia kawin lain dengan jiran aku, pak ilyas…

Hassan:        
Oooo.. apesal aku tak tau pun? Kau tak jemput aku pun?

Jalal:              
Ala kawin buat kecik-kecik je… orang tua la kan.. segan la aku nak jemput kau…

Hassan:        
Okey ke pak ilyas tu jadi bapak tiri kau?

Jalal:              
Boring la aku. Dia tu old school… Arghhh, boringlah borak pasal aku!! Ko plak banyak gile duit ko sewa kapal angkasa. Apasal tak naik public spaceship (public transport) je?

Hassan:        
Alaa... aku sewa dengan kawan aku suzy meow, dia kira murah je…

Wolf!! Wolf!! Wolf!!”, Tiba-tiba kedengaran dino menyalak garang di luar rumah.


Babak 4:

Wolf!! Wolf!! Wolf!!”

Kelihatan dino sedang menyalak ke arah atas bumbung rumah. Dino adalah sebuah robot anjing kepunyaan jalal yang tidak haram disentuh oleh orang islam.

Hassan dan jalal pun berlari keluar rumah untuk melihat ke atas bumbung. Kelihatan kapal angkasa mini suzy meow terapung-apung di atas bumbung dan memejut laju hilang dari pandangan bersama sebuah lagi kapal angkasa mini yang mengiringi.

Spaceship suzi kena curi!!”, jerit Hassan.

Wolf! Wolf! Wolf!”, dino si anjing robotic menyalak lagi.

Rogayah yang turut sama berlari keluar bersama Hassan dan jalal tadi dengan tak semena-mena terbang ke langit mengejar pencuri tersebut sama seperti iron manterbang.


Babak 5:

Selepas 15 minit rogayah pun pulang ke rumah. Dia memberitahu Hassan dan jalal yang dia tidak mampu mengejar pencuri tersebut kerana kuasanya tidak setanding dengan kelajuan kapal angkasa yang dicuri tersebut. Oleh kerana menggunakan power-nya melebihi had, rogayah mengalami kerosakan mengakibatkannya menjadi weng dan bercakap bukan-bukan tentang skandal jalal dengan anak dara jiran sebelah.

Selepas Hassan dan jalal membuat repot polis, sarjan midon dan orang-orangnya pun datang membuat siasatan di rumah jalal. Mengikut siasatan, pencuri naik ke bumbung dengan sebuah kapal angkasa mini yang dipandu oleh seorang lagi, iaitu kapal angkasa pengiring yang dilihat ketika kapal angkasa suzy meow dilarikan sebentar tadi.

Tiada kesan cap jari boleh dijumpai kerana pencuri datang dari atas langit, bukannya masuk ke dalam rumah melalui pintu seterusnya ke atas bumbung.

Berita fasal kehilangan kapal angkasa telah diberitahu kepada suzy meow di bumi melalui mesej facebook kerana Hassan tak berani hendak bercakap direct melalui telefon takut kena marah.


Babak 6:

Selepas dua hari, sarjan midon dan konco-konconya masih gagal mengesan pencuri dan kapal angkasa suzy meow.

Pada hari ketiga sebuah bank di marikh di bandar di mana jalal tinggal telah dirompak oleh 3 orang perompak. Mereka telah melarikan 5 juta ringgit Malaysia. Rakaman CCTV menunjukkan mereka datang dan melarikan diri dengan sebuah kapal angkasa mini.

Menurut sarjan midon kepada jalal dan Hassan, perompak telah menggunakan kapal angkasa suzy meow yang hilang 3 hari lepas dan kapal angkasa tersebut telah dijumpai semula ditinggalkan bersama kunci di sebuah gurun di marikh dalam keadaan elok. Polis gagal menjumpai cap jari perompak di dalam kapal angkasa dipercayai kerana perompak memakai glove.

Kapal angkasa tersebut kemudian diserahkan semula kepada Hassan. Sarjan midon dan orang-orangnya kini giat menyiasat kes rompakan bank pula. Siasatan adalah sukar kerana para perompak memakai topeng, menggunakan kenderaan orang lain dan dan tiada cap cari dapat dikesan.


