DIARI
ADAM UNTUK HAWA
Cinta.
Apakah dia erti
cinta?
Klise.
Dah banyak kali
soalan itu ditanya. Kata orang cinta itu subjektif. Macam mana tu?
Entahlah.
Lain orang lain
pandangannya tentang cinta. Lelaki. Perempuan. Kanak-kanak. Orang miskin. Orang
kaya. Apakah erti cinta bagi mereka?
Manis. Pahit.
Bahagia. Sengsara.
Boleh jadi semua
sekali.
Ada yang kata kita
akan mengenali erti cinta apabila kita mengalaminya sendiri. Bukan mudah untuk
digambarkan dengan kata-kata semata.
Itulah cinta.
“ Muka hensem,
takkan takde awek kot?”
Soalan yang sudah
beberapa kali menjengah cuping telingaku. Tapi, takkan sebab muka hensem mesti
ada awek?
Memang aku jawab
tidak.
Ye, setiap kali.
Sebab itulah
hakikatnya.
Bab muka hensem tu
aku pun tak pasti. Aku sendiri pun tak rasa aku ni hensem atau macho atau
sewaktu dengannya. Mungkin sesetengah orang sahaja yang beranggapan begitu.
Kecantikan itu kan subjektif.
Mungkin sebab itulah
aku tak ada awek. Sebab aku tak yakin aku boleh. Aku tak rasa aku layak. Hensem
ke aku ni?
Oh ye. Kecantikan
itu subjektif.
Atau mungkin
memang aku belum temui cinta yang mampu mengajarku erti cinta. Mungkin kalau
aku bersabar, sekali cuba terus dapat yang terbaik. Siapa tahu?
Panggil aku Kai.
Ini kisahku.
“
Assalamualaikum!” salam yang dilaung mengalihkan pandanganku daripada buku
kerja matematik tambahan yang sedang terbuka di atas meja. Aku meletakkan pen
lalu melangkah membuka pintu papan hadapan.
“
Waalaikumussalam…” aku menjawab lalu mengucup tangan ayah yang baru pulang dari
kerja. Dia masuk. Beg komputer riba diletakkan di atas sofa sambil punggung
terbenam dengan selesa di sebelahnya.
“ Kai, ni tolong
bagi kepada jiran-jiran semua eh? Ni jemputan dan borang derma untuk majlis
sambutan maulidur rasul kat surau kita tu…” jelas ayah sambil menghulurkan
seikat sampul surat putih.
Aku menjenguk ke
luar. Masih agak cerah. Kalau tak memang aku minta tangguh esok. Tapi tak
apalah. Kata orang kerja bertangguh tak menjadi. Aku mengangguk, kerja-kerja
macam ni memang sudah sebati dengan aku dan adik-adik.
Maklumlah ayah
merupakan salah seorang ahli penting dalam AJK surau Al-Ghufran, surau mukim
kami. Dia adalah timbalan pengerusi surau itu merangkap timbalan Pengarah
Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat. Ye, memang dia rajin bekerja. Aku? Hmmm…
Aku mengayuh
basikal sambil tangan kiri menggenggam sampul-sampul itu. Setiap rumah aku
pergi. Kalau tak ada orang aku masukkan ke dalam peti surat. Kalau ada, aku berikan
terus kepada tuan rumah. Sambil-sambil itu, boleh aku berkenalan serba sedikit
dengan jiran-jiran setaman.
Bukan sekejap kami
tinggal di kawasan perumahan itu, cuma tak berapa rapat dengan jiran-jiran. Tak
berapa rapat bukanlah bermaksud kami selalu bertelingkah atau kutuk- mengutuk.
Cuma tak berapa meriah atau kata orang happening. Maklumlah mungkin
semua sibuk. Tapi alhamdulillah kalau berjumpa tu mesra sahaja.
Lalu aku tiba di
sebuah rumah. Tak jauh pun. Dari rumah aku terus dan belok ke kiri. Rumah Encik
Azmi. Setahu aku dia ada seorang anak perempuan. Sebaya. Siapa nama dia?
