rss


Malam semakin lewat. Namun, mata Aereene masih terasa segar. Selalunya dialah yang terawal tidur berbanding dengan rakannya yang dua orang lagi tu. Seketika dia menoleh ke arah Vyana dan Hani. Nyenyaknya mereka tidur. Terasa cemburu pula. Serentak dengan itu, Aereene terus mencapai handphonenya. Mana tau kalau dengar muzik nanti aku akan tertidur, fikirnya. Suara Dj Lyn kedengaran begitu ceria menerpa ke telinganya tatkala dia membuka siaran Muzik FM. Dia tersenyum sendiri mendengar celoteh juruhebah kesayangannya itu. Menarik! Namun, tatkala lagu berkumandang, Aereene terpaku seketika. Lagu itu mengingatkan dia kepada seseorang yang pernah menarik minatnya dulu.

Ku tak bisa menebak
Ku tak bisa membaca
Tentang kamu
Tentang kamu
Kau buat ku bertanya
S’lalu dalam hatiku
Tentang kamu
Tentang kamu
Bagaimana bila akhirnya ku cinta kau
Dari kekuranganmu hingga lebihmu
Bagaimana bila semua benar terjadi
Mungkin inilah yang terindah
Begitu banyak bintang
Seperti pertanyaanku
Tentang kamu
Tentang kamu

Habis saja lagu itu, namun tidak seperti fikiran Aereene. Segala memori kembali menerpa ke dalam ingatannya. Segalanya bagaikan sebuah wayang. Suara juruhebah kesayangannya itu sudah tidak kedengaran lagi. Yang ada cuma memori silam yang ingin dilupakan.

*****************************************************

“Aereene tolong saya bawa buku ni,” pinta Cikgu Christine sambil menyerahkan sebahagian daripada buku-buku nota yang dipegangnya itu kepada Aereene. Aereene menyambut tanpa banyak soal. Mereka berjalan beriringan menuju bilik guru.

Ketika hendak melangkah masuk ke dalam bilik guru, Aereene terpaku seketika saat matanya terpandang akan seseorang. Mak oi! Cutenyeeeeee! Tanpa diduga mata mereka bertentangan. Oh my God! Aku jatuh cinta.

“Aereene!” panggil Cikgu Christine. Apa kena dengan anak murid aku ni tetiba je berhenti melangkah?? Aereene tersedar.

“Hah! Apa cikgu?”tanyanya. Moga-moga cikgu tak perasan. Dia kalut sendiri.

“Tak ada apa. Cikgu pelik tengok kamu tetiba berhenti tadi, jadi cikgu panggillah.” Aereene hanya menganggukkan kepalanya. Nasib baik cikgu tak tahu aku terleka memandang seseorang, bisiknya di dalam hati. Sapalah agaknya budak tu? Comel giler beb!

Sampai saja di meja Cikgu Christine, Aereene terus menghulurkan buku yang dibawanya kepada cikgunya. Aereene terus berlalu setelah membalas ucapan terima kasih daripada gurunya itu.

Ketika hendak melangkah keluar dari bilik guru, dia tercari-cari kelibat seseorang yang telah menarik perhatiannya sebentar tadi. Manalah agaknya dia?? Cepat betul menghilang, rungut Aereene.

“Excuse! Boleh bagi laluan tak?” Tanya satu suara dari belakangnya.

“Er…sorry! Sorry!” ucap Aereene kalut sambil melangkah keluar dari bilik guru untuk memberi laluan agar orang yang menyapanya tadi dapat keluar. Aiyo! Kenapalah aku tak sedar aku menghalang laluan orang keluar masuk? Malunya!

“It’s ok!” katanya. Serentak dengan itu, Aereene menoleh ke arah suara yang sedang bercakap dengannya itu. Budak lelaki itu hanya tersenyum dan mula mengatur langkah untuk pergi dari situ. Alamak! Dialah yang ku cari tadi. Kalaulah dia tau aku cari dia tadi alangkah malunya.