Babak 7:

Hassan turun dari kapal angkasa selepas mendaratkannya di premis syarikat suzy meow sdn bhd. Hassan menyerahkan kunci kapal angkasa kepada suzy moew di pejabat. Suzy meow kemudian menyerahkan kunci tersebut kepada bapanya Robert Tan. Robert Tan kemudiannya masuk ke biliknya dan menyimpan kunci di dalam laci besar yang terdapat 5 juta ringgit Malaysia di dalamnya. Robert Tan tersenyum.




             Kepulan asap yang dihembus-hembus kian menebal mengisi ruang kamar Pak Mail yang tersusun rapi. Berbekal usia yang separuh abad, keletahnya tidak langsung menampakkan keperibadian orang-orang yang seusia dengannya. Berbaju kemeja T berjenama Polo, berseluar pendek separas lutut dan berkaca mata hitam, personalitinya sering menggamit pandangan setiap mata yang melihat. Sebutkan sahaja nama Pak Mail, majoriti penduduk kampung Layaran Bakti pasti menjaja ikhlas ceritanya merata-rata kawasan. Pak Mail itu tahi judi, perokok tegar, tidak pernah kenal apa itu tanggung-jawab sebagai suami. Mak Limah tidak sanggup membuka pekung di dada, cukuplah dia yang “mendukung biawak hidup” sendirian berbanding membuka keaiban di khalayak ramai. Tapi benarlah kata orang kalau sudah namanya bangkai baunya tetap akan melenting kemudiannya.
          “ Assalamualaikum Kak Limah ?” Pak Usu memberi salam sewajarnya sebagai umat Islam. Memberi salam itu sunat  muakkad disisi Allah dan menjawabnya lantaran wajib bagi setiap umat Islam.  Pak  Usu melihat wajah Kak Limah yang muram durja bagai menerangkan kesulitan hidup yang meruncing.
             “Waalaikumussalam. Oh, Usu Aidit rupanya !” sepasang tangan Mak :Limah lincah membungkus setiap pesanan pelanggannya biarpun dia cuba beramah dengan Pak Usu. Tanpa disuruh Pak Usu segera menyinsing lengan membantu Mak Limah menyiapkan pesanan yang diminta. Sesudah matahari berpasak sembilan puluh darjah, barulah Pak Usu dan Mak Limah berehat dan melepaskan lelah di bangku usang yang dibawa bersama.
          Aidit menyeka peluh yang merintik didahinya.  Dilihatnya wajah Mak Limah yang tua berkedut seribu, tetap bekerja untuk melunaskan beban hidup, sudah “duduk meraut renjau.tegak meninjau jarak”  mana tidak, abangnya sendiri menjadi “ duri dalam daging dalam kehidupan Mak Limah. Sudahlah  Rahim anak kepada Mak Limah akan melanjutkan pelajaran ke United Kingdom pada tahun ini. Belanjanya tentu sekali besar . Namun “rendah gunung tinggi harapan” untuk melihat anak saudaranya berjaya dalam hidup. Sebagai bapa saudara Aidit berasa sangat berbangga dengan pencapaian darah dagingnya. Aidit tekad akan membantu Rahim seberapa daya yang mungkin. Dulu dia hanya menduduki Sijil ‘HCE’ yang melayakkannya menjadi cikgu sekolah rendah. Itupun sudah menjadi kebanggaan baginya.  Kerana ilmu yang dihirup selepas berhempas pulas mereneh kesusahannya menampakkan hasil melalui sijil tersebut. Namun, zaman sekarang dilihat mudah.  apa gunanya sijil berelung-relung tapi pengisian ilmunya kurang.
          “ Kak Limah, saya beransur dahululah Kak Limah ?” Aidit meminta diri kerana masih banyak pekerjaan yang perlu dibereskan dirumah. 
         Aidit membawa langkah pulang. Tanpa pengetahuan Mak Limah, Aidit telah mengisi sejumlah tiga ribu ringgit didalam tin simpanan yang berisi duit hasil jualan nasi lemak milik Mak Limah.
         “ Subhanallah ! “ Mak Limah tergamam melihat sejumlah wang yang besar kini berada didalam tin murah miliknya,
       Aidit, hanya Allah yang mampu membalas jasamu “dalam setandan pisang, bukan semuanya busuk” Mak Limah bermonolog sendirian apabila mengenangkan kebaikan Aidit yang berbeza dengan sikap suaminya Pak Mail.
        Mak Limah menyimpan kemas wang simpanan buat perbelanjaan awal anaknya di luar negeri kelak di dalam bekas kecil yang disembunyikan di dalam tong berisi beras kerana disitulah tempat yang selamat baginya untuk menyembunyikan wang pemberian Aidit itu. Rahim berasa kehairanan melihat perbuatan ibunya yang satu itu.
      “Ibu buat apa tu? “ Rahim duduk menyerangguh bersebelahan ibunya. Dilihat ibunya sedang menutup semula tong beras tersebut.
        “Disinilah ibu letak wang perbelanjaan kau semasa di rantauan” ibunya mengusap lembut pipi anaknya yang seorang itu.
       “Kita bukan orang senang, lihat sahaja bapak kau Rahim kalaulah ibu tak sorok wang ini sudah tentu habis disapunya” Mak Limah merenung lantai kayu yang menjadi alas kakinya dirumah itu.
        Bagai manik putus pengarang, gugur sudah air mata di kelopak tua milik Mak Limah. Rahim yang merasa sebak memeluk lembut ibunya dan terdetik dalam hatinya untuk membawa ibunya keluar dari kehidupan yang sukar itu.
         “Rahim, biarlah ibu ‘ mati berkapan cindai’ jangan fikirkan sangat susah ibu” Mak Limah mendengus halus.
         Kalau itulah yang tercatat di loh mahfuz semenjak azali, Mak Limah reda dengan qada’ dan qadar yang ditetapkan. Allah maha adil. Mak Limah yakin yang Allah akan menerima doa-doa hambanya yang teraniaya. Baru Mak Limah hendak bangun dari duduknya yang lama, Pak Mail datang dari arah belakang dan menolaknya jatuh tersungkur ke tepi. Rahim terkejut dengan perbuatan ayahnya. Rahim terus mendapatkan ibunya dan dilihatnya tangan ibunya sudah berdarah terkena bucu singki. Pak Mail memandang menyeringai kearah Rahim.
        “Anak dengan emak sama saja berkomplot” Pak Mail terus menendang tong beras itu sekuat hatinya. Bertaburan beras dilantai dapur, Mak Limah hanya mampu menangis melihat perilaku suaminya yang tidak waras. Sedang Rahim luluh hati melihat ayahnya sendiri memperlakukan ibunya sebegitu rupa. Pak Mail terus menunduk dan mengambil bekas yang berisi wang itu. Mak Limah tiba-tiba bangun dan mendapatkan semula wang tersebut kerana itu sahaja yang boleh menjadi bekalan bagi Rahim di luar negara kelak. Pak      Mail lebih pantas berbanding Mak Limah. Leher Mak Limah dicekik sekuat hati dan dibawanya Mak Limah ke sudut dinding. Mak Limah meronta-ronta untuk melepaskan diri namun pegangan Pak Mail dirasakan bertambah kuat.
       Rahim bergegas keluar dari rumah dan mencapai basikalnya untuk mendapatkan pak usunya. Jarak antara rumahnya dan rumah pak usu Aidit cuma sepelaung jaraknya. Aidit yang sedang berkebun di halaman rumah terus mengalihkan pandangannya kearah Rahim yang laju kayuhannya. Aidit meletakkan cangkul dan segera menemui Rahim. Rahim tidak sempat menceritakan apa-apa dan terus menyuruh Aidit mengekorinya. Aidit berlari-lari      anak mengekori kayuhan Rahim. Aidit dapat merasakan ada sesuatu yang tidak baik sedang berlaku namun dia perlu kekal tenang.  
     Setibanya di pintu rumah, mata Aidit tertancap teguh pada kelibat Pak Mail yang mencekik keras leher Mak Limah. Aidit segera melepaskan pegangan tangan Pak Mail lalu menumbuk keras muka Pak Mail.
        “Apa yang abang buat ni ? laku seperti bangsat sepera ! “ nafas Aidit berombak-ombak menahan amarah akibat perilaku abangnya sendiri. Selama ini dia hanya mendengar perkhabaran buruk mengenai abangnya, hari ini mata dan tangannya menjadi saksi dan hakim perilaku buruk abangnya sendiri.
      “Engkau tak payah campuri urusan rumah tangga aku Aidit!” Pak Mail yang tersembam meludah sedikit apabila melihat darah pekat mengalir dari bibirnya yang pecah akibat tumbukan Aidit sebentar tadi. Tangannya mengepal keras dan segera bangun bagi melepaskan buah pukul. Pak Mail terus menolak Aidit sehingga jatuh dan menumbuk Aidit berulang kali di atas lantai kayu. Aidit sekadar mampu bertahan dengan kedua-dua belah tangannya. Pak Mail kemudiannya bangun dan mencapai sebilah pisau yang terletak di tepi singki dapur.
        “Puas engkau campuri hidup aku Aidit ?” Pak Mail tertawa puas melihat Aidit yang mengerang kesakitan sambil memegang rusuknya. Aidit tidak mampu bergerak banyak. Kecederaan yang dialami bagai menusuk-nusuk terus ke batang tubuhnya.
        Pak Mail menyeringai memandang Aidit sambil menghunuskan pisau ke arah Aidit. Aidit sempat mengepit kaki Pak Mail lalu menjatuhkan Pak Mail ke lantai dapur. Aidit terpaksa memerah sepenuh keringat memegang tangan Pak Mail agar mata pisau tidak tertikam batang tubuhnya. Aidit menendang perut Pak Mail dengan kepala lututnya berulang kali. Pak Mail kian lemah dan ini memberi peluang kepada  Aidit merampas pisau dari tangan Pak Mail dan mencampakkannya jauh ke sudut rumah.  