Zaleha? Saleha? Tak pasti. Tapi yang pasti aku pernah juga nampak dia. Dari
jauh. Tak pernah berdepan. Tak pernah bersapa.
"Assalamualaikum!"
salam diberi. Aku menanti di atas basikal. Suara seorang wanita menjawab salam.
Emaknya. Mak cik
Salmah.
Kali pertama aku
melihat mak cik Salmah. Agak muda orangnya. Keputihan. Senyuman tak lekang di
bibir. Ramah. Aku yang muka serius. Ramai dah orang yang cakap begitu. Tapi
dalam hati ada pesta flora antarabangsa.
" Mak cik, ni
ada jemputan dan borang derma untuk sambutan maulidurrasul kat surau. Nanti
duit derma saya kutip esok." sampul surat putih bertukar tangan.
" Em, ni
rumah Saleha ye?" Entah kenapa tiba-tiba soalan itu terpancul dari bibir.
Ah, lantak. Aku tanya je walaupun aku dah tahu itu memang rumahnya. Biasalah,
orang Malaysia ni memang suka tanya benda yang obvious. Orang tengah
makan pun ditanya lagi " tengah makan eh?". Bukan apa, soalan-soalan
itu sebagai pembuka bicara. Lebih baik daripada straight to the point agaknya.
" Ha'ah. Tapi
dia takde harini. Ada jamuan pengawas dekat Hotel Pelican. Kenapa? Nak kirim
salam?" soalnya kembali sambil tersenyum. Mengusik agaknya. Siap tawarkan
nak kirim salam lagi. Bukan selalu jumpa mak bapak macam ni. Aku? Layan saja.
" Dia kenal
saya ke?"
"
Kenal..." jawabnya ringkas. Aku sendiri pun tak kenal dia. Kira popular
juga aku ni. Haha.
" Em,
bolehlah. Terima kasih ye makcik!" kataku lalu membawa diri.
Betul ke apa yang
aku buat ni? Kadang kala aku ni terlalu banyak berfikir. Terlalu banyak
risaukan perkara yang tak perlu dirisaukan. Contohnya, apa agaknya yang difikir
orang yang dikirim salam tu? Apa agaknya reaksinya? Bukan mengharapkam apa-apa,
cuma memang mindaku begitu.
Keesokan hari...
Aku kembali
mengetuk-ngetuk pintu rumah jiran tetangga. Harapnya mereka tak rasa terganggu.
Aku cuma mengikut arahan. Rata-rata sudah mengisi borang derma dan disertakan
sekali sejumlah wang. RM10. RM 50. RM 100. Ada ke RM 100?.
Entah. Tak ingat.
Lalu aku kembali
ke rumahnya. Salam diberi sambil menunggu di atas basikal. Aku menanti,
menunggu mak cik Salmah. Dia keluar dari rumah. Eh, sekejap. Itu bukan mak cik
Salmah.
Saleha.
Kali pertama aku
bertemu dengannya. Memandang wajahnya. Aku bukanlah jenis yang suka menilai
paras rupa, tetapi dia ni...
PERFECT.
Sempurna bagiku.
Di sekolah pun tak pernah aku jumpa seseorang secantik dan seayu hamba Allah
ni. Mungkin ada tapi aku saja yang tak pernah jumpa. Muka iras-iras Heliza AF
tapi lagi lawa. Dari gayanya aku boleh melihat kesopanan dan sifat lemah
lembut. Tak tahulah kalau aku silap menilai, tetapi begitulah pandanganku
terhadapnya. Boleh tahan kencang jantungku berdegup. Macam ice blended (mungkin
perumpamaan ni kurang sesuai). Haha.
Saleha. Rupanya
ini tuan punya nama.
" Er, nak
mintak derma majlis..." aku membuka bicara.
Borang dan wang
derma dihulurkan. Aku menyambut sambil kotak fikiranku memproses sesuatu yang
tidak ku sangka akanku lakukan. Satu soalan dituju terus tanpa beralas.
" Boleh
mintak nombor telefon?"
" Nombor
telefon rumah ada." jawabnya, lambat sedikit selepas soalan itu ternoktah.
Barangkali sedang berfikir " biar betul mamat nih, tiba-tiba mintak
nombor".
" Nombor
henpon senang sikit nak call. Kita kan jiran." aku beralasan sambil
menggunakan ayat "Kita kan jiran" sebagai frasa yang spontan. Kalau
dah minat takkan nak cakap depan-depan. Minatkah aku kepadanya? Adakah ini yang
dinamakan cinta? Jiwang sudah.
Lalu dia pun
meyebut digit-digit itu satu persatu sambil aku memicit-micit pad kekunci
telefon bimbit Nokia lalu menyimpan dalam senarai di bawah nama Saleha. Aku
berterima kasih lalu mengayuh pulang.
Yes! Aku berjaya!
Berjaya
mendapatkan nombor telefon gadis tercantik yang pernah aku kenal pada pertemuan
kali pertama. Tak pernah seumur hidup aku buat begitu. Dengan rakan-rakan
perempuan di sekolah pun mungkin ada yang dah dua atau tiga tahun kenal tak
pernah minta nombor telefon. Sebab, perasaan yang dialami lain. Dengan rakan
lain, dengan dia lain. Tapi...
Sekarang ni aku
nak buat apa?
Aku masih baru
dalam hal ini. Jadi aku berfikir sejenak. Fikir. Fikir. Fikir. Dapat. Mungkin
aku patut tunggu dua atau tiga hari baru contact dia. Kalau baru dapat nombor
balik-balik terus contact, nampak sangat. Itulah perancanganku. Tak adalah
genius sangat, tapi lebih baik daripada tak ada langsung.
Tiga hari pun
berlalu.
Waktu malam aku
memegang telefon bimbit. Masih lagi ragu. Nak ke tak? Nak ke tak? Ah, buat
saja. Kalau tak, sia-sia minta nombor. Aku mula menaip SMS.
" Salam, ni
Saleha ye?"
Seperti biasa,
orang Malaysia memang suka tanya perkara yang obvious. Aku menghantar
SMS itu sewaktu kelas tuisyen fizik sedang berlangsung lebih kurang jam 9
malam. Teruk juga perangai aku ni.
Penantian aku
tidak lama. Sekejap sahaja mesej dibalas lalu aku memperkenalkan diri.
Nampaknya dia pun seperti berminat untuk meneruskan perbualan. Banyak juga yang
dibualkan. Terutamanya mengenai diri masing-masing. Memang aku teringin sangat
hendak mengenalinya.
Katanya, kami
selalu juga bermain badminton dengan jiran-jiran di taman sewaktu kecil dulu.
Tapi seriously, memang aku tak ingat. Tak mengapalah kalau dia ingat.
Hebat juga memorinya.
Dan perbualan itu
terus meleret sehingga hampir tengah malam. Aku yang tamatkan sebab tak tahan
ngantuk. Aku memang jenis yang tak biasa tidur lambat sangat. Paling lambat pun
dalam pukul satu pagi bolehlah. Kalau mencecah jam dua atau tiga, alamatnya
esok pagi bangun mulalah demam ke, selesema ke.
Malam itulah detik
permulaan hubungan kami. Bukan hubungan serius. Tapi sejak malam itu, sekali
sekala dia akan SMS aku. Memang selalunya begitu. Dia yang mulakan dahulu.
Kenapa?
Sebab aku malu.
Bukan sombong. Malu. Adalah takut sikit. Takut apa?
Takut dia ingat
aku minat padanya sedangkan dia tak ada perasaan langsung padaku. Aku tak nak
nampak sangat macam aku ada perasaan pada dia. Mungkin dia memahami. Atau
mungkin juga dia pun ada perasaan yang sama. Entah. Tanya khabar, pengalaman,
berbual-bual. Itulah isi perbualan kami saban hari. Macam kawan biasa.
Tapi jauh di sudut
hati aku rasa dihargai. Rasa senang hati setiap kali dapat ber-SMS dengannya.
Entah kenapa, rasa macam ada komitmen yang tersirat di sebalik setiap itu.
Bukan tak pernah berhadapan dengan mesej-mesej daripada perempuan. Ada juga
beberapa:
Mira- pengawas sekolah.
Muda setahun. Datang sendiri padaku untuk minta nombor telefon (gentle tu).
Aku tak berapa minat dengannya. SMS yang dia hantar ternampak oleh mama. Kesian
dia kena sound. Kahkah.
Sha- pelajar
biasa. Hantar mesej tiba-tiba. Nombor tak tahu dapat dari mana. Selepas
beberapa perbualan, aku nampak tujuannya. Terus tak dilayan.
Fisah- aku kena
fitnah. Ingat nak minta alamat Myspace macam kawan-kawan biasa. Tiba-tiba dia
sendiri sebar fitnah aku couple dengannya dan bermacam-macam lagi.
OMG! Rupanya kepala dia tak berapa betul. Nasib baik ramai yang tahu
kebenarannya.
Aku sedar. Aku
sedang mengejar dua perkara. Perkara yang berlainan haluannya. Seperti sedang
bertapak di sebuah jalan lalu tiba pada suatu titik, jalan itu berpecah kepada
dua.
Adakah aku perlu
memilih salah satu sahaja?
Kalau aku pilih
satu, bolehkah aku patah balik untuk melalui jalan yang satu lagi?
Atau mungkinkah
kedua-dua jalan itu akan bertemu kembali di hadapan nanti?
Kalau benar
kedua-dua jalan itu akan bertemu, tak kira mana satu jalan yang aku pilih pasti
akan sampai ke destinasi yang sama. Aku tak mahu mengecewakan ibu bapaku. Pada
masa yang sama aku menaruh perasaan pada si dia. Kalau aku teruskan, mungkin
ada masa hadapan dengannya. Kalau aku biar begitu sahaja, entah di mana aku nak
cari yang serupa dengannya.
Di sinilah otak
yang satu ini mula memainkan peranan. Fikir. Fikir. Fikir. Macam mana kalau aku
kejar kedua-duanya sekali? Macam mana kalau aku boleh mengelakkan kekecewaan
dalam kedua-dua perkara ini sekaligus?
Boleh. Mudah saja.
Teruskan hubungan
dengannya yang penting tak mengganggu pelajaran. Wah, macam senang saja
bunyinya! Definisi tak mengganggu pelajaran di sini ialah memperoleh keputusan
cemerlang dalam SPM. Keputusan cemerlang dalam SPM pula bermaksud 10A. Ye. Straight
A. Mampukah aku?
Add Math pun terkapai-kapai. Nak dapat 10A? Guess what?
Aku berjaya!
Atas rezeki yang
dilimpah aku berjaya mencapai objektif. 8A+, 1A, 1A- . Alhamdulillah. Mungkin
atas sebab itu, aku mampu berbual tentang Saleha dengan lebih terbuka. Tak
perlu lagi bersembunyi untuk ber-SMS dengannya. Malah, selalunya kalau mama
tahu aku sedang ber-SMS dengannya, mama akan kata “ kenapa tak call je,
kan senang?”
Tidak. Itu bukan
perli. Mama ikhlas. Sejak Saleha dan keluarga berkunjung ke rumah semasa majlis
marhaban, mama lebih mengenali mereka. Nampaknya boleh dikatakan aku dah
peroleh restu mama. Ayah? Ayah tak kisah.
Hari bersilih
ganti. Semakin banyak perbualan. Semakin rapat rasanya. Aku dapat merasakan
yang aku jadi tempat mengadu. Selalu juga dia mengadu yang ramai lelaki cuba tackle
dia. Aku pernah bertanya. Takkan tak ada yang dia minat?
Memang jawapannya
tidak. Aku mulai perasan Mungkin dia dah percaya padaku sebab tu selalu perihal
sebegitu dikongsi. Selalu mesej. Pergi ke kelas tuisyen yang sama. Datang ke
rumah untuk study group. Setiap kali hari jadi, masing-masing berbalas
hadiah. Lebih hebat lagi dia sanggup pos hadiah dari Muar ke Selangor sewaktu
aku belajar di UIAM. Wake up man! Don’t you see it already?
Ye. Aku dah
nampak. Cuma belum pasti. Macam mana kalau soalanku dijawab dengan perkataan
tidak? Luar boleh nilai. Hati siapa tahu. Sehinggalah pada suatu malam…
Aku menanggalkan
kopiah lalu meletakkannya di atas meja cermin di bilik belakang. Televisyen
dihidupkan lalu aku rebah di atas katil.
“ Mr. Bean? Layan
jelah. Ni kalau tengok berapa kali pun masih kelakar…” telefon bimbitku
berbunyi. Ada mesej.
Saleha.
Seperti biasa kami
bualkan tentang pengalaman masing-masing dan dia buka cerita tentang lelaki
yang selalu mengganggunya. Biasalah, orang lawa memang ramai peminat. Aku tak
pernah rasa terganggu dengan aduannya. Aku pun memberi cadangan yang aku anggap
munasabah. Aku menghantar SMS.
“ Kalau tak nak
orang ganggu cakap je awak dah ada minat orang lain…” lalu dia reply.
“ Tapi saya takut
kalau saya minat kat orang tu, dia tak minat kat saya…”
“ Oh, kalau macam
tu tanya je lah kan senang…” balasku. Lalu dia membalas semula…
“ Ok. Jawab dengan
jujur. Awak suka saya tak?”
Woah! Ye. Betul.
Woah! Jantung mula berdegup laju bak turbin pesawat. Bro, dia dah tanya
bro! Dia nak kau jawab jujur bro! Sejujurnya aku masih tak bersedia lagi.
Rasa macam terlalu awal. Tapi, sekurang-kurangnya kalau dah luah, mungkin
terangkat sedikit beban yang aku pikul selama ini. Aku cuba berlengah sedikit
dan cuba tukar topik. Tapi inilah peluang aku. Kalau tak, melepas jawabnya.
Jadi aku pun balas.
“ Saya suka awak
walaupun awak tak suka saya.” Lalu dia reply dengan sedikit unsur
saspen.
“ Maaf, tapi saya
suka awak jugak..” lebih kurang begitulah.
Woooohooooo!!!
Akulah lelaki
paling bahagia dalam dunia di saat itu. Bahagia bahagia juga. Secara tak
langsung, sebuah janji termeterai. Tapi aku tak boleh berpegang pada janji yang
aku sendiri tak pasti. Jadi aku kata..
“ Saya tak nak
awak jadi girlfriend saya. Saya tak nak couple. Sebab kalau
ada jodoh, saya nak awak jadi teman hidup saya…”
KALAU ADA JODOH.
Sebab kita masih
muda. Banyak lagi perkara yang belum dipelajari. Belum diterokai. Bukan mudah
untuk menjalin hubungan. Berat lagi untuk mengekalkannya. Siapalah kita untuk
menjanjikan sesuatu yang tidak pasti. Jodoh. Hidup. Mati. Kita usaha. Allah
merancang.
Beberapa bulan
berlalu…
Hubungan
seakan-akan semakin renggang. Mungkin aku ada tersilap di mana-mana. Entah.
Salah sendiri sebab tak tanya. Atau mungkin cuma perasaan sendiri.
Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Dunia sendiri. Siapalah aku untuk
menilai. Lama juga tak berbual. Bosan kot. Tapi bukti luahan hati bukan pada
kata semata. Ada juga dia post di Facebook.
“ Kalau suka tak
semestinya bercinta. Kalau bercinta tak semestinya ada jodoh. Kalau jodoh
takkan ke mana.”
Ada kemungkinan
kata-kata ini memang khas buatku. Cuma dia tak beritahu secara langsung. Ada
kemungkinan saja. Andaian tanpa bukti.
Kalau dia sanggup
menungguku, aku rela menanti. Kalau dia pilih haluan lain yang lebih baik, aku
doakan kesejahteraannya. Kerana hidup ini banyak pilihan…
Buat adam dan
hawa.