*****************************************************

Sampai saja di kelas, Aereene terus menerpa ke arah Rose. Tak sabar rasanya nak bagitau Rose.

“Weh! Nak dengar citer tak?”Tanya Aereene sambil tersenyum nakal. Rose yang melihatnya hanya mengangguk kepala.

“Tadi aku terserempak ngan seorang budak. Cute beb! Macam dah jatuh cinta pula rasanya,”kata Aereene sambil tersenyum-senyum. Di matanya masih terbayang wajah comel budak itu tadi. Entah siapalah gerangan budak itu…?

“Kau tau nama dia tak? Kat mana kau jumpa dia, Reen?”Tanya Rose penuh minat. Teringin juga dia hendak mengenali budak yang berjaya menarik perhatian rakannya itu. Selama ni tak ada yang berjaya menarik minat Aereene. Entah anak siapalah yang berjaya memikat hati Aereene agaknya.

“Tak tau ar. Mungkin budak upper 6 kot.” Kemudian Aereene menceritakan tentang pertemuan secara tidak sengaja dia dengan budak yang telah menarik minatnya sebentar tadi kepada Rose.

“Aiya kau tok! Yang kau tak tanya nama dia kenapa?” Aereene menggaru-garukan kepalanya.

“Kau gilakah apa? Tak tau malu betullah. Takkan aku nak tanya straight to the point kot. Dahla baru kali pertama terserempak, tetiba tanya nama dia, mesti dia ingat aku ni muka tak malu.”

“Ala kau ni. Aku gurau ajelah. Tapi kalau kau dah suka sangat, tak salahkan kalau sekadar tanya nama,”usik Rose sambil tersenyum nakal.

“Wah! Seronok nampak. Berbual pasal apa kau dua?”sampuk Farid dari belakang. Aereene dan Rose hanya tersenyum memandang Farid, si penyibuk nombor satu di kelas mereka.

“Tak ada apalah wak. Perkara biasa bah,”kata Aereene mewakili rakannya untuk menjawab pertanyaan Farid.

*****************************************************

Sebulan kemudian…

Bunyi yang bising di dalam kelas mereka menyebabkan Aereene mengambil keputusan untuk lepak di luar kelas. Sambil-sambil tu, boleh jugak ambil angin pagi yang segar, fikirnya. Sesekali dia tersenyum sendirian melihat gelagat pelajar yang lalu lalang di laluan berjalan kaki. Kelas mereka yang terletak di tingkat 3 itu membolehkannya melihat pelbagai ragam pelajar yang sedang berjalan.

Tiba-tiba matanya terpandang akan seseorang yang memakai sweater grey yang berpetak-petak. Wau! So sweet. Itulah orang yang disukainya. Jeff Kenneth, seindah nama begitulah rupanya. Walaupun bukanlah tergolong dalam orang yang terhandsome, namun wajahnya yang comel tetap menarik perhatian ramai pelajar di sekolahnya.

“Dia dah ada girlfriendlah Reen. Budak form 5. Si Zack yang bagitau kat aku masa aku tanya dia kelmarin.” Bagaikan angin, kata-kata Vyana kelmarin kembali terngiang-ngiang di telinganya. Ah! Banyak lagi orang lain yang lebih cute Reen, bisiknya di dalam hati untuk memujuk hatinya sendiri.

“Adek buat apa kat sini?” Aereene menoleh ke sebelahnya. Aik! Sejak bila pula Kak Dhiya ada kat sebelah aku ni??? Aereene menggaru kepalanya sendiri.

“Saje je ambil angin pagi. Best apa. Akak pulak buat apa kat sini?”

“Nak join adeklah. Boringlah kat dalam kelas, cikgu lom gik masuk. Pesal cikgu tu suka masuk lambat ow?”

“Sebab ya lah adek lepak kat sini. Lagipun kat dalam tu bising sangat. Biasalah tu kak. Kalau masuk awal pun, gerenti ada pelajar yang masuk lambat.”

“Yalah dek. Benar juga.”