        Aidit sekadar mampu melihat pergelutan antara Pak Usunya dengan ayahnya. Tidak terdaya baginya membantu kerana manakan sanggup seorang anak mencederakan bapanya sendiri.  Rahim memangku ibunya yang sudah tidak sedarkan diri. Badannya kelihatan terhenjut-henjut menahan tangisan apabila melihat keadaan ibunya yang sudah lemah. Aidit perlahan-lahan  melepaskan pegangannya ke atas Pak Mail apabila dilihatnya Pak Mail sudah kelihatan  tenang. Aidit berdiri dengan tidak stabil kerana keletihan sesudah bergelut sebentar tadi. Aidit terus mendapatkan Mak Limah dan memberikan roman wajah semanis mungkin apabila dilihatnya Mak Limah sudah mula sedar.
       “Sudah selesai kak, mari kita laporkan perkara ini ke balai polis” AIdit  segera bangun dan membantu Rahim memapah bahu Mak Limah. Baru mereka hendak bergerak meninggalkan rumah, Pak Mail pantas bangun dan cuba menikam liar ke arah mereka. Rahim yang menyedarinya menolak ibunya ketepi dan tikaman liar Pak Mail akhirnya tepat mengenai perut Rahim. Darah merah mengalir deras mencurah-curah membahasahi baju putih yang dipakai Rahim. Menggigil-gigil Rahim menahan kesakitan. Matanya terbeliak dan kakinya seakan-akan kebas dibuatnya. Dua kakinya tidak mampu lagi menahan beban badannya. Terjatuh Rahim secara tiba-tiba. Pak Mail juga turut menggigil-gigil dibuatnya. Dilemparkan pisaunya ke tepi. Kepalanya terasa perit yang mencucuk-cucuk. Mak Limah dan Pak Usu Aidit  menjadi walang melihat keadaan Rahim yang sungguh menyedihkan. Terus mereka mendapatkan Rahim dan dibaringkan kepalanya beralas peha Mak Limah.  Beberapa orang penduduk kampung mulai memenuhi perkarangan rumah tua milik Mak Limah. Mungkin kehairanan melihat jeritan dan esak tangis yang berpanjangan. Namun tidak ada seorang pun yang berani naik.
        “Ibu, duit itu ibu pakailah ibu” Rahim menatap redup wajah ibunya. Nafasnya seakan-akan berat. Rahim terbatuk-batuk kecil menahan kesakitan.
       “Rahim jangan cakap macam itu nak, ibu akan pastikan Rahim selamat” tangisan Mak Limah tak henti-henti mengalir melintasi pipi tuanya. Rahim menggigil-gigil mengangkat tangannya dan menyapu air mata ibunya.
       “Ibu janganlah menangis, Rahim akan selamat di alam lain nanti” Rahim cuba tersenyum biarpun kelihatannya payah. Aidit sekadar mampu merenung lantai dengan tangisan yang bercucuran jatuh.
        “Pak Usu, tolong jagakan ibu bila Rahim sudah tiada” Rahim memegang lengan Aidit dengan penuh mengharap. Warna merah pekat melekat ditangan Aidit. Aidit cuma mampu mengangguk.
       Rahim merenung syiling rumahnya dengan tangisan yang memilukan. Tinggallah ibunya yang menjadi api bara dalam jiwanya. Kalimah “kun fa ya kun” tuhan lebih bermakna, api bara menjadi sumbu kaku. Maka tinggallah ibu tinggallah sayang. Bagai hendak putus benang tenunan hayatnya, nafas Rahim menjadi semakin berat bagai dihimpit dikiri kanan kerongkongnya.
        Aidit mengucap kata syahadah dicuping telinga Rahim perlahan-lahan. Diulangnya beberapa kali sehinggalah dalam nafas penghabisan Rahim berjaya mengucap kata tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Akhirnya pulanglah Rahim Bin Ismail menemui Allah azzawajalla. Daripada-Nya kita datang, kepada-Nya jualah kita kembali.
       Penduduk kampung mulai memenuhi ruang tamu milik Mak Limah. Suasana pilu memenuhi ruang rumah.Pak Mail telah dibawa ke balai polis bagi siasatan lanjut.
        Pak Mail telah dibicarakan mengikut seksyen 302 kanun keseksaan dan didapati bersalah membunuh dengan bersebab. Hakim Datuk Omar Bakti telah menjatuhkan hukuman mati mandatori dan Pak Mail telah mendapat balasan yang sewajarnya melalui hukuman tersebut. Allah itu maha adil dan akan memberi pengajaran buat hamba-hamba-Nya yang lalai.
          Aidit yang duduk bersila dilantai menceritakan kisah perjalanan hidup Mak Limah kepada anak-anaknya seraya membacakan firman Allah seperti mana yang terkandung dalam Al-Quran    “ Katakanlah (Muhammad), ‘ Yang buruk dengan yang baik tidak sama. Meskipun berlimpah-limpah yang buruk menarik hati kamu.’ Maka takutilah Allah, wahai orang-orang yang mempunyai minda agar kamu beruntung. (5:100)”.



Di anjung sebuah rumah di sebuah kampung nan permai pada suatu petang itu makcik Joanna menyeksa aku dengan soalan begini: “kau tak ada kereta, tak ada ijazah macam mana kau nak kawin dengan anak aku?”.
Demi kata-kata yang terpacul keluar dari mulut makcik Joanna, meluat sungguh aku tengok makcik Joanna yang gemuk dan sendat dalam baju kebayanya yang cuttingramping itu.
Lama lebih kurang 10 saat aku terdiam kemudian aku pandang tepat ke mata makcik Joanna yang seram tu seraya aku membalas: “saya yakin Angelina tu nak kawin dengan saya atas dasar cinta, bukan sebab harta!”.
Lepas tu aku langsung tak beri peluang pun makcik Joanna jawab sebab aku dah malas nak bertekak dengan orang tua yang dah menopause. Maka dari anjung rumah makcik Joanna tu aku cepat-cepat melompat atas motorsikal yang diparkir di bawah seraya meluncur laju seumpama motorsikal aku diperbuat daripada kilat.
Rasa-rasanya jawapan aku tadi boleh buat makcik Joanna fikir balik tentang manifestasi prinsip luhur cinta:-
(a)  Bahawa cinta itu mengatasi segala-galanya.

(b)  Bahawa cinta itu tak boleh dihalang oleh sempadan dan jarak tempat atau waktu.

(c)  Bahawa cinta itu tak boleh dibendung tak kira samada taraf orang tu miskin atau kaya, tak kira kau bangsa apa atau samada kau cacat atau normal.

(d)  Bahawa cinta itu mulia dan suci sesuci-sucinya.

(e)  Bahawa cinta itu berharga melebihi nilai emas segunung.
Tengah aku bermonolog falsafah cinta itu tiba-tiba motorsikalku terangkat naik ke udara. Aku rasa keajaiban berlaku kepadaku kerana berkat kesucian cinta dalam sanubariku. Aku rasa seperti aku dirahmati tuhan.
Semakin lama semakin tinggi aku dan motorsikalku melayang. Angin bertiup sepoi-sepoi membawa aku ke langit biru nan cerah sehingga aku mendarat di atas kepulan awan putih.
Dari situ aku dapat melihat matahari mempunyai wajah. Dia tersenyum kepadaku. Aku pun membalas senyumannya sambil melambai mesra kepadanya.
Aku segera turun dari motorsikal kemudian berbaring di atas empukan kepulan awan putih. Dada ku meresap rasa aman sehingga aku pun dapat melupakan percakaran aku dengan makcik Joanna sebentar tadi, sehingga aku pun terlena diulit mimpi-mimpi indah.
Bila aku terjaga dari lena dalam pandangan samar-samar aku terlihat empat entiti muncul di hadapanku. Kesemua mereka memakai serba putih. Pada hemat aku mereka ini adalah malaikat cinta atau pun bidadari yang tinggal di langit kayangan.
Sedikit demi sedikit pandanganku semakin jelas sehingga aku nampak salah seorang malaikat cinta atau bidadari kayangan itu mempunyai wajah seperti Angelina si kekasihku.
Bidadari Angelina menumpahkan air mata manik ke pipinya. Kemudian bidadari Angelina memegang tanganku. Aku rasa senang sekali dengan elusan tangan bidadari Angelina. Kemudian dengan suara lembut lunak lemak berkrim bidadari Angelina bertanya kepadaku: “Are you ok fendi?”.
Bagaikan ada kuasa mistik dari suara itu dengan segera segenap tubuhku menjalar rasa sakit dan perit. Dengan tidak semena-mena aku dapati aku sedang berbaring di atas katil. Tubuhku separuh berbalut seakan mumia separuh siap. Luka bertompok-tompok di tubuhku.
Aku nampak makcik Joanna gemuk pun ada. Si Brat Pitt dan Tom Cruise housemate aku pun ada dekat katil aku. Mata-mata mereka memandang aku dengan simpati. Ya, kesemua mereka datang memakai baju putih -- secara kebetulannya.

Kemudian aku teringat semula lepas aku keluar dari rumah makcik Joanna aku terus merempit motorsikalku menghala ke simpang jalan besar tak jauh dari situ. Waktu otak aku berkecamuk sambil bermonolog tentang falsafah cinta itulah aku hilang fokus sampai aku kena langgar dengan kereta laju, sampai aku dengan motorsikalku sama-sama melayang ke udara. Lepas tu aku tak ingat apa-apa dah.
Sejak itu falsafah cinta menjadi falsampah cinta bagi ku.



Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini