SUDAH dua hari Pak
Mail tidak dapat mencari rezeki. Hujan lebat sejak kebelakangan ini telah
menyebabkan dia mengalami demam teruk. Demamnya sehingga kini masih belum
kebah. Namun bukan air hujan yang diredah menjadi penyebab dia begitu. Sebelum
itu isterinya sudah berpesan, jangan pulang lewat sangat. Pekerjaan sepertinya
perlu juga rehat yang cukup. Entahlah sejak pencen, hanya itu yang mampu
dilakukan bagi menampung keperluan harian sekeluarga.
\\\"Bang, ni
ubat. Abang tu belum sembuh betul lagi. Tak payahlah keluar. Bawa teksi tu
bukannya senang dalam cuaca macam ni.\\\" Hasnah mula membebel bila
melihat suaminya sudah menyarungkan baju putih bersiap untuk menyambung kerja
semula.
\\\"Abang
bosanlah duduk rumah. Lagipun demam abang ni dah nak sembuh dah.\\\" Pak
Mail mengambil ubat yang dihulur isterinya.
\\\"Susahlah
bercakap dengan abang ni. Suka hati abanglah.\\\" Hasnah mula muncung.
\\\"Yalah..abang
tak keluar.\\\" Pak Mail mula memujuk isterinya.
\\\"Ustaz
Halim dah pesan. Buat masa sekarang ni abang kena banyak berehat.\\\"
Pak Mail pandang
isterinya sambil melemparkan senyuman hambar. Isterinya memang tidak tahu
mengapa dia menjadi demam begitu. Ustaz sudah dipesan awal-awal lagi supaya
tidak memberitahu isterinya tentang itu. Kalau isterinya tahu, sudah tentu dia
akan kehilangan kerja yang dibuat sekarang ini.
\\\"Bila
ustaz nak datang lagi?\\\"
\\\"Malam
nanti katanya. Dia kata abang perlu dirawat lagi. Teruk sangat ke demam
abang?\\\" Hasnah duduk di sebelah suaminya. Bahu Pak Mail dipicit lembut.
Pak Mail hanya
diam. Tidak perlu menjawab soalan tadi. Bimbang mulutnya akan membuka rahsia
pula. jadi biarlah dia berdiam diri saja.
SELESAI solat
isyak, ustaz Halim mula merawat Pak Mail. Sebuah jag berisi air dibaca dengan
kalimah suci. Segelas air putih pula turut dibaca al-fatihah.
\\\"Hmm..air
dalam jag ni buat mandi dan air dalam gelas boleh dimimum sekarang.\\\"
Ustaz Halim menghulurkan segelas air kepada Pak Mail.
Pak Mail meneguk
habis satu gelas. Dia mula sendawa berkali-kali.
\\\"InsyaAllah,
lepas ni tak ada apa akan berlaku lagi.\\\" Ustaz Halim jeling Hasnah di
sebelah Pak Mail. Dia sudah memegang amanah dari Pak Mail untuk tidak
menceritakan perkara sebenar.
******
DUA hari lepas...
Perlahan Pak Mail
membawa teksinya menyusuri jalan yang sibuk di tengah-tengah kota raya. Liar
matanya memandang sekitar kiri kanan jalan, mencari penumpang sebelum dia
pulang ke rumah. Jam di dashboard sudah hampir tengah malam. Kereta dipandu
perlahan. Dari jauh dia melihat dua orang perempuan mendepa tangan menahan
keretanya.
Alhamdulillah..ada
juga rezeki aku malam ni sebelum aku balik rumah. Pak Mail senyum. Dia mula
merapati kedua perempuan itu. Bau minyak wangi begitu menusuk hidung.
Dilihatnya ke arah dua perempuan itu yang tersenyum kepadanya. Pondan ke apa?
Pak Mail menggaru kepala yang tak gatal.
\\\"Abang,
kami nak ke Jalan Ampang. Boleh?\\\" Tanya salah seorang dari perempuan
itu.
\\\"Boleh!\\\"
Pak Mail mengangguk sambil melemparkan sebuah senyuman.
Kedua perempuan
itu mula membuka pintu dan duduk di tempat duduk belakang.
Pak Mail mula
memandu ke arah Jalan Ampang. Suasana hening seketika. Hanya bunyi lagu dari
corong radio kereta yang kedengaran.
\\\"Abang ni handsomelah!\\\"
Abang? Umur aku
dah separuh abad masih dipanggil abang. Pak Mail sengih. Dia tidak melayan
pujian perempuan itu. Sesekali dia menjeling melalui cermin belakang. Memang
cantik dan seksi. Boleh mencabar keimanannya. Dia mengucap beberapa kali.
\\\"Abang
tinggal kat mana?\\\" Perempuan kedua pula menyoal.
\\\"Err..abang
tinggal di Gombak.\\\" Pak Mail senyum hambar. Suara lembut perempuan itu
cukup menggoda.
\\\"Oh...sampai
pukul berapa abang bawa teksi ni?\\\"
Pak Mail mula
serba salah. Banyak soal pula penumpang kali ini. \\\" Selalunya waktu
macam ni dah habis kerja tapi malam ni saja abang nak buat duit lebih sikit.
Anak abang nak SPM tahun ni.\\\"
\\\"Oh..abang
dah kahwin la. Abang tak nak tambah lagi ke?\\\" Perempuan pertama pula
menyoal sekali lagi.
\\\"Hah?
Tambah? Tambah apa?\\\" pak Mail terkebil-kebil tidak mengerti maksud
soalan tadi.
\\\"Tambah
isteri!\\\" Kedua perempuan itu terus ketawa dengan lenggok manja.
Pak Mail tergamam.
Kalau ikut hati mahu saja dia beristeri lebih tetapi memandangkan dia sendiri
tidak mampu menanggung isteri dan lima orang anak, niat itu dikuburkan saja.
\\\"Err..dah
sampai jalan Ampang ni. Nak berhenti kat mana?\\\" Pak Mail perlahankan
kereta bila sampai di jalan Ampang.
\\\"Dah
sampai ke? Sekejapnya! Abang, boleh tak hantar kami sampai rumah. Kami
tertinggal sesuatu pulak. Kami sebenarnya sudah lama ingin pulang tapi tak
boleh.\\\"
Pak Mail berkerut
kening tidak faham maksud kata-kata perempuan itu. Ingin pulang tapi tak boleh?
Apa sebenarnya ni..
\\\"Err..kat
mana rumah tu?\\\"
\\\"Abang
jalan dulu nanti saya tunjukkan rumah saya.\\\"
Pak Mail terus
memandu mengikut arah yang ditunjukkan kedua perempuan seksi itu. Matanya
meliar melihat sekitar jalan kiri kanan. Hanya pokok kecil dan semak saja yang
kelihatan. Biar betul dia orang ni...mana ada rumah di sini.
\\\"Abang...depan
sikit lagi.\\\"
Pak Mail terus
memandu ke arah depan. Dia perhati lagi sekeliling. Eh..ni macam jalan ke
tempat bangunan runtuh dulu tu.
\\\"Abang..berhenti
kat sini.\\\"
Kedua perempuan
itu senyum. Selepas membayar tambang, keduanya mula keluar dari kereta. Pak
Mail hanya melihat keduanya yang masih tercegat di tepi keretanya.
\\\"Abang..boleh
temankan kami tak? Kami takut la nak lalu kat sini. Kamikan perempuan.\\\"
Perempuan pertama yang memakai skirt pendek paras lutut itu mula mendekati Pak
Mail di sebelah pemandu.
\\\"Ha..err...\\\"
Pak Mail mula menggaru kepala. Dia sebenarnya masih bingung. Arah depan jalan
itu hanya ada hutan kecil. Tidak nampak sebuah rumah pun di situ.
\\\"Tapi..rumah
adik ni kat mana? Tak nampak pun?\\\"
\\\"Tuu...kat
depan tu je! Bolehlah abang temankan kami.\\\" Dengan gaya menggoda,
keduanya cuba memujuk Pak Mail keluar dari kereta.
Pak Mail mula
serba salah. Berbagai persoalan timbul di benaknya. Entah-entah dia orang ni
nak cabul aku! Entah-entah dia orang ni nak rompak aku! Atau..entah-entah dia
orang ni....bukan manusia. Pelbagai kemungkinan mula menerjah otak tuanya.
Wajah Pak Mail mula pucat. Dia keluar perlahan dari kereta dan berdiri di tepi.
Kedua perempuan
itu mula senyum manis.
\\\"Abang
tunggu kat sini jelah. Tadi kata tertinggal sesuatu kan? Pergilah ambil. Abang
akan tunggu dan bawa balik ke jalan Ampang.\\\" Pak Mail cuba mencari
alasan.
\\\"Tapi macam
mana kami nak cari benda tu kalau abang tak ikut?\\\" Perempuan kedua pula
bersuara. Seksi dengan seluar ketat dan baju tanpa lengan.
\\\"Sebenarnya
nak cari apa?\\\" Pak Mail memandang sekeliling. Kedua perempuan itu tidak
dihiraukan lagi. Bulu romanya mula meremang.
\\\"Cari
kepala kami la.\\\"
Pak Mail segera
menoleh ke arah kedua perempuan itu. Sebaik terpandang, kakinya mula
menggeletar. Lidahnya kelu. Kedua perempuan tadi yang mempunyai wajah putih
yang cantik kini sudah tidak berkepala. Hanya badan saja yang masih berdiri di
situ.
Kelam kabut Pak
Mail membuka pintu kereta dan mula memecut laju meninggalkan tempat itu. Dari
cermin belakang dia dapat melihat dengan jelas, kedua perempuan itu masih di
situ sambil mengilai panjang. Memang keduanya tidak berkepala. Sampai di rumah,
Pak Mail terus berselimut. Isterinya sudah lama tidur. Masih terbayang kedua
perempuan tadi. Malam itu dia tidak dapat tidur. Esoknya terus dia demam kuat.
******
\\\"Ustaz,
saya rasa perempuan tu adalah mangsa runtuhan bangunan tu. Orang kata di situ
sudah berhantu sejak bangunan tu runtuh. Banyak mayat yang tidak dapat dicari.
Ada yang putus kepala, putus tangan malah ada yang hancur terus tubuhnya
dihempap batu konkrit berat.\\\" Pak Mail meneguk kopi panas. Dia sudah
pulih sepenuhnya selepas dirawat beberapa kali.
\\\"Tulah...sememangnya
tempat begitu akan menjadi keras jika tidak dilakukan sesuatu. Sebab tu mereka
tak jumpa cari jalan pulang. \\\" Ustaz Halim turut meneguk kopi.
\\\"Keras?
Berhantu?\\\"
Pak Mail terdiam. Isterinya
tiba-tiba muncul membawa sepinggan karipap yang masih panas.
\\\"Oh..tak
ada apa.\\\" Ustaz Halim senyum.
\\\"Esok
suami saya dah boleh kerja ke ustaz?\\\" Hasnah mula bertanya.
Ustaz Halim angguk
sambil menjeling Pak Mail. Pak Mail turut senyum. faham dengan jelingan ustaz
Halim. Biarlah ianya menjadi rahsia dia dan ustaz Halim.