“Sape yang selalu datang lambat?” sampuk satu suara dari belakang. Macam kenal je bunyi suara tu. Jangan-jangan…………

Aereene dan Nadhiya berbalas pandang sebelum menoleh ke belakang.

“Cikguuuu…,” kata mereka serentak separuh menjerit.

“Er…cikgu. Tak da apalah. Tu…aaa…Fia cikgu. Entah kenapa sejak akhir-akhir ni dia selalu datang lambat,”katanya sambil menarik nafas lega selepas berjaya menjawab pertanyaan daripada gurunya itu. Mujurlah ada idea tok jawab,kalau tak nahaslah. Dhiya tersenyum lebar memandang Aereene. Pandai betul kelentong Cikgu Milt.

*****************************************************

“Reen cepatlah!”

“Dah cepatlah ni. Yang kau tergesa-gesa sangat ni kenapa?” kata Aereene geram. Kalau dah lambat, laju macam mana pun bukannya boleh putarkan balik jam.

“Gila apa kau! Cikgu Dacey ada sekali dengan kita meeting petang ni.”

Aereene berlari-lari anak untuk menyaingi langkah Vyana yang semakin laju itu. Budak ni nak masuk pertandingan berjalan kaki agaknya. Laju betul, rungutnya di dalam hati.

“Hey Vyana! Dia ke?”sapa seseorang. Aereene menghentikan langkahnya setelah berjaya mengejar Vyana.

“Aaa? Aok!” jawab Vyana sambil memandang ke arah Aereene sambil tersenyum nakal. Aereene mengangkat mukanya untuk melihat gerangan manusia yang sedang bercakap dengan rakannya itu. Hah! Dialah. Seperti dijanjikan, Jeff menoleh ke arah Aereene. Dia tersenyum. Aereene terpaku. Mak oi! Kacaknya, puji Aereene di dalam hati.

“Jalan lok!” pintanya sambil berlalu.

“Ok!”jawab Vyana. Aereene masih terpaku.

“Hoi!” jerit Vyana di telinga Aereene. Aereene terkejut.

“Hey! Gila kau.”

“Tu lah kau. Sapa suruh berangan-angan kat tengah jalan. Jom cepat!”

*****************************************************

Kedinginan malam tidak menghalang Aereene untuk terus melepak di kerusi di hadapan asrama mereka. Vyana melangkah perlahan merapati Aereene. Pelik juga dia tengok, sejak akhir-akhir ini rakannya itu sering termenung. Sepertinya ada masalah.

“Kau ada masalah ke Reen?” Tanya Vyana perlahan sambil melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Aereene. Aereene menoleh sekilas sebelum menggelengkan kepalanya.

“Habis tu, kenapa sejak akhir-akhir ini kau selalu je termenung?” Tanya Vyana prihatin.

“Tak ada apalah Vy. Saja je. Eh. Jeff tanya apa tadi dari kau?”Tanya Aereene untuk mengalih topik perbualan mereka. Sebelum Vyana mengorek lebih dalam, lebih baik aku tukar topik dulu.

“Dia tanya kaulah. Dia nak pastikan sapa yang aku citer kat dia kot. Kau tau tak, dia pun sebenarnya pernah terniat nak minta nombor handphone kau. Tapi dia takut, kau tak nak bagi,” kata Vyana. Begitu bersemangat dia bercerita.

“Entah betul, entah tidak yang kau ceritakan ni,” jawab Aereene tidak percaya.

“Oi kawan! Tak ada faedahnya aku nak tipu kau. Oh ya! Nah! Ni nombor handphone dia,”kata Vyana. Dia mencapai handphonenya lalu mencari nama Jeff di buku telefon. Kemudian dia memberikannya kepada Aereene.

“Nahaslah kalau kau tipu aku,”ugut Aereene.

*****************************************************

Seperti biasa, setiap pagi Aereene akan melepak di koridor kelasnya. Dari situ dia akan dapat melihat Jeff berjalan menuju ke kelasnya. Best juga, pagi-pagi dah tatap wajah orang yang kita suka. Mengingatkan itu dia tersenyum sendirian. Macam orang gila pula rasanya. Namun apa yang pastinya, sejak akhir-akhir ini dia rasa bersemangat untuk ke sekolah. Bersemangat untuk menatap wajah dia kot, fikir Aereene sambil tersenyum sendirian.

Seperti yang diduganya, kelihatan Jeff sedang berjalan menuju ke arah kelasnya. Apa yang membezakannya, hari ini dia memakai sweater merah.

“Kau tengok apa Reen?”

“Hah! Tak ada apalah.” Aereene menoleh ke arah Farid. Sibuk betul budak ni. Suka hati akulah nak tengok siapa, gerutunya di dalam hati.

“MUET kau dah siap lom?”Tanya Farid. Aereene sekadar menganggukkan kepalanya. Wah! Ini dah dikira bagus.

“Pinjam Reen!” selamba saja dia bertanya.

“Ambik kat dalam beg. Kalau tak jumpa, mintak dari Rose. Tadi dia ada pinjam.”

Kemudian Farid terus masuk ke dalam kelas. Nak buat MUETlah tu. Kenapalah mereka tu nak sangat tiru kerja orang ho? Aku main hentam je buat pun mereka nak tiru. Agaknya mereka ingat betul semua kot. Aereene tersenyum sendirian.

“Senyum sendiri nampak,”tegur satu suara. Macam tak pernah dengar je suara tu. Sape agaknya melaun yang tegur aku ni, rungut Aereene di hatinya. Serentak dia menoleh ke sebelah. Hah! Biar salah! Betul ke apa yang aku tengok ne? Ke mata aku salah? Aereene mencubit tangannya.

“Aw!”jeritnya, kuat sangat aku cubit tangan tadi. Ada rasa sakit, maksudnya bukan mimpilah ni, fikirnya.

“Kenapa?”Tanya Jeff, terkejut mendengar jeritan Aereene.

“Er..tak da apa. Semut gigit kaki.”selamba saja Aereene berbohong. Syukur ada idea tadi. Serentak dengan itu dia terus membongkokkan badannya dan menggosok kakinya. Nak legakan kesakitanlah kononnya.

“Oh! Ingatkan apa tadi. Awak selalu lepak kat sini ya setiap pagi? Selalu saya tengok awak dari sana,” kata Jeff sambil menunjukkan lorong jalan kaki yang sering digunakan oleh pelajar lalu lalang.

“Yupz! Saja ambil angin pagi,”jawabnya sambil tersenyum. Perasan juga si Jeff ni aku lepak kat sini setiap pagi. Kau ni Jeff, lurus bendul betullah. Aku saja nak tengok kau, bukannya suka-suka pun. Lenguh tau kaki ni berdiri lama-lama, tapi nak buat macam mana. Dah mata ni nak tengok kau, terpaksalah jadi guard kat tepi koridor setiap pagi.

“Betul juga. Pemandangan kat sini pun best.” Kalau macam tu, lepaklah dengan aku kat sini hari-hari Jeff, kata Aereene. Namun hanya terluah di hati saja.

“Awak ni ada boyfriend ke?”Tanya Jeff selamba. Terkejut Aereene mendengar soalan itu. Straight to the point betullah soalan mamat ni. Tapi nape dia tanya ho? Dia suka aku ke? Memikirkan itu hati Aereene kembang setaman. Kalaulah dia suka aku……

“Tak da,”jawab Aereene ringkas. Teringin pula dia nak tanya soalan itu kembali kepada Jeff. Namun takut disalah anggap.

“Oh! Patutlah tak pernah tengok awak dating,”kata Jeff. Memanglah! Dah tak ada boyfriend, macam mana nak dating. Aku tunggu kaulah mangkuk! Rungut Aereene di hatinya.

“Awak pula mana girlfriend?”Tanya Aereene. Aku pun nak tau juga. Harap-harap tak ada, doanya.

“Hai Bie! Lama tunggu?”tegur seseorang dari belakang. Macam suara Kak Dhiya je. Aereene menoleh ke belakangnya. Betul pun!

“Taklah. Baru sampai. Pergi mana tadi Ney?”Tanya Jeff sambil tersenyum lebar. Sempat lagi dia mencuit pipi Kak Dhiya. Aereene terpaku menonton drama yang entah siapa pengarahnya. Salah skrip ke apa ni? Neh! Heroin kat tepi pun buat-buat tak nampak, sampuk Aereene di hatinya.

“Buang sampah. Berbual dengan Aereene ya?”Tanya Kak Dhiya sambil melemparkan senyuman kepada Aereene.

“Yea Ney. Oh ya Reen, kenalkan nilah girlfriend saya. Awak pun nanti jangan lupa kenalkan boyfriend awak kat saya key kalau dah jumpa yang berkenan di hati,”kata Jeff sambil tersenyum manis. Bahagia ler tu. Hati aku? Oh my God! Hancur lebur. Berkenan di hati? Aku dah jumpa pun yang berkenan di hati, tapi kepunyaan oranglah pulak…..

“Okeyh! Small matter Jeff. Pasti punya,”jawab Aereene sambil mengenyitkan matanya. Nakal! Dia tersenyum hambar. Harap-harap mereka tak perasan.

“Okeylah Jeff! Kak Dhiya! Chow lowk k!” selesai saja berkata demikian, dia terus melangkah pergi. Jeff dan Dhiya hanya mengangguk.

*****************************************************

Setahun berlalu…

Deringan handphone yang beriramakan lagu Dia Milikku nyanyian Yovie & Nuno telah mematikan lamunannya. Seketika dia menoleh ke skrin handphonenya, nak tengok sapalah melaun yang mengganggunya waktu itu. Aik! Aku tak ada save nombor ni lah.

“Hello.”

“Hai!” Laa….? Mamat mana pulak yang kacau aku malam-malam buta ni?

“Yea! Awak cari siapa?”

“Nie Areene kah?”

“Yea saya.”

“Sorry ganggu awak. Saya Jeff. Jeff Kenneth. Ingat tak? Kan kita pernah satu sekolah?” Aereene terkaku. Benarkah??????

“Oh! Yang kelas K3 tu ya?”Tanya Aereene. Buat-buat confuselah katakan.

“Yupz! Kuat juga daya ingatan awak. Awak sekarang ni apa khabar? Lama tak dengar berita,”komen Jeff selamba. Aiee mamat ni! Dah aku suka kat kau dulu, mestila aku dapat ingat semua tentang kau yang aku tau. Lagipun mana ada lagi kenalan aku yang sama nama ngan kau.

“Biasalah. Selalu makan vitamin bah. Awak pun kena amalkan juga, baik untuk daya ingatan awak. Well! Macam biasa sajalah. Awak pula apa khabar? Apa cerita awak sekarang?”Aku pun nak juga tau tentang kau. Cerita panjang-panjang pun tak kisah.

“Tak usahla awak promote kebaikan vitamin yang awak makan tu, dah lama dah saya tau khasiatnya. Awak lupa ke, saya yang lahir dulu dari awak? Awak nak dengar cerita panjang ke cerita pendek?”

“Awak ni kan! Saya taulah awak tu tua lagi dari saya. Dependlah pada awak. Saya dengar je.”

“Ok! Saya sekarang ni tengah tanam buah anggur. Takkan tak tau.”

“Perkara biasa bah tu bagi yang tengah tunggu result.”

“Memanglah. Tapi saya teringin juga nak kerja. Cuma parent tak bagi.”

“Yaka? Pelik juga kan. Selalunya perempuan yang kena kongkong kat rumah time tunggu result. Rupanya lelaki pun ada jugakla,”komen Aereene selamba.

“Well! Tak kisah sangatlah pasal tu. Oh ya, mana special boyfriend awak? Bila nak kenalkan pada saya?”

“Macam mana saya nak kenalkan pada awak, bukannya saya ada boyfriend pun.”

“Baguslah kalau macam tu,”katanya tanpa disedari. Aereene terkejut mendengarnya. Apa maksud Jeff??

“Apa maksud awak?”

“Hah! Er..tak ada apalah. Alamak Reen! Nanti saya call awak lagi. Sakit perut ni. Bye!”katanya sambil mematikan telefonnya tanpa sempat Aereene berkata sesuatu.

*****************************************************

Sejak hari itu, Aereene dan Jeff menjadi semakin rapat. Setiap pagi, Jeff akan menelefon Aereene semata-mata untuk membangunkan Aereene dan mengucapkan selamat pagi. Seperti biasa, kedengaran handphone Aereene berdering pada pukul 6.00 pagi. Deringan itu mengejutkannya. Perlahan dia bangun dan mencapai handphonenya.

“Hello!”

“Hai sweetie! Good morning! Baru bangun ya?” Kedengaran suara ceria Jeff menyapa telinganya. Aereene tersenyum bahagia. Bestnya ada orang bangunkan aku. Cuma apa yang dia perasan, nama panggilannya sejak kebelakangan ini sering bertukar ganti. Main sedap mulut je Jeff memanggilnya. Kadang-kadang terfikir juga dia, sayangkah Jeff padaku?

“Morning too pak cik! Baru bangunlah ni,”jawab Aereene selamba. Sengaja memanggil Jeff pak cik.

“Apalah awak ni! Bagus-bagus kita panggil dia sweetie, dia pula panggil kita pak cik. Panggillah sayang ke? Hubby ke?”usik Jeff. Aereene ketawa kecil.

“Whateverlah. Oklah wak! Nak mandi ni,”kata Aereene untuk menamatkan perbualan mereka.

“Wait! Wait! Wait!”jerit Jeff sebelum sempat Aereene mematikan talian.

“Napa Jeff?”Tanya Aereene. Hairan!

“Esok berapa hari bulan?”Tanya Jeff.

“Laa budak ni? Kat situ tak ada calendar ke?”

“Apalah awak ni. Lain ditanya, lain pula yang awak jawab.”

“Esok 14 Februarilah. Birthday awak ke?”

“Bukanlah! Hari valentinelah.”

“So? Apa masalahnya?”

“Jumpa esok ya. Kat depan dewan sekolah.”

“Nak buat apa?”

“Ada hal sikit. Awak datang ya. Saya tunggu awak. Kira-kira pukul 11.00 pagi,”kata Jeff.

“Ok. Jangan lupa tunggu saya.”Aereene tersenyum. Kesian kau Jeff, kau tunggu sampai malam pun aku takkan datang punya, bisik hatinya nakal. Sengaja hendak mengenakan Jeff.

*****************************************************

14 Februari…

Aereene masih berbaring di atas katilnya. Seketika dia menoleh ke arah jam dinding di biliknya. 10.30 pagi! Dia terasa kehilangan. Pagi itu, Jeff tidak menelefonnya seperti biasa. Selepas Jeff menetapkan pertemuan mereka pada hari ini, tidak sekalipun Jeff menghubunginya. Menghantar mesej seperti biasa pun tidak. Ada juga dia menghantar mesej, namun tiada balasan. Dan, hanya mailbox yang berkata-kata semasa dia cuba membuat panggilan.

Seketika kedengaran ketukan pintunya. Aereene bangun dan terus menuju ke pintu untuk membukanya. Entah siapalah yang mengganggunya awal-awal pagi.

“Akak! Nak tengok cd ni tak?”Tanya adiknya setelah dia membukakan pintu. Aereene mencapai cd yang berada di tangan adiknya. Wow! Citer For You In Full Blossom.

“Bestlah. Mana kau dapat cd ni?”

“Pinjam dari kawan.”

“Ok jom kita tengok kat bilik akak!” ajak Aereene. Tak sabar rasanya dia untuk melihat cerita itu. Hal Jeff terus hilang dari ingatannya.

*****************************************************

Aereene termenung panjang. Ketiadaan keluarganya di rumah menyebabkannya berasa sangat sunyi. Salah dia juga, tak nak ikut pergi kenduri kahwin cousinnya. Terlintas di fikirannya akan seseorang yang telah berjaya mencuri hatinya suatu ketika dahulu. Entah apa khabar agaknya sekarang? Sejak hari terakhir sebelum valentine day bulan-bulan lepas, tak pernah sekalipun Jeff menghubunginya. Lupakah dia padaku??

Entah kenapa hari itu Aereene berasa sangat merindui lelaki itu. Ingin saja dia terbang kalau boleh. Akan dicarinya walau di mana berada. Bunyi loceng mengejutkan Aereene. Serentak dengan itu, dia menoleh ke arah pagar rumahnya. Seorang kanak-kanak sedang melambai-lambaikan tangan kepadanya. Aereene mengatur langkah perlahan menuju ke arah budak itu.

“Akak ni Aereene ya? Ni ada hadiah untuk akak! Dari abang Jeff.”katanya sambil menghulurkan kotak hadiah yang telah dibalut cantik. Kemudian dia terus berlari tanpa sempat Aereene bertanya apa-apa. Aereene membelek hadiah itu seketika sebelum mengatur langkah masuk ke dalam rumahnya.

Sampai saja di biliknya, dia terus membuka balutan kertas itu. Tak sabar dia hendak melihat apakah isinya. Wah! Novel lah. Kasihku Abadi tajuk dia. Berdebar juga hati Aereene membaca tajuk novel tersebut. Sedang asyik membelek novel, sekeping kertas jatuh. Perlahan dia mencapai dan membacanya.

Aereene Dyalissa..

Aku mencintai baik dan burukmu..

Dengan kata lain, engkau sentiasa di hatiku..

My love for you is eternity; even it just was a broken promise for you.
Selamanya mencintaimu,
Jeff Kenneth Kimberly.

Aereene terpaku.

*****************************************************

Kesibukan pasar malam itu sungguh merimaskan Aereene. Kenapalah aku nak ikut tadi??? Baik duduk kat rumah. Dia merungut di dalam hati.

“Hey! Reen!” panggil suatu suara. Macam kenal je. Spontan dia menoleh ke belakang. Bibirnya terus mengukir senyuman.

“Vyanaaaaaaaaa! Rindunya aku kat aku,”kata Aereene ceria. Mereka berpelukan tanpa mengambil kira pandangan orang di sekeliling.

“Aku pun rindulah Reen. Tak sangka kita jumpa malam ni.”

“Yala Vyana. Patutlah hati aku tergerak hendak keluar malam ni. Selalunya, aku lebih suka pesan makanan dekat adik aku.”

“Eh, kau dah tau ka?”Tanya Vyana. Aereene mengerutkan dahinya. Hairan dengan soalanVyana.

“Tau apa pula Vy?”Tanya Aereene balik.

“Pasal Jeff.” Jeff??????? Aereene terkejut mendengar soalan Vyana. Jantungnya berdegup kencang tatkala nama itu menyapa telinganya.

“Maksud kau apa Vy? Straight to the point tak boleh ka?”kata Aereene. Entah kenapa dia terasa tidak sedap hati.

“Kau belum tau ke?”

“Boleh tak kau bagitau cepat? Kalau kau tak bagitau, macam mana aku nak tau,”kata Aereene geram.

“Reen, dia dah meninggal. Aku dengar dari kawan dia. Dia kemalangan on the way balik dari sekolah malam 14 Februari lepas. Kira-kira pukul 11.00 malam. Aku dengar orang cakap dia ada date haritu. Tapi, orang yang ditunggunya tidak datang. Kebetulan pula hujan lebat time tu. Jalan pula tengah licin, dia pula guna motosikal. Orang tu langgar dia dari belakang. Habis remuk motosikal dia. Dia pun cuma dapat bertahan selama tiga jam saja di ICU,”terang Vyana panjang lebar.

“Hah!”Aereene terkejut. Khabar yang tidak diduga itu membuatkannya terkaku.


0 comments:

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini